Rabu, 22 Februari 2012

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


PKR claims proof EC illegally shifting voters in Selangor

Posted: 22 Feb 2012 01:21 AM PST

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


Pakatan states proof of economic success, proper governance, say leaders

Posted: 22 Feb 2012 06:52 PM PST

Penang thanks Miti, Mida for FDI gains

Posted: 22 Feb 2012 06:04 AM PST

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Menyampaikan Sumbangan Kepada Surau Al-Ittihadiyyah Seksyen 7 BBB & Al-Hidayah Green Villa, Sungai Tangkas

Posted: 22 Feb 2012 03:26 PM PST

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


Adakah Datuk Seri Dr Chua Soi Lek Berani Mendedahkan Sepenuhnya Teks Ucapan Perbahasannya Dengan Saya Pada 18 Februari 2012 Dalam Bahasa Malaysia Agar Rakyat Malaysia Dapat Baca Samada MCA Bersikap Perkauman Serta Melancarkan Serangan Peribadi Bukan Sahaja Terhadap Saya Dan Mantan Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat?(bm/cn)

Posted: 22 Feb 2012 07:49 AM PST

FULL TRANSCRIPT in BM of the debate between Lim Guan Eng and Chua Soi Lek(MCA’s President) on 18 Feb 2012 in Kuala Lumpur on the topic "Is the two-party system becoming a two-race system?"

Hari ini, saya telah mengumumkan teks ucapan dan transkrip perbahasan saya dengan Chua yang bertajuk, "Adakah Sistem 2 Parti Akan Menjadi Sistem Dua kaum?". Ini adalah untuk menjawab usaha media massa yang dikuasai BN, yang putar belit ucapan saya dengan fitnah. Pada 21 Februari 2012 suratkhabar milikan MCA, The Star telah meminta maaf kerana fitnah dalam artikel Baradan Kuppusamy di bawah tajuk "All hype but no climax?" yang cuba mengindahkan Chua.

Teks ucapan ini adalah penting untuk menangkis tuduhan puak rasis dan ekstremis yang cuba menggambarkan parti berbilang kaum seperti DAP sebagai parti perkauman sedangkan sebenarnya parti MCA adalah parti perkauman sama seperti UMNO dan MIC. Teks ucapan penuh adalah seperti berikut:-

Pendahuluan, Lim Guan Eng:

Pertama sekali saya ingin mengucap terima kasih kepada penganjur kerana melangsungkan debat televisyen ini. Debat televisyen mencipta satu bab yang baru dalam politik demokrasi Malaysia kerana ia merupakan satu sifat penting dalam kemajuan demokrasi. Saya berharap mulai hari ini, debat televisyen akan menjadi satu fenomena umum yang lumrah dalam sistem demokrasi Malaysia seperti di Eropah dan Amerika Syarikat.

Oleh itu saya berpendapat bahawa, apa yang warga Malaysia benar-benar ingin saksikan, adalah debat antara Perdana Menteri Najib dengan Anwar, untuk melihat siapa yang sebenarnya lebih layak menjadi Perdana Menteri. Siapa tidak berani berdebat, jangan harap nak jadi Perdana Menteri!

Chua ada menimbulkan dakwaan bahawa DAP diperalatkan oleh PAS, tetapi jikalau tuan-tuan dan puan-puan perhatikan, di kalangan orang Melayu, UMNO mengatakan bahawa PAS diperalatkan oleh DAP. Oleh itu, hujah yang bercanggah sesama sendiri ini saya percaya merupakan taktik kotor BN. Saya ingin tekankan di sini, parti komponen dalam Pakatan Rakyat, biarpun PAS, PKR atau DAP, kami tidak memperalatkan sesama sendiri, kami hanya bersiap sedia untuk 'diperalatkan' oleh rakyat! Pada masa yang sama, kami bukan anti-Melayu, ataupun anti-bukan Melayu, kami cuma anti-kerajaan yang bergelumang dengan rasuah!

Tema hari ini 'Adakah Sistem Dua Parti akan menjadi Sistem Dua Kaum', sebenarnya saya berasa pelik. Kerana, sekarang sudah wujud Sistem Dua Kaum, kami nak menjadikannya Sistem Dua Parti. Sistem Dua Kaum ini sememangnya ideologi BN selama ini, sejak kemerdekaan sehingga kini, BN telah membezakan rakyat sebagai Melayu dan Bukan Melayu, ini adalah taktik pecah dan perintah. Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pernah berkata, saya utamakan Melayu dahulu, barulah rakyat Malaysia. Adakah ini Satu Malaysia? Ataupun ini Tipu Malaysia? Inilah Sistem Dua Kaum!

Sebaliknya, Sistem Dua Parti itu berasaskan ideologi, idealisma dan prinsip, tanpa membezakan kaum kerana kita semua adalah rakyat Malaysia.

Dalam BN, UMNO hanya menjaga orang Melayu, MCA hanya menjaga orang Cina, MIC hanya menjaga orang India, Gerakan itu… tak tahulah dia menjaga siapa.. Itulah BN yang 'kamu jaga kaum kamu, saya jaga kaum saya', ini adalah sistem Dua Kaum!

Sebaliknya, di dalam Sistem Dua Parti, kita semua sanak saudara perjuangan, kita menjaga kebaikan antara satu sama lain; setiap warga Malaysia adalah seperti ahli sekeluarga!

UMNO selalu melaung-laungkan 'Ketuanan Melayu'. Adakah MCA tidak terlihat, tidak terdengar dan tidak terasa, sebab itulah tidak berani untuk menghalangnya? Justeru itu, kita masih mendengar bahawa orang Cina adalah pendatang, tidak berhak menuntut hak yang saksama di Malaysia.

PR berlainan dengan BN. Apa yang kita mahu bukan 'Ketuanan Melayu', apa yang kita mahu ialah 'Ketuanan Rakyat'! Anwar bukan sahaja bercakap tentang 'Ketuanan Rakyat' di depan orang bukan melayu, tetapi dengan orang Melayu juga beliau cakap yang sama. Saya tidak pasti sama ada pemimpin UMNO berani berhenti melaungkan 'Ketuanan Melayu' tetapi menyokong 'Ketuanan Rakyat'.

Apabila rakyat ataupun pemimpin PR membongkar penyalahgunaan kuasa atau rasuah dan menyoalkan integriti Polis atau Suruhanjaya Pencegah Rasuah, kami dituduh mencabar institusi Melayu – ini adalah sistem Dua Kaum! Rasuah itu tidak mengenali perbezaan warna kulit. Allayarhan Ahmad Sarbaini, pegawai kastam yang terkorban, bukankan beliau seorang manusia?

Pakatan Rakyat mahu hapuskan rasuah, BN mahukan rasuah! PR akan memastikan pemimpin yang jujur dan kerajaan yang bersih, termasuk mengisytiharkan aset, tender terbuka, ini barulah sistem dua parti! Yang paling penting sekali, menangkap pegawai yang benar-benar rasuah, bukan memfitnah Teoh Beng Hock yang tidak bersalah.

Pihak lawan saya selalu berkata: 'Kaum lain menjadi kerajaan, Kaum Cina menjadi pembangkang'. Ini salah sama sekali. Sebenarnya, 'BN MCA menjadi pembangkang, PR DAP menjadi kerajaan' barulah yang resahkan MCA. Bukan sahaja orang Cina yang menyokong PR untuk berubah, orang Melayu pun sama, jika kami tidak dapat sokongan 40% orang Melayu, tsunami politik tidak mungkin akan berlaku. Saya percaya, saya pun tidak akan berpeluang berdiri di sini sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Chua pun mungkin tidak berpeluang menjadi Presiden MCA.

Dalam sistem yang demokratik, sistem Dua Parti perlu peralihan parti pemerintah secara alternatif. Biar BN tumbang jadi pembangkang, biar PR bangkit jadi kerajaan! Jikalau PR tidak memerintah dengan baik, rakyat berhak bertukar lagi selepas lima tahun. Ini barulah sistem Dua Parti, peralihan parti pemerintah secara alternatif, barulah rakyat akan ada kehidupan yang baik.

Soalan daripada moderator:

Moderator: Masyarakat Cina sudah mulai mengalu-alukan sistem dua parti sejak 1980. Jikalau kita menggunakan keputusan 2008 sebagai satu rujukan, undi yang diberi kepada BN dan PR adalah lebih kurang separuh masing-masing. Ini menunjukkan separuh rakyat berpuas hati dengan pemerintahan BN, separuh rakyat mempunyai harapan kepada PR. Adakah ini bermaksud sekarang kedua-dua pihak telah mencapai tahap perjuangan dua parti? Macam manakah parti anda memenangi undi yang separuh lagi?

Jawapan Daripada LGE:

Kalau PR berpeluang menjadi kerajaan, dasar kami adalah untuk memberi manfaat kepada rakyat. Sekarang semua harga barang naik, duit tak cukup menampung hidup rakyat, kami hendak meringankan beban rakyat. Kalau jadi kerajaan, kami akan memansuhkan toll Utara-Selatan dan Jambatan Pulau Pinang. Kami juga akan meningkatkan royalti minyak daripada 5% kepada 20% bagi Sabah dan Sarawak. Lagi, warga emas. Saya tahu, sejak Pulau Pinang memberi warga emas RM100 setiap tahun, BN ciplak, bukan sahaja BN yang ciplak, MCA pun meniru. Jadi, selain daripada berterima kasih kepada Chua, mereka (ahli MCA) harus berterima kasih kepada kerajaan Pulau Pinang jugalah. Jika kami boleh mengambil kuasa di peringkat pusat, kami ingin maklumkan warga emas seramai 2.1 juta di seluruh negara bahawa kami janji akan memberi RM1,000 setiap tahun. Ini adalah kebaikan peralihan kerajaan secara alternatif. Kebaikannya adalah bahawa parti dinilai berdasarkan dasar atau polisi mereka, kami hendak jadi ‘negeri polisi’ dan bukan negeri polis. Sekian.

Jawapan bagi Sesi Soaljawab:

LGE: Tadi itu Exco Perak Mah Hang Soon kan? Saya rasa kita semua tahu waktu PR menjadi kerajaan di Perak, PR lah yang mulakan inisiatif memberi tanah kepada sekolah, dan juga memberi pajakan tanah kekal kepada penduduk kampung baru dan penduduk miskin. Tetapi sejak BN menjadi kerajaan, ini sudah dimansuhkan. Sebab itu, saya berasa anda tidak layak untuk mempersoalkan sesiapa.

Tentang soalan bahawa kerajaan Pulau Pinang memberi janji kosong, saya nak menekankan bahawa kami sudah menunaikan semua janji pilihan raya. Tentang kenapa tol Sungai Nyior tidak dimansuhkan, para hadirin harus ingat bahawa itu di bawah bidang kuasa kerajaan pusat. Kami belum mengambil kuasa kerajaan pusat, jadi sabarlah… Bila kami mengambil kuasa kerajaan pusat, sudah tentu kami akan memansuhkannya, termasuk Lebuhraya Utara-Selatan dan Jambatan Pulau Pinang. Tetapi, walaupun belum dimansuh, kami sudah membina satu jalan untuk memintas tol Sungai Nyior itu, jadi samalah, tidak perlu membayar tol tak munasabah ini.

Kejayaan Pulau Pinang, saya percaya ia boleh dibuktikan. Selepas Mac 2008, semua orang boleh lihat, sentuh dan rasa perubahan yang berlaku. Di Semenanjung Malaysia, papan tanda dwibahasa dengan Bahasa Cina yang pertama didirikan. Papan tanda berbahasa Tamil yang pertama di Malaysia juga terletak di Pulau Pinang. Pulau Pinang pertama kali mendirikan papan tanda berbahasa Arab, juga kerana kejayaan kerajaan PR. Kejayaan Pulau Pinang dalam membanteras rasuah pun yang paling terserlah, sehingga kami dapat pujian Transparency International. Kalau ada orang yang bersalah, kami tidak akan melepaskannya sebegitu sahaja, tetapi Pulau Pinang yang mempunyai rasuah sifar adalah satu hakikat yang diakui oleh organisasi dunia. Kami tidak makan duit itu memang tidak makan duit. Terima kasih.

Soaljawab sesama lain:

CSL: Kita dengar polisi yang populis, beri RM100, mansuh ini mansuh itu, adakan anda boleh memberitahu atas persada ini apakah model pembangunan masyarakat dan ekonomi Pakatan Rakyat supaya Malaysia boleh keluar daripada situasi berpendapatan rendah dan mencapai pendapatan tinggi, termasuk menunaikan janji-janji dalam Buku Jingga?

LGE: Saya rasa ini perbezaan antara saya dengan Presiden Chua. Beliau tidak risau kepada isu rasuah, saya pula risau sangat tentang isu rasuah. Kita perlu ada satu kerangka untuk mengurus hal ehwal negara. Apakah rancangan untuk membawa pembangunan ekonomi? Saya ingin mengambil model Pulau Pinang sebagai contoh. Ini semua adalah hasil daripada amalan sistem pemerintahan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang mempraktikkan sistem ‘wang gandakan wang’. Sistem ini menekankan 4 aspek utama iaitu yang pertama, wang kumpulkan wang melalui inisiatif kerjasama antara pihak awam dan swasta dalam menjalankan projek pembangunan. Kedua ialah wang untungkan wang. Melalui amalan sistem tender terbuka, Kerajaan Negeri berjaya mengurangkan kos pembiayaan. Ketiga ialah wang hasilkan wang menerusi pendekatan kreatif dan inovatif. Dan yang terakhir ialah wang jimatkan wang. Sekiranya kita tidak makan wang, sudah tentu wang akan sentiasa ada.

Oleh itu, dalam 4 tahun berturut-turut ini, Kerajaan Pulau Pinang mendapat keuntungan tiap-tiap tahun dan mampu beri balik duit kepada rakyat melalui Program Warga Emas RM100 setiap tahun, pewaris kepada warga emas yang meninggal dunia akan menerima RM1000 sekali sahaja, malah lahir bayi pun dapat RM200 di bawah Program Anak Emas. Semasa Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang, satu sen pun tidak beri, tetapi dengan prinsip 'wang gandakan wang' ini, kami memberi manfaat kepada rakyat Pulau Pinang, dan ini sebenarnya dividen anti-rasuah!

Di samping itu, di Malaysia, saya percaya jika kita boleh membanteras rasuah, dan bukan makin banteras makin rasuah, kita boleh menjimatkan banyak wang dan memberi balik kepada rakyat jelata. Inilah janji kami, Pulau Pinang adalah bukti yang terbaik! Jikalau kita berani membanteras rasuah, kita tentu akan perolehi wang. Terima kasih.

Jawapan bagi Sesi Soaljawab & Penutup, LGE:

Pertama sekali saya ingin membalas sesetengah tuduhan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak memberi tanah kepada sekolah Cina, saya rasa ini bukan sahaja hendak menipu diri sendiri tetapi juga hendak menipu orang lain. Ini kerana kami mempunyai bukti, sekolah pun boleh mengesahkan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat telah memberi tanah. Jangan lupa, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sekarang memberi peruntukan yang diinstitusikan kepada semua aliran sekolah, selain daripada sekolah Cina, ada lagi sekolah Tamil, sekolah agama rakyat dan sekolah swasta cina. Dulu tidak ada langsung, kini tiap-tiap tahun dapat peruntukan.

Di sini, saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia, beranilah untuk berubah, kita tidak harus serah diri kepada nasib. Kita berhak menikmati peluang yang saksama. Kita tidak harus melutut untuk minta, kita harus bangkit dengan berani dan bermaruah untuk berubah! Kita tidak mahu ditipu lagi, berubah sekarang juga! Tengok, presiden MCA juga sudah berubah, pertama kali berdebat dengan Roket. Tetapi berdebat itu tidak penting, yang penting itu, beranikah MCA cakap 'Tak Nak' kepada UMNO?

Kenapa harus cakap 'Tak Nak' kepada UMNO? Kerana UMNO menggunakan sentimen perkauman dan agama, termasuk menyokong PERKASA untuk menghasut dan memecah-belahkan rakyat! Kedua, UMNO menyalahgunakan undang-undang yang menyalahi hak asasi manusia. UMNO rasuah, isu Kak Shahrizat dengan Lembu itu hanya 'tip of the iceberg'. Yang lagi serius itu, dalam 10 tahun yang lalu, sejumlah RM1 trillion wang haram (rasuah) telah dibawa keluar dari negara ini secara curi-curi. Yang ini (RM1 trillion) macam mana kira?

Seperti apa yang diakui oleh mantan presiden MCA Ong Tee Keat tentang MCA bekerjasama dengan UMNO, dulu MCA sekurang-kurangnya boleh makan semeja baki hidangan UMNO. Sekarang paling baik pun dapat cebis dan sisa roti sahaja.

Ramai Melayu tidak dapat menikmati pembangunan negara, tidak ada RM250 juta untuk menternak lembu, kerana terlalu banyak "buah-buah yang baik dimakan oleh kroni BN", rakyat hanya boleh tertunggu-tunggu, makan sisa buah!

Masalah yang dihadapi masyarakat Cina, saya percaya para hadirin pun tahu, berlonggok-longgok, kita semua tahu apa masalahnya. Selain daripada masalah sijil sekolah swasta (UEC) tidak diakui, sekolah Cina tidak mendapat peruntukan yang mencukupi, guru-guru yang tidak arif berbahasa Cina dihantar ke sekolah Cina, ada juga masalah guru sandaran yang belum diselesaikan. Oleh itu kesemua isu peluang yang tak saksama dalam ekonomi dan pekerjaan ini, saya percaya bukan sahaja orang Cina tetapi kaum lain juga menghadapinya. Oleh sebab itu kita harus mengambil peluang ini untuk berusaha dengan kaum lain untuk membawa perubahan.

Apa yang kita menitikberat sekarang adalah masa hadapan anak-anak kita. Masa depan generasi saya sudah dirompak BN selama 50 tahun ini, jangan biar masa depan anak-anak kita dirompak juga. Oleh itu, kita sedang menunggu peluang untuk berubah.

Pagi ini sebelum saya datang, saya beritahu anak perempuan saya, kalau ada peluang, saya hendak menjadi suara generasi muda kamu. Saya harap kita ada polisi yang terbuka untuk membolehkan kamu tinggal di sini, jangan berhijrah keluar lagi. Kita hendak menitikberatkan bakat. Ingat, hanya dengan menitikberat, menghargai dan memilih bakat, barulah masa depan Malaysia akan cerah dan makmur.

Kita lihat Korea Selatan, pada tahun 1970, pendapatan purata mereka hanya USD260 seorang, pada tahun 1970 Malaysia lebih baik, ada USD380. Tetapi sekarang Korea Selatan sudah melangkaui Malaysia, sekarang Malaysia mempunyai pendapatan purata USD7760, manakala Korea Selatan sudah mengecapi USD20,000!

Kenapa Korea Selatan boleh menjadi negara berpendapatan tinggi, tetapi Malaysia masih terkandas? Faktor terutama ialah Korea Selatan adalah negara demokrasi, ada sistem Dua Parti, ada peralihan parti pemerintah secara alternatif. Oleh itu, sekiranya kita mahu berubah, kita mahu Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi, kita perlu ada keberanian untuk bangkit dan berubah, ada keberanian untuk merealisasikan sistem dua parti. Jalan ini sememangnya tidak mudah, tetapi saya mahu mengingati semua, kerjasama kami dengan PAS, PKR adalah satu manifesto deklarasi yang bertulis, Ini sudah diumumkan kepada semua, PAS ada ideologi PAS, DAP ada ideologi DAP, tetapi jangan lupa, PAS tidak pernah membunuh walau seorang pun orang Cina. Ini realiti, biarlah kita bertabah hati, bertekad untuk berubah, walaupun susah, tetapi demi generasi muda, kita harus sempurnakan jalan perubahan ini! Sekian.

槟州首席部长于2012年2月22日在吉隆坡发表的文告:

拿督斯里蔡细历是否勇于公布2012年2月18日与我辩论的马来文翻译辩论稿,以便让全马人民看清马华到底是不是种族主义,以及对我还有前马华总会长翁诗杰进行人身攻击?

拿督斯里蔡细历是否勇于公布2012年2月18日与我辩论的马来文翻译辩论稿,以便让全马人民看清马华到底是不是种族主义,以及对我还有前马华总会长翁诗杰进行人身攻击?

今天,我公布我与蔡细历于"两线制是否成为两种族制?"辩论会上的辩论稿手抄本。我这么做是为了回应国阵控制媒体的诬蔑,他们扭曲我在辩论所说的话。马华所拥有的媒体《星报》终于在2012年2月21日,向我作出道歉,因为他们的专栏作者巴拉丹在题为"缺乏高潮的一昧博宣传"(All hype but no climax)一文中为蔡细历粉饰太平而诬蔑我。

因此,这篇辩论会马来文译稿非常重要,因为它揭穿种族主义及极端主义者恶意污蔑多元种族的行动党是种族政党的阴谋,虽然马华如同巫统与印度国大党才是真正的种族政党。辩论全稿如下:

槟州首席部长林冠英与马华总会长拿督斯里蔡细历医生辩论:

辩题:两线制会否成为两种族制?

首先,我感谢主办当局主办电视辩论,开创马来西亚民主政治的新里程碑,电视辩论是民主进程的重要部分,我希望从今天开始,电视辩论将能像欧美国家一样,成为大马民主的常态。

因此我认为,全马来西亚的观众想要见证的,不只是我们今天辩论的,想要见证的是首相纳吉跟安华的辩论,谁不敢辩论的话,就别想当首相。

蔡总有提到说行动党是被回教党利用,但是如果大家有注意到,在马来选区,巫统时常讲,回教党被行动党利用。我相信这就是国阵的技俩和肮脏手段。

我在这里要强调,在民联,不管是行动党、回教党或公正党,我们没有互相利用,我们只是准备被人民利用罢了。我们没有反马来人,也没有反非马来人,我们只是反贪污腐败。

今天的辩题"两线制会否成为两种族制",其实我感觉到这个主题有点奇怪,因为现在已经是两种族制了,我们要把它变成两线制。但他却倒转过来讲。

两种族制就是国阵治理大马的理念和精神,看看国阵,从独立到今天,就是把国民区分为"马来人"和"非马来人",这就是分而治之。副首相慕尤丁说,"我是马来人优先,才是马来西亚人。"难道,"一个马来西亚"是这样的咩?这个根本是欺骗马来西亚人,这就是两种族制!

相反的,两线制是为理念、为理想及原则,不分种族,大家都是马来西亚人。

在国阵,巫统只顾马来人,马华只顾华人,印度国大党只照顾印度人,民政党呢— 不知道在顾什么人。。。国阵就是你照顾你的种族、我照顾我的种族,这就是两种族制!

相反的,两线制是四海之内皆兄弟,大家互相照顾,每个马来西亚人都是一家人。

巫统时常喊"马来主权",难道马华看不到,听不到,感觉不到,因此不敢阻止。结果我们看作是"寄居"的,没有权力住在马来西亚。

民联与国阵不同,我们不认同"马来主权",我们赞同的是"人民主权"。安华不只是对非马来人社会,也敢敢在马来社会高喊"人民主权",我不知道,任何巫统领袖,能不能够不喊马来主权,喊人民主权?

当人民或民联揭发贪污滥权,质疑警方与反贪委员会没有采取行动,却被攻击为挑战马来人机构,这就是两种族制!因为贪污是不会有肤色歧视的。Ahmad Sabaini,那个关税局的官员,不是人吗?

民联肃贪,国阵要贪。民联会确保清廉领袖及廉洁政府,包括公布财产、公开招标,这才是两线制!最重要的是抓真正的贪官,而不是冤枉无辜的赵明福。

我的对手常说,"他族在朝、华族在野"。这是错的。其实是:"国阵马华在野,民联火箭在朝"才是马华最担心的事。现在,不只是华人支持民联改朝换代,马来人也一样,如果是获得少过40%马来人支持,根本没可能会有政治海啸。我相信,我也不会站在槟城成为当首席部长,蔡总也不会当总会长啦。

在一个民主制度,两线制就是要政党轮替,让国阵下台做反对党,让民联上台做政府! 如果民联做不好,五年后,让人民也有权利换政府!这个才是两线制!政党轮替,大家过更好的日子!

回答主持人问题:

我们谈两线制就是要政党轮替,如果说马华做不好,你们下来,让另外一个政党上来。如果这个政党做得不好,也一样拉它下来。而且我们的原则是,如果民联有机会做政府,我们要减轻人民的负担。如果我们做政府,我们就废除南北大道和槟城大桥的过路费。同时,确保给沙巴和砂拉越的石油税增加, 从5%到20%。我知道,自从槟州开始给100块制度化拨款给乐龄人士,国阵抄袭。不单单国阵联邦政府抄袭,连马华也抄袭。现在不只是要感谢总会长蔡细历,也要感谢槟城政府啊。如果我们能够执政中央,全马来210万的乐龄人士,民联保证每一年制度化给1000块!政党轮替的好处,就是以政策来衡量,我们要成为政策州(Policy State),而不是一个警察州(Police State)!

回答民众的问题

大家都知道,民联开始执政霹雳州时,先实行送地养校,同时发给新村居民永久地契和帮助贫穷者,但是自从国阵上台后,就全部被推翻。所以,我认为,马汉顺你没有资格提出质问。

槟州民联政府兑现所有的大选承诺,至于双溪育收费站,大家都知道,这属于联邦政府的权限,让我们有机会执政中央,我们就会废除它。虽然我们无权废除收费站,可是我们建了另一条替代道路,让人民避开收费站,不必须要缴交过路费。

槟城的政绩,308后,大家都可以看到、摸到、感觉到我们做出的改变。在半岛,第一个安装中文双语路牌,就是在槟州。全马来西亚,第一个淡米尔文路牌,也是在槟州;第一次的阿拉伯文路牌,也是民联政府做的。

回答蔡细历的提问:

肃贪这方面,我们最称职,槟州零度贪污,是国际透明组织承认的。没有吃钱,就是没有吃钱。我看这就是我和蔡总的分别,他对贪污不紧张,我就很紧张。

民联有什么计划来带动经济发展,我要拿槟城"四两拨千斤"的经济管理系统,确保槟城年年有财政盈余。什么是"四两拨千斤"?就是钱钱钱钱,第一是"钱筹钱",邀请私人界参与政府伙伴计划来筹钱,减少开销。"钱赚钱",就是公开招标,节省开销,槟城的廉政甚至被国际透明组织和国家总稽查司表扬。还有"钱生钱",以创意革新的方式生钱。最后是"钱省钱",只要不"吃钱"就能省钱",找更多的钱来惠及人民。

这4年来,四两拨千斤的"钱钱钱钱",使到槟城每一年赚钱,我们能够回馈乐龄人士每年100令吉、逝世后继承人1000令吉、宝贝计划200令吉等等。国阵执政槟州一分钱都没给,但是现在四两拨千斤的管理,我们能够让人民受惠,因为他们获得反贪污的红利。

如果我们能够肃贪,真正肃贪而不是越肃越贪,我相信我们能够省更多钱,槟城是最好的证明。我们如果敢敢肃贪,我们一定有钱拿。谢谢。

总结

首先我要针对一些指责说槟州政府没有批地给华小,我看这是自欺欺人。因为这个是有证据,而且学校也能够证实。不要忘记槟州政府现在是制度化拨款给各源流学校,除了华小、淡小、人民宗教学校,还有独中。之前根本没有,现在确实每一年有获得拨款。

我在这边,我要呼吁全马人民,有勇气改变,我们不应该认命。我们有权力享受平等的对待的机会,我们不应该再跪下来求,而是要勇气、有尊严的站起来求变。我们不要再被骗,现在就要改变。你看,连马华总会长也要改变噢,第一次跟火箭辩,当然是辩论的辩。可是跟火箭辩论不重要,重要的是,马华敢不敢跟巫统说"不"?

为什么要跟巫统说不?

因为

1.这些年来,巫统通过种族和宗教情绪,包括支持极端的Perkasa来煽动和分裂人民

2.这些年,巫统通过滥权和违反人权的法令

3.这些年,巫统通过巫统贪污腐败,莎大姐的养牛事件只不过是冰山一角。更严重的是,这10年来,有超过一兆令吉的黑钱被偷偷拿出国。这个跟人民怎样算?

因为,好像前总会长翁诗杰承认,在马华和巫统合作下,以前最少马华还能够跟巫统同一桌吃饭的时候,能够吃到剩下来的菜,现在最多啊(为了)要吃饱,只是希望能够拾到面包屑。

许多马来人也无法享有国家发展的果实,没有2亿5千万令吉来养牛,因为太多的果实被国阵的朋党吃掉,人民只能排排坐,吃白果!

所以华社面对的问题,我相信大家也知道,华社面对的问题一箩筐,天知地知,你也知我知,华社的问题是什么。除了统考不被承认,华小拨款不足、不谙华文的教师被调去华小教书、还有临教的问题到现在还没有获得解决,所以这些经济就业教育的不平等对待,我相信不是单单华裔面对,我们友族也时面对,所以我们应该趁这个机会,跟友族联和在一起,敢敢带动改变。

我们现在要重视的是,我们要确保我们孩子的将来。我们的将来已经给国阵抢掉剥夺50年,不要让我们的孩子同样被剥夺,所以我们正在等这个机会。

今天早上,我还没来之前,我跟我女儿讲,如果有机会,我要成为你们这一代年轻人的喉舌。希望我们有开明开放的政策让你们留下来,不要你们再外流。(我们要)重视人才,不要只是重视木材,记得,只有重才、惜才、选秀才,马来西亚才能发大财啊。

看看韩国,韩国1970年比马来西亚差,它的总平均收入(人均收入)只是260美元,在1970年马来西亚还比韩国好(有)380美元,但是现在不是单单韩国追上来(还)超越马来西亚,现在马来西亚7千760美元,韩国已经是两万(美元)啊!

为什么韩国能够成为高入息的国家,马来西亚还是卡在那边?主要原因是因为韩国属民主(国家),有两线制,有两党轮替,所以如果我们要改变,我们要马来西亚成为高收入国,我们应该有这个勇气,站起来。有这个勇气,我们有这个勇气实现两线制,这条路当然是不容易,但是我要提醒大家,我们跟回教党、公正党合作,是以一个白纸黑字的共同宣言,这个是早早就公布出来,回教党有回教党的理念,行动党有行动党的理念,可是不要忘记,回教党没有杀过一个华人,这是一个事实,让我们坚持下去,不惜改变,辛苦是辛苦,为了下一代要走完这条路,不经一翻寒彻骨,焉得梅花扑鼻香,谢谢各位!

1.6 Million Penangites Deserve Full Credit For The Historic Feat Of Penang Being No. 1 In Malaysia In Manufacturing Investment For The 2nd Consecutive Year In 2011.(en/bm/cn)

Posted: 21 Feb 2012 09:57 PM PST

Press Statement By Penang Chief Minister Lim Guan Eng In Komtar, George Town On 22.2.2012.

1.6 Million Penangites Deserve Full Credit For The Historic Feat Of Penang Being No. 1 In Malaysia In Manufacturing Investment For The 2nd Consecutive Year In 2011.

The Penang PR state government congratulates 1.6 million Penangites who deserve full credit for the historic feat of making Penang No.1 in Malaysia in manufacturing investment for the 2nd consecutive year in 2011. This is a marvellous and incredible achievement for the second smallest state in Malaysia without any natural resources.

Minister of International Trade and Industry Datuk Seri Mustapa Mohamad announced that Penang topped manufacturing investment for the second year running with RM9.1 billion surpassing the targeted RM6.1 billion. In 2010, Penang became top in manufacturing investment in Malaysia for the first time in history with RM12.2 billion.

Penang's achievement in being No. 1 for the second consecutive year is unexpected. The state government has focused on consolidating our human resources and building up capacity to attract critical sectors that are knowledge-intensive, high-tech and high-value added in electronics, LED lighting, renewable energy such as solar energy, avionics and aerospace, medical devices and biotechnology.

The PR Penang state government is proud to be part of this historic success and would continue CAT governance based on Competency, Accountability and Transparency. Open competitive tenders and public declaration of assets by Penang government leaders have inspired confidence amongst investors of our political commitment towards good and clean governance as well as personal obligation to integrity in leadership.

The PR Penang state government wishes to thank Minister of International Trade and Industry Datuk Seri Mustapa Mohamad and MIDA for their co-operation with InvestPenang. The late Tun Dr Lim Chong Eu should not be forgotten for his legacy in laying the foundation of an industrial state that has enabled the present government to build on this singular success.

The PR Penang state government will continue to build human talent by focusing on training, retraining, retaining and attracting new talent. Further upgrading of logistics and infrastructure both physical and digital is also needed. At the same time, the development of the SME sector will only intensify with the expected completion of the Penang SME Center in June this year that offers cheap rentals to technological start-up companies.

For the first time ever, MIDA introduced a new measurement indicator of "total investment" which included manufacturing, services and primary sectors. In this new category of "total investment", Penang lost out narrowly to Sarawak which received a huge boost from oil and gas investments. Sarawak attracted some RM14.35 billion in total investment last year, to Penang's RM14.038 billion. Petronas alone invested RM6.7 billion in Sarawak as compared to minimal investments for Penang.

Despite not having such primary sectors investments, Penang only lost out by RM300 million to Sarawak due to the surprising strength of Penang's services sector. The services sectorhas been identified by the state government as one of the twin engines of economic growth together with manufacturing. Penang hopes to see the services grow to more than 50% of GDP by 2020.

US newswire Bloomberg had in October 2011 described Penang's growth into Malaysia's "biggest economic success" despite the federal government's focus on Johor and Sarawak. The Penang state government is willing to share this success with the Federal government for the benefit not only of 1.6 million Penangites but for all Malaysians who will benefit from the increased tax receipts.

— BM Version —

Kenyataan Media oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada 22.02.2012 di Komtar, George Town

1.6 juta rakyat Pulau Pinang berhak mendapat penghargaan berhubung pencapaian bersejarah Pulau Pinang menjadi nombor 1 di Malaysia dalam pelaburan bagi sektor pembuatan untuk tahun ke- 2 berturut- turut pada tahun 2011.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang mengucapkan tahniah kepada 1.6 juta rakyat Pulau Pinang yang berhak mendapat penghargaan untuk pencapaian bersejarah Pulau Pinang menjadi nombor 1 dalam pelaburan sektor pembuatan untuk 2 tahun berturut- turut pada tahun 2011. Ini merupakan satu pencapaian yang menakjubkan dan luar biasa bagi negeri kedua terkecil di Malysia yang tidak mempunyai mana- mana sumber asli.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad mengumumkan bahawa Pulau Pinang mengungguli pelaburan sektor pembuatan untuk tahun kedua berturut- turut dengan RM9.1 bilion melepasi sasaran RM6.1 bilion. Pada tahun 2010, Pulau Pinang unggul dalam pelaburan sektor pembuatan di Malaysia buat pertama kalinya dalam sejarah dengan jumlah sebanyak RM12.2 bilion.

Pencapaian Pulau Pinang menjadi nombor 1 bagi tahun kedua berturut- turut merupakan sesuatu yang tidak diduga. Kerajaan Negeri telah memberi tumpuan kepada pengukuhan sumber manusia dan membina kapasiti untuk menarik sektor- sektor kritikal yang berpengetahuan intensif, berteknologi tinggi dan bernilai tinggi dalam elektronik, lampu LED, tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga solar, avionik dan aeroangkasa, peranti perubatan dan bioteknologi.

Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bangga menjadi sebahagian daripada kejayaan bersejarah ini dan akan meneruskan pentadbiran CAT yang berasaskan Cekap, Akauntabiliti dan Telus. Tender terbuka yang kompetitif dan pengisytiharan aset oleh pemimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memberikan inspirasi keyakinan di kalangan pelabur terhadap komitmen politik kita ke arah urus tadbir yang baik dan bersih serta tanggungjawab peribadi terhadap integriti dalam kepimpinan.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad dan MIDA atas kerjasama mereka dengan InvestPenang. Mendiang Tun Dr Lim Chong Eu juga seharusnya tidak dilupakan untuk legasi beliau dalam meletakkan asas sebuah negeri industri yang telah membolehkan kerajaan sekarang membina setiap kejayaan.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan terus membina bakat manusia dengan memberi tumpuan kepada latihan, latihan semula, mengekal dan menarik bakat- bakat baru. Tambahan pula, penaiktarafan logistik dan infrastruktur fizikal dan digital juga diperlukan. Pada masa yang sama, pembangunan sektor PKS akan lebih hebat dengan siapnya pusat PKS Pulau Pinang pada bulan Jun tahun ini yang akan menawarkan sewaan murah untuk permulaan syarikat yang berteknologi.

Untuk pertama kalinya, MIDA telah memperkenalkan penunjuk pengukuran baru iaitu "jumlah pelaburan" yang merangkumi sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama. Dalam kategori baru "jumlah pelaburan" ini, Pulau Pinang tewas tipis kepada Sarawak di mana Sarawak menerima rangsangan yang besar daripada pelaburan minyak dan gas. Sarawak menarik kira- kira RM14.35 bilion dalam keseluruhan pelaburan tahun lepas manakala Pulau Pinang sebanyak RM14.038 bilion. Petronas sahaja melabur sebanyak RM6.7 bilion di Sarawak berbanding pelaburan yang minimum untuk Pulau Pinang.

Walaupun tidak mempunyai pelaburan dalam sektor utama, Pulau Pinang hanya kehilangan sebanyak RM300 juta kepada Sarawak disebabkan kekuatan yang mengagumkan dalam sektor perkhidmatan Pulau Pinang. Perkhidmatan sektor telah dikenal pasti oleh Kerajaan Negeri sebagai salah satu enjin berkembar dalam pertumbuhan ekonomi bersama- sama dengan sektor pembuatan. Pulau Pinang berharap dapat melihat perkembangan perkhidmatan lebih 50% daripada KDNK menjelang tahun 2020.

Agensi berita US Bloomberg pada Oktober 2011 telah menyifatkan pertumbuhan Pulau Pinang ke dalam "kejayaan terbesar ekonomi" Malaysia walaupun Kerajaan Persekutuan memberi fokus kepada Johor dan Sarawak. Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersedia untuk berkongsi kejayaan ini dengan Kerajaan Persekutuan demi manfaat bukan sahaja kepada 1.6 rakyat Pulau Pinang tetapi juga untuk semua rakyat Malaysia yang akan mendapat manfaat daripada peningkatan resit cukai ini.

—- Mandarin Version—

槟州首席部长林冠英于2012年2月22日在乔治市发表声明:

槟城在2011年破记录,连续第二年蝉联制造业所获投资额全马居冠,这是160万名槟城人的集体功劳。

槟州政府要恭贺160万名槟城人,他们在2011年破记录,连续第二次在制造业投资额排名全马居冠。这对于全马第二小、没有天然资源的州属而言,真是一项神奇及令人难以相信的成就。

槟城连续第二年,蝉联制造业所获投资额全马居冠,是出乎意料的。州政府一直努力汇集我们的人力资源及加强我们的吸引高知识、高科技、高附加价值的重要领域如:电子电气、LED灯管、可再生能源如太阳能、航空业、医疗业及生物科技。

槟州民联政府能够成为这项成功历史的一分子,并持续秉持我们能干、公信及透明(CAT)的施政原则。槟州政府领袖推行公开招标及公布民选行政议员财产,增强了投资者对我们立志打造良好施政及廉洁领导的个人义务充满信心。

槟州民联政府要感谢国际贸易及工业部长拿督斯里慕斯达巴及大马工业发展局(MIDA)与投资槟城合作。我们也不应该忘记已故敦林苍佑为槟州工业打下的基础,让现在的政府可以取得这项成功。

槟州民联政府会继续栽培人才、留住人才、吸引人才。我们也必须提升物流及基础建设的硬体及数码功能。同时,随着槟州中小型企业中心将在今天六月完工,为新的科技公司提供廉价租金,将能够强化中小型企业。

大马工业发展局第一次采用新的"总投资额"指标,包括:制造业、服务业及原产业。在这个新的"总投资额"中,槟州略比砂拉越逊色,因为砂州吸引了许多石油、天然气相关的投资额。砂州去年吸引了143亿5000万令吉的总投资额,槟州为140亿3800万令吉。单单是国油在砂州的投资就已经达67亿令吉。

虽然槟州没有与原产业相关的投资,槟州所获投资额只比砂州少3亿令吉,这是因为槟州拥有强稳的服务业。服务业与制造业已经被州政府视为两大经济驱动器之一,州政府希望在2020年服务业的成长可以超过50%。

美国彭博社在2011年10月形容槟州的成长是马来西亚最大的经济成就,尽管联邦政府把焦点放在柔佛州和砂州。槟州政府愿意与联邦政府分享这项成就,它不只让160万槟城人受惠,也让全体马来西亚人民从所获的税收中受惠。

林冠英

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Kenyataan Media - Isu Perobohan Kuil Sri Maha Mariamman Di Kota Warisan

Posted: 22 Feb 2012 04:33 AM PST

KENYATAAN MEDIA YB DR XAVIER JAYAKUMAR
EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR
ISU PEROBOHAN KUIL SRI MAHA MARIAMMAN DI KOTA WARISAN

Kerajaan negeri Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat berpegang teguh dengan prinsip dan dasar kepimpinan yang tidak meroboh sebarang tempat ibadat tanpa rundingan bersama dengan pihak-pihak yang terlibat dan berkepentingan. Selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor pada Mac 2008 yang lepas, satu Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam Negeri Selangor telah ditubuhkan dengan diwakili oleh semua ahli-ahli agama masing-masing.

Selaku EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam, saya memandang serius tindakan perobohan kuil tanpa rundingan dengan pihak-pihak berkaitan dan berkepentingan.

Pada pagi ini arahan menghentikan kerja-kerja merobohkan sebuah kuil Hindu iaitu Kuil Sri Maha Mariamman yang terletak di Kota Warisan, daerah Sepang telah dibuat. Bagi memastikan isu sebenar perobohan kuil ini, saya serta pihak berkuasa Majlis Daerah Sepang akan hadir pada hari esok di kuil tersebut bagi menyiasat dan berbincang dengan pihak pemaju serta Ahli Jawatankuasa Kuil berkenaan.

Sementara siasatan dibuat, saya meminta supaya semua pihak bersabar serta tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan isu ini. Didapati telah ada beberapa pihak yang cuba mensensasikan kes yang masih dalam siasatan ini untuk meraih sokongan politik. Sebarang kenyataan dan dakwaan tidak rasional yang dikeluarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sebelum hasil siasatan diumumkan bukan sahaja dilihat berniat jahat malah boleh menimbulkan suasana tidak harmoni di kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.


YB DR XAVIER JAYAKUMAR
EXCO Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam


22 Februari 2012

Kenyataan Media - Isu Air Di Selangor

Posted: 22 Feb 2012 12:00 AM PST

Saya  merujuk  kepada  keratan  akhbar  bertajuk  'Air Lombong Tak Selamat'  akhbar  Berita  Harian  pada  17 Februari  2012  yang lepas.

Kerajaan Negeri ingin menegaskan disini bahawa kita komited untuk mengunapakai sumber air mentah dari sumber air bawah tanah, bekas lombong, air hujan dan  sungai yang telah "dirawat" yang merupakan sumber air mentah yang banyak terdapat di negeri Selangor bagi menampung keperluan Rakyat Selangor .

Umum sudah sedia maklum bahawa usaha Kerajaan untuk mengunakan  air lombong dan sumber-sumber air yang lain perlu dirawat terlebih dahulu sebelum dijadikan 'air minum' (potable water) berdasarkan piawaian dan standard keselamatan dan kesihatan  di negara ini dibawah  Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan (ISO 22000:2005), Titik Kawalan Kritikal Analisis Bahaya (MS1480:2007) and Amalan Pembuatan Baik (MS 1514:2009).

Ia merupakan satu tohmahan yang berniat jahat (mala fide) dan sikap buruk sangka sesetengah pihak yang secara semberono  mengandaikan bahawa Kerajaan Negeri membekalkan air yang tidak selamat untuk diminum kepada rakyatnya.

Tambahan lagi, selain dari Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sebuah agensi kerajaan negeri yang mengurus selia air mentah di Negeri Selangor, kita juga mempunyai agensi Kerajaan Pusat  seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Jabatan Kesihatan yang juga memantau dan bertanggungjawab menjaga kepentingan dan keselamatan pengguna dalam mendapatkan bekalan air yang selamat untuk diminum.

Kita amat bersetuju dengan cadangan bahawa sebarang perbincangan berkaitan penggunaan air bekas lombong atau potensi penggunaan air dari sumber-sumber lain harus difokuskan kepada faktor kos dan manfaatnya.   

Professor Datuk Dr. Zaini Ujang menyentuh secara imbas  dengan mengatakan bahawa proses rawatan air lombong membabitkan kos yang besar sedangkan kita berpendapat bahawa ianya terlalu awal untuk bersetuju dengan beliau bilamana tidak terdapat sebarang kajian  terhadap  'cost-benefit  analysis' dibuat oleh mana-mana pihak sebelum ini.
 
Warga Selangor khasnya dan Rakyat Malaysia umumnya harus "di sedarkan"  bahawa Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor (PPAMPS) yang dipercayai bernilai RM8 Bilion adalah 'TERLAMPAU MAHAL' untuk ditanggung oleh Rakyat Malaysia.
 
Dari perspektif ekonomi, kita berpendapat bahawa Rakyat Selangor akan dibebankan untuk "membayar" harga air yang dibekalkan oleh Pahang disamping Kerajaan Negeri akan kehilangan hasil pendapatan (revenue) dari royalti air kerana tidak mengeluarkan sumber air mentah dari dalam negeri sendiri.

Kita sekali lagi ingin tegaskan di sini bahawa isu air ialah KEKURANGAN AIR TERAWAT dan bukannya SIMPANAN AIR, maka mengambil air dari Pahang yang menelan  RM8 Bilion tidak akan menyelesaikan masalah.

Kita seringkali mengingatkan kerajaan Persekutuan bahawa fokus sebenar ialah menaiktaraf infrastruktur loji sediada untuk meningkatkan kapasiti.

Kita juga ingin tegaskan lagi bahawa Kerajaan Selangor tidak mahu "diseret untuk terlibat sama" dalam komitmen Kerajaan Persekutuan melaksanakan projek PPAMPS dimana ianya dilaporkan bahawa kerja-kerja membina terowong telah selesai dilaksanakan di sebelah negeri Pahang.

Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai yang telah kita perolehi, kita dimaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan sedang menghadapi 'tekanan hebat' dari pelabur Jepun untuk segera menyiapkan 'projek mega' tersebut kerana sebahagian besar dana dari pinjaman telah digunakan. 

Kerajaan Selangor berpendapat bahawa kos RM8 Bilion tersebut akan memberikan lebih manfaat dan tambah nilai sekira ianya di gunakan untuk pemulihan Sungai Klang yang merupakan sumber air mentah yang belum diterokai terbesar di Negeri Selangor.  

Dalam masa yang sama Kerajaan Selangor sedang menjalankan kerja-kerja pemulihan Sungai Klang untuk dijadikan sumber air mentah dalam masa terdekat.


Disediakan oleh:
Y.B Tuan Dr. Xavier Jayakumar
Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Penerangan yang sangat jelas. Kalau tak terima juga kemungkinan hati sudah tertutup. Na'uzubillah

Posted: 22 Feb 2012 04:21 AM PST

Apakah Islam dan Nabi Islam Muhammad s.a.w menggalakkan perjuangan yang bersifat perkauman? Islam agama universal ini wajarkah dikaitkan dengan "jihad perkauman" yang telah mencetuskan pelbagai perbalahan sepanjang sejarah?
Wajarkah Islam dikaitkan dengan perjuangan perkauman? Sehingga semasa saya di Malaysia baru-baru ini, dalam seminar bersama para penulis maya, seorang tokoh agama berjawatan tinggi dalam forum melahirkan rasa tidak puas hati kerana di Tanah Melayu ini ada masjid India, Benggali dan Cina. Kelihatan, begitu sekali Islam itu diacuankan secara perkauman sehingga menafikan hak budaya muslim kaum lain. Untuk menjawab persoalan ini, saya ingin sebutkan beberapa noktah berikut:
1. Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir samada untuk dia menjadi Arab, atau Melayu, atau Inggeris atau India atau selain itu. Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang. Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya. Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil. Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu. Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu. Allah menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya) "dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15).
2. Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan, hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukan titih keturunannya. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua. Sabda Nabi s.a.w: "Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas "ajam (yang bukan arab), atau "ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan" (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Jika hal ini tidak dihayati, perkauman atau racism akan berlaku. Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah. Diskriminasi seperti ini pernah berlaku di Amerika, sehingga Martin Luther King dalam pidatonya yang terkenal "I have a dream" menyebut: "I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character". Maka, berdasar dua asas di atas, apa-apa sahaja tindakan atau pembahagian ekonomi dan social yang berasaskan bangsa terdedah kepada unsur-unsur ketidakadilan disebabkan faktor di atas. Hakikatnya, menilai berdasarkan agama lebih luas dari berasaskan bangsa. Kemudian, menilai keperluan kehidupan berdasarkan latar ekonomi seseorang lebih luas dari penilaian berdasarkan agama atau bangsa.
3. Tujuan Allah menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain. Firman Allah: (maksudnya) "Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13). Lihat dalam ayat ini, Allah memanggil "Wahai manusia!". Panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan. Kata Sayyid Qutb dalam menafsirkan ayat ini: "Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah. Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu "Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu". (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq). Maka, apa-apa sahaja tindakan atau peraturan yang boleh membawa permusuhan kaum, atau permusuhan atas dasar bangsa dan etnik, maka ia menjurus kepada unsur ketidakadilan yang ditolak oleh prinsip asas Islam.
4. Tiada kaum yang boleh menganggap mereka "lebih tuan" dalam ertikata racial supremacy. Adapun hadis Nabi s.a.w: "Para pemimpin dari Quraish" (Hadis sahih riwayat Ahmad, al-Tabarani, al-Baihaqi dll) tidak boleh dijadikan hujah ketuanan sesuatu bangsa. Hadis ini bukan soal ketuanan, tetapi soalan kemampuan dan pengaruh politik diambil kira dalam perlantikan pemimpin. Oleh kerana Quraish mempunyai pengaruh dan kemampuan politik dalam kalangan Arab ketika itu, maka mereka paling layak. Dalam masa yang sama Nabi s.a.w bersabda: "Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah" (Riwayat Muslim).
Hadis ini menafikan ketuanan kaum (racial supremacy) tertentu.
5. Di samping itu, kita hendaklah tahu bahawa setiap mukmin itu bersaudara tanpa mengira bangsa dan puak. Hak-hak persaudaraan Islam telah ditentukan oleh Allah dan rasulNya. Nilai persaudaraan ini hendaklah sentiasa kita pegang. Perbezaan keturunan dan bangsa tidak boleh menjejaskan hal ini. Inilah asas perpaduan yang terpenting. Inilah perpaduan yang menyelamatkan kita dunia dan akhirat. Firman Allah: (maksudnya) "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah-belah; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara jantung hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara (persaudaraan Islam). Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu darinya (disebabkan nikmat Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Surah Ali "Imran ayat 103).
Menolong seseorang berdasarkan agama memberikan ruang yang lebih terbuka daripada menolong seseorang berdasarkan bangsa. Ini kerana seseorang boleh memilih agamanya, tetapi tidak boleh memilih bangsanya.
Menolong kaum dalam Islam
Setelah kita faham dan beriman dengan asas-asas yang disebutkan di atas. Bertindak berteraskan asas ini, maka tidaklah menjadi kesalahan jika kita dalam masa yang sama berusaha memajukan bangsa atau keturunan kita dengan syarat kita tidak menzalimi dan menghina kaum yang lain.
Dalam Islam pun, harta pusaka juga diwarisi oleh kaum keluarga. Kita juga disuruh menghubungkan silaturrahim sesama keluarga dan al-Quran juga menyuruh kita membantu keluarga di sudut harta.
Firman Allah: (maksudnya) "Maka (sebagai tanda syukur) berikanlah kepada kaum kerabatmu, miskin dan orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredhaan Allah dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Surah al-Rum, ayat 37)
Nabi s.a.w juga memuji sikap tolong menolong dalam memajukan atau membantu kaum atau puak sendiri, dengan syarat tidak menzalimi puak yang lain. Sabda Nabi s.a.w: "Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ertinya, walaupun Islam menentang "asabiyyah namun Islam tidak menentang usaha membantu dan memartabatkan kaum sendiri, jika ada keperluan ke arah itu dan tidak membawa kepada pemusuhan antara puak dan kaum. Adapun asabiyyah sebenarnya adalah sikap berpuak yang membawa kepada membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada kepada pihak lain. Sikap fanatik puak itu mungkin menjelma dalam bentuk bangsa, ataupun parti politik, atau mazhab, atau kumpulan atau apa sahaja yang fanatik dan menolak kebenaran orang lain.
Sabda Nabi s.a.w: "Sesiapa yang berperang di bawah rayah "immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada "asabiyyah atau marah kerana "asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah". (Riwayat Muslim). Rayah "immiyyah (bendera kebutaan) adalah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil, namun membela atas dasar ketaksuban. Ertinya, jika ada ciri demikian maka itu "asabiyyah yang dilarang; samada perjuangan parti atau perjuangan kaum.
Maka, bukan sahaja perjuangan politik bangsa boleh menjadi "asabiyyah, perjuangan atas nama Islam jika fanatik dan menolak kebenaran hanya kerana keputusan parti juga boleh dinamakan "asabiyyah.
Usaha memartabatkan kaum bukan prinsip perjuangan tetapi boleh menjadi keperluan sementara yang dilakukan apabila keadaan mendesak seperti yang berlaku kepada kabilah al-Asy'ariyyin dalam hadis di atas.
Sebab itu al-Quran bukan sahaja menyebut membantu kaum kerabat yang susah, tetapi juga membantu golongan miskin, orang musafir yang kesusahan tanpa dikaitkan dengan kaum kerabat atau bangsa.
Ertinya; prinsip Islam mengatasi segalanya termasuk isu bangsa. Perjuangan bangsa jika bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam yang disebutkan tadi adalah diharamkan. Namun, usaha memartabatkan bangsa jika tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti prinsip persaudaraan Islam, keadilan untuk semua dan tidak menghina bangsa lain, maka ia diizinkan, bahkan terpuji.
Namun, berjihad menentang kaum lain atas nama bangsa, bukan ajaran Islam.
* Dr Mohd Asri Zainul Abidin ialah bekas Mufti Perlis

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


MISI DUN SEJAHTERA DI KG. BAHAGIA

Posted: 22 Feb 2012 02:41 AM PST


TELUK INTAN, 19 Februari - Meneruskan agenda DUN Changkat Jong, DUN Sejahtera, kalii ini misi tersebut telah diteruskan lagi di Kg. Bahagia dekat sini. Misi tersebut adalah kerjasama dengan PAS Cawangan Kg. Bahagia.

Sebanyak 13 buah rumah telah diziarahi di sekitar kampung tersebut yang merupakan salah sebuah kampung yang terbesar di Hilir Perak. Misi DUN Sejahtera telah diketuai ADUN Changkat Jong, isteri beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua Muslimat kawasan, Timbalan Yang Dipertua kawasan, Ketua Cawangan PAS Kg. Bahagia, ahli-ahli jawatankuasa PAS Kawasan, cawangan, muslimat dan pemuda.
YB Anuar menyantuni seorang warga emas di Kg. Kebun Limau, Kg. Bahagia.

Menziarahi seorang isteri warga Kampuchea yang lumpuh.

Sedikit sumbangan sebagai tanda prihatin.

Beramah mesra dengan seorang warga Kemboja di Lorong 9B, Kg. Bahagia.

Antara rumah yang diziarahi ialah penduduk miskin, warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya dan uzur. Rombongan tersebut juga sempat menziarahi keluarga Kampuchea dan Kemboja yang telah lama bermastautin di kampung tersebut.
Misi tersebut tanpa mengira fahaman politik.

Menziarahi keluarga India di Lorong Sivakumar, Lorong Masjid.

Mendengar masalah seorang OKU.
Memberi kata perangsang kepada OKU Mohd. Fadhli di Taman Seri Murni.

Di samping bertanya khabar, YB Anuar serta pimpinan parti turut mendengar masalah-masalah penduduk yang ditemui serta menyampaikan mesej dakwah dan politik. Terserlah pada wajah rakyat yang ditemui penuh dengan harapan di sebalik penderitaan yang dialami sejak UMNO/BN memerintah negara.
Menyantuni anak yatim.

Menziarahi seorang OKU yang baru terkena strok.

Menggunakan motorsikal melalui lorong yang sempit.

Walaupun suasana cuaca hujan namun ia tidak mematahkan semangat rombongan misi ini untuk tetap meneruskan apa ang telah dirancang. Misi yang bermula jam 9.30 pagi itu telah berjaya ditamatkan pada jam 1.30 petang dengan kepuasan terpancar pada setiap ahli rombongan misi demi merealisasikan DUN Changkat Jong DUN Sejahtera.

intanhijau.blogspot.com

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on AJ & Rashdan: What “COST CUTTING”? – Part 1 by merry x-mas

Posted: 22 Feb 2012 10:28 AM PST

Once upon a time, MAS used to be a GLC that employed family members and relatives or fellow school buddies..

Except for the pilot and cabin crew post which either you need a qualification to fly the airplane or you’re presentable enough to be a cabin crew, the rest of the departments are full of inter related staffs.

Then, when one did not follow rules at work, the other will just closed one eye as the money made or lost in MAS is not their problem.

Wastage and abuse of power by MAS staff were rampant then, but with lesser competitor and lower operation cost then, they still break even.

Remember then in the mid 90s when Aviation industry was a profit making business, Petronas has to pump in money to MAS,( being a national carrier) in order for them to be able to let their aircrafts fly.and save the face of the leaders. Later, a public listed company was asked to take over MAS and the saga continue.

The rot was partly started by MAS staff themselves long time ago and they should not totally blame it on the others.

Comment on AJ & Rashdan: What “COST CUTTING”? – Part 1 by Razak of MAS

Posted: 22 Feb 2012 10:13 AM PST

Of course, the facts show that Rashdanis more than a crony. He is also a budak suruhan. Please look at his track records as shown by the postings by YB.

I will also say that Rashdan is just a crony. I am sure that every one will agree that he is just a bloody a brainless crony without maruah at all otherwise he will not be doing what he had done.

Comment on AJ & Rashdan: What “COST CUTTING”? – Part 1 by salvatore.svs

Posted: 22 Feb 2012 10:11 AM PST

Congrat YB you r a true savior..ezpecially on Q MAS.AK. ..you surely get me and my family vote.
Not like the rest MP as the Italian say”the house on fire lets warm our self up”
TF already send his trojan horse in MAS.they will kill inside out.

Comment on AJ & Rashdan: What “COST CUTTING”? – Part 1 by weechookeong

Posted: 22 Feb 2012 10:02 AM PST

Parameswara

Thank you for your comments.

Whether Rashdan is a crony of Tan Sri Azman Mokhtar or not, please look at the facts that have been published. He was the ex-business partner of Tan Sri Azman Mokhtar in BinaFikir Sdn Bhd. In 2002 after the inception of BinaFikir it was commission to do the WAU project, which was a failure. Then in 2008 BinaFikir was sold to Maybank for RM8 million. Rashdan was absorbed into the set up in Maybank. Subsequently he “LEFT” Maybank and his ex-partner parachuted him into Khazanah and he was appointed one of the director for investment. Immediately after the secret share swap, he was appointed to head MAS. Within a few days he rushed to London to sign the agreement to sponsor QPR for RM18 million when MAS was bleeding. We have been informed by Tan Sri Azman Mokhtar that MAS was bleeding very badly and needed the secret share swap to survive .

You mean no one else in MAS can head MAS except Rahsdan. You mean no one else in Khazanah except Rashdan is qualified to head MAS. You mean no other Malaysians except Rashdan outside Khazanah is qualified to head MAS at the material time.

What does Rashdan know about airlines business except the WAU project and yet he was handpicked by his ex-business partner, Tan Sri Azman Mokhtar.

When the sponsorship of QPR broke out, Tan Sri Azman Mokhtar defended the decision to sponsor QPR.

With all the blunders that Rashdan has made in MAS before AJ came into the pictures, nothing has been said by Tan Sri Azman Mokhtar.

Please check all your facts before you post your comment to defend your idol, Rashdan. You have been seen to have shifting the goal posts as a when other readers posted comments against your argument.

By the way, the link that you have provided shown that Rahsdan have made announcement about his several purchases of MAS share in December which he was obliged to announce under the law. The announcement did not mean anything to me and the readers except that Rahsdan is a rich man. I am sure that he has all the means to buy other airlines share too. Perhaps you might want to ask your idol which other airlines share that he has purchased if any.

Thank you for reading my blog.

Regards

wee choo keong

Comment on AJ & Rashdan: What “COST CUTTING”? – Part 1 by salvatore.svs

Posted: 22 Feb 2012 09:52 AM PST

Congrat YB you r a true savior..ezpecially on the quest of MAS.AK issuea.You surely get me and my family vote.
Not like the rest MP silent…. as the Italian says”the house is on fire lets us warm our self up”…
MAS have similar fate like the Roman..
TF already sent in his trojan horse into MAS to heist from inside out..You r right now everybody can join MAS..

Comment on AJ & Rashdan: What “COST CUTTING”? – Part 1 by arjuna waspada

Posted: 22 Feb 2012 07:57 AM PST

No To TONY
No TO Azman
No To Danny
No To Tony
No To Tony
No Yo Tony.
arjuna waspada
changklat lobak.

Comment on AJ & Rashdan: What “COST CUTTING”? – Part 1 by Parameswara

Posted: 22 Feb 2012 07:19 AM PST

You guys dont simply accuse Danny of being a crony. What is your basis?

Do you all know that he is working hard to ensure the equity from falling into the hands of crooks and cheats?

Dont believe – click here to see actual records;

http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/edmsweb.nsf/LsvAllByID/C474334120845166482579AC001F15DD?OpenDocument

Next time don’t open your mouth without evidence.

YB Wee, please take a moment to check the weblink above, be enlightened and then review what you have been slandering about this person before.

Comment on AJ & Rashdan: What “COST CUTTING”? – Part 1 by dragonlord

Posted: 22 Feb 2012 04:08 AM PST

Creating another airline is another good example of increasing cost rather than cutting cost. new airline need Managing Director, CEO, CFO, board of directors… Vice president this, vice president that… Etc… All need $$$ to pay their salary and allowance etc… Can make profit or not still in question? If can’t then get some Con- sultants as an adviser….

Comment on AJ & Rashdan: What “COST CUTTING”? – Part 1 by dragonlord

Posted: 22 Feb 2012 04:00 AM PST

Dear YB Wee,

Correction for the following: Termination of Firefly routes from KK to Japan, Korea and etc caused a lost revenue;

Should be “Termination of MAS routes from KK ….”

Comment on AJ & Rashdan: What “COST CUTTING”? – Part 1 by mas rian

Posted: 22 Feb 2012 01:09 AM PST

YB

Come to Sepang and Mas staff will surely vote for you come next GE.

You are damn right.

We dont need jokers like Amok, Danny, Aj, Mat Sabu and Khalid Gagap.

Nuffnang