Khamis, 16 Mei 2013

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


TSKI Setuju dengan ‘National Reconciliation’ Najib

Posted: 15 May 2013 08:43 PM PDT




KLANG, 14 MEI: Kerajaan Selangor hari ini menyambut baik hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu melaksanakan proses Perdamaian Nasional.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hasrat Najib itu akan teruji apabila Kerajaan Selangor memulakan semula proses penstrukturan industri air dengan kerajaan persekutuan.

"Saya telah menyediakan surat kepada Perdana Menteri tentang perkara ini dan amat berharap beliau akan memberi tindak balas positif sejajar dengan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

"Selangor memberi komitmen bahawa projek Langat 2 akan dirangkumkan bersama proses penstrukturan semula industri air supaya ia tidak  dikendali secara berasingan," kata Abdul Khalid.

Beliau bercakap di sidang media selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor untuk satu lagi penggal di Istana Alam Shah di sini hari ini.

Abdul Khalid juga memberitahu Kerajaan Negeri akan memperhebatkan lagi program-program di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) agar lebih ramai rakyat Selangor dapat mendapat manfaat daripada kekayaan negeri.

"Tidak lupa juga kepada semua penjawat awam yang selama ini telah menjalankan tugas dengan professional sehinggakan Pakatan Rakyat berjaya menterjemahkan polisi Merakyatkan Ekonomi Selangor serta Hasil Negeri Untuk Rakyat.

"Saya percaya kerjasama mereka telah membolehkan kita mendapat kejayaan besar pada pilihanraya baru-baru ini," kata beliau lagi.

Sebelum ini, selepas kemerosotan kerusi parlimen yang dimilik BN dalam Pilihan Raya Umum Ke 13, Najib minggu lalu mengumumkan akan melaksanakan dasar Perdamaian Nasional bagi menarik semula sokongan rakyat terhadap BN.

selangorku

Kuasa Melayu Tidak Akan Hilang

Posted: 15 May 2013 08:01 PM PDT


SHAH ALAM: Hak keistimewaan orang Melayu dijamin takkan terhapus sampai bila-bila sekalipun DAP menjadi kuasa terbesar memerintah di peringkat Pusat.

Ahli Parlimen DAP-Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata, perkara itu dilihat berdasarkan tiga perkara utama.

Pertama, dari segi demografik menunjukkan komposisi masyarakat Melayu adalah majoriti di Malaysia dan semakin berkembang, namun tidak bagi masyarakat Cina yang semakin mengecil.

Keduanya, menurut Zairil hak kaum Melayu dilindungi oleh undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak.

"Selain itu ada kuasa Raja-Raja Melayu yang menjadi pelindung bagi memastikan hak keistimewaan Melayu terus terjamin," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menjadi panel forum Wacana Sinar Harian Siri 20: Pasca PRU 13: Ke Mana Haluan Politik Melayu di Kompleks Karangkraf di sini semalam.

Perlu optimis
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah menolak dakwaan wujudnya fenomena 'tsunami' pengundi masyarakat Cina semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada 5 Mei lalu seperti yang digambarkan Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya, beliau menegaskan BN perlu optimis dan menerima perubahan tersebut, bukannya bersikap tuding jari serta cuba meniupkan api perkauman.

"BN perlu minta maaf atas kesilapan masa lalu dan (berjanji) tidak akan ulangi kesilapan.
"Kemudian baru boleh mulakan kehadapan dengan cara urus tadbir baru, dan perlakuan itu harus bentuknya baru," katanya.

Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu berkata, untuk kekal relevan Umno mesti terus melakukan transformasi bagi menjamin kelangsungan bangsa Melayu.

"Kalau tidak semasa PRU nanti Umno akan kalah lagi teruk," katanya.

Beliau juga mendakwa trend PRU13 bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana fenomena yang sama berlaku pada setiap kali musim pilihan raya.

Beliau merujuk kepada PRU tahun 1999 apabila berlakunya 'tsunami' pengundi Cina dan perkara sama berlaku terhadap pengundi India semasa PRU tahun 2008.

"BN atau mana-mana parti mampu memperbaiki kelemahan maka mereka akan dapat semula undi PRU akan datang.

"Apa yang kekal hanya perubahan harapan rakyat yang mengharapkan perubahan pembangunan serta demokrasi," katanya.

Beliau turut mencadangkan BN membuka keahlian terus dan tidak lagi keahlian berlandaskan parti.
Katanya, ini perlu memandangkan sekarang berlakunya 'politik rabun warna' apabila pengundi tidak lagi melihat pemimpin secara tunggal sebaliknya kekuatan gabungan antara parti.

"Transisinya berlaku kerana bangsa Malaysia sudah rabun warna sebab itu kita lihat orang Melayu bawa bendera DAP," katanya.

Tsunami nilai
Sementara itu Ahli Parlimen PAS-Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata ini bukan tsunami bangsa.

Sebaliknya ia lebih kepada tsunami nilai yang mana pengundi tidak memilih berdasarkan warna kulit tapi apa wakil mereka akan perjuangkan dalam Parlimen dan DUN.

"Ia termasuk nilai-nilai yang berlaku tidak ditangani oleh wakil rakyat sedia ada, disitulah letaknya kebangkitan," katanya.

fmt

Pulihkan Profesionalisme PDRM

Posted: 15 May 2013 07:52 PM PDT

 

PETALING JAYA 15 MEI: Tan Sri Khalid Abu Bakar yang akan dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) baru berkuatkuasa Jumaat ini perlu bersikap adil dan bertanggungjawab untuk mengangkat tahap profesionalisme ke tahap lebih baik.

Ini dinyatakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat tengahari tadi.

"Pakatan berhasrat untuk mengadakan pertemuan dengan Khalid bagi mengeratkan lagi hubungan antara polis dan Pakatan dalam usaha untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Ujarnya, Khalid juga perlu bertindak adil terhadap semua pihak agar tidak dinilai rakyat sebagai cenderung untuk menekan pihak lain khususnya pembangkang.

Turut dilantik Datuk Seri Mohd Bakri Zinin sebagai Timbalan KPN.

Khalid, 56, merupakan Timbalan KPN menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang akan tamat tempoh pelantikan secara kontrak esok.

Mohd Bakri, 59, merupakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli mahu Khalid menjadikan isu perkauman sebagai ujian pertama.

"Konflik ini bermula dengan kenyataan Najib yang menggunakan istilah 'Tsunami Cina' selepas PRU 13.

"Akhirnya, masalah ini semakin tidak terkawal seperti mencurah minyak ke dalam api malah cuba menjadikan Pakatan dan bangsa Cina kambing hitam atas kegagalan mereka menguasai majoriti dua pertiga dan merampas Selangor," ujar Ahli Parlimen Kuala Krai itu.

Dalam isu sama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula mengecam akhbar kawalan Umno, Berita Harian kerana memanipulasi kenyataannya dalam sebuah ceramah di Ipoh seolah-olah beliau menggelarkan Datuk Seri Najib Razak sebagai 'syaitan'.

"Pengarang akhbar ini kurang ajar, tiada etika kewartawanan dan merosakkan keharmonian rakyat dengan menyiarkan berita fitnah seperti ini.

"Walhal kenyataan saya itu menggunakan analogi yang digunakan Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu 'Better the devil you know than you don't', (lebih  baik syaitan yang dikenali berbanding yang tidak dikenali) bukan bermaksud saya panggil Najib sebagai 'syaitan'," tempelak Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

kd

Politik Perkauman Yang Jumud

Posted: 15 May 2013 03:08 AM PDT





Pengisian sesetengah akhbar Melayu selepas PRU-13 amat mendukacitakan, apakah ia sikap editorial ? atau hanya mainan politik semata ?

Tajuk utama akhbar meniup puing-puing perkauman jumud memberi reaksi buruk pada seantero pelusuk daerah.Pihak yang bertanggungjawab memulakan kempen dengan slogan penyatuan sebaliknya gerak kerja politik mereka dilihat jelas nyata cuba membakar api perkauman melebarkan jurang perpaduan antara kaum.

Politik perkauman jumut ini tidak menguntungkan negara namun asal ia punya manfaat kepada sebuah organisasi pertimbangan mula goyah, dek politik jumut mereka menghalalkan cara.

Walau apa pun provokasi kaum yang melanda masyarakat , alhamdulillah penerimaan rakyat masa kini lebih terbuka dan bermaklumat.Gelombang perubahan Pakatan Rakyat sedikit sebanyak menangkis persepsi bodoh piang seteru contohnya "cina ini bakal humban melayu",  "hudud akan menghancurkan bangsa lain" , "melayu dimurtadkan oleh paderi" dan sebagainya.

Puing perkauman seperti itu hanya membinasakan ketamadunan sesebuah negara.Dikala Melayu , Cina , India, Singh, entik-etnik Sabah dan Sarawak mula bersatu dibawah satu panji ada pula pihak yang merencatkan perpaduan ini.

Percaturan politik perkauman ini sudah diguna-pakai sejak tahun 60an lagi dimana negara mengalami tragedi perkauman yang buruk.Melalui basis 13 Mei 1969 ini lanskap politik negara mula berubah.Orang Melayu mula takut dengan bayang-bayang sendiri ditambah pula tekanan politik yang memberi input ketakutan. "politics of fear" mula menular dikalangan orang melayu.






Secara logik, masakan mahu menang jika golongan minoriti bergasak dengan majoriti.Matematik mudah ini jelas menunjukkan bahawa tragedi 13 Mei ini ada elemen mainan politik ketika itu yang mahu menjatuhkan Tunku Abdul Rahman.

Bangsa Cina yang jelas tidak akan berani lancar perang dengan orang melayu iaitu majoriti negara ini.Kita melihat gerak kerja politik jahat mereka pada Bersih 3.0 dimana ada pihak tidak bertanggungjawab menyarung baju Kuning lalu membuat provokasi mencetus vandalisma.

Walhal penyokong Bersih 3.0 hanya berhimpun dengan aman menuntut Pilihan Raya yang bersih dan adil.
Ia dibuktikan dengan Himpuanan Kebangkitan Rakyat yang berlansung tanpa provokasi. Rakyat Malaysia mampu menjalankan himpunan dengan aman.Ini boleh berlaku apabila kerjasama rakyat dan PDRM berjalan dengan teratur.

Tidak mustahil pada 13 Mei 1969 tragedi berlaku kerana provokasi dari pihak gerakan terhadap Dap.Spekulasi murah ini harus difikir dan direnungkan.Satu batalion tidak akan lancar perang jika ia tidak punya kekuatan askar, minda mahupun fizikal.

Nyah saja soal perkauman ini mari merapatkan jurang antara kaum.Hari ini kita boleh lihat dimana bangsa Cina dan India boleh bekerjasama dalam 1 wadah perjuangan.Politik Harapan yang dicanang Pakatan Rakyat jelas membangkitkan semangat perpaduan antara kaum.

Orang bukan beragama Islam hari ini bangga menjulang panji PAS , masyarakat Islam khususnya orang PAS  boleh bekerjasama dengan orang bukan islam atas dasar tahalul siyasi.Parti KEADILAN Rakyat pula memberi ruang semua kaum bersama dalam 1 perjuangan iaitu "Perjuangan Rakyat" . Perkembangan ini yang boleh membawa negara mencapai ketamadunan dengan menempelak soal perkauman , mula bergerak atas dasar perpaduan Negara keseluruhan.

Anak Muda pemangkin perubahan negara.Pembentukkan golongan muda dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat jelas menunjukkan anak muda masa kini tidak punya masalah perkauman hatta media arus perdana memberi input kotor sekalipun kita tetap bersatu bagai "keluarga besar negara" .

Ayoh! Anak Muda kita sepakat menolak perkauman jumud yang dimainkan.Permainan perkauman ini hanya akan melemahkan negara kita.Mari rapatkan jurang antara kaum agar kita gah bersama di bawah Panji Malaysia.

 








Tiada ulasan:

Nuffnang