Jumaat, 19 Julai 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


PAS masih sangsi dakwat kekal di Kuala Besut

Posted: 19 Jul 2013 02:56 AM PDT

10 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

BESUT: Walaupun simulasi dakwat kekal telahpun dijalankan oleh pihak Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) dan turut disertai oleh pelbagai pihak antaranya wartawan, namun PAS masih merasa sangsi dengan keberkesanannya.

Ini kerana kegagalan SPR menepati janji mereka dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 yang lalu, masih belum cukup dengan simulasi ini, bagi menebus kembali kepercayaan umum terutama sekali dari pihak PAS.

Menurut Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Hatta Ramli, beliau dimaklumkan bahawa kandungan bahan utamanya iaitu silver nitrate di dalam dakwat tersebut masih lagi satu peratus, sama seperti kandungan yang diisytiharkan oleh SPR dalam PRU13.

Namun umum mengetahui kesan dakwat yang digunakan dalam PRU13 lalu, tidak kekal dan ianya menjadi tanda tanya sama ada dakwat yang bakal digunakan itu adalah dakwat yang sama atau tidak.

"Sekiranya dakwat yang sama, saya ragui kenapa boleh berbeda begitu. Akan tetapi jika dakwat baru yang digunakan dalam simulasi ini, adakah dakwat yang sama (yang baru) akan digunakan dalam PRK nanti?" tanya beliau.

Sambil tidak menafikan kebaikan dakwat kekal seperti yang didakwa oleh SPR dalam simulasi itu, beliau menegaskan jika benar kekal, maka itulah yang sepatutnya fungsi sebenar dakwat kekal agar tidak berlaku pengundian lebih dari sekali.
harakah/-

Syarikat tidak berwibawa dapat tanah 200 ekar di Pulau Perhentian

Posted: 19 Jul 2013 02:53 AM PDT

10 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

BESUT: PAS mempersoal tindakan Kerajaan Negeri Terengganu yang memberikan tanah seluas 200 ekar di Pulau Perhentian kepada sebuah syarikat yang 'tidak berwibawa'.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, syarikat tersebut pula hanya dikenakan bayaran premium rendah hanya sebanyak RM21,000.

Lebih menyedihkan katanya, syarikat tersebut telah menjual pula tanah-tanah strategik di pesisir pantai itu kepada pihak ketiga.

"Ini lebih kepada buat untung atas angin. Kenapa jual kepada pihak ketiga. Kalau ianya sebuah syarikat yang berwibawa, sepatutnya dia majukanlah.

"Orang kampung duduk bertahun-tahun, permohonan mereka untuk mendapatkan tanah dibekukan, namun syarikat ini dapat mudah-mudah," katanya.

Beliau mendedahkan perkara itu pada sidang media di Markas Besar PAS PRK Kula Besut di sini semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta penjelasan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berhubung pendedahan tersebut.

Pada sidang media sama, Husam yang juga pengarah Jawatankuasa Induk PAS bagi PRK Kuala Besut turut mendedahkan bahawa seperti terdapat usaha untuk mengambil tanah dari penduduk di pulau tersebut.

Beliau mendakwa mendapat maklumat berhubung kerja-kerja mengukur 40 lot tanah di kawasan tersebut.

Menurutnya tanah-tanah tersebut dikatakan untuk projek pengindahan Pulau Perhentian dan berkemungkinan penduduk di situ akan dipindahkan ke tempat lain.

Oleh yang demikian katanya, jika PAS menang pada PRK Kuala Besut ini, ianya akan menguatkan suara PAS di dewan undangan negeri dengan kedudukan 16:16 sekaligus boleh membantah tindakan mengambil tanah dari penduduk ini.
harakah/-

NGO: Nik Aziz dihalang solat di masjid kem TUDM

Posted: 19 Jul 2013 12:03 AM PDT

10 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

  • Pengerusi NGO Kebajikan Rangkaian Bekas Tentera (KERABAT) Mejar (B) Yusoff Ali mempersoalkan tindakan pengurusan kem tentera Gong Kedak di Besut yang menurutnya menghalang mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada menunaikan solat di masjid kem tersebut.
    Laporan Harakahdaily yang memetik kenyataan Yusoff menyebut, pengurusan kem pada awalnya membenarkan bekas menteri besar Kelantan itu diundang untuk menunaikan solat Maghrib di masjid tersebut pada malam tadi.

    Namun pengurusan kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu bertukar fikiran di saat akhir, kata Yusoff yang menambah, tindakan itu mungkin dibuat atas arahan pihak atasan.

    Katanya, perkata itu tidak sepatutnya dibuat kerana pemimpin Umno sebelum ini juga bebas mengunjungi masjid tersebut.

    "Kita faham kerana pegawai di kem berkenaan semuanya kawan-kawan saya yang pernah khidmat bersama di TUDM sebelum ini, namun kerana tekanan atasan mereka tidak dapat berbuat apa-apa," katanya seperti dipetik Harakahdaily.

    Menurut laporan itu lagi, Masjid di kem Tentera Udara Diraja Malaysia itu mengadakan majlis berbuka puasa setiap hari sejak penamaan calon pada Jumaat lepas.

    Sedangkan, masjid berkenaan sebelum ini tidak pernah membuat majlis berbuka puasa secara besar-besaran setiap hari, yang terbuka kepada penduduk tempatan, lapor lidah parti PAS itu lagi.


    Malaysiakini/-

Abby Abadi lelong baju kurung demi Che Long

Posted: 18 Jul 2013 11:58 PM PDT

10 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

  • Selebriti terkenal Artis Abby Abadi hari ini melelong baju kurung dan tudung miliknya bagi mengumpul dana untuk disumbangkan jentera pilihan raya kecil PAS di DUN Kuala Besut pada 24 Julai ini.
    Baju kurung cekak musang hijau dengan hiasan berkilauan di bahagian leher dan dada serta bersulam di bahagian lengan itu dijual dalam lelongan di Karnival "Jom Bersama Che Long" anjuran PAS di Kampung Baharu, Kuala Besut.

    NONE
    Ia dimenangi pembida yang juga bekas exco Pemuda PAS Kelantan Dr Rosli Alani Abd Kadir dengan nilai RM1,010. 

    Dr Alani pada mulanya bersaing dengan seorang pembida perempuan yang saling menawarkan harga tertinggi bagi mendapatkan baju kurung tersebut.

    Akhirnya, Dr Rosli menawarkan harga RM1,010 untuk membolehkan beliau memiliki baju kurung tersebut sekaligus menutup peluang pesaingnya selepas kiraan dibuat.

    Pengerusi majlis bagi acara tersebut meminta Dr Rosli naik ke pentas untuk mengambil baju kurung tersebut dan berseloroh berkata:

    "Nak beri kepada isteri yang mana, tak tahulah," seloroh pengerusi yang mengundang gelak ketawa kira-kira 500 pengunjung yang hadir.

    'Mahu lelong barang lain?'

    Kemudiannya, apabila pengerusi bertanya kepada Abby sama ada beliau mahu melelong barang lain termasuk kaca mata hitam yang dipakainya, Abby berkata beliau boleh memberikan tudung ungu yang dipakainya.

    NONE
    Majlis kemudiannya melakukan bidaan tudung ungu Abby dengan harga permulaan RM70. 

    Tudung itu (kiri) akhirnya dibeli dengan harga RM100 oleh salah seorang jentera PAS kawasan itu Asri Husin.

    Sebelum itu, Abby menyampaikan ceramah motivasinya kepada pengunjung khususnya Muslimat PAS dan menceritakan pengalaman pahit manis penglibatannya dalam dunia glamor.

    Karnival dua hari itu bermula hari ini. Antara program disusun, khidmat kesihatan, gunting rambut, bertindik, tukar minyak hitam kenderaan, gerai jualan, pertandingan melukis dan bayi sihat serta ceramah motivasi keluarga bersama penceramah Ustaz Ja dan Abby sendiri.

    Abby turut mengambil kesempatan menyampaikan kepada pemenang bayi sihat dan melukis.

Malaysiakini/-

PUSPAKOM tawar pemeriksaan kenderaan percuma sempena Aidilfitri

Posted: 18 Jul 2013 11:49 PM PDT

10 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Puspakom Sdn Bhd (PUSPAKOM) menawarkan pemeriksaan sukarela secara percuma kepada pemilik kenderaan persendirian sempena Aidilfitri mulai 22 Julai hingga 7 Ogos depan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohammed Shukor Ismail, berkata pemeriksaan secara percuma itu merangkumi pengesahan identiti kenderaan, ujian pengeluaran asap, gelincir sisi, bahagian atas dan bawah kenderaan, brek, suspensi dan ketelusan cermin yang akan dijalankan oleh pemeriksa kenderaan Puspakom yang bertauliah.

"Pemeriksaan kenderaan secara percuma ini adalah antara tanggungjawab korporat PUSPAKOM dalam usaha meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap keselamatan kenderaan semasa musim perayaan.
"Lebih daripada 150 orang pelanggan bertuah akan dipilih dan berpeluang untuk menerima hadiah saguhati yang disediakan oleh PUSPAKOM," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sehubungan itu, pelanggan boleh menjalani pemeriksaan percuma itu di semua cawangan PUSPAKOM seluruh negara yang dibuka Isnin hingga Sabtu dari jam 8 pagi hingga 5 petang.
"Bagi cawangan di Kedah, Kelantan dan Terengganu, Puspakom dibuka dari Ahad hingga Khamis mulai 8 pagi hingga 5.30 petang manakala Sabtu dari 8 pagi hingga 5 petang," katanya.
Pelanggan hanya perlu menghubungi cawangan yang ingin dikunjungi terlebih dahulu seterusnya pelanggan akan diberi satu waktu pemeriksaan yang spesifik.
Selain itu, Mohammed Shukor berkata pelanggan juga boleh mendapatkan pemeriksaan percuma yang disediakan oleh perkhidmatan Unit Pemeriksaan Bergerak PUSPAKOM iaitu pada 29 Julai dari jam 8 pagi hingga 5 petang di PLUS R&R Seremban (arah selatan) dan 30 Julai dari jam 8 pagi hingga 5 petang di PLUS R&R Dengkil (arah utara).
Untuk sebarang pertanyaan lanjut pelanggan boleh menghubungi talian bebas tol PUSPAKOM 1-800-88-6927 atau melayari laman sesawang PUSPAKOM di www.puspakom.com.my.
- BERNAMA

Proses pengantaraan kes pukul Zahid Hamidi mungkin cacat

Posted: 18 Jul 2013 07:31 PM PDT

10 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Kemelut tindakan undang-undang terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) belum berakhir walaupun persetujuan penyelesaian di luar mahkamah tercapai kerana mungkin ada kecacatan dalam proses pengantaraan itu.

Sumber kehakiman yang arif dengan prosedur pengantaraan berkata, agak aneh untuk Hakim Mahkamah Sesyen, Rohani Ismail menjadi perantara tanpa kehadiran peguam.

"Tidak ada peraturan yang membolehkan perantara untuk tidak membenarkan peguam mewakili pihak-pihak untuk tidak hadir," katanya.
"Sebarang pampasan lanjut yang dipersetujui kedua-dua pihak perlu dirujuk dan direkodkan oleh mahkamah bicara. Perantara tidak ada dalam bahagian ini," katanya.

Persoalan kini timbul mengenai siapa yang mewujudkan pengantaraan itu dan bagaimana perkara itu dirujuk dengan cepat selepas Mahkamah Persekutuan sudah pun menetapkan tuntutan itu perlu dibicarakan di Mahkamah Tinggi yang dijadualkan pada 27 Ogos ini.

Peguam, Karpal Singh yang mewakili Amir Bazli Abdullah yang membawa tuntutan itu terhadap Ahmad Zahid, memberitahu The Malaysian Insider, semalam, beliau sedang meneliti perkara itu.

"Saya perlu mendapat arahan daripada anak guam sebelum mengambil tindakan lanjut," katanya.

Datuk Shamsul Bahrain Ibrahim, peguam yang mewakili Ahmad Zahid, semalam, memberitahu pemberita bahawa pampasan akan diputuskan tanpa campur tangan peguam.

Beliau menambah, kedua-dua pihak, Ahmad Zahid dan Amir Bazli bersetuju untuk menarik balik tindakan mahkamah terhadap satu sama lain dan mencapai penyelesaian secara damai.
Amir Bazli juga dipetik berkata, berpuas hati dengan hasil pengantaraan itu tetapi teragak-agak untuk mendedahkan syarat dan termanya.

Terdahulu, Karpal memberitahu meminta supaya pengantaraan itu dilakukan bersama peguam, tetapi hakim tidak membenarkan.

Karpal berkata, beliau tidak tahu apa yang berlaku dalam pertemuan yang berlangsung selama 90 minit itu.

Amir Bazli Abdullah, 41 memfailkan tuntutan saman pada 4 Julai, 2007 dengan mendakwa Ahmad Zahid menumbuknya di muka pada 16 Januari 2006 di Kelab Reakreasi Country Heights di Kajang, menyebabkan kecederaan tulang hidungnya dan mata.

Amir juga mendakwa Ahmad Zahid mengancam untuk membunuhnya dan dikurung secara salah di kediaman Ahmad Zahir di Country Heights.

Beliau membuat laporan polis tetapi pendakwaraya tidak mengenakan tuduhan jenayah terhadap Ahmad Zahid.

Di kompleks Mahkamah Shah Alam, semalam, Ahmad Zahid hadiri diiringi polis dan ditemani kira-kira 30 penyokongnya. - 19 Julai, 2013.

themalaysianinsider.com

Ketika Ramadhan, Nik Aziz gesa Kuala Besut pilih PAS untuk ke syurga

Posted: 18 Jul 2013 07:25 PM PDT

10 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


Calon PAS Kuala Besut, Che Long berbual dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika kempen PAS pada 18 Julai. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 19 Julai, 2013.Calon PAS Kuala Besut, Che Long berbual dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika kempen PAS pada 18 Julai. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 19 Julai, 2013.Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut dihangatkan lagi dengan kehadiran Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut membantu kempen calon parti Islam itu, Endut@Azlan Yusof.

Nik Aziz dalam ceramah kempennya malam tadi menggesa pengundi Kuala Besut memilih parti komponen Pakatan Rakyat (PR) berkenaan, kerana Umno jelasnya menolak Islam dengan memilih semangat kebangsaan.

"Umno tolak Islam ambil kebangsaan, bela orang Melayu boleh bawa ke akhirat ke? Kalau Melayu boleh jamin masuk syurga ke?" katanya ketika berceramah di hadapan hampir 800 penyokong PAS selepas selesai solat Terawih semalam.


Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut membabitkan pertandingan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dengan Azlan, calon PAS yang lebih dikenali dengan panggilan Che Long oleh penduduk tempatan.

Kerusi itu mengalami kekosongan ekoran kematian penyandangnya, Dr Ab Rahman Mokhtar, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai hari mengundi.

Nik Aziz dalam ceramahnya juga menegaskan bantuan membina masjid yang dihulurkan Umno menjadikan umat Islam semakin kedekut dan melupuskan budaya menderma.

Oleh itu, jelas veteran PAS itu,  kerajaan Kelantan yang pernah ditadbirnya sebelum ini tidak membina masjid, sebaliknya hanya memberikan bantuan kepada pembinaan masjid, supaya rakyat menderma untuk membina rumah Allah itu.

"Umno suruh buat masjid, dia sendiri tidak sembahyang. Umno buat masjid, buat surau orang Kelantan jadi kedekut, cari duit buat rumah, masjid tidak buat," katanya.

"Jahat Umno ini takut cakap benda betul, cakap perkara salah," tambahnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ceramah sama turut membangkitkan isu calon BN yang menetap di Putrajaya dan membandingkan dengan Che Long yang lebih mudah ditemui kerana menetap di Kuala Besut.
"Ada orang tu duduk jauh. Duduk Kuala Lumpur. Bila habis pilihan raya kecil ini nanti, semua orang balik, jentera balik, tapi kalau tuan-tuan pilih Che Long, memang kita selalu boleh jumpa dia," katanya.

Che Long yang turut hadir dalam ceramah di kawasan perkampungan berhampiran Pangkalan Tentera Udara Gong Kedak itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang ucapan.

Terdapat 17,679  pengundi berdaftar di kerusi DUN Kuala Besut, dengan pengundian awal akan dilaksanakan pada 20 Julai.

Kedudukan kerusi DUN Terengganu kini genting kerana BN mempunyai 16 kerusi sementara PR 15.
Kemenangan calon PAS akan menyebabkan kedudukan kerusi menjadi 16:16 dan DUN Terengganu akan tergantung. - 19 Julai, 2013. TMI/-

Plus Peroleh RM2.4 Bilion Kutipan Tol Di Lebuhraya Utara-Selatan Pada 2012

Posted: 18 Jul 2013 07:15 PM PDT

10 Ramadhan 1434 H. [MOD] - 

KUALA LUMPUR:28 syarikat konsesi lebuh raya di negara ini telah mengumpul sebanyak RM4.8 bilion, jumlah kutipan tol bagi keseluruhan tahun lepas, kata Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof.

Beliau berkata PLUS Expressways Bhd mengumpul sebanyak RM2.4 bilion dari Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Seremban-Port Dickson (RM24.62 juta) dan Lebuhraya Sprint (RM111.84 juta).


"Kutipan tol yang diperolehi digunakan oleh syarikat-syarikat konsesi membayar balik hutang komersial dan pinjaman bank. Bayaran lain dibuat untuk menampung perbelanjaan modal dan kos operasi serta penyelenggaraan lebuh raya," katanya dalam jawapan bertulis kepada Anthony Loke (DAP -Seremban).
Loke telah meminta Kerajaan mendedahkan jumlah kutipan tol oleh syarikat konsesi bagi tahun 2012.
Kutipan tol yang diperolehi daripada Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) adalah RM115.94 juta, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (RM30.51 juta) dan Lebuh Raya Koridor Guthrie (RM46.89 juta).
Dalam perkembangan lain, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata prosiding dalam Dewan Rakyat pada hari Rabu terpaksa dilanjutkan selepas tengah malam selepas Dewan meluluskan usul "menghentikan jam" untuk melengkapkan persidangan hari itu.
Beliau berkata kerajaan terpaksa mengemukakan satu usul memandangkan tidak ada masa yang cukup untuk membahaskan semua usul dan Ahli Parlimen mengambil masa yang lama untuk membahaskan pelbagai isu.
Dewan juga meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 yang menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM513,469,560 kepada 17 kementerian dan agensi kerajaan.

mstar.com.my

Alvin, Vivian Tidak Dibenar Ikat Jamin, Dihantar Ke Penjara

Posted: 18 Jul 2013 07:12 PM PDT

10 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Alvin (kanan) dan pasangannya, Vivian.
 
KUALA LUMPUR: Blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee telah dihantar ke penjara - Alvin ke Penjara Sungai Buloh manakala Vivian telah dihantar ke Penjara Kajang - selepas menghadapi tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.
Mahkamah Sesyen juga telah mengenakan hukuman keras terhadap mereka apabila mereka dinafikan ikat jamin.

Pasangan kontroversi ini pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tiga pertuduhan terhadap mereka.

Pertuduhan terhadap Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau nama penuhnya Lee May Ling, 24, dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian - Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yangbertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan!!!" yang mengandungi logo Halal.

Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan itu pada 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai lepas di 568-14-18, Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, di sini.

Mereka didakwa mengikut subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Bagi kesalahan pertama kali, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya, boleh dipenjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Tan dan Lee didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama, antara 6 Julai dan 7 Julailepas, antara 9 malam hingga 2 pagi.

Mereka didakwa mengikut subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 yang membawa hukuman denda minimum RM10,000 atau maksimum RM50,000 atau boleh dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pasangan itu juga didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama di kalangan penganut agama berlainan.

Kandungan itu telah dibaca di CAF - Syed Restaurant Jalan Dang Wangi, di sini antara 11 Julai dan 12 Julai pukul 10.48 malam.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.

Pasangan itu kelihatan tenang dan bersahaja ketika pertuduhan dibacakan satu persatu kepada mereka dan masing-masing berkata: "Saya minta dibicarakan".

Hakim Murtazadi tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin atas sebab kepentingan awam.
"Mahkamah tidak akan terpengaruh dengan unsur-unsur luar dalam memberi jaminan kepada tertuduh," tegas hakim itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin memohon supaya tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin bagi dua kesalahan iaitu memuat naik kandungan gambar dan komen berhubung berbuka puasa dan mempamerkan gambar-gambar lucah.

Beliau memberikan dua alasan iaitu kesalahan di bawah Seksyen 298A(1)(a) dan Akta Penapisan Filem, memang tidak boleh dijamin.

"Sememangnya kami akur budi bicara mahkamah untuk membenarkan jaminan dalam dua pertuduhan itu, tetapi pihak pendakwaan membantah sebarang jaminan dikenakan," kata Noorin.

Alasan kedua pula ialah kedua-dua tertuduh mempunyai kecenderungan untuk memuat naik gambar yang boleh membangkitkan kemarahan orang ramai.

"Pihak pendakwaan memohon mereka tidak dilepaskan dengan sebarang jaminan sehingga selesai perbicaraan kes itu," katanya.

Peguam Chong Joo Tian, yang mewakili kedua-dua tertuduh, memohon jaminan diberikan kepada anak guamnya dengan alasan pertuduhan yang dihadapi mereka belum dibuktikan dan bersifat pramatang.
Chong berkata pihak pendakwaan tidak boleh membuat spekulasi bahawa kedua-dua tertuduh mempunyai kecenderungan untuk melakukan kesalahan yang sama kerana mereka belum didapati bersalah.
"Kedua-dua anak guam saya memberi kerjasama sepenuhnya kepada SKMM dan polis ketika siasatan dilakukan dan mereka juga tidak mempunyai rekod jenayah selain kesalahan itu tidak melibatkan sebarang bentuk keganasan," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff pula berhujah mahkamah perlu mengambil kira keadaan sekeliling dalam menentukan sama ada jaminan dapat diberikan atau tidak.

"Nama Alvin Tan sangat dikenali dan bila kita 'Google' sahaja nama Alvin, akan timbul gambar dan artikel mengenainya yang mana jika tidak dikawal boleh memusnahkan masyarakat dan agama. Tidak dinafikan kesalahan itu tidak melibatkan keganasan tetapi ia kesalahan serius," katanya.

Noorin juga memohon supaya ketiga-tiga kes itu dibicarakan bersama mengikut Seksyen 170 Kanun Tatacara Jenayah kerana melibatkan satu transaksi dan saksi yang sama.

Bagaimanapun, Chong memohon pertuduhan kedua dibicarakan berasingan kerana pertuduhan pertama dan ketiga merupakan satu perbuatan tetapi pertuduhan kedua melibatkan penerbitan gambar-gambar lucah yang disiarkan di laman web berlainan.

Noorin menjelaskan Seksyen 170 membolehkan kesalahan-kesalahan jenayah dibicarakan bersama walaupun ketiga-tiganya adalah berlainan dan pihak pendakwaan akan membuktikan kesalahan itu berlaku dalam transaksi sama.

Hakim Murtazadi membenarkan ketiga-ketiga kes itu dibicarakan bersama dan menetapkan 23 Ogos untuk sebutan semula kes.

Beliau turut memberi peluang kepada kedua-dua tertuduh mengemukakan alasan mengapa jaminan perlu diberikan kepada mereka.

Alvin berkata: "Saya mahu dijamin. Saya tidak memegang apa-apa kuasa, kedudukan, kekayaan mahupun pekerjaan dan semua barang multimedia dirampas oleh SKMM yang menjejaskan kecenderungan saya untuk memuat naik gambar dan mengakses Internet".

Vivian, yang merupakan guru tadika, pula berkata: "Saya juga ingin dijamin dan saya mempunyai pendapat yang sama dengan Alvin".- BERNAMA

Gempa 5.3 magnitud gegar Wellington

Posted: 18 Jul 2013 07:06 PM PDT

10 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

WELLINGTON: Gempa bumi berukuran 5.3 pada skala Ritcher menggegarkan Wellington hari ini, menyebabkan beberapa struktur bangunan bergegar, namun tiada kerosakan dilaporkan.
Gempa bumi itu melanda pada jam 9.06 pagi (waktu tempatan), kira-kira 46 kilometer di barat daya ibu kota New Zealand dengan kedalaman 16 kilometer, demikian menurut Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Saksi memberitahu, beberapa blok menara bergoyang dan penggera keselamatan berbunyi selepas gegaran, diikuti beberapa gempa susulan. - AFP

Mutakhir PBB periksa kapal bawa muatan senjata api milik Korea Utara

Posted: 18 Jul 2013 06:49 PM PDT

10 Ramadhan 1434 H. [MOD] - 

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB): Pakar sekatan PBB akan ke Panama dalam tempoh terdekat untuk menyiasat kapal Korea Selatan yang didapati membawa muatan senjata api, kata seorang diplomat Amerika Syarikat hari ini.

AS dan beberapa negara lain menyuarakan penemuan senjata api di kapal pengangkut Chong Chon Gang itu mungkin melanggar sekatan PBB terhadap Korea Utara.



Sementara itu, Korea Utara dan Cuba menjelaskan penghantaran itu hanya terdiri daripada peluru berpandu lama dan bahagian senjata dari pertengahan abad ke-20 yang dihantar ke Korea Utara untuk proses penyelenggaraan.


Kapal yang berlepas dari Cuba itu cuba memasuki Terusan Panama apabila ia ditahan oleh anggota peronda anti-narkotik, yang kemudian mendapati sejumlah senjata disembunyikan di bawah beberapa tan gula. - AFP

500 naskhah Harakah dirampas di Temerloh

Posted: 18 Jul 2013 06:42 PM PDT

10 Ramadhan 1434 H. [MOD] - 


Kakitangan KDN sedang mengambil akhbar Harakah dan memasukkan ke dalam kotak.

TEMERLOH: Dianggarkan 500 naskhah akhbar Harakah keluaran terbaru dirampas daripada kedai-kedai sekitar bandar ini dalam operasi bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam.


Pengedar Harakah Kawasan Temerloh, Arizaliza Othman berkata, akhbar tersebut baru sahaja dihantarnya ke kedai-kedai terlibat awal pagi semalam.

Beliau yang juga pengedar akhbar Suara Keadilan, berkata akhbar milik PKR itu juga turut dirampas.

"Pada sebelah pagi tadi (semalam) seperti biasa saya mengagihkan Harakah ke kedai-kedai yang menjual akhbar dan majalah, sehinggalah kira-kira pukul 11 pagi saya dihubungi pekedai mengatakan KDN dan polis datang merampas.

"Sudah pasti saya begitu terkejut kerana ini pertama kali berlaku sejak menjadi pengedar kawasan apa lagi selepas pilihan raya umum ini dan bertukar menteri," katanya.

Beliau turut terkilan dengan tindakan tersebut kerana dalam bulan Ramadhan ini majalah-majalah lucah dan tahyul dibenarkan tetapi akhbar milik parti yang sah dirampas.

Sementara itu seorang pemilik kedai yang menjadi mangsa rampasan di Taman Temerloh Jaya dekat sini, William Ho terkejut kerana tindakan kakitangan KDN yang datang dengan dua buah kereta dan sebuah kereta polis.

"Mereka berhenti di hadapan kedai saya lalu menerpa dan merampas kira-kira 50 Harakah dan 30 Suara Keadilan yang terpamer bersama akhbar lain tanpa bertanya sesuatu.

"Ketika itu hanya ada seorang pekerja saya sementara saya berada di luar dan hanya kembali 10 minit kemudian setelah dihubungi pekerja, tetapi akhbar-akhbar itu sudahpun dirampas dan disimpan dalam kotaknya.

"Mereka paksa saya tandatangan sekeping borang dan berkata saya tidak termasuk dalam senarai nama pengedar-pengedar Harakah dan Suara Keadilan pula langsung tidak ada permit dan sebab itulah mereka rampas," ujarnya.

William berkata, beliau memberitahu pegawai berkenaan bahawa beliau telah 8 tahun menjual Harakah, justeru kenapa sekarang baru mahu mempersoalkannya status pengedar.

Katanya, malangnya rayuan itu tidak dipedulikan.

Minggu lalu, KDN dalam operasinya telah merampas Harakah dan Suara Keadilan di sekitar bandar Kuantan.

Harakahdaily/-

AG jelas sebab Alvin, Vivian tak dibenar ikatjamin

Posted: 18 Jul 2013 07:09 AM PDT

9 Ramadhan 1434 H. [MOD]

  • Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan bahawa pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivan Lee tidak dilepaskan dengan jaminan di mahkamah hari ini kerana mereka mempunyai kecenderungan untuk memuat naik kandungan yang boleh membangkitkan kemarahan orang ramai.
    Tan dan Lee dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersenda umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.
       
    "Setelah mempertimbangkan undang-undang dan fakta berhubung kejadian tersebut, Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk mengenakan pendakwaan terhadap mereka.
       
    "Tindakan untuk mendakwa mereka juga dibuat lanjutan daripada kejadian seorang individu diculik dan dipukul oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai rentetan daripada perbuatan mereka (Tan dan Lee)" katanya dalam kenyataan hari ini.
       
    Abdul Gani berkata Jabatan Peguam Negara juga meminta semua pihak supaya berhenti memberi sebarang kenyataan atau membuat apa-apa spekulasi berhubung kes ini bagi mengelak perbicaraan melalui media.
       
    Tan atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Lee atau nama penuhnya Lee May Lilng, 24, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap ketiga-tiga pertuduhan. Mereka tidak dibenarkan ikat jamin sementara menunggu perbicaraan.
       
    Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian - Alvivi' pada satu pautan yang mengandungi gambar dan komen bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh…wangi, enak, menyelerakan) bersama logo Halal.
       
    Bagi pertuduhan kedua, Tan dan Lee didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah dalam pautan tumblr.com dan tuduhan ketiga memuat naik di Facebook gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama dalam kalangan penganut agama berlainan. 

    - Bernama

Alvin, Vivian didakwa hari ini, tak dibenar ikatjamin

Posted: 18 Jul 2013 07:00 AM PDT

9 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

  • dikemaskini 3.30pm Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan alam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.

    Pertuduhan terhadap Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25a, dan Vivian atau nama penuhnya Lee May Ling, 24, dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

    Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu enerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian - Alvivi' di pautan ttps://www.facebook.com/alvivi.swi gers iaitu kandungan gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!" yang mengandungi logo Halal.
    NONE
    Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai lepas di 568-14-18, Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, di Kuala Lumpur.

    Mereka didakwa mengikut subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

    Bagi kesalahan pertama kali, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya, boleh dipenjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.

    Bagi pertuduhan kedua, Tan dan Lee didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama, antara 6 Julai dan 7 Julai lepas, antara 9 malam hingga 2 pagi.
       
    Mereka didakwa mengikut subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 yang membawa hukuman denda minimum RM10,000 atau maksimum RM50,000 atau boleh dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
       
    Pasangan itu juga didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama di kalangan penganut agama berlainan.
       
    Kandungan itu telah dibaca di CAF - Syed Restaurant Jalan Dang Wangi antara 11 Julai dan 12 Julai pukul 10.48 malam.
       
    Mereka didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.
       
    Pasangan itu kelihatan tenang dan bersahaja ketika pertuduhan dibacakan satu persatu kepada mereka dan masing-masing berkata: "Saya minta dibicarakan".
       
    Hakim Murtazadi tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin atas sebab kepentingan awam.
       
    "Mahkamah tidak akan terpengaruh dengan unsur-unsur luar dalam memberi jaminan kepada tertuduh," tegas hakim itu.

Rafizi ulang lagi, kait SPR dengan pembekal dakwat

Posted: 18 Jul 2013 06:29 AM PDT

9 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

  • MP Pandan Rafizi Ramli hari ini mengulangi dakwaan bahawa bahawa pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai hubungan rapat dengan pembekal dakwat kekal yang digunakan semasa pilihan raya.
  • Rafizi mengulangi dakwaan tersebut di lobi Dewan Rakyat hari ini setelah diminta untuk berbuat demikian oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

  • Pengarah strategi PKR itu juga berkata beliau akan memfailkan satu usul khusus berhubung dakwaan tersebut.


    Rafizi dalam sidang medianya mendakwa, syarikat yang mendapat kontrak membekalkan topi kepada SPR juga mempunyai kaitan dengan syarikat didakwa sebagai pembekal dakwat kekal, Integrated Challenger (M) Sdn Bhd. 

    Beliau mendakwa, syarikat pembekal topi kepada SPR, Nash Ventures Sdn Bhd – salah satu syarikat yang disebut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ketika ucapan di Dewan Rakyat semalam – mempunyai pertalian dengan pengarah Integrated Challenger. 

    "Salah seorang pengarah syarikat (Nash Venture) adalah pemegang syarikat dan pemegang saham Allisons Corp Sdn Bhd yang mendapat kontrak pembekalan dari Kementerian Pertahanan. 

    "Pemegang saham lain dan pengarah syarikat Allisons Corp Sdn Bhd adalah Mohamed Salleh Mohamed Alli. 

    "Mengikut nombor kad pengenalan, pengarah itu turut lahir di Singapura dan lahir pada tahun sama dengan Mohamed Salleh yang memungkinkan mereka adalah kenalan lama. Alamat rumah kediaman untuk pengarah itu dan Mohamed Salleh adalah sama. Besar kemungkinan mereka ada pertalian suami isteri," kata Rafizi.|

    Sementara itu, Rafizi ketika diminta menjelaskan mengenai pertalian pegawai tertinggi SPR dengan syarikat pembekal dakwat kekal hanya berkata: "Saya sentiasa katakan, ia melibatkan kepimpinan SPR termasuk pengerusi dan timbalan SPR. 

    "...Jangan gaduh dengan saya, perkara utama ialah untuk mengesahkan nama (syarikat) itu. Kalau tak ada benda nak disembunyi terus terang sahaja," katanya lagi. 

    Beliau turut mendakwa, alamat perniagaan yang didaftarkan untuk ketiga-tiga syarikat tersebut juga adalah di alamat yang sama iaitu di Shah Alam. 


    Terdahulu Pandikar Amin berkata MP Pandan tersebut semasa berucap pada hari Selasa lalu menyebut ahli SPR yang tidak dapat mempertahankan diri di Dewan berkenaan.

  • Tindakan tersebut, menurut Pandikar Amin, melanggar peruntukan Peraturan Tetap 36(8) yang antara lainnya menghalang ahli Dewan daripada menyebut ahli SPR tersebut, kecuali dengan usul khusus bagi tujuan tersebut.

    Pandikar Amin meminta Rafizi diminta mengulangi dakwaantersebut di luar Dewan bagi membolehkan pengerusi dan timbalan pengerusi SPR, yang disebut oleh Rafizi, mendapatkan keadilan.

    Ucapan MP di luar Dewan Rakyat tidak dilindungi kekebalan dari tindakan undang-undang.

    Pandikar Amin meminta Rafizi berbuat demikian ketika memutuskan usul yang dikemukakan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) terdahulu yang mahu Rafizi dirujuk ke jawatankuasa hak dan kebebasan atas dakwaan tersebut.

    Pandikar Amin menolak usul Reezal Merican yang mahu merujuk Rafizi ke jawatankuasa berkenaan berdasarkan Peraturan Mesyuarat 36 (12)


    "Pandan yakin fakta dia betul. Sebelum itu dia suruh dedah tapi tak ada dedahan di buat. Cuma Pandan, untuk beri orang sana membela, kalau Pandan berani, dia ikhlas, dia ulang di luar," katanya. 

    "Jadi atas sebab itu saya terpaksa mohon maaf menolak (cadangan usul) Yang Berhomat untuk merujuk Pandan pada jawatankuasa hak dan keistimewaan," kata Pandikar. 


    Malaysiakini/-

Tiada ulasan:

Nuffnang