N45 Dr Halimah Ali |
- Adakah Hasan Ali Cuba Mengatasi Perkasa Untuk Jawatan Senator?
- Adakah Perlu Menyuruh LGE Bersumpah Baru Percaya DAP ?
- Atasi Pengundi Ragu Dengan Mengundi Awal Kekalkan Selangor Tukar Putrajaya
- Operasi Mega Bawa Pengundi Berdaftar Tetapi Bukan Pemastautin di Selangor
- Penjawat Awam: Khas Untuk Saudara
- Perutusan TS Khalid Ibrahim Untuk Rakyat Malaysia
Adakah Hasan Ali Cuba Mengatasi Perkasa Untuk Jawatan Senator? Posted: 04 May 2013 08:56 AM PDT Kenyataan Hasan Ali sebagai pemimpin Jalur TIGA ( JATI ) boleh dilihat sebagai usaha beliau terakhir untuk mengatasi PERKASA sebagai pertubuhan paling terkedepan memperjuangkan akidah tetapi malangnya tak kena tempat dan waqi' di Malaysia atau beliau memiliki " pandangan terowong" atau "tunnel vision". Sungguh menyedihkan, menghabiskan sisa-sisa hidup memperjuangkan sesuatu yang tak relevan. Tan Sri Muhammad Taib memiliki visi akhirat yang lebih jelas dan fokus daripada Datuk Hasan Ali. 'Jewification' of Malaysia in two days if PR wins, claims Hasan Ali PUTRAJAYA, May 4 ― Controversial speaker Datuk Hasan Mohd Ali warned Putrajaya voters tonight that a Pakatan Rakyat (PR) win in Election 2013 would lead to a rewriting of the Constitution and closer ties to Israel, a process he dubbed "pengyahudian" (Jewification). In its last act of defence of Putrajaya, Barisan Nasional (BN) invited the president of right-wing Malay supremacist group Jalur Tiga (JATI) as its guest speaker for its final campaign rally tonight to endorse its candidate, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. "On Monday, there will be some surprises if PR is fated to win. If they capture Putrajaya, under the persuasion of DAP, PKR and PAS, they will amend Malaysia's Constitution," said Hasan in Precinct 9 here. Declaring that it is "wajib" (obligatory) to vote BN, Hasan warned that PR would immediately wipe out any "special rights" of the Malays as well as remove Islam as the religion of the federation and the powers of the Malay rulers. Hasan also took a shot at PKR's Rafizi Ramli, saying that the party's strategy director would practise meritocracy, which he said would neglect poor rural Malays should he become the PR Cabinet's finance minister. "The 'Jewification' of our economy will happen in Malaysia starting from May 6 2013, which means in two more days," he said, claiming that Rafizi will establish trading ties with Israel. Malaysia does not have an official diplomatic ties with Israel, but the two countries are trade partners. Malaysia was ranked 15th among Israel's major trade partners in 2010, with Malaysia's importing from Israel some US$716.4 million in value and exporting US$93.6 million in 2011. Warning the men in the crowd, Hasan alleged that under PR's women workers would be liberated to "ways opposite to Muslim, Malay and eastern values". According to Hasan, husbands should be worried that their wives would then be able to go on month-long outstation trips with other men, and will abandon their families for work Citing Penang and Kota Kinabalu as an example, Hasan also claimed that DAP would persuade Malaysia into becoming a secular state where mosques will not receive any financial support, and the "azan" (Muslim call to prayers) will be muted. Malaysia's status as a secular state continues to be debated, despite a previous Supreme Court ruling which said it was one as well as previous statements made by earlier leaders such as Tunku Abdul Rahman, the country's first prime minister. Hasan had earlier backed his "Jewification" claim by quoting a YouTube video that purportedly shows 20 Jewish and Christian religious leaders endorsing a PR win so there will be closer ties between Israel and Malaysia. Hasan was sacked from PAS in January last year for breaching party discipline and has since turned into an outspoken critic of PR. Incumbent MP Tengku Adnan had turned to big names to convince the electorate, inviting former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad, former finance minister Tun Daim Zainuddin, and PAS critic Ustaz Rujhan Abd Rahman to BN's rallies in the past week. A total of 15,798 registered voters will go to the polls in Putrajaya tomorrow to choose between Tengku Adnan and PAS's Datuk Husam Musa, in one of the hottest seats in Election 2013.-Malaysian Insider | ||
Adakah Perlu Menyuruh LGE Bersumpah Baru Percaya DAP ? Posted: 04 May 2013 08:11 AM PDT DAP pertahan Islam agama rasmi - Lim Guan Eng
Demikian kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) dalam satu kenyataan medianya hari ini. Menurutnya, oleh kerana fitnah yang ditabur oleh para pemimpin Umno dan Barisan Nasional yang disebarkan pula oleh media arus perdana, sama ada akhbar harian, TV dan radio semakin menjadi-jadi terhadap DAP dan Pakatan Rakyat, beliau tampil untuk menjelaskan hakikat yang sebenar serta mendedahkan pembohongan Umno-BN yang amat berbahaya itu. DAP adalah parti politik yang sah yang menerima dan menghormati keluhuran Perlembagaan Persekutuan 1957 yang menjadi kontrak sosial untuk kita rakyat Malaysia. Inilah pendirian DAP sejak parti ini ditubuhkan pada tahun 1966, dan sejak dahulu hingga sekarang tetap berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan. Malah, untuk menjelaskan sekali lagi pendirian DAP, pada tahun lalu, iaitu pada 8 Januari 2012, Persidangan Kebangsaan DAP telah meluluskan DEKLARASI SHAH ALAM 2012 yang dengan terang dan jelas menghasratkan impian bangsa Malaysia yang beteraskan Perlembagaan Persekutuan. Dalam usaha untuk mengecapi impian ini, DAP antara lain telah mengulangi komitmen untuk: 1. Mempertahankan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. DAP komited untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai undang-undang yang paling agung negara dan meluhurkannya dalam semangat Merdeka 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963. Justeru, tegasnya, deklarasi dan pendirian serta prinsip DAP selama ini tetap kekal untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Ia juga dengan jelas mendedahkan fitnah, pembohongan dan penipuan para pemimpin UMNO-BN serta para pecacai mereka, termasuk cybertroopers UMNO-BN, yang sering mmenyemarakkan api perkauman dengan menuduh kononnya DAP adalah anti-Melayu dan anti-Islam, tegas beliau, "Semoga semua pengundi Malaysia, khususnya orang Melayu dan Islam, menolak fitnah dan menerima kebenaran. Mari kita ubah. Ambil yang jernih, buang yang keruh. Masanya sudah tiba untuk menerima yang benar dan menolak yang batil," katanya. | ||
Atasi Pengundi Ragu Dengan Mengundi Awal Kekalkan Selangor Tukar Putrajaya Posted: 04 May 2013 07:04 AM PDT Rakyat Selangor Disaran Turun Mengundi Atasi Pengundi RaguSHAH ALAM, 4 MEI : Peluang Pakatan Rakyat (PR) untuk kekal mentadbir Kerajaan Negeri adalah cerah sekiranya semua rakyat Selangor keluar mengundi esok bagi mengatasi kehadiran pengundi ragu. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jika majoriti rakyat yang mengundi adalah besar, maka peratusan pengundi ragu untuk mengganggu proses pilihan raya di sesebuah kawasan dapat dikurangkan. Menurutnya, ia disokong melalui beberapa kajian yang menunjukkan peratusan PR untuk menawan Putrajaya dan memenang semula di Selangor adalah tinggi. "Kita minta rakyat turun beramai-ramai dan memilih parti yang mereka ingini. "Jika peratusan yang keluar mengundi adalah besar, maka sebarang penipuan tidak akan berhasil," katanya. Beliau berkata, persaingan antara PR dengan Umno-BN juga dijangka sengit pada Pilihan Raya Umum Ke -13 kali ini berbanding 2008. Bagaimanapun beliau yakin rakyat akan lebih memihak kepada PR berdasarkan sambutan menggalakkan yang diterima gabungan itu baik di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak. Katanya, keyakinan PR untuk menang kali ini disebabkan keupayaan menampilkan calon yang lebih berwibawa untuk bersaing dengan calon Umno-BN. "Harapan rakyat untuk membuat perubahan kepada kerajaan kepimpinan yang baru adalah baik dan jika ini berlaku ia akan menjadi sejarah politik Malaysia. "Selama ini hanya satu parti sahaja yang mendapat kuasa politik dan dibiarkan mentadbir negara dengan begitu lama tanpa ada pilihan yang lebih baik," katanya lagi. | ||
Operasi Mega Bawa Pengundi Berdaftar Tetapi Bukan Pemastautin di Selangor Posted: 04 May 2013 05:55 AM PDT | ||
Penjawat Awam: Khas Untuk Saudara Posted: 04 May 2013 02:47 AM PDT Kerahsian undi dan pejawat awam
Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak seseorangwarganegara untuk mengundi jika beliau adalah seorang pemilih berdaftar. Hak ini adalah hak asasi seseorang warganegara selaras dengan hak dan kebebasan yang dijamin untuk bersuara dan berekspresi di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Selaras dengan konsep tersebut, S.5 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menetapkan bahawa tiap-tiap pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen dan orang-orang lain yang berada di bilik mengundi hendaklah terlebih dahulu mengangkat sumpah kerahsiaan untuk tidak mendedahkan apa-apa maklumat atau nombor siri mana-mana pemilih atau cuba mendapatkan maklumat berkaitan undi yang telah dibuang. Oleh itu, penjawat awam tidak perlu khuatir untuk mengundi calon Pakatan Rakyat dan tidak mengundi calon Barisan Nasional. Tiada apa-apa tindakan membuang atau menurunkan pangkat penjawat awam tersebut atas alasan penjawat awam tersebut telah mengundi calon Pakatan Rakyat. Perkara yang dilarang di bawah Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993] hanyalah melibatkan pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional untuk mengambil bahagian secara aktif di dalam aktiviti politik. Antaranya membuat penyataan awam secara berat sebelah mengenai isu antara parti politik, menerbit buku atau risalah yang berat sebelah mengenai parti politik, merayu undi, menjadi ejen pilihan raya atau tempat mengundi, masuk bertanding atau memegang apa-apa jawatan dalam parti politik. Manakala, bagi kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan secara umumnya hanya perlu mendapat kelulusan bertulis daripada Ketua Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha Kementerian jika ingin bertanding atau memegang jawatan atau dilantik memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik. Oleh itu, para penjawat awam tidak perlu khuatir dengan dakyah kononnya penjawat awam hanya mesti mengundi Barisan Nasional dan jika mereka mengundi selain daripada Barisan Nasional, maka mereka akan dikenakan tindakan tatatertib. Para penjawat awam harus menggunakan peluang untuk memangkah dalam PRU 13 ini untuk memerdekakan diri dan pemikiran mereka yang telah sekian lama dikongkong dengan dakyah palsu ini. Sekiranya para penjawat awam 'dimerdekakan' fikiran mereka, nescaya negara Malaysia akan bertambah maju dan kita semua akan dapat melihat rangsangan idea-idea inovatif daripada penjawat awam. Dengan itu, penjawat awam bukan setakat dapat memajukan diri mereka dengan ketrampilan yang lebih baik bahkan dapat memberikan sumbangan kepada kemajuan negara ini.-harakahdaily *Penulis adalah seorang peguam dan mempunyai PhD dalam bidang undang-undang | ||
Perutusan TS Khalid Ibrahim Untuk Rakyat Malaysia Posted: 04 May 2013 12:07 AM PDT Kearah Malaysia terunggul — Abdul Khalid Ibrahim May 03, 2013 Rakyat Malaysia seharusnya menikmati yang terbaik untuk semua. Pemimpin kita seharusnya mencerminkan kewibawaan sebenar rakyat Malaysia, layak mendukung harapan dan aspirasi kita, dan mampu merealisasikan potensi sebenar kita. Hakikat ini disedari jutaan rakyat Malaysia yang berusaha tanpa mengenal penat lelah demi kehidupan yang lebih baik untuk diri dan keluarga. Masanya telah tiba untuk kita membuang segala ketakutan dan keraguan yang selama ini menjadi penghalang dan mengejar masa depan yang lebih cerah. Kita tidak perlu lagi dibebankan dengan pemimpin yang hanya tahu 'mengambil', kerana rakyat sepatutnya berhak kepada pemimpin yang lebih mahir 'memberi'. Kita tidak mahukan habuan dari pemimpin kita; sebaliknya kita hanya perlukan pemimpin yang mampu menguruskan negara dengan bijak dan mewujudkan peluang yang adil untuk semua. Yang kita dahagakan adalah kesamarataan di mana kemewahan boleh dicapai oleh sesiapa yang rajin berusaha di mana kejayaan diperolehi hasil daripada usaha kita, bukan hubungan kita dengan mana-mana pihak. Kita perlukan pemimpin yang sanggup berkhidmat dengan rendah diri, bukan pemimpin angkuh yang menganggap rakyat wajib syukur atas 'sumbangan yang diberikan'. Jika khazanah negara digunakan untuk mengisi poket pihak berkepentingan dan bukan dilaburkan untuk masa depan kita bersama, maka sudah tiba masanya untuk harapan baru. Rakyat Malaysia berhak mendapat pentadbiran yang telus yang akan membolehkan kita semua melihat dengan jelas bagaimana kekayaan negara diuruskan. Rakyat Malaysia berhak hidup tanpa pemisahan antara kaum atas sebab-sebab politik. Terlalu lama kita sudah dibebankan dengan pemimpin yang mengapi-apikan sentimen perkauman demi memenuhi kepentingan peribadi. Rakyat Malaysia berhak mendapat pemimpin yang menyemai dan mengukuhkan semangat muhibah yang sememangnya sedia wujud dalam kalangan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia juga berhak merasai demokrasi sebenar – iaitu keupayaan untuk menentukan nasib mereka sendiri secara bebas dan adil. Kuasa yang dibiarkan berleluasa terlalu lama selalu melahirkan pemimpin sembrono yang bertindak sesuka hati tanpa melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat yang sepatutnya. Kita mesti sentiasa beringat bahawa kita bukan sekadar ingin menukar kerajaan. Kita juga bukan sekadar ingin menggantikan individu atau parti tertentu sahaja. Kita bertekad menggantikan keseluruhan budaya politik feudalisme dan rasuah yang berleluasa. Oleh itu kita tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana musuh dalam selimut yang mengaku kononnya sekutu kita tetapi masih mengamalkan budaya dan politik yang lama. Sebarang kegagalan untuk menggantikan budaya lama ini akan bermaksud usaha pembaharuan kita tidak bermakna dan lompong. Harapan perubahan yang dijanjikan kepada rakyat Malaysia bukan calang-calang tanggungjawab malah merupakan amanah besar. Walau apapun keputusan pada 5 Mei ini, banyak lagi cabaran dan dugaan yang perlu kita hadapi. Walaubagaimanapun, Insya'Allah, ia akan menjadi langkah pertama ke arah membina Malaysia yang unggul seperti yang kita idamkan sejak sekian lama. Malaysia yang kita impikan ini memang sudah berada dalam genggaman kita. Kita hanya perlu bangunkan semangat yang sedia ada dalam diri kita, dan mara seiringan dengan penuh keberanian untuk merealisasikan Malaysia yang terunggul. |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan