Isnin, 22 Februari 2016

CINA ISLAM (林川興)

CINA ISLAM (林川興)


Mangsa banjir di Sarawak meningkat 7,931 orang

Posted: 21 Feb 2016 05:22 PM PST

13 Jamadil Awwal 1437 [MOD] -

KUCHING: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di bahagian Kuching, Serian dan Samarahan meningkat awal pagi ini sehingga menjangkau 7,931 orang daripada 2,033 keluarga berbanding 5,769 orang daripada 1,527 keluarga malam tadi.
  
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim berkata jumlah pusat pemindahan (PP) banjir juga bertambah menjadi 47 buah berbanding 31 malam tadi.
Beliau berkata sehingga pukul 6 pagi, 24 PP dibuka di daerah Kuching berbanding lapan malam tadi sementara di daerah Bau kekal sebanyak sembilan buah.
  
Katanya bahagian Serian kekal sebagaimana malam tadi dengan tujuh PP di daerah Serian serta satu di daerah Padawan, dan bahagian Samarahan juga kekal dengan enam PP di daerah Kota Samarahan.
  
Menurutnya keadaan cuaca awal pagi ini di bahagian-bahagian berkenaan kelihatan lebih baik berbanding sejak tiga hari lepas. - Bernama

Nuffnang