Rabu, 22 Februari 2012

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


SEJARAH PERKEMBANGAN TAFSIR PADA ZAMAN RASULULLAH SAW, SAHABAT DAN TABIIN

Posted: 22 Feb 2012 01:00 AM PST

29 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

2.1 TAFSIR PADA ZAMAN RASULULLAH SAW

Rasululullah saw adalah pengasas kepada tafsir al-Quran kerana berperanan menjelaskan ayat-ayat yang tidak difahami. Firman Allah:
44. dan kami turunkan kepadamu Al Quran, agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang Telah diturunkan kepada mereka[829] dan supaya mereka memikirkan,

[829] Yakni: perintah-perintah, larangan-larangan, aturan dan lain-lain yang terdapat dalam Al Quran.

Firman Allah:

64. Dan kami tidak menurunkan kepadamu Al-Kitab (Al Quran) ini, melainkan agar kamu dapat menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan itu dan menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.

Nabi saw telah menerangkan kepada para sahabat baginda makna-makna al-Quran sebagaimana baginda menjelaskan kepada mereka lafaz-lafaznya

2.2 TAFSIR PADA ZAMAN SAHABAT

Setelah Rasulullah saw wafat, tugas mentafsir al-Quran dipikul oleh sahabat. Mereka merupakan golongan yang paling arif tentang tafsir selepas kewafatan rasul saw tetapi pentafsiran mereka tidak sama. Berikut adalah sepuluh orang sahabat yang terkenal dalam bidang tafsir

(a) Khulafa al-Rasyidun
(b) Ibn Masud
(c) Ibn Abbas
(d) Ubayy bin Kaab
(e) Zaid bin Thabit
(f)Abu Musa al-Asyari
(g) Abdullah bin al-Zubayr

Sebab tafsir kurang pada zaman sahabat

(a) Mereka mentafsirkan al-Quran mengikut suasana dan peristiwa
(b) Tahap penguasaan bahasa yang tinggi
(c) Kefahaman aqidah yang mantap

Nilai Tafsir Zaman Sahabat

(a)Tafsir sahabat bersumberkan hadith marfu dari rasululllah saw

(b)Apabila tidak di dapati daripada rasulullah saw sahabat akan berijtihad dan bertaraf hadith mauquf yang boleh diterima dan ditolak

(c)Perbezaan pendapat di kalangan sahabat tentang tafsir sangat sedikit berbanding perbezaan dalam soal hokum-hakam. Kebanyakan perselisihan merupakan perbezaan keanekaragaman dan pertikaian yang membawa padah.(Usul al-Tafsir:hal.5)
Contoh:

Firman Allah swt:

6. Tunjukilah[8] kami jalan yang lurus,(Surah al-Fatihah)

Terdapat beberapa tafsiran al-Sirat dalam ayat ini
Pandangan pertama: Ia adalah al-Quran atau mengikutinya berdasarkan sabda Rasul saw yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi bahawa ia adalah agama Allah yang kuat, peringatan yang berhikmah dan jalan lurus.

Pandangan kedua:Islam berdasarkan sabda Rasul saw dalam hadith al-Nawas bin Sam'an yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi:

Dan Allah memberi satu perumpamaan: Jalan lurus. Di kiri kanan jalan ada dua pagar. Pada kedua-dua pagar itu ada pintu-pintu terbuka.

Pada pintu itu ada garis-garis kosong. Ada seorang penyeru yang menyeru di atas jalan. Dan seorang penyeru yang menyeru di tengah jalan. Maka dikatakan jalan lurus adalah Islam, kedua-dua pagar adalah hudud(batasan-batasan Allah); pintu yang terbuka adalah larangan-larangan Allah; penyeru di tengah jalan adalah kitabullah, penyeru di atas jalan adalah nasihat Allah kepada hati setiap orang mukmin."

Pandangan ketiga: Jalan lurus adalah Rasulullah saw
Pandangan keempat: Ahli sunnah wal Jamaah

Pandangan kelima: Jalan ubudiyyah(ibadah kepada Allah)
Pandangan keenam: Perkataan orang yang berkata:Taat kepada Allah dan rasul-Nya.
Dan lain-lain yang mana semua pandangan ini adalah tafsiran kepada al-Sirat dan menunjukkan kepada satu nama yang sama dan perbezaan adalah mereka menyifatinya dengan sifat-sifat yang berbeza yang dikandung oleh nama itu.(Usul Tafsir hal.10-11)

(d) Tafsir pada zaman sahabat hanya mengulas ayat-ayat secara umum tidak secara terperinci

(e) Para sahabat tidak mengeluarkan sebarang hukum daripada maksud ayat.
(f) Tafsir-tafsir dan huraian mereka terhadap sesuatu ayat tidak ditulis dan dibukukan. Apa yang ditulis hanyalah al-Quran dan al-Hadith sahaja.

(g)Pentafsiran sahabat adalah bergantung kepada asbab al-nuzul(Sebab turun sesuatu ayat)

(g) Periwayatan sahabat daripada ahli kitab
Pandangan pertama: Sahabat sangat jarang menyebut riwayat ahli kitab jika dibandingkan dengan tabiin.

Pandangan merupakan pandangan Ibnu Taymiyyah dalam Usul al-Tafsir dan Dr. Nur al-Din Itir professor al-Quran dan al-hadith di Universiti Damsyik.

Menurut Dr.Nur al-Din al-Itr pengaruh ahli kitab bermula pada zaman sahabat. Namun para sahabat tidak berminat untuk mengetahui riwayat-riwayat ahli kitab secara terperinci. Mereka tidak bertanya semua perkara daripada ahli kitab dan mereka tidak menerima kesemuanya berasaskan pesanan nabi saw seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari:


لاَ تُصَدِّقُوا أَهْلَ الْكِتَابِ وَلاَ تَكَذَِبُوهم وَقُولُوا آَمَنَّا بالله
"Janganlah kamu benarkan dan kamu dustakan mereka dan katakanlah kami beriman kepada Allah"

Pandangan kedua: Ahli kitab bukan sumber tafsir sahabat.
Pandangan ini merupakan pandangan Profesor Dr. Fadal Hassan Abbas. Menurutnya sumber tafsir di kalangan sahabat: al-Quran, al-Sunnah, bahasa Arab, asbab al-Nuzul dan pemerhatian yang tajam. Ahli kitab tidak menjadi sumber periwayatan sahabat seperti pandangan beberapa pengkaji.

Hal ini berpunca dari ketegasan Rasul saw supaya sahabat member perhatian kepada al-Quran. Kenyataan yang menyatakan sahabat meriwayatkan dari ahli kitab dalam tafsir tertolak dengan beberapa dalil:

1) Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, al-Hakim dan al-Baihaqi suatu ketika nabi saw masuk ke masjid dan baginda mendapati mereka sedang berkumpul mendengar ucapan seorang lelaki lantas baginda bertanya: "Apa ini?. Mereka menjawab: Beliau sedang menerangkan tentang keturunan Arab. Baginda bersabda:

"Ini ilmu yang tidak bermanfaat. Sekiranya tidak diketahui tidak memudaratkan. "
Kemudian baginda berkata: Ilmu pada tiga perkara: Ayat yang muhkamat(terang hukumnya), fardu yang dilaksanakan dan sunnah yang diikuti.
Sekiranya ilmu berkaitan keturunan pun dikatakan oleh nabi sebagai ilmu yang tidak bermanfaat

2) Semasa Rasul saw melihat Saidina Umar membaca lembaran dari kitab taurat, baginda murka dan berkata:

" Jangan Tanya sesuatu dari ahlil kitab, sesungguhnya mereka tidak memberi hidayah kepadamu kerana mereka telah sesat, dengan mengambil riwayat dari mereka, anda mungkin mendustakan suatu yang benar atau anda membenarkan sesuatu yang batil. Demi Allah sekiranya Musa bersama kamu maka pasti Musa akan mengikutiku.

3) Imam al-Bukhari meriwayatkan bahawa Ibn Abbas berkata:
" Wahai orang-orang Islam! Bagaimana kamu bertanya kepada ahli kitab sedangkan kitab kamu yang diturunkan Allah ke atas nabinya, berita yang terkandung di dalamnya merupakan yang terkini, kamu membacanya dan kamu tidak akan .

Dan Allah telah memberitahu kamu bahawa ahli kitab mengubah ayat Allah dengan tangan mereka. Mereka mendakwanya dating dari sisi Allah semata-mata untuk mendapat habuan yang sedikit, apakah pengetahuan ini tidak akan menghalang kamu dari bertanya kepada mereka. Tidak demi Allah kita tidak melihatpun seorang dari mereka bertanya kepada kamu tentang kitab yang diturunkan kepada kamu.'

4. Ibn Kathir menyebut dalam kitabnya al-Bidayah wa al-Nihayah bahawa Saidina Umar member amaran kepada Kaab bin al-Ahbar menghentikan kisah-kisah ahli kitab dengan katanya:

لَتَتْرُكُنَّ الْحَدِيْثَ الأَوَّل أَو لأَلْحِقَنَّكَ بِأَرْضِ الْقِرَدَةَ

Samaada kamu tinggalkan perbicaraan dahulu atau aku hantarkan kamu ke bumi kera.

5. Diriwayatkan oleh Imam al-Thirmidhi mengulas berita yang disampaikan oleh Kaab bahawa Allah telah membahagikan kalamnya dan melihat Allah antara nabi Musa dan Muhammad alihima sallam. Aisyah r.anha berkata: " Telah berdiri bulu rambutku."

Daripada dalil-dalil yang dikemukakan jelas menunjukkan kepada kita bahawa para sahabat ketika mentafsirkan al-Quran mereka kembali kepada sumber-sumber yang telah disebutkan bukannya kepada ahli kitab. Sumber mereka adalah tulen walaupun riwayat yang sampai kepada kita sangat terhad.

roslan mohd/-

Bab 1 ilmu Tafsir satu pengenalan

Posted: 22 Feb 2012 12:53 AM PST

29 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

PERHATIAN: SEBAHAGIAN AYAT AL-QURAN HANYA SAYA SERTAKAN TERJEMAHAN SAHAJA
BAB 1 : ILMU TAFSIR SUATU PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

1.1 Pengertian Tafsir

(a) Bahasa: Tafsir dari segi bahasa berasal dari kata تَفْسِرا فَسَّر-يُفَسِّرُ-
Menurut Ibn Manzur:
"التَّفْسِيْرُ كَشْفُ الْمَرَادِ عَنِ اللَّفظِ الْمُشْكِل"
" Menerangkan maksud lafaz yang tidak jelas."

(b) Istilah:
" عِلْمٌ يُفْهَمُ بِهِ كِتاَبُ الله الْمُنَزَّلُ عَلَى نِبِيِّهِ مُحَمَّدٌ وَبَيَانُ مَعَانِيهِ واسْتِخْرَاجُ أَحْكَامِهِ وَحِكَمِه"
" Ilmu untuk memahami kitab Allah yang diturunkan ke atas nabi Muhammad saw dan menjelaskan maknanya serta mengeluarkan hukum-hukum dan pengajaran yang dipetik dari al-Quran"

1.2 Kepentingan mempelajari ilmu tafsir:

(a) al-Quran sangat tinggi bahasanya sehingga kita sukar memahaminya, justeru memerlukan pentafsiran daripada Rasulullah saw, sahabat, tabiin dan ulama
(b)Memahami makna-makna al-Quran dengan lebih sempurna dan tepat
(c) Mengambil dan mengeluarkan hukum yang terkandung di dalamnya.
(d) Mengelakkan seseorang dari memahami ayat dengan cara yang salah atau menyeleweng dari maksud yang sebenar.

1.3 Ilmu-ilmu yangdiperlukan oleh seorang pentafsir

(a)Ilmu bahasa
(b) Ilmu Qiraat
(c)Ilmu Usuluddin
(d)Ilmu Usul fiqh
(e)Ilmu Asbab al-Nuzul
(f) IlmuNasikh-Mansukh
(g) Ilmu fiqh
(h) Ilmu hadith

1.4 Syarat pentafsir
(a)Aqidah yang selamat
(b)Tidak mengikut hawa nafsu
(c) Memulakan dengan mentafsirkan al-Quran dengan al-Quran diikuti dengan hadith, kata-kata sahabat, kata para tabiin
(d) Ilmu yang berkaitan al-Quran
(e) Kefahaman yang mendalam

1.4 Adab pentafsir
(a)Ikhlas
(b) Beramal
(c) Berakhlak mulia

roslan mohd/-

Cuba teka, siapa PM?

Posted: 22 Feb 2012 12:50 AM PST

29 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

(Gambar yang sangat popular dalam Facebook Harakahdaily)

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Sekeping gambar mencerita seribu perkataan dan gambar ini telah menjadi antara gambar yang paling popular di kalangan penyokong Facebook Harakahdaily.

Gambar ini telah di'like' oleh 435 pembaca, dikongsi oleh 83 pembaca dan menerima 487 komen pembaca.

Apabila Harakahdaily menyiarkan gambar ini dalam Facebook, soalan yang ditanya mudah sahaja "Macam rasa ada benda tak kena saja dengan gambar ini.... Apa pendapat anda semua?"

Ekoran itu, pelbagai jenis tafsiran yang diberikan oleh pembaca dan yang paling popular adalah lambang siapakah Perdana Menteri sebenar antara Datuk Seri Najib atau isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Anda pula apa pandangan...anda tentukan sendiri.

harakahdaily/-

Solat orang sakit kena tahu cara duduknya

Posted: 22 Feb 2012 12:40 AM PST

29 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Dua tidak kali juga saya memerhatikan seorang pegawai keselamatan di hospital, solat dengan cara duduk sedangkan kaki kanannya melunjur ke hadapan. Satu hari saya menegurnya, "tuan kenapa dengan kaki tuan?" jawabnya, saya kemalangan dan dengan sebab itu saya tidak boleh lipat kaki seperti orang biasa.

Saya terus bertanya, tuan boleh berjalan dengan baik tetapi mengapa tuan tidak boleh solat berdiri? Jawabnya mudah, "kalau saya berdiri, sukar pula saya hendak duduk semula. Mungkin alasan itu boleh diterima dan caranya itu boleh memudahkan urusan solatnya.

Tetapi anda mungkin pernah bertemu dengan orang yang solat duduk di atas kerusi. Dia bawa kerusi itu dari rumah, malah mampu berjalan dengan baik. Setelah diletakkan kerusi itu dia duduk dan memulakan takbir. Sepanjang empat rakaat isyaknya dia solat dalam keadaan duduk. Sahkah solatnya?

Mari kita lihat rukun solat iaitu rukun pertama, berdiri tegak dengan tidak condong atau miring hinggakan sampai ke tahap rukuk tanpa keuzuran bagi mereka yang berkuasa berbuat demikian dalam sembahyang fardu.

Berdasarkan rukun itu, perlu kita tanya mereka yang solat duduk itu, adakah dia boleh berdiri? Dalam kes di atas tentu kita tidak perlu bertanya lagi kerana memang kita nampak dia boleh berjalan dengan baik. Ertinya dia boleh berdiri lama.

Jadi, bagaimana solat itu boleh terjadi kalau rukun pertama sudah tidak dipatuhi.

Inilah perkara yang jarang diperhatikan oleh umat Islam. Kita tidak nafikan amalan dalam Islam tidak membebankan umatnya. Perkara yang susah akan dimudahkan jika perlu, rukhsah namanya. Tetapi rukhsah itu ada syarat yang perlu dipatuhi.
Mari kita telitikan cara yang betul solat orang yang sakit sebegini.

Untuk dua kes di atas, mereka hendak berdiri terlebih dahulu. Lakukan rukun berikutnya dalam keadaan itu sehingga rukuk dan iktidal.

Untuk sujud, duduklah di atas kerusi atau melunjur kaki ke hadapan bagi yang duduk atas lantai. Kemudian tundukkan kepala ke hadapan setakat yang mampu. Bacalah zikir sujud seperti biasa. Kemudian duduk antara dua sujud dan lakukan sujud sekali lagi seperti pertama.

Untuk rakaat kedua, berdiri lagi sekali bagi yang duduk di atas kerusi, tetapi yang duduk melunjur bolehlah duduk dalam keadaan itu jika sukar untuk bangun semula.
Ulangilah amalan itu sehingga selesai empat rakaat, iaitu salam.

Merujuk kepada mereka yang duduk melunjur itu, bergantung kepada kesihatan dan kemampuannya. Jika dia boleh bangun semula tanpa menyusahkannya dan tidak mengganggu orang yang solat di sebelahnya (solat jemaah) hendaklah dia bangun berdiri seperti orang lain juga.

Walau bagaimanapun bagi mereka dalam kes di atas, jika untuk duduk melunjur pun perlukan bantuan orang atau boleh mengganggu jemaah lain bolehlah dia duduk sepanjang solatnya walaupun dia boleh berjalan dengan baik.

Perlu diingat juga, berdasarkan rukun di atas hukum berdiri ini ini hanya khusus untuk solat fardu sahaja. Ini bermakna untuk sembahyang sunat, berdiri tegak tidak diwajibkan sebaliknya hukumnya adalah sunat. Jadi, jika mampu solat berdiri, lakukan dengan berdiri.

Bagi mereka yang terus duduk, rukuknya hendaklah dengan menundukkan kepala ke hadapan sedikit dan bacalah zikir rukuk. Cara ini hendak dibezakan dengan sujud yang tundukannya sampai ke tahap yang paling bawah yang dia mampu.

Adalah diharapkan umat Islam dalam dalam keuzuran ini dapat memberi perhatian untuk solat akan datang. Ingatlah kalau solat tidak sah, bermakna ibadah yang lain boleh jadi tiada nilaiannya di sisi Allah. Selamat mencuba yang terbaik untuk Allah.

Ahmad Baei Jaafar

Mahkamah tolak permohonan Mat Sabu untuk ketepikan kes fitnah

Posted: 22 Feb 2012 12:30 AM PST

29 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

GEORGETOWN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu untuk mengetepikan kes fitnah mengenai isu komunis Bukit Kepong terhadapnya.

Beliau didakwa memfitnah anggota polis berkenaan dan keluarga mereka di Bukit Kepong, dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Ogos tahun lepas.

Hakim Mohd Amin Firdaus Abdullah dalam membuat keputusan itu juga menolak permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan kes bicara itu sehingga rayuan dikemukakan di Mahkamah Rayuan.

Hakim itu memerintahkan perbicaraan kes itu diteruskan di Mahkamah Sesyen, Butterworth. Mohamad Sabu, 57, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, memohon mengetepikan pertuduhan itu pada Januari lepas.

Pada 21 September tahun lepas, Mohamad Sabu dari Guar Petai, Tasek Gelugor, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Butterworth dan meminta dibicarakan.

Pertuduhan berkenaan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Beliau didakwa memfitnah anggota polis berkenaan dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, dengan mengetahui bahawa tohmahan yang dibuat akan
merosakkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka.

Mohamad Sabu didakwa melakukan kesalahan itu dalam ucapan kepada orang ramai pada 10 malam hingga 12 tengah malam 23 Ogos tahun lepas di hadapan Pusat Asuhan Tadika Islam Al-Fahmi, Markas Tarbiyah Pas, Padang Menora, Tasek Gelugor.

Sementara itu, peguam yang mewakili Mat Sabu, Muhammed Hanipa Maidin ketika ditemui pemberita berkata pihaknya akan memfailkan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim dan Yusaini Amer Abd Karim. - Bernama

'Buat malu sahaja kata Kelantan termiskin'

Posted: 22 Feb 2012 12:28 AM PST

29 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini bahawa Kelantan menjadi negeri miskin tercorot sejak diperintah kerajaan PAS adalah tidak wajar dan memalukan.

Katanya, adalah tidak molek untuk seorang pemimpin negara bercakap sedemikian apatah lagi dengan nada menghina negeri tersebut semata-mata kerana Kelantan diperintah oleh kerajaan PAS.

"Kita tak boleh lah berbangga ini negeri sudah tidak miskin lagi, negeri Kelantan sudah jadi termiskin.

"Saya tak nak dengar percakapan macam itu, buat malu sahaja," katanya yang lebih dikenali sebagai Ku Li ketika ditemui Harakahdaily semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Najib di satu majlis Lahad Datu, baru-baru ini kononnya Kelantan adalah negeri miskin tercorot dan bukan lagi Sabah, negeri dibawah bayu itu.

Najib berkata kedudukan tercorot itu bermula sejak negeri tersebut berada di bawah pemerintahan kerajaan PAS Kelantan.

"Kita boleh rasa seronok lah dengar berita ini, tapi takkan lah kita nak biar Kelantan menjadi negeri termiskin pulak.

"Apakah kita ini nak terus membanding satu negeri yang miskin dengan satu negeri yang lain. Sampai bila kita nak tengok negeri ini miskin," soal Ku Li lagi yang juga anak kelahiran Kelantan dan kini ahli parlimen Gua Musang.

Mengulas lanjut perkara itu Ku Li berkata, jika benar sekalipun Sabah sudah mengatasi Kelantan, seorang pemimpin negara sewajarnya memikirkan langkah penyelesaian untuk memajukan negeri yang didakwa tercorot itu, dan bukan hanya mengeluarkan kenyataan seolah-olah berbangga dengan perbezaan kedua-dua negeri tersebut.

Apatah lagi katanya majoriti masyarakat di Kelantan adalah Melayu dan sewajarnya dibantu.

"Macam Kelantan pulak, yang tinggal di sana anak Melayu. Takkan kita tak nak cari jalan nak perbaiki kehidupan orang Melayu di Kelantan berbanding dengan orang-orang lain.

"Kita juga nak pejuangkan anak-anak Melayu dapat nikmat daripada minyak (royalti) dan sebagainya supaya kehidupan mereka berubah dan taraf hidup mereka meningkat naik berbanding orang lain," tegasnya yang juga kini sebagai Presiden NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).

Sebelum ini, beberapa pihak turut menyelar kenyataan perdana menteri itu.

Ianya termasuk Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah yang mendakwa kenyataan Najib itu hanya membuka pekung dirinya sendiri sebagai pemimpin nombor satu negara.

Abu Hassan berkata, jika benar dakwaan itu, ia bermakna kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan kesemua negeri dalam Malaysia ini sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu.

"Sekira benar Kelantan ini negeri miskin mengikut kata PM DS Najib, maka ini bermaksud benar-benar gagalnya enam orang Perdana Menteri dalam memajukan setiap pelusuk tanah air, setiap orang dari rakyatnya.

"(Ini) kerana negeri Kelantan ini adalah salah satu negeri dalam gabungan 14 negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia, dan sama sekali bukan sebuah negeri yang berada di Thailand, atau Indonesia, atau Brunei, atau Kemboja, dan tidak mungkin sebuah negeri di Benua Afrika," coretnya melalui Facebooknya Hassan Hayastani.

Harakah Daily

Pencuri kereta polis dicekup

Posted: 22 Feb 2012 12:15 AM PST

29 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

ALOR GAJAH - Suspek bertindak berani melarikan kereta MPV peronda polis di Balai Polis Cawangan Trafik Alor Gajah, di sini, 16 Februari lalu, tertumpas selepas empat hari menyembunyikan diri.

Suspek berusia 35 tahun itu, diberkas selepas gerakan memburunya diketuai Pegawai Kanan Polis Alor Gajah, Asistan Supritendan Mohd Zulkifli Yusof, dilakukan di rumah kedai di Nilai, Negeri Sembilan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, polis menemui suspek, kira-kira 6.45 petang
"Operasi memburu berhasil selepas menerima maklumat daripada orang awam.

"Kami mengambil masa kurang sepuluh minit mengetuk pintu kerana suspek enggan memberikan kerjasama," katanya.

Umar Ali berkata, berlaku pergelutan, apabila suspek meronta untuk melepaskan diri.

"Suspek mengalami kecederaan di bahu kanan, kesan luka di tapak tangan kanan, jari telunjuk dan kelingking kiri serta kesan luka di kening kanan, selain tangan kanan bersimen akibat terbabit dalam kemalangan sebelum ini," katanya di Ibu Pejabat Daerah Alor Gajah, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah; Deputi Superintendan Abd Rahman Jid, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam / Ketua Trafik Daerah; Inspektor Mohd Zuki Abd Ghani dan Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Alor Gajah, Inspektor Khairul Idlan Azmi.

Suspek direman tujuh hari bermula semalam oleh Majistret Siti Suriatey Mohd Yusof.

Pada 18 Februari lalu, Sinar Harian melaporkan suspek hadir ke Balai Polis Cawangan Trafik Alor Gajah, untuk membuat laporan berhubung kemalangan menimpanya sebelum dikesan memiliki rekod jenayah.

Dia yang menyedari dirinya dikehendaki polis kemudian melarikan diri keluar, dan berjaya ditangkap. Namun suspek yang panik bertindak melompat ke tempat pemandu kereta peronda lalu memecut menuju ke arah Kelemak dan menghilangkan diri.

Sinar Harian

Penghantaran Terus Malaysia - Israel , Israel - Malaysia : Satu Jalan Perdagangan Rutin Biasa

Posted: 22 Feb 2012 12:00 AM PST

29 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Masih bisu dan terkedu, regim masih gagal menjawab penghantaran Sawit bagi membantu ekonomi Israel. Kini terbongkar satu lagi data apabila satu carian di laman web http://www.linescape.com/ telah menemukan dengan jadual sebuah syarikat perkapalan yang membuat penghantaran terus dari Israel ke Malaysia.

Penghantaran melalui sebuah syarikat perkapalan ZIM (yang punya kepentingan Israel) dibuat terus dari Haifa (Israel) terus ke Perlabuhan Kelang di Selangor.

Kita merisikokan nyawa rakyat Malaysia dengan menghantar Kapal untuk ditahan tentera Israel tetapi dalam pada masa yang sama kita membenarkan kapal dagang berkepentingan Israel terus berdagang dan membuat hantaran terus dari Israel ke Malaysia.

Dr. Mahathir minggu lepas konon mengatakan betapa data permedagangan Israel - Malaysia dibekalkan oleh Israel ialah sebuah tuduhan terdesak. (klik sini untuk baca lanjut). Lihat sahaja data kemasukan perdagangan Israel melalui kapal ZIM ini hanya memerlukan carian di ruang awam maka terdedahlah hipokrasi regim Umno.

SAMM bagi pihak rakyat Malaysia dan masyarakat dunia yang prihatin dengan nasib Palestin masih menuntut jawapan dari regim mengenai pendedahan Malaysia menghantar sawit bagi membantu ekonomi Israel. (klik sini untuk data).

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Masalah Penduduk Kampung Sungai Dalam Belum Dapat Diatasi

Posted: 21 Feb 2012 11:57 PM PST

29 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

MIRI - Kampung Sungai Dalam yang terletak dalam kawasan Lambir di Miri, terbahagi kepada dua bahagian iaitu Kampung Sungai Dalam A dan Kampung Sungai Dalam B. Kebanyakan penduduk di Kampung Sungai Dalam A adalah bumiputera Islam and Kampung Sungai Dalam B penduduknya majoriti bukan Islam.

Walaupun nama Kampung Sungai Dalam, tetapi sungai tersebut tidaklah sedalam seperti namanya disebabkan masalah hakisan tanah dan sebagainya. Loji Rawatan Air Lambir (134 MLD) yang di bawah pengurusan Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU) juga tidak jauh dari Kampung Sungai Dalam.

Masalah utama yang dihadapi penduduk Kampung Sungai Dalam adalah berkongsi bekalan meter air dan juga jalan masuk kampung yang agar sukar apabila musim hujan lebat. Kawasannya agar rendah dan mudah dilanda banjir kilat akibat peparitan yang agak sempit dan tidak terurus dengan baik.

Menurut penduduk yang tinggal di Kampung Sungai Dalam A dan B, mereka menghadapi masalah apabila tiba masa untuk membayar bil air, dimana mereka terpaksa membayar sama rata tanpa mengira berapa banyak air digunakan.

Mana-mana pihak yang tidak menggunakan air banyak pun kena bayar sama rata, ini menyebabkan mereka tidak puas hati dengan sikap pihak pengurusan LAKU yang tidak mengindahkan masalah mereka selama ini.

Sudah banyak kali mereka buat aduan kepada pihak berkenaan, tetapi langsung tidak ada sebarang tindakan diambil, sedangkan kampung yang berjauhan dari pusat rawatan air LAKU ada pemasangan air meter persendirian, sedang mereka yang tinggal berdekatan tidak dapat menikmati kemudahan tersebut.

Pemohon BR1M ditolak

Sepanjang lawatan PAS kawasan Miri ke kampung tersebut, kita dapati terdapat juga beberapa orang tua atau ibu tunggal yang tidak mendapat wang bantuan BR1M. Salah seorang daripadanya ibu tunggal, Ina anak Sampan, yang pernah memohon BR1M tetapi pemohonannya ditolak.

Beliau sangat kecewa dan mohon bantuan dari PAS, untuk menyuarakan masalahnya ke pihak yang berkenaan. Ramai lagi yang kita jumpai tidak layak atau permohonan mereka ditolak, antara sebabnya mereka tidak memiliki Mykad atau surat beranak.

Pihak kami juga dapati ramai juga penduduk asal dalam kawasan Miri dan Sibuti tidak memiliki surat beranak dan Mykad atau kad pengenalan.

Apakah tindakan kerajaan untuk membantu menyelesaikan masalah mereka yang tidak memiliki surat beranak dan Maykad ini? Adakah mereka akan terus terpinggir dan dibiar begitu saja tanpa sebab kerana ianya tidak mendapatkan keuntungan kepada pihak kerajaan atau pihak tertentu?

Menurut penduduk kampung yang kami temui mengatakan mereka tiada pilihan lain terpaksa memilih wakil BN pada masa lalu, kononnya berjanji untuk membangunkan tempat mereka tetapi sampai sekarang mereka tetap hidup dalam kedaifan.

Mungkin pilhanraya umum akan datang mereka berjanji mahu perubahan sebab mereka yakin ada calon yang lebih baik lagi untuk mereka buat pilihan selain calon yang lalu untuk membantu mereka menyuarakan masalah mereka di peringkat tertinggi. Mereka sudah bosan dengan janji-janji wakil yang mereka pernah pilih dulu.

Inilah masalah dan persoalan, yang kita sering dihadapi oleh masyarakat tempatan dan penduduk asal di Sarawak. Kehidupan mereka terabai, dan mereka ini seolah-olah macam pendatang tanpa izin disebabkan mereka tidak memiliki dokumen surat beranak dan Mykad seperti rakyat Malaysia yang lain.

Janganlah pihak kerajaan mengharap mereka yang miskin, lanjut usia serta serba daif ini datang ke Bandar semata-mata untuk mengambil wang BR1M tersebut, kerana kos perjalanan dan harapan mereka, untuk mendapat wang tersebut, belum tentu terjamin.

Jika mereka yang datang dari jauh tersebut terpaksa membayar kos perjalanan serta tempat tinggal, sekiranya gagal mendapat bantuan tersebut, pada waktu yang sepatutnya, memanglah tidak berbaloi dengan jumlah wang BR1M yang mereka perolehi.

Kita mendesak pihak kerajaan dan mereka yang bertanggungjawab terhadap kebajikan masyarakat, agar turun padang, dan bantu serta selesaikan masalah rakyat ini. Jangan hanya turun padang, apabila tiba musim pilihanraya semata-mata untuk mendapat sokongan dan undi dari rakyat.

Jika pihak kerajaan yang ada sekarang, gagal mengatasi masalah rakyat adalah lebih baik serahkan tugas dan tanggungjawab ini kepada mereka yang betul-betul jujur,amanah dan berjiwa rakyat agar rakyat tidak terus terpinggir dari arus pembangunan.

PAS akan sentiasa turun padang, mendengar sendiri masalah rakyat, walaupun kita tidak mempunyai kuasa untuk membantu dan menyelesaikan masalah rakyat sepenuhnya namun kita tetap berusaha membantu dan menyuarakan masalah rakyat ini ke pihak yang berwajib agar masalah rakyat ini dapat diatasi dengan segera tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Maka dengan ini, rakyat akan hidup dalam keadaan yang lebih baik dan selesa, sekiranya rakyat tahu menilai, siapa sebenarnya yang betul-betul membantu rakyat, sudah pasti kerajaan yang ada sekarang tidak akan mempermainkan masalah rakyat. Rakyat kena pandai memilih antara batu dan permata dalam Pilihanraya umum ke13 nanti. Jangan tersalah pilih lagi, nanti rakyat akan terus menderita tanpa penghujung.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

Bekas ketua IMF ditahan

Posted: 21 Feb 2012 11:50 PM PST

29 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KERETA yang dinaiki Dominique Strauss-Kahn dikerumuni ramai jurugambar akhbar di sebuah mahkamah di bandar Lille, Perancis semalam.

LILLE, Perancis - Polis Perancis menahan bekas ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn (gambar kecil) untuk disoal siasat semalam.

Strauss-Kahn disoal siasat berhubung dakwaan bahawa beliau mengambil bahagian dalam parti seks di Paris dan Washington, Amerika Syarikat dan berurusan dengan satu sindiket pelacuran di bandar ini.

Parti seks itu dibiayai oleh satu pasangan ahli perniagaan.

Strauss-Kahn berusia 62 tahun yang sebelum ini dilihat bakal menjadi Presiden Perancis bagi menggantikan Nicolas Sarkozy dipanggil menjadi saksi tetapi kini pihak pendakwa raya menyatakan dia kini menjadi seorang suspek.

Dia tiba di sebuah balai polis di bandar ini pada pukul 9 pagi waktu tempatan untuk disoal siasat mengenai peranannya dalam skandal seks terbaharunya itu.

Selepas Strauss-Kahn tiba, pihak pendakwa raya menyatakan dia akan ditahan tentang dakwaan mengambil bahagian dalam pelacuran dan menyalahgunakan dana syarikat.

Penahanannya mungkin berlanjutan selama 96 jam.

Mengikut undang-undang Perancis, terlibat dalam aktiviti pelacuran akan dikenakan hukuman penjara tujuh tahun.

Pada 14 Mei tahun lalu, Strauss-Kahn ditangkap semasa dia memegang jawatan sebagai ketua IMF atas dakwaan melakukan serangan seksual ke atas seorang pekerja wanita yang membuat aduan mengenai perbuatannya itu di sebuah hotel di New York.

Dia kemudian meletakkan jawatan ketua IMF.

Namun, dia dibebaskan atas dakwaan tersebut kerana kredibiliti wanita tersebut tidak boleh dipercayai. - Agensi

Durian runtuh: Peneroka diminta serah IC dan geran tanah

Posted: 21 Feb 2012 11:48 PM PST

29 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SLIM RIVER, 22 Feb: Peneroka Felda Sungai Behrang dekat sini dilanda kebimbangan berikutan tindakan pengurusan Felda agar menyerahkan kad pengenalan dan geran tanah mereka jika mahu menerima durian runtuh yang dijanjikan Perdana Menteri.

Dalam satu email yang dihantar oleh seorang peneroka Felda berkenaan, mereka mula menerima arahan itu semalam dan tarikh akhir mereka mesti serahkan adalah 24 Februari ini.

"Perhatian segera amat diperlukan. Kami, peneroka Felda Sg. Behrang, Slim River, Perak amat keliru dan bimbang sekarang ini.

"Mulai semalam, 21 Februari 2012 sehingga 24 Februari 2012 ini, kami diminta oleh pihak Felda untuk menyerahkan salinan kad pengenalan berwarna dan salinan geran tanah kami sekiranya kami ingin menerima habuah 'durian runtuh' yang dijanjikan oleh Felda dan Perdana Menteri," kata surat yang dihantar kepada Harakdaily.

Menurut surat itu, dalam tempoh sesingkat ini, mereka tidak diberi sebarang taklimat, kenapa perlu mereka menyerahkan dokumen tersebut.

"Adakah pihak Felda berniat untuk menggadaikan tanah kami untuk mencari modal bagi Felda Global Ventures Holding?" soal mereka curiga.

Jika sekadar ingin memberikan saham kepada mereka, kenapa perlu serahkan salinan geran tanah dalam tempoh segera?

"Bukankah pihak Felda sendiri telah memiliki segala butiran lengkap berkenaan kami?" katanya lagi.

Menurut penghantar email itu, baru-baru mereka sudahpun ditipu oleh Felda.

Pada 5 Januari 2012, lebih kurang 120 orang peneroka Felda Sungai Behrang peringkat ketiga yang bersetuju menebang pokok getah tua mereka dipanggil untuk menerima hasil jualan kayu getah.

Tetapi hasil jualan kayu getah tersebut telah
ditipu apabila sebanyak RM8000 telah ditolak daripada setiap seorang atas alasan, ia adalah arahan daripada pihak Felcra untuk melangsaikan
hutang yang peneroka sendiri tidak pernah sedar akan kewujudannya.

"Bayangkan RM8000 didarab dengan 120 orang peneroka. Banyak sungguh kami ditipu," katanya dalam surat itu.

"Isu serah geran ini sangat serius dan kami perlukan campur tangan segera pelbagai pihak yang sudi membantu sebelum ia terlambat," rayu beliau dalam emailnya kepada Harakahdaily.

Harakah Daily

Kubu Umno di Felda Palong 6 mula retak

Posted: 21 Feb 2012 11:40 PM PST

29 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Usaha PKR cuba menembusi skim Felda Palong di Negeri Sembilan sejak enam bulan lalu mula membuahkan hasil.

Jika jumlah hadirin yang menghadiri ceramah ketua umum PKR Datuk Seri Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbalannya Azmin Ali dan ketua sayap Wanita Zuraida Kamaruddin dijadikan ukuran, nyata sokongan terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat.

PKR dikatakan berjaya menambat hati peneroka terutamanya dengan memperjuangkan kepentingan mereka dan membela golongan itu berhubung tindakan undang-undang yang difailkan terhadap Felda.

Malam tadi, giliran PKR presiden Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bagi menggempur kubu Umno itu. Bertempat di Felda Palong 6, satu antara 6 yang membentuk kelompok dalam skim Felda tersebut, beliau berucap kepada ratusan hadirin.

Wan Azizah juga menyaksikan penubuhan cawangan PKR di Felda Palong 7 dan 8, serta menerima borang keahlian dari 50 orang.

Antara yang tidak dijangkakan adalah sambutan hangat yang diterima dari jawatankuasa masjid Felda Palong 5 - yang ahlinya sebelum ini terdiri daripada penyokong Umno - mereka turut menyertai majlis doa kesyukuran khas sempena pembebasan Anwar daripada tuduhan liwat pada 9 Jan lalu.

Salah urus

Wan Azizah pada ucapannya, sekali lagi menegaskan bahawa ketidakadilan dan serangan bertali arus dilakukan oleh Umno terhadap Anwar.

"Terdapat lebih penting isu yang dibelenggui Malaysia, seperti salah urus wang negara dan skandal mencecah jutaan ringgit yang membabitkan Perbadanan Fidlot Negara dan salah guna dana zakat...

"Namun Umno adalah lebih cenderung mencela Anwar setiap malam.

"Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber asli seperti minyak mentah. Kita perlu meningkatkan taraf hidup rakyat dan tahap pendidikan mereka," katanya.

Felda Palong terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Palong dan kini diwakili oleh ahli politik Umno, Datuk Aziz Samsuddin.

Kerusi DUN itu terletak dalam parlimen Jempol yang dipegang oleh Lilah Yasin.

Dua tahun lalu, apabila Anwar melawat Felda Palong 10, kira-kira 70 orang - termasuk jawatankuasa penganjur - hadir untuk mendengar beliau berucap.

Namun pada November lalu, tidak kurang 2,000 orang hadir di Felda Palong 6 untuk mengikuti ceramah oleh Ketua Pembangkang itu. Pada majlis itu, 412 peneroka menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PKR.

Felda Palong 6 kini mempunyai bilangan terbesar ahli PKR dalam kerusi DUN Palong.

malaysiakini/-

DAP dan PAS Ipoh Timur bekerja erat bantu mangsa banjir

Posted: 21 Feb 2012 11:30 PM PST

29 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

(IPOH) - Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tebing Tinggi, Ong Boon Piow bersama jentera PAS Kawasan Ipoh Timur dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur telah bekerjasama membantu mangsa banjir di Kampung Sri Kinta di sini.

Antara pimpinan PAS Ipoh Timur yang turut bersama adalah Naib Yang DiPertuanya, Roslan Sulaiman dan Ketua Pemuda PAS Ipoh Timur, Shahril Jamaludin serta pimpinan PAS Cawangan Kampung Sri Kinta.

Mereka telah menyampai sumbangan berupa barangan dapur kepada semua mangsa banjir yang terlibat berikutan air telah naik di Sungai Kuala Pari menyebabkan rumah mereka dinaiki air.

Ong telah menyampaikan sumbangan dalam operasi membantu yang telah digerakkan bersama tersebut yang turut dibantu oleh Roslan dan Shahril bersama Ahli PAS bagi melicinkan kerja-kerja pembersihan.

Pemuda PAS Ipoh Timur juga telah melancarkan tabung khas bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang terlibat dan berharap kepada orang ramai untuk turut menyalurkan sumbangan atas kejadian bencana tersebut.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam atas nama Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur - 08013010068528

safarizal saleh

Mayat lelaki Nepal dijumpai tergantung pada pokok

Posted: 21 Feb 2012 11:25 PM PST

29 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

MUAR - Seorang peniaga ayam terkejut apabila menjumpai mayat seorang lelaki tergantung pada sebatang pokok berhampiran jalan utama di Kawasan Perindustrian Parit Jamil, dekat sini, semalam.

Man Bahadur Tamang, 33, ditemui mati kira-kira jam 7.45 pagi oleh orang awam yang melalui jalan berkenaan.

Saksi kejadian, Raihan Ramzan, 37, berkata, pada mulanya dia menyangka objek yang dilihat hanyalah sebuah patung yang tergantung pada pokok tersebut.

Menurutnya, setelah diamati ia adalah mayat lelaki warga Nepal yang juga pekerja kilang perabot di kawasan perindustrian berkenaan.

"Saya sering kali menggunakan jalan ini untuk menghantar ayam proses kepada pelanggan di kedai berhampiran.

"Tetapi pada pagi kejadian, saya tergerak hati untuk memberhentikan kenderaan berhampiran pokok berkenaan selepas melihat objek tergantung pada pokok ini," katanya.

Raihan berkata, kebetulan sebaik sahaja dia memberhentikan kenderaan di tempat kejadian, seorang polis bantuan melalui kawasan itu.

"Dia (polis bantuan) yang menghubungi polis untuk memaklumkan penemuan ini," katanya.

Penyelia kilang tersebut yang hanya dikenali sebagai Stella ketika dihubungi berkata, Man Bahadur sudah lima tahun bekerja di kilang berkenaan.

"Sepanjang mengenalinya, Man Bahadur adalah pekerja yang rajin, tidak banyak karenah dan seorang yang pendiam. Beberapa hari sebelum ditemui mati, Man Bahadur tidak datang bekerja dan dia dipercayai ada masalah keluarga," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

"Ketika ditemui, mayat lelaki Nepal ini lengkap berpakaian, namun kami tidak dapat mengenal pasti punca kejadian kerana masih dalam siasatan.

"Hasil siasatan awal, tidak menemui sebarang bukti yang mengaitkan kejadian ini dengan unsur jenayah," katanya.

Mohamad Nasir berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat daripada Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

Sinar Harian

Penyenaraian FGVH bahaya kepada peneroka – Ku Li

Posted: 21 Feb 2012 11:25 PM PST

29 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat usaha kerajaan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia sesuatu yang bahaya kepada masa depan peneroka.

Ahli Parlimen Gua Musang itu yang ditemui Harakahdaily semalam berkata, beliau diberitahu banyak pihak bahawa apabila disenaraikan, bererti pemilikan harta khususnya tanah peneroka akan terdedah kepada pasaran terbuka.

Apabila terdedah di pasaran terbuka katanya, sesiapa sahaja termasuk pihak asing boleh datang untuk membeli saham tersebut dengan berapa harga sekalipun sekiranya mereka mampu.

Ianya akan menyebabkan peneroka bakal berdepan resiko kehilangan aset tanah-tanah mereka sekiranya pemegang saham menjual pegangan mereka.

"Kalau harga melonjak naik, pemegang saham nak rasa keuntungan, sudah tentu dia akan jual (kepada pihak lain)... bodoh la kalau tak jual untuk ambik kesempatan keuntungan.

"Akhirnya tanah yang kita miliki dahulu sudah hilang kerana orang lain sudah memiliki saham yang mempunyai hak ke atas tanah milik kita dahulu. Itu suatu yang bahaya!," katanya yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li.

Difahamkan, menurut pelan penyenaraian yang dijadual Mei ini, sebanyak 360,000 hektar tanah Felda Palantation dipajak kepada FGVH selama 99 tahun.

Selain kebimbangan hilang hak milik tanah, turut difahamkan Felda juga dijangka akan mengalami defisit tahunan sebanyak RM1.5 bilion Felda apabila menyerahkan tanah kepada FGVH.

Malah, mengulas lanjut, Ku Li yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, jika nasib mereka tidak baik, peneroka mungkin akan diusir dari tanah yang mereka diami dan usahakan selama ini.

"Ini mati hidup peneroka ke atas tanah yang mereka telah usahakan selama ini. Kalau tanah itu dijual oleh kerana saham dijual, maka kita tak ada lagi hubungan dengan tanah itu malah tak ada hak pun nak duduk di situ.

"Saya tak tahu kerajaan ada cara lain untuk menjamin hak peneroka supaya kekal, tetapi saya tak nampak," katanya yang juga presiden NGO Amanah.
LIHAT VIDEO
Penyenaraian: Peneroka berisiko hilang tanah

Harakah Daily

Keluarga sengsara bau racun

Posted: 21 Feb 2012 11:23 PM PST

29 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

TEROI - Seorang guru sebuah sekolah di sini tertekan apabila hidup dalam persekitaran yang dicemari bau racun daripada tapak pertanian berhampiran rumahnya.

Guru terbabit, Adam Md Ali berkata, dia telah tinggal di Kampung Sungai Malai di sini, sejak lapan tahun lalu dan sejak akhir tahun lalu, dia rasa tertekan dengan kegiatan pertanian yang dijalankan pemilik tanah bersebelahan rumahnya kerana sering terbau racun yang digunakan untuk kegiatan pertanian di situ.

Menurutnya yang mempunyai lima anak, kesan semburan racun di tapak pertanian itu, anak-anaknya sering demam dan mengalami kegatalan di kulit hingga terpaksa mendapatkan rawatan di klinik.

"Saya tidak menghalang kegiatan pertanian yang dijalankan namun meminta pihak berkenaan prihatin dengan masalah yang dialami saya sekeluarga yang terpaksa hidu bau racun dan membahayakan kesihatan.

"Mungkin pihak berkenaan boleh menggunakan kaedah atau teknik tertentu yang boleh mengurangkan kesan semburan racun ataupun mencari tapak tanaman di kawasan lain yang jauh daripada penempatan penduduk," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Sungai Malai, Pangiran Julaini Musa berkata, beliau pernah membuat aduan terbabit kepada pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Alam Sekitar dan Pejabat Kesihatan Daerah Yan namun tidak ada sebarang tindakan diambil.

Menurutnya, beliau juga pernah berbincang dengan pengusaha pertanian itu namun tidak mendapat kata sepakat yang boleh menyelesaikan masalah terbabit.

"Bukan sahaja Adam dan keluarganya yang mengalami masalah itu namun tempiasnya juga turut dirasai oleh jemaah Surau Kampung Sungai Malai.

"Semburan racun dilakukan pada waktu selepas Maghrib hingga ke jam 11 malam setiap dua atau tiga hari sekali. Pernah pada satu malam, jemaah sedang mengikuti kuliah agama di surau dan terpaksa dihentikan akibat mereka tidak tahan terhidu bau racun," katanya.

Sinar Harian difahamkan pengusaha pertanian berkenaan membeli tanah di situ untuk menanam pelbagai tanaman namun tidak menetap di situ.

Usaha Sinar Harian menghubungi pengusaha pertanian itu untuk mendapatkan maklum balas daripadanya gagal.

Sinar Harian

Sindiket curi kenderaan tumpas

Posted: 21 Feb 2012 11:21 PM PST

29 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - Polis Selangor menumpaskan sindiket curi kenderaan berpusat di Simpang, Taiping, Perak dalam serbuan pada 17 Februari lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, hasil penahanan tiga lelaki berusia 22 hingga 33 tahun di Rawang, 16 Februari lalu, polis berjaya mengesan sindiket terbabit yang dipercayai beroperasi sejak 1999.

Menurutnya, hasil ke atas pemeriksaan kereta dan tiga lelaki terbabit, mereka didapati memiliki pelbagai alatan mencuri.

"Dipercayai mereka merancang mencuri lori di kawasan berdekatan pasar raya di sini," katanya di Pusat Media, Ibu Pejabat Kontinjen Selangor, semalam.

Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor; Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, Ketua Polis daerah Gombak; Assisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah dan pegawai penyiasat Inspektor Mohd Aster Mohamad.

Beliau berkata, susulan tangkapan pertama, pihaknya berjaya menahan seorang lagi suspek berusia 25 tahun di Sabak Bernam, 17 Februari, lalu atas kesalahan mencuri.

Tun Hisan berkata, hasil maklumat daripada beberapa tangkapan, pihaknya berjaya menyerbu premis di Simpang, Taiping, Perak.

Menurutnya, pada hari sama, kira-kira jam 4 petang, pihaknya menahan lapan suspek berusia 18 hingga 40-an, termasuk seorang wanita dipercayai kerani kepada premis tersebut dan empat warga Bangladesh.

"Hasil pemeriksaan, kita menemui pelbagai komponen kereta dipercayai daripada kenderaan curi. Setiap enjin sudah dikikis nombor pendaftaran dan menyukarkan kita untuk mengenal pasti nombor tersebut," katanya.

Pada serbuan itu, pihaknya berjaya merampas 1,101 enjin lori, 102 enjin kereta, 30 kepala lori, 1,040 pintu lori yang dikikis nama syarikat, 3 buah lori, 128 buah kereta, 3 kepala kereta dan 13 anak kunci.

Menurutnya, premis tersebut dipercayai menjadi gudang simpanan kenderaan yang di curi dari beberapa kawasan. Beliau berkata, seorang lelaki dicari iaitu Muniandy R Chinnapan, 44, dari Taman Kota Jaya Simpang, Taiping, Perak dipercayai pemilik premis tersebut diminta tampil untuk membantu siasatan.

Tun Hisan berkata, 12 suspek berhubung kes ini ditahan reman sehingga 22 Februari ini dan disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Sinar Harian

Pemuda PAS Perak perkukuh hubungan dalam Pakatan Rakyat

Posted: 21 Feb 2012 11:20 PM PST

29 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

(IPOH) - Misi Dewan Pemuda PAS Negeri Perak di dalam mengukuhkan hubungan di dalam Pakatan Rakyat terutamanya di Negeri Perak diteruskan dengan mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat DAP Negeri Perak bertemu dengan Pemuda Sosialis DAP Negeri Perak kali ini.

Kunjungan diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Perak, Zawawi Hassan ini banyak membincangkan kerangka kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke - 13 nanti. Hadir sama adalah Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss; Setiausahanya, Salman Saleh dan beberapa Exco Pemuda PAS turut bersama.

Bagi pihak Pemuda DAP Perak pula diketuai oleh Ketuanya, Wong Kah Woh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Canning bersama beberapa orang Exconya. Perbincangan mesra tersebut sebahagian daripada pertemuan yang telah dilakukan sebelum ini bersama Angkatan Muda PKR Negeri Perak.

Antara perkara yang turut dibincangkan adalah berkaitan Manifesto Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Perak yang akan ditawarkan kepada generasi muda Perak di dalam Pilihanraya nanti.

SAFARIZAL SALEH
Penolong Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Kedai makan 2 dalam 1

Posted: 21 Feb 2012 11:18 PM PST

29 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

AMPANG - Taktik premis perju­­dian tanpa lesen berselindung di sebalik kedai makan untuk mengaburi pihak berkuasa akhirnya terbongkar, apabila diserbu Jabatan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang melalui Ops Dadu, malam kelmarin.

Pegawai Turus D7 IPPK Selangor, Deputi Superintendan Izwan Abdul Karim berkata, pelanggan yang ­ingin memasuki premis judi berkenaan perlu memasuki kedai makan itu.

"Premis itu juga telah mengubahsuai pintu masuk dengan membina pintu di bahagian tepi premis bagi menunjukkan seolah-olah ianya tidak beroperasi.

"Pintu masuk dipantau penjaga premis menggunakan sistem kamera litar tertutup," katanya.

Izwan berkata, premis berkenaan pernah diserbu sebelum ini, namun kembali beroperasi dua minggu lalu.

Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil ke atas pemilik premis dan operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

"Sabit kesalahan pemilik premis boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan melebihi RM100,000 bagi setiap mesin perjudian dirampas dan penjara tidak lebih lima tahun," katanya.

Sinar Harian

Padah salah naik komuter

Posted: 21 Feb 2012 11:16 PM PST

29 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - Akibat tersalah naik komuter, seorang remaja berusia 16 tahun bukan sahaja dilarikan lebih sejam, malah turut diikat dan dikurung dalam sebuah rumah terbiar, kira-kira 50 meter dari Stesen Komuter Pelabuhan Klang, 10 Februari lalu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Aisha (bukan nama sebenar) berkata, sebelum kejadian, dia serta rakannya Aida (bukan nama sebenar), 15, baru pulang dari sekolah dan merancang ke Jeram, Kuala Selangor untuk bertemu rakan sekolah lama mereka.

Setelah bertemu dengan rakan lama, dia dan Aida kemudiannya ke Stesen Komuter Klang untuk pulang ke Shah Alam, namun tersalah naik komuter yang menuju ke Pelabuhan Klang.

Aisha berkata, mereka hanya menyedari tersalah menaiki komuter setelah tiba di stesen Pelabuhan Klang. Menurut Aisha, mereka berpakat menunaikan solat Mahgrib di surau stesen tersebut terlebih dahulu sebelum berpatah balik ke Shah Alam.

"Kami berpecah. Saya ke tandas manakala Aida terus ke surau. Apabila keluar dari tandas, tiba-tiba mulut saya ditekup, sebelum ditarik ke belakang tandas oleh seorang lelaki berpakaian hitam, serta memakai topeng ski.

"Saya sangat terkejut tapi tak sempat buat apa-apa. Saya cuba untuk lepaskan diri tetapi lelaki itu sangat kuat dan tak mampu untuk melawan," katanya.

Katanya, keadaan terlalu gelap dan dia diheret melalui jalan kecil yang sunyi menuju ke sebuah perumahan flat berdekatan.

"Lelaki itu mengurung saya dalam sebuah bilik kosong serta ikat kedua-dua tangan dan kaki sebelum menyeluk poket baju sekolah dan merampas telefon bimbit," kata anak tunggal perempuan dari empat beradik itu.

Aisha berkata, lelaki terbabit seperti menaip sesuatu melalui telefon bimbitnya, sebelum mencampakkan telefon serta pisau atas almari lama di bilik berkenaan.

"Saya cuba untuk lepaskan diri dan berjaya buka ikatan tali di tangan serta kaki. Saya sangat panik dan bertindak mengambil telefon bimbit serta padamkan semua nombor yang disimpan, sebelum terdengar bunyi tapak kasut. Saya terus berlari sekuat hati, keluar dari situ dan menuju ke stesen komuter," katanya.

Menurutnya, apabila sampai di stesen itu, dia nampak Aida mundar-mandir dalam keadaan bingung, lalu terus menarik tangan rakannya itu dan masuk ke komuter yang kebetulan baru tiba di stesen tersebut.

"Saya menangis sambil menceritakan apa yang berlaku kepada Aida. Pada masa sama, ketika komuter sudah bergerak untuk ke Shah Alam, saya seperti ternampak kelibat penculik itu berdiri di sebelah tandas stesen seolah-olah sedang mencari-cari saya.

"Tidak lama kemudian, ibu menghubungi telefon bimbit Aida untuk bertanyakan sama ada sudah menemui saya atau belum. Saya sangat lega sebab masih dapat bercakap dengan ibu kerana langsung tidak terfikir akan selamat," katanya yang mengakui masih teringat-ingat serta bermimpi buruk ekoran kejadian tersebut.

Sinar Harian

Hack: Cepat Updated Password

Posted: 21 Feb 2012 11:15 PM PST

29 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Ini amaran yang dikeluarkan oleh Persatuan Hacker Sedunia mendesak semua blogger-blogger cepat-cepat tukau password anda yang lembik-lembik tu..

Sebab sekarang adalah musim hack....Ramai blogger dah kena hack. Semalam semasa aku blogwalking dengan bloglist aku ..Qif tu dah kena hack oleh Why So Serius Hacker... Kasihan dia.

Tapi yang paling teruk blogger Melaka tu ..blog dia kena remove .Baru dapat PR1 dah kena remove...issskkk. Terpaksa buat blog baru....Blog lama dia http://anakdarahmelaka.blogspot.com

Aku lak juga pernah kena hack gak masa nak dekat Hari Kemerdekaan tahun lepas tapi nasib baik cuma kena like page dia kat Facebook dan dia kasi password...huuuhu

So check balik password anda kasi kuat..Jangan kasi password yang senang diduga..
Sebagai contoh nama kau Abu..so letak password 12345abu.. tak boleh yekkkk
Paling cantik AXcc123...
Atau guna Google boleh check kekuatan password anda...
Tapi kalau nak kena juga apa nak buatkan...hehehehehehe

Gambar atas tu adalah hacker yang hack blog aku tahun lepas...
Nak menangis aku .....huhuuhuhu.
Aku serius ni cakap kat kau orang ni

selatan online/-

9 sahabat terpedaya ditawar diskaun tiket penerbangan

Posted: 21 Feb 2012 11:14 PM PST

29 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA KANGSAR – Terperdaya dengan tawaran seorang kenalan lama, sembilan sahabat, di sini, mendakwa ditipu dan mengalami keru­gian­ kerana diberi tiket penerbangan palsu setelah membuat tempahan secara online.

Seorang mangsa, Low Wei Lim, 25 berkata, dia dihubungi individu terbabit (seorang wanita), yang merupakan bekas rakan sekolahnya pada 13 Januari lalu menawarkan tiket penerbangan ke pelbagai lokasi di luar negara dengan diskaun menarik.

Menurutnya, individu terbabit yang didakwa tinggal di Karai, di sini, menghubunginya dan rakan-rakan lain menggunakan telefon serta laman sosial Facebook untuk mengemukakan tawaran berkenaan.

"Kami ditawarkan diskaun 50 hingga 90 peratus atas tiket yang ditempah berdasarkan destinasi pilihan dan pembe­liannya­ adalah secara online, melalui individu itu.

"Dia sebaya dengan saya dan mendakwa dirinya sebagai seorang agen tiket penerbangan yang boleh mendapatkan tiket penerbangan dengan kadar harga lebih murah," katanya ketika ditemui, di sini.

Katanya, disebabkan individu berkenaan merupakan rakan sepersekolahannya dan tawaran yang diberikan agak menarik, dia telah membuat tempahan tiket berkenaan.

Menurut Wei Lim, pembayaran untuk tempahan tiket berkenaan dibuat secara pemindahan wang melalui akaun simpanan, dan hanya salinan pembelian di Internet menjadi bukti pembelian.

"Setelah membuat pembayaran, saya mendapat tahu dari beberapa rakan lain yang tiket berkenaan tidak wujud, manakala individu terbabit cuba mengelak diri daripada berjumpa saya selepas berjaya menjual tiket berkenaan.

"Bukan saya sahaja, malah ramai rakan sekelas di seluruh negara ini diberi janji sama, manakala dua daripada rakan kami diberi tiket yang betul untuk mengaburi mata kami semua," katanya.

Tambah Wei Lim, semua yang tertipu telah membuat laporan polis di balai polis berhampiran tempat tinggal masing-masing dan menuntut individu berkenaan memulangkan wang mereka.

Menurutnya, dia dan rakan-rakan lain telah membuat tempahan tiket untuk ke pelbagai lokasi luar negara dan jumlah keseluruhan nilai tiket yang ditempa­h­ mencecah RM20,000.

Sinar Harian

Taktik bungkus dadah gagal

Posted: 21 Feb 2012 11:12 PM PST

29 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

TELUK INTAN - Taktik cuba mengaburi pihak berkuasa dengan membungkus dadah kepada bungkusan kecil di rumah milik keluarga gagal apabila premis diserbu polis, petang kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Mohamad Zaki Harun berkata, serbuan dibuat sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Polis Daerah (IPD) Hilir diketuai Detektif Subinspektor (DSI) Ku Ahmad Zamri Perak di sebuah rumah di Jalan Kampung Banjar, Taman Fajar kerana disyaki menyimpan dadah.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut, pihaknya menjumpai sebuah kotak tisu mengandungi 80 peket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin dan dianggarkan seberat 131.28 gram setiap satu di sebuah bilik tidur.
"Kami menahan tiga lelaki dan dua wanita untuk tindakan lanjut.

"Pihak kami turut membawa dua bayi berusia setahun dan dua kanak-kanak berusia empat tahun yang kini diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, semalam.

Mohamad Zaki berkata, kesemua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan polis dan kes itu disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan hukuman gantung sampai mati.

Dalam perkembangan lain, pihaknya turut menyerbu sebuah rumah di Batu 3 1/2 Jalan Changkat Jong, Ahad lalu, kira-kira 11.30 malam kerana disyaki menjadi tempat menyimpan dadah.

Menurutnya, pihaknya terpaksa memecahkan pintu jeriji dan pintu hadapan rumah itu setelah pemilik rumah enggan membuka pintu.

"Dua lelaki berlari keluar dari bilik tidur sebelah kiri dan menuju ke tandas dalam rumah berkenaan.

"Pintu tandas kemudiannya dipecahkan dan berjaya menahan seorang lelaki yang cuba membuang sepeket plastik lut sinar berisi heroin yang dianggarkan seberat 18.75 gram di dalam mangkuk tandas," katanya.

Mohamad Zaki berkata, pemeriksaan lanjut di bilik tidur menjumpai dua peket plastik lut sinar berisi bahan yang disyaki dadah jenis heroin dianggarkan seberat 26.52 gram dan sepeket plastik lut sinar berisi syabu kira-kira 2.54 gram.

"Selain itu, kami turut menjumpai sepeket plastik lut sinar yang berisi dadah jenis ganja dianggarkan 0.75 gram dan kesemua suspek dibawa ke IPD untuk tindakan lanjut," katanya.

Tambahnya, turut dirampas sebuah penimbang elektronik dan wang tunai sebanyak RM1,800 dan 1,420 bath.

"Hasil ujian saringan awal air kencing kepada seorang lelaki ini didapati positif morfin dan manakala seorang lagi positif meth.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B, 39A (1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibacakan Seksyen 34 Kanun Keseksaan," katanya.

Sinar Harian

Penjawat awam ditahan kes dadah

Posted: 21 Feb 2012 11:09 PM PST

29 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

GEORGETOWN - Dua kakitangan kerajaan antara empat yang ditahan dipercayai terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah selepas polis menemui ketulan ganja di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, kesemua mereka ditahan dalam satu pemeriksaan selepas sepasukan polis yang mengadakan rondaan cegah jenayah di kawasan Taman Datuk Syed Abbas, Jelutong.

Menurutnya, kereta itu ditahan selepas ia dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Kong Meng berkata, hasil pemeriksaan pada kereta yang dinaiki keempat-empat lelaki yang berusia 20 tahun itu, polis menemui satu ketulan mampat ganja seberat satu kilogram di bawah tempat duduk kereta berkenaan.

Kesemua lelaki yang berasal dari Kuala Lumpur itu datang ke sini semata-mata untuk mendapatkan bekalan ganja dipercayai untuk tujuan pengedaran.

"Kita percaya ganja yang bernilai RM2,500 itu untuk dipasarkan di Kuala Lumpur.

"Kesemua yang ditahan tidak mempunyai rekod jenayah dan mereka kini direman selama empat hari sementara siasatan lanjut dijalankan," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Kong Meng berkata, kes itu disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Sinar Harian

Debat: Adakah Soi Lek berani dedah teks penuh

Posted: 21 Feb 2012 11:05 PM PST

29 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Adakah Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berani mendedahkan sepenuhnya teks ucapan perbahasannya dengan saya pada 18 Februari 2012 dalam Bahasa Malaysia agar rakyat Malaysia dapat baca sama ada MCA bersikap perkauman serta melancarkan serangan peribadi bukan sahaja terhadap saya dan mantan Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat?

Hari ini, saya telah mengumumkan teks ucapan dan transkrip perbahasan saya dengan Chua yang bertajuk, "Adakah Sistem 2 Parti Akan Menjadi Sistem Dua kaum?". Ini adalah untuk menjawab usaha media massa yang dikuasai BN, yang putar belit ucapan saya dengan fitnah. Pada 21 Februari 2012 suratkhabar milikan MCA, The Star telah meminta maaf kerana fitnah dalam artikel Baradan Kuppusamy di bawah tajuk All hype but no climax? yang cuba mengindahkan Chua.

Teks ucapan ini adalah penting untuk menangkis tuduhan puak rasis dan ekstremis yang cuba menggambarkan parti berbilang kaum seperti DAP sebagai parti perkauman sedangkan sebenarnya parti MCA adalah parti perkauman sama seperti UMNO dan MIC. Teks ucapan penuh adalah seperti berikut:-


Pendahuluan, Lim Guan Eng:


Pertama sekali saya ingin mengucap terima kasih kepada penganjur kerana melangsungkan debat televisyen ini. Debat televisyen mencipta satu bab yang baru dalam politik demokrasi Malaysia kerana ia merupakan satu sifat penting dalam kemajuan demokrasi. Saya berharap mulai hari ini, debat televisyen akan menjadi satu fenomena umum yang lumrah dalam sistem demokrasi Malaysia seperti di Eropah dan Amerika Syarikat.


Oleh itu saya berpendapat bahawa, apa yang warga Malaysia benar-benar ingin saksikan, adalah debat antara Perdana Menteri Najib dengan Anwar, untuk melihat siapa yang sebenarnya lebih layak menjadi Perdana Menteri. Siapa tidak berani berdebat, jangan harap nak jadi Perdana Menteri!


Chua ada menimbulkan dakwaan bahawa DAP diperalatkan oleh PAS, tetapi jikalau tuan-tuan dan puan-puan perhatikan, di kalangan orang Melayu, UMNO mengatakan bahawa PAS diperalatkan oleh DAP. Oleh itu, hujah yang bercanggah sesama sendiri ini saya percaya merupakan taktik kotor BN. Saya ingin tekankan di sini, parti komponen dalam Pakatan Rakyat, biarpun PAS, PKR atau DAP, kami tidak memperalatkan sesama sendiri, kami hanya bersiap sedia untuk 'diperalatkan' oleh rakyat! Pada masa yang sama, kami bukan anti-Melayu, ataupun anti-bukan Melayu, kami cuma anti-kerajaan yang bergelumang dengan rasuah!


Tema hari ini 'Adakah Sistem Dua Parti akan menjadi Sistem Dua Kaum', sebenarnya saya berasa pelik. Kerana, sekarang sudah wujud Sistem Dua Kaum, kami nak menjadikannya Sistem Dua Parti. Sistem Dua Kaum ini sememangnya ideologi BN selama ini, sejak kemerdekaan sehingga kini, BN telah membezakan rakyat sebagai Melayu dan Bukan Melayu, ini adalah taktik pecah dan perintah. Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pernah berkata, saya utamakan Melayu dahulu, barulah rakyat Malaysia. Adakah ini Satu Malaysia? Ataupun ini Tipu Malaysia? Inilah Sistem Dua Kaum!


Sebaliknya, Sistem Dua Parti itu berasaskan ideologi, idealisma dan prinsip, tanpa membezakan kaum kerana kita semua adalah rakyat Malaysia.


Dalam BN, UMNO hanya menjaga orang Melayu, MCA hanya menjaga orang Cina, MIC hanya menjaga orang India, Gerakan itu… tak tahulah dia menjaga siapa.. Itulah BN yang 'kamu jaga kaum kamu, saya jaga kaum saya', ini adalah sistem Dua Kaum!


Sebaliknya, di dalam Sistem Dua Parti, kita semua sanak saudara perjuangan, kita menjaga kebaikan antara satu sama lain; setiap warga Malaysia adalah seperti ahli sekeluarga!


UMNO selalu melaung-laungkan 'Ketuanan Melayu'. Adakah MCA tidak terlihat, tidak terdengar dan tidak terasa, sebab itulah tidak berani untuk menghalangnya? Justeru itu, kita masih mendengar bahawa orang Cina adalah pendatang, tidak berhak menuntut hak yang saksama di Malaysia.


PR berlainan dengan BN. Apa yang kita mahu bukan 'Ketuanan Melayu', apa yang kita mahu ialah 'Ketuanan Rakyat'! Anwar bukan sahaja bercakap tentang 'Ketuanan Rakyat' di depan orang bukan melayu, tetapi dengan orang Melayu juga beliau cakap yang sama. Saya tidak pasti sama ada pemimpin UMNO berani berhenti melaungkan 'Ketuanan Melayu' tetapi menyokong 'Ketuanan Rakyat'.


Apabila rakyat ataupun pemimpin PR membongkar penyalahgunaan kuasa atau rasuah dan menyoalkan integriti Polis atau Suruhanjaya Pencegah Rasuah, kami dituduh mencabar institusi Melayu – ini adalah sistem Dua Kaum! Rasuah itu tidak mengenali perbezaan warna kulit. Allayarhan Ahmad Sarbaini, pegawai kastam yang terkorban, bukankan beliau seorang manusia?


Pakatan Rakyat mahu hapuskan rasuah, BN mahukan rasuah! PR akan memastikan pemimpin yang jujur dan kerajaan yang bersih, termasuk mengisytiharkan aset, tender terbuka, ini barulah sistem dua parti! Yang paling penting sekali, menangkap pegawai yang benar-benar rasuah, bukan memfitnah Teoh Beng Hock yang tidak bersalah.


Pihak lawan saya selalu berkata: 'Kaum lain menjadi kerajaan, Kaum Cina menjadi pembangkang'. Ini salah sama sekali. Sebenarnya, 'BN MCA menjadi pembangkang, PR DAP menjadi kerajaan' barulah yang resahkan MCA. Bukan sahaja orang Cina yang menyokong PR untuk berubah, orang Melayu pun sama, jika kami tidak dapat sokongan 40% orang Melayu, tsunami politik tidak mungkin akan berlaku. Saya percaya, saya pun tidak akan berpeluang berdiri di sini sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Chua pun mungkin tidak berpeluang menjadi Presiden MCA.


Dalam sistem yang demokratik, sistem Dua Parti perlu peralihan parti pemerintah secara alternatif. Biar BN tumbang jadi pembangkang, biar PR bangkit jadi kerajaan! Jikalau PR tidak memerintah dengan baik, rakyat berhak bertukar lagi selepas lima tahun. Ini barulah sistem Dua Parti, peralihan parti pemerintah secara alternatif, barulah rakyat akan ada kehidupan yang baik.


Soalan daripada moderator:

Moderator: Masyarakat Cina sudah mulai mengalu-alukan sistem dua parti sejak 1980. Jikalau kita menggunakan keputusan 2008 sebagai satu rujukan, undi yang diberi kepada BN dan PR adalah lebih kurang separuh masing-masing. Ini menunjukkan separuh rakyat berpuas hati dengan pemerintahan BN, separuh rakyat mempunyai harapan kepada PR. Adakah ini bermaksud sekarang kedua-dua pihak telah mencapai tahap perjuangan dua parti? Macam manakah parti anda memenangi undi yang separuh lagi?


Jawapan daripada LGE:


Kalau PR berpeluang menjadi kerajaan, dasar kami adalah untuk memberi manfaat kepada rakyat. Sekarang semua harga barang naik, duit tak cukup menampung hidup rakyat, kami hendak meringankan beban rakyat. Kalau jadi kerajaan, kami akan memansuhkan toll Utara-Selatan dan Jambatan Pulau Pinang. Kami juga akan meningkatkan royalti minyak daripada 5% kepada 20% bagi Sabah dan Sarawak. Lagi, warga emas. Saya tahu, sejak Pulau Pinang memberi warga emas RM100 setiap tahun, BN ciplak, bukan sahaja BN yang ciplak, MCA pun meniru. Jadi, selain daripada berterima kasih kepada Chua, mereka (ahli MCA) harus berterima kasih kepada kerajaan Pulau Pinang jugalah. Jika kami boleh mengambil kuasa di peringkat pusat, kami ingin maklumkan warga emas seramai 2.1 juta di seluruh negara bahawa kami janji akan memberi RM1,000 setiap tahun. Ini adalah kebaikan peralihan kerajaan secara alternatif. Kebaikannya adalah bahawa parti dinilai berdasarkan dasar atau polisi mereka, kami hendak jadi 'negeri polisi' dan bukan negeri polis. Sekian.


Jawapan bagi sesi soal jawab:

LGE: Tadi itu Exco Perak Mah Hang Soon kan? Saya rasa kita semua tahu waktu PR menjadi kerajaan di Perak, PR lah yang mulakan inisiatif memberi tanah kepada sekolah, dan juga memberi pajakan tanah kekal kepada penduduk kampung baru dan penduduk miskin. Tetapi sejak BN menjadi kerajaan, ini sudah dimansuhkan. Sebab itu, saya berasa anda tidak layak untuk mempersoalkan sesiapa.


Tentang soalan bahawa kerajaan Pulau Pinang memberi janji kosong, saya nak menekankan bahawa kami sudah menunaikan semua janji pilihan raya. Tentang kenapa tol Sungai Nyior tidak dimansuhkan, para hadirin harus ingat bahawa itu di bawah bidang kuasa kerajaan pusat. Kami belum mengambil kuasa kerajaan pusat, jadi sabarlah… Bila kami mengambil kuasa kerajaan pusat, sudah tentu kami akan memansuhkannya, termasuk Lebuhraya Utara-Selatan dan Jambatan Pulau Pinang. Tetapi, walaupun belum dimansuh, kami sudah membina satu jalan untuk memintas tol Sungai Nyior itu, jadi samalah, tidak perlu membayar tol tak munasabah ini.


Kejayaan Pulau Pinang, saya percaya ia boleh dibuktikan. Selepas Mac 2008, semua orang boleh lihat, sentuh dan rasa perubahan yang berlaku. Di Semenanjung Malaysia, papan tanda dwibahasa dengan Bahasa Cina yang pertama didirikan. Papan tanda berbahasa Tamil yang pertama di Malaysia juga terletak di Pulau Pinang. Pulau Pinang pertama kali mendirikan papan tanda berbahasa Arab, juga kerana kejayaan kerajaan PR. Kejayaan Pulau Pinang dalam membanteras rasuah pun yang paling terserlah, sehingga kami dapat pujian Transparency International. Kalau ada orang yang bersalah, kami tidak akan melepaskannya sebegitu sahaja, tetapi Pulau Pinang yang mempunyai rasuah sifar adalah satu hakikat yang diakui oleh organisasi dunia. Kami tidak makan duit itu memang tidak makan duit. Terima kasih.


Soal jawab sesama lain:

CSL: Kita dengar polisi yang populis, beri RM100, mansuh ini mansuh itu, adakan anda boleh memberitahu atas persada ini apakah model pembangunan masyarakat dan ekonomi Pakatan Rakyat supaya Malaysia boleh keluar daripada situasi berpendapatan rendah dan mencapai pendapatan tinggi, termasuk menunaikan janji-janji dalam Buku Jingga?


LGE: Saya rasa ini perbezaan antara saya dengan Presiden Chua. Beliau tidak risau kepada isu rasuah, saya pula risau sangat tentang isu rasuah. Kita perlu ada satu kerangka untuk mengurus hal ehwal negara. Apakah rancangan untuk membawa pembangunan ekonomi? Saya ingin mengambil model Pulau Pinang sebagai contoh. Ini semua adalah hasil daripada amalan sistem pemerintahan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang mempraktikkan sistem 'wang gandakan wang'. Sistem ini menekankan 4 aspek utama iaitu yang pertama, wang kumpulkan wang melalui inisiatif kerjasama antara pihak awam dan swasta dalam menjalankan projek pembangunan. Kedua ialah wang untungkan wang. Melalui amalan sistem tender terbuka, Kerajaan Negeri berjaya mengurangkan kos pembiayaan. Ketiga ialah wang hasilkan wang menerusi pendekatan kreatif dan inovatif. Dan yang terakhir ialah wang jimatkan wang. Sekiranya kita tidak makan wang, sudah tentu wang akan sentiasa ada.


Oleh itu, dalam 4 tahun berturut-turut ini, Kerajaan Pulau Pinang mendapat keuntungan tiap-tiap tahun dan mampu beri balik duit kepada rakyat melalui Program Warga Emas RM100 setiap tahun, pewaris kepada warga emas yang meninggal dunia akan menerima RM1000 sekali sahaja, malah lahir bayi pun dapat RM200 di bawah Program Anak Emas. Semasa Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang, satu sen pun tidak beri, tetapi dengan prinsip 'wang gandakan wang' ini, kami memberi manfaat kepada rakyat Pulau Pinang, dan ini sebenarnya dividen anti-rasuah!


Di samping itu, di Malaysia, saya percaya jika kita boleh membanteras rasuah, dan bukan makin banteras makin rasuah, kita boleh menjimatkan banyak wang dan memberi balik kepada rakyat jelata. Inilah janji kami, Pulau Pinang adalah bukti yang terbaik! Jikalau kita berani membanteras rasuah, kita tentu akan perolehi wang. Terima kasih.


Jawapan bagi sesi soal jawab & penutup, LGE:


Pertama sekali saya ingin membalas sesetengah tuduhan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak memberi tanah kepada sekolah Cina, saya rasa ini bukan sahaja hendak menipu diri sendiri tetapi juga hendak menipu orang lain. Ini kerana kami mempunyai bukti, sekolah pun boleh mengesahkan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat telah memberi tanah. Jangan lupa, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sekarang memberi peruntukan yang diinstitusikan kepada semua aliran sekolah, selain daripada sekolah Cina, ada lagi sekolah Tamil, sekolah agama rakyat dan sekolah swasta cina. Dulu tidak ada langsung, kini tiap-tiap tahun dapat peruntukan.


Di sini, saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia, beranilah untuk berubah, kita tidak harus serah diri kepada nasib. Kita berhak menikmati peluang yang saksama. Kita tidak harus melutut untuk minta, kita harus bangkit dengan berani dan bermaruah untuk berubah! Kita tidak mahu ditipu lagi, berubah sekarang juga! Tengok, presiden MCA juga sudah berubah, pertama kali berdebat dengan Roket. Tetapi berdebat itu tidak penting, yang penting itu, beranikah MCA cakap 'Tak Nak' kepada UMNO?


Kenapa harus cakap 'Tak Nak' kepada UMNO? Kerana UMNO menggunakan sentimen perkauman dan agama, termasuk menyokong PERKASA untuk menghasut dan memecah-belahkan rakyat! Kedua, UMNO menyalahgunakan undang-undang yang menyalahi hak asasi manusia. UMNO rasuah, isu Kak Shahrizat dengan Lembu itu hanya 'tip of the iceberg'. Yang lagi serius itu, dalam 10 tahun yang lalu, sejumlah RM1 trillion wang haram (rasuah) telah dibawa keluar dari negara ini secara curi-curi. Yang ini (RM1 trillion) macam mana kira?


Seperti apa yang diakui oleh mantan presiden MCA Ong Tee Keat tentang MCA bekerjasama dengan UMNO, dulu MCA sekurang-kurangnya boleh makan semeja baki hidangan UMNO. Sekarang paling baik pun dapat cebis dan sisa roti sahaja.


Ramai Melayu tidak dapat menikmati pembangunan negara, tidak ada RM250 juta untuk menternak lembu, kerana terlalu banyak "buah-buah yang baik dimakan oleh kroni BN", rakyat hanya boleh tertunggu-tunggu, makan sisa buah!


Masalah yang dihadapi masyarakat Cina, saya percaya para hadirin pun tahu, berlonggok-longgok, kita semua tahu apa masalahnya. Selain daripada masalah sijil sekolah swasta (UEC) tidak diakui, sekolah Cina tidak mendapat peruntukan yang mencukupi, guru-guru yang tidak arif berbahasa Cina dihantar ke sekolah Cina, ada juga masalah guru sandaran yang belum diselesaikan. Oleh itu kesemua isu peluang yang tak saksama dalam ekonomi dan pekerjaan ini, saya percaya bukan sahaja orang Cina tetapi kaum lain juga menghadapinya. Oleh sebab itu kita harus mengambil peluang ini untuk berusaha dengan kaum lain untuk membawa perubahan.


Apa yang kita menitikberat sekarang adalah masa hadapan anak-anak kita. Masa depan generasi saya sudah dirompak BN selama 50 tahun ini, jangan biar masa depan anak-anak kita dirompak juga. Oleh itu, kita sedang menunggu peluang untuk berubah.


Pagi ini sebelum saya datang, saya beritahu anak perempuan saya, kalau ada peluang, saya hendak menjadi suara generasi muda kamu. Saya harap kita ada polisi yang terbuka untuk membolehkan kamu tinggal di sini, jangan berhijrah keluar lagi. Kita hendak menitikberatkan bakat. Ingat, hanya dengan menitikberat, menghargai dan memilih bakat, barulah masa depan Malaysia akan cerah dan makmur.


Kita lihat Korea Selatan, pada tahun 1970, pendapatan purata mereka hanya USD260 seorang, pada tahun 1970 Malaysia lebih baik, ada USD380. Tetapi sekarang Korea Selatan sudah melangkaui Malaysia, sekarang Malaysia mempunyai pendapatan purata USD7760, manakala Korea Selatan sudah mengecapi USD20,000!


Kenapa Korea Selatan boleh menjadi negara berpendapatan tinggi, tetapi Malaysia masih terkandas? Faktor terutama ialah Korea Selatan adalah negara demokrasi, ada sistem Dua Parti, ada peralihan parti pemerintah secara alternatif. Oleh itu, sekiranya kita mahu berubah, kita mahu Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi, kita perlu ada keberanian untuk bangkit dan berubah, ada keberanian untuk merealisasikan sistem dua parti. Jalan ini sememangnya tidak mudah, tetapi saya mahu mengingati semua, kerjasama kami dengan PAS, PKR adalah satu manifesto deklarasi yang bertulis, Ini sudah diumumkan kepada semua, PAS ada ideologi PAS, DAP ada ideologi DAP, tetapi jangan lupa, PAS tidak pernah membunuh walau seorang pun orang Cina. Ini realiti, biarlah kita bertabah hati, bertekad untuk berubah, walaupun susah, tetapi demi generasi muda, kita harus sempurnakan jalan perubahan ini! Sekian.

Harakah Daily

Tiada ulasan:

Nuffnang