Khamis, 1 Ogos 2013

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


Stop harassing dog trainer, says Ambiga

Posted: 01 Aug 2013 06:40 PM PDT

Muhyiddin lurches to the right after quiet spell

Posted: 01 Aug 2013 06:39 PM PDT

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Andalus Gerbang Keilmuan Islam Ke Barat

Posted: 01 Aug 2013 04:31 PM PDT

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


DAP Would Be Subjected Permanently To Arbitrary Dictates And High-handed Abuse Of Power By Registrar of Societies(RoS) If RoS Fails To Fulfill The Two Conditions Of Fully Explaining The Grounds Why DAP Should Hold Fresh Elections And The Relevant Provision Exercised Under The Societies Act.(en/bm/cn)

Posted: 01 Aug 2013 12:02 AM PDT

Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 1.8.2013

DAP would be subjected permanently to arbitrary dictates and high-handed abuse of power by RoS if RoS fails to fulfill the two conditions of fully explaining the grounds why DAP should hold fresh elections and the relevant provision exercised under the Societies Act. During the emergency meeting, CEC members were shocked that the RoS could make such an important decision in such a high-handed and arbitrary manner merely on the basis that it is dissatisfied without giving any reasons.

Issuing a short directive to hold fresh elections on a purely subjective basis that one is dissatisfied without giving any grounds of dissatisfaction, is unacceptable by any moral and ethical standards, undemocratic, a denial of natural justice and due legal process. If this is the basis of the decision-making process by the RoS, then opposition parties like the DAP would be permanently held to ransom by ridiculous and baseless complaints. In future there is nothing to stop the RoS from directing the holding of fresh elections at any time at the RoS'whim and fancy without giving any reasons.

The DAP is fully entitled to be informed why its corrective measures taken to rectify the error in announcing the results was not accepted by the RoS. All supporting documents was given to ther RoS to prove that the party elections in December last year was conducted properly, legally and democratically where all qualified delegates were fully informed without any dishonest practice of money politics.

The only mistake was in the posting of the results by the Returning Officer that led to the wrong votes being announced for a few candidates which had an impact on only one successful candidate. The mistake led to one candidate, Vincent Wu, who was wrongly announced as a successful candidate, being replaced by the actual successful candidate, Zairil Khir Johari.

When this error was discovered, this was admitted to and rectified by the party voluntarily without being exposed by any outside parties. The correct results were even verified an an independent auditing firm. The party is now punished for refusing to cover-up mistakes, and for being both honest and truthful.

That was the reason that at an emergency meeting on 31.7.2013, the DAP CEC unanimously resolves to respond to the notice from the ROS dated 30 July 2013 as follows:-

"That the DAP is unable to accept the directive of the ROS as contained in the letter aforesaid unless the following two conditions are fulfilled:-
(a) the Registrar provides reasons for which it is dissatisfied with the explanation provided by the DAP in respect of the conduct of the Central Executive Committee or CEC elections on 15 December 2012 pursuant to the section 16(1) notice under the Societies Act 1966 as stated in the letter aforesaid; and
(b) the Registrar explains under which provision of law the directive to hold fresh CEC elections is given as stated in the letter aforesaid."

Lim Guan Eng

—-BM Version —-
Kenyataan Media oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2013.

DAP akan kekal berhadapan dengan arahan secara sewenang-wenang serta salahguna kuasa oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) jika ROS terus gagal untuk mematuhi dua syarat untuk memberi penjelasan penuh tentang sebab-sebab kenapa DAP perlu melakukan pemilihan semula serta peruntukan undang-undang yang berkaitan, di bawah Akta Pertubuhan.

DAP akan kekal berhadapan dengan arahan secara sewenang-wenang serta salahguna kuasa oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) jika ROS terus gagal untuk mematuhi dua syarat untuk memberi penjelasan penuh tentang sebab-sebab kenapa DAP perlu melakukan pemilihan semula serta peruntukan undang-undang yang berkaitan, di bawah Akta Pertubuhan. Dalam mesyuarat tergempar semalam, ahli CEC amat terkejut bagaimana pihak ROS boleh membuat keputusan yang sebegitu penting secara sewenang-wenangnya hanya atas alasan bahawa ia tidak puas hati tanpa memberi apa-apa sebab.

Tindakan memberikan arahan singkat supaya mengadakan pemilihan semula atas alasan yang begitu subjektif bahawa ia tidak berpuas hati tanpa memberi sebab-sebab kenapa ia tidak berpuas hati adalah tidak boleh diterima menurut mana-mana standard etika, tidak demokratik, serta merupakan satu penafian keadilan dan proses undang-undang yang sepatutnya. Jika inilah alasan dalam proses membuat keputusan oleh pihak ROS, maka parti pembangkang seperti DAP sampai bila-bila pun akan dijadikan tebusan lantaran aduan yang mengarut dan tidak berasas. Di masa hadapan, tidak akan ada apa-apa yang boleh menghalang ROS daripada mengarahkan supaya diadakan pemilihan semula pada bila-bila masa sesuka hati ROS tanpa memberikan sebab.

DAP berhak untuk dimaklumkan kenapa tindakannya untuk membetulkan kesilapan dalam pengumuman keputusan pemilihan tidak diterima oleh ROS. Semua dokumen sokongan telah pun diserahkan kepada ROS bagi membuktikan bahawa pemilihan parti Disember tahun lalu telah dilakukan dengan baik, menepati undang-undang serta secara demokratik di mana semua perwakilan yang layak telah dimaklumkan tanpa sebarang perlakuan tidak jujur serta politik wang.

Satu-satunya kesilapan adalah dalam hal penyiaran keputusan oleh ketua pegawai pemilihan yang mengakibatkan jumlah undi yang salah diumumkan untuk beberapa calon dan hanya memberi kesan kepada satu calon yang berjaya. Kesilapan ini mengakibatkan seorang calon, Vincent Wu, yang telah diumumkan sebagai calon yang berjaya secara silap digantikan dengan calon yang sepatutnya, Zairil Khir Johari.

Apabila kesilapan ini disedari, ia terus diperakui dan diperbetulkan oleh pihak parti secara sukarela tanpa didedahkan oleh mana-mana pihak luar. Keputusan yang betul turut diperiksa oleh sebuah firma audit bebas dan berkecuali. Pihak parti sekarang sedang dihukum kerana enggan menutup kesilapan, dan kerana berlaku jujur dan berkata benar.

Itulah sebabnya dalam mesyuarat tergempar pada 31 Julai 2013, CEC DAP telah secara sebulat suara membuat keputusan untuk menjawab notis daripada pihak ROS bertarikh 30 Julai 2013 seperti berikut:-

"Bahawa DAP tidak dapat menerima arahan pihak ROS seperti yang terkandung di dalam surat tersebut kecuali dua syarat berikut dipenuhi:-

a) Pihak Pendaftar memberikan sebab-sebab kenapa ia tidak berpuas hati dengan penjelasan yang telah diberikan oleh DAP tentang perjalanan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat atau CEC pada 15 Disember 2013 menurut notis di bawah seksyen 16(1) Akta Pertubuhan 1966 seperti yang dinyatakan dalam surat tersebut; dan

(b) Pihak Pendaftar menjelaskan di bawah peruntukan undang-undang apa arahan supaya pemilihan semula CEC diadakan seperti yang dinyatakan dalam surat tersebut."

LIM GUAN ENG

—-Mandarin Version —-

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2013年8月1日在吉隆坡发表声明:

如果社团注册局无法清楚解释以及基于什么社团注册法令哪一条法律为什么民主行动党必须重选,行动党将永远被他们的独断指示及高压滥权所支配。

如果社团注册局无法清楚解释以及基于什么社团注册法令哪一条法律为什么民主行动党必须重选,行动党将永远被他们的独断指示及高压滥权所支配。在紧急会议上,中委对于社团注册局以高压及独断的方式,仅说他"不满意"而没有提及任何理由做出如此重要的决定感到非常惊讶。

当局仅仅以一句"不满意解释"而指示该党中委会重选,完全没有解释为何他们不满意,这在任何道德伦理标准都是难以被接受、不民主、违反自然正义及合法程序。如果这是社团注册局决策过程的基础,那么像行动党这样的在野党将永无止境地因荒谬及无根据的投诉被无理勒索威胁。从此以后,社团注册局可以随心所欲地随时要求重选,不需要给予任何理由。

行动党有权利知道,为什么社团注册局不接受我们纠正选举成绩的措施。我们已经呈交所有的支持文件以证明去年12月的党选是正当、合法及民主的。所有合格的中央代表都被通知,当中也没有涉及金钱政治。

唯一的错误是选举官技术上错误剪贴选举成绩,导致几个候选人的票数出错,并且影响了一名中选的候选人。这项错误导致伍薪荣被错误宣布为中选,而其实中选者是再里尔。

当我们发现这项错误时,我们马上检讨及认错,而不是等到党外人士揭发。正确的竞选成绩由一家独立的稽查公司查证。尽管我们不愿掩盖错误、勇于认错及诚实,我们还是遭到处罚。

我们已于2013年7月13日召开紧急会议,行动党中委一致同意以下列方式回复社团注册局于2013年7月30日发生的指示信:

"民主行动党无法接受社团注册局的指示,除非当局针对两项要求做出回应清楚解释:
(a)行动党依1966年社团注册法令于2012年12月15日举行中委党选,注册官为何不满意我们针对党选操作做出的解释?
(b) 注冊官也必須解释,哪项条款下赋予社团注冊局权力,要求我們重选。"

林冠英

MCA, Gerakan And MIC Should Pull Out Of Selangor BN To Prove Their Sincerity That They Do Not Want To Be Associated With A Crazy Leader Like Selangor UMNO Chairman Datuk Noh Omar (en/bm/cn)

Posted: 31 Jul 2013 11:02 PM PDT

Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 1.8.2013

MCA, Gerakan And MIC Should Pull Out Of Selangor BN To Prove Their Sincerity That They Do Not Want To Be Associated With A Crazy Leader Like Selangor UMNO Chairman Datuk Noh Omar Who Wants Guneswari, A Parent of Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Investigated Under The Sedition Act.

MCA, Gerakan and MIC should pull out of Selangor BN to prove their sincerity that they do not want to be associated with a crazy leader like Selangor UMNO Chairman Datuk Noh Omar who wants Guneswari, a parent of Sekolah Kebangsaan Seri Pristana in Sungai Buloh, investigated under the Sedition Act 1948. There is no force of conviction in MCA president Dr Chua Soi Lek words calling Noh Omar as crazy for wanting Guneswari to be investigated under the Sedition Act for exposing the makeshift canteen in shower room fiasco, when MCA still works hand in hand with UMNO in Selangor?

As long as MCA, Gerakan and MIC still work together with UMNO in Selangor BN under Noh Omar as Chairman, criticisms against Noh Omar for being crazy will be seen as another stage drama or wayang kulit that will be quickly forgotten in a week. This only highlights the fact that BN component parties have nothing in common as they are basically mono-ethnic racist parties. However mono-ethnic racist political parties that exclude other races, can still work together in BN because they adopt a common objective of condoning corruption, abuse of power and crony capitalism.

For this reason MCA's refusal to accept the apology of principal of Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah in Shah Alam for telling students to return to their ancestral lands(balik India, balik Cina) and that she should be charged with sedition will not be taken seriously at all by Malaysians, expecially UMNO. Making such a suggestion when everyone knows you do not mean it is akin to making no suggestion at all.

There is a dispute whether the principal did call Malay students to "balik Indonesia" as this was not heard by the non-Malay students. But even if we give her the benefit of the doubt, telling students to go back to Indonesia does not justify call other students to go back to India or China. Three wrongs do not make a right.

This is not the first time that such racist and extremists words have been used by a school principal against non-Malay students. The failure by the Education Ministry to act against these racist principals in the past has only permitted such an unhealthy practice to continue. Where is the 1Malaysia spirit in schools or why should non-Malay parents be blamed for refusing to send their children to government secondary schools when there are still racist educators.

Lim Guan Eng

—–BM version —
Kenyataan Media oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2013.

MCA, Gerakan dan MIC patut keluar daripada BN Selangor bagi membuktikan keikhlasan mereka untuk tidak dikaitkan dengan pemimpin gila seperti Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar yang mahu Guneswari, ibu kepada pelajar di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, disiasat di bawah Akta Hasutan.

MCA, Gerakan dan MIC patut keluar daripada BN Selangor bagi membuktikan keikhlasan mereka untuk tidak dikaitkan dengan pemimpin gila seperti Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar yang mahu Guneswari, ibu kepada pelajar di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, disiasat di bawah Akta Hasutan 1948. Jelas tidak wujud keyakinan dalam kenyataan Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek yang memanggil Noh Omar 'gila' kerana mahu Gunewari disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mendedahkan gambar kantin sementara di bilik mandi tersebut, apabila MCA masih lagi bekerjasama dengan UMNO di Selangor.

Selagimana MCA, Gerakan dan MIC tetap bekerjasama dengan UMNO dalam BN Selangor dengan Noh Omar sebagai pengerusi, sebarang kritikan terhadap Noh Omar mengatakannya gila hanyalah satu lagi pementasan drama atau wayang kulit yang akan dilupakan dalam masa seminggu. Ini hanya memperlihatkan hakikat bahawa parti komponen BN tidak berkongsi sebarang nilai kerana mereka adalah parti politik perkauman yang mewakili satu kaum sahaja. Namun parti politik perkauman mono-etnik yang mengasingkan kaum lain masih boleh bekerja bersama-sama dalam BN kerana mereka mempunyai objektif yang sama dalam membiarkan rasuah, salahguna kuasa dan kapitalisme kroni.

Untuk sebab ini, keengganan MCA untuk menerima permohonan maaf daripada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah di Shah Alam kerana menyuruh pelajarnya balik ke tanah leluhur masing-masing (balik India, balik China) dan seruan mereka supaya beliau didakwa atas kesalahan menghasur tidak akan diambil serius oleh masyarakat Malaysia, terutamanya UMNO. Memberi cadangan sedemikian di saat semua orang tahu anda tidak bermaksud mencadangkan, samalah seperti tidak memberi cadangan langsung.

Terdapat perselisihan sama ada pengetua tersebut turut menyuruh pelajar Melayu supaya 'balik Indonesia' memandangkan ia tidak didengari oleh pelajar bukan Melayu. Begitu pun jika kita memberinya manfaat keraguan, menyuruh pelajar supaya balik ke Indonesia bukanlah justfikasi yang betul untuk turut menyuruh pelajar lain belik ke India atau China. Tidak perlulah untuk menegakkan benang yang basah.

Ini bukanlah kali pertama kata-kata berbaur perkauman melampau digunakan oleh mana-mana pengetua terhadap pelajar bukan Melayu. Kegagalan Kementerian Pendidikan untuk bertindak terhadap pengetua-pengetua yang bersifat perkauman sejak dahulu hanya tambah membenarkan sebuah tabiat yang tidak sihat untuk terus berleluasa. Di mana semangat 1Malaysia di sekolah-sekolah, dan kenapa pula ibu bapa bukan Melayu mahu dipersalahkan apabila mereka tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah menengah kerajaan apabila masih wujud golongan pendidik yang bersifat perkauman.

LIM GUAN ENG

—-Mandarin Version —
民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2013年8月1日在吉隆坡发表声明:

马华、民政党及国大党应该退出雪州国阵,以证明他们真心诚意地与"疯了"的雪州巫统主席拿督诺奥玛划清界线 ,他竟要求当局以煽动法令调查斯里彼里斯达纳小学家长古妮斯瓦里。

马华、民政党及国大党应该退出雪州国阵,以证明他们真心诚意地与"疯了"的雪州巫统主席拿督诺奥玛划清界线 ,他竟要求当局以1948年煽动法令调查斯里彼里斯达纳小学家长古妮斯瓦里。雪州巫统主席诺奥马要求警方援引煽动法令,对付上载双溪毛糯Sri Pristana国小"浴室用餐"照片的家长,马华总会长拿督蔡细历形容诺奥玛"疯了",当马华还与雪兰莪巫统合作的情况下,蔡细历的言论并没有强制意义。

只要马华、民政党及国大党还与诺奥玛为主席的雪州巫统合作,任何指诺奥玛"疯了"的批评只会被视为另一出戏码或皮影戏,很快地就会在一个星期内被遗忘。这只是突出了国阵成员党其实没有共同点,他们基本上都是单一种族主义的政党。但是,这几个排外的单一种族主义各政党还可以合作,是因为他们还有共同的"目标",那就是纵容贪污、滥权及朋党资本主义。

因此,虽然马华拒绝接受叫学生"回印度"、"回中国"的莎亚南阿兰美加国中校长的道歉,并认为她应该被煽动法令调查,但是没有人会认为他们是认真的,特别是巫统。当没有人认为你会把所讲的话当真时,你就等于没有讲过一样。

有人争论说校长也有叫马来学生"回印尼" ,问题是没有马来学生听到。就算她真的讲过叫马来学生"回印尼",也不能说明她叫其他学生"回印度"或"回中国"是正当合理的。三件错事不等于一件对的事。

这已经不是第一次发生校长利用种族及极端言论对待非马来学生。教育部没有对付这些种族主义的校长,只会让这种不健康的作法一再发生。学校里的"一个马来西亚"精神在哪里?当政府学校里存在种族主义教师,为什么还要责怪非马来人家长拒绝把孩子送到国民中学?

林冠英

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Meraih 10 malam terakhir Ramadhan

Posted: 31 Jul 2013 05:32 PM PDT

Wajarlah jika Rasulullah SAW, para sahabat, dan orang-orang salih terdahulu sentiasa menjadikan Ramadan untuk meraih sebanyak-banyak keuntungan pahala dalam meningkatkan kualiti ibadah.

Apa lagi pada 10 malam terakhir Ramadan. Saidatina Aisyah berkata yang bermaksud: “Rasulullah SAW sangat giat beribadah di bulan Ramadan melebihi ibadahnya di bulan lain, dan pada 10 malam terakhir Baginda lebih giat lagi melebihi hari lainnya.” (Riwayat Muslim).Keajaiban-keajaiban yang terdapat pada 10 malam terakhir Ramadan telah banyak disebutkan dalam al-Quran dan as-sunnah.

Di antaranya, terjadinya Lailatulqadar yang merupakan malam diturunkan al-Quran dan dicatatnya di Luh Mahfuz seluruh perkara yang akan terjadi di muka bumi pada tahun tersebut. Baginda bersabda bermaksud: “Carilah Lailatulqadar pada tarikh ganjil sepuluh malam terakhir Ramadan.” (Riwayat Bukhari).

Orang-orang yang beribadah solat pada malam Lailatulqadar maka dosanya yang telah lalu akan diampunkan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Dan barang siapa yang berdiri (solat sunat) pada malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan mengharap reda ALLAH maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.

” (Riwayat Ibnu Abi Dunya dalam Fadhail Ramadan).ALLAH tidak mentakdirkan selain keselamatan pada malam Lailatulqadar itu, di mana hal ini tidak terjadi pada malam-malam lainnya yang terdapat keselamatan dan bencana. Pada malam itu pula para malaikat menyampaikan ucapan selamat sejahtera kepada orang-orang beriman sampai terbitnya fajar.

Penjelasan tersebut disampaikan oleh an-Nasafi dalam Madarikut Tanzil wa Haqaiqut  Ta’wil dan Az-Zamakhsyari dalam Al-Kasysyaf ketika keduanya mentafsirkan ayat ke-5 dari Surah al-Qadar.

Masih banyak lagi keajaiban-keajaiban lainnya yang menegaskan keutamaan dan kelebihan bulan Ramadan khususnya pada 10 malam terakhir. Semua itu untuk mengukuhkan keimanan seorang mukmin dan mendekatkan dirinya dengan ALLAH SWT.

Sehingga ALLAH sangat menyintai dan menyayangi hamba-Nya yang Dia sediakan di bulan al-mubarak itu satu malam untuk dijadikan kesempatan oleh hamba-hamba-Nya bagi bekalan hidup di dunia dan akhirat kelak.Aktiviti-aktiviti untuk mengisi Ramadan terutama pada 10 malam terakhir telah dicontohkan oleh Rasulullah SAW, iaitu:

# Iktikaf - diam di masjid dengan niat khusus dan disertai ibadah. Imam Nawawi dalam kitab An-Nihayah menyatakan, iktikaf sebagai menepati sesuatu dan menempatinya. Maka orang yang menetap di masjid dengan melaksanakan ibadah di dalamnya disebut orang beriktikaf. Ibnu Umar berkata : “Rasulullah SAW beriktikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadan.” (Riwayat Muttafaq ‘Alaih).

# Memperbanyak sedekah. Ibnu Abbas berkata : “Rasulullah SAW adalah orang yang sangat dermawan kepada siapapun, dan pada bulan Ramadan Baginda lebih dermawan lagi saat Jibril menemui Baginda.” (Riwayat Muttafaq ‘Alaih).

# Banyak baca al-Quran- kerana pahala membacanya akan dilipatgandakan melebihi pahala bulan selain Ramadan. Ramadan juga diturunkan al-Quran buat pertama kali kepada Nabi SAW. Oleh kerana itu para ulama terdahulu lebih banyak mengkhatamkan al-Quran di bulan Ramadan. Imam Syafi’i biasa mengkhatamkannya sebanyak 60 kali.# Melakukan ibadah umrah Ramadan.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud : “Umrahlah kamu pada bulan Ramadan setara dengan melaksanakan ibadah haji.” (Riwayat an-Nasa’i).# Memperbanyak doa. Daripada Saidatina Aisyah ia berkata kepada Rasulullah SAW: Ya Rasulullah, bagaimana jika suatu malam aku mengetahui bahawa itu malam Lailatulqadar, apa harus aku baca?

Baginda bersabda, bacalah yang bermaksud: “Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau menyukai permintaan maaf maka ampunilah aku.

” (Riwayat Tirmizi).# Memperbanyak solat sunat. Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang bangun (untuk solat) pada malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Riwayat Muttafaq ‘Alaih).-

Direct Free Kick

Direct Free Kick


EXCO SELANGOR DIUGUT SAMSENG BERPARANG - Harakahdaily

Posted: 31 Jul 2013 08:57 PM PDT


AMPANG, 1 OGOS 2013 : Exco Kerajaan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad mendakwa telah diugut sekumpulan samseng berparang yang dipercayai ada kaitan dengan isu penguatkuasaan terhadap gerai haram di Kg Pandan.

Menurutnya, ianya bermula apabila pihak berkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) cuba menghantar notis kepada sebuah gerai haram di sini pada 22 Julai lepas.

Kemudian, setibanya di gerai itu, penguatkuasa tersebut telah diserang oleh tujuh orang lelaki bersenjatakan parang.

Bagaimanapun menurut Iskandar, penguatkuasa itu sempat lari namun cermin kenderaan mereka telah dipecahkan dan tayar kereta mereka telah dipotong oleh samseng terbait.

Selepas kejadian itu katanya, Ahli Majlis zon tersebut, Mohd Fauzi Khamis pula telah diugut samseng terbait.

"Malam tadi Fauzi telah memberitahu bahawa beliau diminta untuk menyampaikan mesej dari pihak yang menyerang penguatkuasa itu supaya saya berhati-hati.

"Kemungkinan besar ugutan-ugutan ini dibuat supaya kami tidak membangkitkan isu gerai-gerai haram di Kg Pandan," katanya kepada Harakahdaily.

Iskandar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri berkata, kawasan Kg Pandan dibanjiri dengan gerai-gerai dan premis-premis perniagaan haram warga asing. 

Malah katanya, ada di antara mereka yang menyewa dari orang tempatan.

Menurut Iskandar lagi, terdapat juga kafe siber tanpa lesen yang beroperasi 24 jam di sana.

"Apabila MPAJ hendak bertindak mereka diserang dengan parang. Maklumat operasi mereka dipercayai telah dibocorkan oleh orang dalam.

"Di mana kumpulan lelaki berparang itu mendapat maklumat tarikh dan masa kedatangan MPAJ?" soalnya.

Sehubungan itu beliau meminta polis Ampang agar segera bertindak memandangkan serangan tersebut sudah tujuh hari berlalu.

"Telah lebih 7 hari sejak kejadian serangan tetapi rakyat masih tidak dapat melihat sebarang tindakan yang meyakinkan.

"Jika polis dan MPAJ gagal bertindak maka Kg Pandan akan menjadi kawasan tanpa undang-undang," katanya.

My journey - Wong Hon Wai 黃漢偉

My journey - Wong Hon Wai 黃漢偉


槟民联后座议员委员会 黄汉伟当选主席

Posted: 01 Aug 2013 08:51 AM PDT

SUARA PERAK

SUARA PERAK


Buka Puasa Bersama Wakil Rakyat DAP

Posted: 01 Aug 2013 08:59 AM PDT

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


Malaysia boleh diheret ke Mahkamah Antarabangsa jika laksana TPPA

Posted: 01 Aug 2013 03:51 AM PDT

OLEH MD IZWAN
AUGUST 01, 2013

Malaysia boleh diheret ke Mahkamah Antarabangsa jika laksana TPPA. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 1 Ogos, 2013.
Rancangan Putrajaya untuk melaksanakan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah indah khabar daripada rupa kerana kerajaan boleh diheret ke Mahkamah Antarabangsa jika melanggar kontrak yang dimeterai, kata pakar ekonomi Dr Martin Khor.

Pakar yang berpengkalan di Geneva, Switzerland menegaskan perkara itu sudah pun berlaku di negara-negara lain yang menjalankan perjanjian hampir sama dengan Amerika Syarikat.

“TPPA hanya mempunyai sedikit kaitan dengan perdagangan, ada lebih banyak isu yang perlu dibimbangkan,” kata Pengarah Eksekutif South Centre dalam forum enam panel yang diadakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI), hari ini.

Khor membayangkan kerajaan akan berhadapan dengan situasi terpaksa bertanggungjawab untuk memastikan industri tempatan terbela dan pada masa sama juga memastikan pelabur luar mendapat layanan yang sama adil.

“Peruntukan untuk melindungi hak pelabur asing, melayan negara asing sama rata atau sebaliknya melebihi daripada layanan yang diberikan kepada perniagaan tempatan.

“Jika undang-undang kerajaan berubah, ia memberi kesan kepada keuntungan masa depan syarikat tersebut mereka boleh meminta pampasan kerana ia adalah sama maksud dengan “rampasan”, definisi ini termasuklah bagi kerugian daripada untung masa depan hasil daripada perubahan polisi kerajaan,” katanya.

Lebih memburukkan keadaan, Khor mendedahkan kerajaan akan terikat dengan ‘Investor State Dispute Settlement’ atau ISDS yang berpengkalan di Mahkamah Antarabangsa, Washington jika meneruskan rancangan untuk menandatangani TPPA.

“Jadi, jika pelabur merasakan hak mereka dirampas daripada mereka, termasuk perubahan dalam kontrak atau keuntungan depan, mereka boleh saman kerajaan di Mahkamah Antarabangsa.

“Sudah terdapat banyak kes saman yang berlaku di negara lain,” katanya.

Khor memberikan contoh dua negara yang disaman dibawah ISDS ini iaitu Ecuador sebanyak AS$2.3bilion dan Indonesia AS2bilion oleh syarikat luar negara kerana melanggar kontrak dan menyaksikan mereka menang kes itu.

Kenyataan oleh Khor ini memberikan gambaran bahawa jaminan masa depan dan hak usahawan Bumiputera mungkin tergugat sekiranya TPPA ini dilaksanakan memandangkan kerajaan terpaksa mematuhi peraturan yang sudah ditetapkan.

Namun, wakil Pejabat Peguam Negara (AGC) semasa dalam satu forum hari ini menafikan perkara tersebut dan memberi jaminan hak usahawan Bumiputera akan tetap dibela walaupun selepas pelaksanaan TPPA ini.

Selain itu, seorang lagi panel Agil Faisal Ahmad Fadzil pula meramalkan kebanyakan usahawan dan perniagaan tempatan akan ketinggalan jauh dengan Amerika Syarikat sekiranya rancangan melaksanakan perjanjian ini diteruskan.

“Jika dilihat dengan bantuan yang kita terpaksa bergantung dan produk kita ada, saya boleh kata kita akan ketinggalan.

“Pembinaan keupayaan perlu dipertingkat,” kata Presiden Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Malaysia (GMB Malaysia) itu.

TPPA adalah inisiatif untuk membentuk satu kawasan perdagangan bebas (FTA) di kalangan 12 negara yang berjumlah 800 juta penduduk dan anggaran gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak AS$27.5trilion.

Malaysia menyertai TPPA sebagai anggota perunding penuh pada pusingan ke-3 yang diadakan di Brunei Darussalam pada Oktober 2010 lalu, serta terbaru adalah di semasa pusingan ke-18 baru-baru ini di Kota Kinabalu.

Kontroversi TPPA mendapat perhatian banyak pihak antaranya kumpulan sivil, pertubuhan bukan kerajaan dan juga parti pembangkang Pakatan Rakyat (PR), hingga menyaksikan Putrajaya terpaksa membentuk Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) melibatkan keanggotan dwi partisan bagi membolehkan pembangkang mendapat penjelasan berhubung perjanjian berkenaan.

PR turut membangkitkan persoalan terhadap beberapa isu dalam TPPA yang memungkinkan akan memberikan kesan negatif kepada Malaysia memandangkan perjanjian tersebut tidak boleh diumumkan kepada orang ramai. – 1 Ogos, 2013.

Sumber:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/malaysia-boleh-diheret-ke-mahkamah-antarabangsa-jika-laksana-tppa

KEADILAN lancar kempen “Percaya Pada Perubahan”, Pendaftaran Anggota Dalam Talian

Posted: 31 Jul 2013 07:55 PM PDT

KENYATAAN MEDIA
31 Julai 2013
UNTUK SEBARAN SEGERA

KEADILAN LANCAR KEMPEN “PERCAYA PADA PERUBAHAN”, PENDAFTARAN ANGGOTA DALAM TALIAN

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) hari ini melancarkan kempen pendaftaran anggota di bawah kempen “Demi Malaysia Yang Lebih Baik”. Kempen ini mempunyai dua fasa utama, iaitu fasa Kempen Dalam Talian yang bermula hari ini, dan fasa Jelajah Perubahan Rakyat yang akan bermula pada tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Bagi Kempen Dalam Talian, borang permohonan keanggotaan boleh diisi secara atas talian di laman sesawang KEADILAN, iaitu di http://keadilanrakyat.org/keanggotaan-online. Pemohon perlu menyediakan salinan kad pengenalan (depan dan belakang) untuk di muat-naik semasa mengisi borang atas talian tersebut. Yuran keanggotaan boleh dibayar atas talian dengan menggunakan kad kredit, Paypal ataupun pemindahan dana dari akaun bank pemohon.

Jelajah Perubahan Rakyat akan merangkumi satu “roadshow” bersama pimpinan KEADILAN dan akan diadakan di setiap negeri bagi menerangkan prinsip-prinsip dan perjuangan parti kepada rakyat. Tarikh dan tempat untuk setiap roadshow ini akan diumumkan dari masa ke semasa.

Kempen "Percaya Kepada Perubahan" ini selari dengan kepercayaan bahawa rakyat Malaysia dahagakan sebuah Malaysia yang lebih dinamik, aman dan makmur. Sokongan daripada rakyat amat diperlukan untuk mencapai visi KEADILAN bagi meletakkan Malaysia sebagai negara yang disegani, baik dari aspek ekonomi, politik dan sosial. Kempen ini akan memerkasakan KEADILAN lagi sebagai sebuah kuasa politik yang akan terus mampu mengorak arus perubahan bagi negara ini.

Nurul Izzah Anwar
Pengarah Biro Pemantapan dan Penambahan Ahli
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden KEADILAN

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Peniaga perabot ditemui mati ditikam

Posted: 01 Aug 2013 03:15 AM PDT

23 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

MELAKA: Seorang peniaga perabot dan barangan elektronik ditemui mati dengan enam kesan tikaman di kawasan semak berhampiran pantai Telok Gong di Alor Gajah, malam tadi.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah, berkata mangsa dikenali sebagai Oh Son Liong, 55, yang ditemui orang awam kira-kira 10 malam.
"Polis turut menjumpai sebuah lori muatan satu tan yang dipercayai milik mangsa berdekatan lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pihak polis meminta saksi yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini supaya menghubungi balai polis berhampiran.
- BERNAMA

Lelaki Cedera Parah Diserang Di Butterworth

Posted: 01 Aug 2013 03:10 AM PDT

23 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

BUTTERWORTH: Seorang lelaki cedera parah selepas diserang sekumpulan lelaki di hadapan Flat Kelisa di sini malam Rabu.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian pukul 10.05 malam itu, mangsa S.Jayaselan, 34, sedang menunggu rakannya yang tinggal di flat berkenaan sebelum empat lelaki yang tidak dikenali menyerangnya.
"Empat lelaki yang menaiki dua buah motosikal dan memakai topi kaledar penuh itu berhenti berhampiran mangsa dan terus menyerangnya dengan menggunakan parang serta besi.
"Mangsa yang tidak sempat menyelamatkan diri mengalami kecederaan parah di badan dan kepala. Terdapat lima kesan tetakan di kepalanya," katanya di sini, Khamis.
Beliau berkata, mangsa yang tinggal di Taman Inderawasih di sini dikejarkan ke sebuah hospital swasta dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesahketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.
"Setakat ini kita belum tahu motif sebenar kejadian dan pihak polis meminta orang ramai atau saksi yang melihat kejadian itu agar menghubungi kita bagi membantu siasatan," katanya.
Kes disiasat menurut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. - BERNAMA

CEO Baru Maybank Akan Diumumkan Bulan Ini - Zeti

Posted: 01 Aug 2013 03:06 AM PDT

23 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baru Malayan Banking Bhd (Maybank) bagi menggantikan Datuk Seri Abdul Wahid Omar, akan diumumkan bulan ini, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Abdul Aziz.

"Proses kelulusan dan penelitian akan dilakukan memandangkan kami mahu memastikan CEO, terutama membabitkan sebuah bank yang besar ini, lulus.
"Ejen-ejen sedang melakukannya dan kini semakin hampir selesai supaya namanya diumumkan tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas pengenalan jenama ikon baharu Pasaran Kewangan Islam Malaysia, di sini Khamis oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Turut hadir Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Zeti berkata, calon sudah dikenal pasti dan CEO baru kumpulan perbankan terbesar di Malaysia itu akan diumumkan bulan ini.
Sementara itu, Zeti berkata, kerajaan dan BNM sedang menangani kebimbangan yang ditimbulkan oleh Fitch Ratings terhadap tabungan awam dan struktur belanjawan.
"Kami akan meningkatkan daya tahan dan memperkukuh potensi yang ada bagi mengekalkan pertumbuhan," katanya.
Agensi penarafan itu juga menyemak unjuran penarafan kredit negara Malaysia daripada 'stabil' kepada 'negatif' dan pada masa yang sama mengesahkan mata wang asing dan mata wang tempatan jangka panjang Malaysia masing-masing pada 'A-' dan 'A'.
Mengenai pengumuman Perdana Menteri bahawa kerajaan akan mengumumkan butiran mengenai opsyen dalam mengukuhkan kedudukan fiskal dan makro negara dalam belanjawan akan datang, Zeti berkata Malaysia masih mempunyai masa untuk berbuat demikian, namun kini menjadi semakin penting memandangkan persekitaran global semakin mencabar.
"Kita perlu mengurangkan pendedahan dan antaranya ialah bidang fiskal. Malaysia mempunyai kapasiti dan keupayaan untuk menanganinya secara berperingkat-peringkat dan mengikut turutan," katanya.
Zeti berkata, pemulihan yang dijangkakan daripada ekonomi maju tidak mengukuh, dan untuk masa depan ia terus kekal menyederhana. - BERNAMA

Kenderaan pemain hoki kebangsaan yang maut dalam kemalangan

Posted: 01 Aug 2013 03:03 AM PDT

23 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

REMUK... Beginilah keadaan kereta Proton Perdana yang dipandu oleh pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat yang maut selepas keretanya melanggar lori di Lebuhraya Damansara-Puchong, berhampiran Stesen LRT Kelana Jaya, 2.25 pagi Khamis. Beliau berusia 33 tahun yang berasal dari Bukit Cina, Melaka antara salah seorang pemain hoki paling lama bermain untuk negara dan mula beraksi untuk skuad kebangsaan sejak berusia 17 tahun pada 1998. -fotoBERNAMA

Jurulatih anjing ditahan reman kes video 'raya'

Posted: 01 Aug 2013 02:57 AM PDT

23 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


  • Mahkamah Majistret Segamat memberi kebenaran kepada polis untuk menahan reman jurulatih anjing Maznah Mohd Yusof selama satu hari sehingga tengahari esok.
    Maznah, 38, disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan berhubung kesalahan menjejaskan keharmonian melibatkan agama serta Seksyen 4 Akta Hasutan.

    Maznah yang juga dikenali dengan nama jolokan Chetz meraih kontroversi ekoran video ucapan Hari Raya Aidil Fitri bersama anjing yang dimuatnaik tiga tahun lalu, dan mendapat perhatian dan dilaporkan meluas oleh media sejak Selasa lalu.
    Sementara itu peguam Latheefa Koya dari Lawyers for Liberty memberitahu KiniTV hari ini bahwa pihak polis memohon untuk menahan reman Maznah selama empat hari tetapi majistret hanya membenarkan sehingga petang esok.

    Katanya, polis harus melepaskan Maznah esok tetapi mereka boleh membuat permohonan untuk melanjutkan tahanan reman.

    Bagaimanapun, Latheefa berkata, beliau tidak nampak sebarang sebab bagaimana mereka boleh berbuat demikian. [Baca berita penuh]
    Sementera itu, Bernama melaporkan, Maznah telah dipindahkan dari Bukit Aman ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, Johor, untuk siasatan lanjut berhubung kes itu.
       
    Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata laporan pertama mengenai video itu telah dibuat di Segamat dan IPD Segamat akan mengambil alih siasatan itu.
       
    "Kita telah pindahkannya hari ini. Semua laporan berkaitan dengannya akan diserahkan ke sana (IPD Segamat)," katanya kepada pemberita hari ini.
       
    Semalam Maznah, 38, yang dikenali sebagai Chetz ditahan di cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
       
    Mengenai perkembangan kes pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi, Mohmad berkata polis akan mengambil keterangan daripada isteri Hussain, Chong Mei Kuen, 49, setelah keadaannya pulih selepas cedera ditembak.
       
    "Dia masih dirawat di hospital dan setakat ini sahaja perkembangan yang boleh saya berikan," katanya.
       
    Dalam kejadian tiga hari lepas itu, Hussain, 75, maut manakala isterinya cedera parah apabila ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah kuil Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon.
       
    Semalam, polis mengeluarkan gambar suspek dikenali sebagai Sci Ngan Zai atau Ah Chian dan telah menahan pemandu teksi berusia 44 tahun yang membawa suspek itu keluar daripada kawasan kejadian.
       
    Beliau juga enggan mengulas sama ada insiden itu berkaitan dengan pembelian hartanah di kawasan tempat parkir mangsa ditembak. 

    Malaysiakini/-

Pendedahan kenapa Morsi perlu dijatuhkan

Posted: 01 Aug 2013 02:48 AM PDT

23 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
(Penyokong Morsi berterawih di Medan Raba'ah. Di belakang tertera poster Morsi, Presiden Mesir yang sah yang telah diguling tentera)

MESIR: Satu rakaman video memamarkan ucapan Ketua Perisikan Israel Jeneral Afif Khufifi dimuat naik ke laman youtube mendedahkan sebab kenapa kepimpinan Islam di Mesir yang diterajui Presiden Dr Muhammad Morsi perlu "dihancurkan".
Ucapannya pada satu himpunan besar itu antara lain menyebut Morsi perlu disingkirkan kerana pemikirannya adalah Ikhwanul Muslimin dan cubaan menegakkan syariat dan khilafah Islam di Mesir.Mesirkini yang membuat terjemahan dan ringkasan dari petikan ucapan itu melaporkan, Afif melahirkan kebimbangan terhadap pemikiran Ikhwanul Muslimin yang hari ini berkembang pesat di Timur Tengah.Ianya termasuk Mesir, Turki, Tunisia, Maghribi, Libya, Gaza, dan lain-lain, malah sudah berupaya membina kekuatan di Syria dan Jordan.
Kekuatan Ikhwanul Muslimin katanya ada di pelbagai bidang, tidak hanya sebagai gerakan politik, mereka juga mengisi kehidupan sosial dan berinteraksi dengan manusia.

"Ada dua agenda besar yang kini sedang digencarkan Ikhwan. Pertama, mempromosikan negara khilafah dan penerapan syariat.

"Definisinya ada di Mesir, sebagai negara demokrasi yang melaksanakan sistem syura yang merupakan satu konsep permesyuaratan yang diakui dalam Islam.

"Kedua adalah strategi lebih luas iaitu memperkuat pertahanan mereka di tengah-tengah pengaruh rejim tidak demokratik, pada masa sama demokrasi tidak boleh memadamnya dengan mudah, sebagaimana terlihat di Turki dan Gaza," tulisnya merujuk ucapan Afif dalam bahasa Hibrew itu.

Afif juga mendakwa, Universiti Al Azhar akan menjadi kekuatan penerapan Syariat tersebut bagi mengukuhkan legitimasi hukum yang sedang diterapkan oleh kerajaan Mesir.

Dua misi besar ini menurutnya, akan menguatkan Ikhwanul Muslimin dalam perjuangan mereka.

Maka katanya, parti-parti sealiran Ikhwan yang kini berkembang di Mesir, Gaza dan Tunisia sedang bergerak menuju ke arah kepemimpinan Islam dan mereka akan bertanggungjawab menjadi peneraju utama.

Malah kata Afif, tanggungjawab ini tidak lagi diterjemahkan sebagai pucuk-pucuk kecil, tapi sudah menjadi kembang yang utuh dan kuat.

"Jadi rampasan kuasa terhadap Ikhwan adalah bertujuan untuk menghalang tegaknya daulah Islamiyah (kerajaan Islam) di Mesir.

"Penggulingan atas Morsi sebenarnya kerana takut pada kejayaannya, bukan kerana kegagalannya," tulis Mesirkini.

[LIHAT VIDEO] ucapan Afif Khufifi

Hari itu saya sendiri yang lawan hakim

Posted: 01 Aug 2013 02:43 AM PDT

23 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Petisyen Dun Rungkup ditolak oleh Mahkamah Tinggi Ipoh hanya kerana masalah teknikal. Setelah hakim membuat keputusan menolak dengan kos, saya sebagai pempetisyen memberanikan diri bangun untuk minta izin bercakap. 

Kelihatan pegawai polis yang bertugas cuba bangun untuk menghalang tetapi Yang Arif Hakim membenarkan saya bercakap. 

Dalam kesempatan itu saya bercakap dua perkara. Yang pertama mohon kos yang dikenakan ditolak @ dikurangkan kadarnya. Keran kos yang dikenakan membebankan dan mendera pempetisyen. 

Saya beritahu kos yang dikenakan kepada semua pempetisyen sebelum ini terlalu tinggi dan tidak munasabah. 

Yang kedua saya bercakap sepatutnya kes ini tidak perlu ditolak hanya kerana masalah yang begitu teknikal. 

Penolakan petisyen ini menyekat hak pemetisyen untuk membuktikan dakwaan yang terkandung dalam afidavit. 
Namun hakim tetap dengan keputusannya menolak dengan kos sebanyak RM35 ribu. 30 ribu kepada SPR dan 5 ribu kepada Adun BN. Saya menghormati keputusan yang arif.

Teknikalnya, ada satu salinan avidavit dalam bahasa Melayu dalam satu halaman ditanda tangani oleh peguam, tetapi satu salinan lagi dalam bahasa Inggeris saya menanda tangani. Namun kesilapan penanda tangan itu telah diperbetulkan sebelum ini. 

Yang hairan peguam kita tidak pula dibenarkan bercakap untuk berhujah di mahkamah. Saya sebagai pempetisyen dibenarkan pulak oleh mahkamah bercakap selepas hakim buat keputusan. 

Kalau begitu apa guna ada peguam, lebih baik pempetisyen sahaja yang mewakili dirinya sendiri untuk berhujjah lawan peguam SPR dan umno. 

Tak faham betul sistem perbicaraan pilihanraya kali ini. 

Persoalan lain, mengapa kos-kos yang dikenakan berbeza antara satu sama lain. Rungkup rasanya yang paling rendah berbanding yang lain, ada yang dikenakan sehingga lebih RM100 ribu. 

Isu penolakannya pula berkisar isu teknikal sahaja. Ini menunjukkan hakim boleh guna budi bicara bagi menentukan kos. 

Adilkah sistem perundangan di negara ini? Rakyat berhak buat petisyen bila meragui perjalanan pilihanraya, tetapi petisyen ditolak mentah-mentah di peringkat awal lagi tanpa membenarkan pihak peguam menjawab di mahkamah. 

Sepatutnya bantahan itu yang ditolak supaya bila perbicaraan dijalankan masing-masing pihak akan buat penghujahaan. 

Pempetisyen ada hujahnya, responden juga ada hujahnya. Selepas itu hakim buatlah keputusan. Saya percaya pempetisyen dan rakyat lebih puas hati dengan cara begini sekalipun keputusan tidak menyebelahinya.
Sebelum ini rakyat sering dicabar oleh SPR, kerajaan dan umno untuk failkan petisyen di mahkamah kalau tidak puas hati. 

Bila petisyen dibuat, peringkat awal lagi ditolak dengan alasan-alasan yang begitu teknikal dan setengah tu tidak munasabah.

Jadi apa ertinya petisyen dibenarkan tetapi keputusannya seolah-olah sudah ada. 

Ini menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadap sistem perjalanan bicara pilihanraya di negara ini.

* Penulis adalah calon PAS Dun Rungkup, Perak dan membuat petisyen membantah keputusan pilihan raya umum ke 13 untuk Dun ini.

Kuala Brang catat kos petisyen paling tingggi, RM150,000

Posted: 01 Aug 2013 02:40 AM PDT

23 Ramadhan 1434 H. [MOD]
KUALA TERENGGANU: Petisyen pilihan raya Dewan Undangan Negeri Kuala Brang mencatat rekod kos petisyen paling tinggi apabila pempetisyen dikenakan kos RM150,000.



Hakim Mahkamah Pilihanraya Kuala Terengganu, Datuk Mariana Yahya menolak petisyen yang dibuat oleh seorang pengundi di kawasan itu, Ahmad Zamani Yusof.

Mahkamah menganugerahkan kos sebanyak RM50,000 dibayar kepada setiap respondan petisyen ini iaitu Adun Kuala Brang, Tengku Putera Tengku Awang, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Pegawai Pengurus pilihan raya DUN ini.

Sebelum ini, hakim yang sama menganugerahkan hanya RM30,000 kepada wakil rakyat PAS dari Dun Teluk Pasu Ridhuan Hashim dan Rantau Abang, Alias Harun.

Dalam petisyen itu, petisyen BN terhadap mereka ditolak oleh mahkamah yang sama.

Dalam pilihan raya umum lalu, calon PAS Muhyidin Abdul Rashid kalah kepada Tengku Putera dengan majoriti 449 undi di Dun Kuala Brang.

Sebelum ini, rekod kos petisyen dicatat oleh calon PKR untuk parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik, apabila dikenakan kos RM120,000.

Ekoran itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa bimbang dengan penolakan petisyen pilihan raya yang dibuat dengan alasan teknikal sedangkan mahkamah meletak jumlah kos yang tinggi setiap petisyen.

Semalam Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu membangkit isu ini dalam sidang medianya.

(Mohamad Sabu dan rakan-rakannya dalam sidang media semalam)

"Kes-kes pengendalian pilihan raya semacam ada pengarahan. Ia diselesaikan tanpa perbicaraan dan kos yang dituntut mahkamah amat luar biasa yang dikenakan ke atas petisyen dari PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat," kata Mohamad Sabu dalam sidang media itu.

Ekoran itu, beliau mewakili PAS melahirkan rasa pelik dengan kepincangan yang berlaku sedangkan sebelum ini pihak SPR dan kerajaan berkata, mana-mana yang tidak berpuashati dengan perjalanan pilihan raya ini boleh membawanya ke mahkamah.

"Jangan salahkan rakyat jika ada persepsi di kalangan mereka mahkamah sekarang telah kembali ke zaman Dr Mahathir dulu yang boleh ditentukan keputusannya dan berlaku beli belah hakim yang menyebabkan rakyat tidak mendapat keadilan sebenarnya," tambah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam sidang media yang sama.

Beliau bimbang, selepas protes kepada SPR, rakyat akan buat protes pula di depan Istana Keadilan kerana tidak berpuashati dengan pengadilan kes petisyen pilihan raya ini.

Selangor Mohon Penguasa PBT Jadi Polis Bantuan

Posted: 31 Jul 2013 07:16 PM PDT

23 Ramadhan 1434 H.

SHAH ALAM: Berikutan peningkatan kes jenayah berat melibatkan senjata api, kerajaan Selangor akan memohon daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjadikan pasukan penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai polis bantuan bagi memastikan keselamatan orang awam lebih terjamin.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata setelah permohonan sama ditolak sebelum ini, kerajaan Selangor akan sekali lagi memohon kepada PDRM dan Kementerian Dalam Negeri dalam usaha mengadakan kerjasama dengan pihak berkuasa membanteras jenayah.
"Justeru, kami bersedia mengadakan perbincangan bersama menteri Dalam Negeri dan ketua Polis Negara bagi mencapai kata sepakat dalam perkara ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, Rabu.
Abdul Khalid berkata baru-baru ini, PDRM hanya meluluskan permohohonan untuk membenarkan 20 penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebagai polis bantuan tetapi kuasa itu sangat terhad kepada satu tugas sahaja iaitu mengawal bangunan MBPJ.
Beliau berkata dalam keadaan sekarang, kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor akan sependapat bahawa sudah tiba masanya usaha menjaga keselamatan dipertingkatkan termasuk dengan membuka peluang kepada lebih ramai pelantikan anggota polis bantuan yang mempunyai kuasa sama seperti anggota polis.
"Kami akan cuba cari jalan bagaimana penambahan tenaga pasukan keselamatan itu diberikan lebih luas lagi kuasa dan sudah tentu untuk diberikan lebih kuasa, latihan serta penempatan diperlukan dan untuk itu kerajaan negeri bersedia membiayainya.
"Bagaimanapun mereka (anggota penguatkuasa yang dilantik sebagai polis bantuan) akan mempunyai kuasa yang sama dengan polis hanya bila polis bersetuju mereka dilantik sepenuhnya dan telah diberi pentauliahan," katanya.
Abdul Khalid berkata kerajaan Selangor bersedia mengemukakan kira-kira 30 anggota penguatkuasa PBT dengan anggaran kos latihan dan penempatan melibatkan lebih daripada RM3,000 seorang. BERNAMA

Pemain Hoki Negara, Boon Huat Maut Kemalangan

Posted: 31 Jul 2013 07:10 PM PDT

23 Ramadhan 1434 H. [MOD]
 


Chua Boon Huat
PETALING JAYA: Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat, 33, maut selepas terbabit dalam kemalangan apabila kereta yang dinaikinya melanggar sebuah lori di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dekat Stesen LRT Kelana Jaya di sini pukul 2.25 pagi Khamis.

Jurucakap polis Petaling Jaya berkata kereta Proton Perdana dipandu Chua, dipercayai terlanggar sebuah lori tangki air, di LDP dalam kejadian 2.25 pagi itu.
Pasukan Bomba dan Penyelamat Damansara diketuai seorang pegawai dan lima anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan Chua yang tersepit dalam keretanya.
Beliau berkata Chua mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mayat telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat," katanya.
Chua yang berasal dari Bukit Cina, Melaka merupakan antara pemain hoki paling lama bermain untuk skuad kebangsaan.
Mendiang mula beraksi untuk pasukan negara sejak berusia 17 tahun pada 1998.

Maznah jurulatih anjing akan dihantar ke Segamat

Posted: 31 Jul 2013 06:48 PM PDT

23 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


  • Jurulatih anjing Maznah Mohd Yusof akan dihantar ke ibu pejabat polis daerah Segamat pagi ini bagi melengkapkan siasatan terhadapnya kerana memuat naik video menampilkan anjing dan ucapan hari raya.

  • Peguamnya N Surendran berkata, Maznah bagaimanapun bermalam semalaman di lokap Jabatan Jenayah Komersil di Bukit Perdana, Kuala Lumpur.

    Surendran berkata, polis memberitahunya, Maznah akan dihantar di bandar di Johor itu kerana laporan polis dan siasatan dibuat di sana.

    Maznah akan disiasat bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana mencetuskan suasana tidak harmoni dan Seksyen 4 Akta Hasutan.

    "Kami jangkakan polis akan memohon reman pagi esok (pagi ini) dan kami menyusun pasukan peguam untuknya di sana," kata Surendran ketika dihubungi tengah malam tadi.

    Malaysiakini/-

Pemandu van mati ditembak

Posted: 31 Jul 2013 06:40 PM PDT

23 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Ada tiga kesan tembakan pada perut, pinggang

Parit Buntar: Seorang pemandu van kilang mati ditembak ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di persimpangan Jalan Permai Utama berdekatan Taman Seri Semarak, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.40 pagi itu, mangsa, N Jeevandran, 26, yang tinggal di taman berkenaan maut di tempat kejadian dengan tiga kesan tembakan iaitu di perut dan pinggang.

Mangsa yang juga bekerja sambilan memasang khemah ditemui mati dalam keadaan terlentang di tepi jalan selepas terjatuh dari motosikal ditungganginya.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan, berkata kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal bersendirian ditembak sebaik tiba di persimpangan berkenaan.

"Tembakan mengenai perut dan pinggang mangsa menyebabkan mangsa terjatuh daripada motosikalnya.

Mati tempat kejadian

"Mangsa mati di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa mempunyai beberapa rekod jenayah lampau termasuk membabitkan kes jenayah mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan dipercayai baru dibebaskan daripada tahanan Disember tahun lalu.

"Polis menemui tiga kelongsong peluru di tempat kejadian. Polis masih mengenal pasti motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Terima panggilan

Sementara itu, bapa saudara mangsa yang mahu dikenali sebagai Ajamanikam, 60, berkata beliau difahamkan anak saudaranya itu keluar dari rumah selepas menerima panggilan daripada seseorang yang memintanya berjumpa di satu tempat.

Malam Ahad lalu, seorang lelaki maut dan dua lagi rakannya parah ditembak dalam kejadian di Kampung Simee, di Ipoh, ketika mangsa minum bersama rakan lain di sebuah restoran.BH/-

Lelaki AS kena 165 tahun penjara kesalahan penderaan seks di Haiti

Posted: 31 Jul 2013 06:26 PM PDT

23 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

MIAMI: Seorang lelaki dari Michigan dijatuhi hukuman penjara 165 tahun oleh Mahkamah Miami hari ini kerana sanggup ke Haiti dari Florida beberapa kali untuk melakukan penderaan seks kepada puluhan kanak-kanak di rumah penjagaan untuk orang miskin yang dimilikinya.


Juri mahkamah memutuskan Matthew Andrew Carter, 68, didapati bersalah atas lima tuduhan pada Februari lalu kerana melakukan aktiviti seksual dengan kanak-kanak, termasuk cubaan mengadakan pelancongan seks membabitkan kanak-kanak.
Pada hari kedua keputusan penghakiman, Hakim Joan Lenard memerintahkan Carter dikenakan hukuman maksimum iaitu 15 tahun penjara untuk kesalahan pertama dan 30 tahun penjara untuk tuduhan berikutnya.
Carter yang turut menggunakan nama "William Charles Harcourt" dan "Bill Carter," menguruskan pusat penjagaan Morning Star Center di Croix-des-Bouquets dan di ibu negara, Port-au-Prince, mulai 1995.
Pihak pendakwa tertuduh mensasarkan orang miskin dan kanak-kanak tidak berumah sebagai mangsa mereka.
Bekas penghuni Morning Star yang dipanggil untuk perbicaraan dan juga ketika sesi penghakiman, memberitahu tertuduh memaksa mereka mengadakan hubungan seks ketika tertuduh mengagihkan makanan, pakaian, patung permainan, tempat perlindungan dan kelas tuisyen ketika mereka berusia kanak-kanak.
"Perbuatan Carter menyebabkan reputasi Amerika tercalar sebagai negara yang ikhlas memberi bantuan kepada golongan memerlukan," kata Lenard.
"Ingin saya nyatakan di sini kepada semua mangsa tertuduh, saya sebagai warga Amerika, saya meminta maaf kepada anda. Ini bukan cara Amerika," katanya.
Ribuan kanak-kanak hidup di rumah anak yatim atau pusat penjagaan seperti Morning Star meskipun salah seorang ibu bapa mereka masih hidup akibat kemiskinan. - AFP

08:57:58 AM Parlimen Lembah Pantai kekal milik PKR, mahkamah tolak petisyen

Posted: 31 Jul 2013 06:20 PM PDT

23 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kerusi Parlimen Lembah Pantai kekal menjadi milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas Mahkamah Pilihan Raya, hari ini, menolak petisyen untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Petisyen bagi kawasan itu yang difailkan pengundi, Mohamad Sazali Kamilan.

Kabinet Mesir arah polis hentikan keganasan pro-Morsi

Posted: 31 Jul 2013 06:16 PM PDT

23 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KAHERAH: Kabinet Mesir hari ini mengarahkan polis membanteras penunjuk perasaan oleh penyokong setia Presiden Mohamed Morsi yang digulingkan ketika wakil Eropah tiba di Kaherah untuk membantu mengangani krisis itu.




Arahan dikeluarkan Menteri Dalam Negeri itu dijangka meningkatkan lagi ketegangan di Mesir selepas tunjuk perasaan besar-besaran itu menyebabkan lebih 82 orant terbunuh.
Usaha diplomatik bagi mengembalikan semula keamanan di Mesir itu turut membabitkan Kesatuan Eropah (EU) dan Jerman yang menghantar wakil bagi tangani krisis berkenaan.
Kabinet Mesir mengumumkan bahawa protes yang dilancar penyokong Morsi di dua tempatan di Kaherah itu boleh mengancam keselamatan negara. - AFP

Nuffnang