N45 Dr Halimah Ali |
Gerrymandering Besar-besaran Akan Berlaku Posted: 16 May 2013 05:41 PM PDT Persempadanan: Pengundi Cina dalam satu kelompok Salmiyah Harun,\ harakahdaily 15 Mei 2013 KAJANG: Pengarah Institut Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) Prof Datuk Dr Mohd Redzuan Othman (gambar) menjangkakan BN akan memastikan pengundi-pengundi Cina dikelompokkan kepada satu kelompok dalam persempadan semula kawasan pilihan raya yang akan dibuat akhir tahun ini. Ini kerana katanya, persempadanan semula kawasan pilihan raya merupakan senjata yang terbukti memberi kemenangan besar kepada BN. Misalnya kata beliau, persempadanan semula pada tahun 2003 telah dibuat untuk mewujudkan kerusi campuran kerana selama ini pengundi Cina dan India adalah simpanan tetap kepada BN. Namun, pada tahun 2008 berlaku tsunami politik yang memberi undi kepada Barisan Alternatif akhirnya usaha itu dilihat umpama 'senjata makan tuan'. Redzuan yakin, jika persempadanan semula dilakukan, BN akan membuat seperti mana pada tahun 1974 di mana digabungkan kawasan-kawasan Cina terutama di bandar. "Apa yang dibuat sebelum ini kawasan-kawasan Cina dipadatkan saya ambil contoh Lembah Pantai bersempadan dengan Seputeh. 99 peratus adalah pengundi Cina di Seputeh dipecahkan dan akan pergi ke Lembah Pantai, ini yang akan berlaku. "Dan kalau persempadanan dibuat, dia akan banyakkan kawasan Felda, sekarang ada 54 Felda tambah 20 lagi Felda. BN akan menang sebab Felda memang sapu bersih," katanya dalam Wacana Isu Semasa: Analisis Keputusan PRU13; Memahami Makna Pilihan Rakyat anjuran Abim, PKPIM dan Wadah. Bagaimanapun katanya, oleh kerana tidak ada dua pertiga majoriti, BN tidak semudah itu untuk membuat persempadanan semula sebagaimana yang dijangka. Jika diteruskan juga persempadanan semula, katanya sudah tentu Pakatan Rakyat akan memohon dan menuntut persempadanan yang adil. "Kalau ini tidak adil, Pakatan Rakyat buat penat sahaja. Tetapiitulah yang berlaku sebelum ini persempadanan semula dibuat sewenang-wenangnya," kata beliau. Mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 113 (2) (ii), persempadanan semula Bahagian-Bahagian Pilihan Raya akan dibuat dalam tempoh tidak kurang dari 8 tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun daripada siapnya urusan persempadanan terdahulu. Turut bersama menjadi ahli panel wacana yang berlangsung malam tadi antaranya, Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Batu Pahat Datuk Idris Jauzi, manakala Prof Madya Dr Saharuddin Badaruddin selaku moderator. http://en.wikipedia.org/wiki/Gerry-mandering http://en.wikipedia.org/wiki/Election_fraud |
Bidang Pendidikan Serah Pada Pendidik Posted: 16 May 2013 09:50 AM PDT Dr Halimah : Serahkan Dasar Pendidikan Kepada Pakar, Jangan Campur PolitikKLANG 16 MEI : Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali mahu Menteri Pelajaran dan Pendidikan yang baru tidak mencampuri dasar pendidikan negara dengan agenda politik mana-mana parti. Katanya, Menteri seharusnya membenarkan dasar pendidikan digubal oleh pakar-pakar pendidikan tanpa sebarang campur tangan parti politik demi memastikan negara dapat melahirkan pelajar cemerlang. "Mereka juga harus membenarkan Jabatan Pelajaran (berfungsi) sebagai perlaksana dasar baru. Biar mereka buat kerja mereka, jangan keluarkan surat-surat arahan yang menekan pihak sekolah dan jabatan. "Begitu juga dengan Institusi Pengajian Tinggi, jangan ganggu profesionalisme, intelektualisme pelajar dan pensyarah-pensyarah itu. "Apa yang menteri lakukan sebelum ini sebenarnya hanya menyebabkan pelajar kita jauh ketinggalan berbanding pelajar di negara maju yang lain," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Sambutan Hari Guru di Sekolah Menengah Kampung Jawa di sini. Halimah menambah Kementerian Pelajaran juga harus memberhentikan larangan wakil rakyat ADUN Pakatan Rakyat daripada memasuki sekolah kebangsaan. "Kami bukan mahu berjumpa pengundi tetapi kami mahu memahami masalah guru dan pelajar supaya kami dapat membantu meningkat taraf pembelajaran atau kemudahan yang mereka perlukan. "Jika di negara lain, parti yang memerintah dan pembangkang bekerjasama membangunkan masyarakat," katanya. Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik semula sebagai Menteri Pelajaran dan Pendidikan Tinggi 1 dan manakala Datuk Seri Idris Jusoh dilantik Menteri Pelajaran dan Pendidikan Tinggi 2. Manakala Datuk Mary Yap Kain Ching dan P. Kamalanathan masing-masing dilantik Timbalan Menteri. |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan