Khamis, 16 Mei 2013

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


Migrate, Zahid tells those unhappy with GE13 results

Posted: 16 May 2013 10:38 PM PDT

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


Gerrymandering Besar-besaran Akan Berlaku

Posted: 16 May 2013 05:41 PM PDT

Persempadanan: Pengundi Cina dalam satu kelompok

Salmiyah Harun,\ harakahdaily 15 Mei 2013

 KAJANG: Pengarah Institut Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) Prof Datuk Dr Mohd Redzuan Othman (gambar) menjangkakan BN akan memastikan pengundi-pengundi Cina dikelompokkan kepada satu kelompok dalam persempadan semula kawasan pilihan raya yang akan dibuat akhir tahun ini.







Ini kerana katanya, persempadanan semula kawasan pilihan raya merupakan senjata yang terbukti memberi kemenangan besar kepada BN.

Misalnya kata beliau, persempadanan semula pada tahun 2003 telah dibuat untuk mewujudkan kerusi campuran kerana selama ini pengundi Cina dan India adalah simpanan tetap kepada BN.

Namun, pada tahun 2008 berlaku tsunami politik yang memberi undi kepada Barisan Alternatif akhirnya usaha itu dilihat umpama 'senjata makan tuan'.

Redzuan yakin, jika persempadanan semula dilakukan, BN akan membuat seperti mana pada tahun 1974 di mana digabungkan kawasan-kawasan Cina terutama di bandar.

"Apa yang dibuat sebelum ini kawasan-kawasan Cina dipadatkan saya ambil contoh Lembah Pantai bersempadan dengan Seputeh. 99 peratus adalah pengundi Cina di Seputeh dipecahkan dan akan pergi ke Lembah Pantai, ini yang akan berlaku.

"Dan kalau persempadanan dibuat,  dia akan banyakkan kawasan Felda, sekarang ada 54 Felda tambah 20 lagi Felda. BN akan menang sebab Felda memang sapu bersih," katanya dalam Wacana Isu Semasa: Analisis Keputusan PRU13; Memahami Makna Pilihan Rakyat anjuran Abim, PKPIM dan Wadah.

Bagaimanapun katanya, oleh kerana tidak ada dua pertiga majoriti, BN tidak semudah itu untuk membuat persempadanan semula sebagaimana yang dijangka.

Jika diteruskan juga persempadanan semula, katanya sudah tentu Pakatan Rakyat akan memohon dan menuntut persempadanan yang adil.

"Kalau ini tidak adil, Pakatan Rakyat buat penat sahaja. Tetapiitulah yang berlaku sebelum ini persempadanan semula dibuat sewenang-wenangnya," kata beliau.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 113 (2) (ii), persempadanan semula Bahagian-Bahagian Pilihan Raya akan dibuat dalam tempoh tidak kurang dari 8 tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun daripada siapnya urusan persempadanan terdahulu.



Turut bersama menjadi ahli panel wacana yang berlangsung malam tadi antaranya, Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Batu Pahat Datuk Idris Jauzi, manakala Prof Madya Dr Saharuddin Badaruddin selaku moderator.

 http://en.wikipedia.org/wiki/Gerry-mandering
 http://en.wikipedia.org/wiki/Election_fraud

Bidang Pendidikan Serah Pada Pendidik

Posted: 16 May 2013 09:50 AM PDT

Dr Halimah : Serahkan Dasar Pendidikan Kepada Pakar, Jangan Campur Politik


KLANG 16 MEI : Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali mahu Menteri Pelajaran dan Pendidikan yang baru tidak mencampuri dasar pendidikan negara dengan agenda politik mana-mana parti.

Katanya, Menteri seharusnya membenarkan dasar pendidikan digubal oleh pakar-pakar pendidikan tanpa sebarang campur tangan parti politik demi memastikan negara dapat melahirkan pelajar cemerlang.

"Mereka juga harus membenarkan Jabatan Pelajaran (berfungsi) sebagai perlaksana dasar baru. Biar mereka buat kerja mereka, jangan keluarkan surat-surat arahan yang menekan pihak sekolah dan jabatan.

"Begitu juga dengan Institusi Pengajian Tinggi, jangan ganggu profesionalisme, intelektualisme pelajar dan pensyarah-pensyarah itu.

"Apa yang menteri lakukan sebelum ini sebenarnya hanya menyebabkan pelajar kita jauh ketinggalan berbanding pelajar di negara maju yang lain," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Sambutan Hari Guru di Sekolah Menengah Kampung Jawa di sini.

Halimah menambah Kementerian Pelajaran juga harus memberhentikan larangan wakil rakyat ADUN Pakatan Rakyat daripada memasuki sekolah kebangsaan.

"Kami bukan mahu berjumpa pengundi tetapi kami mahu memahami masalah guru dan pelajar supaya kami dapat membantu meningkat taraf pembelajaran atau kemudahan yang mereka perlukan.

"Jika di negara lain, parti yang memerintah dan pembangkang bekerjasama membangunkan masyarakat," katanya.

Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik semula sebagai Menteri Pelajaran dan Pendidikan Tinggi 1 dan manakala Datuk Seri Idris Jusoh dilantik Menteri Pelajaran dan Pendidikan Tinggi 2.

Manakala Datuk Mary Yap Kain Ching dan P. Kamalanathan masing-masing dilantik Timbalan Menteri.


Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Al-Qur`an, Cabaran Dan Pengukuhan

Posted: 16 May 2013 04:40 PM PDT

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


新内阁的性别比例严重“失衡”

Posted: 15 May 2013 11:43 PM PDT

民主行动党全国副宣传秘书兼古来区国会议员张念群发表文告:
 
(吉隆坡16日讯)民主行动党全国副宣传秘书张念群指出,相较于首相拿督斯里纳吉新内阁阵容中的种族比率,她更关心的是新内阁的性别比例;因为很明显地看到,受委为女部长和副部长的比例,非但没有达到30%女性参与决策权的目标,而且还严重"失衡"。
 
她说,纵观新内阁成员名单,分别只有2名女性部长和5名女性副部长,即任职于首相署丶教育部丶公共工程部,以及城市和谐丶房屋及地方政府部,种植及原产业部和妇女丶家庭及社会发展部。
 
"换言之,在24个部门共有35名部长职位当中,女性部长的比例只占了约5.7%;而女性部长的人数,不仅在人数上没有增加,相反的在比例上,还比原本的6.45%(2/31)减少了。"
 
她表示,即使是加上女性副部长的人数,也只不过是占总数的11% ,因此,政府必须大刀阔斧进行改革,真正做到赋权女性(women empowerment)。
 
(More......)

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Ketokohan Khalid menangkan Selangor

Posted: 15 May 2013 11:16 PM PDT

 Institut Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati bahawa kejayaan cemerlang Tan Sri Abd Khalid Ibrahim mentadbir negeri Selangor telah memberi sumbangan besar kepada kejayaan Pakatan Rakyat negeri itu dalam PRU yang lalu, disamping sumbangan pihak lain.

Kejayaan Pakatan Rakyat Selangor itu bukan saja dapat mempertahankan Selangor dari jatuh ke tangan Barisan Nasioal, bahkan dapat meningkatkan pencapaiannya dengan majoriti lebih besar, 44 kerusi Dun, sementara Barisan hanya berjaya memenangi 12 kerusi Dun.

Namun kejayaan Tan Sri Abd Khalid ini dikongsi bersama oleh barisan exconya, seluruh jentera piliharaya Pakatan Rakyat dan sokongan rakyat Selangor sendiri.

Pengarah Institut Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) itu, Profesor Datuk Dr Mohd Redzuan Othman menyatakan kekagumannya atas kejayaan kepimpian Tan Sri Abd Khalid ini dalam Wacana Isu Semasa: Analisis Keputusan PRU13; Memahami Makna Pilihan Rakyat anjuran ABIM, PKPIM dan Wadah di Kajang malam kelmarin.

Turut menjadi ahli panel wacana yang berlangsung itu ialah Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Batu Pahat Datuk Idris Jauzi, manakala Prof Madya Dr Saharuddin Badaruddin selaku moderator.

Dalam wacana itu juga Dr Mohd Redzuan memuji ketokohan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat kerana berjaya memimpin kerajaan Kelantan hingga mampu mempertahakannya dalam PRU yang lalu.

Dr Mohd Redzuan melihat bahawa kejayaan sesebuah kerajaan banyak bergantung kepada kemampuan tokoh yang memimpin serta pasukan kerjanya.

Kekuatan parti saja tidak cukup, katanya, tapi mesti dipimpin oleh tokoh yang berintegriti. 

Tiga negeri yang masih dapat dipertahakan oleh Pakatan dalam PRU yang lalu – Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang – dipimpin oleh tokoh berwibawa dan mendapat sokongan kuat dari rakyat.

Ini berdasarkan kajian UMCEDEL di bawah pimpian Dr Mohd Redzuan sendiri.

Dalam wacana yang dihadiri ramai intelektual, penulis, aktivis parti dan tokoh masyarakat, beliau mengenengahkan analisis terperinci mengenai keputusan PRU itu disandarkan dengan fakta.

Menurut kajian pihaknya, Pakatan Rakyat jauh ke depan dengan cara baru gaya kempen, poster, risalah dan sebagaiya, berbanding dengan kempen BN masih dengan cara lama.

Kata  Dr Mohd Redzuan, BN terpaksa menjemput orang ramai datang ke programnya, malah diberi makan, berbeza dengan kempen dan ceramah Pakatan di mana orang ramai datang sendiri.

Beliau juga menyebut, bahawa bandar di mana banyak terdapat universiti dan kolej serta ekses maklumat yang banyak melalui internet meyebabkan pengundi bandar menyokong Pakatan Rakyat dan inilah kelebihan pengundi bermaklumat.

Dr Mohd Redzuan juga menyatakan bahawa kempen kotor dalam PRU yang lalu tidak berkesan sama sekali. Tetapi, katanya, pemberian BRIM RM500 oleh kerajaan BN berkesan kepada pegundi kampung. 

Sementara itu, Dr Mujahid Yusuf Rawa pula berkata, momentum PRU ke-12 dulu berterusan hingga ke-PRU ke-13 di mana isu rasuah, nepotisme, isu kronisme yang diketengahkan oleh Pakatan begitu berkesan, sementara isu perkauman menjadi ‘pelaburan’ paling mahal bagi BN.

Dr Mujahid juga menegaskan betapa petingnya menyediakan kepimpinan parti yang berwibawa, mampu menarik pengundi muda, di samping benar-benar memahami dan menguasai realiti masyarakat.

Dr Mujahid menyebut bagaimana pengundi muda membentuk pemikiran tersendiri, sangat bermaklumat dan menolak perkauman. Mereka ini, katanya, kebanyakannya menyokong Pakatan. Ertinya di sini, katanya, mereka yang terpelajar dan bermaklumat akan menyokong Pakatan Rakyat.

Pendapat ini disokong oleh Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming yang menyatakan bahawa betapa perlunya Pakatan Rakyat medaftar pengundi muda sebanyak-banyaknya supaya Pakatan menang lebih banyak lagi dalam PRU akan datang.

Tokoh veteran pendakwah dan kini Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Idris Jauzi pula meyarankan supaya diadakan sekolah latihan politik untuk pendakwah/ahli politik yang boleh memahami realiti politik masa kini.

Beliau juga menyatakan bahawa Umno kini hidup dengan semangat perkauman. Jika habis semangat perkauman, habislah Umno, katanya.

Pada wacana itu Datuk Idris, menceritakan pengalamannya mendekati pengundi, kebanyakannya orang kampung, hingga dapat menawan hati mereka dan mengundi beliau dalam PRU yang lalu.

Kawasan parlimennya, Batu Pahat Johor, adalah separuh kampung dan separuh bandar di mana kawasan bandar ramai pengundi Cina di samping pengundi Melayu.

Namun dengan kebjaksanaanya berinteraksi dengan pengundi, akhirnya beliau dapat menewaskan bekas timbalan menteri, Datuk Dr. Fuad Zarkashi.Ada beberapa persoalan ditimbulkan dalam Wacana Isu Semasa itu.

Pertama, fenomena pengundi muda di mana semua ahli panel bersetuju bahawa dalam PRU yag lalu, pengundi muda muncul secara besar-besaran.

Ada sesetengah tempat mengundi di bandar di mana pengundi muda beratur hingga dua jam untuk mengundi. Pengundi muda ini menunjukkan minat luar biasa untuk menentukan aliran politik negaranya.

Mereka bukan dari golongan remaja yang biasa muncul dalam program hiburan di TV, tetapi mereka adalah para pemuda yang serius untuk menentukan haluan politik negara.

Kedua, isu perkauman di mana semua ahli panel wacana menolak pendekatan perkauman.
Menurut mereka perkauman adalah musuh kemanusiaan dan menimpakan kerosakan besar kepada negara.

Ketiga, rakyat memilih parti dan calon yang mempunyai integriti. 

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Apa Lagi Xavier Mahu?

Posted: 16 May 2013 04:26 AM PDT

Sumber: FreeMalaysiaToday
Oleh: Uthaya Sankar SB (Pemilik tunggal syarikat 'Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya'. Beliau kolumnis di FMT sejak Januari 2011.)

PETALING JAYA: Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Rakyat (huruf besar disengajakan) di negeri Selangor khususnya mengundi calon bukan sebagai wakil PKR, PAS atau DAP; sebaliknya sebagai wakil Pakatan Rakyat (PR). Maka, ketiga-tiga parti politik ini juga harus bekerja bagi Rakyat sebagai PR. Kesemua polisi harus menggambarkan citra dan jati diri PR; bukan mewakili parti tertentu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar Arulanandam berpendirian demikian sambil menekankan bahawa semua pihak dalam PR perlu benar-benar sedar akan hakikat bahawa Rakyat memilih PR secara kolektif tanpa berdasarkan parti.

Nama Xavier hangat diperkatakan sekarang menjelang saat genting pemilihan barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor. Sudah ada kempen besar-besaran dari dalam dan luar PKR yang mendesak supaya Ketua Cabang Kota Raja dan Ahli Biro Politik PKR itu tidak dilantik bagi penggal kedua memegang portfolio Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin (Free Malaysia Today, 15 Mei 2013).

Rekod keputusan PRU-13 menunjukkan bahawa Xavier mendapat 31,491 undi berbanding calon MIC/BN, Mohan Thangarasu (15,858 undi) untuk mengekalkan kerusi DUN Seri Andalas. Majoriti 15,633 undi menunjukkan peningkatan yang amat ketara.

Lalu, mengapa ada pihak yang menentang kemungkinan beliau dilantik memegang jawatan Exco? Maklumat yang tersebar menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dan e-mel daripada kumpulan yang tidak dikenali tidak boleh diterima seratus peratus; khususnya kerana tidak disertakan maklumat pengirim.

Laporan di media juga amat kurang mengenai Xavier. Maka, saya memutuskan untuk bersemuka dengan beliau bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara ini. Terdahulu, sejak tarikh penamaan calon (20 April 2013), saya memang sudah mula mengumpul maklum balas dan pandangan sejumlah pengundi di DUN Seri Andalas mengenai politikus ini yang lahir di ladang Tanjung Rambutan serta membesar di Langkawi, Johor dan Kelantan.

Sejak dilantik menjadi Exco pada Mac 2008, lulusan Universiti Manipal, India (1979) ini dilihat memberikan tumpuan khas terhadap isu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan kuil – dua isu penting dan sensitif dalam kalangan kaum India beragama Hindu.

Selain daripada membantu SJK Cina dan Sekolah Agama Rakyat (SAR), Kerajaan Selangor menyediakan peruntukan khas sebanyak RM4 juta bagi membantu SJKT. Rata-rata penduduk yang saya temui menyokong usaha ini kerana mereka sedar, cara terbaik bagi kaum India mencapai mobiliti sosial adalah menerusi pendidikan. Mereka juga tidak membantah tindakan menyalurkan sebahagian dana tersebut kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menjalankan projek berkaitan pendidikan.

Golongan ibu bapa dan guru di beberapa kawasan sekitar Selangor juga memberitahu saya bahawa mereka berpuas hati dengan usaha-usaha yang dilakukan oleh Xavier. Tumpuan beliau bukan hanya terhadap kerja-kerja membaiki kemudahan (fizikal) SJKT, tetapi juga menjana semangat dan keyakinan dalam diri murid-murid, guru dan ibu bapa menerusi pelbagai projek.

Walaupun kurang mendapat publisiti di media, kebanyakan SJKT di Selangor mengaku telah mendapat manfaat daripada usaha gigih yang dilakukan oleh Xavier sejak 2008; khususnya dalam soal pemilikan tanah bagi membina bangunan kekal. Kehebatan SJKT Midlands di Seksyen 7, Shah Alam juga menjadi kebanggaan kaum India serta bukti bahawa SJKT boleh setaraf SJKC dari segi kemudahan.

Pencapaian cemerlang sejak 2008

Apabila saya berpeluang bertemu Xavier pada pagi 16 Mei 2013, beliau turut menghuraikan mengenai isu kuil. Katanya, sejak 2008, kuil Hindu adalah antara penerima bantuan kewangan terbesar daripada kerajaan negeri; melibatkan peruntukan lebih RM6 juta. Masalah tanah melibatkan lebih 60 kuil juga berjaya diselesaikan manakala pembinaan kuil-kuil baru dipastikan memenuhi syarat ditetapkan kerajaan tempatan.
"Memanglah isu-isu berkaitan kuil Hindu sangat sensitif dan mustahil dapat diselesaikan sepenuhnya dalam sekelip mata, tetapi berkat kerjasama semua pihak terbabit, kerajaan negeri terus-menerus melakukan apa sahaja yang patut dan mampu dilakukan," kata politikus itu yang aktif di Facebook dan Twitter.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa banyak perkara yang sudah dilakukan oleh Xavier sebagai ADUN dan Exco. Malangnya beliau kurang mendapat liputan media. Selain itu, mengapa dalam perkembangan terbaru, ada pihak yang membuat kempen tidak mahu beliau kekal sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor?

"Memanglah rata-rata media cetak Bahasa Tamil dan Inggeris memboikot kami dengan tidak menyiarkan berita mengenai segala perkara positif yang dilaksanakan dalam isu-isu berkaitan kuil dan SJKT. Namun, maklumat positif yang disampaikan oleh orang ramai kepada rakan-rakan mereka (word of mouth) masih berkesan, walaupun tidak secara meluas. Merekalah kekuatan kami.

"Portal berita dalam talian menjadi media yang amat berkesan untuk menyampaikan maklumat dengan segera kepada khalayak yang lebih luas. Saya mengharapkan peluang yang adil dan seimbang turut diberikan kepada saya oleh portal berita berkenaan untuk menjawab pelbagai tuduhan yang dilemparkan pihak berkenaan serta bagi menjelaskan kedudukan sebenar," katanya dengan penuh harapan semasa pertemuan kami di Taman Sentosa, Klang.

Agak menarik bahawa dalam tinjauan lapangan serta pembacaan saya (khususnya blog Xavier dan postal Demi Rakyat), banyak perkara menarik yang sebenarnya berjaya dilakukan menerusi usaha individu ini yang pernah juga menjadi presiden Kelab Rotary Klang (2005-2006) dan setiausaha agung Malaysian Dental Association (2007-2008).

Dalam usaha memberikan sedikit "kuasa" kepada penduduk setempat, sejumlah 48 ketua komuniti daripada kalangan kaum India dilantik di seluruh negeri Selangor sejak 2008. Mereka menjalankan tugas hampir sama seperti ketua kampung, dibayar elaun dan ada peruntukan dana bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Ada banyak lagi kejayaan yang boleh dimasukkan dalam senarai pencapaian Xavier sejak 2008 tetapi beliau ternyata tidak mahu mengungkitkan kejayaan lalu semasa perbualan kami. Sebaliknya beliau lebih banyak mahu menumpukan pada perancangan, tugas dan amanah yang perlu dipikul bagi tempoh lima tahun akan datang berikutan mandat yang diberikan oleh pengundi di DUN Seri Andalas.

Saya mengambil peluang untuk mengemukakan pertanyaan mengenai "kempen" terbaru yang giat dilakukan sekumpulan 'orang dalam' PKR sendiri yang khabarnya diterajui Dr S Streram (Petaling Jaya Selatan), P Maniam (Hulu Selangor), S Murali (Puchong), Anthony Dass (Kota Raja), P Krishnasamy (Klang), Dr Neduchelian (Kapar), M Jayabalan (Lembah Pantai), S Balan (Subang) dan P Thiagarajan (OMS).

Pada mulanya, Xavier kelihatan sugul dan keberatan untuk memberikan komen berhubung isu terbaru ini. Bagaimanapun, saya menegaskan bahawa tujuan saya bertemu beliau adalah untuk mendengar sendiri penjelasan daripadanya dan kemudian menulis artikel berdasarkan pertemuan kami.

'Saya tidak gentar dengan SMS dan fitnah'

"Saya memang sedih dengan perkembangan terbaru di mana saya dituduh oleh pihak tertentu bahawa saya gagal melaksanakan tugas sebagai Exco pada penggal pertama. Sayangnya mereka tidak pula mahu melihat apa-apa yang sudah berjaya dilaksanakan dalam tempoh yang relatif singkat sejak 2008," katanya.

Siapakah kumpulan ini yang begitu bersemangat mahu menghalang perkembangan politik Xavier dalam kerajaan negeri? Adakah mereka kelompok yang berjuang bersama-sama PKR dan PR lama sebelum Xavier menyertai perjuangan reformasi pada 1998?

"Mereka boleh dikatakan orang-orang baru. Kumpulan ini memang mensasarkan saya sejak sebelum 2008. Mereka mencuba tetapi gagal mendapatkan kerusi (kuasa) dalam pemilihan parti. Mereka juga gagal mendapat tempat dalam barisan kepimpinan tertinggi parti.

"Selepas itu, mereka didapati mula bergerak secara sendirian untuk menentang saya dalam semua perkara. Punca dan alasannya hanya mereka yang tahu. Kini, apabila timbul kemungkinan saya dikekalkan dalam jawatan Exco, mungkin mereka merasakan kedudukan mereka dalam PKR tercabar," Ketua Cabang Kota Raya itu menghuraikan sedikit demi sedikit.

Jika kumpulan ini boleh mengerakkan kempen besar-besaran, pasti mereka terdiri daripada kumpulan yang besar, kuat dan berpengaruh. Malah tidak mustahil bahawa mereka ada ramai penyokong dalam kalangan ahli PKR dan orang ramai.

"Daripada apa yang saya dapat tahu, penyokong sebenar mereka tidaklah mencapai 500 orang seperti digembar-gemburkan. Kumpulan tertentu didapati menggunakan SMS untuk menghantar mesej kepada orang ramai dalam usaha mencemarkan nama dan reputasi saya. Bagaimanapun, saya menganggap semua ini sebagai cabaran positif.

"Saya tidak mahu membalas tindakan mereka dengan cara yang sama. Sebaliknya saya lebih suka jika isu ini diselesaikan secara baik dalam parti, tanpa perlu menyusahkan orang ramai, khususnya para pengundi yang sedang menunggu dengan penuh harapan untuk melihat pemimpin masyarakat (ADUN dan Ahli Parlimen) yang mereka undi melaksanakan tugas yang diamanahkan," kata bapa kepada tiga anak itu yang turut berterima kasih kepada isterinya, Sheila Devaraj yang sentiasa memberikan sokongan moral.

Xavier menyatakan bahawa perjuangan semua pihak (dalam PKR dan PR) adalah sama, iaitu menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan membawa pentadbiran baru seperti diimpikan sejak dahulu.

"Sekiranya ada pihak yang cuba menimbulkan pelbagai masalah (dari dalam) seperti yang berlaku sekarang, maka ia sedikit-sebanyak akan mengganggu perjuangan PR. Kalaulah benar saya melakukan kesalahan dan penyalahgunaan kuasa seperti didakwa, maka pihak terbabit wajar membuat laporan rasmi kepada SPRM dan polis berserta bukti.

"Barulah saya juga akan berpeluang mempertahankan diri secara adil dan saksama. Kalau sekadar menghantar SMS dan e-mel tanpa nama kepada orang ramai, itu adalah tindakan tidak bertanggungjawab serta tidak menyelesaikan masalah. Kalau tidak mampu membantu perjuangan membela rakyat, sekurang-kurangnya jangan menjadi batu penghalang," katanya tanpa menyebut nama sesiapa secara khusus.

Uthaya Sankar SB adalah pemilik tunggal syarikat 'Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya'. Beliau kolumnis di FMT sejak Januari 2011.

118 NGO India Selangor Harap Dr Xavier Kekal Sebagai Exco

Posted: 15 May 2013 03:00 AM PDT

SHAH ALAM, 15 MEI: 118 Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili etnik India di Selangor berharap Adun Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri .

118 NGO tersebut termasuklah Gabungan NGO India Malaysia, Tamil Foundation Malaysia, Child Informatioan Learning and Development Centre (CHILD) Education Welfare Research Foundation (EWRF) dan Selangor Action Team.

Gesaan tersebut dibuat berikutan prestasi cemerlang yang ditunjukkan Dr Xavier sepanjang lima tahun menerajui Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin sebelum ini.

Menurut Pengerusi Lembaga Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Midland, K Uthayasoorianee, antara kejayaan Dr Xavier, meningkatkan kemudahan serta suasana pembelajaran lebih baik di sekolah Tamil dan memperbaiki  kehidupan masyarakat India di kawasan ladang seluruh Selangor.

"Dr Xavier berjaya memastikan agar SRJK Tamil di Selangor dapat bantuan kewangan dari Kerajaan Negeri," kata K Uthayasoorianee dalam satu sidang media di Midland Convention Centre di sini.

Selain itu, Setiausaha Gabungan NGO India Malaysia, Gunaraj George berharap agar DAP turut mencalonkan seorang lagi Adun dari kaum India sebagai calon Exco sekaligus menjadikan dua Exco kesemuanya.

Bagaimanapun menurut Gunaraj, beliau menghormati apa-apa keputusan yang dibuat oleh DAP Selangor.

Dalam PRU-13 yang berlangsung 5 Mei lalu, PR Selangor berjaya membentuk semula kerajaan apabila menang dengan majoriti dua pertiga di negeri itu.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah, Klang  berkata proses pemilihan Exco sedang dijalankan dan akan diumumkan minggu hadapan selepas mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor.

Sumber: Selangorku

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on PM Najib’s new Cabinet after PRU 13 by Kunang Kunang

Posted: 16 May 2013 09:29 AM PDT

Fully agreed wth mekyam. WCK should be appointed Minister of Transport. Ahmad Jauhari & Tony Fernandez will have a lot to answer to the new minister..

Comment on PM Najib’s new Cabinet after PRU 13 by mekyam

Posted: 15 May 2013 11:09 PM PDT

dear YB [you'll always be YB in my book] WCK, i think najib shd forget about MCA and appoint you as the Minister of Transport. i know many malaysians would agree with me!

Comment on PM Najib’s new Cabinet after PRU 13 by Fong Section 2 Wangsa Maju

Posted: 15 May 2013 08:34 PM PDT

A notable absence of Chinese representation. It is sad but I can understand the PM’s predicament. He has done so much within the last 4 years and he was rewarded with the Chinese tsunami. We must find ways and means to work with Najib for a better 1Malaysia. I also hope that the Malay will not turn their back on the Chinese for the results of PRU 13. The politic of hatred is taking its toll now.

Comment on Issues for your MP by weechookeong

Posted: 15 May 2013 07:50 PM PDT

Parameswaran

Thank you for the alert.

I am looking into the restructuring of the blog instead of on a piece meal basis. It will be done as soon as I could.

Thank you

wee choo keong

Comment on Issues for your MP by Parameswaran

Posted: 14 May 2013 11:13 PM PDT

You want to re-name this page?
You are no more MP.

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


“dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta” – Usman Awang (1979)

Posted: 15 May 2013 10:04 PM PDT

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 1979

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


PM sudah tidak wajar pegang Menteri Kewangan

Posted: 16 May 2013 02:37 AM PDT

6 Rejab 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Portfolio Menteri Kewangan sewajarnya tidak lagi dipegang oleh Perdana Menteri sebaliknya diberi kepada timbalannya bagi mewujudkan budaya semak imbang di peringkat tertinggi kerajaan dalam membuat keputusan berkaitan kewangan negara.

Menurut Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Syahir Sulaiman, Malaysia mengalami defisit fiskal selama 16 tahun berturut-turut sejak 1998.

Dalam tempoh ini, format penjawatan Perdana Menteri memegang portfolio Menteri Kewangan yang dipraktikkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad diteruskan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dan disambung oleh Datuk Seri Najib Razak.

"Negara sangat memerlukan budaya 'semak dan imbang' (check and balance), bukannya budaya 'cek dan baki' (cheque and balance) di peringkat tertinggi membuat keputusan.

"Dasar fiskal negara yang disuburkan oleh sistem urus tadbir yang tidak pruden, dek kuasa yang diberi pada orang yang sama memegang jawatan CEO dan CFO dalam kerajaan. 

"Hatta di peringkat persatuan, kelab dan masjid, seorang pengerusi tidak boleh turut memegang jawatan bendahari, bagi mengelakkan berlaku salahguna kuasa dan pecah amanah," kata Pengarah Institut Polisi Studi DPPM itu.

Kabinet yang diumumkan Najib petang semalan membabitkan 24 kementerian membabitkan 33 jawatan Menteri, termasuk Timbalan Perdana Menteri, 26 Timbalan Menteri, termasuk seorang Senator sedia ada dan lima lagi Senator (dua Menteri dan tiga Timbalan Menteri) akan dilantik.

Harakahdaily/-

'Kabinet paling tak menarik dalam sejarah M'sia'

Posted: 16 May 2013 02:31 AM PDT

6 Rejab 1434 H. [MOD] -
Lim Kit Siang


Barisan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam adalah yang paling tidak menarik jika dibandingkan dengan kesemua Perdana Menteri Malaysia sepanjang 56 tahun sejarah negara.

Malah ia telah menyerlahkan perbezaan besar antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional di dalam pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini - yakni Pakatan Rakyat menjunjung harapan dan visi politik baru untuk Malaysia manakala Barisan Nasional mewakili politik tua, lelah dan politik kaum, ketakutan, korupsi, salahguna kuasa dan ketidakadilan.

Ketidakadilan di dalam keputusan PRU13 dan persoalan buat pertama kalinya di dalam sejarah Malaysia berkenaan legitimasi perdana menteri telah melahirkan secara spontan gerakan kesedaran politik "hitam" di dalam negara, seperti yang disaksikan pada 30,000 orang di perhimpunan "Black 505" di Ulu Tiram, Johor Bahru malam semalam, diikuti dengan kehadiran besar di satu lagi perhimpunan "Black 505" di Kelana Jaya, Pulau Pinang, Ipoh dan Kuantan, mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan kawasan melihatkan kekuatan generasi muda Malaysia yang sehingga sekarang begitu sedih dengan politik dan perkembangan politik negara.

Rakyat Malaysia, terutamanya orang muda tidak mengira kaum, agama dan jantina, marah dengan ketidakadilan sistem demokrasi dan pilihan raya menyatakan pendirian terhadap kekecewaan dan kemarahan pada keputusan PRU13 juga terhadap legitimasi Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, memandangkan mereka rasa dirompak hak asasi demokrasi mereka untuk menentukan masa depan politik negara.

Pertama, majoriti 51 peratus undi popular menyokong Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia, sementara Najib dan Barisan Nasional Berjaya mendapat hanya 47% undi popular.

Kedua, sekiranya PRU13 bersih, bebas dan adil, undi popular Pakatan Rakyat dan Anwar tentu telah melebihi daripada 60 peratus malah mencecah lebih 65%, juga memenangi majoriti daripada 222 kerusi parlimen di dalam negara.

Ketiga, Kabinet yang diumumkan oleh Najib semalam telah menambah lagi ketidakabsahan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas PRU13.

Kabinet yang diumumkan Najib semalam tidak ragu lagi Kabinet paling tidak menarik antara semua keenam-enam Perdana Menteri di dalam 56 tahun sejarah negara.

Ia bukanlah Kabinet untuk semua rakyat Malaysia, kerana sasarannya ialah bagi memastikan Najib dapat berjaya dalam perebutan kuasa di dalam Umno hujung tahun ini ketika pemilihan parti Umno.

Terdapat 10 Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan lapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, lebih empat menteri berbanding Jabatan Perdana Menteri di dalam Kabinet lepas.

Ini tidak masuk akal dan mengembangkan Kabinet, bukan saja tidak produktif malah menunjukkan kurangnya professionalisme dalam penetapan Kabinet, dengan bilangan keseluruhan Menteri di Jabatan PM mewakili satu pertiga Kabinet - yang pasti satu-satunya sedemikian di seluruh dunia.

Saya tertarik dengan pertukaran jawatan Kabinet antara Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, terutama selepas Hishammuddin telah gagal sebagai Menteri Dalam Negeri untuk mengurangkan jenayah, membasmi ketakutan terhadap jenayah yang menghantui rakyat Malaysia, kedua-duanya paling teruk di Johor Bahru yang telah menjadi ibu negeri jenayah di Malaysia.

Saya akan berusaha untuk bertemu dengan Ahmad Zahid untuk mengetahui sama ada beliau mempunyai sebarang strategi untuk membasmi reputasi buruk Johor Bahru sebagai ibu negeri jenayah di Malaysia, dan sekiranya beliau tidak mampu untuk menghasilkan sebarang kesan dalam mengurangkan jenayah dan ketakutan terhadap jenayah serta membuang reputasi buruk ibu negeri jenayah dari Johor, beliau sepatutnya mengakui kegagalannya memohon perubahan dalam portfolio Kabinet.

Satu kejutan apabila perlantikan P Waythamoorthy sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri. Saya pernah tertanya mengapa Waytha telah datang ke Gelang Patah beberapa hari sewaktu PRU13 untuk berkempen secara terbuka menentang saya, menyertai pasukan Barisan Nasional yang diketuai bekas Perdana Menteri Tun Mahathir yang mahu "menguburkan" saya di Gelang Patah.

Saya terkejut kerana saya tidak ada sebarang konflik di masa lalu dengan Waytha, akan tetapi kini saya faham mengapa dia berada di Gelang Patah untuk membantu BN berkempen untuk menewaskan saya - jelas itu merupakan sebahagian daripada tawar menawarnya dalam perjanjiannya dengan Najib. Saya berasa sedih untuk Waytha kerana dia telah menjadi tumpuan penghinaan dan kebencian terhadap apa yang dia telah lakukan.

Perlantikan Datuk Paul Low sebagai menteri di Jabatan PM ialah satu lagi kejutan, walaupun saya tidak pasti sama ada ia akhirnya akan memudaratkan Najib atau Paul Low, memandangkan perlantikannya dikatakan mencerminkan komitmen Najib untuk membasmi rasuah di dalam negara.

Najib menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya pada 20 Febuari, menyatakan komitmen untuk memerhati dan patuh dengan empat prinsip apabila bertanding di dalam pilihan raya umum ke-13, yakni:

  • Kebenaran, integriti, tatalaku beretika dan akauntabiliti, termasuk tidak menerima atau memberi rasuah atau terlibat dengan amalan rasuah dalam apa jua cara;
  • Mendukung dan memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat secara keseluruhan;
  • Tadbir urus yang baik serta ketelusan; dan
  • Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan Malaysia.

Najib telah mengingkari semua keempat-empat prinsip Ikrar Integriti Pilihan Raya TI-M banyak kali sepanjang 15 hari kempen PRU13.

Pada soalan pertama saya akan tanya kepada Paul Low di dalam sidang Parlimen ke-13 ialah untuk memberi laporan penuh pengingkaran dan pelanggaran Ikrar Integriti Pilihan Raya TI-M oleh Najib dan Menteri Barisan Nasional ketika dan selepas pilihan raya umum ke-13.

Saya memberikan Paul Low notis awal supaya beliau dapat segera memulakan siasatan supaya beliau dapat memberikan jawapan memuaskan kepada soalan ini pada minggu pertama sidang Parlimen ke-13

Komen pertama Najib selepas keputusan PRU13 ialah keputusan PRU13 berpunca daripada tsunami Cina dan beliau mengatakan tentang perlunya "perdamaian nasional".

Keputusan PRU13 ini bukannya tsunami Cina tetapi tsunami rakyat Malaysia dan penduduk bandar. Najib dan pemimpin UMNO/BN yang telah memecah-belahkan negara dan mewujudkan keperluan untuk "perdamaian nasional".

Pada sidang pertama Kabinet baru, Paul Low sepatutnya menuntut penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk perdamaian nasional selepas PRU13, dan syarat-syaratnya mestilah termasuk siasatan penuh terhadap semua penipuan pilihan raya, penyelewengan, salahguna kuasa yang telah membuatkan "perdamaian nasional" penting dan mendesak.

RCI untuk Perdamaian Nasional sepatutnya diketuai oleh Pengerusi BERSIH Ambiga Sreenevasan.

Saya harap Paul Low akan mengangkat isu-isu ini di dalam Kerajaan dan Kabinet Najib.

Malaysiakini/-

PRU13 dicemari sindiket jual undi pos?

Posted: 16 May 2013 01:44 AM PDT

6 Rejab 1434 H. [MOD] -

KOTA BHARU: Dakwaannya cukup serius, ada agen yang mengumpul kertas undi pos. Bagi setiap kertas undi pos ada tawaran sehingga RM300. Pemilik kertas undi diberi RM200 dan agen pula bolot RM100.

Bayangkan kalau agen mampu mengumpul 10 kertas undi pos, dengan mudah dia akan mendapat RM1,000.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan mendakwa, jentera pilihan raya PAS mengesan ada sindiket yang cuba menjual kertas undi pos.

"Pengundi pos yang ditemui petugas PAS mendedahkan ada pihak menawarkan sejumlah bayaran sebelum kertas undi yang diterima dipangkah," katanya di sini.

Sebelum ini Pakatan Rakyat mendedahkan pelbagai penyelewengan yang berlaku sepanjang proses pengundian, sehingga pembangkang mengambil ketetapan menolak keputusan pilihan raya umum ke-13.

Ketika proses pengundian pos bermula baru-baru ini Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Luham) Pemuda PAS Kelantan menerima aduan petugas pilihan raya kalangan guru yang mengundi pos dipaksa mengundi di hadapan pegawai pejabat pelajaran daerah (PPD).

Pengerusinya, Mohd Abd Rashid Yah berkata, pengadu mendakwa ketua jabatan mereka mengarahkan supaya kertas undi pos dipangkah di hadapan PPD.
"Malah ada juga pengadu memberitahu ketua jabatan terbabit mengarahkan kertas undi pos milik mereka diserahkan kepada bos untuk dipungut, sedangkan ia melanggar Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Difahamkan sindiket menjual undi pos berlaku di beberapa tempat termasuk Bachok, Machang dan Tumpat dengan didalangi pihak tertentu.

Dr Fadzli yang juga anggota Exco kerajaaan negeri berkata, sekiranya dakwaan itu benar-benar berlaku, tidak ada makna bagi sebuah demokrasi yang dilaung-laungkan selama ini.

"Perkara ini adalah serius dan ia boleh menggugatkan sistem demokrasi yang diwarisi sejak negara mencapai kemerdekaan," katanya.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Wan Nik Wan Yusoff berkata, pihaknya menerima maklumat terdapat beberapa kes menjual beli kertas undi pos bagi memenangkan satu-satu pihak.

Oleh itu beliau berharap pihak berkuasa menyiasat dakwaan tersebut kerana dibimbangi ia akan merosakkan sistem demokrasi yang dipertahan sejak merdeka.

Pada PRU13 lalu seramai 240,000 petugas SPR layak untuk mengundi secara pos.

Manakala berdasar maklumat rasmi SPR, daftar pemilih yang diwarta untuk PRU13 mempunyai sebanyak 13,268,002 pemilih berdaftar.

Dan daripada jumlah itu pengundi biasa sebanyak 12,885,434 orang, pengundi pos (146,742) dan pengundi awal (235,826).

harakahdaily/-

PAS Negeri Sembilan akan fail petisyen PRU13

Posted: 16 May 2013 01:26 AM PDT

6 Rejab 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: PAS akan memfailkan petisyen pilihanraya untuk beberapa kerusi Dun di Negeri Sembilan dalam masa yang terdekat ini.
Sehubungan itu, Timbalan Pesuruhjayanya, Dr Rosli Yaakop (gambar) menyeru seluruh ahli dan penyokong PAS di negeri itu supaya terus berjuang dengan semangat yang lebih kental dan persediaan yang lebih rapi untuk mencapai kemenangan dalam PRU14.

Mengenai keputusan PRU13, katanya walau pun Pakatan Rakyat (PR) gagal menawan Negeri Sembilan tetapi penelitian menunjukkan bahawa keputusan bagi kerusi-kerusi Dun cukup memberangsangkan.

Beliau berkata, berbanding keputusan Pilihan Raya Umum Keduabelas (2008), jumlah undi popular yang diperolehi Pakatan Rakyat bertambah sebanyak 1% daripada 47% kepada 48% dalam PRU13.

"Jumlah undi popular yang diperolehi PR mencatat kenaikan di kesemua kerusi yang ditandingi berbanding PRU12," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Namun demikian, ujarnya PR telah kehilangan satu kerusi berbanding keputusan PRU12.

Beliau menambah, diperhatikan bahawa 5 kerusi Dun yang dimenangi calon Barisan Nasional (BN) adalah dengan majoriti tipis dan jumlah keseluruhan majoriti bagi kerusi-kerusi berkenaan hanyalah 3,139 undi.

Kerusi-kerusi berkenaan adalah Ampangan (89 undi - PKR), Labu (1,511 undi - PAS), Johol (1,344 undi - PAS), Kelawang (282 undi - PAS) dan Pilah (113 undi - PKR).

Ini, jelasnya bermakna PR sudah terlalu hampir untuk mengambilalih kerajaan Negeri Sembilan dari BN dalam PRU13 yang lalu.

"Ketiga, diperhatikan bahawa di sesetengah Dun, kenaikan undi yang diperolehi calon BN bertambah secara mendadak, melebihi 50 peratus," ujarnya lagi.

Misalnya, kata beliau di Dun Paroi di mana calon menunggu daripada PAS, Mohd. Taufek Abd, Ghani bertanding,  undi yang diperolehi calon BN bertambah daripada 8,316 dalam PRU12 kepada 14,896 dalam PRU13, iaitu kenaikan sebanyak 6,580 atau 79% sekali gus menimbulkan kecurigaan orang ramai mengenai kesahihan keputusan itu.

Begitu juga, katanya Dun Palong (+60%) dan Dun Bagan Pinang (+59%) dan beberapa lagi Dun.

harakah/-

'Satu rumah satu keluarga' jadi sasaran MB Kelantan

Posted: 16 May 2013 01:25 AM PDT

6 Rejab 1434 H. [MOD] -


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menjadikan agenda untuk membina 'satu unit rumah untuk satu keluarga' sebagai agenda utama pentadbirannya.

Ahmad Yaacob (gambar) dalam sidang media pertama selepas mesyuarat Exco pertamanya berkata, dua anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Permodalan Menteri Besar Kelantan (PMBK), akan dilantik sebagai peneraju utama.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, di sini semalam.

Mesyuarat exco berkenaan adalah yang pertama selepas PRU 13 lalu melalui saf anggota exco kerajaan negeri yang baru.

Menurutnya lagi, buat peringkat awal ini kerajaan negeri memberi ruang kepada kedua-dua agen kerajaan negeri itu untuk mencari kawasan yang bersesuaian.

"Angka keseluruhan serta peringkat jajahannya akan diberikan secara rasmi oleh kedua agensi ini dan ianya juga akan diperakui oleh bahagian perumahan di bawah exco perumahan,"ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau turut berkata kerajaan negeri akan membuka tender terbuka untuk projek mineral di negeri itu sama ada emas, besi dan sebagainya.

Jelasnya, tander terbuka itu bertujuan untuk meningkatkan hasil yang lebih kepada kerajaan negeri.

"Pada masa yang sama kita juga akan kenal pasti kawasan tertentu, tidak semuanya untuk tander terbuka ini,"ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood, berkata sebanyak 2,000 unit rumah akan dibena.

Menurutnya, ia akan diselesaikan oleh anak syarikat PKINK, iaitu Syarikat Binaraya.

Menurutnya, ianya sebagai sasaran memenuhi hasrat kerajaan negeri melalui menifesto Pakatan Rakyat pada PRU 13 lalu.

"Sebanyak RM9 juta sebagai peruntukkan asas bakal disalurkan, manakala selebihnya akan dibiayai PKINK dan PMBK,"ujarnya.

harakah/-

PRU13: PAS Terengganu akan kemuka 5 petisyen

Posted: 16 May 2013 01:24 AM PDT

6 Rejab 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: PAS Terengganu akan mengemukakan lima petisyen berhubung keputusan Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) yang berlangsung 5 Mei lalu.

Pengarah Pilihan rayanya, Ustaz Ariffin Deraman (gambar) memberitahu, pihaknya sedang membuat kajian dan mengumpul bukti untuk mengemukakan petisyen itu nanti.

"Insya Allah, kita akan kemukakan lima petisyen PRU13, kita tunggu dan lihat," ujarnya yang juga Adun Alor Limbat ketika dihubungi hari ini.

Katanya, PAS Terengganu telah melantik peguam untuk tujuan itu yang terdiri daripada Abdul Haris Malik, Saifuddin Othman dan Fariz Irwan Mustafa.

Pada PRU13, PAS memenangi empat daripada lapan kerusi Parlimen iaitu Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun.

Bagi Dun pula, PAS memenangi 14 daripada 32 kerusi, PKR (satu) dan selebihnya BN.

harakahdaily/-

Kabinet: Hindraf masuk, Perkasa masuk bakul sampah

Posted: 16 May 2013 12:42 AM PDT

6 Rejab 1434 H. [MOD] -


Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyifatkan pembentukan kabinet baharu yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semalam sebagai bukti bahawa perjuangan akidah dan bangsa bukanlah merupakan agenda utama UMNO dan Barisan Nasional.

Ini terbukti apabila berisan kabinet tersebut tidak banyak mengetengahkan individu-individu yang dilihat vokal dalam isu akidah dan bangsa Melayu.

Dari sudut akidah sebagai contoh, Datuk Seri Najib jelas mengambil risiko dengan melantik Datuk Mary Yap Kain Ching sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi. Beliau yang merupakan Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia ( Federation of Councils of Christian Mission Schools Malaysia) adalah merupakan antara tokoh yang memperjuangan status sekolah mubaligh agar disamakan dengan sekolah kebangsaan. Hasil perjuangan beliau juga, sebanyak RM100 juta diagihkan kepada sekolah mubaligh di bawah Bajet 2013.

DPPNK ingin mempersoalkan apakah agenda Datuk Seri Najib membawa masuk individu sebegini di dalam Kementeria Pelajaran jika tidak untuk memperkasakan lagi sekolah-sekolah mubaligh dan dalam masa yang sama tiada tokoh yang akan memperjuangkan sekolah agama rakyat? Tidakkah ini juga merupakan tindakan berisiko untuk silibus pengajian murid-murid di sekolah kebangsaan yang pastinya akan turut menerima kesan ialah anak-anak kita semua?

Demikian juga tindakan Datuk Seri Najib membawa masuk Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) P. Waythamoorthy ke dalam kabinet sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan mengenepikan suara-suara badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan bangsa Melayu turut dianggap sebagai umpan untuk menarik kembali undi bukan Melayu kepada Barisan Nasional.

Dalam hal ini, DPPNK ingin sekali mengetahui sikap badan-badan bukan kerajaan seperti PERKASA dan JATI yang jelas hanya dibakulsampahkan dalam pembentukan kabinet ini.

Selain itu, kegagalan Datuk Seri Najib untuk membawa masuk lebih ramai tokoh agama ke dalam kabinet membayangkan slogan UMNO selama ini sebagai pejuang agama Islam hanyalah retorik semata-mata.

Jika sebelum ini sekurang-kurangnya kabinet Malaysia mempunyai Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Dr Masyitah Ibrahim, kini hanya tinggal satu nama iaitu Jamil sebagai tokoh yang berlatarbelakangkan agama dalam kabinet baharu ini.

Di mana suara para ulama yang sebelum ini kuat membela UMNO/Barisan Nasional dalam isu kalimah Allah dan sebagainya? Adakah sudah menjadi kukur kelapa yang digunakan ketika kenduri dan disandar di hujung dapur apabila musim kenduri sudah habis?

Bagaimanapun konteks Kelantan, DPPNK mengharapkan agar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang dilantik untuk penggal seterusnya dapat memainkan peranan yang lebih aktif membantu membawa pembangunan ke Kelantan. Ini ditambah pula dengan kejayaan besar beliau memenangi DUN Ayer Lanas dengan majoriti 47 undi membolehkan beliau untuk menajdi jambatan penghubung di antara kerajaan Kelantan dan kerajaan Pusat.

Apapun, bagi pihak DPPNK, tiada yang mengejutkan dalam kabinet baharu Datuk Seri Najib ini, transformasi yang dilaungkan hanyalah transformasi label dan pembungkus sahaja sedangkan isi  dalamannya masih sama bahkan lebih tidak mustahil lebih teruk daripada yang sebelumnya.


* Penulis adalah Ketua Penerangan,Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK).

harakah/-

Kabinet: Kelantan sambut baik, minta hormati federalisme

Posted: 16 May 2013 12:31 AM PDT

6 Rejab 1434 H. [MOD] -


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob (gambar) menyambut baik kabinet baharu Malaysia namun berharap kabinet ini menghormati semangat federalisme yang termaktub di dalam Perlembagaan.

"Saya mengharapkan agar Kabinet baharu ini dapat mewajahkan semula kerjasama di antara kerajaan negeri Kelantan dan kerajaan Pusat sesuai dengan semangat federalisme yang termaktub di dalam Perlembagaan.

"Dalam hal ini, saya menggesa agar Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan yang mengkategorikan tiga senarai iaitu senarai persekutuan, negeri dan senarai bersama terus dihormati untuk kebaikan semua pihak khususnya rakyat Kelantan," kata Ahmad dalam kenyataannya.

Beliau menyambut baik pembentukan Kabinet baharu yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

"Bagi saya ia hak Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri untuk memilih sesiapa sahaja menganggotai kabinet beliau sesuai dengan peruntukan Perkara 43 (2) (B) Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Dalam masa yang sama, beliau juga menyambut baik kenyataan Perdana Menteri yang menyebut bahawa Kabinet baru ini sebagai kabinet transformasi.

"Transformasi yang paling penting tentunya ialah transformasi sikap dan mentaliti dan bukan hanya transformasi wajah baru menggantikan wajah lama sahaja," tegas beliau.

HARAKAH/-

17 panggilan 'main-main' buang masa bomba

Posted: 16 May 2013 12:30 AM PDT

6 Rejab 1434 H. [MOD] -


17 panggilan 'main-main' buang masa bomba
Ghani mencuba antara kelengkapan forensik yang digunakan oleh anggota JBPM yang dipamerkan pada sambutan berkenaan.
 
BATU PAHAT – Bilangan panggilan 'main-main' yang direkodkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berada di tahap terkawal apabila hanya 17 panggilan diterima pada tahun ini sehingga 1 Mei lalu.

Pengarah JBPM negeri, Datuk Ab Ghani Daud berkata, bagi tahun 2012, pihaknya merekodkan 152 panggilan palsu.

Menurutnya, berlaku penurunan berbanding tahun lalu dan kami harap agar masyarakat lebih bertanggungjawab kerana melakukan panggilan palsu adalah satu kesalahan yang boleh diambil tindakan.

"Dalam kebanyakan kes, anggota bomba akan terus bergegas ke alamat diberi tetapi tidak menemui apa-apa tanda berlaku kebakaran atau kecemasan, dan ini akan menyusahkan anggota pasukan.

"Keadaan ini bukan saja membuang masa anggota dan membazir kos operasi bomba, malah boleh menyebabkan kes lain yang memerlukan kehadiran anggota dan jentera bomba gagal ditangani dengan sewajarnya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan sambutan Hari Bomba peringkat negeri di Balai Bomba Jalan Timah Sari, Batu Pahat, semalam.

SINAR/-

Lebih 3 daerah Syiah diserang, 23 maut

Posted: 16 May 2013 12:26 AM PDT

6 Rejab 1434 H. [MOD] -


Rakyat Iraq
Rakyat Iraq berkumpul di tapak serangan bom kereta di bandar Kirkuk, utara Iraq, semalam.
BAGHDAD - Sekurang-kurangnya 23 maut dalam siri serangan bom melibatkan daerah yang mempunyai puak Syiah.

Antara daerah yang terjejas termasuk Sadr City, Mashtal, Baghdad Jadida dan Al-Husseiniya.

Polis berkata, 11 butir bom diletupkan dalam masa satu jam manakala daerah lain yang terlibat ialah di utara bandar Kirkuk menyebabkan 10 maut.

Keganasan di Iraq dilihat semakin meruncing beberapa minggu kebelakangan ini berikutan ketegangan yang berlaku diantara pimpinan Syiah dan Sunni.

Lebih 700 pengikut Sunni dan Syiah Iraq terbunuh setakat April lalu.

Konflik berlaku apabila puak Sunni mendakwa mereka berasa dipinggirkan oleh kerajaan Syiah pimpinan Perdana Menteri, Nouri Maliki.

SINAR/-

Maut digilis treler 22 tan

Posted: 15 May 2013 11:23 PM PDT

Maut digilis treler 22 tan6 Rejab 1434 H. [MOD] -

R BALU
JEMPOL -  Seorang pemandu treler maut dalam keadaan tragis setelah treler yang dibaikinya tiba-tiba bergerak sendiri ketika dia cuba membaiki kenderaan itu sebelum menggilisnya di hadapan rumahnya di Felda Palong 7, di sini.

Ketua Polis daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, kejadian jam 6.20 pagi kelmarin itu turut disaksikan rakannya sendiri yang juga merupakan kelindan lori.

" Mangsa, R. Balu,  41 tahun dipercayai bersama rakannya itu sedang bersiap ke tempat kerja dan sebelum itu cuba membaiki treler rosak itu pada pagi kejadian.

"Seperti kebiasaan, mangsa akan meletakkan treler 22 tan itu di hadapan rumahnya. Pada pagi kejadian mangsa sudah memandu treler itu sekitar 80 meter dari rumahnya bersama rakannya.

" Tiba-tiba kenderaan itu mula mengalami masalah apabila berundur dengan sendiri dengan jarak 60 meter iaitu berhenti semula di hadapan rumah mangsa," katanya ketika mengesahkan kejadian itu, semalam.

Hamzah berkata, mangsa menyedari brek treler itu rosak, kemudian mengambil keputusan untuk membaiki sendiri  kenderaan itu lalu meletakan kayu di tayar treler terbabit.

" Mangsa bertindak masuk ke bahagian bawah treler manakala kelindan berdiri di luar dan memerhatikan mangsa membaiki treler itu.

" Ketika sedang membaiki kenderaan tersebut, treler itu sekali lagi berundur dengan sendirinya walaupun kayusudah diletakkan di bahagian tayarnya. Ini mungkin kerana keadaan jalan yang curam, " katanya.

Menurutnya, disebabkan itu, mangsa yang tidak sempat menyelamatkan diri terseret enam meter di bahagian tayar kanan treler dan beberapa anggota badan bahagian kirinya turut digilis.

Mangsa yang cedera parah di bawa ke Hospital Jempol oleh ahli keluarganya namun, disahkan maut ketika dalam perjalanan ke hospital kira-kira 7.05 pagi.

"Bagaimanapun, kes ini tiada sebarang unsur jenayah dan  kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

SINAR/-

Gelombang #black505 ke Kedah, Terengganu lepas ini

Posted: 15 May 2013 10:59 PM PDT

6 Rejab 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Gelombang #black505 demi menzahirkan suara bantahan rakyat menentang penipuan pilihanraya diteruskan di negeri-negeri Kedah, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan.

Demikian beritahu Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR dalam kenyataannya hari ini.

Black505 yang seterusnya akan diadakan di Negeri Sembilan pada hari Jumaat 17 Mei 2013, bertempat di kawasan parkir Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland, Seremban. Orang ramai dinasihatkan hadir awal untuk mengelakkan kesesakan.

Tarikh-tarikh bagi #black505 yang seterusnya adalah seperti berikut:


21 Mei 2013 (Selasa) – Kedah


23 Mei 2013 (Khamis) – Terengganu


24 Mei 2013 (Jumaat) - Melaka

Tempat akhir perhimpunan akan dimaklumkan melalui laman media sosial dan kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan oleh PKR, beritahu Rafizi.

Menurutnya, semua perhimpunan telah berjalan dengan aman dan mematuhi nasihat Polis Diraja Malaysia (PDRM) walaupun beberapa tempat perhimpunan terpaksa diubah di saat akhir. 

Penganjur telah menghormati nasihat PDRM untuk menukar tempat perhimpunan di Pulau Pinang, Pahang dan Johor walaupun ia dibuat beberapa jam sebelum perhimpunan.

"Ini tidak sedikit pun melemahkan semangat rakyat terutamanya orang muda untuk turun menyuarakan bantahan dalam simbolik #black505 ini," katanya. 

Mengikut anggaran kasar penganjur, seramai lebih 400,000 rakyat Malaysia telah menyerti #black505 setakat ini (120,000 – Kelana Jaya, 120,000 – Batu Kawan, 60,000 – Ipoh, 60,000 – Kuantan dan 60,000 – Ulu Tiram).  

"Saya yakin menjelang minggu depan apabila gelombang #black505 tiba di Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Melaka, lebih setengah juta rakyat Malaysia telah turun menyatakan bantahan terhadap penipuan pilihanraya dan menolak kerajaan tidak sah yang diterajui Dato' Seri Najib Tun Razak," katanya.

Semangat kerjasama dengan pihak PDRM demi menjamin kelancaran dan keselamatan rakyat akan diteruskan. 

"Oleh itu, saya menyeru seberapa ramai rakyat untuk turun menyertai #black505 sebagai bantahan terhadap penipuan pilihanraya dan sokongan kepada reformasi pilihanraya yang perlu diadakan segera," katanya.

Harakahdaily/-

Najib Tewaskan Obama Miliki Paling Banyak Pengikut Twitter Palsu

Posted: 15 May 2013 10:56 PM PDT

6 Rejab 1434 H. [MOD] -


Akhirnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dapat juga dua-pertiga majoriti tapi bukan di Dewan Rakyat. Di sebalik populariti Najib yang diwar-warkan di alam maya, satu majalah Australia hari ini membuat dakwaan bahawa 70 peratus, melebihi dua pertiga followers (pengikut) Najib di Twitter adalah akaun palsu.

Mengikut laporan Meld Magazine yang berpusat di Melbourne, satu laman berita bebas, Najib menguasai carta peratusan pengikut palsu teramai di Twitter di antara lapan tokoh politik antarabangsa yang termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bersama perdana menteri yang lain daripada Australia, India, Thailand, Jepun, Singapura dan Vietnam.

"Satu semakan menggunakan perisian 'online Fake Follower Check' mendedahkan secara mengejut 70 peratus daripada 1.4 juta pengikut Perdana Menteri Najib adalah palsu," kata Meld Magazine bertarikh May 3.

Sekarang ini, Twitter Najib sudah mencecah 1.5 juta pengikut. (Data Meld Magazine mungkin sudah lari selepas 12 hari).


Di belakang Najib, ialah rakan sejawat daripada Thailanda dan India, Yingluck Shinawatra dan Manmohan Singh, pada 55 dan 54 peratus.

Menurut laporan itu lagi, hanya 15 peratus pengikut Najib dikategorikan sebagai pengikut yang baik manakala 15 peratus lagi adalah pengikut yang tidak aktif.

Di Twitter Obama pula, hanya 45 peratus daripada 29.18 juta pengikutnya adalah palsu.

Mengikut Thomas Tudehope, seorang pakar sosial media di social@Ogilvy dan bekas penasihat kepada menteri bayangan komunikasi dan jalur lebar Australia, Malcolm Turnbull, pengikut di Twitter boleh dibeli, "100 dan ke atas sehingga 10,000 pengikut mengikut harga berlainan."

Bagaimanapun, Tudehope berkata apa yang penting ialah penglibatan dalam berkomunikasi dengan pengikut dan memberikan reaksi.

"Saya rasa tekniknya ialah meletakkan lebih banyak bahan, secara kerap, untuk orang berlainan. Ini adalah strategi yang mudah dan saya rasa ia agak berkesan," katanya.

Sebelum PRU13, media tradisional telah menghebohkan bahawa satu laman pemantauan internet, Socialbakers, telah meletakkan Najib di tangga 11, tokoh politik paling popular di dunia.

Dalam reaksinya, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata itu petanda Najib popular di kalangan orang muda.

"Ini menunjukkan Perdana Menteri bukan sahaja popular di Malaysia, tapi juga di dunia," kata Ahmad Shabery ketika mengulas berita itu. -kltoday




Boikot: Jangan terjebak politik sempit Umno BN

Posted: 15 May 2013 10:52 PM PDT

6 Rejab 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyelar kenyataan tidak bertanggungjawab Gabungan NGO Islam 1Malaysia yang secara terang-terangan meminta kaum Melayu memboikot perniagaan dan produk terkenal milik pengusaha rakyat Malaysia berketurunan Cina kerana didakwa memberikan sumbangan dana kepada Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya lepas.

"Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menganggap bahawa kenyataan berbaur hasutan untuk menimbulkan kebencian dan merosakkan hubungan antara kaum di dalam negara ini adalah hasil dari kejayaan Umno dan Barisan Nasional mempromosi semangat perkauman di atas dasar parti komponen BN selama ini," kata Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan (gambar) dalam satu kenyataan.

Ini, ujar beliau berbeza dengan pendekatan yang diambil oleh PAS dan Pakatan Rakyat yang amat menjunjung tinggi perpaduan di antara kaum dan meraikan segala perbezaan pendapat dan pegangan agama masyarakat majmuk Malaysia.

Justeru, kata Sany, pihaknya merasa sedih kerana di zaman alaf baru ini masih ada lagi orang bijak pandai yang masih beremosi dan melatah dengan isu-isu perkauman.

Tambahnya, sedangkan merekalah yang sepatutnya perlu lebih prihatin dan cakna untuk mengekalkan keamanan dan keutuhan perpaduan rakyat pelbagai bangsa di dalam negara ini.

"Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia turut mempertikaikan kenapa pihak NGO ini tidak bertegas terhadap kerajaan Pusat yang telah menganaktirikan kerajaan Kelantan yang bermajoriti Melayu Islam daripada mendapat hak yang sepatutnya menjadi milik rakyat Kelantan tetapi dinafikan hanya kerana rakyat memilih parti PAS dan menolak Umno Barisan Nasional," ujarnya lagi.

Justeru, ujar beliau pihaknya menasihatkan kepada Gabungan NGO Islam 1Malaysia yang dianggotai oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Suara Anak Muda 1Malaysia dan Majlis Belia Palestin Malaysia supaya tidak terjebak amalan politik sempit Umno Barisan Nasional dan seterusnya menjadi 'macai' untuk menyemarakkan permusuhan di antara kaum sehingga boleh mencetuskan huru-hara di dalam negara ini.

Oleh itu, kata beliau Jabatan Pilihanraya Dewan PAS Malaysia melihat isu itu dengan cukup serius dan meminta pihak berkuasa supaya dapat mengambil tindakan segera terhadap pihak-pihak yang cuba untuk menggugat keamanan dan keharmonian perpaduan antara kaum di dalam negara ini.

Ketokohan Khalid menangkan Selangor

Posted: 15 May 2013 10:42 PM PDT

6 Rejab 1434 H. [MOD] -

KAJANG: Institut Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati bahawa kejayaan cemerlang Tan Sri Abd Khalid Ibrahim (gambar) mentadbir negeri Selangor telah memberi sumbangan besar kepada kejayaan Pakatan Rakyat negeri itu dalam PRU yang lalu, disamping sumbangan pihak lain.

Kejayaan Pakatan Rakyat Selangor itu bukan saja dapat mempertahankan Selangor dari jatuh ke tangan Barisan Nasioal, bahkan dapat meningkatkan pencapaiannya dengan majoriti lebih besar, 44 kerusi Dun, sementara Barisan hanya berjaya memenangi 12 kerusi Dun.

Namun kejayaan Tan Sri Abd Khalid ini dikongsi bersama oleh barisan exconya, seluruh jentera piliharaya Pakatan Rakyat dan sokongan rakyat Selangor sendiri.

Pengarah Institut Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) itu, Profesor Datuk Dr Mohd Redzuan Othman menyatakan kekagumannya atas kejayaan kepimpian Tan Sri Abd Khalid ini dalam Wacana Isu Semasa: Analisis Keputusan PRU13; Memahami Makna Pilihan Rakyat anjuran ABIM, PKPIM dan Wadah di Kajang malam kelmarin.

Turut menjadi ahli panel wacana yang berlangsung itu ialah Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Batu Pahat Datuk Idris Jauzi, manakala Prof Madya Dr Saharuddin Badaruddin selaku moderator.

Dalam wacana itu juga Dr Mohd Redzuan memuji ketokohan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat kerana berjaya memimpin kerajaan Kelantan hingga mampu mempertahakannya dalam PRU yang lalu.

Dr Mohd Redzuan melihat bahawa kejayaan sesebuah kerajaan banyak bergantung kepada kemampuan tokoh yang memimpin serta pasukan kerjanya. Kekuatan parti saja tidak cukup, katanya, tapi mesti dipimpin oleh tokoh yang berintegriti.

Tiga negeri yang masih dapat dipertahakan oleh Pakatan dalam PRU yang lalu – Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang – dipimpin oleh tokoh berwibawa dan mendapat sokongan kuat dari rakyat. Ini berdasarkan kajian UMCEDEL di bawah pimpian Dr Mohd Redzuan (gambar kanan) sendiri.

Dalam wacana yang dihadiri ramai intelektual, penulis, aktivis parti dan tokoh masyarakat, beliau mengenengahkan analisis terperinci mengenai keputusan PRU itu disandarkan dengan fakta.

Menurut kajian pihaknya, Pakatan Rakyat jauh ke depan dengan cara baru gaya kempen, poster, risalah dan sebagaiya, berbanding dengan kempen BN masih dengan cara lama. Kata  Dr Mohd Redzuan, BN terpaksa menjemput orang ramai datang ke programnya, malah diberi makan, berbeza dengan kempen dan ceramah Pakatan di mana orang ramai datang sendiri.

Beliau juga menyebut, bahawa bandar di mana banyak terdapat universiti dan kolej serta ekses maklumat yang banyak melalui internet meyebabkan pengundi bandar menyokong Pakatan Rakyat dan inilah kelebihan pengundi bermaklumat.

Dr Mohd Redzuan juga menyatakan bahawa kempen kotor dalam PRU yang lalu tidak berkesan sama sekali. Tetapi, katanya, pemberian BRIM RM500 oleh kerajaan BN berkesan kepada pegundi kampung.

Sementara itu, Dr Mujahid Yusuf Rawa pula berkata, momentum PRU ke-12 dulu berterusan hingga ke-PRU ke-13 di mana isu rasuah, nepotisme, isu kronisme yang diketengahkan oleh Pakatan begitu berkesan, sementara isu perkauman menjadi 'pelaburan' paling mahal bagi BN.

Dr Mujahid (gambar) juga menegaskan betapa petingnya menyediakan kepimpinan parti yang berwibawa, mampu menarik pengundi muda, di samping benar-benar memahami dan menguasai realiti masyarakat.

Dr Mujahid menyebut bagaimana pengundi muda membentuk pemikiran tersendiri, sangat bermaklumat dan menolak perkauman. Mereka ini, katanya, kebanyakannya menyokong Pakatan. Ertinya di sini, katanya, mereka yang terpelajar dan bermaklumat akan menyokong Pakatan Rakyat.

Pendapat ini disokong oleh Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming yang menyatakan bahawa betapa perlunya Pakatan Rakyat medaftar pengundi muda sebanyak-banyaknya supaya Pakatan menang lebih banyak lagi dalam PRU akan datang.

Tokoh veteran pendakwah dan kini Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Idris Jauzi pula meyarankan supaya diadakan sekolah latihan politik untuk pendakwah/ahli politik yang boleh memahami realiti politik masa kini.

Beliau juga menyatakan bahawa Umno kini hidup dengan semangat perkauman. Jika habis semangat perkauman, habislah Umno, katanya.

Pada wacana itu Datuk Idris, menceritakan pengalamannya mendekati pengundi, kebanyakannya orang kampung, hingga dapat menawan hati mereka dan mengundi beliau dalam PRU yang lalu.

Kawasan parlimennya, Batu Pahat Johor, adalah separuh kampung dan separuh bandar di mana kawasan bandar ramai pengundi Cina di samping pengundi Melayu. Namun dengan kebjaksanaanya berinteraksi dengan pengundi, akhirnya beliau dapat menewaskan bekas timbalan menteri, Datuk Dr. Fuad Zarkashi.

Ada beberapa persoalan ditimbulkan dalam Wacana Isu Semasa itu. Pertama, fenomena pengundi muda di mana semua ahli panel bersetuju bahawa dalam PRU yag lalu, pengundi muda muncul secara besar-besaran. Ada sesetengah tempat mengundi di bandar di mana pengundi muda beratur hingga dua jam untuk mengundi.

Pengundi muda ini menunjukkan minat luar biasa untuk menentukan aliran politik negaranya. Mereka bukan dari golongan remaja yang biasa muncul dalam program hiburan di TV, tetapi mereka adalah para pemuda yang serius untuk menentukan haluan politik negara.

Kedua, isu perkauman di mana semua ahli panel wacana menolak pendekatan perkauman. Menurut mereka perkauman adalah musuh kemanusiaan dan menimpakan kerosakan besar kepada negara. Ketiga, rakyat memilih parti dan calon yang mempunyai integriti. 

HARAKAHDAILY/-

Nasrudin harap Khairy jadikan belia ada jati diri

Posted: 15 May 2013 10:10 PM PDT

6 Rejab 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan tahniah kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di atas pelantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan.

"Kami dari Dewan Pemuda PAS berharap Khairy dapat menunaikan amanah di dalam membangunkan generasi golongan belia yang berjati diri dan berintegriti tinggi," ujar ketuanya, Nasrudin Hassan dalam perutusan sempena Hari Belia 2013.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh berharap sambutan Hari Belia Negara tahun ini menjadi pemangkin kepada golongan muda untuk terus mencanai aspirasi dan idealisme bagi melakukan perubahan bagi mencorak masa depan yang lebih cemerlang untuk masyarakat dan negara.

Perutusan penuh beliau sebagaimana di bawah.

Saya dan rakan-rakan di dalam kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Belia kepada golongan anak muda di seluruh pelusuk tanah air sempena sambutan Hari Belia Negara 2013 yang disambut pada 15 Mei setiap tahun.

Sambutan ini diadakan pastinya bagi mengiktiraf peranan dan sumbangan yang dibuat oleh para belia dan beliawanis untuk memajukan masyarakat dan negara.
Generasi belia kini merupakan kumpulan terbesar dalam komposisi masyarakat negara ini. Secara demografinya, kadar umur purata kebangsaan adalah 26.2 tahun. Mereka yang berumur di dalam lingkungan 15 tahun hingga 40 tahun, yang merupakan linkungan umur teknikal bagi pendefinisian belia melebihi 10.94 juta orang iaitu 42% dari jumlah keseluruhan populasi Malaysia berjumlah 26 juta orang. Oleh itu suara golongan belia mesti mendapat perhatian sewajarnya selari dengan komposisi mereka yang signifikan di dalam masyarakat.

Golongan belia juga kini lebih berdaya di dalam mendepani cabaran mendatang di dalam bidang yang mereka ceburi.  Antara yang paling membanggakan ialah peningkatan kesedaran politik di kalangan belia. Undi golongan belia di dalam PRU13 mencerminkan kejituan aspirasi untuk mencetus perubahan.

Kepimpinan golongan belia pula diiktiraf masyarakat apabila ramai anak muda yang dicalonkan diangkat oleh pemilih untuk mewakili mereka di dalam parlimen. Pastinya PAS dan Pakatan Rakyat mendahului BN dari segi jumlah dan kualiti ketokohan yang ditampilkan.

Dewan Pemuda PAS komited di dalam menggiatkan dinamisme golongan belia di dalam jamaah dan masyarakat. Ianya bukanlah untuk tujuan singkat bagi meraih sokongan politik tetapi dipandu kefahaman bahawa usia muda sebelum tua adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan oleh Allah swt. ke atas kita semua di akhirat kelak.

Sabda Rasullulah saw yang bermaksud: "Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati (Hadis Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Di dalam konteks ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia sentiasa mencari jalan untuk menterjemahkan Islam sebagai satu cara hidup yang boleh memakmurkan nilai berkebajikan di kalangan golongan belia khususnya di dalam aspek akhlak dan kenegaraan.

Bagi menjamin keremajaan PAS dan mengekalkan relevan parti kepada golongan muda, Dewan Pemuda PAS telah memperkenalkan agenda Mencorak Masa Depan yang antara lainnya telah menghasilkan Manifesto Tawaran Untuk Anak Muda di dalam PRU yang lepas.

Cabaran kita berterusan di dalam memelihara kelangsungan pendidikan dan perkaderan agar Umat Islam tidak keputusan melahirkan generasi muda yang mampu menjelmakan ketokohan Umar Abd. Aziz dan Muhammad al-Fateh di dalam keperibadian mereka.

Di dalam kesempatan yang ada, saya juga ingin mengambil peluang ini untuk menyampaikan ucapan tahniah kepada rakan saya dari Pemuda UMNO YB Sdr. Khairy Jamaludin di atas perlantikan beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Kami dari Dewan Pemuda PAS berharap YB Sdr. Khairy dapat menunaikan amanah di dalam membangunkan generasi golongan belia yang berjati diri dan berintegriti tinggi.

Semoga Sambutan Hari Belia Negara 2013 ini menjadi pemangkin kepada golongan muda untuk terus mencanai aspirasi dan idealisme bagi melakukan perubahan bagi mencorak masa depan yang lebih cemerlang untuk masyarakat dan negara.

harakahdaily/-

Musim menipiskan bulu alpaka

Posted: 15 May 2013 10:07 PM PDT

6 Rejab 1434 H. [MOD] -

VIENNA, Austria - Bulu sejumlah alpaka dinipiskan baru-baru ini di sebuah ladang haiwan itu di Obertum, wilayah Salzburg ekoran musim panas.

Para pekerja ladang menipiskan bulu alpaka itu bagi membolehkan haiwan tersebut selesa dengan cuaca musim panas.

Menipiskan bulu haiwan itu dilakukan pada setiap tahun.

Alpaka diternak bagi tujuan untuk mendapatkan bulunya yang mempunyai harga yang tinggi di pasaran kerana ia digunakan sebagai bahan untuk membuat pakaian. - Agensi

Bayi berkepala besar dibedah

Posted: 15 May 2013 10:04 PM PDT

6 Rejab 1434 H. [MOD] -

NEW DELHI – Sekumpulan doktor semalam berjaya melakukan pembedahan untuk menyelamatkan nyawa seorang bayi berusia 15 bulan yang menghidap penyakit kepala membesar.

Seorang doktor, Sandeep Vaishya berkata, pembedahan itu berjalan dengan sempurna di sebuah hospital swasta di pinggir New Delhi.

Bayi itu, Roona Begum dilahirkan dengan menghidap penyakit peningkatan cecair dalam kepala yang dikenali sebagai hidrosefalus. Kepalanya membesar dua kali ganda daripada normal.
Kisah bayi itu diketahui pada bulan lalu di Kampung Jirania di negeri Tripura, India.

Ibu bapanya hidup dalam kemiskinan. Semasa Roona dilahirkan, bapanya, Abdul Rahman yang bekerja sebagai buruh dengan pendapatan sebanyak AS$2.75 (RM8.25) sehari diberitahu supaya membawa anaknya ke sebuah hospital swasta.

Bagaimanapun, kos perubatan untuk ditanggung Abdul Rahman yang berusia 18 tahun itu adalah tinggi.
Sebuah hospital yang dikendalikan Kumpulan Fortis Healthcare di pinggir New Delhi kemudian merawat Roona dengan percuma.

Doktor-doktor di hospital itu menggunakan peralatan pembedahan untuk menebuk tengkorak Roona untuk mengalirkan cecair daripada kepalanya.

Ukur lilit kepala bayi itu sebelum pembedahan ialah 94 sentimeter (sm).
Selepas pembedahan, ukur lilit kepalanya ialah 60sm.

Pembedahan itu mengambil masa selama lebih sejam.

Bagaimanapun, Vaishya berkata, bayi itu memerlukan satu lagi pembedahan untuk mengurangkan saiz kepalanya.

Ibu bapa bayi itu menyatakan perasaan gembira ekoran kejayaan pembedahan itu.
Roona kembali sedar selepas pembedahan itu dilakukan.
Balutan di kepala Roona menyebabkan ibunya, Fatema Khatun yang berusia 25 tahun menangis.
Namun, tangisannya terhenti selepas Vaishya menyatakan, pembedahan ke atas anaknya telah berjaya dilakukan. 

Dua pelajar kolej dari Norway, Jonas Borchgrevink dan Nathalie Krantz yang menyaksikan gambar-gambar Begum telah memulakan kempen di internet untuk mengutip wang sebanyak AS$52,000 (RM156,181) bagi membantu keluarga Begum dan rawatan selepas pembedahan.
– Agensi


Kedai Franz popular untuk mengawet haiwan

Posted: 15 May 2013 10:02 PM PDT

6 Rejab 1434 H. [MOD] -


SAKVICE - Seorang penduduk di Republik Czech, Radomir Franz dikenali sebagai pakar seni mengawet haiwan yang terkenal di tengah Eropah.

Dia bercita-cita untuk menjadi pakar seni pengawet haiwan sejak berusia 13 tahun.
Lebih tiga dekad kemudian, Franz merupakan seorang pakar seni mengawet haiwan yang mempunyai ramai pelanggan.

Dia mempunyai sebuah kedai mengawet pelbagai haiwan yang telah mati seperti buaya, ular, beruang, burung, rusa singa dan ikan.

Franz melatih 15 orang pekerjanya tentang cara untuk mengawet haiwan.

Kira-kira 40 peratus tempahan mengawet itu diperoleh dari luar negara.

Kos mengawet seekor gajah di kedainya itu ialah kira-kira AS$37,500 (RM112,631) yang melibatkan tempoh selama beberapa bulan.

Kira-kira 1,000 ekor haiwan diawet di kedainya pada setiap tahun.
Haiwan paling besar yang diawetnya ialah seekor zirafah. - AP

'Kolot' dan Ketua Menteri baru Melaka

Posted: 15 May 2013 10:01 PM PDT

6 Rejab 1434 H. [MOD] -


RAMAI ahli politik yang dikenali dengan nama timang-timangan. Sebut saja Mat Bulat, Mike Tyson, Samy Tol, Mat Sembab, Six Million Dollar Man dan macam-macam lagi, kita sudah dapat mengasosiasikan gelaran itu dengan siapa dan tokoh politik mana.

Samalah juga dengan Ketua Menteri Melaka yang baru, Dato' Seri Ir Idris Haron. Rakan-rakan sekelasnya di Sekolah Menengah Sains Melaka (kini Sekolah Muzafar Shah) memanggilnya 'kolot'.

Menurut Kamus Dewan, 'kolot' bermaksud kuno, cara lama (tidak moden), ketinggalan zaman. Jika merujuk kepada kaum, kolot bermaksud "golongan orang yang berpegang kuat kepada adat resam kuno".

Dalam satu pertemuan santai dengan rakan-rakan sekelasnya di kantin Sekolah Muzafar Shah beberapa tahun lalu, Idris menceritakan kembali asal usul gelaran 'kolot' yang diterimanya.

Cerita Idris, beliau bukanlah dari kalangan keluarga berada. Ayahnya seorang anggota polis kategori lain-lain pangkat. Kesempitan hidup ekoran gaji kecil ayahnya menjadikan keluarga itu berjimat sedapat mungkin. Seringkali baju dan seluar milik ayahnya diwariskan kepada beliau. Sememangnya baju dan seluar yang diwarisi daripada ayahnya itu tidak 'trendy' jauh sekali padan dengan saiz badannya. Ekoran itulah Idris dipanggil 'kolot' oleh rakan-rakannya.

Pada pertemuan itu, Idris juga mendedahkan rahsia yang tersimpan lama. Hanya beliau dan dua tiga orang rakannya sahaja yang tahu bagaimana mereka telah masuk ke bilik penjumlahan mata' dan mengubah jumlah mata yang diperolehi rumah-rumah sukan yang bertanding. Tindakan Idris itu membolehkan rumah sukan yang diwakilinya menang pada temasya sukan sekolah tahun itu.

Harap-harap, Idris tidak berkonspirasi pula mengubah jumlah perolehan undi dalam siri pilihan raya yang disertainya sehingga membolehkan beliau dilantik Ketua Menteri sekarang.

Itu kisah lama Idris. Kisah yang berlaku pada zaman remajanya. Namun setelah lama berkecimpung dalam politik dan kini mengetuai kerajaan negeri, diharap 'kenakalan' itu ditinggalkan beliau. Sebagai generasi baru dalam arena politik negeri, diharap Idris dapat meninggalkan perangai kolot dan 'politik samseng' bekas Ketua Menteri sebelum beliau.

Imej Dato' Seri Mohd Ali Rustam yang gemarkan konfrontasi itu wajar dihindari Idris. Lihat sahajalah komen Ali Rustam yang mencerca pengundi Cina di kawasan Parlimen Bukit Katil setelah tewas di tangan pencabarnya, Shamsul Iskandar Mat Akin yang juga Ketua Angkatan Muda KeADILan.

Mohd Ali juga sering mengganggu program ceramah anjuran PAS dan Pakatan Rakyat. Bukan menjadi satu keganjilan untuk Mohd Ali mencacak khemah dan berceramah di hadapan 20 ke 30 orang pendengar asalkan ia boleh mengganggu ceramah PAS dan Pakatan Rakyat yang dihadiri ribuan pendengar di lokasi berhampiran (kadang-kadang hanya dipisahkan oleh jalan raya).

Bagaimanapun harapan untuk Idris meninggalkan politik kolot dan konfrontasi mentor politiknya itu sedikit tercalar apabila beliau melemparkan tuduhan tidak berasas kepada Adun PAS Bukit Baru, Dr Md Khalid Kassim.

Belum pun Dr Khalid mengangkat sumpah jawatan sebagai Adun, Idris menuduh Adun PAS itu cuba merampas pejabat Jawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Bukit Baru. Malah Idris dipetik akhbar Berita Harian bertarikh 11 Mei 2013 mendakwa "PAS sedang mengintai Dewan Tun Ali dan Masjid Saidina Ali" yang terletak dalam Dun Bukit Bharu. Dun Bukit Bharu adalah salah satu Dun di bawah kawasan Parlimen Bukit Katil.

Menafikan tuduhan Idris itu, Dr Khalid yang juga bekas Timbalan Pengarah Hospital Melaka berkata, tidak wujud arahan daripada PAS kawasan untuk merampas bangunan-bangunan yang dinyatakan Idris.

"Laporan itu juga menunjukkan bahawa saya langsung tidak mengetahui prosedur dan peraturan yang perlu dipatuhi sebagai wakil rakyat. Saya yakin laporan itu berniat jahat dan cuba memburukkan imej saya sebagai Adun. Saya dan PAS kawasan menafikan sekeras-kerasnya laporan akhbar berkenaan," kata Dr Khalid kepada Harakah.

Sehubungan itu, wakil tunggal PAS di Dun Melaka itu menggesa Idris dan Berita Harian memohon maaf dan menarik laporan fitnah itu dalam tempoh tujuh hari sebelum mengambil tindakan mahkamah.

Bagi membuka lembaran baru politik Melaka yang lebih harmoni, mesra dan konstruktif, elok rasanya buat Idris untuk memohon maaf dan tidak mengulangi kesilapan pemimpin terdahulu.

Sebagai anak jati Melaka, tentu Idris lebih dekat dengan budaya Melayu Melaka berbanding Mohd Ali yang berdarah campuran Pakistan-Melayu. Tunjukkanlah sikap Melayu sebenar yang kaya dengan budi dan bahasa. Tinggalkan politik kolot dan konfrontasi yang tidak memberi sebarang faedah kepada anak bangsa dan negeri.

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa.

harakah/-

Lucut kerakyatan: Idea GPMS jadi bahan ketawa

Posted: 15 May 2013 10:00 PM PDT

6 Rejab 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Idea untuk membuang kerakyatan warga Malaysia yang mencari nafkah di Singapura ini adalah idea kuno yang akan menyebabkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) ditertawakan oleh kelompok muda.
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan, Roslee Mohd Shariff menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Setiausaha Agung GPMS, Zambri Isa dalam sebuah akhbar kelmarin yang menggesa dilucutkan kerakyatan penunjuk perasaan di Singapura, baru-baru ini.

Katanya, demonstrasi yang diadakan di Singapura itu adalah kesinambungan dari beberapa himpunan besar di bumi Malaysia bagi menolak keputusan PRU13.

"Kenyataan ini jelas menunjukkan GPMS hanya alat regim penguasa, dengan idea lapok dan tua.

"Ketahui atau tidak Zambri bahawa lebih dari setengah dari mereka yang keluar mengundi, bermaksud majoriti pengundi PRU13 menolak Barisan Nasional," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau menambah, idea untuk penunjuk perasaan ini dibuang kerakyatan adalah idea pengampu yang ketandusan modal fikiran.

Perlu diingat juga, kata beliau dalam keadaan menipu BN hanya mampu peroleh 46% sokongan sahaja.

Justeru, kata beliau SAMM menggesa GPMS tumpu kerja membela pelajar Melayu yang mana merupakan aspirasi penubuhannya.

Menurutnya, perkara yang memalukan negara dan menjarakkan pelabur dari negara bukan demonstrasi tetapi budaya rasuah dan penyelewengan termasuk 'makan' komisyen yang melampau.

Juga, katanya yang menyebabkan pelabur lari ialah sistem perundangan yang dwi-standard.

"Mengambil contoh di negara Korea, hampir setiap minggu demonstrasi besar tetapi kadar pelaburan jika dibeza dengan Malaysia bagaikan langit dengan bumi. Maka jelas saranan GPMS jauh tersasar," ujarnya.

harakadaily/-

Gambar ribuan rakyat hadir himpunan Blackout 505 di Ulu Tiram, Johor

Posted: 15 May 2013 08:13 PM PDT

6 Rejab 1434 H. [MOD] -


MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH...LAWAN TETAP LAWAN....SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT....KALAU TAKUT PADA RISIKO JANGAN BERBICARA MENGENAI PERJUANGAN

Lokasi asal Dataran Bandaraya Johor Bahru... terpaksa berpindah tempat atas nasihat dan pandangan Polis Johor kerana tempat asal itu kepunyaan Kerajaan Negeri lagi pun Pegawai Daerah Johor Bahru tak izinkan.

Berpindah lokasi di minit-minit terakhir ke Depan Pejabat Parti KeADILan Rakyat, Jalan Beladau 19, Taman Puteri Wangsa Ulu Tiram, Johor.

Notis dihebahkan kepada rakyat sekadar tak sampai 2 hari.. Itu pun buat di internet melalui laman sosial , twitter dan blog saja.

Ingatkan sudah pastilah hambar sambutan yang diberikan..Alangkah terkejutnya beb!!!.. Masih ribuan juga yang datang walaupun hujan turun agak lebat juga.

Nampaknya rakyat masih lagi bersemangat tinggi segar lagi bugar untuk menuntut agar SPR bersikap adil, bersih dan telus dalam mengendalikan pilihanraya.

Malam yang penuh bermakna bagi rakyat Johor kerana kini Johor sudah hilang label dan takhta sebagai negeri UMNO paling kuat di dunia.

Malam tadi PR telah mengumpulkan beberapa pemimpin agungnya seperti DSAI, Lim Kit Siang, Dr Hatta Ramli dan Chua Jui Meng.

Tabik spring paling melantun kepada PDRM Johor kerana memberikan kerjasama yang amat rapat kepada penganjur... Setakat ini PDRM Johor adalah yang paling profesional dalam menghadapi Himpunan Rakyat Black out 505..

Harakahdaily/-

Guru pencetus daya saing pelajar

Posted: 15 May 2013 08:11 PM PDT

6 Rejab 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merakamkan penghargaan serta tahniah kepada seluruh warga pendidik sempena Hari Guru 2013 pada hari ini. Sambutan ini merupakan satu simbolik pengiktirafan masyarakat terhadap sumbangan guru dalam membangunkan masyarakat dan negara.

Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss(gambar) berkata, melalui sambutan seperti ini masyarakat diharapkan akan menghargai segala sumbangan guru-guru dan pada masa yang sama guru-guru pula akan meningkatkan komitmen dan kesungguhan mereka untuk mendidik anak bangsa menjadi warga yang cemerlang dan juga berilmu.

"Sempena Hari Guru ini, kami menyeru seluruh warga pendidik supaya mempertingkatkan lagi kesungguhan mereka dalam mendidik rakyat negara ini bukan sahaja dalam konteks akademik tetapi juga mendidik rakyat supaya memahami antara realiti bermasyarakat yang sebenar," ujarnya dalam satu kenyataan.

Pada hari ini, katanya guru-guru semacam didoktrinkan supaya hanya berfungsi di sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan para pelajar dalam pelajaran mereka sahaja, tetapi guru-guru dikekang daripada membina kematangan kognitif masyarakat supaya lebih sensitif terhadap persekitaran setempat dalam etika kemasyarakatan.

Menruutnya, dengan suasana masyarakat sekarang yang diperlihatkan runtuhnya gejala sosial yang begitu tinggi serta kebimbangan yang ketara terhadap penagihan dadah, guru-guru juga amat diseru supaya melibatkan diri membantu penyakit besar masyarakat dalam negara sekarang yang tidak dapat dibendung lagi.

"Kami yakin ruang yang sedia ada di sekolah di antara guru dan juga pelajar amat terlalu dekat untuk membicarakan perkara ini yang mesti digariskan oleh semua pihak yang terlibat," katanya lagi.

Ini, tambah beliau adalah kerana sebagai pendidik dalam institusi seperti sekolah sebagai landasan yang mencerminkan kedudukan dan juga gambaran sebenar generasi akan datang secara mana yang akan dibina.

"Kami yakin akan kemampuan semua warga pendidik ini kerana didikan ini akan memperlihatkan maruah negara dan kedaulatan kita semua akan ditingkatkan.

"Tugas besar ini akan dibukukan untuk digagas atau disandang bagi mereka yang akan menerima tanggungjawab itu kelak. Akan tetapi kekeliruan yang sedia ada bagi individu tertentu didalam bidang pendidikan ini kadang kala menggambarkan kepada semua warga pendidik," ujarnya.

Beliau menambah, contoh yang terbaik daripada semua aspek harus ditonjolkan oleh pendidik ini kerana setiap gerak geri akan dilihat sebagai gambaran sebenar perlakuan masyarakat itu sendiri.

"Kami mengiringi tugas penting ini dengan doa, moga warga pendidik mendapat keberkatan yang seluas-luasnya serta kesenangan di dalam tugas mendidik ini," katanya.

Sehubungan itu, ujar beliau janganlah identiti pendidik itu hilang atas pertimbangan yang tidak mencerminkan tanggungjawab sebenar yang masyarakat harapkan selama ini kerana masyarakat juga menanti perubahan untuk anak-anak mereka di dalam kejayaan yang cemerlang dan juga berguna kepada agama, bangsa dan negara.

"Kecemerlangan warga pendidik akan kita kongsi bersama sepanjang masa supaya ianya disusun mengikut tuntutan tugasan ini sendiri. Warga pendidikan yang diperlihatkan begitu berat dan agak susah bidang kerjaya ini tidak akan berputus asa atau semangat. Kejayaan warga pendidik adalah kerjayaan untuk semua," ujar beliau.

Harakahdaily/-

Laung takbir sekuat hati

Posted: 15 May 2013 07:59 PM PDT

6 Rejab 1434 H. [MOD] -

Laung takbir sekuat hati

Keadaan kereta mangsa yang terbabit dalam kemalangan di kilometer 31, Jalan Seremban-Tampin, awal pagi semalam.
Laung takbir sekuat hati

Kereta mangsa dipercayai terbabas, berpusing dan terbalik di dalam semak susulan mengelak lembu di kilometer 31, Jalan Seremban-Tampin, awal pagi semalam.
REMBAU – "Saya hanya mampu menjerit Allahuakhbar sekuat hati saat kereta berpusing sebanyak dua kali dan terbabas sejauh lebih 30 meter ke dalam semak gara-gara mengelak dari melanggar lembu,". Luah mangsa kemalangan, Muhamad Nur Faez Zainal, 29, ketika ditemui di lokasi kemalangan kilometer 31, Jalan Seremban-Tampin, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian 1.30 pagi itu, mangsa yang bekerja sebagai jurutera bunyi di Hard Rock Cafe Melaka dipercayai dalam perjalanan pulang ke Ampangan, Seremban.

Menurutnya, setelah habis bekerja pada 12.45 malam, dia sememangnya tidak sabar pulang ke rumah lebih-lebih lagi isteri, Tengku Mariam Marissa Tengku Salehudin, 28, dan anak-anaknya sudah menunggu bagi menyambut hari lahirnya hari ini (semalam).

"Terselamat daripada kemalangan ini adalah hadian terbaik buat saya di hari lahir ini.

"Selepas kemalangan saya berusaha keluar sendiri dari dalam kereta yang terbalik melalui cermin hadapan sebelah pemandu sebelum penduduk menghulurkan bantuan kepada saya," katanya.

Muhamad Nur Faez berkata, laluan berkenaan sememangnya menjadi laluan hariannya sejak dia mula dipindahkan bekerja ke Hard Rock Cafe Melaka yang beroperasi sejak awal tahun ini.

"Malam ini hati saya memang sudah berada di rumah bersama keluarga kerana hari ini (semalam) merupakan hari lahir saya. Jadi apabila habis waktu bekerja saya terus bergegas pulang," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai cuba mengelak seekor lembu lalu terbabas ke kiri jalan sebelum kenderaan jenis Proton Saga FL yang dipandu mangsa terbalik.

"Bagaimanapun, mangsa bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Sinar/-

Saifuddin: Gabung Pas-Umno tidak satukan Melayu

Posted: 15 May 2013 06:30 PM PDT

6 Rejab 1434 H. [MOD] -

Saifuddin Abdullah

Saifuddin Abdullah
SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan penyatuan Pas dan Umno bukan cara untuk menyelesaikan masalah perpecahan kaum Melayu seperti yang didakwa segelintir pihak. 

Menurutnya, perbezaan parti politik yang menjadi amalan rakyat tidak memberi impak kepada perpecahan kaum khususnya orang Melayu serta bangsa Malaysia.
 
Beliau berkata, amalan demokrasi yang memberikan pilihan kepada rakyat memilih parti politik di negara ini bukan penyumbang kepada perpecahan kaum. 

"Dalam soal penyatuan orang Melayu kenapa perlu bangkitkan isu penyatuan politik, dalam demokrasi berbeza parti bukan bermakna perpecahan.

"Cuma kita kena pandai kempenlah, yang ini pandai (dia) menang, yang seorang ini pula tak pandai, tak menang, terima sajalah, ini hakikat demokrasi," ujar beliau. 

Namun katanya, jika perkara membabitkan soal perpaduan dan penyatuan orang Melayu ini diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak, maka pihak itu harus ditentang sekeras-kerasnya. 

"Tetapi kalau ada tokoh politik yang hendak memecah-belahkan, itu bab lain, kita akan tentang habis-habisan," katanya pada Wacana Sinar Siri ke-20 yang berjudul Pasca PRU13: Ke Mana Haluan Politik Melayu di sini, semalam.

Sinar/-

Nuffnang