Jumaat, 7 Disember 2012

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Sarung kamera AES di S'gor ditangguhkan, kata exco

Posted: 07 Dec 2012 02:12 AM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -



 

Arahan untuk menyarung kamera Sistem Penguatkuasa Automatik (AES) di dua lokasi dalam Majlis Perbandaran Sepang (MPS) yang dijadualkan hari ini ditangguhkan atas nasihat pejabat peguam negeri, kata exco Selangor Ronnie Liu.

Beliau yang juga ADUN Pandamaran berkata nasihat tersebut dikeluarkan hari ini oleh pejabat berkenaan.


"Saya diberitahu oleh Yang Dipertua MPS bahawa penasihat undang-undang memberitahu supaya Majlismemberi masa yang secukupnya kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Syarikat Beta Tegap untuk menjawab arahan menutup kamera itu," katanya.

Setakat ini hanya terdapat dua kamera AES yang telah dipasang di Selangor dan kedua-duanya terletak dalam kawasan MPS.


Dua lokasi adalah di kilometer 66 Arah Kajang Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan kilometer 301.7 arah ke Kuala Lumpur Lebuhraya Utara Selatan.  

Kelmarin, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dilapor berkata kerajaan Selangor tidak akan menurunkan kamera itu tetapi hanya menutupnya dengan satu sarung dalam operasinya. 

Katanya, tindakan itu merupakan sebahagian daripada tiga langkah berperingkat yang diambil kerajaan negeri dalam menangani kontroversi mengenai kamera AES.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPS) Mohd Sayuthi Bakar berkata pihaknya tidak menutup sendiri kamera itu di dua lokasi seperti yang umumkan oleh kerajaan negeri.

Sebaliknya, katanya, MPS telah mengarahkan JPJ dan syarikat Beta Tegap menutupnya sendiri kamera itu melalui notis seksyen 72(1)c Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 yang dikeluarkan pada 6 Disember 2012.

"Pihak Majlis akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang yang sedia ada setelah tempoh matang notis dikeluarkan," kata Mohd Sayuthi dalam satu kenyataannya hari ini.


Malaysiakini/-

Haji: Pencarum KWSP mungkin dibenar guna simpanan penuh

Posted: 06 Dec 2012 07:56 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -
tabung-haji
 KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji bersedia mengkaji untuk membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggunakan akaun kedua bagi perbelanjaan penuh menunaikan ibadah haji.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail berkata, bagaimanapun perkara itu perlu mendapat kelulusan KWSP.

"Sebelum ini, kerajaan telah membenarkan pencarum KWSP menggunakan sebahagian daripada akaun kedua iaitu berjumlah RM3,000 ringgit untuk tujuan menunaikan ibadah haji," katanya menerusi program 'Dalam Radar terbitan Bernama Radio24 di sini hari ini.

Ismee berkata, setakat ini Tabung Haji telah berjaya mengekalkan jumlah perbelanjaan dengan kos RM9,980 seorang jemaah, walaupun jumlah sebenarnya adalah RM15,150.

"Daripada jumlah itu, Tabung Haji menanggung RM5,170 bagi setiap jemaah. dan turut menanggung beberapa perkara lain, termasuk kursus haji," katanya.

Ismee juga berkata Tabung Haji sentiasa menambah baik perkhidmatan yang disediakan setiap tahun bagi tujuan memberi keselesaan kepada jemaah.

Pada Januari depan, pegawai Tabung Haji akan ke tanah suci untuk urusan memperbaharui kontrak penempatan sedia ada dan melihat perumahan baru bagi memastikan jemaah haji dari negara ini sentiasa mendapat perkhidmatan terbaik.

Menyentuh mengenai musim haji yang baru lepas, beliau menyifatkan perjalanan haji baru-baru ini sebagai satu kejayaan daripada sudut perkhidmatan apabila rungutan jemaah berkurangan berbanding sebelumnya. - 

Bernama

Dua lelaki dihukum gantung, bunuh pekerja sambilan stesen minyak

Posted: 06 Dec 2012 07:51 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -
IPOH - Dua lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang pekerja sambilan sebuah stesen minyak di sini, empat tahun lepas.
  
Pesuruhjaya Kehakiman Choong Siew Khim menjatuhi hukuman itu terhadap K.Nanda Kumar, 26, dan N. Yugaraja, 34, kedua-duanya dari Kampung Baru Jelapang di sini selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah.
  
Nanda Kumar dan Yugaraja didapati bersalah membunuh Mohammad Khairuddin Mohamed Isa, 42, di Stesen Minyak Petronas Gunung Lang di sini pada 6.58 pagi, 11 Nov 2008.
  
Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 35 kanun yang sama, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
  
Sebaik sahaja selesai prosiding kes, Nanda Kumar yang mengenakan kemeja putih berseluar hitam dan Yugara berbaju-t hitam berbelang hijau serta seluar berwarna coklat dilihat menangis sambil dipeluk anggota keluarga terdekat mereka.

Ketika ditemui pemberita, peguam Rajit Singh yang mewakili kedua-dua tertuduh berkata pihak pembelaan akan memfailkan notis rayuan terhadap keputusan itu dalam tempoh 14 hari.
  
Timbalan Pendakwa Raya Azizah Ahmad pula berkata pendakwaan mengemukakan 18 saksi sepanjang prosiding kes berkenaan.
  
Mohd Khairudin, pekerja sambilan di stesen minyak itu ketika kejadian, merupakan petugas Jabatan Agama Islam Perak dan pelajar tahun satu program Ijazah Sarjana Muda Syariah Usuluddin, Universiti Kebangsaan Malaysia.
  
Sementara itu, balu Allahyarham Mohammad Khairuddin, Nayes Mohd Mokhtar, 42, menangis hiba sambil melahirkan rasa syukur kerana kes itu berakhir hari ini dan mahkamah menjatuhi hukuman yang setimpal.
  
"Saya rasa lega, penantian keluarga untuk tertuduh mendapat hukuman yang sewajarnya kini berakhir. Saya sentiasa berdoa supaya orang yang terlibat membunuh suami saya dihukum sewajarnya. Saya dan anak sulung mengikuti keseluruhan perjalanan kes ini," kata ibu enam anak itu ketika dihubungi - Bernama



Morsi tawar konsesi redakan rusuhan

Posted: 06 Dec 2012 07:47 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -


Presiden Mesir, Mohamed Morsi memberi ucapan malam Khamis lalu, di samping menyeru kepada dialog dan menyatakan simpati ke atas kematian penunjuk perasaan, beliau turut menawarkan beberapa konsesi dan menolak kumpulan pembangkang.

Beliau mencadangkan satu mesyuarat Sabtu ini dengan pemimpin-pemimpin politik, "belia revolusi" dan tokoh-tokoh undang-undang untuk membincangkan hala tuju, tetapi kumpulan aktivis terkemuka menolak tawaran berkenaan, dan memangil untuk mengadakan demonstrasi baru Jumaat ini.

"Pergerakan 6 April", yang memainkan peranan penting dalam menyalakan pemberontakan terhadap Mubarak berkata di halaman Facebook mereka bahawa demonstrasi Jumaat ini akan adalah "kad merah" untuk Morsi.

Rusuhan bermula selepas Morsi mengeluarkan dekri pada 22 November memberikan kepadanya kuasa yang lebih besar yang tidak tertakluk kepada semakan kehakiman.

Protes mencapai kemuncaknya Rabu lalu, dengan tujuh mati dan lebih 770 cedera ketika pertempuran di luar istana presiden.

"Sebarang kejadian yang menyedihkan ini berlaku kerana perbezaan politik yang perlu diselesaikan melalui dialog," ujar Morsi.

"Saya menyeru untuk dialog yang produktif dengan semua tokoh dan ketua-ketua parti, belia revolusioner dan tokoh-tokoh kanan undang-undang untuk bermesyuarat Sabtu ini," kata beliau. (aljazeera.com)

harakah/-

ANAK persoal keputusan adakan semula AGM KPF

Posted: 06 Dec 2012 07:43 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -



 
Keputusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk membatalkan mesyuarat agung tahunan (AGM) Koperasi Permodalan Felda (KPF) pada 20 Jun lalu dan mengarahkan ia diadakan semula sebelum 31 Disember, telah dipersoalkan oleh sebuah NGO yang berkaitan dengan PAS.
mazlan aliman anak
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman (kanan) mendakwa ia adalah satu
percubaan Felda Global Ventures (FGV) supaya KPF menjadi pemegang saham utama Felda Holdings.

"Konspirasi itu melibatkan pembatalan AGM dan memastikan dua orangnya menganggotai lembaga KPF," katanya, sambil mendakwa dua individu berkenaan ialah Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad dan pemangku ketua pengarahnya, Faizoull Ahmad.

SKM telah mengeluarkan surat pada 4 Disember mengarahkan KPF mengadakan AGM ke-31, bersama surat kuasa yang menyatakan AGM sebelumnya tidak sah dan AGM akan dipanggil oleh SKM.

Surat itu menyatakan bahawa asas bagi mengarahkan mesyuarat itu diadakan semula adalah pertikaian dalaman pada 26 November, yang didakwa Mazlan sebagai tidak munasabah.

Semasa sidang akhbar semalam, Mazlan menunjukkan salinan surat SKM yang bertarikh 4 Disember kepada pemberita.

Surat itu mengandungi agenda mesyuarat seperti yang disenaraikan di bawah:

 -  Mengesahkan minit mesyuarat agung perwakilan tahunan kali ke-30 pada 23 Jun 2011 dan minit mesyuarat agung khas yang diadakan pada 19 April 2012.
  
- Membentang dan meluluskan Laporan Lembaga tahun 2011.

- Menimbang dan meluluskan penyata kewangan teraudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 berserta laporan jawatankuasa audit dalaman dan pandangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

- Menimbang dan meluluskan cadangan pembahagian keuntungan tahun 2011.
  
- Memilih anggota-anggota Lembaga sesi 2012/2013

Mazlan berkata AGM tersebut adalah luar biasa kerana SKM yang mengarahkan AGM diadakan pada 27 Disember dan  bukannya KPF.

malaysiakini/-

Tahniah Umno pamer sifat ganas, tidak bertamadun

Posted: 06 Dec 2012 07:42 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengucapkan tahniah kepada Pemuda Umno Bahagian Gombak, Selangor kerana telah membantu Pakatan Rakyat untuk mempamerkan sifat sebenar Umno dan Barisan Nasional yang ganas dan tidak bertamadun seperti di dalam kejadian 'serangan' terhadap program anjuran Pakatan Rakyat di Batu 8, Gombak Utara kelmarin.

Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, kejadian tersebut juga telah memperlihatkan sikap berpura-pura Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak yang menafikan keganasan pemuda Umno Gombak sedangkan banyak rakaman pada malam tersebut telah membuktikan sebaliknya.

Justeru, katanya Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berasa sangat kesal dan mengecam tindakan ganas tersebut dan meminta supaya pihak yang berwajib menyegerakan siasatan yang terperinci serta membawa pihak yang bersalah untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga tidak menolak kemungkinan yang Umno dan Barisan Nasional sememangnya cukup terdesak untuk memulihkan imej mereka yang sudah 'rosak' di mata rakyat sehingga sanggup bertindak ganas dan 'berlakon' sebagai mangsa keadaan semata-mata untuk meraih simpati rakyat," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, pihaknya penuh yakin dan percaya bahawa pihak Pakatan Rakyat tidak pernah mencetuskan sebarang kekacauan di dalam setiap program yang telah dilaksanakan sehingga ke hari ini kerana 'track record' penganjuran program Pakatan Rakyat selama ini adalah bersih dan cemerlang.

Tegasnya, Pemuda PAS Selangor dengan ini memberikan amaran yang keras kepada Pergerakan Pemuda Umno Selangor supaya menasihatkan Pemuda Umno bahagian mereka untuk berpolitik secara berhemah dan 'gentleman'.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bersedia untuk menyahut cabaran Pemuda Umno sekiranya mereka berterusan untuk membuat provokasi seperti ini di masa hadapan," tegasnya lagi.

harakah/-

Ditembak ketika minum

Posted: 06 Dec 2012 07:37 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

BONGKAR...anggota polis mencari kelongsong peluru di tempat kejadian.
BONGKAR...anggota polis mencari kelongsong peluru di tempat kejadian.
SEBAK...ahli keluarga mangsa di tempat kejadian, semalam.
SEBAK...ahli keluarga mangsa di tempat kejadian, semalam. 
 
GOMBAK: Seorang lelaki yang sedang menjamu selera bersama rakannya di sebuah warung di kawasan perindustrian Batu Caves di sini, maut selepas ditembak seorang lelaki bertopeng, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, mangsa yang dikenali sebagai M Siva, 32, dikatakan terkena tiga das tembakan di dada, perut dan tangan.

Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, ketika berada di kilang berdekatan, dia terdengar bunyi tiga das tembakan, namun tidak berani keluar kerana bimbang keselamatan diri.

"Selepas 10 minit, seorang rakan mangsa datang meminta bantuan saya dan memberitahu rakannya itu parah dan terbaring berlumuran darah akibat ditembak.

"Sebaik tiba di lokasi, saya lihat beberapa lelaki dipercayai rakan mangsa sedang mengangkatnya masuk ke dalam sebuah kereta untuk menghantarnya ke hospital," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

metro/-

Tungku perut meletup

Posted: 06 Dec 2012 07:36 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Alat bertungku meletup. Itu yang berlaku di sebuah rumah di Wangsa Maju, kelmarin apabila alat bertungku elektrik meletup hingga menyebabkan seorang lelaki berusia 25 tahun cedera di tangan, dada dan badan.

Lelaki berkenaan yang melecur kira-kira 12 peratus di seluruh badannya itu masih dirawat di Unit Kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Bapa mangsa yang mahu dikenali sebagai Hisham, 56, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, anak perempuan keduanya itu memanaskan alat bertungku elektrik berkenaan untuk anak sulungnya yang sedang berpantang.

Menurutnya, alat bertungku itu digunakan untuk membantu mengempiskan perut lebih cepat bagi anak sulungnya yang baru bersalin dua minggu lalu.

"Selepas memanaskan alat bertungku itu, anak kedua saya sedang membuat kerja lain tanpa sedar proses pemanasan itu sudah melebihi masa dan panas hingga meletup.

"Ketika itu, anak lelaki saya yang secara kebetulan berada berdekatan terkena serpihan alat bertungku itu dan melecur lebih 12 peratus ," katanya kepada Harian Metro, semalam.

Beliau berkata, anak lelakinya yang cedera di tangan, dada dan badan dibawa ke klinik swasta untuk rawatan kecemasan, tetapi diminta ke HKL.

Susulan kejadian itu, dia membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan menolak unsur jenayah sebagai punca kejadian berkenaan.

metro/-


Ketua Cabang PKR risau maklumat disalah guna

Posted: 06 Dec 2012 07:32 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

Ketua Cabang PKR risau maklumat disalah guna

Zahari menunjukk tingkap yang disyaki menjadi laluan pencuri menceroboh masuk ke dalam rumahnya di Taman Pandan Damai, Kuantan, malam kelmarin. 
 
KUANTAN- "Kerugian  saya alami tidak banyak, lebih kurang RM4,000 sahaja tetapi perkara  paling dirisaukan ialah maklumat berhubung parti  dalam komputer riba, thumb drive dan beberapa dokumen berkaitan yang hilang itu akan digunakan pihak lain yang berkepentingan," kata Zahari Mamat, 51, Ketua Cabang PKR Paya Besar selepas rumahnya disyaki dipecah masuk pencuri,  malam kelmarin.

Kejadian pecah masuk kediamannya yang terletak di Taman Pandan Damai, dekat sini hanya disedari kira-kira jam 9 malam selepas beliau pulang dari masjid.

Menurutnya, dia meninggalkan rumahnya yang turut digunakan sebagai pejabat operasi PKR Cabang Paya Besar kira-kira jam 6.30 petang dalam keadaan baik.

"Tiada sebarang kesan pecah masuk atau geledah kelihatan ketika itu cuma langsir tingkap bahagian hadapan terbuka dan pencuri dipercayai masuk ke dalam rumah melalui bahagian itu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Zahari berkata, kehilangan itu disedari selepas dia gagal menemui sebuah telefon bimbit yang diletakkan bersama komputer riba dan beberapa dokumen  lain atas meja dalam bilik sebelum keluar ke masjid.

"Anak lelaki saya  yang ada bersama ketika itu turut mengadu komputer riba turut hilang lalu kami berdua bersama-sama mencari namun tidak menjumpai.

"Selepas itu baru kami sedar ada beberapa barangan lain termasuk dompet, tunai RM500, telefon bimbit, komputer riba yang mengandungi dokumen  maklumat parti dan sebuah jam tangan hilang," katanya.

Menurutnya, beliau mengesyaki kejadian itu dirancang  namun tiada sebarang bukti yang boleh mengaitkan dengan pihak tertentu.

Beliau berkata, dia dan keluarga tidak tinggal di rumah itu sepanjang masa sebaliknya pulang sekejap-sekejap jika ada urusan.

"Bagaimanapun dalam masa dua hari ini, saya dan anak lelaki pulang dan bermalam di sini kerana banyak kerja berkaitan parti perlu disiapkan.

"Saya agak pelik, jika penjenayah berhajatkan barang berharga, banyak barang lain yang dia boleh ambil tapi hanya yang ada di atas meja itu sahaja yang dikebas," katanya.

Zahari berkata, dia menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung kejadian.

"Setakat ini tiada sesiapa sesiapa yang disyaki cuma kira-kira jam 11 malam kelmarin ada pemuda dikenali datang ke rumah ini menemui saya untuk meminta bantuan.

"Pemuda terbabit mendakwa dia dan keluarga mengalami gangguan dan minta saya membacakan ayat suci al-Quran pada limau yang dibawa bersamanya ketika itu," katanya.

Susulan kejadian, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Jaya Gading kira-kira jam 10.25 malam, hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Menurutnya, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan  dan kejadian dipercayai lebih kepada kes biasa dan tiada motif politik,

sinar/-

Kecewa tanah bertukar milik

Posted: 06 Dec 2012 07:26 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

Kecewa tanah bertukar milik
Anuar menunjukkan beberapa dokumen yang diragui berkenaan penukaran hak milik tanah terbabit.
BANDAR TUN RAZAK - Seorang anak peneroka Wilayah Jengka kecewa apabila mendapat tahu tanah pusaka milik arwah ayahnya bertukar hak milik tanpa pengetahuannya.

Anak peneroka tersebut yang hanya mahu dikenal sebagai Anuar berkata, penukaran hak milik tanah terbabit kepada nama arwah abangnya hanya diketahui sebaik sahaja mendapat berita kematian abangnya itu.

"Pada 1985, arwah ayah meninggal dunia dan saya dan tujuh beradik saya dipanggil pihak pengurusan Felda untuk menandatangani borang menyerahkan urusan tanah terbabit kepada abang saya sebagai pemegang amanah.

"Ketika itu, saya masih lagi di bawah umur dan belum mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan," katanya.

Katanya, pada 2005, abangnya sebagai pemegang amanah pula meninggal dunia dan ketika itu, dia mendapati hak milik tanah telah bertukar nama kepada arwah abangnya.

"Saya dan adik beradik tidak mengetahui perkara ini sehinggalah kami melihat sendiri geran tanah tersebut.

"Kami keliru kerana bagaimana geran tanah tersebut bertukar hak milik tanpa pengetahuan kami. Setelah disiasat, saya mendapati geran tanah tersebut bertukar hak milik sebaik sahaja peneroka habis membayar hutang dan geran tersebut diserahkan kepada mereka," katanya.

Menurut Anuar, hasil siasatan yang dilakukan, dia mendapati terdapat pemalsuan dokumen berkenaan pertukaran nama hak milik tanah terbabit.

"Kini isteri arwah abang saya pula hendak membuat tuntutan menukar nama geran tersebut kepada namanya, dan kami telah membuat kaviet dengan meletakkan nama salah seorang abang saya," katanya.

Menurutnya, dia dan adik-beradiknya kecewa dengan pengurusan Felda ketika itu yang mengambil sikap sambil lewa terhadap penukaran hak milik tanah tersebut.

"Saya tidak faham mengapa begitu mudah penukaran hak milik tanah itu dibuat. Saya juga kecewa kerana setakat ini masih tidak ada sebarang tindakan dilakukan pihak pengurusan Felda terbabit.

"Kami adik-beradik bukanlah mahukan wang durian runtuh atau mahu menghalau kakak ipar kami keluar dari rumah itu, kami cuma mahu tanah itu dikekalkan hak milik kepada anak-anak arwah ayah kerana banyak kenangan manis kami semasa di awal kemasukan ke tanah rancangan itu suatu ketika dahulu," katanya.

sinar/-

Laluan ibarat ‘sungai’ kecil

Posted: 06 Dec 2012 07:21 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

Keadaan paip bocor di hadapan sebuah rumah di Lorong 2 Taman Mawar Indah, Ketari.
Keadaan paip bocor di hadapan sebuah rumah di Lorong 2 Taman Mawar Indah, Ketari.
 
BENTONG – Penduduk di Lorong 2 Taman Mawar Indah, dekat sini, mahu tindakan segera diambil untuk mengatasi masalah paip bocor di hadapan sebuah rumah di kawasan itu.

Penduduk, Ismail Fahmi, 40, berkata, paip bocor itu menyebabkan air mengalir tanpa henti di hadapan beberapa rumah penduduk ibarat 'sungai' kecil.

Menurutnya, keadaan itu menimbulkan ketidakselesaan kerana menyebabkan kawasan di hadapan rumah terbabit berair dan kotor.

"Air daripada paip bocor itu sentiasa mengalir kemudiannya bertakung di hujung jalan.

"Kami bukan sahaja tidak selesa dengan keadaan itu malahan bimbang kerana lama-kelamaan akan berlaku mendapan tanah," katanya.

Ismail berkata, sebelum ini ada kerja baik pulih dijalankan, namun tidak berhasil sebaliknya menjadi lebih teruk.

Menurutnya, tindakan segera perlu diambil untuk menangani masalah itu kerana sekiranya dibiarkan, keadaan tersebut dikhuatiri menyebabkan insiden tidak diingini berlaku.

"Air mengalir daripada paip bocor jelas membazir kerana terbiar begitu sahaja. Kadangkala bekalan air di rumah penduduk terganggu kerana masalah tersebut," katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati paip bocor itu berada di hadapan sebuah rumah tidak berpenghuni seterusnya mengalir ke kediaman penduduk berhampiran.

sinar/-

Polis rampas laptop Malaysiakini

Posted: 06 Dec 2012 07:12 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -




Polis merampas sebuah komputer riba daripada portal berita Malaysiakini untuk menyiasat kiriman e-mel Prof Abdul Aziz Bari mengenai kenyataannya ke atas Sultan Selangor susulan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor terhadap gereja DUMC.

Rampasan itu dilakukan dua anggota polis diketuai Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Shah Alam Mohd Hamizi Abu Bakar dan disaksikan oleh Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar.

NONERampasan yang dilakukan untuk pada kira-kira jam 5.35 petang di pejabat portal berita ini petang semalam bertujuan untuk menyemak e-mel daripada Aziz Bari berhubung perkara tersebut.

Polis merampas komputer riba yang digunakan penolong pengarang meja bahasa Melayu Malaysiakini, Mohd Jimadie Shah Othman, untuk ujian forensik namun tidak dapat dipastikan bila komputer itu akan dipulangkan.

"Kami menggesa polis untuk memulangkan laptop itu sebaik sahaja selesai melakukan siasatan. Malaysiakini sentiasa memberi kerjasama penuh dengan pihak berkuasa. Dan kami berharap polis juga boleh memberi kerjasama," kata Fathi Aris.

Pasukan berkenaan sebelum itu merakam kenyataan daripada Mohd Jimadie Shah selama kira-kira 20 minit bermula 4.30 petang – antara mengenai lokasi komputer terbabit dan pengesahan bahawa beliau merupakan pengguna komputer tersebut.

"Saya menjawab laptop itu diletakkan di meja saya di pejabat. Saya tiada dokumen untuk mengesahkan ia digunakan oleh saya, tetapi polis boleh merujuk kepada pihak majikan saya," katanya kepada Malaysiakini selepas disoalsiasat.

Mohd Jimadie Shah dan Abdul Aziz disiasat bawah seksyen 4 Akta Hasutan selepas Senator Ezam Mohd Nor membuat laporan polis berhubung pandangan Abdul Aziz yang disiarkan Malaysiakini.

Abdul Aziz dalam laporan berita itu antara lainnya menyatakan pandangannya mengenai tindakan campurtangan Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan gereja Methodist di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

Oktober lalu, polis turut mengambil keterangan daripada Mohd Jimadie serta penolong pengarang berita pada ketika itu, Wee Yu Meng berhubung isu sama.

Difahamkan, polis telah mengambil keterangan daripada Wee, Isnin lepas.
malaysiakini/-

Gambar Bumi pada waktu malam

Posted: 06 Dec 2012 06:59 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

SAN FRANCISCO - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pernah menyiarkan gambar Bumi pada tahun 1968.

Gambar tersebut dirakamkan dari kapal angkasa Apollo 8 milik Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, kelmarin, NASA mendedahkan Bumi pada waktu malam.

Gambar tanpa awan yang amat jelas itu dirakamkan lensa infra merah dan beresolusi tinggi menerusi satelit Pentadbiran Oseanik dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) milik NASA.

Sensor kamera pengimejan itu dapat merakamkan tiga imej cahaya kelam secara serentak sekali gus memberi peluang kepada para penyelidik untuk mengkaji atmosfera, daratan dan lautan di Bumi pada waktu malam.

"Data yang diperoleh amat tinggi kualitinya," kata seorang saintis NOAA, Christopher Elvidge kepada wartawan pada Persidangan Kesatuan Geofizik Amerika di sini baru-baru ini. - Agensi


Istana Presiden Mesir dikawal

Posted: 06 Dec 2012 06:47 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -



KAHERAH - Pasukan Pengawal Republikan Mesir mengarahkan penunjuk perasaan yang menyokong dan menentang Presiden Mohammed Morsi meninggalkan kawasan di sekitar istana presiden disini yang menjadi medan beberapa pertempuran ganas.

Pasukan tersebut yang merupakan unit elit tentera Mesir memberi masa sehingga pukul 3 petang waktu tempatan kepada penunjuk perasaan kedua-dua belah pihak untuk beredar dari kawasan itu.

Kata dua semalam itu diumumkan dalam satu kenyataan rasmi yang turut mengharamkan sebarang bantahan di luar mana-mana istana presiden di negara itu.

Beberapa buah kereta kebal dan kawat berduri juga diletakkan di sekitar kawasan istana presiden di sini.
Setakat ini, seramai tujuh orang terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan penyokong dan penentang Morsi.

Beberapa pegawai berkata, seramai 350 lagi cedera dalam pertempuran antara para penyokong dan penentang Morsi setakat ini.

Penentang presiden itu meminta beliau mengugurkan dekri yang memberikannya kuasa hampir mutlak dan membatalkan satu draf perlembagaan kontroversi yang akan diundi menerusi pungutan suara pada 15 Disember ini.

Draf perlembagaan tersebut menyatakan semua undang-undang dan dekri yang dikeluarkan oleh Morsi adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mahkamah. 

Morsi dipilih pengundi sebagai presiden pada pilihan raya yang diadakan pada Jun lalu. - Agensi


TurkStat: Kadar kemiskinan Turki terus menurun

Posted: 06 Dec 2012 06:30 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

Bilangan warga Turki yang berpendapatan kurang daripada $2.15 sehari jatuh pada tahun 2011 untuk mencatat paras rendah yang baharu, menurut satu kajian oleh Institut Statistik Turki (TurkStat) yang diumumkan Jumaat lalu.

Angka kemiskinan bagi tahun 2011 menunjukkan penurunan yang dramatik berbanding satu dekad yang lalu. Pada tahun 2002, 

individu yang berpendapatan kurang daripada $2.15 sehari adalah sebanyak 3.04% 2002, dan mereka yang berpendapatan kurang daripada $4.30 sehari adalah sebanyak 30.3%. Berdasarkan garis kemiskinan $2.15 sehari dan kadar Kuasa Beli Semasa (CPP), sebanyak 0.21% adalah golongan miskin tegar pada tahun 2010, manakala hanya seramai 0.14% adalah golongan miskin tegar pada tahun 2011.Bilangan rakyat yang berpendapatan kurang daripada $4.30 sehari jatuh dari 3.66% pada tahun 2010 kepada 2.79% tahun lepas.

Laporan TurkStat juga mendedahkan jurang pendapatan yang berpanjangan antara kawasan bandar dan luar bandar, dengan peratusan penduduk bandar yang berpendapatan kurang daripada $4.30 sehari pada tahun 2011 adalah sebanyak 0.94% berbanding 6.83% di kawasan luar bandar. Pada tahun 2002, sebanyak 4% berpendapatan kurang daripada$4.30 sehari di kawasan bandar, dan 38.82% di di kawasan luar bandar.

Pada tahun 2011, penduduk yang berpendapatan kurang daripada $2.15 adalah 0.02% peratus di kawasan bandar, dan 0.94% di kawasan luar bandar. Pada tahun 2002, bagi pendapatan kurang dari $2.15 sehari, sebanyak 2.37% di kawasan bandar dan sebanyak 24.62% di kawasan luar bandar.

Jurang kekayaan yang terlalu besar kekal sebagai ciri berterusan landskap ekonomi Turki di sebalik peningkatan dalam pendapatan skala rendah. Pada tahun 2008, satu kajian mendapati jurang antara golongan kaya dan miskin di Turki adalah tertinggi dalam kalangan negara-negara Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD). Terdapat juga perbezaan yang nyata antara keadaan ekonomi di wilayah timur dan barat Turki, dengan penduduk wiliayah Aegean dan Marmara menikmati lebih daripada dua kali ganda purata pendapatan tahunan wilayah tengah dan timur Turki.

harakah/-

Zeti: Subsidi dikurang secara berperingkat

Posted: 06 Dec 2012 06:25 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

Zeti: Subsidi dikurang secara berperingkat
Zeti ketika menyampaikan ucapan pembukaan dalam satu forum pada hari ketiga persidangan WIEF kelapan semalam. 
 
JOHOR BAHRU – Langkah pengurangan subsidi secara berperingkat tidak akan memberi kesan inflasi kepada negara atau menyebabkan pengguna menanggung beban kenaikan harga tinggi.
 
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, berdasarkan perkembangan ekonomi ketika ini, Malaysia mempunyai ruang mengurangkan subsidi secara berperingkat agar industri dan pengguna bersedia menghadapi perubahan yang berlaku.

"Malaysia mempunyai prospeks untuk menyelaraskan subsidi secara beransur-ansur supaya industri dan pengguna sedar dan dapat menyesuaikan diri dengan tindakan yang diambil.

"Tempoh pelaksanaan subsidi secara berperingkat ini, memberikan lebih ruang kepada peniaga mencari penyelesaian mengurangkan perbelanjaan agar peningkatan kos tidak diletakkan sebagai beban.

"Peniaga boleh menguruskan perkara ini dengan lebih cekap dengan meningkatkan produktiviti mereka dan keadaan ini boleh mengurangkan peningkatan harga kepada pengguna," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pembukaan forum bertajuk 'Perbankan Kewangan Islam: Dari Kerangka Perundangan kepada Nilai Ekonomi sempena hari ketiga World Islamic Economic Forum (WIEF) Kelapan, semalam.

Selain itu katanya, walaupun Malaysia semakin rancak menerima pelaburan dari sektor swasta namun pada masa sama pasaran sukuk (bon Islam) berjaya mengukuhkan kedudukannya dan mencatat perkembangan memberangsangkan.

Sementara itu, di dalam ucapan pembukaannya, Zeti memberitahu pasaran sukuk semakin berkembang di peringkat antarabangsa dan berjaya menumpulkan pasaran dari lebih 20 negara serta terdapat trend untuk menerbitkannya dalam pelbagai mata wang.

"Dimensi pasaran antarabangsa sukuk berkembang pesat dan menyaksikan penyertaan pelabur dari seluruh benua serta menjadi asas kepada pertumbuhan kewangan Islamik.

"Sukuk menyediakan pembiayaan yang kompetitif dan saluran yang lebih meluas kepada pelabur bagi kedua-dua sistem kewangan Islamik dan konvensional," katanya.

sinar/-

Nasrudin cadang Najib dan Khairy isytihar harta

Posted: 06 Dec 2012 06:22 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan mencadangkan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kabinet dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengisytiharkan harta masing-masing sebagai satu usaha untuk memulihkan persepsi rasuah negara.

"Saya juga mengambil kesempatan untuk mencadangkan kepada Perdana Menteri dan para menteri yang melaungkan politik baru pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) supaya mengisytiharkanharta masing-masing. Tidak lupa juga kepada rakan sejawat saya dalam Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nasrudin berkata sedemikian setelah Malaysia mencatatkan markah 'gagal peperiksaan' 49/100 di dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International (TI) 2012 yang baru diterbitkan.

"Indeks persepsi rasuah yang baru diumumkan, Malaysia naik 6 anak tangga ke tangga 54 daripada 183 negara. Walaupun saya agak gembira dengan peningkatan ini, kegembiraan itu terbantut apabila melihat markah keseluruhan Malaysia hanya 49 daripada 100 markah.

"Kalau dinisbah kepada pencapaian anak-anak kita dalam peperiksaan 49/100 belumpun mampu meraih markah C," kata beliau.

Nasrudin berkata markah 49/100 yang diperolehi menunjukkan bahawa rata-rata rakyat berpandangan bahawa rasuah masih membelenggu sektor awam negara ini.

"Maknanya rakyat masih cenderung berpandangan bahawa kebarangkalian berlakunya rasuah yang melibatkan jentera pentadbiran adalah tinggi. Pendapat ini sememangnya bukan semata-mata persepsi atau ilusi, sebaliknya urus tadbir negara khususnya berkait dana awam sememangnya sangat membimbangkan," kata beliau.

Perkara itu, kata beliau, jelas berlaku dengan laporan audit saban tahun yang mendedahkan berbilion ringgit akibat ketirisan daripada pelbagai projek kerajaan.

Nasrudin juga menyatakan sokongannya kepada cadangan TI-M untuk memperkenalkan akta ketelusan maklumat bagi menjamin ketelusan dalam tadbir urus negara.

Katanya, akta itu bakal membolehkan rakyat tahu dan semak dokumen-dokumen berkaitan supaya sebarang ketirisan dan penyelewengan duit rakyat tidak boleh diklasifikasikan 'rahsia kerajaan'.

Sebelum ini, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata tiada apa yang boleh dibanggakan dengan pencapaian Malaysia di Indeks Persepsi Rasuah terbaru ini.

Kegagalan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk bertindak dalam kes-kes seperti skandal RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, dakwaan Bruno Manser Fund (BMF) Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud, pendedahan Deepak Jaikishan, PKFZ, ketirisan yang dilaporkan laporan audit dan sebagainya menyebabkan pencapaian Malaysia tidak perlu disorok.

"Dengan pelbagai kesilapan besar dan kelemahan di dalam usaha dan inisiatif membanteras rasuah, Malaysia tidak boleh berasa selesa walau sedikit dengan kemajuan di dalam kedudukan CPI negara," tegasnya.

harakah/-

Kali kedua jumpa bayi

Posted: 06 Dec 2012 06:21 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

AMPANG JAYA: "Ini bukan kejadian pertama sebaliknya berlaku kali kedua seingat saya dalam tempoh empat ke lima tahun," kata Siti Hatijah Samah, 44, ketika diminta mengulas mengenai penemuan bayi perempuan yang ditemui baru dilahirkan di halaman rumahnya di Kampung Pandan Dalam, di sini, kira-kira jam 5 pagi, semalam.

Menurutnya, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi ibunya, Fatimah Bee Ahmad Khan, 70, yang menemui bayi perempuan terbabit.

"Sebaik dimaklumkan, saya segera pulang ke rumah sebelum menghubungi pihak berkuasa memaklumkan kejadian berkenaan," katanya yang memberitahu ketika malam kejadian, dia bermalam di sebuah lagi rumahnya di Sungai Besi.

Fatimah Bee berkata, dia yang bangun untuk bersiap-siap sementara menunggu masuk waktu solat Subuh tiba-tiba terdengar tangisan bayi yang kuat.

"Saya kemudian memanggil Tohi Taib, 50, yang menyewa di rumahnya itu untuk keluar bagi melakukan pemeriksaan," katanya ketika ditemui wartawan di rumahnya, di sini, semalam.

Menurutnya, selepas dimaklumkan Tohi bahawa dia menemui seorang bayi perempuan masih bertali pusat, dia mengarahkan supaya bayi malang itu dibawa masuk ke dalam rumah.
"Saya bimbang jika dibiarkan di halaman rumah, bayi terbabit akan mati kesejukan," katanya.

Katanya, ketika bayi itu ditemui, dia dibalut dengan kain batik yang dipenuhi darah.

"Malah, laman rumah saya juga dipenuhi darah menyebabkan yakin wanita terbabit melahirkan bayi di kawasan berkenaan," katanya.

Fatimah Bee berkata, dia kemudian menghubungi anak perempuannya, Siti Hatijah dan memintanya supaya pulang segera.

"Kira-kira 20 minit kemudian, Siti Hatijah tiba di rumah sebelum dia menelefon pihak berkuasa memaklumkan kejadian berkenaan," katanya.

Katanya, sepasukan polis bersama ambulans tiba di rumahnya kurang 10 minit kemudian sebelum membawa bayi berkenaan ke hospital berhampiran.

Ditanya mengenai keadaan bayi terbabit, Fatimah Bee dan Siti Hatijah berkata, bayi itu berada dalam keadaan sihat.

"Kulitnya (bayi) cerah dan comel...jika boleh diambil sebagai anak angkat, kami sekeluarga sanggup berbuat demikian," katanya.

Wartawan yang bertanya mengenai tindakan pihak berkuasa yang tiba di rumahnya itu, Fatimah Bee berkata, polis memeriksa halaman rumah dan mengambil kain batik yang digunakan untuk membalut bayi itu.

"Malah, ada polis juga mengambil keterangan saya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

metro/-

Racun tikus punca penternak rugi

Posted: 06 Dec 2012 05:57 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

Racun tikus punca penternak rugi
Ahmad menunjukkan laporan polis dan gambar kambingnya yang mati akibat termakan racun tikus.
KUALA PILAH – Seorang penternak kambing berputih mata apabila 30 ekor ternakannya ditemui mati dipercayai akibat termakan racun tikus di Kampung Temeris, baru-baru ini.

Ahmad Md Dauh, 45, berkata, akibat kejadian itu, dia kerugian hampir RM12,000.

Menurutnya, kejadian itu bermula 13 Ogos lalu, di mana tiga ekor kambingnya ditemui mati di kawasan ladang sawit berhadapan rumahnya.

"Keesokan harinya saya mendapati enam ekor kambing yang berada di dalam kandang juga mati.

"Sejak saya menjadi penternak 10 tahun lalu, inilah kali pertama kambing saya mati secara tiba-tiba," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, akibat tidak rasa puas hati dengan kejadian itu, dia cuba menyiasat puncanya.

"Ketika saya kembali ke tempat kambing yang mati ditemui, saya menemui racun tikus yang ditabur di atas tanah dan setahu saya, racun tikus hanya ditabur di pelepah pokok kelapa sawit bukannya atas tanah," katanya.

Menurutnya, selepas itu, dia membuat pemeriksaan di Jabatan Veterinar Kuala Pilah dan pihak terbabit turut menyatakan kambingnya mati kerana racun tikus berdasarkan kepada sampel yang diperoleh dari perut kambing berkenaan.

Berikutan kejadian itu, dia membuat dua laporan di Ibu Pejabat Polis Melang.

sinar/-

Umno tidak bermoral, pemimpin pula rendah akhlak

Posted: 06 Dec 2012 05:55 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -


Apa yang sedang dikatakan oleh Tan Sri Musa Hasan akhir-akhir ini merupakan 'consequence' yang amat buruk hasil daripada pencerobohan pihak 'executive' terhadap badan-badan bebas seperti Badan Kehakiman dan Perundangan serta 'Badan Legislative' yang mula dilakukan oleh pentadbiran Dr Mahathir dan Dr Mahathir itu sendiri. Walaupun ramai yang menentang tindakan Dr Mahathir mencemari badan-badan bebas negara semasa itu, tetapi mereka ini tidak dipedulikan kerana ketamakan kuasa dan tidak mahu tunduk kepada sistem demokrasi negara.


Pihak kerajaan pimpinan Mahathir semasa itu amat jelas tidak berakhlak dengan memecat Ketua Hakim Negara dan empat Hakim Mahkamah Agung semasa itu. Dr Mahathir telah menekan Badan Kehakiman khususnya terhadap Tun Salleh Abas semasa Mahkamah Agung bersedia untuk menghakimkan tuntutan ahli-ahli UMNO (asal) untuk menghidupkan UMNO yang telah dibunuh oleh Dr Mahathir.

Kalau dikaji dari mana sudut penghakiman sekali pun, UMNO asal akan hidup, dan inilah yang tidak digemari oleh Dr Mahathir. Mahathir mahukan UMNO asal itu mati terus dan tidak mahu melaksanakan penghakiman Mahkamah Tinggi yang memutuskan untuk diadakan sekali lagi pemilihan UMNO. Pemilihan sebelumnya itu tidak sah kerana wujudnya beberapa orang yang tidak layak mengundi dan menjadi perwakilan UMNO ke Perhimpunan Agung 1987.

Dr Mahathir tidak mahu pemilihan itu diadakan sekali lagi kerana takut dengan keputusan pemilihan yang demokratik dalam UMNO semasa itu. Dr Mahathir terpaksa menggunakan peguam, Sri Ram, untuk mengharamkan UMNO di Mahkamah Tinggi kerana Dr Mahathir mahu UMNO terus mati dan beliau terus menjadi Perdana Menteri walaupun jawatan yang beliau pegang itu sudah tidak lagi 'legitimate'.

Untuk memenuhi kehendak dan nafsu beliau itu cara yang terbaik ialah dengan mengharamkan UMNO dan menubuhkan sebuah parti baru yang diberi nama UMNO (baru). Badan Executive pimpinan Mahathir telah menceroboh badan kehakiman dengan meminta Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas untuk duduk membuat penghakiman dengan hanya tiga Hakim Mahkamah Agung. Mahathir mahukan Tun Salleh sebagai Ketua Hakim Negara bersama dua orang Hakim yang Mahathir boleh pengaruhi duduk untuk menghakimkan tuntutan ahli-ahli UMNO untuk menghidupkan UMNO yang telah terbatal pendaftarannya itu.

Tun Salleh tetap dengan pendirian untuk semua kesembilan hakim-hakim Mahkamah Agung untuk duduk bersama menghakimkan tuntutan itu kerana isu ini merupakan isu yang amat besar bagi orang Melayu dan rakyat Malaysia amnya. Tetapi Dr Mahathir tidak gemar dengan tindakan Ketua Hakim Negara itu kerana Mahathir begitu 'desperate' untuk mempertahankan jawatan Perdana Menteri yang beliau pegang itu. Dr Mahathir mahu semua pihak tunduk kepada beliau kerana beliau begitu terdesak dan akan kehilangan kerusi PM itu jika demokrasi terlaksana secara telus.

Dr Mahathir sudah hilang pertimbangan dan tidak mahu lagi institusi demokrasi menghalang niat beliau untuk berkuasa mengikut kehendak hati beliau. Beliau secara peribadi telah memanggil Tun Salleh Abas dan bertanyakan samada Ketua Hakim itu mahu bersara. Tun Salleh tidak berganjak kerana Hakim-Hakim mempunyai umur persaraan dalam usia 65 tahun sedangkan beliau semasa itu baru berumur 59 tahun.

Tun Salleh memberitahu yang beliau mengetuai Badan Kehakiman yang bebas dari campur tangan 'Executive' termasuk Perdana Menteri. Sesungguhnya Tun Salleh akan hanya boleh berhentikan jika 'brother judges' melakukannya. Cara kedua untuk memberhentikan Ketua Hakim ialah dengan menubuhkan tribunal yang di titahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Tribunal untuk membicara Tun Salleh ditubuhkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dengan tergesa-gesa dan lucunya cara penubuhannya tetap menjadi ingatan kepada semua yang mengikuti isu itu dengan cara yang lebih dekat. Tribunal itu telah ditubuhkan dalam satu hari dan dengan pantas.

Nasihat PM kepada Tuanku Agong dibuat pada 1hb Mei 1988  dan persetujuan YDP Agong juga didapati pada 1hb Mei. Perlantikan hakim Mahkamah Tinggi Sri Lanka dan Singapura dibuat pada 1hb Mei dan jawapan persetujuan mereka pun pada hari yang sama. Yang lebih lucu dan menyedihkan 1hb Mei itu adalah hari buruh dan cuti umum dan hari minggu pula. Semuanya ini adalah tindakan 'desperate' pimpinan semasa itu untuk bergayut kepada kuasa yang hampir terlepas itu.

Insiden ini merupakan titik hitam dalam sejarah negara kerana pada saat itulah bermulanya Badan Kehakiman dicerobohi dan ditakluk oleh pihak 'executive' yang diketuai oleh Dr Mahathir Mohammad. Dari saat itulah semua badan-badan bebas demokrasi dikuasai oleh Perdana Menteri dan semua sistem demokrasi terkubur dan tidak lagi bebas untuk melaksanakan tugas dengan betul.

Dari saat itu jugalah badan kepolisian negara tercemar serta badan perundangan seperti Jabatan Peguam Negara tidak lagi bebas untuk melaksanakan tugas dengan betul. Apabila sesuatu badan bebas yang mempunyai tanggungjawab terhadap negara sudah tidak bebas lagi, maka politik sahajalah yang menentukan segala-galanya.

Kecacatan sistem demokrasi kita ini telah rosak sehingga ke hari ini dan tidak mungkin boleh diperbetulkan oleh parti atau kepimpinan kerajaan yang telah mencemarinya iaitu UMNO dan Barisan Nasional. Kenyataan-kenyataan Tan Sri Musa Hasan itu adalah sebahagian yang sangat kecil dari apa yang sebenarnya dilakukan oleh pimpinan kerajaan yang tidak henti-henti mencemari tugas Ketua Polis Negara dan Peguam Negara misalnya.

Segala tindakan 'professional' telah diambil alih oleh tindakan politik di mana-mana dan jika pimpinan politik itu gila, ia bermakna kita dipimpin oleh orang-orang gila. Hasil daripada pencerobohan inilah yang telah menjadikan segala-galanya tidak betul lagi termasuk politik yang kini menjadi aktiviti ganas yang dilakukan oleh penyokong pihak kerajaan yang sudah dibenci rakyat dan akan ditumbangkan oleh rakyat juga dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Jika kita pertimbangkan secara halus kita sudah boleh membuat pertimbangan yang 'conclusive' Dr Mahathir bukanlah seorang PM yang 'legitimate' dan tidak bermoral. Mengekalkan Dr Mahathir semasa itu amat mahal harganya sehinggakan semua sistem demokrasi kita telah punah ranah.

Keadaan ini lebih teruk lagi kerana pimpinan yang mewarisi kepimpinan Mahathir telah terikut-ikut dengan budaya dan sistem Mahathir dalam mentadbir negara. Mereka yang mewarisi Dr Mahathir telah melakukan perkara yang lebih teruk lagi kerana sistem Mahathir itu telah menjadi ikutan pimpinan yang mengambilalih darinya (Mahathir). Pendeknya memang tepat kata-kata perbidalan, "jika bapa kencing berdiri anak-anak pula kencing berlari." Mahathir yang kencing berdiri, Pak Lah dan Najib juga kencing berlari. Jika Muhyiddin mengambil alih Najib sekarang seperti yang dihajati Dr Mahathir mungkin Muhyiddin akan kencing sambil menonggeng.

Kenyataan Musa Hasan wajar didengar dengan baik kerana beliau mempunyai hak untuk membela diri dari tohmahan pimpinan UMNO terhadap beliau sedangkan apa yang berlaku semasa beliau dalam perkhidmatan sehingga hari ini ialah UMNO dan pimpinnya sendiri.

Musa Hasan wajar membuat kenyataan-kenyataan dari masa ke semasa dengan membongkar segala apa yang berlaku dan yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Kenyataan Musa itu nanti akan menjadi kenyataan yang membantu usaha ramai untuk mengetahui segala-gala yang berlaku di belakang tabir dan ia akan ditambah pula dengan kenyataan Deepak yang akhir-akhir ini telah membongkar isu Altantuya dan lain-lain yang berkaitan dan yang menghangatkan itu.

Pendeknya, tidak ada lagi yang betul dalam UMNO dan BN sekarang ini. Jika mereka benar, masakan apa yang kita lihat dan dengar itu boleh berlaku di hadapan mata dan kepala kita. -

http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Hanya samseng sanggup sekat royalti Kelantan

Posted: 06 Dec 2012 05:29 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -


SHAH ALAM: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin menegaskan hanya samseng sahaja yang sanggup menyekat pemberian royalti kepada Kelantan.

Beliau menyatakan perkara tersebut pada wacana anjuran Sinar Harian bertajuk 'Politik Samseng Di Mana Maruah Kita' di sini, petang semalam.


Kata beliau lagi, budaya politik samseng itu sebenarnya diwujudkan oleh kerajaan apabila bertindak membuli rakyat Kelantan dengan menafikan hak mereka walaupun pemberian royalti itu sudah terkandung di dalam perjanjian.

"Politik samseng dan kita lihat apa yang dilakukan di Kelantan, siapa yang sanggup menyekat royalti kalau bukan bersifat samseng.

"Sikap membuli rakyat Kelantan dengan menafikan hak mereka walaupun perjanjian sudah ada, hanya samseng sahaja yang sanggup mengkhianati perjanjian," kata beliau.

Katanya, politik samseng sebenarnya telah wujud sejak lama dan bukannya dalam senario politik sekarang.

Beliau merujuk kepada peringkat awal Kelantan diambil alih pemerintahan oleh PAS, segala hak dan peruntukan dianaktirikan.

"Lagi satu kita lihat di Terengganu bila PAS menang pilihanraya perkara pertama dilakukan adalah mansuhkan tol, adakah itu samseng.

"Tetapi tidak kepada kerajaan Umno Barisan Nasional apabila mereka menarik balik pemberian royalti dan menukarkan kepada wang ehsan, ini adalah contoh samseng yang diamalkan apabila menafikan hak dan sanggup melanggar perjanjian," sambung beliau lagi.

Beliau menambah, pengalaman Pakatan Rakyat memerintah empat buah negeri dan paling lama di Kelantan akan memberi jaminan bahawa apabila Putrajaya diambil alih nanti, pentadbiran akan menjadi lebih baik.

"Saya rasa reformasi yang kita ingin buat akan dapat dilakukan dengan lebih baik.

"Pengalaman yang kita ada dan rakyat telah melihat akan terus memberi keyakinan kepada Pakatan untuk membawa perubahan dalam lanskap politik demokrasi negara," jelas beliau.

harakah/-

Warak bekalan jihad

Posted: 06 Dec 2012 05:27 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

BERANI MATI....anggota Komando Qassam.
BERANI MATI....anggota Komando Qassam. 
 
GAZA: Barisan pejuang bergelar Komando Qassam kini menjadi pasukan paling digeruni Israel berikutan tidak pernah tewas ketika bertempur biarpun hanya berbekalkan senjata api model lama.

Kehebatan pasukan Komando Qassam yang turut digelar tentera malaikat itu kian tersebar apabila mereka yang dianggotai golongan muda, terpelajar dan ulama mampu menumpaskan ratusan tentera Zionis serta menembak jatuh pesawat pejuang mereka.

Hasrat penulis dan jurugambar menemui pasukan elit itu tercapai apabila wakil Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) melalui orang hubungan di sini, berjaya mengatur pertemuan dengan sekumpulan anggota Komando Qassam.

Mereka diketuai seorang komander yang hanya mahu dikenali sebagai Sheikh dan pertemuan diadakan di satu lokasi sulit dalam ladang zaitun pada jam 12 tengah malam.

Untuk ke sana, kami dibawa menaiki kenderaan khas sebelum diarah berjalan sejauh 500 meter ke sebuah pondok dalam ladang itu. Di situ, Sheikh bersama kira-kira 20 anggotanya menyambut kami dengan mesra sebelum dibawa duduk mengelilingi unggun api kecil. 

metro/-

Politik Samseng Petanda Jelas UMNO/BN Sedang Menuju Kemusnahan (KO)!

Posted: 06 Dec 2012 05:27 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

Politik ganas, salah siapa?

PETALING JAYA: Insiden 'berdarah' di Gombak bukan baru dalam sejarah politik negara khususnya di kalangan orang Melayu.

Banyak lagi insiden yang lebih besar serta memakan korban.

Pendek kata orang Melayu sanggup melakukan apa saja untuk kuasa politik. Malangnya pertempuran politik negara lebih banyak sesama sendiri – orang Melayu melawan Melayu.

Jika disenaraikan begitu banyak peristiwa berdarah yang boleh dikaitkan dengan kuasa politik.

Peristiwa Memali yang mengorbankan Ibrahim Libya kerana politik.

Pembunuhan speaker dewan undangan negeri (DUN) Negeri Sembilan oleh bekas menteri belia dan sukan, Datuk Mokhtar Hashim juga kerana poltik.

Tetapi mulai penghujung tahun 1990-an, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula menguasai politik. Pemecatannya dari jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno oleh Tun Dr Mahathir pada pada September 1998.

Mulai detik itu, politik negara tidak lagi sunyi – menjadi lebih panas sepanjang masa.

Jadi serangan Pemuda Umno terhadap program Anwar di Gombak itu merupakan ulangan kepada beberapa serangan terdahulu. Bas PKR disimbah cat merah di Kota Baru, Johor Baru dan Melaka.

Manakala beberapa program ceramah Anwar yang lain pula diganggu.

Mengapa perkara ini berlaku?

Ketika diminta mengulas, pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Sohaimi Shahdan berkata, politik kasar dan ganas tidak menguntungkan rakyat.

Sebaliknya, kata beliau biar rakyat menilai sama ada BN mahupun Pakatan Rakyat yang lebih baik.

'Kebangkitan Arab'

"Kita memerlukan politik matang …kita tidak perlu kebangkitan Arab," tambah beliau.

Bagaimanapun, Sohaimi berkata, keganasan di program ceramah atau acara-acara yang membabitkan politik adalah disebabkan oleh provokasi pihak tertentu.

Katanya, apabila orang muda berkumpul dan dan jika ada pihak yang cuba mencabar, pergaduhan dan kekasaran mudah tercetus.

Sehubungan itu, kata Sohaimi, rakyat perlu saling menghormati, mengawal emosi serta tidak melakukan provokasi yang boleh mencetuskan kejadian yang tidak diingini.

Manakala seorang peguam dari Temerloh, Nizam Hamid menegaskan politik ganas ini bermula dari perancangan Umno untuk menghapuskan musuh politiknya.

"Umno menggunakan kekasaran untuk menakut-nakutkan musuh politiknya.

"Kita bimbang politik sebegini akan terus berlaku jika pemimpin Umno memberi restu kepada ahli dan penyokongnya," kata beliau lagi.

Nizam berkata, politik menakutkan lawan adalah sesuatu yang memalukan kerana sepatutnya politik ialah hujah lawan hujah.

Katanya, sepatutnya pihak keselamatan mengambil langkah tegas menangani masalah politik yang ganas itu.

kelab greenboc/-

Pesawat tentera Afrika Selatan terhempas, 11 maut

Posted: 06 Dec 2012 05:00 PM PST

23 Muharram 1433H. [MOD] -

JOHANNESBURG 7 Dis. - Sebanyak 11 anggota tentera Afrika Selatan terbunuh selepas sebuah pesawat tentera udara yang dinaiki terhempas di sebuah kawasan pergunungan, timur negara ini, semalam.

Dalam satu kenyataan, Tentera Udara berkata, seramai enam krew dan lima penumpang yang merupakan pegawai tentera menaiki pesawat jenis C-47 Dakota dan tiada mangsa yang terselamat dalam kejadian tersebut.

Bangkai pesawat terbabit ditemui di kawasan pergunungan Drakensberg selepas sekumpulan pasukan mencari dan menyelamat terpaksa menangguhkan operasi akibat cuaca buruk. - AFP

Tiada ulasan:

Nuffnang