N45 Dr Halimah Ali |
Biar PAS Menang K.Besut Untuk Perbetul Kesilapan Kerajaan Trengganu Posted: 19 Jul 2013 10:19 PM PDT Hadi: Ambillah jawatan MB, kami nak Kuala Besut Abdul Rahim Sabri/Malaysiakini/admin Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong pandangan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa supaya pemimpin BN kekal menjadi menteri besar jika parti Islam itu menang dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut 24 Julai ini. Abdu Hadi yang juga ahli Parlimen Marang berkata parti itu mahukan kedudukan kerusi seri 16:16 bagi membolehkan mereka menegur pentadbiran negeri sedia ada jika melakukan kesilapan. "Tak apa, beri kita 16 kerusi, biar dia jadi MB. Tak apa kamu ambil jadi menteri besar. Kita nak 16 kerusi. Apa faedah dia kita ada 16 kerusi (dan) kita tidak menjadi menteri besar? Faedahnya, kita boleh tegur dia. "Benda yang tidak betul, tidak boleh, kita bangkang... Kita seri, dia tidak boleh buat benda yang tidak betul. Benda yang betul kita sokong, benda yang tidak betul kita bangkang dengan 16 sama. "Faedahnya, kita mempunyai satu kekuatan untuk membetulkan kerajaan Terengganu," katanya dalam ceramahnya di Kampung Nail, Kuala Besut malam tadi. Husam dilapor berkata kerajaan BN Terengganu masih boleh dikekalkan dan PAS tidak akan membentuk kerajaan baru di negeri itu sekalipun menang dalam pilihan raya kecil itu dengan kedudukan 16:16 di Dewan Undangan Negeri (DUN). Sementara seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub percaya PAS dapat memperoleh kedudukan sebagai menteri besar Terengganu jika DUN mencapai anggota 16:16 antara Pakatan Rakyat dan BN. Abdul Hadi juga mengajak pengundi khususnya yang bekerja nelayan supaya "belajar daripada orang terpelajar" yang memberi kemenangan kepada PAS di empat parlimen di Terengganu. Menegaskan beliau tidak berniat menghina kumpulan itu, ahli parlimen Marang itu menggesa pengundi Kuala Besut mengambil "peluang kedua" dalam pilihan raya kecil itu demi membuat perubahan, dengan mengundi calon PAS Azlan Yusof. "Kita sedar, orang kerana sibuk ke laut, sibuk dengan kerja, kita tidak baca internet, tak baca media baru. Sebab itu kita tidak boleh buat perubahan... Kita maaflah mereka, sebab tak dapat maklumat," katanya. |
Posted: 19 Jul 2013 09:57 PM PDT Adun PAS Telok Pasu, Rantau Abang kekal Oleh The Malaysian Insider/admin July 18, 2013 Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Terengganu, bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Pasu dan Rantau Abang kekal apabila Mahkamah menolak petisyen yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) ke atas mereka, hari ini. Hakim Datuk Seri Mariana Yahya menolak petisyen itu dalam perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini. Dun Telok Pasu dimenangi calon PAS, Ridhuan Hashim menewaskan calon BN, Datuk Abdul Rahin Mat Said dengan majoriti 109 undi dalam pilihan raya umum lalu. Dun Rantau Abang pula dimenangi calon PAS Alias Harun mengalahkan calon BN, Datuk Za'abar Mohd Adib dengan majoriti 90 undi sahaja. Dalam perbicaraan hari ini, kedua-dua Adun PAS diwakili peguam Saifudin Othman, Faris Irwan Mustafa, Kamaruzaman Abdul Wahab dan Azwan Rosli. Calon Umno yang menjadi pempetisyen dalam kes ini pula diwakili lima peguam iaitu Rafai Adnan, Shahri Adnan, Ahmad Shamsawal, Hazuan Hamidon dan Mohd Auliat. Dalam petisyennya, calon BN Rantau Abang mempertikai tindakan KTM menolak kertas undi yang tercemar akibat terkena dakwat kekal. Bagi kes Telok Pasu pula, mahkamah bersetuju tindakan KTM menambah satu kertas undi untuk calon PAS dalam pilihan raya itu menjurus kepada kesalahan pilihan raya tetapi ia tidak menyentuh keputusan pilihan raya untuk DUN itu. |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |