Selasa, 5 Julai 2011

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


Pasukan Sukarelawan BRIGED AMAL SELANGOR lahir beliawanis kreatif

Posted: 05 Jul 2011 07:31 AM PDT

Monday, July 4, 2011

Kemahiran Sulaman Manik Bantu Masyarakat Selat Klang

3 Julai 2011, Pelabuhan Klang - Briged Amal Selangor telah mengadakan Kursus Kemahiran Sulaman Manik Siri 1 di Dewan Masjid As Saadah, Bandar Sultan Suleiman Klang. Program tersebut di rasmikan oleh YB Puan Dr Hjh Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor.Program yang di jayakan bersama Noriz De Fashion itu telah menarik minat penduduk dari Flat Sri Perantau dan sekitar Selat Klang. Kemahiran yang di pelajari ini sangat berharga sehingga boleh membantu meningkatkan pendapatan keluarga, tegas YB Dr Halimah di dalam ucapan penutup kursus tersebut petang semalam.
0 comments http://brigedamal-selangor.blogspot.com/

EXCO Dewan Muslimat PAS Pusat Lakar Pelan PAS Ganti UMNO

Posted: 05 Jul 2011 06:29 AM PDT

Dewan Muslimat bersiap sedia melakar pelan menerajui kepimpinan wanita yang selama ini di pegang oleh wanita UMNO. Natijahnya jelas kelihatan.Pemimpin wanita UMNO tidak mampu memberi contoh yang baik hingga dahan yang tempat wanita berpaut selama ini sudah reput dan terkulai layu.
Anak gadis hilang pandu arah hingga sanggup menggadai maruah dan menconteng arang ke wajah orang tuanya.Anak teruna kegersangan jiwa.Terpaksa bergantung kepada gam, dadah, arak atau mengabdikan diri kepada runtunan nafsu dan syahwat.
Ungkapan:
Pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang pertiwi
sudah lama punah berkecai kerana wanita yang menjadi ibu dan pembimbing serta pencorak utama anak tidak diberi keutamaan oleh pemimpin wanita UMNO.Akhirnya wanita-wanita yang sentiasa melibat kelibat pemimpin wanita UMNO yang berpola kebendaan akan tergelongsor ke dunia HEDONISME.
    Memang tidak menjadi keutamaan bagi UMNO untuk mempasti keluarga dibimbing di jalan yang diredhai Allah yang mengambil kira keperluan hidup bukan sahaja di dunia bahkan yang lebih kekal di akhirat kelak.
Ini beza paling ketara antara misi perjuangan wanita UMNO dan Muslimat PAS yang menganggap perjuangannya semata-mata kerana mahu mendapat keredhaan Allah.

Perjuangan memerlu kecekalan....kebenaran akan terserlah jua akhirnya

Posted: 05 Jul 2011 05:19 AM PDT

Ketika ramai wanita Melayu susah....ketam menyuruh anaknya berjimat

Posted: 05 Jul 2011 04:03 AM PDT

Monday, June 27, 2011

Perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 berjumlah RM17,118,650.

Perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 berjumlah RM17,118,650.58.

Perkara itu dimaklumkan kerajaan dalam jawapan bertulis terhadap soalan Tian Chua (PKR-Batu).

Tian Chua dalam soalannya menanyakan Perdana Menteri berapakah jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011.

Beliau juga mahu Dewan Rakyat diberitahu berapakah jumlah perbelanjaan mengurus kepada isteri perdana menteri bagi tempoh sama.

Dalam jawapannya, Najib dan Rosmah membelanjakan RM1,739,332.85 pada tahun 2008, RM4,811,837.48 (2009), RM5,140,307.99 (2010) dan RM5,427,172.26 untuk tempoh sehingga Jun 2011.

Tiada perbelanjaan khusus untuk isteri PM.

Bagi peruntukan khas kepada Rosmah pula, Jabatan Perdana Menteri tidak menyediakan peruntukan khas bagi perbelanjaan mengurus.

Perbelanjaan hanya diberi terhadap perkara yang melibatkan Pejabat Perdana Menteri sahaja.

Dalam pada itu, bagi lawatan rasmi Tan Sri Muhyiddin Yasin dan isteri pula, kerajaan telah membelanjakan RM8,020,328.07 untuk tempoh sama.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat mempersoal belanja yang ditanggung kerajaan terhadap lawatan Rosmah ke Turki atas kapasitinya sebagai First Lady Of Malaysia (Flom).

Ia termasuk lawatan Rosmah ke Turki selama tiga hari dengan ditemani isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagaimanapun pada 14 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memaklumkan bahawa tiada peruntukan khusus oleh kerajaan kepada aktiviti First Lady.

Sebelum ini juga, Dewan Rakyat turut dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi isteri Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

Malah, Rosmah didakwa turut berbelanja hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk satu malam.
http://sitizailah.blogspot.com/2011/06/perbelanjaan-lawatan-rasmi-perdana.html

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


BN has failed to do what is most expected and required by labourers in the estates

Posted: 05 Jul 2011 08:48 PM PDT

Posted: 05 Jul 2011 05:13 PM PDT

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Pelajar UNITEN Turun Ke Labu Lanjut, Sepang Berkhidmat Masyarakat

Posted: 05 Jul 2011 04:04 PM PDT

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


6th day in yellow in suport of BERSIH 2.0 reform agenda

Posted: 05 Jul 2011 06:39 AM PDT

6th day in yellow.

Yesterday wore a yellow skirt, today wear a yellow T-shirt. No matter the rally is on or off, I fully agree with the demand and request of BERSIH 2.0. And I strongly feel that we need a reform of our electoral system. Bersih is not about Ambiga, not about Pakatan Rakyat, not abt rally. It is abaut our desire to have a clean and fair election, our desire to CHANGE.

Tuntutan Bersih 2.0 :

  1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
  2. Reformasikan Undi Pos
  3. Gunakan Dakwat Kekal
  4. Akses Media Yang Bebas & Adil
  5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
  6. Kukuhkan Institusi Awam
  7. Hentikan Rasuah
  8. Hentikan Politik Kotor

(More......)

[Malaysian Insider] Bersih 2.0: Winners and losers

Posted: 05 Jul 2011 04:07 AM PDT

KUALA LUMPUR, July 5 — So it is settled, after weeks of harassment and thuggish behaviour by the government, the people for free and fair elections will gather in a stadium on July 9.

This episode has once again demonstrated how fractious and divided Malaysia is with enlightened and liberal Malaysia on one side and almost facist powers on the other.

Some individuals emerge from this episode with reputations intact, others with image destroyed forever. The Malaysian Insider gives our take on the winners and losers.

Winners

•    The organisers of Bersih: let’s be honest, until a few weeks ago this was a movement at the periphery of most Malaysians. Okay, so some 100,000 people would have marched on the streets on KL. But thanks to the government's blanket arrests, use of draconian laws and decision to behave like a repressive regime, Bersih became a buzzword. Much to the government’s chagrin, everyone has forgotten about Datuk T, all the wonderful projects under the ETP. Today, people remember Bersih as the people fighting for clean and fair elections, and the Barisan Nasional (BN) government as the people frightened of free and fair elections.

• Datuk Ambiga Sreenevasan: She was called names by the prime minister and threatened with having her citizenship revoked by the Malacca chief minister and was under severe pressure from the police and security agencies. But the former Bar Council president did not lose her cool or become rabid like her detractors. She stayed the course and was always civil. Maybe our politicians should take a leaf out of her book.

• The Yang di-Pertuan Agong: his measured last-minute intervention gave the government and Bersih face-saving escape routes from confrontation. This is what Malaysians expect of the monarchy: for them to be honest brokers, not mouthpieces for the ruling party. In all likelihood he was asked by the government to issue the statement on Sunday but it does appear that he was unwilling to demonise Bersih.

• Malaysian public: in the wake of all this talk of riots and tension, the man in the street was unmoved and unconvinced by the fairytale stories of communist plots and Christian funding — a sure sign that the governed are more mature than the government.

Losers

• Datuk Seri Najib Razak: he has now agreed to meet Bersih leaders to discuss the venue for their rally. One has to ask why as the PM he did not engage the activists but instead he allowed them to be demonised by his Umno party. The mishandling of the issue also allowed Malaysia’s image to be tarnished and undid a lot of good work done by good men in the administration. He allowed the hardliners in government and his party to call the shots when he should have been leading from the front.

• Datuk Hishammuddin Hussein: where does one start with this major disappointment of a minister? He left many stumped by his illogical statements and his John Le Carre scenarios. He has ambitions of becoming the country’s prime minister. After this performance it is arguable whether he is the best person for the home ministry portfolio.

(More......)

[July 2] Menghadiri Majlis Perasmian Karnival Masjid Al-Ikhwaniah

Posted: 05 Jul 2011 03:38 AM PDT

Artikel blog ini dipetik dan diubahsuai dari blog ADUN Bangi@Dr Shafie

Adun Bangi YB Dr. Shafie Abu Bakar dan Ahli Parlimen Serdang Saudari Teo Nie Ching telah dijemput  ntuk menyertai karnival Masjid Al-Ikhwaniah pada pagi Sabtu 2 Julai yang lalu. Program bermula dari hari Jumaat dengan solat Jumaat yang Khatib menyampaikan khutbah ialah YB Dato` Dr. Hassan bin Mohd Ali Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infra-Struktur dan Kemudahan Awam diikuti pada petangnya ialah Pertandingan Nasyid dan pada sebelah malamnya diadakan forum bertajuk ``Islam Untuk Semua`` yang ahli panelnya terdiri dari Ustaz Norazman bin Mohamad, Ustaz Azrul Azlan bin Iskandar Mirza dan Prof. Madya Dr. Harlina Halijah bt. Hj. Siraj. Forum dimoderatorkan oleh Ust. Duraibi bin Haji Mohd. Amin.

(More......)

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


BERSIH 2.0 BUAT DI STADIUM

Posted: 05 Jul 2011 02:39 AM PDT


Setelah mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong hari ini, BERSIH 2.0 bersedia mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium.

Bagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan tetapi tarikh pada 9 Julai ini tidak berubah.

TEMU AGONG : BUKTI BERSIH BUKAN PERTUBUHAN HARAM...

Posted: 05 Jul 2011 02:32 AM PDT


PETALING JAYA,  5 Julai: Sebagai lambang junjung kasih ke atas titah Yang di-Pertuan Agong, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa semua pihak menghentikan pendekatan konfrantasi, ugutan, mengadu domba dan menimbulkan permusuhan antara pelbagai kelompok agama dan kaum di kalangan rakyat.

Gesaan itu khasnya ditujukan kepada kerajaan dan agensi-agensi di bawahnya khasnya pasukan polis.

Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty (gambar) dalam kenyataannya berkata, partinya  menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, atas titah khas kepada rakyat mengenai isu perhimpunan Bersih.

"Keprihatinan Seri Paduka Baginda Tuanku mengenainya amat tepat pada masanya serta disanjung tinggi oleh rakyat," kata beliau.

Seruan Seri Paduka Baginda Tuanku agar pihak kerajaan melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil, bijaksana, mengelakkan permusuhan serta mengekalkan semangat mesyuwarah dan muafakat dalam menyelesaikan keadaan perlulah diberikan perhatian serius, katanya.

Menurut beliau, menjadi keinginan rakyat sekian lama hanyalah mahu melihat terlaksananya keadilan dalam sistem pilihanraya negara.

"Perhimpunan tidak diperlukan lagi jika Suruhanjaya Pilihanraya memang melaksanakan tugasnya secara amanah, adil dan bijaksana," tegas beliau.

PKR, katanya, berpendirian bahawa kisah kebijaksanaan dan keadilan Nabi Muhammad SAW dalam menyelesaikan konflik antara kabilah-kabilah dalam isu perletakkan batu hitam (al hajar al aswad), hendaklah dijadikan rujukan.

Hanya pilihanraya yang benar-benar adil dan saksama dapat mempastikan kepimpinan negara diserahkan kepada mereka yang berhak dan amanah, tambah beliau.

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, hendaklah kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat (An Nisa: 58), petik beliau.(harakahdaily)

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


SPR masih kental dengan "belum bercadang"

Posted: 05 Jul 2011 07:00 AM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilaporkan oleh media arus pedana hari ini bahawa ia belum bercadang untuk melaksanakan daftar pemilih secara automatik bagi rakyat Malaysia yang telah mencapai umur 21 tahun.

SPR masih dengan alasan bahawa cadangan itu akan menimbulkan kesulitan kepada pemilih kerana sebahagian besar rakyat Malaysia ketika ini tidak tinggal di alamat yang tercatat dalam kad pengenalan mereka.

Jelas, walau pun Yang di-Pertuan Agong telah melahirkan hasrat untuk melihat perubahan dalam sistem demokrasi negara, SPR masih kental dengan "belum bercadang".

Bolehkah kita bayangkan, semenjak 2007 lagi Bersih mendesak SPR untuk merombak kembali sistem pilihan raya kita, tetapi hingga kini SPR masih "belum bercadang". Malah cadangan Bersih 2007 adalah lanjutan daripada tuntutan masyarakat madani sejak lebih sedekad yang lalu.

Di peringkat 'cadangan' pun belum berlaku!

Bagaimana mungkin Bersih 2.0 dikatakan mengemukakan tuntutan yang tidak logik?

Kita ingin cuba memahami alasan SPR ini, mereka mendakwa akan berlaku kesulitan yakni pertindihan nama dan status (alamat pemilih).

Ini bermakna wujudnya satu kelemahan yang berkait rapat dengan sistem dan teknologi yang sedang diguna pakai oleh organisasi seperti SPR ini, iaitu iaitu,sistem komputer yang tidak berintegrasi di antara Jabatan Pendaftaran Negara, Polis dan SPR itu sendiri.

Maka, kelemahan dan tanggungjawab siapa untuk menyelesaikannya? Adakah Ibrahim Ali? Perkasa? atau Pakatan Rakyat?

Nampaknya ramai pihak mahu berusaha memulihkan sistem pilihan raya kita tetapi SPR nampaknya ada agenda lain yang tidak ada kena-mengena dengan pilihan raya yang bersih dan adil.

Jika permasalahan integrasi sistem maklumat seperti ini kita selidiki, ia akan terkait dengan dasar dan polisi yang digunakan selama ini oleh kerajaan.

Malaysia kan ada Multimedia Super Corridor (MSC). Soalannya, bagaimana mungkin MSC , satu projek mega ciptaan mantan Perdana Menteri Tun Mahatihr yang sudah beroperasi lebih dari 10 tahun tetapi tidak memberi apa-apa kesan positif terhadap sistem yang digunakan oleh badan seperti SPR ini.

Adakah MSC yang ditubuhkan itu tidak efektif?

Jika ya, maka MSC itu satu projek yang sia-sia dan merugikan sahaja. Atau jika MSC itu memang baik, maka jabatan kerajaan seperti SPR inilah yang tidak baik, rendah mutu dan tidak profesional. Makanya, mana satu yang betul?

Risiko pertindihan nama, alamat atau status hidup mati seseorang itu bukan masalah rakyat, dalam kes ini ia masalah dan tanggungjawab JPN dan SPR.

Maka selesaikanlah, jika perlu pembaharuan, maka segeralah sarankan kepada kementerian yang sepatutnya. Mustahil sejak dahulu lagi, masalah ini tidak pernah dikesan.

Saranan telah dikemukakan, permohonan telah dibuat, tetapi alasan yang sama berulang kali diputar-putar. Akibat dari pelbagai alasan SPR inilah maka Bersih 2.0 perlu dijayakan, sama ada di stadium atau tersemat dalam hati pengundi-pengundi yang mahu membuat perubahan besar dalam PRU ke-13 nanti.

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on The Stop Work Order for KP Property Sdn Bhd by Keng of Diamond Square

Posted: 05 Jul 2011 12:21 AM PDT

Very correct that DBKL officers are very Contractor Freely. That’s why KL Residents are facing all these problems.

I hope that the Datuk Bandar will look into this problem: too much minum kopi!

I also hope that the Stop Work Order will remain for a few months so that the officers and the contractor can understand about the DBKL policy and regulations.

Comment on Question on En Reezal Merican has been rejected for Questions Time! by zahari

Posted: 04 Jul 2011 09:17 AM PDT

hahaha tq YB, anyway I salute your well prepared presentation of the debate .

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Sambutan Hari Guru Peringkat DUN Seberang Takir

Posted: 04 Jul 2011 06:03 PM PDT






Pada 30 Jun 2011 yang lalu telah berlangsung Sambutan Hari Guru Peringkat DUN Seberang Takir 2011 bertempat di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam.

Direct Free Kick

Direct Free Kick


PEMBENTANGAN YB ISKANDAR A. SAMAD DI SEMINAR RUMAH MAMPU MILIK SELANGOR 2011.

Posted: 03 Jul 2011 09:30 PM PDT

TAJUK PEMBENTANGAN : RUMAH MAMPU MILIK – DASAR DAN HALATUJU KERAJAAN NEGERI SELANGOR.

A) RUMAH SEBAGAI "PRIMARY NEEDS"

Perumahan adalah keperluan asas ( primary needs ).

Bukan 'secondary needs'.

Juga bukan 'tertiary needs'.

Perlu dilunaskan terlebih dahulu dari keperluan keperluan lain.

Singapura – Housing Development Board membina 90 peratus perumahan di negara itu.

Tetapi ia mendapat bantuan kewangan kerajaan – tidak dapat berdiri dengan sendiri tanpa bantuan kewangan kerajaan.

Negara kapitalis yang 'extreme'/melampau juga tidak melihat perumahan rakyat sebagai tempat untuk mencari keuntungan.

Keuntungan diperolehi dari sektor-sektor lain.

B) KESAN KEPADA NEGARA

Rakyat yang mempunyai rumah yang sempurna akan menjadi penyumbang yang produktif kepada pembangunan negara.

Tetapi rakyat tidak mempunyai rumah yang sempurna tidak akant menjadi penyumbang yang produktif.

Ia tidak akan dapat menyumbang kepada perkembangan masyarakat atau pembangunan negara.

Malah, masyarakat jugat tidak akan menjadi satu masyarakat yang stabil akibat dari perumahan yang tidak sempurna.

Kesan dan akibat kepada suami isteri,

Berlaku konflik akibat dari tekanan hidup di rumah yang tidak sempurna.

Berlaku konflik kerana tidak cukup wang sebab sebahagian besar dari pendapatan untuk membayar rumah dan kos pengangkutan.

Berlaku konflik kerana tidak terdapat 'quality time' untuk keluarga kerana masa terlalu lama untuk pergi dan balik dari kerja atau terpaksa mencari pekerjaan kedua.

Kesan dan akibat kepada anak-anak,

Tidak mendapat perhatian yang secukupnya kerana ibu atau bapa terpaksa balik lambat atau keluar awal kerana lokasi rumah terlalu jauh dari tempat
kerja atau mereka ada dua kerja.

Tidak mahu duduk di rumah akibat dari konflik yang berlaku.

Tidak mahu belajar kerana keadaan rumah tidak selesa atau tidak ada tempat yang sesuai untuk belajar.

Akhirnya terlibat dengan gejala-gejala sosial kerana tidak mahu duduk rumah, tidak mahu belajar atau tidak terdapat kemudahan rekreasi yang secukupnya.

Jenayah akan meningkat.

Masalah ini bukan hanya akan memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah atau sederhana rendah tetapi kepada seluruh masyarakat, kepada negara secara menyeluruh.

Apabila seorang pekerja itu dibebani dengan masalah keluarga atau kewangan ia tidak akan menjadi pekerja yang baik.

Kesan masalah sosial adalah menyeluruh kepada seluruh masyarakat, seluruh negara.

Jika dapat selesaikan masalah perumahan separuh masalah rakyat dapat diselesaikan.

Ia bukan masalah golongan berpendapatan rendah atau menengah rendah sahaja, ia masalah semua orang.

Tempias kepada semua orang.

C) LANGKAH PERTAMA – MENUKAR SIKAP

Sebelum merancang merekabentuk atau membina, sikap (attitude)
kerajaan, pemaju dan semua yang terlibat mesti berubah.

'The attitude must change'

Kita bukan hanya membina untuk mereka.

Tetapi kita membina untuk diri kita sendiri.

Walaupun kita tidak akan tinggal di dalam tetapi kesan atau sebarang masalah yang timbul darinya akan kita semua rasakan.

Jika kita tidak mahu rumah sempit, adakah kita akan membina rumah yang sempit?

Jika kita tidak mahu rumah dengan kemudahan yang tidak mencukupi, adakah kita akan membina rumaht dengan kemudahan yang tidak mencukupi?

Jika kita tidak mahu rumah dengan tempat letak kereta yang tidak mencukupi, adakah kita akan membina rumah dengan tempat letak kereta yang tidak mencukupi?

Jika sikap ini dapat ditukar, tiga suku dari masalah akan dapat diselesaikan.

D) MASALAH-MASALAH

Di antara masalah masalah adalah

1) Hanya membina bangunan dan bukan membina masyarakat.

2) Kemudahan yang tidak mencukupi.

3) Lokasi rumah yang jauh dari tempat kerja atau pusat pekerjaan.

4) Pembinaan rumah yang tidak menurut keperluan setempat.

5) Akibatnya rumah-rumah yang tidak terjual.
Kawasan perumahan yang separuh atau tiga suku kosong.

6) Menjadi kawasan-kawasan usang.

7) Menjadi sarang jenayah.

8) Lokasi di dalam pembangunan yang terpencil seperti di tepi 'sewerage
treatment plant'.

9) Satu saiz rumah untuk semua.

10) Tidak ada kepelbagaian.

11) Satu saiz untuk yang 1 anak dan 6 anak sama sahaja.

12) Memaksa semua orang membeli rumah.

13) Perlaksanaan oleh swasta, polisi oleh kerajaan negeri.

E) CADANGAN-CADANGAN

1) Di antara cadangan-cadangan penambahbaikan untuk polisi-polisi akan datang,

2) Membina masyarakat bukan sekadar membina bangunan.

3) Pembangunan yang boleh menggalakkan hidup bermasyarakat.

4) Menyediakan kemudahan yang mencukupi.

5) Kemudahan yang mencukupi.

6) Lokasi yang dekat dengan tempat kerja atau mempunyai pengangkutan awam yang secukupnya.

7) Membina menurut keperluan setempat bukan 20:20:10 atau 20 10:10 – Di Southwark 35:65 dan Di Croydon 50:50.

8) Lokasi yang adil di dalam pembangunan.

9) Pelbagaikan saiz bergantung kepada jumlah keluarga dan keperluan.

10) Tidak memaksa rakyat membeli rumah ada yang perlu menyewa.

11) Terdapat golongan masyarakat yang akan terus menjadi kumpulan 'proletariat'.

12) Penglibatan yang lebih oleh kerajaan negeri dan bukan hanya membuat polisi sahaja.

F) CADANGAN INISIATIF-INISIATIF BARU

1) Memperbanyakkan 'council home' di tempat yang ada keperluan.

2) Pembelian berkongsi bagi yang tidak mampu.

3) Integrasi sosial atau social integration dengan ruang untuk rakyat pelbagai kelas untuk berinteraksi.

4) Pembangunan semula untuk menambah rumah mampu milik di kawasan-kawasan yang hampir dengan pusat pekerjaan.

5) Insentif kepada pemaju untuk membina rumah mampu milik seperti peningkatan kepadatan.

6) Penglibatan secara aktif oleh kerajaan negeri melalui kerajaan negeri sendiri, GLC-GLC atau penubuhan GLC baru.

7) Pembinaan rumah mampu milik menurut keperluan setempat.

Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
5 Julai 2011

Gwo-Burne for Kelana Jaya

Gwo-Burne for Kelana Jaya


JAWAPAN PARLIMEN 22 JUN 2011: KES CHONG CHUN YI YANG DIHUKUM GANTUNG

Posted: 21 Jun 2011 12:22 PM PDT

JAWAPAN LISAN PARLIMEN 22 JUN 2011 SOALAN: YB GWO-BURNE LOH [Kelana Jaya] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan usaha Kerajaan di dalam membebaskan Chong Chun Yi (27 tahun) yang dijatuhkan hukuman mati di Singapura pada 16 Jun 2008. JAWAPAN: Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Kelana Jaya di atas soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, 2. Malaysia berpegang teguh kepada prinsip [...]

Jawapan parlimen: Komposisi bangsa ke sekolah sejak 1969

Posted: 21 Jun 2011 11:36 AM PDT

JAWAPAN PERTANYAAN LISAN PADA 22 JULAI 2011 SOALAN: YB TUAN GWO-BURNE LOH [KELANA JAYA] minta Menteri Pelajaran menyatakan peratusan komposisi bangsa (Melayu, Orang Asli/Orang Asal, Cina, India, dan lain-lain) kemasukan pelajar-pelajar semua aliran di sekolah Kerajaan (jenis kebangsaan, jenis kebangsaan Cina, jenis kebangsaan Tamil, agama) sejak 1969. JAWAPAN: Tuan Yang Di Pertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah enrolmen murid [...]

SUARA PERAK

SUARA PERAK


Hak Rakyat Dinafikan Dengan Kekerasan

Posted: 04 Jul 2011 10:07 PM PDT

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Undi Pos Hanya Relevan Ke Atas Petugas Di Luar Negara - MAFREL

Posted: 05 Jul 2011 02:45 AM PDT

3 Syaaban 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 5 JULAI : Undi pos masih relevan hanya ke atas anggota keselamatan yang bertugas di luar negara sahaja dan bukannya terpakai kepada semua anggota yang bertugas didalam negara.

Pengerusi Badan Pemantau Pilihan Raya Bebas (MAFREL), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai pilihan melainkan mencari alternatif lain untuk memastikan anggota keselamatan dapat membuang undi tanpa menggunakan saluran undi pos.

"Mereka sepatutnya boleh mendaftar dan mengundi secara biasa, undi pos ini hanya untuk mereka yang memenuhi krateria untuk undi pos, masalahnya sekarang ini SPR pukul rata sama ada yang tidak berada di sempadan mahupun ahli keluarga mereka di kem pun dikategorikan sebagai undi pos," katanya.

Sistem undi pos ini akan digunapakai kepada anggota keselamatan seperti tentera, polis, pasangan Pasukan Gerakan Am (PGA), kakitangan awam dan rakyat Malaysia yang belajar dan bertugas di luar negara memilih wakil rakyat mereka secara pos.

SPR dilaporkan sebagai berkata sekiranya mereka tidak diberikan peluang mengundi secara pos, hak mereka dinafikan untuk mengundi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan dangkal Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Yusof itu mudah dipatahkan dengan kenyataan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sebelum ini, memerincikan kenapa sistem pilihan raya di Turki, telus dan adil.

Antaranya adalah tiada istilah undi pos di negara itu.

Para anggota keselamatan dikehendaki mengundi ditempat mengundi dan rakyat yang berada diluar negara diberi tempoh sebulan untuk pulang mengundi.

Untuk tujuan itu, tempoh kempen pilihan raya akan diadakan selama dua bulan bagi memberi masa dan ruang kepada rakyatnya pulang melaksanakan tanggungjawab mereka.

Berbanding dinegara ini, kempen pilihan raya hanya diberikan sembilan hari walaupun untuk pilihan raya sebesar pilihan raya umum.

Di Turki juga, setiap rakyat akan diberikan slip mengundi setelah membuang undi yang mustahil dapat dilaksanakan SPR ekoran daftar pengundi dicemari dengan senarai pengundi hantu dalam jumlah yang melampau.

Dalam pada itu Syed Ibrahim mengesa institusi bebas di negara ini, termasuk SPR memainkan peranan yang dipertanggungjawabkan tanpa memihak kepada mana- mana parti politik.

Ia penting bagi mengelakkan imej SPR daripada terus tercalar dan tidak lagi dipercayai rakyat.

"Ianya ada kena- megena dengan tanggapan yang diberikan sendiri oleh institusi ini, pegawai-pegawainya itu perlu hadir dari kalangan yang dipercayai oleh masyarakat dan rakyat supaya mereka boleh menjalankan tugas dengan amanah dalam keadaan tidak ada kepentigan lain selain memnuhi objektif ia ditubuhkan.

"Tanggapan ini sentiasa akan ada, orang akan kata mereka berpihak kepda kerajaan, sekirannya mereka melawan kerajaan, orang akan kata mereka berpihak kepada pembangkang," katanya lagi.

tv selangor/-

Wartawan tidak dibenar sertai lawatan inkues

Posted: 05 Jul 2011 02:30 AM PDT

3 Syaaban 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 5 Julai: Para wartawan dan jurugambar yang hadir bagi membuat liputan lawatan Pasukan inkues menyiasat punca kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed ke lokasi kejadian, tidak dibenarkan masuk.
Larangan menyertai lawatan pasukan inkues untuk masuk ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane itu difahamkan arahan dari pihak atasan.
Lawatan pagi ini disertai Koroner Aizatul Akmal Maharani, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd. Abbas; peguam pemerhati, Datuk Seri Dr. Mohammad Shafee Abdullah dan Awtar Singh.
Turut serta ialah pakar forensik Makmal Bukit Aman, Deputi Supritendan Shahrul Othman Mansor dan ahli keluarga Ahmad Sarbani.
Lawatan tersebut bagi mendapat gambaran lebih jelas berhubung kematian Allahyarham Ahmad Sarbini.
Sementara itu, bernama semalam melaporkan isteri Ahmad Sarbani, Masiah @ Maziah Manap, 50 semalam memberitahu Mahkamah Koroner Kuala Lumpur bahawa suaminya tidak mungkin membunuh diri pada 6 April lepas.
Beliau yang merupakan saksi pertama dalam prosiding inkues untuk menyiasat kematian Ahmad Sarbani, berkata suaminya adalah seorang yang tenang, bersikap rasional, penyabar dan bukan seorang yang suka bertindak melulu.
"Sebagai orang Islam yang menunaikan sembahyang lima waktu, tidak mungkin suami akan berbuat demikian," katanya.
Masiah, yang mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Sarbani hampir 28 tahun, berkata pada 1 April lepas, dia menerima panggilan daripada anaknya, Shahira yang memaklumkan arwah ingin bercakap dengannya tetapi panggilan berkenaan terputus.
"Apabila saya pulang ke rumah pada 9 malam, anak saya memberitahu abah (panggilan untuk Ahmad Sarbani) tidur di SPRM dan saya kemudian cuba menghubungi beliau tetapi gagal.
"Pada keesokannya (2 April), saya cuba menghubunginya sekali lagi namun tiada jawapan dan lebih kurang 10 pagi saya ada menghantar SMS kepadanya menyatakan: Kalau kita di pihak yang benar, Allah akan bantu... kalau boleh, balik la, hari Ahad ni (3 April) kita ada kursus haji," katanya.
Masiah, yang bekerja sebagai penyelia di Petronas, berkata arwah suaminya pernah memberitahu bahawa dia telah dianiayai oleh ejen.
"Saya pernah bertanya kepadanya, apa masalah yang berlaku sekarang ini hinggakan SPRM menahannya dan dia (Ahmad Sarbani) berkata ejen menganiayainya berkenaan baucar bernilai RM100.
"Menurut suami saya, ejen itu mengaku bahawa RM70 daripada RM100 baucer itu dia ambil manakala RM30 diberikan kepada suami saya... namun suami memaklumkan kepada saya dia tidak ambil RM30 dan tidak tandatangani baucer tersebut," katanya.

Diterima mengadap Agong bukti Bersih bukan haram

Posted: 05 Jul 2011 02:18 AM PDT

3 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 5 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat menyifatkan penerimaan mengadap pimpinan Bersih 2.0 oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin membuktikan pertubuihan itu bukan pertubuhan haram.

Sebelum ini, Datuk Seri Hishammmuddin Tun Hussien melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengumumkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram.

Yang Dipertuan Agung hari ini menerima mengadap tiga pemimpim Bersih 2.0 iaitu Pengerusinya, S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin

Ekoran pertemuan itu, kata sepakat dicapai perhimpunan Bersih akan diteruskan dan menerima pandangan Perdana Menteri, ia akan diadakan di stadium.

"Perkenan YDP Agong tersebut dijunjung kasih kerana bertujuan mendaulatkan sistem demokrasi yang selama ini tempang tanpa dilihat kukuh secara konkritnya," kata naib ketua Pemuda PAS, Raja Ahmad Al-Hiss.

Rakyat pertegaskan Rukun Negara yang selama ini dipegang akhirnya menatijahkan satu pendekatan yang selama ini tidak timbul dan YDP Agong akhirnya memecahkan tradisi akan kemelut yang telah lama melanda, kata beliau.

"Kami yakin titah yang telah dipertegaskan oleh YDP Agong tidak meletakkan mana-mana pihak betul dan secara lembutnya memberikan nasihat daripada Raja yang memerintah kepada rakyat di bawah naungannya," katanya.

Dalam keadaan itu, Pemuda PAS mendesak agar PDRM terutamanya yang jelas melanggari undang-undang dengan menjadikan Akta 47 sebagai BERSIH adalah pertubuhan haram terjawab di atas perkenan YDP Agong menerima majlis mengadap BERSIH 2.0 hari ini.

"Kami meminta agar seluruh rakyat yang ditahan oleh pihak Polis dibebaskan dengan serta-merta berikutan sambitan dengan Bersih 2.0 ini. Sesungguhnya titah YDP Agong seharusnya dihormati oleh semua pihak terutama Polis yang jelas melanggari hak asasi manusia," tambahnya.

harakahdaily/-

Bersih: Ada baca cerita Hilful Fudhul

Posted: 05 Jul 2011 02:00 AM PDT

3 Syaaban 1432H. [MOD] -



Seorang Professor daripada sebuah universiti memberi amaran dengan katanya: "Sebelum anda menyertai Himpunan Bersih, lihat terlebih dahulu siapa ketuanya. Ketuanya adalah seorang Hindu, sudahlah Hindu, dia juga merupakan penyokong kuat kepada ideologi kesamarataan agama".
Itu dia amaran daripada seorang professor. Tak sangka ramai juga rupanya profesor-profesor kangkung di Malaysia.
Saya ingin menjelaskan dengan tegas di sini bahawa, andainya ditakdirkan Abu Jahal yang digelar sebagai Firaun Umat Nabi Muhammad sekalipun mengetuai Himpunan Bersih, itu tidak menjadi masalah kepada orang Islam untuk menyertainya.
Ya, saya ulangi, andainya Abu Jahal sekalipun yang memimpin Himpunan Bersih, itu tidak menjadi masalah untuk disertai. 
Ada baca cerita dengan Hilful Fudhul?
Zaman Jahiliyyah dulu sebelum Nabi diutuskan, berlaku Hilful Fudhul, satu himpunan kaum untuk menyatakan kata sepakat menuntut semua kaum untuk menjaga kebajikan tetamu yang bertandang ke Makkah. Tiada kezaliman boleh dilakukan terhadap mana-mana individu yang datang menziarahi kaabah. Mana-mana kaum yang buat kacau maka kaum itu layak diambil tindakan oleh kaum lain.
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pada zaman mudanya menyertai himpunan tersebut. Setelah diutuskan sebagai seorang rasul, Nabi dengan banggannya mengatakan:
شَهِدْتُ حِلْفَ بَنِي هَاشِمٍ ، وَزَهْرَةَ ، وَتَيْمٍ ، فَمَا يَسُرُّنِي أَنِّي نَقَضْتُهُ وَلِيَ حُمْرُ النَّعَمِ ، وَلَوْ دُعِيتُ بِهِ الْيَوْمَ لأَجَبْتُ عَلَى أَنْ نَأْمُرَ بِالْمَعْرُوفِ ، وَنَنْهَى عَنِ الْمُنْكَرِ وَنَأْخُذَ لِلْمَظْلُومِ مِنَ الظَّالِمِ
Maknanya: Kalau Nabi diajak menyertai himpunan tersebut setelah Islam datang pun Nabi akan pergi.
Soalnya, siapa yang ada dalam himpunan di Mekkah tersebut??? Mereka yang ada di Mekkah menyertai himpunan tersebut termasuklah Abu Jahal, Abu Lahab, dan segala bangsawan Quraish yang berada di Mekkah yang menentang Islam kemudiannya.
Nabi sanggup pergi? Ya Nabi sanggup walau dalam himpunan tersebut ada Abu Jahal dan segala kepala-kepala puak Quraish yang lain.
Takder hal langsung bro. Nabi pandai membezakan keadaan. Letakkan sesuatu isu di tempatnya. Ketika berhadapan dengan isu yang menjejaskan Islam, mereka adalah musuh. Tetapi ketika berhadapan dengan isu kebajikan tetamu yang bertandang ke Makkah, maka mereka adalah rakan.
Lihat bagaimana Nabi seorang yang cerdik dapat membezakan sesuatu perkara mengikut tajuk dan isu mengikut tempat. Bukan semberono bermusuhan tanpa tahu tajuk dan tempat.
Itu beza antara orang yang jahil dengan orang yang cerdik.
Orang jahil ni, dia melihat semua perkara sama. Dia tak mampu membezakan masalah mengikut tajuk. Pendek kata tak profesional langsung.
Orang cerdik pula, dia melihat sesuatu perkara itu mengikut keadaan dan tempat. Tidak semua sama. Dan dia mampu membezakan perkara mengikut tajuk. Pendek kata dia profesional. 
Tapi sayangnya di Malaysia, status dah tahap profesor, tapi gagal membezakan masalah mengikut tajuk.
Apa sebenarnya isu dalam soal himpunan bersih ini??? Isunya adalah tuntutan berkenaan pilihan raya. Yang pergi campur aduk pasal islam dengan kafirlah, pasal orang melayu berpecahlah, pasal komunislah apa kejadahnya???
Soalnya adalah pilihan raya. Tajuk yang perlu dibincangkan adalah tajuk tentang pilihan raya. Sejauh mana bersihnya sistem pilihan raya di Malaysia?
Ada orang berkata pilihan raya dah bersih dah pun, pembangkang dah menang 5 buah negeri lagi pilihan raya umum lepas.
Soalnya, kalau anda yakin pilihan raya dah bersih sekalipun, kenapa anda begitu takut dengan himpunan dan tuntutan yang dibuat tersebut? Sampai baju kuning pun nak diharamkan apa kes?
Orang yang tak bersalah, biasanya tak takut, orang yang bersalah jer biasa yang gabra. Ni siapa yang bersalah dan siapa yang tak bersalah ni?
MASALAH SERATUS PERATUS
Berkata pula seorang ustaz: "Saya tidak menyokong dan tidak akan menyertai Himpunan Bersih sebab himpunan tersebut melibatkan perkara-perkara mungkar. Perempuan tak tutup aurat pun ikut perhimpunan tu, orang yang tak sembahyang pun ikut, bla bla bla".
Katanya lagi "Kalau himpunan itu 100 peratus bersih daripada perkara mungkar, dijamin tiada huru-hara, dijamin tiada itu dan ini…ba bla bla, barulah saya akan sokong dan ikut".
Ada jugak rupanya ustaz yang buat poyo. Ustaz-ustaz macam ni elok dinasihatkan hidup di hutan belantara jer lah senang.
Yalah, tak nak terpalit walau satu dosa pun kan, Pergi duduk kat hutan sorang-soranglah.
Ni adalah contoh masalah mentaliti mereka yang nak jadi malaikat, bukan nak jadi manusia yang baik.
Maslahah yang besar, lebih diutamakan daripada maslahah yang kecil. Mana besar antara maslahah untuk umat dan negara dengan maslahah untuk diri sendiri?
Sedangkan dalam muamalat pun, ulama mengharuskan apa yang dipanggil sebagai "gharar yasir" atau kalau diterjemahkan sebagai penipuan yang sedikit yang berlaku dalam jual beli yang susah nak dielakkan.
Contoh 1:
Anda beli buah-buahan seperti durian mengikut kilo, anda beli kulit atau beli isi? Tentunya anda membeli isi yang boleh dimakan, tapi anda membayar harga termasuk harga kulit yang langsung tidak anda makan?
Bukankah itu satu penipuan??? Bukankah jual beli yang sah adalah jual beli tanpa penipuan??? Ya jual beli yang sah adalah jual beli yang tiada penipuan, tapi penipuan yang sedikit sebegitu dimaafkan.
Contoh 2:
Anda masuk Hammam dengan membayar 10 Dirham. Anda mempunyai hak untuk mandi menggunakan sebanyak mana liter air sekalipun, untuk berada beberapa jam sekalipun dalam Hammam tersebut. Orang lain yang hanya mandi beberapa ketika dan terus keluar pun turut membayar harga yang sama seperti anda.
Tidakkah ini satu ketidak adilan dan penipuan dalam urus niaga? Bolehkah seorang berkata kepada anda bahawa ini tidak adil dan merugikan tuan punya Hammam. Tidak, ulama mengharuskan hal tersebut.
Contoh 3:
Anda menaiki bas ke bandar dan membayar tambang sebanyak 4 dirham. Jarak rumah anda ke bandar adalah 20 km. Mereka yang menaiki bas tersebut dari jarak 30 km pun turut membayar 4 dirham, juga mereka yang menaikinya dari jarak 5 km sekalipun.
Tidakkah ini merupakan satu penipuan dan ketidak adilan dalam urus niaga? Tetapi hal sebegini dimaafkan oleh ulama kerana termasuk dalam bab Al-gharar Alyasir.
Justeru, kalau ada ustaz yang berkata: "Saya takkan berurus niaga kecuali urus niaga itu 100 peratus bersih daripada sebarang penipuan", maka saya anggap ustaz begitu hanya memalukan title ustaz yang dipegangnya. "Ek'eleh buat poyo pulak mamat ni" bak kata budak-budak muda.
Saya teringat kepada Abdullah Bin Umar yang menjawab seorang lelaki daripada Iraq yang datang bertanyakan hukum darah nyamuk. Abdullah Bin Umar dengan penuh sindiran terhadanya berkata:
"Kamu sibuk bertanya soal hukum darah nyamuk, tapi darah cucu Nabi yang dibunuh di Iraq tidak pula kamu mahu tanyakan hukum".
Perumpamaan mudah lainnya adalah orang lain sibuk membincangkan soal kahwin dan bagaimana perkahwinan itu mendatangkan manfaat kepada pemuda dan pemudi, menggalakkan pemuda supaya berkahwin dan sebagainya, tetapi dia sibuk membincangkan soal perkahwinan itu bakal dicampuri kemungkaran seperti bersanding bla bla bla…
 "Ana nasihatkan enta jangan kahwin sebab akan ada kemungkaran dalam majlis kahwin nanti, sepupu perempuan enta yang tak pakai tudung tu mesti datang, budak-budak muda kampung yang tak sembahyang pun confirm datang jugak, banyak kemungkaran tu, enta bersubahat sekali.  Jadi janganlah kahwin, kalau nak kahwin pun buat senyap-senyap jerlah ataupun kahwin lari".
Kah kah kah…alangkah tempangnya pemikiran ustaz-ustaz hingusan ini.
 AKHIRNYA…
Banyak lagi sebenarnya yang mahu saya ulas setelah membaca dan mengumpul hujah-hujah dangkal yang keluar di dada-dada akhbar, tetapi lain kali sajalah apabila terasa rajin.
Renungkanlah kata-kata Serikandi Islam ini kepada pemuda-pemuda Islam:
قَالَتِ الشِّفَاءُ ابْنَةُ عَبْدِ اللَّهِ، وَرَأَتْ فِتْيَانًا يَقْصِدُونَ فِي الْمَشْي وَيَتَكَلَّمُونَ رُوَيْدًا، فَقَالَتْ: مَا هَذَا؟ فَقَالُوا: نُسَّاكٌ، فَقَالَتْ : كَانَ وَاللَّهِ عُمَرُ "إِذَا تَكَلَّمَ أَسْمَعَ، وَإِذَا مَشَى أَسْرَعَ، وَإِذَا ضَرَبَ أَوْجَعَ، وَهُوَ النَّاسِكُ حَقًّا".
Berkata Syifa' Binti Abdullah setelah dia melihat pemuda yang berjalan secara lemah dan bercakap secara perlahan dengan katanya siapa mereka ini? Mereka berkata : Kami adalah golongan ahli ibadah.
Lalu Syifa' berkata: "Umar Al-Khattab demi Allah merupakan seorang yang, apabila dia bercakap, tajam sekali ucapannya. Apabila dia berjalan, laju sekali langkahnya, Apabila dia memukul, perit sekali pukulannya, tetapi dialah yang paling hebat ibadahnya berbanding kalian".
Itu teguran daripada seorang serikandi Islam pada zaman tersebut kepada pemuda-pemuda Islam yang lembik longlai. Buat malu kaum jer.
Buat mereka yang menentang mana-mana himpunan aman yang ingin diadakan oleh mana-mana rakyat Malaysia walau siapapun mereka, maka saya katakan kepada mereka…….
Do or Die,
You'll never make me,
Because the world will never take my heart,
Go and try,
You'll never break me,
We want it All,
We want to play this part,
I won't explain, or say I'm sorry,
I'm unashamed, I'm gonna show my scars
Give a cheer for all the broken,
Listen here, because it's who we are.
I'm just a man, I'm not a hero,
Just a boy, whose meant to sing this song.
I DON'T CARE!!!!

Saluran gas Mesir diletup

Posted: 05 Jul 2011 01:50 AM PDT

3 Syaaban 1432H. [MOD] -

ISMAILIA, - Saluran paip gas dari Mesir ke Israel dan Jordan diletupkan dalam satu kejadian sabotaj hari ini, sekali gus memaksa penutupan aliran gas.

Menurut sumber keselamatan Mesir, letupan itu berlaku awal pagi ini di sebuah stesen saluran paip gas di utara Semenanjung Sinai di Bir Abd, kira-kira 60 kilometer dari timur Terusan Suez.

Ia merupakan serangan ketiga sejak Februari lalu di saluran paip gas yang sama, yang menyalurkan gas asli ke Israel dan Jordan.

Sumber keselamatan berkata, beberapa lelaki dilengkapi mesingan menaiki sebuah trak kecil memaksa pengawal keselamatan di stesen tersebut meninggalkan kawasan berkenaan sebelum mereka menanam bahan letupan.

"Kami masih belum mendapat maklumat yang lengkap sehingga kini, tetapi pada dasarnya letupan itu sama dengan dua letupan yang berlaku sebelum ini," kata satu lagi sumber lain kepada Reuters.

Jelas sumber itu, syarikat gas asli yang mengendalikan saluran paip itu segara menutup aliran gas sejurus letupan berlaku.

Saksi berkata, bunyi kuat letupan turut kedengaran di gurun tersebut, menakutkan penduduk sekitar dan api yang menjulang tinggi dapat dilihat dari lokasi kejadian.

Letupan yang berlaku pada 5 Februari dan 27 April lalu telah menyebabkan saluran paip itu ditutup selama seminggu.

Saluran paip gas itu dikendalikan Gasco, sebuah syarikat pengangkutan Mesir yang merupakan anak syarikat kepada syarikat gas nasional, EGAS. - REUTERS

Saksi: Sarbaini jatuh ketika cuba tinggalkan SPRM ikut tingkap

Posted: 05 Jul 2011 01:45 AM PDT

3 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Saksi kedua inkues kematian Ahmad Sarbaini Mohamed percaya penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu terjatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Cochrane ketika cuba meninggalkan premis itu melalui tingkap.

DSP Sharul Othman Mansur dari cawangan forensik Bukit Aman yang dipanggil untuk memberi keterangan selepas balu Sarbaini berkata demikian ketika diminta mengulas kesimpulan bagaimana pegawai itu jatuh berdasarkan kedudukan mayat yang ditemui di gelanggang badminton bangunan SPRM pada 6 April lalu.

Soalan itu ditanyakan pegawai pengendali inkues Hanim Mohd Rashid.

"Saya percaya si mati (Sarbaini-gambar) terjatuh dari tingkap aras tiga (bilik pantri) berkemungkinan si mati nak keluar dari bilik SPRM melalui tingkap," kata beliau.

"Kalau lihat dari arah bumbung (berdekatan dengan bilik pantri) ukuran jarak adalah sembilan kaki tujuh inci, jarak tingkap dan bumbung cukup dekat.

"Si mati cuba melompat ke bumbung yang berhampiran tapi tidak sampai dan jatuh ke lantai (gelanggang badminton)," katanya.

Jarak antara bilik pantri di tingkat tiga bangunan SPRM dan gelanggang badminton setinggi 10 meter.

Ditanya bagaimana Sarbaini cuba meninggalkan bilik pantri itu, Sharul Othman berkata kemungkinan bapa kepada lima anak itu bertenggek di atas sinki dalam bilik itu.

"Si mati keluar dengan bertenggek (atas sinki) dan menghulurlkan kaki ke luar tingkap, mungkin kaki kiri atau kaki kanan," katanya.

Dalam prosiding itu, sebanyak 13 sampul mengandungi bahan bukti termasuk sepasang selipar, sebelah kasut kaki kiri, tali pinggang, bingkai cermin mata yang patah, jam tangan tanpa tali, cermin mata tanpa bingkai sebelah kanan dan tali jam kulit.

Selain itu, antara bahan bukti lain adalah kad pelawat SPRM, sampel di bahagian bawah tingkap (di bilik pantri), sampel di bahagian atas tingkap (bilik pantri), sampel cat kawalan (di bahagian luar bilik pantri), sampel serpihan dari kepala tali pinggang dan dompet Sarbaini.

Dalam siasatan forensik yang dilakukan Sharul Othman juga berkata pasukannya turut menemui kesan geseran pada kaki lima tingkap bilik pantri dipercayai daripada kepala tali pinggang Sarbaini.

"Pemeriksaan yang dibuat pada kaki lima tingkap yang terbuka terdapat kesan geseran sepanjang empat inci dan kita telah buat perbandingan dengan kaki lima di tingkap yang bersebelahan.

"Kesan geseran itu dipercayai daripada kepala tali pinggang si mati," katanya.

Menurut Sharul, siasatan yang dilakukan pada 6 April itu turut dilanjutkan ke bilik pegawai penyiasat Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad di mana Sarbaini berada di sana sebelum insiden berlaku.

"Kemudian saya buat pemeriksaan di bilik pegawai SPRM, Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad kerana si mati berada dalam bilik itu sebelum ditemui mati.

"Kami dapati bilik kemas dan tiada tanda pergelutan, kami juga buat tinjauan di aras dua dan aras empat namun tiada bahan bukti yang diambil," katanya.

Turut dipaparkan gambar-gambar yang menimpa Sarbaini sehingga menyebabkan ahli keluarga terutamanya anak-anak menitiskan air mata.

Sharul Othman yang lengkap beruniform berkata pihaknya juga telah menemui kesan cap jari di tingkap yang terletak di bilik pantri dipercayai milik Sarbaini.

"Siasatan forensik di bilik pantri di tingkat tiga bangunan SPRM kita telah menemui empat kesan cap jari di bahagian bawah tingkap berhampiran sinki dan satu cap jari dan satu cap tapak tangan di bahagian atas tingkap.

"Kami juga menyiasat tempat pegang tingkap untuk kesan DNA tapi kita mendapati tiada kesan tapak tangan dan tapak kasut di atas sinki," katanya.

Katanya, siasatan juga menemui serpihan tulang di lantai gelanggang badminton.

Sahrul Othman juga berkata lakonan semula insiden itu yang dilakukan pelakon lagak ngeri Hasni Razif Ramley pada 13 April menunjuk ia tidak menepati kedudukan mayat Sarbaini.

"Kami telah meletakkan tanda di atas tilam udara dan pelakon itu jatuh berhampiran tanda," katanya.

Inkues yang diketuai Aizatul Akmal Maharani ditangguhkan sehingga esok dan akan melawat tempat kejadian pada pukul 10 pagi esok.

Seramai 30 orang akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Inkues yang bermula hari ini akan berlarutan sehingga 15 Julai ini.

Balu Sarbaini, Maziah Manap merupakan saksi pertama inkues.

malaysianinsider/-

Wartawan tidak dibenar sertai lawatan inkues

Posted: 05 Jul 2011 01:40 AM PDT

3 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 5 Julai: Para wartawan dan jurugambar yang hadir bagi membuat liputan lawatan Pasukan inkues menyiasat punca kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed ke lokasi kejadian, tidak dibenarkan masuk.

Larangan menyertai lawatan pasukan inkues untuk masuk ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane itu difahamkan arahan dari pihak atasan.

Lawatan pagi ini disertai Koroner Aizatul Akmal Maharani, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd. Abbas; peguam pemerhati, Datuk Seri Dr. Mohammad Shafee Abdullah dan Awtar Singh.

Turut serta ialah pakar forensik Makmal Bukit Aman, Deputi Supritendan Shahrul Othman Mansor dan ahli keluarga Ahmad Sarbani.

Lawatan tersebut bagi mendapat gambaran lebih jelas berhubung kematian Allahyarham Ahmad Sarbini.

Sementara itu, bernama semalam melaporkan isteri Ahmad Sarbani, Masiah @ Maziah Manap, 50 semalam memberitahu Mahkamah Koroner Kuala Lumpur bahawa suaminya tidak mungkin membunuh diri pada 6 April lepas.

Beliau yang merupakan saksi pertama dalam prosiding inkues untuk menyiasat kematian Ahmad Sarbani, berkata suaminya adalah seorang yang tenang, bersikap rasional, penyabar dan bukan seorang yang suka bertindak melulu.

"Sebagai orang Islam yang menunaikan sembahyang lima waktu, tidak mungkin suami akan berbuat demikian," katanya.

Masiah, yang mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Sarbani hampir 28 tahun, berkata pada 1 April lepas, dia menerima panggilan daripada anaknya, Shahira yang memaklumkan arwah ingin bercakap dengannya tetapi panggilan berkenaan terputus.

"Apabila saya pulang ke rumah pada 9 malam, anak saya memberitahu abah (panggilan untuk Ahmad Sarbani) tidur di SPRM dan saya kemudian cuba menghubungi beliau tetapi gagal.

"Pada keesokannya (2 April), saya cuba menghubunginya sekali lagi namun tiada jawapan dan lebih kurang 10 pagi saya ada menghantar SMS kepadanya menyatakan: Kalau kita di pihak yang benar, Allah akan bantu... kalau boleh, balik la, hari Ahad ni (3 April) kita ada kursus haji," katanya.

Masiah, yang bekerja sebagai penyelia di Petronas, berkata arwah suaminya pernah memberitahu bahawa dia telah dianiayai oleh ejen.

"Saya pernah bertanya kepadanya, apa masalah yang berlaku sekarang ini hinggakan SPRM menahannya dan dia (Ahmad Sarbani) berkata ejen menganiayainya berkenaan baucar bernilai RM100.

"Menurut suami saya, ejen itu mengaku bahawa RM70 daripada RM100 baucer itu dia ambil manakala RM30 diberikan kepada suami saya... namun suami memaklumkan kepada saya dia tidak ambil RM30 dan tidak tandatangani baucer tersebut," katanya.

harakahdaily/-

Pakatan terbuka dengan tawaran stadium

Posted: 05 Jul 2011 01:30 AM PDT

3 Syaaban 1432H. [MOD] -


KUALA LUMPUR, 5 Julai: Pakatan Rakyat menyeru kesemua individu yang ditahan kerana Bersih 2.0 dibebaskan serta-merta dan tuduhan terhadap mereka digugurkan di samping terbuka dengan tawaran Perdana Menteri agar berhimpun di stadium.
Pakatan Rakyat mengambil maklum kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam yang menyatakan kesediaan pihak kerajaan memberikan kerjasama untuk menganjurkan perhimpunan aman Bersih 2.0 di stadium.
"Setelah melalui beberapa proses perbincangan, kami ingin merakamkan pendirian bahawa ketiga-tiga parti mengambil sikap terbuka dengan tawaran Perdana Menteri itu selagi ia menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Teresa Kok Suh Sim dalam kenyataan bersama, petang ini.
Menurut mereka, Pakatan Rakyat  ingin menegaskan bahawa tuntutan reformasi dalam sistem pilihan raya negara agar bersih, telus dan adil kekal sebagai matlamat perhimpunan tersebut.
Mereka berkata, proses reformasi itu perlu dilaksanakan segera sebelum Pilihanraya Umum ke-13 bersesuaian dengan lapan tuntutan Bersih 2.0 dan memerlukan komitmen Perdana Menteri; selain dari komitmen sedia ada beliau untuk menawarkan stadium bagi perhimpunan aman Bersih 2.0.
"Kesediaan ini juga perlulah disambut oleh pihak berkuasa dengan  menghentikan pendekatan keras yang diambil setakat ini," kata mereka.
Mereka menambah, ketiga-tiga parti bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis dan pihak berkuasa yang lain bagi memastikan perjalanan perhimpunan itu nanti boleh berjalan dengan baik dan aman.
"Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat menyeru supaya kesemua individu yang ditahan kerana Bersih 2.0 dibebaskan serta-merta dan tuduhan yang dikenakan terhadap mereka digugurkan," ujar mereka lagi.

Peniaga dituduh miliki baju pertubuhan haram

Posted: 05 Jul 2011 01:27 AM PDT

3 Syaaban 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU - Seorang peniaga hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini kerana dituduh memakai dan memiliki baju-T bertulis perkataan yang mempunyai kepentingan pertubuhan haram.

Mohd. Amizul Fazly Muhamed Sudin, 33, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Azrul Abdullah.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd. Amizul Fazly didakwa mempamerkan pakaian yang tertera tulisan 'BERSIH 2.0' di sebuah kedai runcit di Kampung Permatang Piah, Bachok, pada pukul 2.40 petang, dua hari yang lalu, manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki enam helai baju-T yang tertera perkataan 'BERSIH 2.0'.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966, yang jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 kerana menyiar dan memiliki perkataan yang tertera bagi kepentingan pertubuhan haram.

Azrul kemudiannya menetapkan 10 Ogos ini untuk sebutan semula kes itu di Mahkamah Majistret Bachok dan mengenakan jaminan RM4,000 kepada Mohd. Amizul Fazly bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Mohd. Amizul Fazly diwakili peguam Firdaus Mohd. Yusuf, Ahmad Najib Deris dan Abdul Rashid Yah manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Abdul Razak Hussin. - Bernama

Maksiat undang bala daripada Allah

Posted: 05 Jul 2011 01:21 AM PDT

3 Syaaban 1432H. [MOD] -

SEJARAH membuktikan umat terdahulu dibinasakan Allah SWT akibat maksiat yang dilakukan. Iblis diusir oleh Allah daripada syurga kerana maksiat yang dilakukan. Begitu juga kisah umat Nabi Nuh yang tenggelam dilanda banjir juga kerana maksiat.

Firman Allah yang bermaksud: Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah
ditetapkan. (al-Qamar: 11 dan 12)

Allah menenggelamkan Firaun dan tentera-tenteranya juga kerana maksiat dan dosa-dosa yang dilakukan (rujuk ayat 40 surah al-Qasas).

Begitu juga yang berlaku terhadap kaum Lut yang mengingkari hukum dan ketetapan Allah. Orang lelaki dari kaum Lut mengamalkan seks songsang sesama lelaki iaitu liwat atau homoseksual. Perbuatan ini amat dilaknat oleh Allah.

Allah menghantar malaikat Jibrail kepada kaum Lut dan malaikat Jibrail menggunakan hujung sayapnya mengangkat perkampungan mereka dan menghempaskan kembali ke bumi (rujuk ayat 74 surah al-Hijr).

Selain itu, Allah juga telah melenyapkan Kaum Ad dan kota mereka yang hebat itu (rujuk ayat sembilan surah al-Ahzaab).

Selanjutnya adakah kita tidak mengambil iktibar terhadap musibah akibat maksiat yang dilakukan oleh kaum Bani Israel. Allah memberikan gambaran tentang hukuman yang dikenakan terhadap Bani Israel.

Allah berfirman yang bermaksud: Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di Segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (Sebenarnya peristiwa itu) adalah
satu janji yang tetap berlaku. (al-Israk: 5).

Berdasarkan kisah-kisah umat yang telah dihukum oleh Allah, tentu sekali kita dapat menganalisis atau muhasabah diri tentang dosa-dosa atau maksiat yang telah dilakukan sama semalam, kelmarin atau dosa-dosa 100 tahun yang lalu.

Semuanya menjadi sebab musabab malapetaka yang perlu kita hadapi selagi kita keseluruhannya tidak memohon taubat kepada Allah.

Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Bila terjadi maksiat di kalangan umatku, maka Allah akan memberikan azabnya untuk semua (riwayat Ahmad)."

Oleh yang demikian, sewajarnya kita merenung pengertian yang tersurat dan yang tersirat daripada hadis tersebut. Ini kerana secara realitinya memang berlaku terhadap umat yang terdahulu, kerana akibat dosa yang telah mereka lakukan mengakibatkan umat telah binasa dan dihukum oleh Allah.

Dalam satu kisah peperangan, setelah tentera Muslim menewaskan pasukan musuh dan menawan Qubrus dengan mengalahkan tentera Rumawi, keseluruhan tentera Islam bergembira merayakan kemenangan. Tetapi Abu Dardak seorang sahabat besar menangis.

Apabila ditanya mengapa beliau dalam kesedihan, Abu Dardak menjawab: "Aku menangisi umat yang telah melakukan kemaksiatan dan Allah telah meminggirkan mereka."

Minta Maaf Secara Terbuka Pada Wardina Safiyyah - Zuraida

Posted: 05 Jul 2011 01:17 AM PDT

3 Syaaban 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 5 JULAI : Media arus perdana dan blogger pro- UMNO didesak menghentikan segara tindakan mengaibkan dan meminta maaf secara terbuka kepada personaliti popular, Wardina Safiyyah.

Ini berikutan tindakan mereka yang terus-terusan mengecam dan melaporkan berita serta gambar yang mengaibkan Wardina hanya kerana desas desus kononnya beliau menyokong perjuangan Pakatan Rakyat dan penganjuran himpunan aman BERSIH 2.0.

Zuraida berkata tindakan menyebarkan gambar- gambar lama Wardina yang sebelum ini tidak bertudung adalah sesuatu yang jahil dan melanggar syariat agama Islam.

Bukan itu sahaja, tindakan tidak bertanggungjawab itu jelas melanggar etika kewartawanan yang akan merendahkan lagi martabat wartawan dimata masyarakat.

Zuraida dalam satu kemyataan medianya berkata, penghijrahan Wardina sepatutnya dibangga dan dicontohi bukannya diperlakukan sedemikian rupa.

Justeru, beliau bersama-sama pimpinan wanita PKR dan Pakatan Rakyat menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Wardina.

Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang berkata, media arus perdana, blogger dan UMNO BN tidak berhak untuk menghalang seseorang individu daripada menyokong mana- mana parti politik, berikutan ia dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

tv selangor/-

PAS akan buka 5 kawasan baru di Sabah

Posted: 05 Jul 2011 01:15 AM PDT

3 Syaaban 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 5 Julai: PAS akan membuka lima kawasan baru di Sabah, tambahan kepada lapan kawasan berdaftar sedia ada.
Penubuhan lima kawasan baru itu sedang berjalan dengan baik, manakala jumlah ahli PAS yang berdaftar dan bergerak aktif di lapan kawasan berdaftar sedia ada itu kini seramai 11,000 orang.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS bersedia menggantikan Umno dan bersama Pakatan Rakyat untuk memimpin negeri Sabah.
Menurut beliau, selaras dengan tema muktamar PAS tahun ini, Membangun Negara Berkebajikan, PAS akan memastikan kebajikan rakyat terbela di Sabah dan pemimpin yang akan memerintah juga mempunyai ciri-ciri berkebajikan iaitu pemimpin berwibawa, bersih, tidak rasuah dan menjadikan kuasa pemerintahan sebagai amanah untuk menjaga kebajikan rakyat.
Katanya, oleh itu, rakyat Sabah perlu melakukan perubahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti dengan memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat.
"Rakyat Sabah pernah membuat beberapa kali perubahan politik daripada Usno kepada Berjaya, PBS dan Umno. Maka giliran kali ini ialah Pakatan Rakyat untuk memerintah Sabah," katanya ketika merasmikan bangunan baru PAS Kawasan Putatan, Sabah semalam. (Gambar)
Setiausaha akhbar beliau, Mohd Nasaie Ismail yang turut mengikuti rombongan beliau dalam rangka lawatan kerja ke Sabah menjelaskan, pada majlis itu, Abdul Hadi turut menyentuh tentang tangkapan terhadap orang ramai yang memakai baju berlambang Bersih termasuk di Sabah yang menunjukkan kegelabahan BN dan tidak bijaksana dalam menangani isu.
"Barisan Nasional gelabah berdepan kuasa rakyat yang akan menumbangkan mereka dalam pilihanraya akan datang. Ini kerana banyak kerosakan dan penyelewengan yang dilakukan sehingga menyebabkan mereka takut untuk kalah," katanya.
Presiden PAS dalam rangka lawatan kerja ke Sabah selama tiga hari. Selain merasmikan bangunan PAS Putatan, beliau juga menemui rakyat di sekitar Masjid Negeri dan kawasan bandar di Asia City.
Pada sebelah malamnya, beliau melancarkan borang tanah Felda Plantation yang ditawarkan kepada anak-anak Sabah di majlis bersama rakyat di Kota Belud.
Turut bersama beliau AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman, Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminudin Aling, Pengerusi DAP Sabah, Dr Liew dan Setiausaha PKR Sabah serta pemimpin-pemimpin PAS negeri.
Menurut Nasaie, seramai 500 penduduk setempat yang kebanyakannya anak muda hadir ke majlis di Kota Belud. Hari ini, rombongan beliau akan melawati kawasan Keningau dan Persiangan.

Bersih 2.0: Agong perlu minta Najib terima tuntutan rakyat, kata Teras

Posted: 05 Jul 2011 01:01 AM PDT

3 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 5 Julai — Teras Pengupayaan Melayu (Teras) meminta perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin agar meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menimbangkan lapan tuntutan dibuat rakyat melalui Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata pihaknya memohon Yang di-Pertuan Agong untuk menerima rayuan dan aduan rakyat yang menuntut transformasi dalam sistem pilihan raya negara.

"Kepincangan yang berlaku dalam proses demokrasi yang terpenting dalam negara iaitu pilihan raya telah menyebabkan rakyat tidak puas hati dan menuntut perubahan, semua tuntutan itu tertera di bawah lapan tuntutan yang dibawa Bersih.

"Teras berpendirian Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa dalam Perlembagaan Persekutuan untuk menerima aduan rakyat dan dan mengarahkan Perdana Menteri untuk menimbangkan permintaan rakyat yang sesuai dengan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri," katanya dalam satu kenyataan.

Kata beliau, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk menerima rayuan rakyat dan rakyat berhak menyampaikan hasrat kepada ketua negara.

"Keresahan rakyat mengenai pelbagai hal yang sedang berlaku dalam negara adalah alasan kukuh untuk tuntutan perubahan segera dilakukan.

"Bukan sahaja salah guna kuasa dan penyelewengan sangat berleluasa dilakukan oleh pihak yang meneraju kerajaan Persekutuan malah pelbagai fungsi agensi pemerintah telah dieskploitasi untuk kepentingan politik bagi mengekalkan kuasa," katanya.

Kelmarin Yang di-Pertuan Agong bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.

Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan "yang pentingnya."

"Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik," titah baginda.

Malah Tuanku Mizan bertitah rakyat harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang.

Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan, pihaknya berhasrat untuk menghadap baginda sebelum Sabtu ini dan bersedia membatalkan perhimpunan jika diminta berbuat demikian.

Ambiga menambah Bersih 2.0 akan menulis kepada Istana Negara untuk meminta perkenan diadakan satu pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong.

Lapan tuntutan Bersih adalah agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakkan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.

Justeru tegas Mohd Azmi, pihaknya berpendirian bahawa rakyat berhak berhimpun secara aman dan menyatakan pendapat terhadap apa-apa isu termasuk penyelewengan dan ketidakadilan yang berlaku.

"Rakyat merasa sangat tidak berpuashati dengan cara pihak polis bertindak atas nama keselamatan dan kestabilan. Ugutan dan penahanan yang tidak adil menggambarkan seolah-olah polis bertindak untuk pihak parti politik yang memerintah dan bukan untuk menjaga keselamatan orang awam.

"Malah apa yang berlaku ialah tindakan yang keterlaluan bila hanya kerana memakai baju Bersih 2.0 oleh sesiapa dianggap suatu kesalahan. Apakah ini suatu tindakan profesional dan dan matang?

"Kami mencadangkan agar ketegangan yang sedang diprovokasi oleh pelbagai pihak termasuk media Bersih 2.0 dapat di atasi dengan pendekatan menang-menang," katanya.

Tambah Mohd Azmi, sepatutnya polis membantu Bersih untuk menyediakan laluan ke Istana Negara menjelang Himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu ini bukan menentang program itu.

"Iaitu pihak polis berunding untuk membenarkan jalan mana perhimpunan Bersih 2.0 boleh diadakan, dari jam berapa hingga jam berapa dan cara penyerahan memorandum di Istana Negara. Sementara itu pihak Bersih mematuhi semua arahan polis sehingga perhimpunan itu selesai.

"Dengan cara ini ketegangan, tangkapan, ugutan dan kecaman antara satu sama lain dapat dihentikan. Teras juga menyatakan kekesalan terhadap masjid turut diguna untuk menyebarkan rasa ketakutan kepada rakyat untuk menyatakan sikap yang benar. Khutbah diseluruh Negara telah diguna untuk tujuan menyebar rasa benci kepada usaha rakyat untuk menyatakan yang haq mengikut saluran yang sah di sisi undang-undang," katanya merujuk kepada khutbah Jumaat yang mengecam Himpunan Bersih 2.0 minggu lalu.

malaysianinsider/-

Tangkap AMK, polis engkar titah Agong – Khai Loon

Posted: 05 Jul 2011 01:00 AM PDT

3 Syaaban 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Tindakan polis menahan Exco Angkatan Muda KEADILAN, Zulhaidah Suboh semalam merupakan bukti pihak berkuasa itu engkar dengan titah Yang Di Pertuan Agong dua hari lalu.
Kenyataan itu dikeluarkan Ketua Penerangan AMK Malaysia, Lee Khai Loon dalam edaran media beliau hari ini susulan tangkapan yang dibuat ke atas Zulhaidah di Kuching semalam.
Sebelum ini pihak berkuasa itu turut menahan dua pimpinan AMK Sungai Besar, Selangor iaitu Akhbar Ali dan Abdul Latip yang kemudian direman selama tiga hari.
Menurut Khai Loon, Yang di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin telah menitahkan kerajaan supaya menyelesaikan isu Bersih menerusi pintu rundingan.
"Justeru, tangkapan demi tangkapan terhadap aktivis Bersih 2.0 jelas bertentangan dengan maksud titah ucapan Yang Dipertuan Agong yang menggesa kerajaan Umno/Barisan Nasional agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana serta menyelesaikan masalah dengan rundingan," kata Khai Loon.
Menurutnya, kerajaan seharusnya menghormati hak dan kebebasan rakyat untuk berhimpun pada 9 Julai ini kerana matlamat Bersih 2.0 ialah memperjuangkan sistem pilihanraya yang lebih adil dan telus untuk semua pihak.
Tambah beliau,  tangkapan rambang berterusan yang dilakukan polis adalah tidak profesional dan merupakan satu bentuk intimidasi yang jelas mencabuli hak asasi dalam Perlembagaan.
Justeru Khai Loon menggesa pihak polis menghormati titah Yang Di Pertuan Agong dengan membebaskan semua tahanan Bersih tanpa sebarang syarat.
"AMK Malaysia juga menggesa agar pihak PDRM melepaskan tanpa syarat semua tahanan aktivis Bersih 2.0 serta merta dan menghormati titah Yang Dipertuan Agong dalam mencari jalan penyelesaikan kepada isu pilihanraya di Malaysia," kata Khai Loon.
Keadilandaily

Bomoh naik angin

Posted: 05 Jul 2011 12:49 AM PDT

3 Syaaban 1432H. [MOD] -

BUKTI...Leha menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.

TAIPING: Seorang suri rumah mendakwa dimalukan seorang bomoh lelaki yang mengeluarkan kata-kata kesat ke atasnya hanya kerana dia enggan menjalani rawatan di dalam bilik gelap bersama bomoh itu tanpa ditemani suaminya.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Leha, 30-an, berkata, dia kerap pening dan pitam sebelum dibawa suami mendapatkan rawatan tradisional di Kulim, Kedah.

Menurutnya, dia yang berjumpa bomoh berusia 60-an itu awal minggu lalu dan didakwa terkena sihir serta perlu menjalani rawatan pembedahan batin di dalam bilik khas bersamanya.

Leha berkata, pada peringkat awal, bomoh itu memegang jari tangannya untuk mengesan punca penyakit misteri menyerangnya sejak beberapa bulan lalu.


"Saya diminta bomoh itu supaya masuk ke dalam bilik khas disediakan itu untuk menjalani pembedahan batin, manakala suami diminta duduk menunggu di luar.

"Saya terkejut dengan arahan itu menyebabkan saya enggan kerana tidak mahu menjalani rawatan di dalam bilik dengan lelaki bukan mahram. Malah, saya bimbang jika perkara tidak baik berlaku," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, dia memaklumkan kepada suaminya dia tidak mahu meneruskan rawatan dengan bomoh berkenaan.

"Tindakan saya itu menyebabkan bomoh itu naik angin dan memaki-hamun dan mendakwa saya sengaja mempertikaikan kaedah perubatannya.

"Berikutan tidak mahu sesuatu buruk berlaku, saya dan suami keluar dari rumah bomoh itu untuk pulang. Namun, bomoh berkenaan terus mengekori kami sambil mencerca tanpa henti," katanya.

Menurutnya, kejadian itu benar-benar membuat dia tertekan hingga mengambil keputusan membuat laporan di balai polis di Kulim, Kedah.

Leha berkata, dia tidak mahu menjalani rawatan bersendirian di bilik lelaki berkenaan kerana bimbang berlaku kejadian pukau, sihir atau cabul seperti kerap dilaporkan media sebelum ini.

metro/-

Anggota trafik parah kemalangan

Posted: 05 Jul 2011 12:45 AM PDT

3 Syaaban 1432H. [MOD] -

KANGAR - Seorang anggota polis cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis cedera parah dalam kemalangan jalan raya berhampiran jejantas Seriab-Kuala Perlis, di sini, hari ini.

Sjn Syed Zainuddin Syed Abd Aziz, 50, yang cedera di kaki, tangan dan bahagian tulang belakang kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Ketua Polis Daerah Kangar Supt Abdul Rahman Noordin berkata, dalam kejadian pada pukul 7.40 pagi itu, motosikal yang ditunggang Syed Zainuddin dilanggar sebuah motosikal lain menyebabkan anggota polis itu hilang kawalan dan terbabas.

Ketika kejadian, Syed Zainuddin dalam perjalanan dari rumahnya di Kuala Perlis menuju ke tempat kerja, katanya ketika ditemui semasa melawat anggota polis itu di HTF di sini.

Abdul Rahman berkata penunggang motosikal yang melanggar motosikal mangsa itu melarikan diri.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya menghubungi balai polis trafik di talian 04-9778563 bagi membantu siasatan. - Bernama

Henti adu domba, patuhi titah Tuanku - PKR

Posted: 05 Jul 2011 12:45 AM PDT

3 Syaaban 1432H. [MOD] -



PETALING JAYA,  5 Julai: Sebagai lambang junjung kasih ke atas titah Yang Dipertuan Agung, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa semua pihak menghentikan pendekatan konfrantasi, ugutan, mengadu domba dan menimbulkan permusuhan antara pelbagai kelompok agama dan kaum di kalangan rakyat.

Gesaan itu khasnya ditujukan kepada kerajaan dan agensi-agensi di bawahnya khasnya pasukan polis.

Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty (gambar) dalam kenyataannya berkata, partinya  menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, atas titah khas kepada rakyat mengenai isu perhimpunan Bersih.

"Keprihatinan Seri Paduka Baginda Tuanku mengenainya amat tepat pada masanya serta disanjung tinggi oleh rakyat," kata beliau.

Seruan Seri Paduka Baginda Tuanku agar pihak kerajaan melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil, bijaksana, mengelakkan permusuhan serta mengekalkan semangat mesyuwarah dan muafakat dalam menyelesaikan keadaan perlulah diberikan perhatian serius, katanya.

Menurut beliau, menjadi keinginan rakyat sekian lama hanyalah mahu melihat terlaksananya keadilan dalam sistem pilihanraya negara.

"Perhimpunan tidak diperlukan lagi jika Suruhanjaya Pilihanraya memang melaksanakan tugasnya secara amanah, adil dan bijaksana," tegas beliau.

PKR, katanya, berpendirian bahawa kisah kebijaksanaan dan keadilan Nabi Muhammad SAW dalam menyelesaikan konflik antara kabilah-kabilah dalam isu perletakkan batu hitam (al hajar al aswad), hendaklah dijadikan rujukan.

Hanya pilihanraya yang benar-benar adil dan saksama dapat mempastikan kepimpinan negara diserahkan kepada mereka yang berhak dan amanah, tambah beliau.

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, hendaklah kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat (An Nisa: 58), petik beliau.

Binatang yang hidupnya hanya 3 jam

Posted: 05 Jul 2011 12:40 AM PDT

3 Syaaban 1432H. [MOD] -

Palingenia Longicauda atau dikenali juga dengan nama Tisa 's Flower adalah sejenis spesies serangga purba. Spesies serangga ini dianggarkan hidup 200 juta yang lalu. Salah satu tempat kemunculan serangga ini adalah di Tisa River .
Tisa River atau Sungai Tisa adalah salah satu tempat terakhir di mana setiap tahun serangga ini muncul dalam jumlah yang sangat besar. Kemunculannya menjadi tontonan menarik, "wedding dance" di atas Sungai Tisa.

Hanya beberapa hari di bulan Jun setiap tahun (mungkin juga tidak setiap tahun) Tisa 's Flower menetas, bersama pasangan dan mati. Hanya selama 3 jam segalanya akan berakhir, hidup yang sangat singkat. Serangga jenis ini tidak mempunyai mulut, mereka hidup hanya untuk bersama pasangan lalu mati.

Hidup yang sangat singkat, tapi sangat indah Ini benar-benar pemandangan menarik yang susah untuk diceritakan hanya

Sangatlah menarik untuk menyaksikan fenomena tersebut, yang merupakan salah satu fenomena terindah yang hanya berlangsung selama 5 hari saja di bulan Jun. Ribuan serangga ini terbang dengan semangatnya memenuhi seluruh sungai.

Serangga Palingenia Longicauda ini merupakan salah seekor serangga "mayfly" yang terbesar di Eropah. Jenis serangga jantan panjangnya dapat mencapai 12 cm, dari kepala sampai ke ekor. Serangga ini berada pada masa larva selama 3 tahun. Selama 3 tahun tersebut, larva berada di dasar sungai.



Tetapi masa hidupnya sangat singkat iaitu 3 jam saja. Bermula muncul membesar dewasa, berpasang-pasangan kemudian terus mati. Serangga ini mempunyai sayap yang unik, sayap mereka akan berganti kulit setelah mancapai fungsi utamanya.

Tisa's Flower hidup dewasa hanya sekali. Semasa pertengahan bulan Jun, pada pukul 5.00 – 6.00 pm, mereka akan menari-nari di atas sungai dalam kumpulan yang besar. Kemudian mereka akan berganti kulit di atas pohon, di tanah, atau di manapun tempat yang mereka hinggapi.

Fenomena tersebut dikenali dengan nama Tissa Blooming atau Pemekaran Tisa . Setelah membesar dewasa secara normal (setelah beberapa saat berganti kulit), serangga jantan hanya memiliki beberapa jam saja untuk bersama pasangan betina sebelum mereka mati.

Setelah bersama, serangga betina terbang menyusuri sungai untuk memastikan telurnya sudah berada di dalam sungai dan jatuh ke dalam dasar sungai. Kemudian telur tersebut akan menjadi larva dalam waktu 45 hari dan akan menetas setelah 3 tahun.

Serangga ini merupakan serangga yang sensitif. Jika berada di sungai, pastilah sungai tersebut merupakan sungai yang bersih. Disamping sebagai indicator lingkungan, serangga ini juga makanan yang bagus buat ikan, sehingga beberapa pemancing menggunakan serangga ini sebagai umpan pada pancing mereka.

Pada masa ini serangga Palingenia longicauda sudah musnah di beberapa Negara Eropah dan hanya boleh ditemui di Serbia dan Hungari.

selatanonline/-

Lelaki cuba dibantu rupa-rupanya penyamun

Posted: 05 Jul 2011 12:30 AM PDT

3 Syaaban 1432H. [MOD] -


PETALING JAYA: Niat seorang jurugambar membantu seorang lelaki dalam kesusahan bertukar tragedi apabila dia dipukul, ditendang dan disamun menyebabkan kerugian kira-kira RM5,000 dalam kejadian di Taman Perumahan Desa Temuan Damansara Perdana, di sini, semalam.


Kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, bermula apabila mangsa berusia 30 tahun mahu membantu lelaki itu yang berdiri seorang diri di tepi jalan di susur keluar Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).


Ketika mangsa memberhentikan kereta di sebelah suspek yang berusia 20-an dan mahu bertanya masalah tiba-tiba satu tumbukan singgah di muka menyebabkannya panik.


Sumber polis berkata, sebaik muka ditumbuk, suspek mengeluarkan pemutar skru dan membuka pintu kereta lalu mengarahkan mangsa memandu kenderaannya.


"Mangsa yang panik memandu kereta itu dan ketika tiba di lampu isyarat, suspek menyuruhnya memberhentikan kereta sebelum dua rakannya menaiki Proton Waja muncul.


"Suspek menyuruh mangsa berpusing di taman perumahan itu kira-kira dua jam untuk sebelum melakukan jenayah," katanya di sini, semalam.


Sumber berkata, selepas puas berpusing, suspek mengarahkan mangsa memberhentikan kereta sebelum menariknya keluar dan membelasahnya.


"Suspek melarikan beberapa barangan berharga termasuk telefon, komputer riba, wang RM70 dan kunci kereta dengan nilai keseluruhan RM5,000," katanya.

Malaysia Dalam Proses Jadi Negara Polis ?

Posted: 05 Jul 2011 12:15 AM PDT

3 Syaaban 1432H. [MOD] -


PETALING JAYA 5 JULAI : Sikap agresif polis menangkap rakyat membuta tuli, menjelang perhimpunan aman BERSIH 2.0 Sabtu ini memberi gambaran bahawa kerajaan membenarkan pasukan keselamatan itu membelakangi Perlembagaan Persekutuan.

Naib Presiden PKR, N. Surendren berkata perkara itu dapat dibuktikan dengan arahan yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menahan aktivis- aktivis termasuk pemimpin Pakatan Rakyat yang tentunya bercanggah dengan Artikel 10(1)(a) yang menjamin hak kebebasan bersuara.

"Jika polis mahu mengambil keterangan maka perlu ada kesalahan jenayah yang jelas baru polis boleh bertanya soalan. 

"Setakat ini tiada soalan, berucap di ceramah terus dapat notis. Cakap pasal Bersih terus dapat notis. Tidak berpelembagaan dan menentang undang-undang," jelasnya.

Sejak pelancaran BERSIH 2.0 tiga minggu lalu, lebih 150 orang termasuk pemimpin Pakatan Rakyat ditahan serta disabitkan dengan pelbagai akta semata-mata mahu menafikan tuntutan rakyat yang hanya meminta agar pilihan raya diadakan dengan adil dan bersih.

Terbaru enam orang aktivis termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr Micheal Jayakumar ditahan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 kerana dipercayai terlibat dalam anasir subversif.

Walau bagaimanapun Perdana Menteri Najib Razak mempertahankan tindakan tersebut dengan alasan sebagai langkah pencegahan bertujuan memastikan ketenteraman negara dikekalkan.

Mereka sebelum ini didakwa cuba untuk menghidupkan fahaman komunis dan menentang Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Susulan kejadian itu, Surendren yang juga peguam menyifatkan polis tidak lagi menghormati perlembagaan dan cuba untuk berperanan sebagai "negara polis".

"Apabila kuasa polis digunakan tanpa mengikut undang-undang, tapi dengan hanya menggunakan anggota, senjata dan kuasa. Ini perkara yang berlaku sekarang sebab semua yang ditangkap tidak melakukan sebarang jenayah," ujarnya lagi.

TVS

Pemuda PAS Sarawak gesa segerakan Tabung Amanah Bumiputera (TAB)

Posted: 05 Jul 2011 12:09 AM PDT

3 Syaaban 1432H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak (Pemuda PAS Sarawak) menyambut baik reaksi positif daripada Pehin Sri Abdul Taib Mahmud selaku Ketua Menteri kepada cadangan menubuhkan Tabung Amanah Bumiputera (TAB) ketika Sidang DUN Sarawak yang lalu. TAB yang dicadangkan bagi mengurangkan jurang sosio-ekonomi antara kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera di Sarawak ini adalah satu langkah penting dalam memastikan pengagihan kekayaan negeri berlaku dengan lebih adil, merentas perbezaan kaum.

Berdasarkan statistik terkini, terdapat 55,975 buah keluarga miskin di Sarawak yang berdaftar dengan sistem e-Kasih dan 49% daripada jumlah ini pula dikategorikan sebagai golongan miskin tegar (hardcore poor). Daripada jumlah ini, lebih 80% adalah dari kalangan kaum Bumiputera dan hanya sekitar 2% - 4% dari kalangan kaum bukan Bumiputera. Perangkaan ini sebenarnya amat membimbangkan kerana ini menunjukkan pola pengagihan ekonomi yang tidak seimbang di kalangan pelbagai kaum di Sarawak.

Pemuda PAS Sarawak dalam konteks ini, ingin mencadangkan agar TAB digunakan sepenuhnya untuk membantu meningkatkan tahap kecemerlangan pendidikan di kalangan anak-anak dari keluarga-keluarga miskin Bumiputera seperti yang dilaporkan di atas. Ini adalah kerana hanya melalui pendidikan yang baik, mobiliti sosial golongan ini dapat berlaku dengan berkesan.

Bantuan ini tidak seharusnya ditumpukan kepada aspek penyediaan barangan keperluan sekolah semata-mata, malahan yang jauh lebih penting adalah dengan merangka program bersepadu seperti tuisyen komuniti khusus untuk mereka.

Kami melihat potensi badan-badan sukarela, NGO-NGO, persatuan-persatuan masyarakat dan institusi-institusi agama seperti masjid dan surau dalam menjadi teraju utama (driver) menjayakan program-program seumpama ini melalui geran dan pembiayaan khas dari TAB. Penumpuan khusus juga harus diberikan agar pelajar-pelajar kurang berkemampuan ini dibantu untuk menguasai subjek-subjek teknikal dan kejuruteraan dengan harapan mereka akan menjadi nadi utama memajukan sektor industri di negeri ini khususnya di SCORE yang dikatakan bakal menawarkan 1.5 juta pekerjaan menjelang 2030.

Di samping itu, Pemuda PAS Sarawak juga ingin menyarankan agar sejumlah peruntukan yang sesuai dikhususkan sebagai tabungan masa depan untuk keluarga-keluarga miskin ini. Dana ini harus diletakkan atas nama peserta-peserta dan boleh digunakan untuk dilaburkan dalam aktiviti-aktiviti ekonomi yang selamat agar mereka boleh menikmati dividen tahunan yang bersesuaian.

Dana ini dicadangkan untuk ditadbir dan diurus secara profesional oleh mereka yang berkelayakan dan memiliki kecenderungan tinggi untuk membantu golongan miskin Bumiputera meningkatkan tahap ekonomi mereka. Wang tabungan ini pula hanya boleh dikeluarkan oleh peserta dalam amaun terhad selepas tempoh tertentu untuk keperluan-keperluan khas seperti pendidikan dan kesihatan.

Dengan adanya tabungan khas ini, secara tidak langsung, kita akan dapat membantu golongan miskin Bumiputera ini untuk menabung, sesuatu yang mustahil dalam suasana terhimpit mereka itu.

Dalam masa yang sama, Pemuda PAS Sarawak juga ingin menyatakan rasa tidak bersetuju kepada cadangan agar TAB digunakan sebagai wahana pemberian modal kepada pengusaha-pengusaha Bumiputera sedia-ada mendapatkan pinjaman atau pembiayaan untuk memajukan lagi perusahaan mereka. Kami berpandangan, suatu instrumen lain boleh diwujudkan untuk tujuan tersebut dan bukan melalui TAB.

Malahan, kami melihat dalam konteks sekarang, telah ada pelbagai badan-badan lain yang telah menawarkan peluang-peluang tersebut bagi mereka yang layak. Bagi Pemuda PAS Sarawak, TAB seharusnya digunakan secara khusus untuk membantu golongan miskin Bumiputera Sarawak melalui peningkatan kecemerlangan pendidikan dan penabungan masa depan.

Pemuda PAS Sarawak amat berharap agar usaha meningkatkan tahap sosio-ekonomi kaum Bumiputera ini dapat dijayakan dengan penuh komitmen oleh pihak Kerajaan Negeri. Penubuhan TAB dirasakan tepat dan amat perlu disegerakan supaya pembangunan dan kemajuan negeri ini dapat dinikmati oleh semua secara adil dan saksama.

UNIT KAJIAN POLISI
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SARAWAK

‘Ada kamera tersorok?’

Posted: 04 Jul 2011 11:57 PM PDT

3 Syaaban 1432H. [MOD] -

BINCANG...Erni Dekritawati (tengah) bersama adiknya Erni Erinawati (kanan) berbincang dengan peguam mereka, semalam.

SHAH ALAM: "Wei, aku tak percaya Kamal masuk bilik aku...,pergi kat bilik air, kau check (periksa) ada kamera tersorok tak?" itu antara kata-kata terakhir Datuk Sosilawati Lawiya menerusi perbualan telefon dengan rakannya, Habishah Bahari, kurang sejam sebelum jutawan kosmetik dan tiga individu lain dibunuh di Banting, dekat sini, tahun lalu.

Sosilawati dikatakan menghubungi Habishah dan memberitahu dia mengesyaki Kamal atau Kamaruddin Shamsuddin yang berkhidmat sebagai pemandu peribadinya berbuat demikian menerusi perbualan telefon pada 7.30 malam pada 30 Ogos tahun lalu sebelum panggilan itu terputus.

Ketika itu, Habishah berbuka puasa.

Ini antara keterangan yang akan dikemukakan pihak pendakwaan ketika membacakan ucapan pembukaan dalam perbicaraan kes bunuh Sosilawati, 47, Kamaruddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, yang bermula di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam.

Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff, berkata pihaknya juga mengemukakan keterangan Habishah bahawa Sosilawati ke Banting antara 9 September dan 30 Ogos tahun lalu untuk menukar dua cek berhubung urusan jual beli tanah di Batu Feringghi, Pulau Pinang dengan peguam bernama Pathma.

Kandungan penuh SMS dan butiran panggilan yang terjadi sebelum semua mangsa dilaporkan hilang sehingga mereka didakwa dibunuh di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu akan terungkai sepanjang prosiding yang ditetapkan selama tiga bulan ini.

Terdahulu katanya, pihak pendakwaan akan menampilkan 76 saksi yang akan mengemukakan keterangan bagi membuktikan tertuduh melakukan kesalahan bunuh pada tarikh dan masa seperti dalam pertuduhan termasuk anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26.

Menurutnya, Sosilawati ada menghubungi Erni Dekritawati Yuliana pada malam kejadian, tetapi panggilan itu tidak dijawab anaknya kerana tidak perasan.

"Pada jam 8.40 malam, Sosilawati menghubungi Erni Dekritawati Yuliana, tetapi dia tidak perasan dan Erni Dekritawati juga menerima mesej 'Jangan bagi Kamal masuk rumah jika datang...hubungi Bisah. Dia (Kamal) ambil gambar mak.'

"Erni Dekritawati Yuliana juga akan memberi keterangan berhubung urusan jual beli tanah di Pulau Pinang dan menukar tarikh cek bagi mempercepatkan tarikh," katanya.

Selain itu katanya, pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan isteri Noorhisham, Suzana Radin Pangit bahawa dia menerima panggilan telefon daripada suami menyatakan tidak akan pulang selama tiga hari kerana mahu menolong masalah Sosilawati yang diugut Kamaruddin berhubung 'gambar'.

Beliau berkata, Suzana menerima panggilan itu pada jam 8.15 malam, 30 Ogos tahun lalu selepas Noorhisham mengikut Sosilawati ke Banting bersama dengan Kamaruddin dan Ahmad Kamil.

Ishak berkata, isteri Ahmad Kamil, Sabrina Adnan juga akan memberi keterangan suaminya memaklumkan tidak dapat pulang selama tiga hari menerusi panggilan telefon pada jam 7.45 malam pada hari sama.

"Apabila ditanya mengapa tak balik, suaminya memberitahu orang kanan Sosilawati bernama Kamal mengugut hendak sebarkan gambar Sosilawati iaitu gambar tak elok. Suaminya juga memberitahu Sosilawati menangis dan dia beritahu hendak tolong Sosilawati," katanya.

kosmo/-

BERSIH 2.0 di Istana mengadap Seri Paduka

Posted: 04 Jul 2011 11:36 PM PDT

3 Syaaban 1432H. [MOD] -

Jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 dijadual akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin ini di Istana Negara.

Peremuan itu dipercayai bagi membincangkan mengenai perhimpunan BERSIH yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

Menurut sumber yang rapat dengan pihak penganjur, tidak ada ahli politik yang akan menyertai pertemuan berkenaan.

Menurut wartawan Malaysiakini yang menunggu di perkarangan Istana Negara, pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin adalah antara yang kelihatan menunggu di pondok pengawal menanti untuk masuk sejak jam 1.30 petang tadi.

Mereka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan dilaporkan masuk pada jam 1.55 petang tadi.

Kira-kira 15 anggota polis bertugas mengawal keselamatan di pintu masuk Istana negara.

Ahad lalu, Seri Paduka bertitah dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka diminta supaya tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.

Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Titah Seri Paduka, baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Sehubungan dengan titah itu, Ambiga berkata gabungan BERSIH 2.0 yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar permohonan untuk mengadap Seri Paduka.

malaysiakini/-

Segala keputusan diketahui Rabu ini

Posted: 04 Jul 2011 10:07 PM PDT

3 Syaaban 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM - Keputusan sama ada PKR akan menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai ini hanya akan diketahui selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR), di Kuala Lumpur, Rabu ini.

Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution (gambar) berkata, PR akan menghalusi titah khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan Bersih 2.0 dalam mesyuarat Majlis Presiden PR terbabit.

"Kita menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong yang menyeru kedua-dua pihak mengadakan rundingan.

"Kita amat menghargai titah Tuanku yang tidak sedikitpun menggambarkan perhimpunan Bersih 2.0 sebagai perhimpunan haram," katanya kepada Sinar Harian.

Ketika diminta mengulas saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan bersedia untuk membenarkan himpu-nan di stadium, Saifuddin menyifatkan kenyataan itu bertujuan mengalih isu utama.

"Isu utama bukanlah lokasi sebaliknya mahu tuntutan Bersih 2.0 direalisasikan," katanya.

sinarharian/-

Malaysia Dalam Proses Jadi Negara Polis ?

Posted: 04 Jul 2011 09:16 PM PDT

3 Syaaban 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA 5 JULAI : Sikap agresif polis menangkap rakyat membuta tuli, menjelang perhimpunan aman BERSIH 2.0 Sabtu ini memberi gambaran bahawa kerajaan membenarkan pasukan keselamatan itu membelakangi Perlembagaan Persekutuan.

Naib Presiden PKR, N. Surendren berkata perkara itu dapat dibuktikan dengan arahan yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menahan aktivis- aktivis termasuk pemimpin Pakatan Rakyat yang tentunya bercanggah dengan Artikel 10(1)(a) yang menjamin hak kebebasan bersuara.

"Jika polis mahu mengambil keterangan maka perlu ada kesalahan jenayah yang jelas baru polis boleh bertanya soalan.

"Setakat ini tiada soalan, berucap di ceramah terus dapat notis. Cakap pasal Bersih terus dapat notis. Tidak berpelembagaan dan menentang undang-undang," jelasnya.

Sejak pelancaran BERSIH 2.0 tiga minggu lalu, lebih 150 orang termasuk pemimpin Pakatan Rakyat ditahan serta disabitkan dengan pelbagai akta semata-mata mahu menafikan tuntutan rakyat yang hanya meminta agar pilihan raya diadakan dengan adil dan bersih.

Terbaru enam orang aktivis termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr Micheal Jayakumar ditahan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 kerana dipercayai terlibat dalam anasir subversif.

Walau bagaimanapun Perdana Menteri Najib Razak mempertahankan tindakan tersebut dengan alasan sebagai langkah pencegahan bertujuan memastikan ketenteraman negara dikekalkan.

Mereka sebelum ini didakwa cuba untuk menghidupkan fahaman komunis dan menentang Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Susulan kejadian itu, Surendren yang juga peguam menyifatkan polis tidak lagi menghormati perlembagaan dan cuba untuk berperanan sebagai "negara polis".

"Apabila kuasa polis digunakan tanpa mengikut undang-undang, tapi dengan hanya menggunakan anggota, senjata dan kuasa. Ini perkara yang berlaku sekarang sebab semua yang ditangkap tidak melakukan sebarang jenayah," ujarnya lagi.

tv selangor/-

Nuffnang