Sabtu, 4 Mei 2013

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


This is about us!

Posted: 04 May 2013 07:50 PM PDT

Seize your destiny | Free Malaysia Today

Posted: 04 May 2013 12:40 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


Adakah Hasan Ali Cuba Mengatasi Perkasa Untuk Jawatan Senator?

Posted: 04 May 2013 08:56 AM PDT

 Kenyataan Hasan Ali sebagai pemimpin Jalur TIGA ( JATI ) boleh dilihat sebagai usaha beliau terakhir untuk mengatasi PERKASA sebagai pertubuhan paling terkedepan memperjuangkan akidah tetapi malangnya tak kena tempat dan waqi' di Malaysia atau beliau memiliki " pandangan terowong" atau "tunnel vision". Sungguh menyedihkan, menghabiskan sisa-sisa hidup memperjuangkan sesuatu yang tak relevan. Tan Sri Muhammad Taib memiliki visi akhirat yang lebih jelas dan fokus daripada Datuk Hasan Ali. 

'Jewification' of Malaysia in two days if PR wins, claims Hasan Ali

PUTRAJAYA, May 4 ― Controversial speaker Datuk Hasan Mohd Ali warned Putrajaya voters tonight that a Pakatan Rakyat (PR) win in Election 2013 would lead to a rewriting of the Constitution and closer ties to Israel, a process he dubbed "pengyahudian" (Jewification).

In its last act of defence of Putrajaya, Barisan Nasional (BN) invited the president of right-wing Malay supremacist group Jalur Tiga (JATI) as its guest speaker for its final campaign rally tonight to endorse its candidate, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"On Monday, there will be some surprises if PR is fated to win. If they capture Putrajaya, under the persuasion of DAP, PKR and PAS, they will amend Malaysia's Constitution," said Hasan in Precinct 9 here.

Declaring that it is "wajib" (obligatory) to vote BN, Hasan warned that PR would immediately wipe out any "special rights" of the Malays as well as remove Islam as the religion of the federation and the powers of the Malay rulers.

Hasan also took a shot at PKR's Rafizi Ramli, saying that the party's strategy director would practise meritocracy, which he said would neglect poor rural Malays should he become the PR Cabinet's finance minister.

"The 'Jewification' of our economy will happen in Malaysia starting from May 6 2013, which means in two more days," he said, claiming that Rafizi will establish trading ties with Israel.

Malaysia does not have an official diplomatic ties with Israel, but the two countries are trade partners. Malaysia was ranked 15th among Israel's major trade partners in 2010, with Malaysia's importing from Israel some US$716.4 million in value and exporting US$93.6 million in 2011.

Warning the men in the crowd, Hasan alleged that under PR's women workers would be liberated to "ways opposite to Muslim, Malay and eastern values".

According to Hasan, husbands should be worried that their wives would then be able to go on month-long outstation trips with other men, and will abandon their families for work

Citing Penang and Kota Kinabalu as an example, Hasan also claimed that DAP would persuade Malaysia into becoming a secular state where mosques will not receive any financial support, and the "azan" (Muslim call to prayers) will be muted.

Malaysia's status as a secular state continues to be debated, despite a previous Supreme Court ruling which said it was one as well as previous statements made by earlier leaders such as Tunku Abdul Rahman, the country's first prime minister.

Hasan had earlier backed his "Jewification" claim by quoting a YouTube video that purportedly shows 20 Jewish and Christian religious leaders endorsing a PR win so there will be closer ties between Israel and Malaysia.

Hasan was sacked from PAS in January last year for breaching party discipline and has since turned into an outspoken critic of PR.

Incumbent MP Tengku Adnan had turned to big names to convince the electorate, inviting former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad, former finance minister Tun Daim Zainuddin, and PAS critic Ustaz Rujhan Abd Rahman to BN's rallies in the past week.

A total of 15,798 registered voters will go to the polls in Putrajaya tomorrow to choose between Tengku Adnan and PAS's Datuk Husam Musa, in one of the hottest seats in Election 2013.-Malaysian Insider

Adakah Perlu Menyuruh LGE Bersumpah Baru Percaya DAP ?

Posted: 04 May 2013 08:11 AM PDT

DAP pertahan Islam agama rasmi - Lim Guan Eng

Harakahdaily, 04 Mei 2013
KUALA LUMPUR: DAP tetap menjunjung Perlembagaan Persekutuan yang mendaulatkan Raja-Raja Melayu, memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera, mempertahankan Islam sebagai agama rasmi dan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Demikian kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Menurutnya, oleh kerana fitnah yang ditabur oleh para pemimpin Umno dan Barisan Nasional yang disebarkan pula oleh media arus perdana, sama ada akhbar harian, TV dan radio semakin menjadi-jadi terhadap DAP dan Pakatan Rakyat, beliau tampil untuk menjelaskan hakikat yang sebenar serta mendedahkan pembohongan Umno-BN yang amat berbahaya itu.

DAP adalah parti politik yang sah yang menerima dan menghormati keluhuran Perlembagaan Persekutuan 1957 yang menjadi kontrak sosial untuk kita rakyat Malaysia.

Inilah pendirian DAP sejak parti ini ditubuhkan pada tahun 1966, dan sejak dahulu hingga sekarang tetap berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan.


Malah, untuk menjelaskan sekali lagi pendirian DAP, pada tahun lalu, iaitu pada 8 Januari 2012, Persidangan Kebangsaan DAP telah meluluskan DEKLARASI SHAH ALAM 2012 yang dengan terang dan jelas menghasratkan impian bangsa Malaysia yang beteraskan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam usaha untuk mengecapi impian ini, DAP antara lain telah mengulangi komitmen untuk:

1. Mempertahankan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. DAP komited untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai undang-undang yang paling agung negara dan meluhurkannya dalam semangat Merdeka 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963.

2. Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra serta hak-hak kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

3. Memastikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta kebebasan untuk mengamalkan agama-agama lain dengan aman dan damai, seperti yang termaktub dalam Artikel  3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.

4. Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan, serta menggalakkan penggunaan dan pengajian bahasa-bahasa ibunda lain untuk membentukkan masyarakat yang cemerlang dan berbilang bahasa.

Justeru, tegasnya, deklarasi dan pendirian serta prinsip DAP selama ini tetap kekal untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Ia juga dengan jelas mendedahkan fitnah, pembohongan dan penipuan para pemimpin UMNO-BN serta para pecacai mereka, termasuk cybertroopers UMNO-BN, yang sering mmenyemarakkan api perkauman dengan menuduh kononnya DAP adalah anti-Melayu dan anti-Islam, tegas beliau,

"Semoga semua pengundi Malaysia, khususnya orang Melayu dan Islam, menolak fitnah dan menerima kebenaran. Mari kita ubah. Ambil yang jernih, buang yang keruh. Masanya sudah tiba untuk menerima yang benar dan menolak yang batil," katanya.

Atasi Pengundi Ragu Dengan Mengundi Awal Kekalkan Selangor Tukar Putrajaya

Posted: 04 May 2013 07:04 AM PDT



Rakyat Selangor Disaran Turun Mengundi Atasi Pengundi Ragu



SHAH ALAM, 4 MEI : Peluang Pakatan Rakyat (PR) untuk kekal mentadbir Kerajaan Negeri adalah cerah sekiranya semua rakyat Selangor keluar mengundi esok bagi mengatasi kehadiran pengundi ragu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jika majoriti rakyat yang mengundi adalah besar, maka peratusan pengundi ragu untuk mengganggu proses pilihan raya di sesebuah kawasan dapat dikurangkan.
 


Menurutnya, ia disokong melalui beberapa kajian yang menunjukkan peratusan PR untuk menawan Putrajaya dan memenang semula di Selangor adalah tinggi.

"Kita minta rakyat turun beramai-ramai dan memilih parti yang mereka ingini.

"Jika peratusan yang keluar mengundi adalah besar, maka sebarang penipuan tidak akan berhasil," katanya.
Beliau berkata, persaingan antara PR dengan Umno-BN juga dijangka sengit pada Pilihan Raya Umum Ke -13 kali ini berbanding 2008.
 
Bagaimanapun beliau yakin rakyat akan lebih memihak kepada PR berdasarkan sambutan menggalakkan yang diterima gabungan itu baik di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak.

Katanya, keyakinan PR untuk menang kali ini disebabkan keupayaan menampilkan calon yang lebih berwibawa untuk bersaing dengan calon Umno-BN. "Harapan rakyat untuk membuat perubahan kepada kerajaan kepimpinan yang baru adalah baik dan jika ini berlaku ia akan menjadi sejarah politik Malaysia.











 


"Selama ini hanya satu parti sahaja yang mendapat kuasa politik dan dibiarkan mentadbir negara dengan begitu lama tanpa ada pilihan yang lebih baik," katanya lagi.

Operasi Mega Bawa Pengundi Berdaftar Tetapi Bukan Pemastautin di Selangor

Posted: 04 May 2013 05:55 AM PDT

Pic Papan Kenyataan Pelepasan KK airport pada 2/5/13



senarai nama penumpang




 Ops MH8611 by Skuad TAHAN Bukti Pengundi Hantu diangkut naik kapal terbang sewa khas

http://dinmerican.wordpress.com/2013/05/03/ge-13-whats-going-on-another-berlin-airlift-from-east-malaysia-in-the-works/

Penjawat Awam: Khas Untuk Saudara

Posted: 04 May 2013 02:47 AM PDT

Kerahsian undi dan pejawat awam

 

endapat Dr Zulqarnain Lukman*, 04 Mei 2013

Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak seseorang

warganegara untuk mengundi jika beliau adalah seorang pemilih berdaftar.

Hak ini adalah hak asasi seseorang warganegara selaras dengan hak dan kebebasan yang dijamin untuk bersuara dan berekspresi di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Selaras dengan konsep tersebut, S.5 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menetapkan bahawa tiap-tiap pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen dan orang-orang lain yang berada di bilik mengundi hendaklah terlebih dahulu mengangkat sumpah kerahsiaan untuk tidak mendedahkan apa-apa maklumat atau nombor siri mana-mana pemilih atau cuba mendapatkan maklumat berkaitan undi yang telah dibuang.

Oleh itu, penjawat awam tidak perlu khuatir untuk mengundi calon Pakatan Rakyat dan tidak mengundi calon Barisan Nasional.

Tiada apa-apa tindakan membuang atau menurunkan pangkat penjawat awam tersebut atas alasan penjawat awam tersebut telah mengundi calon Pakatan Rakyat.

Perkara yang dilarang di bawah Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993] hanyalah melibatkan pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional untuk mengambil bahagian secara aktif di dalam aktiviti politik.

Antaranya membuat penyataan awam secara berat sebelah mengenai isu antara parti politik, menerbit buku atau risalah yang berat sebelah mengenai parti politik, merayu undi, menjadi ejen pilihan raya atau tempat mengundi, masuk bertanding atau memegang apa-apa jawatan dalam parti politik.

Manakala, bagi kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan secara umumnya hanya perlu mendapat kelulusan bertulis daripada Ketua Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha Kementerian jika ingin bertanding atau memegang jawatan atau dilantik memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik.

Oleh itu, para penjawat awam tidak perlu khuatir dengan dakyah kononnya penjawat awam hanya mesti mengundi Barisan Nasional dan jika mereka mengundi selain daripada Barisan Nasional, maka mereka akan dikenakan tindakan tatatertib.

Para penjawat awam harus menggunakan peluang untuk memangkah dalam PRU 13 ini untuk memerdekakan diri dan pemikiran mereka yang telah sekian lama dikongkong dengan dakyah palsu ini.

Sekiranya para penjawat awam 'dimerdekakan' fikiran mereka, nescaya negara Malaysia akan bertambah maju dan kita semua akan dapat melihat rangsangan idea-idea inovatif daripada penjawat awam.

Dengan itu, penjawat awam bukan setakat dapat memajukan diri mereka dengan ketrampilan yang lebih baik bahkan dapat memberikan sumbangan kepada kemajuan negara ini.-harakahdaily


*Penulis adalah seorang peguam dan mempunyai PhD dalam bidang undang-undang

Perutusan TS Khalid Ibrahim Untuk Rakyat Malaysia

Posted: 04 May 2013 12:07 AM PDT

Kearah Malaysia terunggul — Abdul Khalid Ibrahim


May 03, 2013   

Rakyat Malaysia seharusnya menikmati yang terbaik untuk semua.

Pemimpin kita seharusnya mencerminkan kewibawaan sebenar rakyat Malaysia, layak mendukung harapan dan aspirasi kita, dan mampu merealisasikan potensi sebenar kita.

Hakikat ini disedari jutaan rakyat Malaysia yang berusaha tanpa mengenal penat lelah demi kehidupan yang lebih baik untuk diri dan keluarga. Masanya telah tiba untuk kita membuang segala ketakutan dan keraguan yang selama ini menjadi penghalang dan mengejar masa depan yang lebih cerah.

Kita tidak perlu lagi dibebankan dengan pemimpin yang hanya tahu 'mengambil', kerana rakyat sepatutnya berhak kepada pemimpin yang lebih mahir 'memberi'.

Kita tidak mahukan habuan dari pemimpin kita; sebaliknya kita hanya perlukan pemimpin yang mampu menguruskan negara dengan bijak dan mewujudkan peluang yang adil untuk semua.

Yang kita dahagakan adalah kesamarataan di mana kemewahan boleh dicapai oleh sesiapa yang rajin berusaha di mana kejayaan diperolehi hasil daripada usaha kita, bukan hubungan kita dengan mana-mana pihak.

Kita perlukan pemimpin yang sanggup berkhidmat dengan rendah diri, bukan pemimpin angkuh yang menganggap rakyat wajib syukur atas 'sumbangan yang diberikan'.

Jika khazanah negara digunakan untuk mengisi poket pihak berkepentingan dan bukan dilaburkan untuk masa depan kita bersama, maka sudah tiba masanya untuk harapan baru.

Rakyat Malaysia berhak mendapat pentadbiran yang telus yang akan membolehkan kita semua melihat dengan jelas bagaimana kekayaan negara diuruskan.

Rakyat Malaysia berhak hidup tanpa pemisahan antara kaum atas sebab-sebab politik. Terlalu lama kita sudah dibebankan dengan pemimpin yang mengapi-apikan sentimen perkauman demi memenuhi kepentingan peribadi.

Rakyat Malaysia berhak mendapat pemimpin yang menyemai dan mengukuhkan semangat muhibah yang sememangnya sedia wujud dalam kalangan rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia juga berhak merasai demokrasi sebenar – iaitu keupayaan untuk menentukan nasib mereka sendiri secara bebas dan adil.

Kuasa yang dibiarkan berleluasa terlalu lama selalu melahirkan pemimpin sembrono yang bertindak sesuka hati tanpa melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat yang sepatutnya.

Kita mesti sentiasa beringat bahawa kita bukan sekadar ingin menukar kerajaan. Kita juga bukan sekadar ingin menggantikan individu atau parti tertentu sahaja. Kita bertekad menggantikan keseluruhan budaya politik feudalisme dan rasuah yang berleluasa. Oleh itu kita tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana musuh dalam selimut yang mengaku kononnya sekutu kita tetapi masih mengamalkan budaya dan politik yang lama.

Sebarang kegagalan untuk menggantikan budaya lama ini akan bermaksud usaha pembaharuan kita tidak bermakna dan lompong. Harapan perubahan yang dijanjikan kepada rakyat Malaysia bukan calang-calang tanggungjawab malah merupakan amanah besar.

Walau apapun keputusan pada 5 Mei ini, banyak lagi cabaran dan dugaan yang perlu kita hadapi. Walaubagaimanapun, Insya'Allah, ia akan menjadi langkah pertama ke arah membina Malaysia yang unggul seperti yang kita idamkan sejak sekian lama.

Malaysia yang kita impikan ini memang sudah berada dalam genggaman kita. Kita hanya perlu bangunkan semangat yang sedia ada dalam diri kita, dan mara seiringan dengan penuh keberanian untuk merealisasikan Malaysia yang terunggul.

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Undi

Posted: 04 May 2013 03:51 PM PDT

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


[Youtube] 认识张念群 Kenali Calon DAP untuk kawasan parlimen Kulai P163 - Teo Nie Ching

Posted: 04 May 2013 06:25 AM PDT



Anda boleh mengenali Saudari Teo Nie Ching dengan lebih lanjut menerusi laman facebook beliau di www.facebook.com/TeoNieChing



Video di atas menyampaikan pandangan-pandangn penduduk di Bangi, Balakong dan Seri Kembangan terhadap Saudari Teo Nie Ching yang sebelum ini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen selama 5 tahun di Serdang.

Latar belakang: Teo Nie Ching berasal dari Batu Pahat, Johor. Sebelum terpilih menjadi ahli parlimen pada tahun 2008, beliau berkerja sebagai seorang peguam. Penyelewangan kuasa dan campurtangan politik yang kian berleluasa telah menyebabkan sistem kehakiman negara ini semakin merosot. Oleh itu, Teo Nie Ching mengambil keputusan untuk menyertai Parti DAP pada tahun 2008 supaya dapat menyumbang kepada pembetulan sistem negara ini menerusi perjuangan politik.

Nie Ching mewakili DAP untuk bertanding di kerusi kawasan parlimen semasa Pilihanraya ke-12 lima tahun dahulu. Di bawah arus gelombang tsunami politik yang tidak disangka-sangka, beliau terpilih sebagai Ahli Parlimen Serdang dengan undi majoriti sebanyak 21,025. Sila SHARE!

(More......)

Surat Terbuka kepada Rakyat Kulai daripada calon DAP Teo Nie Ching

Posted: 04 May 2013 06:09 AM PDT

Pengundi-pengundi Kulai yang saya hormati,

Salam Sejahtera, salam Bersih dan salam Ubah! Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta”. Maka saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan diri.

Saya kini berumur 32 tahun dan berasal dari Batu Pahat, Johor. Saya juga merupakan seorang peguam. Adalah hasrat saya untuk menjadi seorang peguam yang membela nasib rakyat jelata dan mempertahankan hak asasi manusia supaya undang-undang tidak berkhidmat untuk orang kaya dan berstatus tinggi sahaja.

Akan tetapi, penyelewangan kuasa dan campurtangan politik menyebabkan sistem kehakiman semakin merosot. Kerjaya saya sebagai peguam mendatangkan rezeki yang lumayan tetapi tidak dapat menuntut keadilan yang sepatutnya diperjuangkan.

Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menyertai Parti DAP pada tahun 2008. Tsunami politik yang tidak disangka-sangka, saya terpilih sebagai Ahli Parlimen Serdang dengan undi majoriti sebanyak 21,025.

Tuan-tuan dan Puan-puan saya kasihi,

Dengan pelbagai kerosakan dan salah guna kuasa dilakukan BN, tanpa perubahan kuasa politik Malaysia dalam pilihanraya kali ini, negara mungkin menghadapi risiko yang memudaratkan rakyat.

Oleh demikian, saya mengambil keputusan untuk bertanding di Parlimen Kulai dalam PRU Ke-13 ini. Walaupun ini bermaksud saya perlu berpisah dengan bayi perempuan saya yang hanya berumur 8 bulan, saya percaya sebuah Kerajaan baru yang cekap, telus dan bersih adalah hadiah terbaik daripada seseorang ibubapa untuk anak-anak kita.

Undilah Nie Ching! Undi demi masa depan generasi muda kita!

Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia! Ini kalilah!

Sila klik imej di bawah untuk membaca kandungannya menerusi gambar size penuh:

 

 

 

 

Anda boleh mengenali Saudari Teo Nie Ching dengan lebih lanjut menerusi laman facebook beliau di www.facebook.com/TeoNieChing

(More......)

Mari Mengenali Calon P102 Serdang (Dr. Ong Kian Ming)

Posted: 04 May 2013 06:08 AM PDT


Untuk mengenali calon DAP untuk kawasan parlimen Serdang dengan lebih lanjut, sila melayari laman facebook beliau di www.facebook.com/ongkianming

"Dr Ong Kian Ming cekal di Serdang,
perisainya fakta sahih benderang."

Begitulah bunyinya dua baris daripada puisi yang ditulis Pak Samad, pejuang rakyat dan tokoh budaya Malaysia yang disanjungi ramai, pada hari Isnin lepas. Terima kasih kami ucapkan atas sokongan Pak Samad terhadap Dr Ong. Hidup Rakyat!

王建民: 感谢我们大家尊重的国家文学大师对民联和的鼎力支持。我们一起加油吧!改朝换代,告别腐败,就是现在!

GURINDAM TEMAN

Di Bangsar harta banyak suara,
di dalam kafe, tepi kereta.
Tapi, hanya sebab wang melimpah,
tak mesti jerung telan manusia.

(More......)

【当今大马】“请借我一票,还你美好大马” 苏淑慧血泪控诉为赵明福讨公道

Posted: 04 May 2013 06:02 AM PDT

 她今年60岁,她的儿子不明不白地死了,没有真相。他今年3岁,他出生以来只透过黑白肖像认识父亲,以为爸爸是黑色的。她今年32岁,她恳求选民借她一票,让她为亡夫找出死亡的真

这是赵明福遗孀苏淑慧的血泪控诉。她昨晚到柔佛再也为民联站台,向大约3000名群众演讲时,恳请民众借她一票。

“我希望你们好好利用你们手中一票,想想这一票要投给谁。我的一票不够多,我的儿子不能够投票。但是你们能,如果你没有任何的目标,也不知道要投给谁,请你把你的一票借给我。”

“让你的这一票,找出赵明福死亡的真相。我没有任何本事还你这一票,但我相信新的政府,能够还你们一个更美好的马来西亚。”

 张念群频频掉泪

在赵明福离奇坠楼死亡后,苏淑慧诞下明福的遗腹子赵尔家,鲜少参与或出席有关赵明福的公开活动。但她在大选之际挺身,为亡夫寻找公道与真相。
(More......)

[Malaysiakini] Lend me your votes, says Teoh Beng Hock's widow

Posted: 04 May 2013 03:33 AM PDT

~ Kuek Ser Kuang Keng

 It was an emotional moment when Soh Cher Wei, the wife of political aide Teoh Beng Hock who died mysteriously at the building of Selangor Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) in 2009, appealed some 3,000 Johoreans to "lend" her their votes to seek the truth behind her husband's death.

NONESpeaking at a Pakatan mega rally at Johor Jaya, Pasir Gudang yesterday, the young mother was trying to seek justice for Teoh through this general election.

"My vote is not enough. My son cannot vote. But you have (votes). If you don't have any political intentions, you don't know who to vote. Please lend me your vote.

"Let your votes help us to seek the truth behind Teoh's death. I cannot return your votes, but I believe the new government can return you a better Malaysia. Thank you," she said, drawing a round of applause and cheer from the animated crowd.

This was Soh's second speech after she volunteered to campaign for DAP's Kulai candidate Teo Nie Ching on Thursday.

NONENie Ching is a personal friend of Teoh even before she joined DAP to become the political aide of caretaker Selangor state exco Ean Yong Hian Wah.
(More......)

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on “Politic of hatred” yang diidamkan oleh cybertroopers DAP by totally nobody

Posted: 03 May 2013 06:06 PM PDT

BN is not perfect.

Pakatan on the other hand is just shit thinking they’re diamonds.

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


Senarai program Lembah Pantai (4 Mei 2013) [UPDATE 12:00hrs]

Posted: 03 May 2013 07:55 PM PDT

12.30pm
PC tergempar Nurul Izzah dan Lim Lip Eng berkaitan isu pindah milik 12 ekar tanah Bukit Kiara berkait Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar
Lokasi: Bangunan Bakti, TTDI
Peta: http://goo.gl/maps/wVIiF

2.30pm
Flashmob “UNDILAH”
Lokasi: Dataran Maybank
Peta: http://goo.gl/maps/acHXA

4pm-6pm
Santai minum petang di kesemua Bilik Gerakan Daerah Mengundi KEADILAN Lembah Pantai
Lokasi: Seluruh Lembah Pantai

6pm-9pm
CERAMAH FINALE LEMBAH PANTAI
bersama DS Anwar Ibrahim, Nurul Izzah, dan pimpinan Pakatan Rakyat
Lokasi: Sama ada di (A) Padang bola PPR Kerinchi, Pantai Dalam atau (B) padang belakang Masjid Tun Raha, Bukit Kerinchi (belakang Bangsar South)*
Peta: (A) http://goo.gl/maps/acHXA atau (B) http://goo.gl/maps/NjPLs

Nota: Kami telah punyai permit untuk Padang bola PPR Kerinchi, namun pihak UMNO Lembah Pantai enggan mengikut arahan OCPD Brickfields untuk meninggalkan tapak tersebut. Maka dua tapak telah dipilih, dan makluman akan dibuat sekitar jam 3 ptg tentang lokasi.

8pm-10pm
Makan malam bersama warga Taman Sri Sentosa
Lokasi: Taman Sri Sentosa, berdekatan pasar Sri Sentosa
Peta: http://goo.gl/maps/zw2wk

8.30pm-10.30pm
Ceramah kelompok di Bilik Gerakan PPR Muhibbah
Lokasi: Blok A, PPR Muhibbah
Peta: http://goo.gl/maps/DZAVS

10.30pm
Konvoi Jelajah Merdeka Rakyat Lembah Pantai
Lokasi permulaan: Padang bola PPR Kerinchi, Pantai Dalam
Peta: http://goo.gl/maps/acHXA

Blog@Wengsan...博客@永山

Blog@Wengsan...博客@永山


Gunakan Peluang Keemasan Ini Untuk Merealisasikan Impian Malaysia

Posted: 04 May 2013 10:25 AM PDT

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Pakatan dijangka tebus 5 DUN di Perak

Posted: 04 May 2013 04:22 AM PDT

23 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

PERAK Tidak sampai 24 jam lagi sebelum hari pengundian esok, Pakatan Rakyat dijangka kembali menguasai Perak dengan majoriti muda di samping menambah beberapa kerusi Parlimen.

Perak mempunyai 24 kerusi Parlimen dan 59 Dewan Undangan Negeri (DUN). Pada 2008, Pakatan memenangi 11 kerusi Parlimen dan 31kerusi DUN di negeri itu.

Bagi kerusi DUN, pemerhati berpendapat, bersandarkan faktor pengundi muda, Pakatan dijangka menambah bilangan kerusi dengan memenangi kawasan yang kalah dengan majoriti tipis dalam pilihan raya umum lalu, iaitu Pengkalan Baru, Rungkup, Sungai Rapat, Manjoi dan Selama.

Sementara itu, bagi kerusi yang menang dengan majoriti tipis seperti di Changkat Jering ( 899 undi), Pakatan dilihat akan terus kekal bagi kerusi DUN itu kerana kekuatan calonnya.

NONEDi Changkat Jering, bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (lihat gambar, kanan sekali) sebagai mampu memberi kredit kepada Pakatan memandangkan beliau sebelum ini merupakan ahli parlimen Bukit Gantang.

Selain itu, bagi kerusi yang sebelum ini mengalami masalah calon lompat iaitu Malim Nawar dan Jelapang, Pakatan juga dijangkakan mengekalkan kemenangan di kawasan itu tetapi tidak di Behrang memandangkan berlakunya pertandingan empat penjuru di kawasan itu.

Bagi kerusi Parlimen pula, di Kuala Kangsar, PAS dilihat yakin di kerusi itu memandangkan berlakunya pertandingan tiga penjuru antara Datuk Kamilia Ibrahim (Bebas), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (BN) dan Khalil Idham Lim Abdullah (PAS). 

NONEDi Kuala Kangsar dijangka akan berlakunya perpecahan undi BN memandangkan Kamilia (kiri) yang sebelum ini merupakan naib ketua wanita Umno dan ketua wanita Umno bahagian sebelum bertanding sebagai calon Bebas.

Begitu juga di Parlimen Lumut yang sebelum ini dimenangi oleh BN dengan majoriti 298 undi, kawasan yang majoriti penduduknya merupakan askar Tentera Laut Diraja (TLDM) dijangka akan bertukar tangan berdasarkan faktor calon yang bertanding di kawasan itu, iaitu Laksamana Pertama (B) Abdul Imran Abd Hamid - bekas ketua staf logistik Markas Armada TLDM.

Untuk kerusi Parlimen Bagan Datok, Padang Rengas, Grik dan Tambun, pemerhati berpendapat ia akan kekal kepada BN memandangkan kawasan itu merupakan kubu kuat Umno.

Bagaimanapun, terdapat juga kerusi Parlimen yang "50-50" kerana sukar untuk dijangkakan siapa akan menang seperti di Parlimen Larut dan Sungai Siput berdasarkan persaingan sengit antara BN dan Pakatan.

NONEDi Sungai Siput, walaupun PKR menang dengan majoriti sebanyak 1,821 undi pada 2008, ia masih dilihat goyah memandangkan calon BN pada pilihan raya kali ini, SK Devamany mendapat sokongan penuh daripada bekas calon di kawasan itu Datuk Seri S Samy Vellu (kiri Devamany, kanan Samy Vellu) .

Penyandang kerusi itu sebelum ini, Dr Micheal Jayakumar Devaraj dari PKR dilihat bekerja keras di Sungai Siput bagi mengekalkan kemenangannya di kawasan itu.

Di Larut pula, walaupun PAS meletakkan bekas pengarah siasat jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari, ia masih tidak menjamin kemenangan Pakatan di kawasan 89 peratus pengundi Melayu itu.

Fauzi yang akan berdepan dengan penyandang kawasan itu Datuk Hamzah Zainuddin yang sebelum ini menang dengan majoriti 1,911 undi dilihat bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangannya di kawasan itu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut serta turun padang di kawasan itu pada minggu pertama berkempen.MK/-

Jam 8.00 pagi esok saya mengundi di Titi Serong

Posted: 04 May 2013 03:57 AM PDT

23 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Saya dan isteri  akan berada di Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan Al Falah Parit Tok Ngah Tanjung Piandang untuk menunaikan tanggung jawab membuang undi pada jam 8.00 pagi esok.

Selepas itu saya akan kembali ke Kuala Kangsar untuk melawat semua Pusat Mengundi yang ada dalam Parlimen Kuala Kangsar.

Pusat mengundi yang pertama saya akan lawati ialah di Taman Bunga Raya dan saya menjangkakan sampai di situ pada jam 9.30 pagi

IKRAM: Pilih wakil dari Pakatan Rakyat

Posted: 04 May 2013 01:13 AM PDT

23 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad,04 Mei 2013

Para pengundi yang budiman!

Setelah sekian lama menanti, akhirnya tarikh 5 Mei 2013 diisytiharkan sebagai tarikh pembuangan undi bagi Pilihanraya Umum Malaysia ke-13 (PRU13).  Seramai lebih 13 juta pengundi berdaftar yang layak mengundi akan berpeluang memilih wakil mereka ke Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat, sekaligus menentukan penubuhan kerajaan  Negeri dan Persekutuan.

IKRAM mengajak semua umat Islam dan rakyat Malaysia yang prihatin untuk menjalankan tanggungjawab terhadap negara dengan serius dan bersungguh-sungguh.  Rakyat perlu bijak memilih peribadi pemimpin yang sihat serta kuat fizikalnya dan beramanah bagi menerajui pemerintahan negara.  Pemimpin ini mestilah berupaya mengurus perjalanan negara dan kehidupan rakyat dengan satu bentuk pengurusan yang paling baik, bersih, adil dan bijaksana.

Kepentingan penglibatan politik

IKRAM berpandangan penglibatan politik adalah sebahagian daripada tuntutan Islam sebagai ad-din yang syumul.  Kuasa pemerintahan diperlukan bagi menjayakan agenda penegakan syariah dan pelaksanaan amar makruf nahi mungkar.  Justeru, penglibatan  umat Islam di dalam PRU kali ini adalah amat penting dan dianggap kritikal untuk memilih wakil pemimpin yang mampu membantu merealisasikan cita-cita dakwah tersebut.

Matlamat penglibatan kita dalam dalam PRU 13

Matlamat  utama penglibatan PRU13 ialah untuk memastikan:

1.      Parti terbaik menguasai majoriti kerusi parlimen serta menubuhkan kerajaan baru yang bertanggungjawab dan berwibawa.  Pemegang tampuk pemerintahan adalah satu kedudukan yang paling tinggi dalam Islam, ولاية عامة (wilayah ammah).  Lantaran itu, ia sepatutnya diserahkan kepada peribadi-peribadi yang layak dan mempunyaiالقوى الأمين     (kebolehan dan integriti).

2.      Penegakan sistem dua (2) parti yang kuat, sistem 'check dan balance'yang berkesan.

Penglibatan ummah dan rakyat dalam PRU 13 mestilah dilihat sebagai  sebahagian daripada inisiatif untuk memperbaiki urustadbir negara dan taraf kehidupan rakyat.  Ia juga meletakkan perjalanan negara di atas landasan yang betul menerusi pelantikan pemimpin yang berkebolehan serta mampu melaksanakan tanggungjawab dengan cekap.

Usaha ini adalah sebahagian daripada usaha yang wajib dilakukan oleh ummat Islam khususnya bagi menegakkan maslahah manusia di dunia dan akhirat sejajar dengan matlamat-matlamat syariah yang menuntut diwujudkan situasi yang akan melindungi perkara-perkara berikut:

1.      Nilai kehidupan manusia (human values):
a.       Pemeliharaan agama
b.      Pemeliharaan kemanusiaan manusia:
i.      Fitrahnya
ii.      Kemuliaan dirinya
iii.      Halatuju hidupnya (peranannya dalam kehidupan dunia)
iv.      Kebebasannya

2.      Diri manusia (human person):
a.       Tubuh dan nyawanya
b.      Rohani dan jiwanya
c.       Aqal dan pemikirannya

3.      Masyarakat manusia (human society):
a.       Pemeliharaan keturunan dan maruahnya
b.      Pemeliharaan institusi masyarakat dan hubungan kemasyarakatannya

4.      Persekitaran (Environment):
a.       Pemeliharaan harta benda
b.      Pemeliharaan persekitaran kehidupan manusia

Semua perkara penting di atas merupakan matlamat-matlamat syariah yang mesti dipelihara dan dilindungi.

Pertimbangan dan Perbandingan

Di dalam senario PRU 13, nyata terdapat persaingan ketara di antara kedua-dua blok parti, iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Untuk memilih blok yang paling hampir dengan hasrat rakyat, ciri-ciri berikut mestilah dipertimbangkan oleh rakyat:

1.      Kedua-dua blok merupakan satu perikatan (tahaluf / alliance) yang mewakili masyarakat majmuk Malaysia.  Rakyat hendaklah memilih blok manakah yang lebih memenuhi hasrat semua kelompok masyarakat majmuk Malaysia.

2.      Kedua-dua blok ditubuhkan di atas asas perkongsian.  Adalah wajar diketahui bentuk perkongsian di kalangan mereka: adakah wujud dominasi satu komponen ke atas komponen yang lain atau kesemua komponen sama rata berasaskan gagasan warga negara Malaysia?  Perlu difikirkan apakah pulangan kepada semua komponen telah ditetapkan atau ia masih terletak pada perundingan dan tawar menawar.

3.      Persepsi dan sikap kedua-dua blok terhadap isu-isu berkaitan bangsa Melayu, pengamalan agama Islam dan institusi Raja berpelembagaan adalah perkara yang penting dalam usaha mereka memerintah negara.  Rakyat sentiasa mahu mengetahui adakah kedudukan orang Melayu, agama Islam dan insitusi raja-raja akan tetap terpelihara dan terjamin di bawah pemerintahan mana-mana blok yang diberi mandat ini.  Di samping itu kedudukan orang bukan Melayu dan bukan bumiputra serta agama-agama selain Islam mestilah mendapat perhatian yang wajar.
4.      Sikap dan amalan kedua-dua blok dalam konteks urustadbir negara dan pembelaan kehidupan rakyat adalah satu perkara yang penting.  Rakyat hendaklah memilih blok yang lebih telus, bersih, jujur dan bertanggungjawab kepada rakyat dan dilihat menyebelahi rakyat.

5.      Realiti penglibatan kaum dalam keahlian komponen kedua-dua blok ini mestilah dilihat sebagai satu realiti yang meyakinkan rakyat.  Rakyat mestilah memilih blok manakah yang lebih mewakili kepelbagaian kaum dalam keahlian setiap komponen.
Rumusan

IKRAM merumuskan bahawa memilih wakil dari blok Pakatan Rakyat dalam PRU13 kali ini adalah satu kewajaran yang lebih berasas dan menguntungkan negara dan rakyat jelata.

Rumusan ini berdasarkan kaedah dan prinsip 'kemudharatan yang lebih ringan'.

أحسن الخيارين , أخف الضررين وأهون الشرين
(Pilihan terbaik di antara dua pilihan, pilihan yang lebih ringan kemudaratannya dan kurang kejahatannya)

IKRAM menganggap pemilihan tersebut sebagai satu kecenderungan atau pilihan yang pragmatis yang dijangka akan lebih menyebelahi rakyat, lebih adil kepada semua, lebih bermanfaat kepada negara, lebih jujur kepada Islam dan bangsa Melayu serta lebih memantapkan institusi Raja berperlembagaan.

Pilihan ini akan membuka lebih banyak ruang dialog, perbincangan, perundingan dan permuafakatan bagi melaksanakan agenda perubahan dan pembersihan pentadbiran dan pengurusan perjalanan negara, supaya tiada berlaku lagi salah laku dan penyelewengan pegawai-pegawai pemerintah, sekaligus menghapuskan kemungkinan rasuah.

Para pengundi yang budiman!

IKRAM menyeru agar ummah tidaklah perlu takut, jika pendirian politik ummah kali ini membawa kepada perubahan kerajaan di peringkat pusat.  Kejatuhan kerajaan BN tidak akan melucutkan kuasa pemerintahan daripada genggaman Ummat Islam.  Ummat Islam tetap memiliki jumlah kerusi parlimen yang cukup selesa.  Penguasaan ummah akan terus terpelihara dengan kewujudan berbagai-bagai institusi dan badan yang sedia ada bagi menjamin kelangsungan kekuasaan ummah. Institusi Raja berperlembagaan, institusi angkatan bersenjata, tentera dan polis, jabatan pentadbiran awam, badan-badan berkanun seperti Majlis-majlis dan Jabatan-jabatan Agama Negeri-negeri, dan kesemua NGO akan terus berperanan mempertahankan survivaldan kelangsungan kekuasaan ummah di bumi Malaysia.

Para pengundi yang budiman!

Ingatlah, golongan yang takut kepada perubahan atau yang tidak ingin kepada perubahan hanyalah sebahagian daripada rakyat yang masih belum jelas dan golongan yang memperjuangkan kepentingan peribadi, kroni atau kelompok masing-masing.

Sebenarnya negara  ini  dilimpahkan oleh Allah SWT dengan  kekayaan potensi dan sumber manusia serta alam.  Ia terletak di laluan strategik dunia antarabangsa.  Ia merupakan daerah pertemuan pelbagai peradaban, bangsa dan agama di dunia.  Negara ini mempunyai potensi untuk diangkat ke tahap negara maju.  Ia boleh terus menggalakkan rakyatnya untuk berdaya maju dan bersaing.  Negara ini mampu membangunkan sebuah tamadun dan peradaban kemanusiaan yang menjunjung nilai-nilai kehidupan yang mulia.

Lantaran itu, rakyat diseru untuk berani mengorak langkah baru, membangun inisiatif politik yang berupaya mewujudkan perubahan yang kita inginkan untuk negara dan ummah di bumi Malaysia ini.

Para pengundi yang budiman!

Alangkah indahnya perjalanan sebuah negara dan kehidupan rakyatnya sewaktu ia dipayungi sebuah sistem politik yang adil, budaya politik yang sihat dan bersih.  Rakyat boleh mengangkat pemimpin yang terbaik dari kalangan mereka.  Setiap pemimpin boleh datang dan pergi menerusi proses pilihan rakyat yang telus, bersih, dan aman, tanpa perlu menggunakan kekerasan atau paksaan, tanpa menabur fitnah siang dan malam, sama ada oleh rakyat atau pemerintah.

Alangkah baiknya jikalau sistem politik yang diguna pakai akan membolehkan rakyat mengangkat peribadi-peribadi terbaik untuk menerajui kepimpinan negara, dan melaksanakan undang-undang dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan dalam pemilihan para pemimpin.

Budaya dan pendekatan politik baru yang bersih dan sihat untuk masyarakat dan negara perlu diusahakan segera.  Negara mempunyai keupayaan untuk merubah keadaan yang sedia ada kepada keadaan yang lebih baik dengan berpaksikan ketinggian akhlak, kebenaran, ketelusan, sikap prihatin kepada kepentingan umum, dan memperjuangkan matlamat-matlamat syariah serta maslahat Islam.

Negara juga berkeupayaan mengangkat peribadi-peribadi yang sesuai untuk kedudukan yang sesuai dalam usaha mereka memimpin rakyat dan negara.  Kita mesti memilih wakil rakyat dari kalangan rakyat yang cerdas, berjiwa besar dan berakhlak mulia.  Mereka ini merupakan satu golongan rakyat yang berupaya membuat keputusan dan polisi terbaik buat pengurusan negara.  Dengan itu rakyat berpeluang menyahut cabaran-cabaran besar serta merebut pelbagai peluang yang terhampar pada tahun-tahun mendatang.

Untuk memilih pemimpin terbaik, rakyat memerlukan maklumat yang tepat.  Dalam kebanjiran maklumat dan berita yang diperolehi dari pelbagai sumber, rakyat harus bijak menyaring isi kandungan berita yang boleh dipercayai.  IKRAM menasihatkan rakyat agar berusaha mendapatkan maklumat dan informasi daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, bertanggungjawab dan berintegriti. Maklumat dan berita yang mengandungi unsur dakwaan fitnah, pembohongan dan pemujaan pemimpin yang diragui integritinya sewajarnya diketepikan.

Marilah kita sama-sama berdoa agar perjalanan PRU 13 berlangsung dengan aman dan sejahtera, terhindar dari segala keburukan.

Sekian, selamat mengundi.  Negara sejahtera, rakyat bahagia. Wassalam.

Ustaz Dr. Mohd Parid bin Sheikh Hj. Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Sayang BN? Beri mereka peluang jadi pembangkang

Posted: 04 May 2013 12:18 AM PDT

23 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Sebagai penyokong BN yang setia, cara terbaik untuk membantu BN adalah dengan mengundi Pakatan Rakyat.
PETALING JAYA: Rakyat diseru supaya memberikan peluang kepada Barisan Nasional (BN) duduk di kerusi Barisan Pembangkang selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sekumpulan doktor lepasan Cambridge di United Kingdom berpendapat, cara terbaik menyelamatankan BN adalah dengan menjadikan mereka sebagai pembangkang sekaligus menjadi penyelia kerajaan yang berkualiti.
Mereka berkata, BN perlu melalui proses tersebut sebelum boleh menjadi kerajaan semula yang cemerlang.
"Masalah terbesar BN ialah mereka tidak pernah menjadi pembangkang dan kekurangan latihan sebagai penyelia.
"Hal ini menyebabkan jabatan kerajaan kekurangan pemantauan dan menyebabkan berlakunya penyelewengan sehingga harta kerajaan dibeli dengan harga yang berlipat ganda daripada harga asal," kata Dr Chan Jinhooi dalam kenyataan bersama Dr Lee Chernyang, Dr Chin Shinliang, Dr Tan Jimmy PangHoaw serta Dr Low Choonpei.
Kata mereka, hanya melalui cara tersebut dapat menyelamatkan BN agar mereka jadi lebih kuat supaya diterima seluruh rakyat Malaysia sekaligus dapat kembali semula ke zaman kecemerlangannya.
"Sebagai penyokong BN yang setia, cara terbaik untuk membantu BN adalah dengan mengundi parti pembangkang (Pakatan Rakyat).
"Tidak mungundi BN tidak bermakna kita mengenepikannya. Ini merupakan suatu peluang keemasan BN untuk menghidupkan BN sekali lagi," katanya.
Kesetiaan ahli
Menurut mereka, proses itu juga dapat menguji sejauh mana kesetiaan ahlinya terhadap BN.
"Sekiranya BN jadi pembangkang, ahli yang hanya mementingkan keuntungan diri akan memutuskan hubungan dengan BN dan hanya mereka yang betul-betul menyayangi BN akan terus berjuang di bawah BN serta membuktikan keupayaan mereka," katanya.
Katanya, rakyat Malaysia boleh menunggu BN berlatih diri menjadi pembangkang yang berkualiti dan kembali memerintah pada masa akan datang.
Ini disebabkan rakyat sebelum ini telah memberikan tempoh peluang yang cukup lama kepada BN membuktikan dirinya sebagai kerajaan yang bagus, namun keyakinan itu semakin hilang.
Walaupun tidak menafikan jasa 56 tahun pemerintahan BN, tetapi sejak lima tahun kebelakangan ini rakyat mula sedar kerajaan BN tidak menunjukkan sebarang perubahan yang lebih positif.
Sebaliknya, kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang berupaya mentadbir dengan baik kerana mengutamakan keadilan, kebersihan, dan nilai-nilai moral termasuk membanteras rasuah dan kronisme.
"Sekiranya BN terus memegang pucuk kepimpinan dalam tempoh lima tahun akan datang, mereka akan lebih bermaharajalela, rakyat jelata yang tidak berdosa akan menjadi mangsa ketidakadilan.
"Jadi, patutkah kita mengundi suatu parti politik mengikut emosi semata-mata ataupun secara rasional berdasarkan nilai moral sesuatu parti?
"Kami ingin membuat seruan kepada semua iaitu 'BERILAH BN PELUANG!'," serunya.
FMT/-

Husam Musa kehilangan bondanya

Posted: 03 May 2013 11:39 PM PDT

23 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

(Husam Musa mencium tangan bondanya yang berada di hospital sebelum berangkat ke Putrajaya sebelum ini bagi membawa panji-panji Islam di sana. Ibunya meninggal dunia tengahari ini.)
  
KUALA LUMPUR: Menjelang hari penting untuk calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa esok, bonda beliau Hajah Salma Haji Idris meninggal dunia tengahari ini.

Solat jenazah untuk Allahyarham akan disempurnakan selepas solat Asar petang ini di Masjid Kota,  Salor.

"Sama-sama kita doakan Allahyarhamah ditempatkan di kalangan para anbiya dan orang-orang yang beriman," kata pembantu Husam dalam satu kenyataanya pagi ini. 

"Dan semoga Datuk Husam sekeluarga terus tabah mengharungi perjuangan membela rakyat dan negara.  Al-Fatihah," katanya lagi.

Husam sangat rapat dan menyayangi ibunya itu. Hampir kesemua keputusan besar yang hendak dibuatnya akan dimaklumkan dahulu kepada ibunya untuk memohon restu.

Sebelum menyertai pilihan raya di Putrajaya Husam telah ke hospital di mana ibunya sedang mendapat rawatan untuk memohon restu beliau.

Harakahdaily/-

Pakatan sudah menang 7 negeri, sedia ke Putrajaya

Posted: 03 May 2013 11:14 PM PDT

23 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA TERENGGANU:Dengan tidak sampai 20 jam waktu pengundian bermula, PAS yakin Pakatan Rakyat akan berjaya mengambilalih pentadbiran negara dari Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kali ini.

(Mustafa penuh keyakinan dalam sidang medianya hari ini)

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, hanya negeri Melaka, Pahang dan Johor sahaja masih lagi bersama BN sedangkan semua negeri lain boleh dikira sudah jatuh ke tangan Pakatan.

"Semalam saya umumkan kita dapat 117 kerusi Parlimen dari 222 yang ada. Petang nanti saya akan dapat angka baru yang boleh jadi meningkat lagi kerana trendnya Pakatan sedang meningkat," kata Mustafa dalam sidang medianya hari ini.

Dengan kenyataan Mustafa ini bermakna, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan, Terengganu dan Perlis sudah jatuh kepada Pakatan di Semenanjung ini.

Yang menjadi isu sekarang adalah setakat mana kekuatan PAS dalam Parlimen nanti bagi memastikan suara Islam dan Melayu menguasainya. Ekoran itu, ramai bersetuju agar semua pengundi Melayu memberikan undi kepada PAS kali ini, bukan Umno, bagi memastikan perkara itu.

Ini kerana, hampir 90 peratus pengundi Cina sudah membuat keputusan untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dalam piilihan raya ini. Dengan angka itulah, keyakinan sangat tinggi di kalangan pemimpin Pakatan mereka akan menang kali ini.


Di Terengganu, dalam tinjauan Harakahdaily malam tadi mendapati sambutan kepada PAS sangat memberangsangkan.

Kenderaan penuh sesak dari Kuantan ke Kuala Terengganu di kedua-dua laluan iaitu jalan pantai atau jalan Jabor - Jerangau. Mereka semua berebut-rebut untuk balik mengundi mulai malam tadi.

Di sepanjang jalan ada sahaja 'flashmob' yang dibuat dari penyokong PAS bagi mengalu-alukan kepulangan mereka.

"Orang atas pagar sejak hari penamaan calon lagi sudah yakin BN akan jatuh di Terengganu kali ini ekoran ramainya calon bebas yang merupakan ahli Umno yang bertanding," kata seorang guru kanan di sini.

Menurut beliau, pendapat begini dikongsi di kalangan kakitangan kerajaan walaupun PAS sendiri tidak mempunyai keyakinan yang setinggi itu.

Turut tidak mendapat tempat di Terengganu kali ini adalah ketiga-tiga sayap Umno.

Tidak ada calon Pemuda, Wanita dan Puteri Umno di Terengganu dalam pilihan raya kali ini.

Ketua Pemuda Umno Terengganu, Saiful Baharudin sepatutnya akan bertanding di DUN Alor Limbat, Marang tetapi di saat akhir nama beliau tertinggal.

Ekoran itu ada calon bebas bertanding di DUN Alor Limbat yang dikaitkan dengan beliau.

Dalam pilihan raya kali ini tidak ada seorang pun calon wanita bertanding di Terengganu yang membayangkan pengundi wanita tidak penting bagi Umno dalam pilihan raya ini.

"Mereka sesuai jadi tukang kempen je," kata seorang pemerhati politik.

Sumber : Harakahdaily

12 Tawaran Idham Lim untuk Kuala Kangsar.

Posted: 03 May 2013 09:38 PM PDT


23 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Berikut ini merupakan 12 tawaran Calon P067 Kuala Kangsar, Drs. Khalil Idham Lim yang diumumkan oleh  beliau sepanjang kempen PRU ke 13 yang sedang berlangsung. Tawaran ini hanya dapat dilaksanakan dengan mandat dan kuasa yang diberikan kepada Pakatan Rakyat untuk menjadi Kerajaan Pusat dan mengambil balik kuasa Kerajaan Negeri Perak.


1.Mengusahakan bas baru bagi laluan Kuala Kangsar ke simpang tiga bagi menggantikan bas wai tong yang terlalu uzur.


2. Mencari jawapan sebenar kenapakah jambatan Manong ke Seberang Manong masih tidak dimulakan pembinaannya selepas 20 tahun dijanjikan


3. Mengusahakan sebuah gelangang futsal di sekitar Kampung Talang


4. Menjadikan perusahaan labu Sayong lebih maju kehadapan dan mampu  bersaing dan dipasarkan kepasaran lebih luas


5. Memastikan penempatan Kampung Tersusun Senggang dan Kampung Baru Jerlun dianugerahkan geran kekal oleh Kerajaan Negeri Perak


6. Melakukan langkah dan program yang sesuai bagi membantu dan membela nasib ibu-ibu tunggal dalam Parlimen Kuala Kangsar


7..Mengusahakan sistem perparitan yang lebih baik dan terancang bagi penduduk Kg Bendang Kering dan tempat lain .


8. Memajukan Dataran Sayong Lembah dengan pembinaan jambatan laluan pejalan kaki yang menghubungkan dengan    Lembah Kuala/Bandar Kuala Kangsar


9.  Menyelesaikan secara berperingkat masalah setinggan dan penempatan orang miskin pelbagai kaum di dalam Parlimen Kuala Kangsar


10. Membaiki dan membaik pulih tadahan air bersih bagi penduduk rambai tujuh yang musnah akibat pembalakan


11. Mengusahakan pelebaran jambatan yang sempit laluan Kuala Kangsar ke Manong dan ke Senggang yang sempit dan bahaya kepada pengguna


12. Memajukan kawasan kolam air panas Kampung Ara Panjang manong sebagai pusat pelancongan yang  boleh menarik kehadiran pengunjung dalam dan luar daerah

Insiden tumbuk: Penyokong sangka ada provokasi

Posted: 03 May 2013 07:38 PM PDT

23 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Insiden tumbuk: Penyokong sangka ada provokasi

Ketegangan yang berlaku antara dua parti, kelmarin cuba ditenangkan polis dan anggota bertugas.
IPOH – Kunjungan sehari Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke beberapa lokasi negeri ini, kelmarin sedikit tercemar apabila berlaku insiden tidak diingini membabitkan penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Situasi berkenaan berlaku sejurus program ketiganya di pekan Malim Nawar selesai apabila sekumpulan lelaki bertumbuk hingga mengakibatkan salah seorang daripada mereka cedera.

Insiden berkenaan dikatakan berpunca daripada salah faham kedua-dua parti yang menyangka berlakunya provokasi.

Salah seorang ahli parti ditemui berkata, dia bersama rakan lain melalui laluan sama, lokasi di mana program Anwar dijalankan kerana mengikuti konvoi motosikal menuju ke Daratan Malim Nawar.

"Kami tak buat apa pun, cuma nyanyikan lagu, sampai sini ada pula yang bertumbuk," katanya.

Jurucakap Pilihan Raya Umum Polis Kontinjen Negeri, Superintendan Maszely Minhad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.15 petang itu, mangsa yang menyertai konvoi bermotosikal dari pekan Malim Nawar menuju Dataran Malim Nawar melihat salah seorang penyokong parti lain terjatuh dari motosikal.

Menurutnya, pekerja kedai makan berusia 30 tahun itu yang kebetulan berada berhampiran tempat kejadian segera menerpa ke arah penyokong parti terbabit dengan niat untuk membantu.

"Bagaimanapun, kebaikan mangsa disalah tafsir oleh rakan-rakan penyokong parti terbabit yang kemudian bertindak membelasah mangsa dengan memukulnya hingga mengakibatkan kecederaan di muka.

"Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan di bahagian mata kanan, hidung dan dahi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, semalam.

Beliau berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga setahun atau denda hingga RM2,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Anwar yang tiba kira-kira jam 6.30 petang di pekan Malim Nawar sebelum itu, memenuhi jadualnya bersama penduduk Hutan Melintang sebelum singgah di bilik gerakan PKR Cabang Sungai Manik, pekan Langkap kira-kira jam 5.30 petang dengan disambut 2,000 penyokong.

Sebaik selesai program di Malim Nawar, Anwar meneruskan lawatannya ke Tapah dan Sungkai.

Sinar/-

Kempen hari ke-13 Kuala Kangsar

Posted: 03 May 2013 07:30 PM PDT

23 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -








































Calon PR ikrar beri khidmat terbaik

Posted: 03 May 2013 07:01 PM PDT

23 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Guan Eng

Guan Eng bersama semua calon PR melafazkan ikrar.
GEORGETOWN - Seramai 40 calon Dun dan 13 Parlimen Pakatan Rakyat (PR) melafazkan ikrar di hadapan khalayak ramai serta disaksikan media tempatan dan luar negara menandakan kesemua calon itu akan berkhidmat untuk rakyat sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pembacaan ikrar itu dihadiri oleh semua calon kecuali calon Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Dun Padang Lalang, Chong Eng.

"Dengan pembacaan ikrar ini, kita berharap rakyat akan menyokong kita sebagai satu pasukan yang bersih, cekap dan memilih orang Pulau Pinang untuk menjadi perdana menteri. Barisan PR yang akan bertanding semuanya berupaya untuk berkhidmat dengan baik kepada rakyat.

"Kita ada calon muda, lelaki dan wanita. Kita bagi peluang semua yang berkaliber. Saya percaya dengan barisan calon yang ada, jika diberi mandat untuk mentadbir negeri ini, kita akan menjadikan Pulau Pinang negeri yang bertaraf antarabangsa di Malaysia," katanya ketika berucap selepas melafazkan ikrar di Padang Kota dekat sini, semalam.

Dalam ikrar itu, kesemua calon yang diketuai calon Dun Padang Kota, Chow Kon Yeow berjanji akan memartabatkan Perlembagaan Persekutuan dan Negeri Pulau Pinang sebagai undang-undang tertinggi dan mempertahankan demokrasi negara untuk selamanya.

Guan Eng berkata, kesemua inti pati ikrar itu adalah susulan daripada manifesto PR yang diumumkan dua minggu lalu yang mana lafaz ikrar itu dibuat bagi menunjukkan PR sentiasa mengingati janji yang dibuat menerusi manifestonya.

"Kita akan memperkukuhkan pentadbiran CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus) serta menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan memastikan kebebasan agama lain seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Selain itu, kita juga memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan tanpa mengira bangsa, agama, kepercayaan, jantina atau pangkat. Semestinya kita akan meneruskan sistem tender terbuka untuk membasmi kronisme dan rasuah," katanya.
Sinar/-

Ini kalilah!

Posted: 03 May 2013 06:46 PM PDT

23 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Rakyat menyambut fajar 5hb Mei 2013
bernafas di lumpur panas
bermula bayu lembut berdikit dikit menjadi tiupan kencang
bagaikan ibu lepas pantang
Cinta kepada nusa
Kasih kepada bangsa
akan tersingkap kemahuan tak berbatas
berduyun-duyun melangkah
sambil menyimpan azam
gelombang ubah, ubah dan ubah

Ini kalilah!

bila demokrasi jadi medan terhina
di pentas berhujah jadi lapangan berfitnah
Rakyat sudah bosan menjerit
Rakyat sudah jemu bersuara
tak dihirau peritnya rakyat diperlembukan
tak dikisah deritanya rakyat tergadai maruah
dek nafsu mereka berkuasa
dek gelojoh mereka menjadi kaya raya
cukup, cukup, cukup sudah
mereka bersandiwara

ini kalilah!

terdengar bumi bersuara
berbisik memesankan berita
nusa tidak boleh dibiar dinoda lagi
warga tidak boleh terbiar dihina lagi
dengan janji,
janji yang diselimuti korupsi
janji yang berselindung dibalik kroni
akan sanggupkah hina ini terbiar bergenerasi
diperjudi anak bangsa
dipertaruh nusa
dipergadai agama tercinta

ini kalilah!

kali ini sungutan akan dihentikan
kemarahan yang meluap akan diterjemahkan
kerana saatnya sudah tiba
untuk kini dan masa depan
dari diperbudakkan
dari dijahilkan
mencahaya sinar baru
menyala obor yang ditunggu-tunggu
untuk kamu wahai anak bangsaku

ini kalilah!

selama ini
sejauh ini
perjuangan bukan sia-sia
tangisan amat berharga
kerana rakyat sudah berkata
dengan kata muktamad
5 hb Mei 2013 akan dikotakan
janji semua, senada, sesuara
6hb Mei 2013 Putrajaya akhirnya
diwargakan untuk kita semua.


Cikgu Azmi Abdul Hamid
Merbok , Kedah
4 hb Mei 2013 , 4.00 pagi


Harakahdaily/-

Langkah terdesak, surat palsu pula diedar

Posted: 03 May 2013 06:28 PM PDT

23 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Setelah gagal untuk melaga-lagakan PAS dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat, musuh mereka mengambil pendekatan baru pula iaitu mencipta surat palsu kononnya Majlis Syura PAS memutuskan untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Ia dibuat melalui surat yang kononnya ditandatangani sendiri oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Melalui surat itu, PAS kononnya mengarahkan semua ahlinya mengundi calon-calon PAS sahaja dan tidak mengundi calon-calon PKR dan DAP dalam pilihan raya 5 Mei ini.

"Ini langkah yang desperate, saya akan adakan sidang media pagi ini," kata Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS.

Surat yang kononnya ditandatangan oleh Mustafa selaku Setiausaha Agung itu disebarkan mulai malam tadi melalui email, whatsapps, facebook dan lain-lain media.

Hari ini surat yang menggunakan kepala surat PAS itu dijangka akan disebarkan ke merata tempat pula.

Semalam juga akhbar palsu Harakah mula disebarkan. Ia bermula dengan semua masjid-masjid di Selangor selepas itu ia turut di kesan di Perak.

Adalah dipercayai akhbar palsu ini juga akan diedarkan ke seluruh negara.

Harakahdaily/-

Banner dipangkah cat merah

Posted: 03 May 2013 06:26 PM PDT

23 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Banner dipangkah cat merah

Zulkifli (kanan) bersama Pengarah Operasi Pilihan Raya PKR Masjid Tanah, Sunar Misran menunjukkan banner yang diconteng dengan cat merah.
MASJID TANAH - Pas Parlimen Masjid Tanah kesal tindakan pihak tidak bertanggungjawab menconteng sebahagian poster, bunting, banner dan billboard dengan memangkah muka calon parti di kawasan berkenaan serta mencemarinya dengan perkataan tidak elok.

Poster, bunting, banner dan billboard yang memaparkan calon Pas parlimen berkenaan, Mohd Nasaie Ismail termasuk tawaran Pakatan Rakyat (PR) diconteng dengan cat hitam dan merah di beberapa kawasan antaranya Persimpangan Tanjung
Lendu/Bidara, Persimpangan Kampung Pinang (Ayer Limau) dan persimpangan masuk ke Sekolah Kebangsaan Datuk Tambichik Karim.

Perkara itu disedari oleh beberapa ahli kira-kira jam 8.30 pagi, semalam sebelum memaklumkan Pengarah Keselamatan Pilihan Raya Pas kawasan perlimen itu, Adam Yusof, 63, yang kemudian membuat pemantauan dan pemeriksaan lalu membuat laporan polis.

Pengarah Operasi Pilihan Raya Pas Masjid Tanah, Zulkifli Mat Tan berkata, tindakan itu dipercayai dilakukan secara terancang oleh pihak tertentu berikutan pemilihan subjek di lokasi yang strategik iaitu tumpuan orang ramai.

"Pas Masjid Tanah meletakkan ketika kempen yang bersih dan tidak pernah mengamalkan provokasi malah melakukan tindakan mengikut lunas demokrasi seperti sifat terbuka ke atas suasana pilihan raya dengan mengadakan program debat contohnya.

"Saya percaya pengundi boleh menilainya dan saya seru kepada pengundi untuk menolak budaya politik tidak sihat," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Zulkifli berkata, pihaknya bagaimanapun memohon supaya petugas PR kursusnya Pas yang terlibat sepanjang pilihan raya ini supaya menggerakkan jentera keselamatan secara maksimum untuk membuat kawalan kepada aset-aset parti dan bahan kempen.

"Kejadian ini tidak mustahil berulang lagi sebab kita merasakan sambutan rakyat kursusnya pengundi muda di luar jangkaan dan untuk membendung situasi ini ada pihak cuba melakukan provokasi.

"Petugas parti juga dinasihatkan supaya bertenang dan tidak membuat sebarang tindakan melanggar peraturan dengan membalas provokasi kepada pihak lawan kerana kita berpolitik secara profesional dan terbuka mengikut amalan demokrasi negara kita," katanya.

Sementara itu, Pegawai Turus Hal Ehwal Awam, Asisten Superintendan, Nor Azlinda Nordin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan di Balai Polis Masjid Tanah jam 11.15 pagi semalam.
"Bagaimanapun kejadian seumpama ini tidak hanya melibatkan satu pihak parti malah terdapat kejadian di daerah Melaka Tengah membabitkan poster Perdana Menteri diconteng." katanya.
Sinar/-

Blog Wan Azizah digodam

Posted: 03 May 2013 06:22 PM PDT

23 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Blog Wan Azizah digodam

Blog Wan Azizah yang dikatakan telah digodam.
SHAH ALAM - PKR menafikan presiden parti itu, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengeluarkan kenyataan seolah-olah mengakui anak perempuannya, Nurul Izzah Anwar adalah individu dalam satu klip video yang disebarkan di internet.

Menurut PKR, laman web http://wanazizahblog.com telah digodam dan kenyataan bertajuk 'Tindakan Undang-Undang Ke Atas Bekas Pensyarah Anak Saya' bukan ditulis oleh Wan Azizah.

"Blog beliau telah digodam. Media diminta tidak ambil sebarang maklumat daripada laman web itu sehingga petugas (Wan Azizah) memaklumkan masalah itu selesai," kata kenyataan PKR.

Nurul Izzah ketika dihubungi turut menafikan kenyataan itu ditulis ibunya.

Ditanya sama ada blog itu digodam, Nurul Izzah menjawab 'Ya', manakala Wan Azizah pula tidak dapat dihubungi.

Kenyataan bertarikh 3 Mei itu menyebut, sebagai seorang ibu, Wan Azizah amat terguris hati dengan pengedaran klip video memaparkan bekas pensyarah dan anak sulungnya, yang juga calon kerusi Parlimen Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum ke-13 dalam keadaan yang mengaibkan.

"Sebagai pengajar yang diberi amanah mendidik anak sulung saya, tindakan bekas pensyarah itu adalah dikutuk dan dikeji serta melanggar sepenuhnya tata etika dengan memanipulasikan anak saya yang masih mentah ketika itu," menurut kenyataan yang disahkan palsu itu.

Kenyataan itu dipadam daripada blog tersebut beberapa jam selepas itu.

Sinar/-

Angkara Zul Nordin mulut besar, semua terburai

Posted: 03 May 2013 06:19 PM PDT

23 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Setelah menyepi seketika waktu akhirnya Harakahdaily berjaya menghubungi sumber Umno untuk mendapat laporan terkini daripada beliau mengenai kenyataan Setiausaha Agong Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengenai penerbangan pengundi baru-baru ini.

Tengku Adnan mengaku bahawa dakwaan Pakatan Rakyat mengenai kewujudan penerbangan khas membawa pengundi daripada timur Malaysia ke Semenanjung sememangnya benar.

Bernama melaporkan Tengku Adnan mengaku kewujudan penerbangan sedemikian dan menegaskan bahawa khidmat itu ditaja oleh "rakan-rakan BN."

"Itu plan B dah sebenarnya. Dah confirm akan kalah baru digunakan," kata beliau kepada Harakahdaily pagi ini. 

"Jadi apa plan A-nya?" tanya Harakahdaily. 

"Video seks. Video seks buatan seorang pemimpin wanita PKR dah mula dikeluarkan. Ingatkan tak keluar sebab dah backfire. Patutnya Plan B dah jalan, Plan A akan henti. Sekarang jalan dua-dua, confirm dah dapat maklumat risikan nyawa tinggal sampai malam besok sahaja," katanya sambil berseloroh. 

Disebabkan suara telefon yang agak kejauhan, Harakahdaily bertanya pada beliau lokasi kedudukannya. 

Sumber Umno itu memberitahu beliau kini berada di luar negara kerana hadapi tekanan kuat setelah meledakkan pada Harakahdaily tempoh hari bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad akan turun berkempen di Putrajaya untuk menyelamat Tengku Adnan. 

Harakahdaily cuba bertanya apakah Plan B sudah berjalan lama dalam perancangan. 

"Dah lama. Selama ini targetnya Selangor sahaja. Tapi masalah sekarang Johor, Putrajaya dah goyah. Mula-mula mereka ingat tempur Selangor sahaja. Sebenarnya kalau bukan Zulkifli Noordin besar mulut kata 110% akan menang, saya rasa Plan B ini tidak akan dihidu oleh sesiapa atau diledakkan keluar dari dalam.

"Silap percaturan plan A lepas video seks untuk benamkan PAS backfire badly – kamu attack orang yang berintegriti lama bertunjang di politik negara, siapalah nak percaya. Kadangkala pakar strategi kita ini memang bodoh sikit," kata sumber Umno itu.

Beliau berkata sekarang waktu getir untuk mereka yang terlibat dalam Plan B.

"Dulu di Sabah, selepas BN menang, berapa orang yang kehilangan kebebasan kerana terlibat dalam perbuatan terkutuk itu? Orang-orang yang hilang kebebasan itulah yang muncul menceritakan segalanya pada RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) Sabah mengenai pendatang asing. Sekarang dalaman sedang bertiup kencang mengenai nasib mereka selepas ini, jika BN menang atau kalah," kata beliau lagi.

Beliau menyuruh Harakahdaily menyiarkan nasihat ini kepada mereka yang terlibat dalam Plan B.

"Hentilah. Kamu semua akan menyesal nanti. Yang terkena ialah anak-anak dan cucu-cucu kamu. Orang Bangla ini akan jadi orang Melayu – boleh beli tanah rezab orang Melayu, dapat diskaun beli rumah Bumiputera, anak-anak masuk universiti guna kuota Melayu, beli amanah saham – silap hari dia jadi kaya, anda semua jadi kuli dia. Kalau rakyat dah tolak BN, hormatlah keputusan. Rezeki di tangan Allah, bukan Umno. Usah bimbang, hilang rezeki ini, Allah akan ganti dengan yang lain," tegas beliau.

Sebelum mengakhiri perbualan, Harakahdaily sempat bertanya samada beliau akan balik mengundi.

"Insha-Allah balik – kena undi pada parti yang tidak disokong warga Bangla dan Nepal," katanya sambil ketawa besar.

Sumber Umno itu seorang pengundi di Selangor.

Harakahdaily/-

Nuffnang