. |
Berjuang Politik Demi Memartabatkan Islam Posted: 13 Dec 2012 06:28 AM PST Sesungguhnya Al-Quran ini untuk menjadikan ingatan kepada kamu dan juga menjadikan ingatan kepada kaum kamu dan kamu suatu hari nanti akan disoal oleh Allah di akhirat nanti.
Sehubugan itu, Nabi Muhammad SAW bersabda: "mana-mana orang yang ingatan kepada aku dalam satu kumpulan aku akan ingat dia di dalam kumpulan dia yang terbaik." Ini kelebihan kita memperjuangkan Islam tidak memperjuangkan Melayu, ada sahaja yang berlaku ke atas Islam seluruh dunia sama ada di negeri Arab atau Eropah sama ada di Timur dan Barat sekalipun mengikut Islam, kita terlibat sama. Kita bukan memperjuangkan bangsa, kalau kita memperjuangkan bangsa Melayu, perlu apa orang Arab datang, perlu apa orang Cina sokong. Kita kena ingat hakikatnya kejadian manusia itu bukanlah dibangkitkan atas pengenalan bangsa. Firman Allah SWT.
Oeh sebab itu, Islam datang daripada Allah diturunkan kepada manusia . Diletakkan pada manusia, tidak meletakkan pada malaikat. Malaikat pun tidak bertanggungjawab mengenai Islam, bahkan malaikat menjadi alat untuk menyokong Islam di kalangan manusia. Bersandarkan maksud sabda Nabi Muhammad SAW, antara lainnya, "mana-mana orang yang sebut nama aku dalam kumpulan ramai, maka aku akan sebut dia dan ingat dia di dalam kumpulan yang berbaik, aku sebut depan malaikat." Atas asas ini, setiap kita yang bercakap mengenai Islam, mengenai masalah yang menimpa orang Islam sama ada di Palestin, di Malaysia sekalipun, maka seumpama kita bercakap mengenai Islam atas manusia dalam kumpulan ramai seperti mana maksud sabda Nabi SAW. Inilah kelebihan apabila kita memperjuangkan Islam. Ia boleh dilakukan di mana-mana. Namun, tempat kita ini, ada had-had pula dan bukan semua pihak yang boleh menggunakan ruang dan tempat yang ada. Hanya kumpulan tertentu sahaja dibolehkan. Misalnya di dalam radio (kita kumpulan Islam) tidak bebas untuk menerangkan Islam kerana ia milik orang lain punya. macam kita bukan rakyat Malaysia. Begitu juga dengan stesen tv. Tv yang ada juga milik orang lain. Begitu juga surat khabar, ia surat khabar orang lain punya. Oleh yang demikian, kita baca surat khabar, kita bercakap mengenai fikiran orang yang tertentu sahaja. Mungkin yang kita baca itu bukan sefahaman dengan kita dan mungkin juga mereka yang menentang perjuangan Islam. Ini kelemahan bagi pejuang Islam. Kelemahan berpunca daripada kezaliman pihak yang cuba menyekat perjuangan Islam daripada berkembang di tanah air kita. Realitinya perjuangan Islam sedang berhadapan dengan suasana tidak adanya kebebasan (maklumat). Macam kita bukan rakyat Malaysia yang berhak bercakap. Maka mereka (yang berkuasa, tidak bersama dengan perjuangan Islam) sudah tentu tidak akan meluluskan lesen radio dan tv hatta permit surat khabar pun turut disekat. Ini sekatan (menyebabkan kita kekurangan) sedang menimpa diri kita. Oleh sebab itu, janganlah kita lalai dan lupa untuk terus menyebut persoalan politik sebagai salah satu cabang dalam perjuangan Islam. Harapnya, atas keizinan Allah, kesedaran akan berlaku kalangan umat Islam boleh bersama berjuang Islam demi mendapat kuasa politik sebagai cara merungkai apa jua cabaran dan memartabatkan perjuangan Islam. Catatan ucapan meraikan tokoh ulama terkenal dari Syria, As-Syeikh Ali-As-Sobuni, di PUTIK, Pengkalan Chepa pada 27 Muharam 1434/11 Disember 2012. |
Islam dan Melayu gemilang di bawah Pakatan Posted: 12 Dec 2012 02:30 PM PST Umno nyata telah gagal membela Islam dan orang Melayu. Jenayah Umno terhadap Islam dan Melayu terlalu banyak – gejala murtad, tanah tergadai, tulisan jawi, bahasa Melayu, ekonomi Melayu, keruntuhan akhlak generasi muda serta pelbagai lagi. Budaya rasuah membarah menjadikan bangsa Melayu dilihat begitu rendah dan hina. Umno telah menindas gerakan Islam dan dakwah sejak awal ditubuhkan. Pelbagai tuduhan nista dan fitnah dilemparkan. Ramai pemimpin Melayu dan gerakan dakwah ditangkap, didera dan di tahan ISA. Bulan Dakwah dihentikan. Peruntukan sekolah Agama Rakyat dihapuskan. Kemuncaknya, pembunuhan pendakwah Ustaz Ibrahim Libya dalam peristiwa Memali. Selepas 55 tahun Umno diamanahkan mengurus dan memimpin dengan segala kuasa ada di tangan, orang Melayu masih mendendangkan lagu 'Anak Kecil Bermain Api' dan mengalirkan air mata mengeluh pilu dan merintih mengenangkan nasib mereka sendiri. UMNO sekarang ini, dijangkiti skizoprenia tahap parah – mengalami pelbagai ilusi dan halusinasi yang bukan-bukan. Petanda jelasnya, para pemimpin mereka selalu dilihat berubah tingkahlaku tanpa dijangka. Mereka boleh berlaku tenang, suka, marah, sedih dan ketawa secara tiba-tiba. Maka itu, budaya politik amuk dan samseng menjadi fenomena biasa sebagai pilihan. Debat politik intelektual dianggap asing dan bukan budaya kebanggaan. Kepimpinan Umno hari ini nyata begitu lemah tidak berupaya lagi. Justeru, terpaksa bergantung kepada budaya politik rasis dan keselamatan. Melayu dimomokkan dengan isu perpecahan dan risiko perubahan kepimpinan dan perpecahan. Hakikatnya, orang Melayu tetap bersatu. Umno yang sentiasa berpecah dari dalam berterusan sejak dari awal penubuhannya. Begitu capeknya Umno, terpaksa memperalatkan sistem pilihanraya tempang sebagai 'kerusi roda' penyelamat. Pakatan Rakyat telahpun membuktikan Agama Islam dan orang Islam nyata lebih terjamin dan lebih gemilang. Kedudukan Agama Islam, Bahasa Melayu dan hak Melayu dan Bumiputra telahpun diterima secara muafakat. Tiada siapa yang dapat menggugat. Wadah ini telah berjaya menggembeling para pejuang Melayu dan Islam yang terbukti komited pada agama, jujur dan ikhlas membela rakyat. Negeri-negeri ditadbir Pakatan Rakyat, nyata berjaya diurus tadbir secara telus dan memberi kesejahteraan kepada rakyat berbanding dulunya. Hakikatnya kini, jumlah ahli parlimen Melayu nyata lebih ramai berbanding sebelumnya. Dalam dunia demokrasi dan bertamadun ini, seharusnya semua pemimpin Melayu bersedia menerima kepimpinan Melayu di dalam Pakatan Rakyat sebagai pengemudi pimpinan bangsa di masa depan. Pakatan Rakyat terbukti berjaya melahirkan tokoh-tokoh Melayu muda yang ilmuan, dinamik, intelektual, profesional dan berktrampilan. Paling utama, mereka terbukti bebas dari gejala rasuah, dan penyelewengan. Daya fikir mereka melangkaui kerangka perkauman sempit dan kepentingan peribadi. Mereka inilah bakal menjadi menyelamat seluruh rakyat Malaysia termasuk kedudukan Melayu dan Agama Islam. Dunia masa depan pasti lebih mencabar berbanding sekarang. Kita memerlukan pemimpin muda yang berkeupayaan besar, demi menangani segala cabaran globalisasi segala bidang – agama, politik, budaya, ekonomi dan pendidikan. Di era demikian, Islam dan Melayu pasti akan bangkit sebagai umat yang gemilang – nasional dan internasional. Untuk tujuan ini, hanya Pakatan Rakyat mampu melaksanakannya. InsyaAllah. Dr Muhammad Nur Manuty |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan