Khamis, 13 Disember 2012

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


sidang DEWAN NEGERI SELANGOR: SOALAN DEWAN

Posted: 13 Dec 2012 06:16 AM PST

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


16th DAPNC – sound the call to arms for a PR government in Putrajaya with 125 PR seats in Parliament with distribution of 45:40:40 seats respectively for PKR, PAS and DAP --Lim Kit Siang

Posted: 13 Dec 2012 08:28 PM PST

1st task of “100 Days to Putrajaya” Campaign – prove UMNO/BN prophets of doom wrong with ringing/powerful endorsement by 16th DAP NC for Karpal-Guan Eng leadership to lead DAP in the PR battle for Putrajaya in 13GE --Lim Kit Siang

Posted: 13 Dec 2012 08:25 PM PST

We must not allow citizens’ moral and civil rights to be trespassed by overzealous officers

Posted: 13 Dec 2012 05:42 AM PST

DAP, Gerakan want K'tan to drop controversial by-laws

Posted: 13 Dec 2012 04:56 AM PST

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Bantuan Banjir Di Kampong Bangi, Pekan Bangi

Posted: 13 Dec 2012 04:03 PM PST

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Ramai Rakyat Sabah Tiada Pengenalan Diri

Posted: 13 Dec 2012 01:00 AM PST

PETALING JAYA: Warga yang tidak mempunyai kad pengenalan bukan sahaja berlaku di kalangan masyarakat keturunan India tetapi juga kepada rakyat Sabah terutama dari kawasan pendalaman.
Ia juga berlaku kepada masyarakat  orang Asli, kata beberapa aktivis masyarakat.

Aktivis masyarakat di Sabah, Androd Sadian berkata, masalah rakyat negeri itu yang tidak mempunyai pengenalan diri berada dalam keadaan serius.

Beliau mendakwa, tidak ada pihak kerajaan untuk memberikan kad pengenalan kepada mereka yang tinggal di kawasan pendalaman.

"Pada tahun-yahun 1960-an, kerajaan masuk kampung untuk memberikan kad pengenalan kepada mereka.

"Kini tidak ada usaha sedemikian rupa," tambah beliau yang juga seorang blogger.

Androd berkata, rakyat tempatan di kawasan pendalaman sukar pergi ke pejabat jabatan pendaftaran negara kerana masalah perhubungan dan pengangkutan.

Katanya, mereka terpaksa berjalan kaki dengan jarak berpuluh batu, malah ada yang sejauh 50 batu dengan naik dan turun bukit.

Beliau, hanya kenderaan pacuan empat roda yang boleh sampai ke perkampungan mereka.
`Surat sumpah'

"Manakala, pihak sekolah masih menerima anak-anak mereka belajar dengan menggunakan surat sumpah yang dibuat oleh ketua kampung.

"Tetapi jumlah yang tidak mempunyai pengenalan itu semakin ramai. Jika keluarga itu besar, makin ramailah yang tidak ada pengenalan diri," tambah beliau lagi.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah,  Jaffear Henry dilaporkan berkata, lebih 50,000 rakyat Sabah yang miskin tidak memiliki MyKad disebabkan mereka tinggal terpencil di pedalaman dan menghadapi masalah perhubungan.

Sementara itu, ketua biro orang Asli PKR, Suhaimi Said ketika dihubungi memberitahu, "ramai orang Asli di Pahang yang tidak ada kad pengenalan."

"Orang Asli yang tua, mereka kata tidak mahu kad pengenalan kerana mereka hanya duduk di kampung penempatan.

"Mereka tidak keluar ke bandar atau pun mengundi. Tetapi orang muda memerlukan kad pengenalan," tambah aktivis masyarakat itu.

Manakala Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah,  Jaffear Henry berkata, lebih 50,000 rakyat Sabah yang miskin tidak memiliki MyKad disebabkan mereka tinggal terpencil di pedalaman dan menghadapi masalah perhubungan.

Sumber: FreeMalaysiaToday

Samseng MIC Didakwa Serang Peserta Himpunan Duduk Bantah 12-12-12

Posted: 12 Dec 2012 01:00 AM PST

PUTRAJAYA, 12 DIS : Sekumpulan 30 samseng yang didakwa anggota MIC bertindak menyerang pemimpin Pakatan Rakyat(PR) di Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya pagi tadi.

Insiden ini berlaku selepas pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai Naib Presiden PKR, N Surendran dibenarkan masuk bertemu Pengarah JPN Malaysia, Datuk Jariah Mohd Said berhubung masalah perolehan rakyat negara ini yang masih menggunakan kad pengenalan merah.

Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng menjadi mangsa tindakan agresif anggota kumpulan berkenaan sehingga ditolak pada bahagian badan ekoran perasaan tidak senang terhadap gerak kerja yang dilakukan pemimpin PR.

Surendran yang ditemui pada sidang media nyata kesal dengan kejadian berkenaan dan menuntut penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

"Polis secara sengaja membenarkan samseng-samseng daripada MIC masuk menyerang kita apabila kita keluar sahaja bilik pengarah Datuk Jariah.

"April kita datang ke Jabatan Perdana Menteri (JPM), kami diserang dan hari ini sekali lagi.

"Apa yang mengejutkan polis bersekongkol dan membenarkan mereka menyerang kami," katanya

Berhubung kad pengenalan, beliau meminta JPN membuat pertimbangan segera agar masalah ini dapat diselesaikan selain bersedia untuk memberikan kerjasama.

"Kita kecewa apabila Datuk Jariah berkata akan memberikan borang permohonan untuk warganegara kepada mereka. Kita bantah.

"Setelah kita jelaskan akhirnya pihak JPN bersetuju mengeluarkan borang permohonan kad pengenalan sahaja kerana mereka sudahpun warganegara," katanya.

Hampir 300 pemohon hadir di Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya sempena dengan 'Himpunan Duduk Bantah 12-12-12′.

Mereka mula berkumpul di perkarangan tempat letak kereta sebelum berarak dan tiba di hadapan Gerbang Utama Jabatan Pendaftaran Negara pada jam 11.20 pagi.

Keadaan agak tegang ekoran penutupan pintu utama namun keadaan diredakan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad selepas sepuluh orang wakil pimpinan PR dibenarkan masuk berbincang.

Hasil perbincangan menyaksikan JPN bersedia menyediakan lebih daripada empat kaunter pemprosesan maklumat mereka yang belum memiliki kad pengenalan biru bagi tujuan semakan dan pendaftaran.

Antara pimpinan PR yang hadir termasuklah Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa, Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan beberapa Adun Selangor serta wakil parti komponen Pakatan Rakyat.

Sumber: Selangorku

SERVANTHOOD

SERVANTHOOD


洗肾仪器不足,倪可汉促请政府关注肾病患者‏

Posted: 12 Dec 2012 07:28 PM PST

左二颜登财从倪可汉接收500令吉支票


曼绒县洗肾仪器缺乏,肾病患者被逼去到怡保洗肾!

木威区国会议员拿督倪可汉今日率领行动党党员走访选区,探访哲仁新村几间肾病患者的家庭。倪可汉意外发现原来肾病患者都一致面对同样的问题,即曼绒县无论是医院或洗肾中心缺乏仪器。有些患者排期洗肾时,医生直言曼绒县洗肾仪器供不应求,若去到怡保洗肾会免去漫长的等待,可以直接洗肾。由于肾病患者一星期需要洗肾两三次,他们被逼自掏腰包去到怡保洗肾。洗肾费用一次160令吉,加上车马费最少也需200令吉。由于曼绒县距离怡保所需一小时,洗肾加上等待与驾车的时间足以让人浪费一整天的宝贵时间了。

倪氏希望政府可以多多关注肾病患者所面对的问题,拨款给医院买仪器和开多点洗肾中心,服务本地人的需求。他续说,《2011年总稽查司报告》里总共过百亿滥用公币丑闻的钱若可以省下来用在拨款给医疗设施上,更多的仪器和医院可以被建立起来。这样,本地人无需奔波可以在本地享有这些服务,大大节省本地人的时间和金钱。


倪可汉因体恤肾病患者,自掏腰包捐助500令吉,让家属减轻经济负担。


左二林仕祥与家人从倪可汉接收500令吉支票

Direct Free Kick

Direct Free Kick


Petang di Majlis Perasmian Sgor Agrofest di Shah Alam oleh YAB Dato MB.

Posted: 12 Dec 2012 11:36 PM PST

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on AirAsia’s X’mas Big Sale! by era

Posted: 13 Dec 2012 06:21 AM PST

AA are more expensive once you add all ad onS. Fly MAS, Qatar or KLM they are the best and the cheapest. No hidden charge like AA. MAS, Qatar,KLM no baggage, seat, meals, etc etc issues………. all inclusive.
Do not get con by AA

Comment on AirAsia’s X’mas Big Sale! by The Cheat

Posted: 12 Dec 2012 07:03 AM PST

It is all about musical chair. The music must go on all the time otherwise PROBLEMS, PROBLEMS and PROBLEMS. Just look at what happened in other parts of the world, low cost airlines have gone bust. America, India (latest Kingfisher), Oasis in Hong Kong just last year. It has been clearly written on the wall.

The Ministry of Trade, Co-operatives and Consumerism must step immediately to stop the misleading adverts to ensure that the rakyat are protected at all time.

SUARA PERAK

SUARA PERAK


Posted: 12 Dec 2012 08:45 PM PST

Khalid Samad

Khalid Samad


Terdesaknya MCA: Isu Bukan Islam ditangkap Khalwat

Posted: 12 Dec 2012 09:30 PM PST

Ini juga merupakan satu lagi isu yang memperlihatkan betapa terdesaknya MCA. Hakikatnya soal khalwat langsung tidak timbul!

Jika dilihat pada saman yang dikeluarkan, kesalahan yang disebut adalah 'berkelakuan tidak senonoh'. Saman ini pun dari PBT dan bukan dari Jabatan Agama Islam Kelantan. Tangkapan Khalwat hanya dilakukan oleh Jabatan Agama Islam terhadap orang Islam. PBT pula menyaman semua orang, Islam dan bukan Islam, atas apa jua kesalahan yang terdapat dalam rang undang-undang PBT.

'Kelakuan tidak senonoh' di tempat awam memang satu kesalahan di kebanyakan PBT di Malaysia. Kalau di England, mungkin bercium di tempat awam di khalayak ramai tidak dianggap 'tidak senonoh'. Begitu juga mungkin berpeluk-pelukan dan bercumbu-cumbuan di antara dua orang kekasih di tempat awam di London. Tetapi apa yang dianggap 'acceptable' atau boleh diterima oleh masyarakat umum sudah pasti akan berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Di dalam Bandar yang paling 'moden' di Malaysia sekalipun ianya pasti tidak disenangi ramai. Apatah lagi di kawasan yang lebih konservatif dari sudut nilai moral dan akhlak. Dalam soal ini ianya perlu difahami bahawa yang mementingkan kelakuan sopan di tempat awam bukan hanya Islam. Agama dan budaya lain juga menuntut begitu. Untuk menentukan garis panduan berhubung persoalan ini, PBT perlu berbincang dengan semua pihak dan mengambil kira pandangan semua kaum.

Maka adalah jelas bahawa saman tersebut tidak ada kena-mengena dengan soal pemaksaan nilai-nilai dan akhlak Islam ke atas masyarakat bukan Islam. Ianya tindakan PBT atas sebab peraturan kelakuan tidak sopan atau tidak senonoh di tempat awam.

Ada yang bertanyakan persoalan orang yang disaman perlu merujuk kepada "Jabatan Undang-undang/Penguatkuasa atau Jabatan Pembangunan Islam". Jabatan Pembangunan Islam itu yang dipertikaikan dan dikemukakan sebagai bukti pemaksaan nilai-nilai dan akhlak Islam ke atas bukan Islam. Hakikatnya PBT menyaman orang Islam dan bukan Islam. Bagi yang bukan Islam mereka hendaklah merujuk kepada Jabatan Undang-undang/Penguatkuasa dan bagi orang Islam sudah pasti mereka akan dirujuk kepada Jabatan Pembangunan Islam. Itulah sebabnya digunakan perkataan 'atau'.

Saya difahamkan ada juga yang mempertikaikan tindakan Pegawai PBT yang kononnya mengintai warga Kota Bharu supaya disaman. Hakikatnya ianya dilakukan di tempat awam, public place, dan sememangnya ianya tidak sepatutnya dilakukan di situ. Dalam tempat awam, ianya bukan soal mengintai lagi tetapi menjalankan tugas untuk menentukan 'public decorum' atau 'akhlak dan kemulian awam' dijaga. Dalam filem Barat pun sekarang, apabila dua pasangan sudah berlebih-lebihan, akan ditegur oleh rakan yang lain dengan ungkapan "Get a room" yang membawa erti carilah bilik, jangan buat di depan kami, malulah sikit dan sebagainya. Oleh itu, saya cuma ingin menambah sedikit sahaja lagi khas untuk MCA, "Get a room MCA... and stay inside forever!!!".

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Terdesaknya MCA: Isu Salon Rambut

Posted: 12 Dec 2012 06:17 PM PST

Saya melihat beberapa isu yang yang sedang hangat diperbahaskan dalam media arus perdana berhubung 'usaha memaksa Islam ke atas orang bukan Islam' sebagai sesuatu yang menggambarkan betapa terdesaknya MCA. Ianya adalah bukti yang kukuh bahawa MCA ketandusan isu untuk diguna-pakai sebagai bukti 'kezaliman' PAS. Saya telah mengulas kedua-dua isu ini di khalayak ramai, khususnya di hadapan masyarakat Tiong Hua dan pada masa ini saya rasa ianya amat sesuai untuk dikupaskan di Blog saya.

Saya dimaklumkan bahawa setelah mengambil alih tampuk kekuasaan di Kelantan pada 1990, kerajaan PAS telah mengadakan beberapa perbincangan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Local Authority berhubung isu-isu pentadbiran Bandar-bandar di seluruh Negeri Kelantan. Di peringkat Kota Bharu, perbincangan ini telah melibatkan masyarakat bukan Islam dan kumpulan-kumpulan keagamaan selain Islam. Hasil dari perbincangan itu maka beberapa garis panduan pentadbiran telah diputuskan. Di antaranya adalah persoalan salon rambut unisex. Telah dipersetujui bahawa lesen salon unisex tidak perlu lagi dikeluarkan dan salon gunting rambut mulai 1991 adalah kesemuanya untuk lelaki atau untuk perempuan.

Ini merupakan keputusan yang dikuat-kuasakan sejak 1991 dan semenjak itu tiada kedengaran apa-apa rungutan. Tiba-tiba menjelang PRU ke 13, timbul kekecohan kerana ada salon yang bertindak secara unisex atau untuk wanita dan lelaki yang telah disaman. Ianya pula dikupas dari sudut keagamaan iaitu norma dan akhlak Islam yang ingin dipaksa ke atas yang bukan Islam! Sedangkan ianya tiada kena-mengena dengan Jabatan Agama Islam Kelantan dan sebaliknya hanya penguat-kuasaan peraturan PBT yang telah diputuskan bersama sejak 1991.

Sebenarnya, seperti yang telah disebut oleh TGHH dan TGNA, PAS tidak berniat untuk memaksa nilai-nilai dan akhlak Islam ke atas yang bukan Islam. Ianya hanya peraturan PBT dan jika yang bukan Islam sekarang ini menganggap ianya suatu keperluan dan hak mereka maka apa yang perlu dilakukan ialah untuk mengusulkan pindaan peraturan PBT di PBT berkenaan. Kerajaan Kelantan memberi kommitmen bahawa mereka bersedia untuk mempertimbangkannya.

Apabila tidak dilesenkan dan diiklankan sebagai salon unisex maka akan timbul masalah bagi wanita Islam yang pergi ke salon tersebut. Setelah membuka tudung mereka dengan kefahaman ianya bukan salon unisex maka sudah pasti akan berlaku kekacauan sekiranya tiba-tiba datang masuk seorang lelaki! Maka dalam keadaan itu amatlah penting supaya salon unisex dilesenkan dan diiklankan sebagai salon unisex supaya keadaan sedemikian tidak timbul. Kalau tidak, maka hak pelangan Islam supaya mereka mendapat suasana yang khas hanya untuk wanita, supaya mereka boleh membuka tudung mereka, tidak akan dipenuhi.

Ke arah itu maka pihak yang berminat perlu memohon kepada PBT berkenaan dan keinginan mereka dijelaskan oleh ahli majlis di zon berkenaan supaya akhirnya peraturan berhubung salon unisex dapat dihasilkan untuk diguna-pakai apabila meluluskan mana-mana permohonan untuk membuka salon unisex.

Ada pula kedengaran rungutan bahawa sekiranya diiklankan sebagai salon unisex maka ramai dari pelangan mereka, 80% darinya adalah wanita Muslim, tidak akan lagi datang ke kedai mereka. Itu merupakan masalah lain. Dalam bahasa Inggeris dikatakan "You can't have your cake and eat it too" atau anda tidak boleh simpan dan juga makan kek pada masa yang sama. Dalam erti-kata lain, pihak operator salon kenalah membuat pilihan, dia tidak boleh menjadikan salonnya unisex supaya mendapat pelangan lelaki dan pada yang sama khas untuk wanita untuk mendapat pelangan wanita Islam!

Yang penting, ini persoalan undang-undang PBT dan BUKAN Jabatan Agama Islam. Maka persoalan memaksa nilai dan akhlak Islam ke atas masyarakat bukan Islam tidak timbul. Saya akan mengulas isu kedua berhubung bukan Islam ditangkap khalwat pada sebelah petang nanti iAllah.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Selangor : Zainudin Dan Utusan Perlu Minta Maaf

Posted: 13 Dec 2012 05:15 AM PST

Selangorku

Kerajaan Selangor kecewa dengan artikel yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia baru-baru ini yang telah menghina mantan Presiden Republik Indonesia, BJ Habibie.

Artikel yang ditulis oleh bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Mydin itu biadap dan menunjukkan ketidakmatangan serta tidak hormat kepada pemimpin yang telah menyumbang besar kepada negaranya dan rantau ini dalam dunia politik dan bidang kejuruteraan aeronautik.

Kerajaan Selangor menggesa Utusan Malaysia dan Zainuddin untuk memohon maaf kepada Habibie serta rakyat Indonesia sebelum isu ini menjadi lebih buruk.

"Kenyataan demikian boleh menjejaskan ikatan dua hala yang kuat antara Malaysia dengan Indonesia dan rakyat kedua-dua negara. Kita mahu menegaskan bahawa penulisan Zainuddin tidak mewakili pendirian rakyat Malaysia," ujar Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, Malaysia dan Indonesia mempunyai banyak ciri-ciri yang sama termasuklah sejarah, budaya dan agama yang sepatutnya dikongsi dan dihargai oleh rakyat kedua-dua negara.

"Ini adalah salah satu sebab mengapa Selangor menjemputnya untuk berkongsi pengalaman dan pemikirannya dalam melaksanakan kerja-kerja reformasi negeri dan penambahbaikkan proses pendemokrasian," kata Menteri Besar lagi.

BJ Habibie berada di Selangor untuk lawatan dua harinya sebagai tetamu rasmi kerajaan negeri pada minggu lalu dan memberikan ucapan kepada kakitangan serta mahasiswa universiti milikan penuh kerajaan negeri, Universiti Selangor.

Keluarkan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

13 DISEMBER 2012

Anwar Ibrahim: Najib Razak harus minta maaf

Posted: 13 Dec 2012 01:51 AM PST

Merdeka.com

Hubungan Indonesia dan Malaysia kembali memanas. Sejumlah politikus bereaksi keras, bahkan sampai ada tuntutan agar Duta Besar Malaysia untuk Indonesia Syed Munsyi al-Habsyi diusir dari sini. Dewan Perwakilan Rakyat juga berencana memanggil Syed Munsyi dan mengirimkan nota protes ke pemerintah negara jiran.

Pemantiknya kali ini adalah tulisan opini mantan Menteri Penerangan Malaysia Zainudin Maidin di koran Utusan Malaysia kemarin. Dia menuding bekas Presiden Bacharudin Jusuf Habibie, 76 tahun, sebagai pengkhianat bangsa karena telah menyebabkan Timor-Timur lepas dari Indonesia. Dia menyamakan Habibie dengan pemimpin oposisi Malaysia Anwar Ibrahim, 65 tahun, yang kerap disebut pengkhianat.

Anwar menyebut tulisan mantan Pemimpin Redaksi Utusan Malaysia itu dangkal dan berisi prasangka keji terhadap Habibie. “Ini kian menunjukkan betapa arogannya para elite UMNO,” katanya. Dia menambahkan tuduhan Maidin itu memang bukan hal baru. “Dia selalu menyebut siapa saja berseberangan dengan UMNO sebagai pengkhianat, namun kali ini sudah kebablasan.”

UMNO (Organisasi Bangsa Melayu Bersatu) merupakan partai penguasa sejak Malaysia mendapat kemerdekaan dari Inggris pada 1957. Mereka memimpin koalisi Barisan Nasional.

Wakil perdana menteri sekaligus menteri keuangan di era Mahathir Mohamad ini mengakui Habibie datang atas undangannya dan pemerintah negara bagian Penang dan Selangor. Dia menjadi pembicara dalam lawatan tiga hari, 4-6 Desember lalu. Habibie juga memenuhi undangan makan siang bersama di kediaman Anwar di Bukit Segambut.

Keduanya memang bersahabat. Ketika Anwar menjalani rawat inap akibat cedera tulang belakang di Kota Munich, Jerman, Habibie dan Ainun ikut menemani. Saat berkunjung ke Jakarta Juli lalu, Anwar juga bertandang ke rumah Habibie di kawasan Patra, Kuningan, Jakarta Selatan. “Anwar itu saudara saya,” ujar Habibie menggambarkan keakraban mereka.

Berikut penuturan Anwar saat dihubungi Faisal Assegaf dari merdeka.com melalui telepon selulernya, Selasa (11/12).

Apa sebenarnya terjadi dengan lawatan Habibie ke Malaysia?

Dia datang atas undangan saya dan pemerintah negara bagian Penang dan Selangor. Dia menjadi pembicara mengenai teknologi pesawat dan pengalaman demokrasi di Indonesia, tidak membahas soal politik dalam negeri Malaysia. Sambutannya juga luar biasa, ribuan orang hadir. Sebelum kembali ke Indonesia, dia sempat makan siang keluarga di rumah saya.

Jadi apa komentar Anda soal tudingan Zainudin Maidin terhadap Habibie?

Itu hanya pendapat segelintir orang saja. Dia orang UMNO, bekas pemimpin redaksi Utusan Malaysia. Siapa saja tidak setuju dengan UMNO dia sebut pengkhianat. Dia adalah satu-satunya menteri yang kalah dalam pemilihan umum 2008 dari calon Partai Keadilan. Jadi dia punya dendam kesumat terhadap saya. Caranya biadab dan targetnya selalu saya.

Tapi kali ini tokoh dari Indonesia jadi sasaran?

Dia lupa kalau yang diserang kali ini adalah tokoh dari negara lain. Ini kesilapan besar karena menyangkut hubungan dua negara bertetangga. Sebenarnya kejadian macam ini bukan hal baru. UMNO juga pernah mengecam Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan setelah saya memberi pidato di kediamannya. Syekh Yusuf Qardhawi juga dikritik setelah bertemu saya. Jadi mereka menyerang siapa saja berteman dengan saya.

Kalau serangan atas tokoh Indonesia lainnya?

Ini bukan pertama. Pada kampanye pemilihan umum 2008, ketua pemuda UMNO pernah menyebut Gus Dur orang tidak bermoral karena mendukung Anwar. Mereka menyebar foto Gus Dur dengan seorang perempuan.

Apakah sikap semacam ini menjadi sebab selalu memanasnya hubungan Indonesia-Malaysia?

Inilah yang menyebabkan hubungan kita senantiasa retak. Sebab, para elite UMNO kerap bersikap arogan. Arogansi UMNO bukan sekadar menyerang oposisi. Mereka sewenang-wenang dan tidak peduli dengan hubungan antar negara, menyerang tokoh-tokoh dari negara lain. Saya hampir setiap bulan dicap pengkhianat.

Apakah Anda melihat sikap UMNO itu lantaran mereka menuding teman Anda dari negara lain membantu upaya Anda menggulingkan kekuasaan UMNO?

Tudingan semacam itu tidak benar karena semua pecinta kebebasan dan keadilan bergerak ke arah itu. Rakyat pecinta kebebasan dan keadilan juga mendukung hal itu.

Jadi Perdana Menteri Najib Razak wajib minta maaf?

Najib selaku presiden UMNO harus minta maaf. Meski ini pandangan pribadi, tapi Zainudin adalah orang UMNO dan tulisannya dimuat di surat kabar milik UMNO. Utusan Malaysia berada di bawah pengawasan langsung Najib.

Apa dampak negatif dari tuduhan Maidin terhadap Habibie?

Ini makin menjelekkan citra UMNO. Rakyat makin paham para elite UMNO bersikap aorgan dan sewenang-wenang. Jadi ini keuntungan buat kita.

Jadi Anda yakin bakal menang pada pemilu tahun depan?

Insya Allah, doakan saja.

Malaysia Semakin Jauh dari “Sahabat” Indonesia

Posted: 12 Dec 2012 07:57 PM PST

Blog RukunAsia

Tulisan ini masih berkaitan dengan tulisan saya yang sebelumnya, mengenai hinaan Zainuddin Maidin kepada BJ Habibie. Dalam tulisan sebelumnya, saya mengatakan bahwa ada kemungkinan bahwa pernyataan Zainuddin adalah ungkapan kekhawatiran beberapa pihak di Malaysia bahwa kedatangan BJ Habibie di Selangor dapat menginspirasi perubahan dan reformasi di Malaysia. Ada beberapa poin yang ingin saya sampaikan melalui tulisan ini. Pertama, ada kesan pembiaran dari pemerintah UMNO Malaysia terhadap kasus penghinaan ini. Firasat saya mengatakan bahwa pemerintah terutama UMNO takut dengan inspirasi yang dibawa oleh BJ Habibie terhadap desakan reformasi politik di Malaysia.Kedua, pemerintah Malaysia tidak menunjukkan komitmen untuk memperbaiki kondisi hubungan kedua negara yang semakin memburuk. Hal ini terlihat dari penanganan kasus perkosaan TKI yang dilakukan oleh 3 orang polisi Diraja Malaysia baru-baru ini.

Pemerintah UMNO sepertinya mempunyai kekhawatiran bahwa BJ Habibie akan menginspirasi publik Malaysia untuk menuntut reformasi. Media di Indonesia merasakan hal yang sama juga, seperti yang diberitakan oleh Trans TV.

Ketakutan ini wajar karena dalam ceramahnya di Selangor, BJ Habibie menjelaskan bagaimana ia meletakkan fondasi bagi proses reformasi dan demokratisasi di Indonesia. Tulisan Ahmad Lufti Othman di The Malaysia Insider yang mewakili masyarakat Malaysia yang tidak berpandangan sempit, menjelaskan sosok negarawan dari BJ Habibie tersebut. Ia bahkan membandingkan dengan cara-cara UMNO yang justru bertentangan dengan prinsip demokrasi, antara lain dengan menggunakan cara premanisme untuk mengganggu ceramah Anwar Ibrahim.

Habibie, Samseng Politik dan Ekonomi Melayu - Ahmad Lufti Othman

Habibie, Samseng Politik dan Ekonomi Melayu – Ahmad Lufti Othman

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/habibie-samseng-politik-dan-ekonomi-melayu-ahmad-lufti-othman

Ada sebuah redaksional menarik dalam sebuah reportase di Global TV mengenai kasus Habibie ini yang menyatakan bahwa Malaysia semakin jauh dari sahabat baik Indonesia. Yang menarik dari redaksional Global TV adalah tinjauan mereka terhadap rentetan peristiwa yang terjadi belakangan ini dimana selain kasus tulisan Zainuddin di Utusan Malaysia, kasus pemerkosaan TKI oleh 3 orang polisi Diraja Malaysia juga masih terkatung-katung. Persidangan yang menghadirkan korban perkosaan hari ini masih akan ditunda hingga tanggal 25 dan 26 mendatang karena berkas Berita Acara Pemeriksaan belum lengkap. Penundaan ini menimbulkan tanda tanya mengenai komitmen pemerintah Malaysia, yang sekarang dikuasai oleh UMNO, terhadap perbaikan hubungan antara kedua negara.

BAP belum Selesai, Sidang TKI Diperkosa Polisi Malaysia Ditunda

Berita Metro TV hari ini mengatakan bahwa sidang terhadap kasus ini masih ditunda lagi. Padahal, korban sudah dihadirkan di persidangan didampingi perwakilan Kemenlu dan Reskrim POLRI. Berita tentang kasus ini juga sepi di Malaysia. Indikasi-indikasi ini menimbulkan perasaan publik Indonesia bahwa pemerintah UMNO sengaja membiarkan kasus-kasus ini terjadi untuk kepentingan politik mereka. Hal ini akan sangat berbahaya bagi kerukunan antar kedua negara bila tetap dibiarkan di masa mendatang. Bahkan, Zainduddin Maidin mengatakan bahwa ia merasa puas dengan pernyataannya terhadap Habibie.

Zainuddin Merasa Puas

Zainuddin Merasa Puas

Sumber: http://www.centroone.com/news/2012/12/2m/hina-habibie-malaysia-tolak-minta-maaf/

Penghinaan pemerintah Malaysia terhadap Indonesia tidak hanya berkutat pada dua kasus itu saja. Saat ini, ribuan anak-anak dari para TKI yang berada di Malaysia terancam buta huruf. Hal ini karena pemerintah Malaysia tidak mengijinkan anak-anak tersebut mengenyam pendidikan di sekolah umum. Sebagian besar adalah anak-anak TKI pekerja ladang sawit. Menurut Sekjen Ikatan Guru Indonesia, M. Ihsan, anak-anak TKI di Malaysia umumnya hanya dapat mengakses pendidikan tidak resmi, semacam kursus atau community learning centre (CLC). Itupun hanya diizinkan berdiri di area ladang sawit. Pemerintah Malaysia secara tidak langsung telah melakukan eksploitasi terhadap TKI dan kemudian membiarkan generasi berikutnya tetap bodoh dan tidak terpelajar. Sebuah perlakuan yang sangat keji. Inikah wujud dari "kerukunan" yang ingin ditunjukkan oleh pemerintah Malaysia?

59.000 anak TKI di Malaysia Buta Huruf

59.000 anak TKI di Malaysia Buta Huruf

Sumber:http://edukasi.kompas.com/read/2012/08/06/09394950/59.000.Anak.TKI.di.Malaysia.Buta.Huruf

Anak TKI hanya apat mengakses pendidikan tidak resmi

Anak TKI hanya apat mengakses pendidikan tidak resmi

Sumber:http://edukasi.kompas.com/read/2012/11/26/18020424/Dukungan.Pendidikan.bagi.Anak-anak.TKI.di.Malaysia

Salah satu "learning center" yang menjadi andalan anak-anak TKI tersebut dikelola oleh warga Malaysia, Sahir Alif. Ia adalah warga Sabah yang mengelola "learning center" (LC) Tunas Harapan Kampung Mendugi Papar Sabah, di Kota Kinabalu. Ia mendirikan learning center tersebut karena rasa prihatin melihat nasib para anak TKI pekerja ladang sawit yang terancam buta huruf karena tidak mendapatkan pendidikan. Selama ia menjalankan LC tersebut, ia banyak mendapat cemoohan dari teman-temannya. Menepis cemoohan tersebut, ia berpendapat siapa pun dan dari negara mana pun selama berada di Malaysia berhak mendapatkan pendidikan layaknya anak-anak Malaysia lainnya. Sahir Alif adalah contoh warga Malaysia yang berpikiran luas dan jernih. Ia melihat kasus ini dari sudut pandang yang bijak, jauh lebih bijak daripada petinggi-petinggi UMNO yang memerintah Malaysia saat ini.

Learning Center yang didirikan oleh warga Sabah, Safir Ali

Learning Center yang didirikan oleh warga Sabah, Sahir Ali

Sumber: http://unimig.org/sekolah-anak-tki-dikelola-warga-malaysia/

Saya yakin, pernyataan Zainuddin tidak mencerminkan opini publik di Malaysia, begitu pula publik Malaysia pasti juga akan merasa prihatin dengan kasus yang menimpa TKI yang diperkosa oleh Polisi Malaysia tersebut. Tulisan Ahmad Lufti Othman di The Malaysian Insider menunjukkan bahwa publik Malaysia masih melihat kasus-kasus ini secara jernih dan tidak berpandangan sempit, begitu pula ketulusan yang ditunjukkan oleh Sahir Alif dengan mendirikan learning center bagi anak-anak TKI. Akan tetapi, ketika informasi mengenai hal-hal tersebut dibatasi di dalam negeri Malaysia, publik Malaysia tidak akan menyadari adanya isu-isu tersebut. Justru, publik Malaysia akan mempunyai persepsi negatif terhadap Indonesia bila berita-berita tersebut dipelintir.

Hubungan baik antara dua negara dibangun berdasarkan sebuah niatan yang tulus, dan kemudian diwujudkan dalam bentuk kebijakan yang secara sistematis mendukung niat tersebut. Kasus-kasus di atas menunjukkan bahwa tidak ada kebijakan yang disusun secara sistematis untuk mendukung niat menjalin hubungan baik. Sebaliknya, kebijakan pemerintah Malaysia untuk membiarkan penghinaan-penghinaan terhadap Indonesia, baik dalam kasus Habibie hingga kasus anak TKI, menunjukkan bahwa pemerintah Malaysia memutuskan kebijakan yang justru bertentangan dengan prinsip kerukunan dua negara, BJ Habibie dan Anwar Ibrahim mungkin akan terhenyak ketika melihat fakta mengenai anak-anak TKI tersebut. Wacana yang digulirkan oleh kedua tokoh mengenai demokrasi dan kerukunan dua negara tentu diharapkan juga memasukkan isu mengenai anak TKI tersebut di dalam agenda mereka. Besar harapan bagi kedua tokoh, terutama Anwar Ibrahim, mengingat pemerintah Malaysia saat ini yang dikuasai oleh UMNO telah gagal menjaga prinsip demokrasi dan persahabatan antara Indonesia-Malaysia.

Bagaimanapun juga, situasi politik kedua negara akan berpengaruh terhadap hubungan keduanya. Publik Indonesia tidak bisa disalahkan apabila mereka juga berpikiran bahwa kekuatan politik yang menguasai Malaysia saat ini menghambat terwujudnya kerukunan tersebut. Urusan politik dalam negeri Malaysia memang bukan urusan publik Indonesia, tapi bila kondisi ini terus berlanjut tentu publik di Indonesia perlahan akan mulai mempunyai harapan untuk terjadi perubahan politik di Malaysia, demi hubungan yang lebih baik dengan negara sahabat.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

UMNO di Belakang Penghinaan Terhadap Habibie

Posted: 12 Dec 2012 03:05 PM PST

Dari Kompasiana

Oleh Zulfikar Akbar

Kasus penghinaan terhadap mantan Presiden Indonesia,  B.J Habibie oleh bekas Menteri Penerangan Malaysia, Zainuddin bin Maidin masih gencar dibahas media. Tak hanya di Indonesia karena dikait-kaitkan dengan harga diri bangsa, tetapi juga di negeri jiran itu sendiri. Atas alasan itu pula, saya mengontak langsung Datuk Anwar via email pribadi yang kebetulan saya miliki—sebagian hasil dari surat-menyurat via elektronik tersebut sudah saya ulas ditulisan sebelumnya.

Persis menjelang tengah malam, pertanyaan-pertanyaan yang saya kirimkan pada Anwar Ibrahim mendapat balasan tambahan. Menyusul, sebelumnya email-email saya kepada eks Wakil Perdana Menteri itu sudah lebih dulu dijawab. Saya mencoba membacanya dengan teliti. Tercenung, berpikir bahwa jika memang kasus ini dianggap serius oleh kalangan pemerintah Indonesia maka surat yang dikirimkan ke saya juga merupakan sesuatu yang tak kalah serius.

Dalam surat-surat balasan itu, Anwar memberikan pernyataannya—saya sesuaibahasakan,  "Saya menanggapi serangan buruk Zainudin Maidin kepada mantan Presiden Indonesia, Yang Terhormat Bapak BJ Habibie, seperti yang diterbitkan kemarin oleh Utusan Malaysia," ujarnya sambil menggarisbawahi bahwa media dimaksud merupakan surat kabar milik UMNO.

"Memang, tulisan Zainudin Maidin sangat dangkal. Ia jelas mewakili para elit UMNO yang kerap berprasangka buruk terhadap negara Indonesia. Jika menelusuri latar belakang Zainudin; ia adalah bekas editor surat kabar Utusan Malaysia milik UMNO. Dia juga mantan menteri penerangan. Ia sering menunjuk serampangan dan kerap menuduh siapa saja yang tak sejalan dengan UMNO sebagai 'pengkhianat'," demikian isi lebih lanjut dari pernyataan Anwar Ibrahim, masih di email yang sama.

Lebih jauh, tokoh yang menjabat sebagai wakil perdana menteri dari 1993 sampai dengan 1998 itu, menyebutkan pula, Zainudin merupakan satu-satunya menteri yang gagal dalam pemilihan umum lalu. Dari sana, Anwar mensinyalir lewat pernyataannya, "Bisa dipahami, bahwa motifnya adalah perasaan tak menerima sekaligus dendam sehingga melakukan serangan separah ini," begitu ditegaskan sosok yang pernah juga menjadi tokoh penting UMNO dari 1982-1998 itu.

Namun, dikatakan pula oleh Datuk Anwar Ibrahim, "Idealnya, sikap Zainudin tidak perlu dilayani, pasalnya ia sama sekali tidak mewakili masyarakat Malaysia. Zainudin adalah sosok arogan dan rasis. Sikapnya itu pula yang merupakan salah satu penyebab tercetusnya krisis bilateral antara Malaysia-Indonesia," ujarnya menambahkan.

***

Kepada saya, Anwar juga mengirimkan pernyataan-pernyataan dari YB Mohamed Azmin. Sosok yang disebut terakhir ini merupakan Wakil Presiden Partai Keadilan Rakyat. Di sana, Mohamed Azmin menyebutkan, "Persaudaraan antara Indonesia dan Malaysia berlandaskan kepada ikatan persaudaraan serumpun yang akrab dari sudut budaya dan bahkan agama. Hubungan kedua negara ini adalah manifestasi dari sikap saling hormat-menghormati. Juga, kesadaran bahwa kita punya akar budaya yang mengikat antar satu sama lain di samping faktor ekonomi," tokoh partai ternama Malaysia  itu membuka pengantar suratnya.

Sosok yang pernah menimba ilmu non-degree dari Oxford University 1997 itu juga menyebut, ia tak heran dengan agitasi dari Zainudin Maidin terhadap mantan presiden Indonesia, B.J Habibie dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, itu tidak lepas dari kebesaran nama Zainudin yang diangkat oleh Utusan Malaysia. Harian tersebut, menurutnya, tak lebih sebagai media picisan yang mencoba memengaruhi pikiran rakyat dengan cara intelek, tapi kerap mengumbar fitnah.

"Tidak keliru kalau kami menyebut bahwa Zainudin Maidin sedang mengidap Sklerosis Intelek yang kronis, seperti halnya pimpinan UMNO lainnya," Mohamed memberikan kecaman kerasnya, sambil juga menambahkan, "Pernyataan-pernyataannya itu adalah budaya yang dipandang lazim di kalangan UMNO. Mereka tidak segan-segan menyerang pribadi dan menabur fitnah tanpa tanggung-tanggung. Lebih memalukan lagi, Zainudin Maidin memperlihatkan prasangka busuk pimpinan UMNO terhadap negara Indonesia."

Atas alasan itu, wakil presiden partai tersebut menegaskan lagi, "Partai Keadilan Rakyat mengecam keras pernyataan Zainudin Maidin yang kian mempersulit hubungan Malaysia dengan Indonesia," demikian paparnya.

Memuji Habibie

Di surat elektronik lainnya yang dikirimkan langsung ke alamat email pribadi saya, Mohamed Azmin Ali juga memberikan pujian kepada B.J Habibie. Menurutnya, Habibie merupakan seorang reformis dan intelektual bangsa. Dikatakannya pula, mantan presiden tersebut juga merupakan sosok yang membawa negara ke sebuah sistem yang demokratik dengan memerdekakan rakyat dari belenggu pemikiran dan hegemoni yang sempit.

"(Bagi saya) Habibie merupakan seorang negarawan. Beliau juga seorang yang peduli rakyat dan memiliki semangat solidaritas yang luhur. Saya sudah melihat langsung seperti apa Bapak B.J Habibie dan isterinya, Alm. Ibu Ainun begitu prihatin saat Datuk Seri Anwar menjalani perawatan di Munich, Jerman pada tahun 2004. Ini cukup memperjelas, betapa akrab hubungan kedua tokoh tersebut. Itu bertujuan juga untuk memperkokoh hubungan Malaysia dan Indonesia," ia menandaskan.

[VIDEO] Majlis Makan Malam Profesor Dr BJ Habibie, Mantan Presiden Republik Indonesia, Shah Alam Selangor 05/12/2012

Posted: 12 Dec 2012 02:55 PM PST

Anwar: Malaysia Sekarang Mirip Orde Baru

Posted: 12 Dec 2012 01:58 PM PST

Republika Online

REPUBLIKA.CO.ID, JAKARTA — Pemimpin Partai Keadilan Rakyat Malaysia (PKR), Datuk Anwar Ibrahim mengatakan arogansi Pemerintahan Malaysia membuat kelompok oposisi kian merasa gerah.

Demokrasi yang terhambat menurutnya adalah persoalan utama yang harus didobrak sekuatnya.”Kita semua ini (di Malaysia) ada dalam pemerintahan otoriter. Seperti Indonesia di masa Orde Baru (Pemerintahan Soeharto),” demikian kata Anwar saat dihubungi, Rabu (12/12).

Menurutnya, reformasi semua bidang, seperti yang terjadi di Indonesia adalah jawaban dari kemandekan demokrasi yang diharapkan oleh masyarakat di Malaysia. Anwar menerangkan banyak faktor yang mengarah pada kenihilan demokrasi di negaranya itu. 

Salah satunya kebebasan di bidang pers. Bagi kelompok oposisi ungkapnya, tidak ada satu pun suara yang berhasil keluar dalam pemberitaan di Malaysia. 

Anwar mengatakan, penguasa dengan motor Partai Persatuan Melayu Malaysia (UMNO), punya beberapa media berita yang hanya memberitakan tentang kebusukan lawan-lawan politiknya. UMNO, ujarnya,  tidak pernah sudi memberitakan kelompok yang berseberangan dengan pemerintah.

Media penguasa, kata dia, selalu menutup keran untuk mengklarifikasi pemberitaan yang dialamatkan kepada PKR (oposisi). Padahal menurut dia, budaya demokrasi mewajibkan pemberian hak yang sama untuk menjelaskan duduk perkara, dan saling mendengar kritik.

“UMNO memonopoli berita. Kami cuma bisa andalkan blog-blog (internet) untuk buat sanggahan kepada rakyat,” terang Anwar. Anwar tanpa ragu mengatakan situasi demokrasi di Indonesia jauh lebih matang ketimbang di negaranya.

Menurut dia, dominasi partai penguasa membuat institusi-institusi seperti kehakiman, kepolisian dan keamanan, begitu juga media berada dalam masa kesuraman. 

KENYATAAN MEDIA YB Mohamed Azmin Berhubung Kenyataan Zanuddin Maidin

Posted: 12 Dec 2012 12:47 PM PST

Hubungan diplomatik Malaysia – Indonesia yang melangkaui sempadan geografi. Persaudaraan antara dua negara berteraskan ikatan saudara serumpun yang akrab dari sudut budaya dan juga agama. Hubungan kedua negara ini adalah manifestasi kepada sikap saling hormat – menghormati dan kesedaran bahawa kita punya akar budaya yang mengikat antara satu sama lain di samping faktor ekonomi.
 
KEADILAN tidak terkejut dengan kenyataan Zainuddin Maidin yang dangkal dan bersifat fitnah keji terhadap YTH Bapak B.J. Habibie, Mantan Presiden Republik Indonesia dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim seperti dalam rencana yang ditulis beliau dalam akhbar Utusan Malaysia, 10 Disember 2012 bertajuk ‘Persamaan B.J. Habibie dengan Anwar Ibrahim’.
 
Apatah lagi rencana tersebut datang daripada seorang yang sudah bergelumang dan dibesarkan dalam akhbar Utusan Malaysia; akhbar picisan milik UMNO yang tidak langsung menjana pemikiran rakyat secara intelek tetapi sentiasa menjadi alat untuk menghambur fitnah dan cerca. Adalah tidak salah untuk kita menyatakan bahawa Zainudin Maidin ini sedang menghidap Sklerosis Intelek yang kronik sebagaimana sebahagian besar pimpinan UMNO yang lainnya.
 
Malah sikap yang dinyatakan oleh beliau adalah budaya politik lazim UMNO yang hanya akan menyerang keperibadian individu dan menabur fitnah yang tiada batasannya. Rencana Zainuddin Maidin adalah amat memalukan lantaran beliau menggambarkan prasangka keji kepimpinan UMNO terhadap negara Indonesia.
 
KEADILAN mengecam keras kenyataan Zainuddin Maidin yang akan mempersulit hubungan dua hala Malaysia – Indonesia.
 
YTH Bapak B.J. Habibie adalah seorang reformis dan intelektual bangsa yang berjaya mengubah hala tuju pentadbiran negara ke arah sebuah sistem yang demokratik dengan memerdekakan rakyat dari belenggu pemikiran dan hegemoni yang sempit. Sebagai seorang negarawan, beliau juga seorang yang peduli rakyat dan memiliki semangat setiakawan yang luhur. Saya sendiri menyaksikan secara dekat betapa Bapak B.J. Habibie dan isterinya, Almarhumah Ibu Ainun begitu prihatin semasa Dato’ Seri Anwar semasa menjalani rawatan di Munich, Jerman pada tahun 2004. Hal ini menjelaskan betapa akrab hubungan keluarga kedua – dua tokoh yang turut memperkukuh hubungan dua hala Malaysia – Indonesia.
 
Justeru KEADILAN mendesak Zainuddin Maidin memohon maaf secara terbuka kepada kedua tokoh ini dengan segera. Kepimpinan UMNO juga perlu tegas menzahirkan rasa kesal dan memohon maaf di atas sikap keterlaluan dan keji yang digambarkan melalui kenyataan tersebut
 
Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden

Himpunan Kebangkitan Rakyat Terengganu, Pulau Pinang & Perak

Posted: 12 Dec 2012 12:32 PM PST

14 – 16 Disember 2012 (Jumaat – Ahad)

8.30 – 12.00 malam

1)    14 Disember 2012 (Jumaat) – TERENGGANU

       Dataran PGU, Paka, Dungun, Terengganu

2)    15 Disember 2012 (Sabtu) – PULAU PINANG  

       Padang Awam, Jawi, Nibong Tebal

3)    16 Disember 2012 (Ahad) – PERAK

       Bandar Baru Seri Iskandar, Perak

(7.00 – 10 malam – Sambutan Deepavali di Taman Hijau, Tapah)

4) Barisan Pemidato:

i.                    YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii.                  YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang

iii.                YB Lim Kit Siang

iv.               YAB Lim Guan Eng

v.                 YBhg Mat Sabu

vi.               YB Datuk Saifuddin Nasution

vii.             Pimpinan Pakatan Rakyat & NGO   

.

.


Berjuang Politik Demi Memartabatkan Islam

Posted: 13 Dec 2012 06:28 AM PST

Sesungguhnya Al-Quran ini untuk menjadikan ingatan kepada kamu dan juga menjadikan ingatan kepada kaum kamu dan kamu suatu hari nanti akan disoal oleh Allah di akhirat nanti.
Maksudnya: "Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam." (Surah An-Nahl ayat 89)
Sehubugan itu,  Nabi Muhammad SAW bersabda: "mana-mana orang yang ingatan kepada aku dalam satu kumpulan aku akan ingat dia di dalam kumpulan dia yang terbaik."
Ini kelebihan kita memperjuangkan Islam tidak memperjuangkan Melayu, ada sahaja yang berlaku ke atas Islam seluruh dunia sama ada di negeri Arab atau Eropah sama ada di Timur dan Barat sekalipun mengikut Islam, kita terlibat sama.
Kita bukan memperjuangkan bangsa, kalau kita memperjuangkan bangsa Melayu, perlu apa orang Arab datang, perlu apa orang Cina sokong. Kita kena ingat hakikatnya kejadian manusia itu bukanlah dibangkitkan atas pengenalan bangsa. Firman Allah SWT.
Maksudnya: "Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku." (Sura Al-'Alaq 96:2)
Oeh sebab itu, Islam datang daripada Allah diturunkan kepada manusia . Diletakkan pada manusia, tidak meletakkan pada malaikat. Malaikat pun tidak bertanggungjawab mengenai Islam, bahkan malaikat menjadi alat untuk menyokong Islam di kalangan manusia.
Bersandarkan maksud sabda Nabi Muhammad SAW, antara lainnya, "mana-mana orang yang sebut nama aku dalam kumpulan ramai, maka aku akan sebut dia dan ingat dia di dalam kumpulan yang berbaik, aku sebut depan malaikat."
Atas asas ini, setiap kita yang bercakap mengenai Islam, mengenai masalah yang menimpa orang Islam sama ada di Palestin, di Malaysia sekalipun, maka seumpama kita bercakap mengenai Islam atas manusia dalam kumpulan ramai seperti mana maksud sabda Nabi SAW.
Inilah kelebihan apabila kita memperjuangkan Islam. Ia boleh dilakukan di mana-mana. Namun, tempat kita ini, ada had-had pula dan bukan semua pihak yang boleh menggunakan ruang dan tempat yang ada. Hanya kumpulan tertentu sahaja dibolehkan. Misalnya di dalam radio (kita kumpulan Islam) tidak bebas untuk menerangkan Islam kerana ia milik orang lain punya.  macam kita bukan rakyat Malaysia. Begitu juga dengan stesen tv. Tv yang ada juga milik orang lain. Begitu juga surat khabar, ia surat khabar orang lain punya.
Oleh yang demikian, kita baca surat khabar, kita bercakap mengenai fikiran orang yang tertentu sahaja. Mungkin yang kita baca itu bukan sefahaman dengan kita dan mungkin juga mereka yang menentang perjuangan Islam. Ini kelemahan bagi pejuang Islam. Kelemahan berpunca daripada kezaliman pihak yang cuba menyekat perjuangan Islam daripada berkembang di tanah air kita.
Realitinya perjuangan Islam sedang berhadapan dengan suasana tidak adanya kebebasan (maklumat). Macam kita bukan rakyat Malaysia yang berhak bercakap. Maka mereka (yang berkuasa, tidak bersama dengan perjuangan Islam) sudah tentu tidak akan meluluskan lesen radio dan tv hatta permit surat khabar pun turut disekat. Ini sekatan (menyebabkan kita kekurangan) sedang menimpa diri kita. Oleh sebab itu, janganlah kita lalai dan lupa untuk terus menyebut persoalan politik sebagai salah satu cabang dalam perjuangan Islam. Harapnya, atas keizinan Allah, kesedaran akan berlaku kalangan umat Islam boleh bersama berjuang Islam demi mendapat kuasa politik sebagai cara merungkai apa jua cabaran dan memartabatkan perjuangan Islam.
Catatan ucapan meraikan tokoh ulama terkenal dari Syria, As-Syeikh Ali-As-Sobuni, di PUTIK, Pengkalan Chepa pada 27 Muharam 1434/11 Disember 2012.

Islam dan Melayu gemilang di bawah Pakatan

Posted: 12 Dec 2012 02:30 PM PST

Umno nyata telah gagal membela Islam dan orang Melayu. Jenayah Umno terhadap Islam dan Melayu terlalu banyak – gejala murtad, tanah tergadai, tulisan jawi, bahasa Melayu, ekonomi Melayu, keruntuhan akhlak generasi muda serta pelbagai lagi. 

Budaya rasuah membarah menjadikan bangsa Melayu dilihat begitu rendah dan hina.

Umno telah menindas gerakan Islam dan dakwah sejak awal ditubuhkan. Pelbagai tuduhan nista dan fitnah dilemparkan. Ramai pemimpin Melayu dan gerakan dakwah ditangkap, didera dan di tahan ISA.

Bulan Dakwah dihentikan. Peruntukan sekolah Agama Rakyat dihapuskan. Kemuncaknya, pembunuhan pendakwah Ustaz Ibrahim Libya dalam peristiwa Memali.

Selepas 55 tahun Umno diamanahkan mengurus dan memimpin dengan segala kuasa ada di tangan, orang Melayu masih mendendangkan lagu 'Anak Kecil Bermain Api' dan mengalirkan air mata mengeluh pilu dan merintih mengenangkan nasib mereka sendiri.

UMNO sekarang ini, dijangkiti skizoprenia tahap parah – mengalami pelbagai ilusi dan halusinasi yang bukan-bukan. 

Petanda jelasnya, para pemimpin mereka selalu dilihat berubah tingkahlaku tanpa dijangka. Mereka boleh berlaku tenang, suka, marah, sedih dan ketawa secara tiba-tiba. 

Maka itu, budaya politik amuk dan samseng menjadi fenomena biasa sebagai pilihan. Debat politik intelektual dianggap asing dan bukan budaya kebanggaan.

Kepimpinan Umno hari ini nyata begitu lemah tidak berupaya lagi. 

Justeru, terpaksa bergantung kepada budaya politik rasis dan keselamatan. Melayu dimomokkan dengan isu perpecahan dan risiko perubahan kepimpinan dan perpecahan. 

Hakikatnya, orang Melayu tetap bersatu. Umno yang sentiasa berpecah dari dalam berterusan sejak dari awal penubuhannya. Begitu capeknya Umno, terpaksa memperalatkan sistem pilihanraya tempang sebagai 'kerusi roda' penyelamat.

Pakatan Rakyat telahpun membuktikan Agama Islam dan orang Islam nyata lebih terjamin dan lebih gemilang. Kedudukan Agama Islam, Bahasa Melayu dan hak Melayu dan Bumiputra telahpun diterima secara muafakat. Tiada siapa yang dapat menggugat.

Wadah ini telah berjaya menggembeling para pejuang Melayu dan Islam yang terbukti komited pada agama, jujur dan ikhlas membela rakyat. 

Negeri-negeri ditadbir Pakatan Rakyat, nyata berjaya diurus tadbir secara telus dan memberi kesejahteraan kepada rakyat berbanding dulunya. Hakikatnya kini, jumlah ahli parlimen Melayu nyata lebih ramai berbanding sebelumnya. 

Dalam dunia demokrasi dan bertamadun ini, seharusnya semua pemimpin Melayu bersedia menerima kepimpinan Melayu di dalam Pakatan Rakyat sebagai pengemudi pimpinan bangsa di masa depan.

Pakatan Rakyat terbukti berjaya melahirkan tokoh-tokoh Melayu muda yang ilmuan, dinamik, intelektual, profesional dan berktrampilan. Paling utama, mereka terbukti bebas dari gejala rasuah, dan penyelewengan. 

Daya fikir mereka melangkaui kerangka perkauman sempit dan kepentingan peribadi.

Mereka inilah bakal menjadi menyelamat seluruh rakyat Malaysia termasuk kedudukan Melayu dan Agama Islam.

Dunia masa depan pasti lebih mencabar berbanding sekarang. Kita memerlukan pemimpin muda yang berkeupayaan besar, demi menangani segala cabaran globalisasi segala bidang – agama, politik, budaya, ekonomi dan pendidikan. 

Di era demikian, Islam dan Melayu pasti akan bangkit sebagai umat yang gemilang – nasional dan internasional. Untuk tujuan ini, hanya Pakatan Rakyat mampu melaksanakannya. InsyaAllah.

Dr Muhammad Nur Manuty

Nuffnang