Jumaat, 7 Disember 2012

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Aqiqah, Khatam Al-Qur'an Dan Berkhatan Disekalikan

Posted: 07 Dec 2012 03:14 PM PST

ZULKIFLI BIN NOORDIN

ZULKIFLI BIN NOORDIN


KONSPIRASI JERUSALEM!

Posted: 07 Dec 2012 12:12 AM PST

P1020300
(Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin mendedahkan Dikri Kristianisasi Malaysia di Jerusalem)

Salam 2 all.

Nampaknya semakin hari semakin jelas usaha dan agenda gerakan kristianisasi di Malaysia ini. Setelah terbongkarnya gerakan kristianisasi di Malaysia oleh Christian Broadcasting Network (yang teman kupas panjang didalam artikel sebelum ini), kepada "Forum Negara Islam: Yang Mana Satu" di dewan Gereja Tabernacle Subang Jaya dimana usul dibuat supaya orang Melayu-Muslim diberi kebeasan memilih agama selain Islam!

Kini terbaru, Ustaz Muhammad bin Abdullah Al Amin, seorang peguam syarie dan pendakwah bebas yang sering muncul di rancangan televisyen samada berbentuk agama mahupun motivasi, yang juga seorang 'mutawwif Al Aqsa', sering membawa jemaah menziarahi Masjidil Aqsa, mendedahkan bagaimana beliau menjumpai satu Dikri Kristianisasi dipercayai dibawa oleh sekumpulan jemaah kristian daripada Malaysia yang turut menziarahi Jerusalem pada waktu yang sama dengan Ustaz Amin.

Baca kisah pendedahan beliau dibawah!

Didalam Dikri yang Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin temui itu dalam Ziarah Al Aqsa pada 26 Nov - 03 Dis 2012 lepas, antaranya tercatat:

Decree For Malaysia

"We decree and declare that Malaysia will be a "Rainbow Nation" in sending missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here.."

Jelas agenda kristianisasi tersebut!

Teman cukop yakin kaum pasrasit yang mengalami "sindrom penafian - denial syndrome" akan segera membuat penafian; dan akan segera mengeluarkan patwa bahawa Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin mengalami 'under-siege mentality' dan mendesak supaya bukti kukoh dikemukakan!

Kaum ni, dah bagi bukti depan hidong pun dema akan buat tak nampak; videoklip yang satu dunia kata dah terang benderang bersuloh pula pun dema patwakan besi sejuk!

Teman tak tahulah apa lagi bukti yang kaum pasrasit dan kitol-kitolnya mahukan lagi! Dah macam-macam bukti dan keterangan ALLAH hantar! Bukan sahaja mereka nafikan, malah mereka patwakan bukti & keterangan ni sebagai besi sejuk, bahan fasik dan macam-macam patwa yang membuktikan kebenaran ayat ALLAH - mereka adalah kaum "summum bukmum 'umyum fahum-Pekak, Bisu & Buta"!!!

Maka sesungguhnya benar ayat ALLAH - Al Baqarah: 120 - sadaqollah hal 'adheem.

Yang baik datang daripada ALLAH, yang tidak kelemahan teman sendiri!

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
23 Muharram 1434
07 Dis 2012

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(dari lamanweb www.ustazamin.com)

AGENDA KRISTIAN UNTUK MALAYSIA TERBONGKAR DI JERUSALEM
Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin

Kembara Universiti Kehidupan Ke 10 ke al-Aqsa bermula dari 26 November hingga 3 Disember 2012.

Seperti biasa, hari pertama kami sampai ke Jerusalem, kami akan masuk ke dalam hotel, berehat sebentar dan kami akan terus ke masjid al-Aqsa untuk mendirikan solat Maghrib dan Isyak di al-Aqsa. Pulang waktu Isyak, kami akan makan malam di kafe hotel.

Mahmood, pemandu pelancong yang biasa dengan saya mencuit bahu saya dan mengajak saya ke satu sudut;

"Muhammad, mari sini" katanya.

"Kenapa?" tanya saya agak kehairanan kenana wajahnya agak serius, nada suaranya, agak perlahan seolah-olah ada rahsia yang ingin dibisikan pada saya.

"Tinggal bersama kamu di hotel ini satu rombongan dari Malaysia" terang Mahmood.

"Oh ye ke!" saya agak gembira mendengar berita itu.

"Tapi mereka rombongan Kristian" kata Mahmood lagi.

"Ye ke, ah, di sinikan banyak tempat penting buat Kristian, tentu mereka nak ziarah" kata saya.

"Sepanjang perjalanan dari border Jordan-Israel, mereka memang mengutuk Islam dan sangat tidak puas hati dengan orang Islam di Malaysia, mereka memang anti Islam" Mahmood Menambah.

"Mereka tak tahu aku Islam, mereka ingat aku Kristian" Mahmood semakin rancak berbual dengan saya di satu sudut di bahagian tangga.

"Memang bukan Islam di mana-mana pun tak suka Islam" kata saya tenang.

"Tak, mereka ini  lain, mereka memang anti Islam di Malaysia" terang Mahmood bersungguh-sungguh.

Perbualan malam pertama itu habis dengan rasa tidak puas hati Mahmood terhadap rombongan Kristian dari Malaysia ini.

Selama berhari-hari kami di hotel yang sama, berselisih di dewan makan, memang rombongan ini tidak menegur kami sedangkan mereka dari Malaysia, duduk di Malaysia.

Tidak ada sepatah pun bahasa Melayu yang keluar dari mulut mereka sedangkan kami saling mengetahui, sama-sama dari Malaysia.

Ada juga kami ingin menegur siapa, tetapi tidak di jawab atau jawapan yang sangat dingin.

Saya tidak tahu, apakah tujuan mereka datang, sama ada untuk lawatan atau ada apa-apa persidangan Kristian yang mereka hadiri.

Saya tidak mengambil perhatian apa yang berlalu walaupun pada tiap-tiap malam, Mahmood akan menceritakan pada saya mengenai ketidak puasan hati mereka pada Islam di Malaysia.
Mahmood memarahi saya…

"Apa dah jadi pada kamu orang Islam di Malaysia hingga hilang sensitviti dalam mempertahankan hak kamu?"

Apa yang mampu saya jawab hanyalah…"berpecah, dan ramai yang berpecah…"

Jawapan yang sangat tidak bersemangat dan seolah-oleh maksudnya, "apa nak jadi, jadilah…"

Ya, kurang rasa sensitiviti….

Allah ingin menunjukkan pada saya sesuatu terhadap jawapan di atas……

1 Disember 2012 jam 8.30 pagi, hari terakhir kami di Palestin…

Biasanya hari terakhir saya akan membawa jemaah semua ke Mount Of Olive (Jabal Zaitun), Pemandangan al-Aqsa dari atas bukit ini terlalu cantik terutama pada waktu pagi, ketika memancarnya cahaya matahari dari arah timur, ia menyerlahkan lagi warna emas Dome Of Rock.

Bas yang kami naiki pada pagi ini adalah bas yang dinaiki oleh rombongan Kristian dari Malaysia sehari sebelumnya.

Seorang jemaah menghampiri saya dengan membawa beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam bas ini.

Saya menatap kertas yang diberikan pada saya. Mata saya tertumpu pada tulisannya dan ia menjadikan jantung saya berdegup kencang, mungkin seperti degupan jantung Mahmood sejak seminggu lalu.

Tulisan itu berbunyi:

Decree For Malaysia

"We decree and declare that Malaysia will be a "Rainbow Nation" in seding missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here.."

Ini agenda Kristian di Malaysia, inilah yang cuba  Mahmood ceritakan pada saya sejak semingga lalu.

Ketika di Malaysia, saya selalu mendengar tentang agenda pendakyah Kristian, dan setiap kali berita itu keluar saya cuba untuk tidak mempercayainya kerana masih bersangka baik pada mereka.

Lebih-lebih lagi, ada sahaja golongan ahli politik yang memberikan komen popular yang menafikan fakta ini.

Kalau ada orang yang cuba bawa fakta ini, orang itu akan dicap sebagai penipu dan pembohong.

Hal ini menjadikan ramai orang Islam kita merasa berada di zon selesa kerana mempercayai  ahli politik yang punyai kepentingan.

Bagi pendakyah pula, mereka memang berada di zon paling bagus kerana usaha dan perancangan mereka di nafikan sendiri oleh orang Islam. Mereka boleh buat apa sahaja kerana orang Islam sangat tidak sensitif, malahan ada yang membela perbuatan mereka.

Ada beberapa perkara yang saya ingin tekankan:-

1. Bagi pendakyah Kristian, jangan pandang rendah kemampuan pendakwah Islam yang tidak berkepentingan di Malaysia. Kami para pendakwah dan orang-orang yang ikhlas akan tetap mempertahankan kedaulatan Islam di Malaysia sama ada menang atau kami mati di dalam usaha ini.

2. Malaysia bukan milik orang politik yang ada kepentingan yang  menyokong tindakan kamu kerana harapkan sokongan, Malaysia di dokong oleh ramai pejuang agama Islam, bangsa muslim  dan tanah air umat Islam. Kalau orang politik sibuk dengan perpecahan mereka, maka perjuangan itu tetap dibahu oleh umat Islam dari bidang lain.

3. Bagi umat Islam di Malaysia, ini bukan gimik popular, saya bukan ahli politik yang inginkan popular, Biarkan ahli politik bergaduh sesama mereka, yang boleh kita damaikan, kita damaikan atau sedarkan dengan apa cara sekalipun. Perpecahan ini satu yang sangat merugikan. Orang Kristian berbincang hingga ke luar negara merancang untuk mengkristiankan Malaysia, kita hanya menafikan dan hilang sensitiviti.

4. Bagi sahabat-sahabat dari Jabatan Agama Islam, anjurkanlah banyak program-program untuk menjaga dan mengawal umat Islam di Malaysia, bahagian zakat jangan berbangga dengan jumlah kutipan, tetapi usahakan untuk kepentingan umat Islam melalui lapan asnaf seperti yang disebut dalam al-Quran.

5. Bagi semua penguatkuasa agama. Jangan percaya dengan zon selesa yang dibisikkan dan penafian yang dicanangkan oleh orang berkepentingan. Jalankan pemantauan dan penguatkuasaan menurut enakmen yang telah diputuskan.

6. Bagi orang kaya, tolong infak harta untuk menganjurkan program-program keagamaan, semoga Allah sentiasa bersama anda sekelian.

7. Bagi sekelian yang membaca, kita umat Islam terlau beriya-iya ingin menjaga hati orang bukan Islam, adakah orang bukan Islam menghormati dan menjaga sensitiviti kita? Jalankanlah tugasan masing-masing di dalam ruang lingkup kemampuan anda semua, semoga Allah membantu usaha kita.

Semoga pendedahan ini memberi inspirasi pada saya untuk terus membahu Islam, yang ingin bersama mari, yang mahu mencebek dan tidak percaya silakan, yang mahu berfikir, renungkan dan yang mahu mendokan, doakan semua umat Islam di Malaysia agar terpelihara dari agenda global orang kafir.

"Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat"

Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
6 Disember 2012 jam 1.15 pagi


Patah sayap bertongkat paruh, Imemperjuangkan dan mempertahakan Islam akan tetap menjadi keutamaan di dalam hidupku, biar berputih tulang, jangan berputih mata!

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


Save Sabah Save Malaysia!

Posted: 07 Dec 2012 08:10 PM PST

Putrajaya police notified of Dec 12 sit-in | Free Malaysia Today

Posted: 07 Dec 2012 05:39 PM PST

Has corruption in M'sia really gone down?-Ramon Navaratnam

Posted: 07 Dec 2012 05:34 PM PST

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Bil letrik akan naik lagi

Posted: 07 Dec 2012 02:59 AM PST


Sekiranya Barisan Nasional (BN) kekal memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang, PKR menjangkakan rakyat akan membayar tarif elektrik yang lebih tinggi sehingga kadar 41 peratus dalam tempoh empat tahun akan datang.

Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen berkata, melalui pelan rasionalisasi subsidi PEMANDU untuk meningkatkan kadar tarif elektrik setiap enam bulan selama lima tahun, pengguna yang kini membayar kadar purata sekitar RM0.33 sen /kWj, akan membayar sehingga kadar mencecah RM0.46 sen /kWj.

"Rakyat akan sengsara dengan kenaikan 41 peratus kadar bil elektrik bagi tempoh empat tahun seterusnya," kata Wong, serta menambah kenaikan pertama tarif elektrik sudah pun dilaksanakan pada Jun tahun lalu.

Jelas beliau, melalui cadangan Pakatan Rakyat (PR) untuk menyemak semula kadar pulangan atas pelaburan (ROI) untuk Pembekal Kuasa Bebas (IPP) pada kadar purata 10 peratus berbanding 19 peratus sekarang, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mampu untuk menjimatkan bayaran kapasiti sebanyak RM2.6 bilion setahun.

"Kadar 10 peratus ini adalah penanda aras global yang digunakan di peringkat antarabangsa, malah PR juga akan menguruskan rizab margin pada kadar optimal 20 peratus, berbanding sekarang, 38 peratus.

"Bagi setiap 1 peratus, sejumlah RM483 juta hilang sebagai pelaburan terkandas, oleh itu pengurangan 18 peratus rizab margin dapat menjimatkan pelaburan terkandas sebanyak RM8.7 bilion, dan dengan bayaran kapasiti 10 peratus ROI, TNB dapat jimat sebanyak RM870 juta setahun.

"Dengan merundingkan semula IPP pada kadar 10 peratus (RM2.6 bilion) dan mengurangkan rizab margin kepada 20 peratus (RM870 juta), keseluruhan penjimatan TNB adalah RM3.47 bilion setahun," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Menurut Wong lagi, purata keuntungan TNB sekarang adalah RM2.14 bilion, dan melalui penjimatan bayaran IPP sebanyak RM3.47 bilion, TNB akan memperolehi keuntungan mencecah RM5.61 bilion setahun.

"Keuntungan yang tinggi ini akan mampu mengurangkan hutang TNB … dan yang paling penting, dengan keuntungan tinggi ini TNB tidak lagi perlu meningkatkan tarif elektrik yang akan membebankan pengguna," katanya.

Beliau turut menjanjikan kerajaan PR akan memberikan jaminan, sekiranya pakatan pembangkang itu berjaya menawan Putrajaya selepas PRU13, 10 peratus saham TNB yang dimiliki Khazanah akan dipertimbangkan untuk dijual kepada kesemua 30,000 pekerja TNB.

"Ini adalah sebahagian daripada dasar ekonomi "management buy-out" kita untuk mewujudkan kelas menengah pengurus-pemilik dan juga mengurangkan penglibatan kerajaan di sektor swasta," katanya lagi.

Beliau sebelum ini mendakwa, keluarga bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi terlibat dalam pembekalan meter melalui program penggantian meter analog kepada elektronik TNB, apabila syarikat milik Noor Asiah Mahmood, adik kepada isteri pertama Abdullah, Allahyarhmah Tun Endon Mahmood, memiliki 15 peratus pegangan saham dalam Malaysian Intelligence Meters Sdn Bhd, salah sebuah daripada lima syarikat yang membekalkan meter elektronik tersebut kepada TNB.

Wong turut berkata, program yang dihentikan sementara waktu atas arahan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air (KeeTha) Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pada Oktober lalu menunjukkan pengguna akan membayar sebanyak RM6.88 bilion kepada keuntungan TNB dalam tempoh 10 tahun.

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


That Penang Port Commission(PPC) Did Not Ask To Sign Any Sale & Purchase Agreement(S&P) In Applying For State Land On The Swettenham Pier Discredits And Refute Teng Chang Yeow’s Claims That The Taman Manggis Land Was Sold To Two Parties.(en/bm/cn)

Posted: 07 Dec 2012 12:09 AM PST

Press Statement By Penang Chief Minister Lim Guan Eng In Komtar, George Town On 7.12.2012.

The PPC's application for state land for Swettenham Pier and the Penang state government's rejection by refunding PPC payment of full premium discredits and refute Penang BN Chair Teng Chang Yeow's claims that the Taman Manggis land was sold to two parties. So long as the land title is not issued, the land remains with the state government and can be sold to any party.

This absolute right of selling to any party so long as the land title is not issued, is only available to Federal or state governments, and can not be challenged by any party even if they have paid land premium
in full. Even PPC did not challenge this absolute right of the state government when the full land premium paid by PPC for Swettenham Pier was refunded by the state government.

There was no sale and purchase agreement signed between the state government and PPC. At no time did PPC request for a sale and purchase agreement to be signed because no land title was issued by the state government. How can there be a sales and purchase agreement without any land titles? If PPC can accept this even though it is controlled by the BN, why can't Teng when this is the law under the National Land Code.

There was clearly no genuine commitment by Teng and BN Penang to build Projek Perumahan Rakyat PPR or low-cost houses for rent following a contradictory statement by Khoo Boo Soon(director of Taman Manggis Phase 2 Development Sdn Bhd) that not PPR but affordable housing costing RM400,000 will be built. If there was, Teng and other BN Penang leaders would have replaced Khoo as directors and shareholders to prove BN's commitment to build PPR over Khoo's interest in building RM400,000 housing to make money.

Even though BN has claimed that the land was set aside by the BN state government in 2003 to build PPR, there was no public announcement in the newspapers from 2003-8. Why BN could not and had no money to build PPR from 2003-7 when BN was in power, but BN can find RM 22,407,300 to buy the 1.1 acre site in Taman Manggis when they are in opposition?

The state government had considered the land too small for public housing when the Housing and Local Government Ministry sets the minimum land area required is 2 acres. Instead an 11 acre site in Jalan S.P. Chelliah was chosen to build public housing- something not done before.

That PPC did not ask to sign any Sale & Purchase Agreement in applying for state land on the Swettenham pier discredits and refutes Teng Chang Yeow's claims that the Taman Manggis land was sold to two parties and the state government was unreasonable in not giving a S&P.

Lim Guan Eng

—-BM Version —

Kenyataan Akhbar Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 7.12.2012
_______________________________________________________

Bahawa Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) Tidak Meminta Untuk Menandatangani Sebarang Perjanjian Jual & Beli (S&P) Dalam Memohon Tanah Negeri Untuk Swettenhem Pier dan Menyangkal Dakwaan Teng Chang Yeow Yang Bahawa Tanah Taman Manggis Telah Dijual Kepada Dua Pihak.

Permohonan PPC untuk tanah negeri bagi Swettenhem Pier dan penolakan Kerajaan Negeri dengan mengembalikan bayaran premium penuh PPC dan menyangkal dakwaan Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow bahawa tanah Taman Manggis telah dijual kepada dua pihak. Selagi hak milik tanah tidak dikeluarkan, tanah tersebut kekal dengan kerajaan negeri dan tidak boleh dijual kepada mana-mana pihak.

Hak mutlak berhubung penjualan kepada mana-mana pihak selagi hak milik tanah tidak dikeluarkan, hanya terdapat pada Persekutuan atau kerajaan negeri, dan ia tidak boleh dicabar oleh mana-mana parti walaupun mereka telah membayar premium tanah secara penuh. Malah PPC tidak mencabar hak mutlak kerajaan negeri apabila premium penuh dibayar PPC untuk Swettenhem Pier dikembalikan kerajaan negeri.

Tiada perjanjian jual beli ditandatangani antara kerajaan negeri dan PPC. PPC juga tidak memohon perjanjian jual dan beli untuk ditandatangi kerana tiada hak milik tanah dikeluarkan oleh kerajaan negeri. Bagaimana terdapatnya perjanjian jual dan beli tanpa hak milik tanah? Sekiranya PPC boleh menerima situasi ini walaupun dikawal oleh BN, kenapa Teng tidak boleh memandangkan undang-undang adalah di bawa Kod Tanah Kebangsaan.

Jelas tiada komitmen tulen oleh Teng dan BN Pulau Pinang untuk membina Projek Perumahan Rakyat (PPR) atau rumah kos rendah untuk disewa ekoran kenyataan bercanggah oleh Khoo Boo Soon (pengarah untuk Taman Manggis Phase 2 Development Sdn Bhd) bahawa bukan PPR tetapi rumah mampu milik dengan kos RM400,000 akan dibina. Sekiranya ada, Teng dan pemimpin BN Pulau Pinang yang lain akan menggantikan Khoo sebagai pengarah dan pemegang saham bagi membuktikan komitmen BN untuk membina PPR berbanding kepentingan Khoo untuk membina perumahan RM400,000 bagi membuat wang.

Walaupun BN mendakwa bahawa tanah tersebut telah diasingkan oleh kerajaan negeri BN pada tahun 2003 untuk tujuan membina PPR, tiada pengumuman umum dibuat di akhbar-akhbar dari 2003-8. Mengapa BN tidak boleh dan tidak mempunyai wang untuk membina PPR antara 2003-7 ketika BN dalam kuasa, tetapi BN boleh mencari RM22,407,300 untuk membeli tapak 1.1 ekar di Taman Manggis apabila mereka menjadi pembangkang?

Kerajaan Negeri beranggapan bahawa tanah tersebut terlalu kecil untuk pembinaan rumah awam apabila Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menetapkan keluasan tanah minimum yang diperlukan adalah 2 ekar. Sebaliknya tapak 11 ekar di Jalan S.P. Chelliah telah dipilih untuk membina rumah awam – sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Bahawa PPC tidak meminta untuk menandatangani sebarang Perjanjian Jual & Beli dalam memohon tanah negeri untuk Swettenhem Pier dan menyangkal dakwaan Teng Chang Yeow bahawa tanah Taman Manggis telah dijual kepada dua pihak dan kerajaan negeri adalah tidak munasabah dengan tidak memberi S&P.

LIM GUAN ENG

— Mandarin Version —

槟州首席部长林冠英于2012年12月7日在光大乔治市发表声明:

槟州港务局在向州政府申请瑞典咸码头的政府地时,并没有要求签署任何买卖合约,这说明邓章耀"山竹园地段一地二卖"的说法站不住脚。

槟州港务局在向州政府申请瑞典咸码头的政府地时,而州政府拒绝并全数退还所有地价,反驳了邓章耀"山竹园地段一地二卖"的说法。只要政府还没有发出地契,土地还是州政府的,可以出售给任何人。

只要还没有发出地契,联邦政府及州政府有绝对权利将土地出售给任何人,任何一方皆不能挑战,就算是他们已经缴付全额地价。就连槟州港务局也没有挑战州政府的权利,我们之前将港务局所缴付的地价,全数退还。

当时,港务局与州政府之间并没有签署任何买卖合约。港务局也没有要求州政府签署任何买卖合约。没有地契,何来买卖合约?如果国阵所控制的港务局可以接受,为什么邓章耀不能接受国家土地法典所规定的条例?

邓章耀及槟州国阵毫无诚意兴建供出租的廉价屋(或人民组屋),因为邱武顺(山竹园第二阶段发展私人有限公司的董事)发表了不一致的言论,指他们不是要兴建人民组屋,而是价值40万令吉的可负担房屋。如果他们有诚意,邓章耀及其他槟州国阵领袖早就取代邱武顺成为山竹园第二阶段发展私人有限公司的董事及股东,让邱武顺打消用来兴建40万令吉房屋赚钱的念头,证明国阵有决心兴建人民组屋。

虽然国阵声称他们早在2003年执政时,就把有关土地划为人民组屋区,但是在2003年至2008年之间,他们并没有宣布此事。为什么国阵在2003至2007在朝时他们不能够、也没有钱兴建人民组屋,在野时,反而可以找到2240万7300令吉来建屋?

州政府考虑过,上述地段太小不适合兴建公屋,因为房屋及地方部规定至少需要2英亩。因此,州政府拨出SP齐亚来11英亩地段来兴建人民组屋,这是前所未有的。

槟州港务局在向州政府申请瑞典咸码头的政府地时,并没有要求签署任何买卖合约,这说明邓章耀"山竹园地段一地二卖"以及"州政府不发出买卖合约为不合理"的说法站不住脚。

林冠英

Under Pakatan Rakyat, Malaysia Transparency International Corruption Perception Index Will Be In the Top 30 Countries By The End Of The First Term.(en/bm/cn)

Posted: 07 Dec 2012 12:07 AM PST

Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 7.1.2.2012.

Malaysians should only be satisfied with efforts to fight corruption when 'big fishes' are prosecuted and structural changes introduced to fight corruption. The recently released Transparency International Corruption Perception Index (CPI) shows that Malaysia has improved its ranking from 60th out of 183 in 2011 to 54 out of 176 countries in 2012.

The improvement in the CPI does not appear to have stopped scandals such as the RM250 million National Feedlot Corporation (NFC) scandal from continuing. Only now do we see the extent of the abuse of power in the previous Selangor government, for example, where land which is now worth RM300 million were sold to BN component parties at RM1 per square foot (psf) or how BN representatives in Penang sold prime land next to Gurney Drive in Penang at RM 1 psf in Tanjung Tokong.

The overall improvement in the CPI scores mask other worrying findings in regards to corrupt practices in Malaysia as in indicated by the Bribe Payer's Survey. For example, when asked 'how common is it for public officials in this country to demand or accept bribes',Malaysia's score was 4.1 out of 5 (5 being the worst), which is on par with Indonesia, a country which is placed at 118 in the CPI ranking.

When asked 'how common is the misuse of public funds by high ranking public officials and politicians', Malaysia's score was 4.3 out of 5 which was actually worse than Indonesia's score of 4.2.

Most worrying is the fact that 50% of respondents that believed they have lost business due to bribery making Malaysia the worst ranking country out of the 31 countries survey in the Bribe Payer's Survey, worse than even Indonesia (47%), Pakistan (42%) and Russia (39%).

If the Fighting Corruption NKRA major thrusts – to strengthen the anti-corruption enforcement agencies and legislation, to tackle grand corruption and to reduce leakages from government procurement – were properly implemented, Malaysia should have catapulted into the top 30 countries in the CPI rankings. The failure to act against "big fishes" does not lend much confidence to the credibility of MACC nor the political will of the government.

At the same time, despite numerous policy reports, allegations and investigative pieces made against the Chief Ministers of Sarawak and Sabah, most notably by the Bruno Manser Fund (BMF), there is no action or full investigations by the MACC. The 2012 Transparency International report did not cover the resurfacing of the RM40 million alleged 'political donation' to Sabah UMNO that continues to escape the attention of the MACC and revelations made by high-flying businessman Deepak Jaikishan relating to shady land deals. Deepak was indirectly linked to the murdered Mongolian model Altantuya Shaaribuu.

The DAP agrees with Transparency International suggestion for the following major structural reforms to fight corruption:
1. Reforms in the political arena to reduce monetisation of politics and eliminate opportunities for state capture which results in grand corruption

2. Continue to strengthen law enforcement institutions especially the MACC, Judiciary and Police. Their complete independence must be established to secure the public's trust

3. Uphold the rule of law without fear or favour so that abusers especially "big fish" cases do not have impunity from prosecution

4. Overhaul the Official Secrets Act (OSA) and introduce a federal Freedom of Information (FOI) Act

5. Firm and consistent actions in upholding transparency and accountability in government contracts and public procurement

6. Tackle systemic corruption by focusing on specific sectors through the involvement of all stakeholders in the public private, professional and civil society sector.

7. Further improve whistleblower legislation to provide wider protection to whistle blowers and encourage more whistle-blowing

Pakatan Rakyat and DAP promises to introduce these reforms recommended by Transparency InternationaI to ensure that Malaysia will be ranked among the top 30 countries at the end of its first term in office after the 13th General Elections.
LIM GUAN ENG
——BM Version —-

Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 7.12.2012

Di Bawah Pakatan Rakyat, Malaysia Akan Menduduki Tangga Ke-30 Dan Ke Atas Dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International Menjelang Akhir Penggal.

Rakyat Malaysia harus berpuas hati dengan usaha untuk membanteras rasuah hanya apabila "ikan besar" berjaya didakwa serta perubahan asas diperkenalkan untuk memerangi rasuah. Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang baru dikeluarkan Transparency International menunjukkan bahawa Malaysia telah meningkat dalam kedudukan daripada tangga ke-60 daripada 183 pada tahun 2011 kepada tangga ke-54 daripada 176 buah negara pada tahun 2012.

Walaupun peningkatan dicapai dalam CPI, skandal-skandal seperti skandal RM250 juta National Feedlot Corporation (NFC) tetap berterusan. Baru sekarang kita dapat lihat penyalahgunaan kuasa yang berlaku dalam kerajaan Selangor terdahulu, di mana tanah yang kini bernilai RM300 juta telah dijual kepada parti-parti komponen BN dengan harga RM1 sekaki persegi (skp) atau bagaimana wakil-wakil BN di Pulau Pinang menjual tanah primer di Tanjung Tokong, bersebelahan dengan Gurney Drive pada harga RM1 skp.

Peningkatan keseluruhan dalam CPI mengaburi penemuan-penemuan lain yang membimbangkan, seperti yang ditunjukkan dalam Kajian Pemberi Rasuah (Bribe Payer's Survey). Sebagai contoh, apabila ditanya "Adakah ia satu kelaziman bagi penjawat-penjawat awam untuk meminta atau menerima rasuah?", Malaysia mencatat markah 4.1 daripada 5 (5 merupakan yang paling teruk), iaitu sebahu dengan Indonesia yang menduduki tangga ke-118 dalam CPI. Apabila ditanya "Adakah ia satu kelaziman bagi penjawat awam, khususnya mereka yang berjawatan tinggi serta ahli politik, untuk menyalahguna wang awam?", Malaysia mencatat 4.3 daripada 5, markah yang lebih teruk berbanding Indonesia yang mendapat 4.2.

Yang paling membimbangkan adalah hakikat bahawa 50% responden percaya bahawa mereka telah kehilangan peluang perniagaan akibat rasuah, lantas meletakkan Malaysia di kedudukan paling teruk daripada kesemua 31 negara yang dikaji dalam Kajian Pemberi Rasuah, lebih teruk daripada Indonesia (47%), Pakistan (42%) dan Rusia (39%).

Jika salah satu teras utama NKRA Memerangi Rasuah – untuk mengukuhkan agensi-agensi penguatkuasaan, menangani rasuah besar serta mengurangkan ketirisan dalam pemerolehan kerajaan – dilaksanakan dengan betul, Malaysia sudah lama telah melonjak ke tangga ke-30 dan ke atas dalam CPI. Kegagalan untuk mengambil tindakan ke atas "ikan besar" tidak meyakinkan rakyat tentang kredibiliti SPRM atau komitmen politik kerajaan.

Pada masa yang sama, walaupun terdapat banyak laporan polis, dakwaan serta siasatan terhadap Ketua Menteri Sarawak dan Sabah, tiada tindakan yang diambil atau siasatan penuh dilakukan oleh SPRM. Laporan Transparency International 2012 juga tidak merangkumi "sumbangan politik" 40 juta kepada UMNO Sabah serta pendedahan oleh ahli peniaga Deepak Jaikishan mengenai urusan-urusan tanah yang mencurigakan. Deepak juga berkait secara tidak langsung kepada pembunuhan model Mongola Altantuya Shaaribuu.

DAP bersetuju dengan cadangan Transparency International untuk melakukan perubahan struktur berikut untuk memerangi rasuah:
1. Reformasi politik untuk mengurangkan politik wang dan menyisihkan peluang yang mengakibatkan rasuah besar.
2. Terus memperkuatkan institusi-institusi penguatkuasaan undang-undang seperti SPRM, badan kehakiman dan polis. Keyakinan awam hanya boleh diperolehi jika mereka benar-benar bebas.
3. Meluhurkan undang-undang tanpa takut atau memihak supaya "ikan besar" tidak imun daripada dakwaan.
4. Membaik pulih Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat di peringkat persekutuan.
5. Tindakan tegas dan konsisten dalam menegakkan ketelusan dan kebertanggungjawab dalam kontrak kerajaan dan pemerolehan awam.
6. Menangani rasuah sistemik dengan bertumpu kepada sektor-sektor khusus melalui penglibatan semua pihak berkepentingan termasuk sektor swasta, awam dan masyarakat madani.
7. Memperbaiki perundangan untuk melindungi peniup wisel dan menggalakkan pemberian maklumat yang lebih.

Pakatan Rakyat dan DAP berjanji untuk memperkalkan reformasi-reformasi di atas yang dicadangkan oleh Transparency International untuk memastikan Malaysia akan memasuki tangga ke-30 dan ke atas menjelang akhir penggal pertama selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

Lim Guan Eng

—Mandarin Version–
民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2012年12月7日在吉隆坡发表声明:

若民联执政,马来西亚国际透明印象指数将会在第一届任期期末,进入前30名。

只要在"大鱼"被提控、政府推行反贪结构性改变,人民才能够满意。最近国际透明贪污印象指数显示马来西亚排名上升,从2011年183个国家中排名60,至2012年176个国家中排名54。

国际透明贪污印象排名上升,不代表像2亿5000万令吉的国家养牛中心丑闻已经停止。现有我们才看到前雪州政府是如何滥权,例如:现在值3亿令吉的土地被国阵成员党以每平方尺1令吉出售,以及国阵槟州议员如何以每平方尺1令吉出售槟城关仔角附近的丹绒道光土地。

贪污印象指数的提升,掩盖了我国贪污作业令人担忧的其它事实,如:全球行贿指数(Bribe Payer)的调查中,当人们问起"我国政府官员邀贿及受贿的情况有多普遍?",我们得分4.1(5分代表最糟)与印尼一样,印尼在贪污印象指数中排名118。

当调查问到"高官与政治人物滥用公款的情况有多严重?",马来西亚得分为4.3,比印尼4.2还糟。

最令人担忧的事实是,50%的受访者相信他们因贪污而失去很多商机,导致我们在这31个受调查国家排名最差,比印尼(47%)、巴基斯坦(42%)及俄罗斯(39%)还差。

如果政府能够认真推行国家的反贪关键指标:加强反贪执法机构及条规,对付大宗贪污及减少政府采购疏漏,马来西亚早就排到国际透明贪污印象前30名。当局没有对付"大鱼",无法增加众人对反贪委员会的信心,也无法让人们对政府的政治意志有信心。

同时,尽管无数的政策报告、调查报告都针对砂拉越及沙巴首席部长,最著名的是布诺曼苏基金的报告,但是,马来西亚反贪委员会并没有采取行动。2012年国际透明报告没有涵盖最近浮出台面的4000万令吉沙巴州巫统政治献金、以及有雄心的商人迪柏加基山所揭露的可疑土地交易,这
些案件都不获马来西亚反贪委会的关注。迪柏是间接与被谋杀的蒙古女郎阿丹杜亚有关的商人。

民主行动党同意国际透明所建议的肃贪结构改革方案:
1. 政治机构的改革,以减少政治金钱化、消除从政府"打主意"进行大宗贪污的机会。
2. 继续强化执法机构特别是马来西亚反贪委会、司法及警队。他们必须完全独立,才能恢复公众的信任。
3. 无畏无惧、不偏不倚地捍卫司法,好让滥权者特别是"大鱼"不会开溜。
4.检讨官方机密法令、制订联邦资讯自由法。
5. 在政府合约及公共采购时,坚决地维护透明度及公信力
6. 对付制度性的贪污,通过公共、私人界、专业人士及公民社会领域,关注特定领域。
7. 改善吹哨人法规,为吹哨人提供更多的保障,鼓励更多人提供情报。

民联及行动党承诺,我们执政后将国际透明组织推行的改革方案,以确保马来西亚在第13届大选后的任期期末,可以让我国贪污印象指数排名提升至前30名。

林冠英

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Sarung kamera AES di S'gor ditangguhkan, kata exco

Posted: 07 Dec 2012 02:12 AM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -



 

Arahan untuk menyarung kamera Sistem Penguatkuasa Automatik (AES) di dua lokasi dalam Majlis Perbandaran Sepang (MPS) yang dijadualkan hari ini ditangguhkan atas nasihat pejabat peguam negeri, kata exco Selangor Ronnie Liu.

Beliau yang juga ADUN Pandamaran berkata nasihat tersebut dikeluarkan hari ini oleh pejabat berkenaan.


"Saya diberitahu oleh Yang Dipertua MPS bahawa penasihat undang-undang memberitahu supaya Majlismemberi masa yang secukupnya kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Syarikat Beta Tegap untuk menjawab arahan menutup kamera itu," katanya.

Setakat ini hanya terdapat dua kamera AES yang telah dipasang di Selangor dan kedua-duanya terletak dalam kawasan MPS.


Dua lokasi adalah di kilometer 66 Arah Kajang Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan kilometer 301.7 arah ke Kuala Lumpur Lebuhraya Utara Selatan.  

Kelmarin, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dilapor berkata kerajaan Selangor tidak akan menurunkan kamera itu tetapi hanya menutupnya dengan satu sarung dalam operasinya. 

Katanya, tindakan itu merupakan sebahagian daripada tiga langkah berperingkat yang diambil kerajaan negeri dalam menangani kontroversi mengenai kamera AES.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPS) Mohd Sayuthi Bakar berkata pihaknya tidak menutup sendiri kamera itu di dua lokasi seperti yang umumkan oleh kerajaan negeri.

Sebaliknya, katanya, MPS telah mengarahkan JPJ dan syarikat Beta Tegap menutupnya sendiri kamera itu melalui notis seksyen 72(1)c Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 yang dikeluarkan pada 6 Disember 2012.

"Pihak Majlis akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang yang sedia ada setelah tempoh matang notis dikeluarkan," kata Mohd Sayuthi dalam satu kenyataannya hari ini.


Malaysiakini/-

Haji: Pencarum KWSP mungkin dibenar guna simpanan penuh

Posted: 06 Dec 2012 07:56 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -
tabung-haji
 KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji bersedia mengkaji untuk membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggunakan akaun kedua bagi perbelanjaan penuh menunaikan ibadah haji.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail berkata, bagaimanapun perkara itu perlu mendapat kelulusan KWSP.

"Sebelum ini, kerajaan telah membenarkan pencarum KWSP menggunakan sebahagian daripada akaun kedua iaitu berjumlah RM3,000 ringgit untuk tujuan menunaikan ibadah haji," katanya menerusi program 'Dalam Radar terbitan Bernama Radio24 di sini hari ini.

Ismee berkata, setakat ini Tabung Haji telah berjaya mengekalkan jumlah perbelanjaan dengan kos RM9,980 seorang jemaah, walaupun jumlah sebenarnya adalah RM15,150.

"Daripada jumlah itu, Tabung Haji menanggung RM5,170 bagi setiap jemaah. dan turut menanggung beberapa perkara lain, termasuk kursus haji," katanya.

Ismee juga berkata Tabung Haji sentiasa menambah baik perkhidmatan yang disediakan setiap tahun bagi tujuan memberi keselesaan kepada jemaah.

Pada Januari depan, pegawai Tabung Haji akan ke tanah suci untuk urusan memperbaharui kontrak penempatan sedia ada dan melihat perumahan baru bagi memastikan jemaah haji dari negara ini sentiasa mendapat perkhidmatan terbaik.

Menyentuh mengenai musim haji yang baru lepas, beliau menyifatkan perjalanan haji baru-baru ini sebagai satu kejayaan daripada sudut perkhidmatan apabila rungutan jemaah berkurangan berbanding sebelumnya. - 

Bernama

Dua lelaki dihukum gantung, bunuh pekerja sambilan stesen minyak

Posted: 06 Dec 2012 07:51 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -
IPOH - Dua lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang pekerja sambilan sebuah stesen minyak di sini, empat tahun lepas.
  
Pesuruhjaya Kehakiman Choong Siew Khim menjatuhi hukuman itu terhadap K.Nanda Kumar, 26, dan N. Yugaraja, 34, kedua-duanya dari Kampung Baru Jelapang di sini selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah.
  
Nanda Kumar dan Yugaraja didapati bersalah membunuh Mohammad Khairuddin Mohamed Isa, 42, di Stesen Minyak Petronas Gunung Lang di sini pada 6.58 pagi, 11 Nov 2008.
  
Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 35 kanun yang sama, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
  
Sebaik sahaja selesai prosiding kes, Nanda Kumar yang mengenakan kemeja putih berseluar hitam dan Yugara berbaju-t hitam berbelang hijau serta seluar berwarna coklat dilihat menangis sambil dipeluk anggota keluarga terdekat mereka.

Ketika ditemui pemberita, peguam Rajit Singh yang mewakili kedua-dua tertuduh berkata pihak pembelaan akan memfailkan notis rayuan terhadap keputusan itu dalam tempoh 14 hari.
  
Timbalan Pendakwa Raya Azizah Ahmad pula berkata pendakwaan mengemukakan 18 saksi sepanjang prosiding kes berkenaan.
  
Mohd Khairudin, pekerja sambilan di stesen minyak itu ketika kejadian, merupakan petugas Jabatan Agama Islam Perak dan pelajar tahun satu program Ijazah Sarjana Muda Syariah Usuluddin, Universiti Kebangsaan Malaysia.
  
Sementara itu, balu Allahyarham Mohammad Khairuddin, Nayes Mohd Mokhtar, 42, menangis hiba sambil melahirkan rasa syukur kerana kes itu berakhir hari ini dan mahkamah menjatuhi hukuman yang setimpal.
  
"Saya rasa lega, penantian keluarga untuk tertuduh mendapat hukuman yang sewajarnya kini berakhir. Saya sentiasa berdoa supaya orang yang terlibat membunuh suami saya dihukum sewajarnya. Saya dan anak sulung mengikuti keseluruhan perjalanan kes ini," kata ibu enam anak itu ketika dihubungi - Bernama



Morsi tawar konsesi redakan rusuhan

Posted: 06 Dec 2012 07:47 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -


Presiden Mesir, Mohamed Morsi memberi ucapan malam Khamis lalu, di samping menyeru kepada dialog dan menyatakan simpati ke atas kematian penunjuk perasaan, beliau turut menawarkan beberapa konsesi dan menolak kumpulan pembangkang.

Beliau mencadangkan satu mesyuarat Sabtu ini dengan pemimpin-pemimpin politik, "belia revolusi" dan tokoh-tokoh undang-undang untuk membincangkan hala tuju, tetapi kumpulan aktivis terkemuka menolak tawaran berkenaan, dan memangil untuk mengadakan demonstrasi baru Jumaat ini.

"Pergerakan 6 April", yang memainkan peranan penting dalam menyalakan pemberontakan terhadap Mubarak berkata di halaman Facebook mereka bahawa demonstrasi Jumaat ini akan adalah "kad merah" untuk Morsi.

Rusuhan bermula selepas Morsi mengeluarkan dekri pada 22 November memberikan kepadanya kuasa yang lebih besar yang tidak tertakluk kepada semakan kehakiman.

Protes mencapai kemuncaknya Rabu lalu, dengan tujuh mati dan lebih 770 cedera ketika pertempuran di luar istana presiden.

"Sebarang kejadian yang menyedihkan ini berlaku kerana perbezaan politik yang perlu diselesaikan melalui dialog," ujar Morsi.

"Saya menyeru untuk dialog yang produktif dengan semua tokoh dan ketua-ketua parti, belia revolusioner dan tokoh-tokoh kanan undang-undang untuk bermesyuarat Sabtu ini," kata beliau. (aljazeera.com)

harakah/-

ANAK persoal keputusan adakan semula AGM KPF

Posted: 06 Dec 2012 07:43 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -



 
Keputusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk membatalkan mesyuarat agung tahunan (AGM) Koperasi Permodalan Felda (KPF) pada 20 Jun lalu dan mengarahkan ia diadakan semula sebelum 31 Disember, telah dipersoalkan oleh sebuah NGO yang berkaitan dengan PAS.
mazlan aliman anak
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman (kanan) mendakwa ia adalah satu
percubaan Felda Global Ventures (FGV) supaya KPF menjadi pemegang saham utama Felda Holdings.

"Konspirasi itu melibatkan pembatalan AGM dan memastikan dua orangnya menganggotai lembaga KPF," katanya, sambil mendakwa dua individu berkenaan ialah Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad dan pemangku ketua pengarahnya, Faizoull Ahmad.

SKM telah mengeluarkan surat pada 4 Disember mengarahkan KPF mengadakan AGM ke-31, bersama surat kuasa yang menyatakan AGM sebelumnya tidak sah dan AGM akan dipanggil oleh SKM.

Surat itu menyatakan bahawa asas bagi mengarahkan mesyuarat itu diadakan semula adalah pertikaian dalaman pada 26 November, yang didakwa Mazlan sebagai tidak munasabah.

Semasa sidang akhbar semalam, Mazlan menunjukkan salinan surat SKM yang bertarikh 4 Disember kepada pemberita.

Surat itu mengandungi agenda mesyuarat seperti yang disenaraikan di bawah:

 -  Mengesahkan minit mesyuarat agung perwakilan tahunan kali ke-30 pada 23 Jun 2011 dan minit mesyuarat agung khas yang diadakan pada 19 April 2012.
  
- Membentang dan meluluskan Laporan Lembaga tahun 2011.

- Menimbang dan meluluskan penyata kewangan teraudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 berserta laporan jawatankuasa audit dalaman dan pandangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

- Menimbang dan meluluskan cadangan pembahagian keuntungan tahun 2011.
  
- Memilih anggota-anggota Lembaga sesi 2012/2013

Mazlan berkata AGM tersebut adalah luar biasa kerana SKM yang mengarahkan AGM diadakan pada 27 Disember dan  bukannya KPF.

malaysiakini/-

Tahniah Umno pamer sifat ganas, tidak bertamadun

Posted: 06 Dec 2012 07:42 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengucapkan tahniah kepada Pemuda Umno Bahagian Gombak, Selangor kerana telah membantu Pakatan Rakyat untuk mempamerkan sifat sebenar Umno dan Barisan Nasional yang ganas dan tidak bertamadun seperti di dalam kejadian 'serangan' terhadap program anjuran Pakatan Rakyat di Batu 8, Gombak Utara kelmarin.

Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, kejadian tersebut juga telah memperlihatkan sikap berpura-pura Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak yang menafikan keganasan pemuda Umno Gombak sedangkan banyak rakaman pada malam tersebut telah membuktikan sebaliknya.

Justeru, katanya Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berasa sangat kesal dan mengecam tindakan ganas tersebut dan meminta supaya pihak yang berwajib menyegerakan siasatan yang terperinci serta membawa pihak yang bersalah untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga tidak menolak kemungkinan yang Umno dan Barisan Nasional sememangnya cukup terdesak untuk memulihkan imej mereka yang sudah 'rosak' di mata rakyat sehingga sanggup bertindak ganas dan 'berlakon' sebagai mangsa keadaan semata-mata untuk meraih simpati rakyat," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, pihaknya penuh yakin dan percaya bahawa pihak Pakatan Rakyat tidak pernah mencetuskan sebarang kekacauan di dalam setiap program yang telah dilaksanakan sehingga ke hari ini kerana 'track record' penganjuran program Pakatan Rakyat selama ini adalah bersih dan cemerlang.

Tegasnya, Pemuda PAS Selangor dengan ini memberikan amaran yang keras kepada Pergerakan Pemuda Umno Selangor supaya menasihatkan Pemuda Umno bahagian mereka untuk berpolitik secara berhemah dan 'gentleman'.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bersedia untuk menyahut cabaran Pemuda Umno sekiranya mereka berterusan untuk membuat provokasi seperti ini di masa hadapan," tegasnya lagi.

harakah/-

Ditembak ketika minum

Posted: 06 Dec 2012 07:37 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

BONGKAR...anggota polis mencari kelongsong peluru di tempat kejadian.
BONGKAR...anggota polis mencari kelongsong peluru di tempat kejadian.
SEBAK...ahli keluarga mangsa di tempat kejadian, semalam.
SEBAK...ahli keluarga mangsa di tempat kejadian, semalam. 
 
GOMBAK: Seorang lelaki yang sedang menjamu selera bersama rakannya di sebuah warung di kawasan perindustrian Batu Caves di sini, maut selepas ditembak seorang lelaki bertopeng, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, mangsa yang dikenali sebagai M Siva, 32, dikatakan terkena tiga das tembakan di dada, perut dan tangan.

Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, ketika berada di kilang berdekatan, dia terdengar bunyi tiga das tembakan, namun tidak berani keluar kerana bimbang keselamatan diri.

"Selepas 10 minit, seorang rakan mangsa datang meminta bantuan saya dan memberitahu rakannya itu parah dan terbaring berlumuran darah akibat ditembak.

"Sebaik tiba di lokasi, saya lihat beberapa lelaki dipercayai rakan mangsa sedang mengangkatnya masuk ke dalam sebuah kereta untuk menghantarnya ke hospital," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

metro/-

Tungku perut meletup

Posted: 06 Dec 2012 07:36 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Alat bertungku meletup. Itu yang berlaku di sebuah rumah di Wangsa Maju, kelmarin apabila alat bertungku elektrik meletup hingga menyebabkan seorang lelaki berusia 25 tahun cedera di tangan, dada dan badan.

Lelaki berkenaan yang melecur kira-kira 12 peratus di seluruh badannya itu masih dirawat di Unit Kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Bapa mangsa yang mahu dikenali sebagai Hisham, 56, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, anak perempuan keduanya itu memanaskan alat bertungku elektrik berkenaan untuk anak sulungnya yang sedang berpantang.

Menurutnya, alat bertungku itu digunakan untuk membantu mengempiskan perut lebih cepat bagi anak sulungnya yang baru bersalin dua minggu lalu.

"Selepas memanaskan alat bertungku itu, anak kedua saya sedang membuat kerja lain tanpa sedar proses pemanasan itu sudah melebihi masa dan panas hingga meletup.

"Ketika itu, anak lelaki saya yang secara kebetulan berada berdekatan terkena serpihan alat bertungku itu dan melecur lebih 12 peratus ," katanya kepada Harian Metro, semalam.

Beliau berkata, anak lelakinya yang cedera di tangan, dada dan badan dibawa ke klinik swasta untuk rawatan kecemasan, tetapi diminta ke HKL.

Susulan kejadian itu, dia membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan menolak unsur jenayah sebagai punca kejadian berkenaan.

metro/-


Ketua Cabang PKR risau maklumat disalah guna

Posted: 06 Dec 2012 07:32 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

Ketua Cabang PKR risau maklumat disalah guna

Zahari menunjukk tingkap yang disyaki menjadi laluan pencuri menceroboh masuk ke dalam rumahnya di Taman Pandan Damai, Kuantan, malam kelmarin. 
 
KUANTAN- "Kerugian  saya alami tidak banyak, lebih kurang RM4,000 sahaja tetapi perkara  paling dirisaukan ialah maklumat berhubung parti  dalam komputer riba, thumb drive dan beberapa dokumen berkaitan yang hilang itu akan digunakan pihak lain yang berkepentingan," kata Zahari Mamat, 51, Ketua Cabang PKR Paya Besar selepas rumahnya disyaki dipecah masuk pencuri,  malam kelmarin.

Kejadian pecah masuk kediamannya yang terletak di Taman Pandan Damai, dekat sini hanya disedari kira-kira jam 9 malam selepas beliau pulang dari masjid.

Menurutnya, dia meninggalkan rumahnya yang turut digunakan sebagai pejabat operasi PKR Cabang Paya Besar kira-kira jam 6.30 petang dalam keadaan baik.

"Tiada sebarang kesan pecah masuk atau geledah kelihatan ketika itu cuma langsir tingkap bahagian hadapan terbuka dan pencuri dipercayai masuk ke dalam rumah melalui bahagian itu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Zahari berkata, kehilangan itu disedari selepas dia gagal menemui sebuah telefon bimbit yang diletakkan bersama komputer riba dan beberapa dokumen  lain atas meja dalam bilik sebelum keluar ke masjid.

"Anak lelaki saya  yang ada bersama ketika itu turut mengadu komputer riba turut hilang lalu kami berdua bersama-sama mencari namun tidak menjumpai.

"Selepas itu baru kami sedar ada beberapa barangan lain termasuk dompet, tunai RM500, telefon bimbit, komputer riba yang mengandungi dokumen  maklumat parti dan sebuah jam tangan hilang," katanya.

Menurutnya, beliau mengesyaki kejadian itu dirancang  namun tiada sebarang bukti yang boleh mengaitkan dengan pihak tertentu.

Beliau berkata, dia dan keluarga tidak tinggal di rumah itu sepanjang masa sebaliknya pulang sekejap-sekejap jika ada urusan.

"Bagaimanapun dalam masa dua hari ini, saya dan anak lelaki pulang dan bermalam di sini kerana banyak kerja berkaitan parti perlu disiapkan.

"Saya agak pelik, jika penjenayah berhajatkan barang berharga, banyak barang lain yang dia boleh ambil tapi hanya yang ada di atas meja itu sahaja yang dikebas," katanya.

Zahari berkata, dia menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung kejadian.

"Setakat ini tiada sesiapa sesiapa yang disyaki cuma kira-kira jam 11 malam kelmarin ada pemuda dikenali datang ke rumah ini menemui saya untuk meminta bantuan.

"Pemuda terbabit mendakwa dia dan keluarga mengalami gangguan dan minta saya membacakan ayat suci al-Quran pada limau yang dibawa bersamanya ketika itu," katanya.

Susulan kejadian, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Jaya Gading kira-kira jam 10.25 malam, hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Menurutnya, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan  dan kejadian dipercayai lebih kepada kes biasa dan tiada motif politik,

sinar/-

Kecewa tanah bertukar milik

Posted: 06 Dec 2012 07:26 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

Kecewa tanah bertukar milik
Anuar menunjukkan beberapa dokumen yang diragui berkenaan penukaran hak milik tanah terbabit.
BANDAR TUN RAZAK - Seorang anak peneroka Wilayah Jengka kecewa apabila mendapat tahu tanah pusaka milik arwah ayahnya bertukar hak milik tanpa pengetahuannya.

Anak peneroka tersebut yang hanya mahu dikenal sebagai Anuar berkata, penukaran hak milik tanah terbabit kepada nama arwah abangnya hanya diketahui sebaik sahaja mendapat berita kematian abangnya itu.

"Pada 1985, arwah ayah meninggal dunia dan saya dan tujuh beradik saya dipanggil pihak pengurusan Felda untuk menandatangani borang menyerahkan urusan tanah terbabit kepada abang saya sebagai pemegang amanah.

"Ketika itu, saya masih lagi di bawah umur dan belum mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan," katanya.

Katanya, pada 2005, abangnya sebagai pemegang amanah pula meninggal dunia dan ketika itu, dia mendapati hak milik tanah telah bertukar nama kepada arwah abangnya.

"Saya dan adik beradik tidak mengetahui perkara ini sehinggalah kami melihat sendiri geran tanah tersebut.

"Kami keliru kerana bagaimana geran tanah tersebut bertukar hak milik tanpa pengetahuan kami. Setelah disiasat, saya mendapati geran tanah tersebut bertukar hak milik sebaik sahaja peneroka habis membayar hutang dan geran tersebut diserahkan kepada mereka," katanya.

Menurut Anuar, hasil siasatan yang dilakukan, dia mendapati terdapat pemalsuan dokumen berkenaan pertukaran nama hak milik tanah terbabit.

"Kini isteri arwah abang saya pula hendak membuat tuntutan menukar nama geran tersebut kepada namanya, dan kami telah membuat kaviet dengan meletakkan nama salah seorang abang saya," katanya.

Menurutnya, dia dan adik-beradiknya kecewa dengan pengurusan Felda ketika itu yang mengambil sikap sambil lewa terhadap penukaran hak milik tanah tersebut.

"Saya tidak faham mengapa begitu mudah penukaran hak milik tanah itu dibuat. Saya juga kecewa kerana setakat ini masih tidak ada sebarang tindakan dilakukan pihak pengurusan Felda terbabit.

"Kami adik-beradik bukanlah mahukan wang durian runtuh atau mahu menghalau kakak ipar kami keluar dari rumah itu, kami cuma mahu tanah itu dikekalkan hak milik kepada anak-anak arwah ayah kerana banyak kenangan manis kami semasa di awal kemasukan ke tanah rancangan itu suatu ketika dahulu," katanya.

sinar/-

Laluan ibarat ‘sungai’ kecil

Posted: 06 Dec 2012 07:21 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

Keadaan paip bocor di hadapan sebuah rumah di Lorong 2 Taman Mawar Indah, Ketari.
Keadaan paip bocor di hadapan sebuah rumah di Lorong 2 Taman Mawar Indah, Ketari.
 
BENTONG – Penduduk di Lorong 2 Taman Mawar Indah, dekat sini, mahu tindakan segera diambil untuk mengatasi masalah paip bocor di hadapan sebuah rumah di kawasan itu.

Penduduk, Ismail Fahmi, 40, berkata, paip bocor itu menyebabkan air mengalir tanpa henti di hadapan beberapa rumah penduduk ibarat 'sungai' kecil.

Menurutnya, keadaan itu menimbulkan ketidakselesaan kerana menyebabkan kawasan di hadapan rumah terbabit berair dan kotor.

"Air daripada paip bocor itu sentiasa mengalir kemudiannya bertakung di hujung jalan.

"Kami bukan sahaja tidak selesa dengan keadaan itu malahan bimbang kerana lama-kelamaan akan berlaku mendapan tanah," katanya.

Ismail berkata, sebelum ini ada kerja baik pulih dijalankan, namun tidak berhasil sebaliknya menjadi lebih teruk.

Menurutnya, tindakan segera perlu diambil untuk menangani masalah itu kerana sekiranya dibiarkan, keadaan tersebut dikhuatiri menyebabkan insiden tidak diingini berlaku.

"Air mengalir daripada paip bocor jelas membazir kerana terbiar begitu sahaja. Kadangkala bekalan air di rumah penduduk terganggu kerana masalah tersebut," katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati paip bocor itu berada di hadapan sebuah rumah tidak berpenghuni seterusnya mengalir ke kediaman penduduk berhampiran.

sinar/-

Polis rampas laptop Malaysiakini

Posted: 06 Dec 2012 07:12 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -




Polis merampas sebuah komputer riba daripada portal berita Malaysiakini untuk menyiasat kiriman e-mel Prof Abdul Aziz Bari mengenai kenyataannya ke atas Sultan Selangor susulan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor terhadap gereja DUMC.

Rampasan itu dilakukan dua anggota polis diketuai Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Shah Alam Mohd Hamizi Abu Bakar dan disaksikan oleh Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar.

NONERampasan yang dilakukan untuk pada kira-kira jam 5.35 petang di pejabat portal berita ini petang semalam bertujuan untuk menyemak e-mel daripada Aziz Bari berhubung perkara tersebut.

Polis merampas komputer riba yang digunakan penolong pengarang meja bahasa Melayu Malaysiakini, Mohd Jimadie Shah Othman, untuk ujian forensik namun tidak dapat dipastikan bila komputer itu akan dipulangkan.

"Kami menggesa polis untuk memulangkan laptop itu sebaik sahaja selesai melakukan siasatan. Malaysiakini sentiasa memberi kerjasama penuh dengan pihak berkuasa. Dan kami berharap polis juga boleh memberi kerjasama," kata Fathi Aris.

Pasukan berkenaan sebelum itu merakam kenyataan daripada Mohd Jimadie Shah selama kira-kira 20 minit bermula 4.30 petang – antara mengenai lokasi komputer terbabit dan pengesahan bahawa beliau merupakan pengguna komputer tersebut.

"Saya menjawab laptop itu diletakkan di meja saya di pejabat. Saya tiada dokumen untuk mengesahkan ia digunakan oleh saya, tetapi polis boleh merujuk kepada pihak majikan saya," katanya kepada Malaysiakini selepas disoalsiasat.

Mohd Jimadie Shah dan Abdul Aziz disiasat bawah seksyen 4 Akta Hasutan selepas Senator Ezam Mohd Nor membuat laporan polis berhubung pandangan Abdul Aziz yang disiarkan Malaysiakini.

Abdul Aziz dalam laporan berita itu antara lainnya menyatakan pandangannya mengenai tindakan campurtangan Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan gereja Methodist di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

Oktober lalu, polis turut mengambil keterangan daripada Mohd Jimadie serta penolong pengarang berita pada ketika itu, Wee Yu Meng berhubung isu sama.

Difahamkan, polis telah mengambil keterangan daripada Wee, Isnin lepas.
malaysiakini/-

Gambar Bumi pada waktu malam

Posted: 06 Dec 2012 06:59 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

SAN FRANCISCO - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pernah menyiarkan gambar Bumi pada tahun 1968.

Gambar tersebut dirakamkan dari kapal angkasa Apollo 8 milik Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, kelmarin, NASA mendedahkan Bumi pada waktu malam.

Gambar tanpa awan yang amat jelas itu dirakamkan lensa infra merah dan beresolusi tinggi menerusi satelit Pentadbiran Oseanik dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) milik NASA.

Sensor kamera pengimejan itu dapat merakamkan tiga imej cahaya kelam secara serentak sekali gus memberi peluang kepada para penyelidik untuk mengkaji atmosfera, daratan dan lautan di Bumi pada waktu malam.

"Data yang diperoleh amat tinggi kualitinya," kata seorang saintis NOAA, Christopher Elvidge kepada wartawan pada Persidangan Kesatuan Geofizik Amerika di sini baru-baru ini. - Agensi


Istana Presiden Mesir dikawal

Posted: 06 Dec 2012 06:47 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -



KAHERAH - Pasukan Pengawal Republikan Mesir mengarahkan penunjuk perasaan yang menyokong dan menentang Presiden Mohammed Morsi meninggalkan kawasan di sekitar istana presiden disini yang menjadi medan beberapa pertempuran ganas.

Pasukan tersebut yang merupakan unit elit tentera Mesir memberi masa sehingga pukul 3 petang waktu tempatan kepada penunjuk perasaan kedua-dua belah pihak untuk beredar dari kawasan itu.

Kata dua semalam itu diumumkan dalam satu kenyataan rasmi yang turut mengharamkan sebarang bantahan di luar mana-mana istana presiden di negara itu.

Beberapa buah kereta kebal dan kawat berduri juga diletakkan di sekitar kawasan istana presiden di sini.
Setakat ini, seramai tujuh orang terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan penyokong dan penentang Morsi.

Beberapa pegawai berkata, seramai 350 lagi cedera dalam pertempuran antara para penyokong dan penentang Morsi setakat ini.

Penentang presiden itu meminta beliau mengugurkan dekri yang memberikannya kuasa hampir mutlak dan membatalkan satu draf perlembagaan kontroversi yang akan diundi menerusi pungutan suara pada 15 Disember ini.

Draf perlembagaan tersebut menyatakan semua undang-undang dan dekri yang dikeluarkan oleh Morsi adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mahkamah. 

Morsi dipilih pengundi sebagai presiden pada pilihan raya yang diadakan pada Jun lalu. - Agensi


TurkStat: Kadar kemiskinan Turki terus menurun

Posted: 06 Dec 2012 06:30 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

Bilangan warga Turki yang berpendapatan kurang daripada $2.15 sehari jatuh pada tahun 2011 untuk mencatat paras rendah yang baharu, menurut satu kajian oleh Institut Statistik Turki (TurkStat) yang diumumkan Jumaat lalu.

Angka kemiskinan bagi tahun 2011 menunjukkan penurunan yang dramatik berbanding satu dekad yang lalu. Pada tahun 2002, 

individu yang berpendapatan kurang daripada $2.15 sehari adalah sebanyak 3.04% 2002, dan mereka yang berpendapatan kurang daripada $4.30 sehari adalah sebanyak 30.3%. Berdasarkan garis kemiskinan $2.15 sehari dan kadar Kuasa Beli Semasa (CPP), sebanyak 0.21% adalah golongan miskin tegar pada tahun 2010, manakala hanya seramai 0.14% adalah golongan miskin tegar pada tahun 2011.Bilangan rakyat yang berpendapatan kurang daripada $4.30 sehari jatuh dari 3.66% pada tahun 2010 kepada 2.79% tahun lepas.

Laporan TurkStat juga mendedahkan jurang pendapatan yang berpanjangan antara kawasan bandar dan luar bandar, dengan peratusan penduduk bandar yang berpendapatan kurang daripada $4.30 sehari pada tahun 2011 adalah sebanyak 0.94% berbanding 6.83% di kawasan luar bandar. Pada tahun 2002, sebanyak 4% berpendapatan kurang daripada$4.30 sehari di kawasan bandar, dan 38.82% di di kawasan luar bandar.

Pada tahun 2011, penduduk yang berpendapatan kurang daripada $2.15 adalah 0.02% peratus di kawasan bandar, dan 0.94% di kawasan luar bandar. Pada tahun 2002, bagi pendapatan kurang dari $2.15 sehari, sebanyak 2.37% di kawasan bandar dan sebanyak 24.62% di kawasan luar bandar.

Jurang kekayaan yang terlalu besar kekal sebagai ciri berterusan landskap ekonomi Turki di sebalik peningkatan dalam pendapatan skala rendah. Pada tahun 2008, satu kajian mendapati jurang antara golongan kaya dan miskin di Turki adalah tertinggi dalam kalangan negara-negara Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD). Terdapat juga perbezaan yang nyata antara keadaan ekonomi di wilayah timur dan barat Turki, dengan penduduk wiliayah Aegean dan Marmara menikmati lebih daripada dua kali ganda purata pendapatan tahunan wilayah tengah dan timur Turki.

harakah/-

Zeti: Subsidi dikurang secara berperingkat

Posted: 06 Dec 2012 06:25 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

Zeti: Subsidi dikurang secara berperingkat
Zeti ketika menyampaikan ucapan pembukaan dalam satu forum pada hari ketiga persidangan WIEF kelapan semalam. 
 
JOHOR BAHRU – Langkah pengurangan subsidi secara berperingkat tidak akan memberi kesan inflasi kepada negara atau menyebabkan pengguna menanggung beban kenaikan harga tinggi.
 
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, berdasarkan perkembangan ekonomi ketika ini, Malaysia mempunyai ruang mengurangkan subsidi secara berperingkat agar industri dan pengguna bersedia menghadapi perubahan yang berlaku.

"Malaysia mempunyai prospeks untuk menyelaraskan subsidi secara beransur-ansur supaya industri dan pengguna sedar dan dapat menyesuaikan diri dengan tindakan yang diambil.

"Tempoh pelaksanaan subsidi secara berperingkat ini, memberikan lebih ruang kepada peniaga mencari penyelesaian mengurangkan perbelanjaan agar peningkatan kos tidak diletakkan sebagai beban.

"Peniaga boleh menguruskan perkara ini dengan lebih cekap dengan meningkatkan produktiviti mereka dan keadaan ini boleh mengurangkan peningkatan harga kepada pengguna," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pembukaan forum bertajuk 'Perbankan Kewangan Islam: Dari Kerangka Perundangan kepada Nilai Ekonomi sempena hari ketiga World Islamic Economic Forum (WIEF) Kelapan, semalam.

Selain itu katanya, walaupun Malaysia semakin rancak menerima pelaburan dari sektor swasta namun pada masa sama pasaran sukuk (bon Islam) berjaya mengukuhkan kedudukannya dan mencatat perkembangan memberangsangkan.

Sementara itu, di dalam ucapan pembukaannya, Zeti memberitahu pasaran sukuk semakin berkembang di peringkat antarabangsa dan berjaya menumpulkan pasaran dari lebih 20 negara serta terdapat trend untuk menerbitkannya dalam pelbagai mata wang.

"Dimensi pasaran antarabangsa sukuk berkembang pesat dan menyaksikan penyertaan pelabur dari seluruh benua serta menjadi asas kepada pertumbuhan kewangan Islamik.

"Sukuk menyediakan pembiayaan yang kompetitif dan saluran yang lebih meluas kepada pelabur bagi kedua-dua sistem kewangan Islamik dan konvensional," katanya.

sinar/-

Nasrudin cadang Najib dan Khairy isytihar harta

Posted: 06 Dec 2012 06:22 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan mencadangkan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kabinet dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengisytiharkan harta masing-masing sebagai satu usaha untuk memulihkan persepsi rasuah negara.

"Saya juga mengambil kesempatan untuk mencadangkan kepada Perdana Menteri dan para menteri yang melaungkan politik baru pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) supaya mengisytiharkanharta masing-masing. Tidak lupa juga kepada rakan sejawat saya dalam Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nasrudin berkata sedemikian setelah Malaysia mencatatkan markah 'gagal peperiksaan' 49/100 di dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International (TI) 2012 yang baru diterbitkan.

"Indeks persepsi rasuah yang baru diumumkan, Malaysia naik 6 anak tangga ke tangga 54 daripada 183 negara. Walaupun saya agak gembira dengan peningkatan ini, kegembiraan itu terbantut apabila melihat markah keseluruhan Malaysia hanya 49 daripada 100 markah.

"Kalau dinisbah kepada pencapaian anak-anak kita dalam peperiksaan 49/100 belumpun mampu meraih markah C," kata beliau.

Nasrudin berkata markah 49/100 yang diperolehi menunjukkan bahawa rata-rata rakyat berpandangan bahawa rasuah masih membelenggu sektor awam negara ini.

"Maknanya rakyat masih cenderung berpandangan bahawa kebarangkalian berlakunya rasuah yang melibatkan jentera pentadbiran adalah tinggi. Pendapat ini sememangnya bukan semata-mata persepsi atau ilusi, sebaliknya urus tadbir negara khususnya berkait dana awam sememangnya sangat membimbangkan," kata beliau.

Perkara itu, kata beliau, jelas berlaku dengan laporan audit saban tahun yang mendedahkan berbilion ringgit akibat ketirisan daripada pelbagai projek kerajaan.

Nasrudin juga menyatakan sokongannya kepada cadangan TI-M untuk memperkenalkan akta ketelusan maklumat bagi menjamin ketelusan dalam tadbir urus negara.

Katanya, akta itu bakal membolehkan rakyat tahu dan semak dokumen-dokumen berkaitan supaya sebarang ketirisan dan penyelewengan duit rakyat tidak boleh diklasifikasikan 'rahsia kerajaan'.

Sebelum ini, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata tiada apa yang boleh dibanggakan dengan pencapaian Malaysia di Indeks Persepsi Rasuah terbaru ini.

Kegagalan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk bertindak dalam kes-kes seperti skandal RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, dakwaan Bruno Manser Fund (BMF) Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud, pendedahan Deepak Jaikishan, PKFZ, ketirisan yang dilaporkan laporan audit dan sebagainya menyebabkan pencapaian Malaysia tidak perlu disorok.

"Dengan pelbagai kesilapan besar dan kelemahan di dalam usaha dan inisiatif membanteras rasuah, Malaysia tidak boleh berasa selesa walau sedikit dengan kemajuan di dalam kedudukan CPI negara," tegasnya.

harakah/-

Kali kedua jumpa bayi

Posted: 06 Dec 2012 06:21 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

AMPANG JAYA: "Ini bukan kejadian pertama sebaliknya berlaku kali kedua seingat saya dalam tempoh empat ke lima tahun," kata Siti Hatijah Samah, 44, ketika diminta mengulas mengenai penemuan bayi perempuan yang ditemui baru dilahirkan di halaman rumahnya di Kampung Pandan Dalam, di sini, kira-kira jam 5 pagi, semalam.

Menurutnya, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi ibunya, Fatimah Bee Ahmad Khan, 70, yang menemui bayi perempuan terbabit.

"Sebaik dimaklumkan, saya segera pulang ke rumah sebelum menghubungi pihak berkuasa memaklumkan kejadian berkenaan," katanya yang memberitahu ketika malam kejadian, dia bermalam di sebuah lagi rumahnya di Sungai Besi.

Fatimah Bee berkata, dia yang bangun untuk bersiap-siap sementara menunggu masuk waktu solat Subuh tiba-tiba terdengar tangisan bayi yang kuat.

"Saya kemudian memanggil Tohi Taib, 50, yang menyewa di rumahnya itu untuk keluar bagi melakukan pemeriksaan," katanya ketika ditemui wartawan di rumahnya, di sini, semalam.

Menurutnya, selepas dimaklumkan Tohi bahawa dia menemui seorang bayi perempuan masih bertali pusat, dia mengarahkan supaya bayi malang itu dibawa masuk ke dalam rumah.
"Saya bimbang jika dibiarkan di halaman rumah, bayi terbabit akan mati kesejukan," katanya.

Katanya, ketika bayi itu ditemui, dia dibalut dengan kain batik yang dipenuhi darah.

"Malah, laman rumah saya juga dipenuhi darah menyebabkan yakin wanita terbabit melahirkan bayi di kawasan berkenaan," katanya.

Fatimah Bee berkata, dia kemudian menghubungi anak perempuannya, Siti Hatijah dan memintanya supaya pulang segera.

"Kira-kira 20 minit kemudian, Siti Hatijah tiba di rumah sebelum dia menelefon pihak berkuasa memaklumkan kejadian berkenaan," katanya.

Katanya, sepasukan polis bersama ambulans tiba di rumahnya kurang 10 minit kemudian sebelum membawa bayi berkenaan ke hospital berhampiran.

Ditanya mengenai keadaan bayi terbabit, Fatimah Bee dan Siti Hatijah berkata, bayi itu berada dalam keadaan sihat.

"Kulitnya (bayi) cerah dan comel...jika boleh diambil sebagai anak angkat, kami sekeluarga sanggup berbuat demikian," katanya.

Wartawan yang bertanya mengenai tindakan pihak berkuasa yang tiba di rumahnya itu, Fatimah Bee berkata, polis memeriksa halaman rumah dan mengambil kain batik yang digunakan untuk membalut bayi itu.

"Malah, ada polis juga mengambil keterangan saya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

metro/-

Racun tikus punca penternak rugi

Posted: 06 Dec 2012 05:57 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

Racun tikus punca penternak rugi
Ahmad menunjukkan laporan polis dan gambar kambingnya yang mati akibat termakan racun tikus.
KUALA PILAH – Seorang penternak kambing berputih mata apabila 30 ekor ternakannya ditemui mati dipercayai akibat termakan racun tikus di Kampung Temeris, baru-baru ini.

Ahmad Md Dauh, 45, berkata, akibat kejadian itu, dia kerugian hampir RM12,000.

Menurutnya, kejadian itu bermula 13 Ogos lalu, di mana tiga ekor kambingnya ditemui mati di kawasan ladang sawit berhadapan rumahnya.

"Keesokan harinya saya mendapati enam ekor kambing yang berada di dalam kandang juga mati.

"Sejak saya menjadi penternak 10 tahun lalu, inilah kali pertama kambing saya mati secara tiba-tiba," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, akibat tidak rasa puas hati dengan kejadian itu, dia cuba menyiasat puncanya.

"Ketika saya kembali ke tempat kambing yang mati ditemui, saya menemui racun tikus yang ditabur di atas tanah dan setahu saya, racun tikus hanya ditabur di pelepah pokok kelapa sawit bukannya atas tanah," katanya.

Menurutnya, selepas itu, dia membuat pemeriksaan di Jabatan Veterinar Kuala Pilah dan pihak terbabit turut menyatakan kambingnya mati kerana racun tikus berdasarkan kepada sampel yang diperoleh dari perut kambing berkenaan.

Berikutan kejadian itu, dia membuat dua laporan di Ibu Pejabat Polis Melang.

sinar/-

Umno tidak bermoral, pemimpin pula rendah akhlak

Posted: 06 Dec 2012 05:55 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -


Apa yang sedang dikatakan oleh Tan Sri Musa Hasan akhir-akhir ini merupakan 'consequence' yang amat buruk hasil daripada pencerobohan pihak 'executive' terhadap badan-badan bebas seperti Badan Kehakiman dan Perundangan serta 'Badan Legislative' yang mula dilakukan oleh pentadbiran Dr Mahathir dan Dr Mahathir itu sendiri. Walaupun ramai yang menentang tindakan Dr Mahathir mencemari badan-badan bebas negara semasa itu, tetapi mereka ini tidak dipedulikan kerana ketamakan kuasa dan tidak mahu tunduk kepada sistem demokrasi negara.


Pihak kerajaan pimpinan Mahathir semasa itu amat jelas tidak berakhlak dengan memecat Ketua Hakim Negara dan empat Hakim Mahkamah Agung semasa itu. Dr Mahathir telah menekan Badan Kehakiman khususnya terhadap Tun Salleh Abas semasa Mahkamah Agung bersedia untuk menghakimkan tuntutan ahli-ahli UMNO (asal) untuk menghidupkan UMNO yang telah dibunuh oleh Dr Mahathir.

Kalau dikaji dari mana sudut penghakiman sekali pun, UMNO asal akan hidup, dan inilah yang tidak digemari oleh Dr Mahathir. Mahathir mahukan UMNO asal itu mati terus dan tidak mahu melaksanakan penghakiman Mahkamah Tinggi yang memutuskan untuk diadakan sekali lagi pemilihan UMNO. Pemilihan sebelumnya itu tidak sah kerana wujudnya beberapa orang yang tidak layak mengundi dan menjadi perwakilan UMNO ke Perhimpunan Agung 1987.

Dr Mahathir tidak mahu pemilihan itu diadakan sekali lagi kerana takut dengan keputusan pemilihan yang demokratik dalam UMNO semasa itu. Dr Mahathir terpaksa menggunakan peguam, Sri Ram, untuk mengharamkan UMNO di Mahkamah Tinggi kerana Dr Mahathir mahu UMNO terus mati dan beliau terus menjadi Perdana Menteri walaupun jawatan yang beliau pegang itu sudah tidak lagi 'legitimate'.

Untuk memenuhi kehendak dan nafsu beliau itu cara yang terbaik ialah dengan mengharamkan UMNO dan menubuhkan sebuah parti baru yang diberi nama UMNO (baru). Badan Executive pimpinan Mahathir telah menceroboh badan kehakiman dengan meminta Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas untuk duduk membuat penghakiman dengan hanya tiga Hakim Mahkamah Agung. Mahathir mahukan Tun Salleh sebagai Ketua Hakim Negara bersama dua orang Hakim yang Mahathir boleh pengaruhi duduk untuk menghakimkan tuntutan ahli-ahli UMNO untuk menghidupkan UMNO yang telah terbatal pendaftarannya itu.

Tun Salleh tetap dengan pendirian untuk semua kesembilan hakim-hakim Mahkamah Agung untuk duduk bersama menghakimkan tuntutan itu kerana isu ini merupakan isu yang amat besar bagi orang Melayu dan rakyat Malaysia amnya. Tetapi Dr Mahathir tidak gemar dengan tindakan Ketua Hakim Negara itu kerana Mahathir begitu 'desperate' untuk mempertahankan jawatan Perdana Menteri yang beliau pegang itu. Dr Mahathir mahu semua pihak tunduk kepada beliau kerana beliau begitu terdesak dan akan kehilangan kerusi PM itu jika demokrasi terlaksana secara telus.

Dr Mahathir sudah hilang pertimbangan dan tidak mahu lagi institusi demokrasi menghalang niat beliau untuk berkuasa mengikut kehendak hati beliau. Beliau secara peribadi telah memanggil Tun Salleh Abas dan bertanyakan samada Ketua Hakim itu mahu bersara. Tun Salleh tidak berganjak kerana Hakim-Hakim mempunyai umur persaraan dalam usia 65 tahun sedangkan beliau semasa itu baru berumur 59 tahun.

Tun Salleh memberitahu yang beliau mengetuai Badan Kehakiman yang bebas dari campur tangan 'Executive' termasuk Perdana Menteri. Sesungguhnya Tun Salleh akan hanya boleh berhentikan jika 'brother judges' melakukannya. Cara kedua untuk memberhentikan Ketua Hakim ialah dengan menubuhkan tribunal yang di titahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Tribunal untuk membicara Tun Salleh ditubuhkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dengan tergesa-gesa dan lucunya cara penubuhannya tetap menjadi ingatan kepada semua yang mengikuti isu itu dengan cara yang lebih dekat. Tribunal itu telah ditubuhkan dalam satu hari dan dengan pantas.

Nasihat PM kepada Tuanku Agong dibuat pada 1hb Mei 1988  dan persetujuan YDP Agong juga didapati pada 1hb Mei. Perlantikan hakim Mahkamah Tinggi Sri Lanka dan Singapura dibuat pada 1hb Mei dan jawapan persetujuan mereka pun pada hari yang sama. Yang lebih lucu dan menyedihkan 1hb Mei itu adalah hari buruh dan cuti umum dan hari minggu pula. Semuanya ini adalah tindakan 'desperate' pimpinan semasa itu untuk bergayut kepada kuasa yang hampir terlepas itu.

Insiden ini merupakan titik hitam dalam sejarah negara kerana pada saat itulah bermulanya Badan Kehakiman dicerobohi dan ditakluk oleh pihak 'executive' yang diketuai oleh Dr Mahathir Mohammad. Dari saat itulah semua badan-badan bebas demokrasi dikuasai oleh Perdana Menteri dan semua sistem demokrasi terkubur dan tidak lagi bebas untuk melaksanakan tugas dengan betul.

Dari saat itu jugalah badan kepolisian negara tercemar serta badan perundangan seperti Jabatan Peguam Negara tidak lagi bebas untuk melaksanakan tugas dengan betul. Apabila sesuatu badan bebas yang mempunyai tanggungjawab terhadap negara sudah tidak bebas lagi, maka politik sahajalah yang menentukan segala-galanya.

Kecacatan sistem demokrasi kita ini telah rosak sehingga ke hari ini dan tidak mungkin boleh diperbetulkan oleh parti atau kepimpinan kerajaan yang telah mencemarinya iaitu UMNO dan Barisan Nasional. Kenyataan-kenyataan Tan Sri Musa Hasan itu adalah sebahagian yang sangat kecil dari apa yang sebenarnya dilakukan oleh pimpinan kerajaan yang tidak henti-henti mencemari tugas Ketua Polis Negara dan Peguam Negara misalnya.

Segala tindakan 'professional' telah diambil alih oleh tindakan politik di mana-mana dan jika pimpinan politik itu gila, ia bermakna kita dipimpin oleh orang-orang gila. Hasil daripada pencerobohan inilah yang telah menjadikan segala-galanya tidak betul lagi termasuk politik yang kini menjadi aktiviti ganas yang dilakukan oleh penyokong pihak kerajaan yang sudah dibenci rakyat dan akan ditumbangkan oleh rakyat juga dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Jika kita pertimbangkan secara halus kita sudah boleh membuat pertimbangan yang 'conclusive' Dr Mahathir bukanlah seorang PM yang 'legitimate' dan tidak bermoral. Mengekalkan Dr Mahathir semasa itu amat mahal harganya sehinggakan semua sistem demokrasi kita telah punah ranah.

Keadaan ini lebih teruk lagi kerana pimpinan yang mewarisi kepimpinan Mahathir telah terikut-ikut dengan budaya dan sistem Mahathir dalam mentadbir negara. Mereka yang mewarisi Dr Mahathir telah melakukan perkara yang lebih teruk lagi kerana sistem Mahathir itu telah menjadi ikutan pimpinan yang mengambilalih darinya (Mahathir). Pendeknya memang tepat kata-kata perbidalan, "jika bapa kencing berdiri anak-anak pula kencing berlari." Mahathir yang kencing berdiri, Pak Lah dan Najib juga kencing berlari. Jika Muhyiddin mengambil alih Najib sekarang seperti yang dihajati Dr Mahathir mungkin Muhyiddin akan kencing sambil menonggeng.

Kenyataan Musa Hasan wajar didengar dengan baik kerana beliau mempunyai hak untuk membela diri dari tohmahan pimpinan UMNO terhadap beliau sedangkan apa yang berlaku semasa beliau dalam perkhidmatan sehingga hari ini ialah UMNO dan pimpinnya sendiri.

Musa Hasan wajar membuat kenyataan-kenyataan dari masa ke semasa dengan membongkar segala apa yang berlaku dan yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Kenyataan Musa itu nanti akan menjadi kenyataan yang membantu usaha ramai untuk mengetahui segala-gala yang berlaku di belakang tabir dan ia akan ditambah pula dengan kenyataan Deepak yang akhir-akhir ini telah membongkar isu Altantuya dan lain-lain yang berkaitan dan yang menghangatkan itu.

Pendeknya, tidak ada lagi yang betul dalam UMNO dan BN sekarang ini. Jika mereka benar, masakan apa yang kita lihat dan dengar itu boleh berlaku di hadapan mata dan kepala kita. -

http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Hanya samseng sanggup sekat royalti Kelantan

Posted: 06 Dec 2012 05:29 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -


SHAH ALAM: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin menegaskan hanya samseng sahaja yang sanggup menyekat pemberian royalti kepada Kelantan.

Beliau menyatakan perkara tersebut pada wacana anjuran Sinar Harian bertajuk 'Politik Samseng Di Mana Maruah Kita' di sini, petang semalam.


Kata beliau lagi, budaya politik samseng itu sebenarnya diwujudkan oleh kerajaan apabila bertindak membuli rakyat Kelantan dengan menafikan hak mereka walaupun pemberian royalti itu sudah terkandung di dalam perjanjian.

"Politik samseng dan kita lihat apa yang dilakukan di Kelantan, siapa yang sanggup menyekat royalti kalau bukan bersifat samseng.

"Sikap membuli rakyat Kelantan dengan menafikan hak mereka walaupun perjanjian sudah ada, hanya samseng sahaja yang sanggup mengkhianati perjanjian," kata beliau.

Katanya, politik samseng sebenarnya telah wujud sejak lama dan bukannya dalam senario politik sekarang.

Beliau merujuk kepada peringkat awal Kelantan diambil alih pemerintahan oleh PAS, segala hak dan peruntukan dianaktirikan.

"Lagi satu kita lihat di Terengganu bila PAS menang pilihanraya perkara pertama dilakukan adalah mansuhkan tol, adakah itu samseng.

"Tetapi tidak kepada kerajaan Umno Barisan Nasional apabila mereka menarik balik pemberian royalti dan menukarkan kepada wang ehsan, ini adalah contoh samseng yang diamalkan apabila menafikan hak dan sanggup melanggar perjanjian," sambung beliau lagi.

Beliau menambah, pengalaman Pakatan Rakyat memerintah empat buah negeri dan paling lama di Kelantan akan memberi jaminan bahawa apabila Putrajaya diambil alih nanti, pentadbiran akan menjadi lebih baik.

"Saya rasa reformasi yang kita ingin buat akan dapat dilakukan dengan lebih baik.

"Pengalaman yang kita ada dan rakyat telah melihat akan terus memberi keyakinan kepada Pakatan untuk membawa perubahan dalam lanskap politik demokrasi negara," jelas beliau.

harakah/-

Warak bekalan jihad

Posted: 06 Dec 2012 05:27 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

BERANI MATI....anggota Komando Qassam.
BERANI MATI....anggota Komando Qassam. 
 
GAZA: Barisan pejuang bergelar Komando Qassam kini menjadi pasukan paling digeruni Israel berikutan tidak pernah tewas ketika bertempur biarpun hanya berbekalkan senjata api model lama.

Kehebatan pasukan Komando Qassam yang turut digelar tentera malaikat itu kian tersebar apabila mereka yang dianggotai golongan muda, terpelajar dan ulama mampu menumpaskan ratusan tentera Zionis serta menembak jatuh pesawat pejuang mereka.

Hasrat penulis dan jurugambar menemui pasukan elit itu tercapai apabila wakil Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) melalui orang hubungan di sini, berjaya mengatur pertemuan dengan sekumpulan anggota Komando Qassam.

Mereka diketuai seorang komander yang hanya mahu dikenali sebagai Sheikh dan pertemuan diadakan di satu lokasi sulit dalam ladang zaitun pada jam 12 tengah malam.

Untuk ke sana, kami dibawa menaiki kenderaan khas sebelum diarah berjalan sejauh 500 meter ke sebuah pondok dalam ladang itu. Di situ, Sheikh bersama kira-kira 20 anggotanya menyambut kami dengan mesra sebelum dibawa duduk mengelilingi unggun api kecil. 

metro/-

Politik Samseng Petanda Jelas UMNO/BN Sedang Menuju Kemusnahan (KO)!

Posted: 06 Dec 2012 05:27 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

Politik ganas, salah siapa?

PETALING JAYA: Insiden 'berdarah' di Gombak bukan baru dalam sejarah politik negara khususnya di kalangan orang Melayu.

Banyak lagi insiden yang lebih besar serta memakan korban.

Pendek kata orang Melayu sanggup melakukan apa saja untuk kuasa politik. Malangnya pertempuran politik negara lebih banyak sesama sendiri – orang Melayu melawan Melayu.

Jika disenaraikan begitu banyak peristiwa berdarah yang boleh dikaitkan dengan kuasa politik.

Peristiwa Memali yang mengorbankan Ibrahim Libya kerana politik.

Pembunuhan speaker dewan undangan negeri (DUN) Negeri Sembilan oleh bekas menteri belia dan sukan, Datuk Mokhtar Hashim juga kerana poltik.

Tetapi mulai penghujung tahun 1990-an, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula menguasai politik. Pemecatannya dari jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno oleh Tun Dr Mahathir pada pada September 1998.

Mulai detik itu, politik negara tidak lagi sunyi – menjadi lebih panas sepanjang masa.

Jadi serangan Pemuda Umno terhadap program Anwar di Gombak itu merupakan ulangan kepada beberapa serangan terdahulu. Bas PKR disimbah cat merah di Kota Baru, Johor Baru dan Melaka.

Manakala beberapa program ceramah Anwar yang lain pula diganggu.

Mengapa perkara ini berlaku?

Ketika diminta mengulas, pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Sohaimi Shahdan berkata, politik kasar dan ganas tidak menguntungkan rakyat.

Sebaliknya, kata beliau biar rakyat menilai sama ada BN mahupun Pakatan Rakyat yang lebih baik.

'Kebangkitan Arab'

"Kita memerlukan politik matang …kita tidak perlu kebangkitan Arab," tambah beliau.

Bagaimanapun, Sohaimi berkata, keganasan di program ceramah atau acara-acara yang membabitkan politik adalah disebabkan oleh provokasi pihak tertentu.

Katanya, apabila orang muda berkumpul dan dan jika ada pihak yang cuba mencabar, pergaduhan dan kekasaran mudah tercetus.

Sehubungan itu, kata Sohaimi, rakyat perlu saling menghormati, mengawal emosi serta tidak melakukan provokasi yang boleh mencetuskan kejadian yang tidak diingini.

Manakala seorang peguam dari Temerloh, Nizam Hamid menegaskan politik ganas ini bermula dari perancangan Umno untuk menghapuskan musuh politiknya.

"Umno menggunakan kekasaran untuk menakut-nakutkan musuh politiknya.

"Kita bimbang politik sebegini akan terus berlaku jika pemimpin Umno memberi restu kepada ahli dan penyokongnya," kata beliau lagi.

Nizam berkata, politik menakutkan lawan adalah sesuatu yang memalukan kerana sepatutnya politik ialah hujah lawan hujah.

Katanya, sepatutnya pihak keselamatan mengambil langkah tegas menangani masalah politik yang ganas itu.

kelab greenboc/-

Pesawat tentera Afrika Selatan terhempas, 11 maut

Posted: 06 Dec 2012 05:00 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

JOHANNESBURG 7 Dis. - Sebanyak 11 anggota tentera Afrika Selatan terbunuh selepas sebuah pesawat tentera udara yang dinaiki terhempas di sebuah kawasan pergunungan, timur negara ini, semalam.

Dalam satu kenyataan, Tentera Udara berkata, seramai enam krew dan lima penumpang yang merupakan pegawai tentera menaiki pesawat jenis C-47 Dakota dan tiada mangsa yang terselamat dalam kejadian tersebut.

Bangkai pesawat terbabit ditemui di kawasan pergunungan Drakensberg selepas sekumpulan pasukan mencari dan menyelamat terpaksa menangguhkan operasi akibat cuaca buruk. - AFP

Nuffnang