Khamis, 13 Disember 2012

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


31,931 anak Selangor dapat bantuan masuk IPT

Posted: 13 Dec 2012 12:45 AM PST

29 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Sejak diperkenalkan pada tahun 2008, iaitu sejurus Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor, sejumlah 31,931 anak negeri itu telah diberi bantuan Hadiah Pengajian Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Untuk jumlah itu, kerajaan negeri Selangor telah membelanjakan RM31.7 juta bagi membantu anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT awam mahupun swasta.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, langkah tersebut diambil berikutan keprihatinan kerajaan negeri bagi memastikan anak Selangor tidak ketinggalan menuntut ilmu di mana-mana institusi pengajian tinggi di negeri itu.

Ianya juga sebagai penghargaan kepada golongan mahasiswa yang bakal menerajui kepimpinan dan menyumbang kepada pembangunan negara pada masa akan datang.

"Walaupun dalam kesibukan meneruskan usaha membangunkan negeri, menambah hasil negeri menerusi kutipan cukai dan pelaburan demi kesejahteraan rakyat, namun kami dalam barisan kepimpinan kerajaan negeri masih ada ruang dan peluang untuk memikirkan ehwal dan kebajikan mahasiswa negeri ini," kata Abdul Khalid dipetik Selangorku.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Hari Mahasiswa di Dewan Bankuet Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam malam tadi.

Hadiah Pengajian IPT merupakan skim yang diperkenalkan dibawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Ianya berupa bayaran hadiah RM1,000 kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah, yang melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam atau swasta yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.

harakah/-

Rakyat Digesa Daftar Sebagai Pengundi Sebelum 31 Disember

Posted: 13 Dec 2012 12:25 AM PST

29 Muharram 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA: Anda hanya mempunyai 19 hari sahaja lagi untuk mendaftar sebagai pengundi jika mahu membuang undi pada pilihan raya umum ke-13 yang mungkin diadakan antara Februari dan Mei tahun depan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggesa semua rakyat Malaysia yang layak dan masih belum mendaftar sebagai pengundi untuk berbuat demikian sebelum 31 Disember ini bagi membolehkan senarai nama dimasukkan dalam suku keempat 2012 yang dijangka akan diwartakan pada Februari ini.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata mereka yang gagal berbuat demikian tidak akan dapat mengundi jika pemilihan diadakan sebelum senarai pengundi seterusnya dikemaskini dan diwartakan pada Mei 2013.

"Ada yang meramalkan Parlimen akan dibubarkan pada awal Mac manakala yang lain mengatakan ia boleh jadi akhir bulan Mac.

"Dalam mana-mana kes, masih terdapat beberapa hari lagi sebelum 31 Disember, jadi sila mendaftar sekarang kerana ramalan mungkin menjadi kenyataan dan pilihanraya diadakan dalam tempoh tersebut," kata Wan Ahmad kepada The Star.

Sehingga 30 September, 20.3 peratus atau 3,346,460 daripada 16,451,867 rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum mendaftar dengan suruhanjaya itu.

Tempoh semasa Parlimen berakhir pada 28 April dan pemilihan mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh itu.

Wan Ahmad berkata SPR akan menambah daftar pengundi baru dengan segera selepas setiap suku tahun berakhir tetapi semua rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar harus melakukannya kerana masa diperlukan untuk memproses permohonan mereka.

Maklumat mengenai bagaimana untuk mendaftar tersedia di laman web www.spr.gov.my.

mStar/-




Anak sungai kecil punca banjir

Posted: 13 Dec 2012 12:10 AM PST

29 Muharram 1433H. [MOD] -


Anak sungai banjir
Tanah yang berhampiran anak Sungai Kemalau mula runtuh di tepi jalan Kampung Temeris.
KUALA PILAH – Anak sungai yang kecil tidak dapat menampung kapasiti air yang banyak menjadi punca berlakunya banjir di beberapa rumah di Kampung Temeris.

Penduduk, Abdul Talib Md Hashim, 78, berkata, anak sungai yang berada berdekatan rumahnya menyebabkan air mudah naik dan dalam masa seminggu sahaja, dua kali banjir berlaku.

Menurutnya, hanya dalam masa dua jam kawasan ini dinaiki air melibatkan enam rumah di sekitar ini.

"Air yang datang dari Kampung Kepis, Felda Kepis akan mengalir ke anak Sungai Kemalau, Temeris.

"Apabila Kampung Kepis dan Felda Kepis dilanda banjir, mereka akan menghubungi kami supaya berwaspada serta menyelamatkan barang berharga," katanya ketika ditemui di rumahnya, baru-baru ini.

Abdul Talib berkata, setiap kali banjir ternakan ikan air tawar hilang dibawa arus. rumahnya.

"Ikan tidak dapat diselamatkan dan pakcik mengalami kerugian. Sekeliling halaman rumah ditelenggami air menyebabkan pakcik sudah tawar hati untuk menternak ikan.

"Mujur rumah pakcik tinggi sedikit namun bimbang juga berikutan rumah kayu ini sudah uzur," katanya yang tinggal bersama rakannya memandangkan anaknya yang bekerja di tempat lain.

Sementara Zahari Hashim, 42, berkata, anak sungai itu bersemak tidak dibersihkan dengan warna air berkeladak.

Menurutnya, apabila anak sungai dipenuhi rumput menyebabkan air naik secara mendadak sehingga ke jalan raya.

"Pada tahun lalu, kawasan ini ditenggelami air. Kami mengakui pihak berkaitan ada membersihkan sungai tetapi tidak sempurna.

"Tanah di tepi jalan raya juga mula berlubang kesan dari banjir. Lama kelamaan jika tiada tindakan, ia akan menjadi lebih besar sekali gus menggugat struktur tanah yang lain pula," katanya.

Dalam pada itu katanya, jika dulu terdapat 50 kolam dekat sini tetapi kini hanya tinggal 10 kolam ikan yang masih lagi aktif.

"Kerana banjir sering berlaku, orang kampung sudah tidak mahu menternak ikan. Justeru itu, kami berharap pihak berkaitan dapat mengatasi masalah ini supaya kejadian banjir tidak berulang kembali.

"Kami tahu permohonan peruntukan tidak akan dapat serta merta tetapi sekurangnya penduduk kampung telah mengemukakan masalah dan berharap diberi perhatian," katanya.

sinar/-

Penjenayah ‘nomad’

Posted: 13 Dec 2012 12:08 AM PST

29 Muharram 1433H. [MOD] -

TEMPAT PERSEMBUNYIAN...antara kawasan hutan didiami Rambo Bentong.
TEMPAT PERSEMBUNYIAN...antara kawasan hutan didiami Rambo Bentong. 
 
BENTONG: Selain amat dikehendaki polis kerana disyaki terbabit dalam sekurang-kurangnya enam kes rogol dan empat kes bunuh sejak Mac 2009 sehingga dicekup polis 14 November lalu, seorang penjenayah berbahaya dikesan berperwatakan aneh kerana hidup secara nomad dalam hutan sekitar daerah ini sejak tiga tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, siasatan polis mendapati lelaki berusia 42 tahun itu juga mahir memburu selain memiliki kelengkapan ikhtiar hidup lengkap serta senjata menjadikannya tidak ubah seperti watak filem aksi lasak, Rambo.

Menurutnya, 'Rambo Bentong' itu yang bakal dihadapkan ke mahkamah di sini, hari ini (Khamis), dipercayai hidup dengan makan haiwan dan tumbuhan liar di hutan ketika bersembunyi untuk mengelak dikesan polis.

"Ketika melakukan jenayah, suspek membawa pisau Rambo, senapang buatan sendiri dan pemutar skru sebagai senjata untuk mencederakan mangsanya," katanya.

Beliau berkata, sejak berlakunya siri jenayah yang disyaki dilakukan lelaki itu, seluruh anggota dan pegawai di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong diberikan taklimat pagi setiap hari dalam usaha memburunya.

metro/-

Ranking Malaysia Dalam Matematik & Sains Merosot

Posted: 13 Dec 2012 12:05 AM PST

29 Muharram 1433H. [MOD] -

Muhyiddin perlu jelas kemerosotan Malaysia dalam matematik, sains

KUALA LUMPUR, 12 DISEMBER: Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassan digesa memberi penjelasan mengenai kemerosotan berterusan Malaysia dalam subjek matematik dan Sains berdasarkan kajian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2011.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nuru Izzah Anwar dan Strategis Pilihanraya DAP, Dr Ong Kian Ming dalam kenyataan bersama hari ini mendakwa jurang markah antara pelajar lelaki dan perempuan dalam subjek berkenaan begitu ketara.

Menurut mereka, pelajar Malaysia ketinggalan dalam matematik dan sains berbanding negara lain berdasarkan kajian dua badan pendidikan antarabangsa menunjukkan pencapaian sekolah menengah tahun ini lebih rendah berbanding sebelumnya.

Katanya, Malaysia hanya mendapat 440 mata dalam matematik untuk tingkatan dua bersamaan gred lapan di seluruh dunia dan kajian TIMSS pada 2011 dan berada di belakang Korea Selatan, Singapura, Chinese Taipei, Hong Kong dan Jepun yang menduduki lima tangga teratas dunia.

"Hasil kajian 2007 menunjukkan skor purata pelajar Malaysia dalam matematik merosot daripada 508 mata pada 2003 kepada 474 mata pada 2007, manakala subjek sains merosot daripada 510 kepada 471 dalam tempoh yang sama.

Tony Pua berkata, dalam kajian TIMSS 2007 yang dilaksanakan Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat, kemerosotan skor purata pelajar Malaysia 34 mata bagi matematik dan 40 mata bagi sains adalah terbesar di kalangan 59 negara yang mengambil bahagian.

"Kami mahu Muhyiddin memberi penjelasan menyeluruh mengenai kemerosotan itu dan mengambil langkah khusus menangani masalah itu bagi meyakinkan rakyat Malaysia.

"Walaupun laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ada membangkitkan isu ini, namun tiada langkah khusus dan terperinci dinyatakan bagi mengatasi masalah itu," katanya.

TIMSS adalah kajian selama empat tahun untuk pendidikan sains dan matematik bagi gred empat dan lapan di seluruh dunia ― atau Darjah Empat dan Tingkatan Dua mengikut sistem pendidikan Malaysia.

Bagaimanapun, bagi Malaysia kajian hanya dilakukan bagi peringkat sekolah menengah dalam kajian terbabit. -Roketkini

AS lancar pesawat tanpa juruterbang ke angkasa lepas

Posted: 12 Dec 2012 11:55 PM PST

29 Muharram 1433H. [MOD] -




WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) kelmarin melancarkan kapal angkasa kecil futuristik tanpa juruterbang, X-37B untuk kali ketiga ke angkasa lepas.

Kapal angkasa sepanjang 8.9 meter dan berat 5,000 kilogram itu berlepas dari pusat pelancaran Stesen Tentera Udara AS di Cape Canaveral, Florida.

Ia dibawa oleh sebuah roket Atlas V pada pukul 1.03 tengah hari waktu tempatan.
Kapal angkasa itu kemudian akan berpisah dengan roket tersebut.

Misi kapal angkasa itu tidak didedahkan secara terperinci oleh Tentera Udara AS.
Firma United Launch Alliance yang wujud menerusi kerjasama antara Boeing dan Lockheed Martin menyiarkan imej penerbangan itu secara langsung di laman webnya.

Menurut firma tersebut, penerbangan itu adalah bagi menyokong eksperimen angkasa lepas.
Tentera AS pula memberitahu, program kapal angkasa itu adalah untuk memperkenalkan teknologi penerbangan angkasa lepas tanpa angkasawan.

Ia diperkenalkan ekoran penamatan misi kapal angkasa milik Pentadbiran Aeronautik Dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Bagaimanapun, ramai pakar angkasa lepas percaya kapal angkasa itu yang berupaya kembali semula ke Bumi merupakan sebahagian daripada program perisikan canggih AS atau berpotensi digunakan untuk mengganggu satelit negara-negara seterunya. 

Projek X-37B itu dilancarkan NASA pada 1999.

Ujian pertama pesawat itu diadakan pada tahun 2010 dan mengelilingi Bumi selama tujuh bulan.
Dalam ujian kedua, pesawat tersebut mendarat pada Jun lalu selepas berada selama 469 hari dengan mengelilingi Bumi. - Agensi


Bertam: Sultan Ahmad minta hormati keputusan kerajaan

Posted: 12 Dec 2012 11:44 PM PST

29 Muharram 1433H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Sultan Ahmad Shah tidak mahu kawasan minyak di Blok PM307 Bertam diperbesarkan kerana ia sudahpun diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi milik Pahang.

Justeru, baginda bertitah supaya menghormati keputusan kerajaan berkaitan hak milik kawasan minyak itu.

"Tak apalah, semuanya sudah diputuskan oleh Perdana Menteri sendiri dan beta juga telah dimaklumkan mengenai perkara itu pada Hari Keputeraan beta baru-baru ini.

"Apa pun, rakyat Pahang perlu bersyukur kepada Allah SWT dengan kurniaan itu," titahnya dipetik Sinar Harian berhubung kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengenai status kawasan minyak itu.

Baginda bertitah demikian selepas menyempurnakan Majlis Perletakan Batu Asas Hospital Pengajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di UIAM Kampus Kuantan, di sini semalam.

Sementara itu, Bernama pada 10 Disember lalu melaporkan, Ahmad berkata kerajaan negeri telah menulis surat secara rasmi kepada Petronas untuk mendapatkan penjelasan mengenai penemuan minyak di blok berkenaan dan setakat ini jawapan rasmi masih belum diperoleh.

"Kita menerima surat dari syarikat Lundin Oil (syarikat carigali yang berpangkalan di Sweden) yang melaksanakan kerja-kerja carigali di kawasan berkenaan (dengan kerjasama Petronas Carigali) mengesahkan bahawa ia adalah di kawasan perairan Terengganu," katanya ketika menjawab soalan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Buruk) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu ke 12 Penggal Kelima.

harakah/-

Salun Kelantan: The Star makin tidak senonoh

Posted: 12 Dec 2012 11:32 PM PST

29 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Akhbar milik MCA, The Star terus bersikap 'tidak senonoh' apabila berterusan mengeksploitasi isu khalwat dan salun di Kelantan, sedangkan lebih banyak isu utama yang perlu dimainkan akhbar berbahasa Inggeris itu.

Naib Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP), Vincent Lee (gambar) berkata perbuatan The Star itu menjurus kepada mainan akhbar Utusan Melayu.

Beliau berkata tindakan The Star itu lebih kepada cubaan menakut-nakutkan golongan bukan Islam terhadap PAS memandangkan akhbar milik MCA itu lebih dibaca golongan bukan Islam.

"Secara jelas, saya melihat akhbar The Star sudah menjadi Utusan Melayu, yang tidak lagi membincangkan soal masa depan negara.

Sebaliknya, hanya bercakap soal remeh-temeh yang sudah lapuk, tetapi sengaja disensasikan untuk agenda politik mereka," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka hadapan The Star hari ini, yang melaporkan laporan bertajuk 'Victory for Saloon' - merujuk isu salun di Kelantan, baru-baru ini.

Kecam Vincent, isu berkaitan salun dan khalwat yang dilaporkan The Star itu sebenarnya sudah lapuk, sebaliknya hanya disensasikan akhbar itu kebelakangan ini.

Katanya, The Star sewajarnya membicarakan soal masa depan negara seperti agenda memerangi rasuah, pengurusan kewangan dan pentadbiran negara, atau apa sahaja isu yang membina masa hadapan negara.

"Sayangnya, ia tidak berbuat demikian. Hanya mainkan isu remeh-temeh yang sudah lapuk, diulang semula, dengan tujuan mengaburi pembacanya," tegas beliau.

Justeru, beliau menggesa The Star lebih memfokuskan agenda rakyat berbanding bermain dengan isu lapuk yang diulang semula.

harakah/-

Pusat judi eksklusif diserbu

Posted: 12 Dec 2012 11:31 PM PST

29 Muharram 1433H. [MOD] -


Pusat judi eksklusif diserbu
Abdul Halim menunjukkan dua bilah pedang samurai yang ditemui dalam salah sebuah premis judi yang diserbu.
Pusat judi eksklusif diserbu
Beberapa anggota polis dengan bantuan kakitangan MPK memeriksa set komputer yang digunakan bagi tujuan perjudian
 
KUANTAN - Sindiket perjudian internet tanpa lesen dikesan terus berdegil menjalankan kegiatan itu secara terbuka, malah ada yang sanggup melabur besar membuka premis baru yang agak eksklusif semata-mata untuk menarik kaki judi melebur wang  di premis mereka.

Hasil pemantauan polis di sekitar Jalan Air Putih, di sini, petang kelmarin,  membongkar satu kegiatan perjudian internet tanpa lesen yang dipercayai baru beroperasi kira-kira seminggu lalu di sebuah premis yang cukup selesa dengan dekorasi tersusun, malah turut tersedia ruang rehat khas kepada pengunjung.

Lebih mengejutkan, apabila mendapati premis tersebut diubah suai dengan membina tangga ke tingkat atas yang turut menempatkan puluhan komputer dipercayai bagi tujuan perjudian.

Pasukan serbuan yang terdiri daripada anggota polis dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) turut mengakui premis itu agak istimewa berbanding premis judi yang diserbu sebelum ini kerana suasananya selesa, kemas dan  bersih  selain dilengkapi puluhan set komputer terkini.
Dalam serbuan kira-kira jam 5 petang kelmarin, polis berjaya menahan seorang penjaga premis berusia 39 tahun dan dua pelanggan berusia 20 dan 22 tahun ketika sedang leka bermain permainan berunsurkan perjudian.

Pedang samurai di bawah kaunter

Ketua operasi, Asisten Superintendan Abdul Halim Hamat berkata, pihaknya turut merampas 36 set komputer dianggarkan bernilai RM36,000 yang dikesan digunakan bagi tujuan perjudian, selain wang tunai RM207.

Menurutnya, selain menjanjikan suasana yang selesa, pemiliknya juga turut menyediakan kupon cabutan bertuah dengan menawarkan tunai sehingga RM20,000 untuk menarik kaki judi 'bermain' di premis mereka.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan di sebuah premis perjudian internet di Taman Bukit Pelindung, Jalan Beserah, di sini, polis turut merampas dua bilah pedang samurai yang ditemui di bawah kaunter premis dipercayai digunakan pekerja bagi tujuan melindungi diri sekiranya premis  tersebut dirompak.

Abdul Hamid berkata, dalam serbuan kira-kira jam 6.30 petang itu, seorang penjaga premis berusia 18 tahun ditahan manakala empat pelanggan termasuk seorang gadis berusia antara 20 hingga awal 30-an ditahan.

"Hasil serbuan, kita juga berjaya merampas 34 set komputer dianggarkan bernilai RM34,000 dan tunai dipercayai wang hasil pertaruhan berjumlah RM307.
"Premis ini juga didapati tempat baru, bagaimanapun hasil pemantauan berterusan, kita berjaya mengesan dan membuat serbuan petang ini (kelmarin)," katanya.

Menurutnya, premis itu juga turut menawarkan cabutan bertuah kepada pelanggan sebagai satu promosi.

Set komputer RM6.4 juta dirampas
Beliau berkata, semua set komputer  dirampas dan individu yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk siasatan lanjut.

"Semua yang ditahan juga akan  melalui ujian saringan kencing bagi mengesan sama ada mereka turut positif dadah," katanya.

Dalam operasi itu semalam, seramai 30 anggota dan tiga pegawai dari pelbagai bahagian IPD Kuantan terlibat, manakala  lapan kakitangan serta tiga pegawai MPK mengambil bahagian dalam ops bersepadu itu.

Turut mengetuai serbuan, Ketua Bahagian Logistik IPD Kuantan, Asisten Superintendan Jamaludin Abu Bakar dan Ketua Balai Polis Kuantan, Inspektor Rosdy Abdul Rahman.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Mohd Yusoff sebelum itu berkata, sejak Januari hingga 11 Disember lalu, pihaknya melakukan 557 serbuan ke atas premis kafe siber yang dikenal pasti dan hasilnya, sebanyak 2,382 individu termasuk pelanggan dan penjaga premis ditahan.

Menurutnya, sebanyak 6,423 set komputer dianggarkan bernilai RM6.423 juta berjaya dirampas manakala rampasan tunai sebanyak RM185,681.

"Sebanyak 93 premis dikenakan tindakan pemotongan elektrik manakala 248 lagi dalam proses untuk tindakan sama.

"Hasil serbuan itu juga, kita dapati 140 premis tiada lesen yang sah, manakala 35 kes dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman," katanya.

Sementara itu, seorang gadis, Lina, 18 (bukan nama sebenar)  yang ditahan dalam serbuan itu memberi alasan dia hanya singgah di premis yang terletak di tingkat satu itu sekadar untuk menemani kawan.

Menurutnya, nasibnya tidak baik kerana baru beberapa minit berada dalam premis itu, serbuan dilakukan dan dia turut ditahan.

sinar/-
 
 
 

Pegang jawatan Umno, Timbalan Pengarah SPR Sabah salah guna kuasa

Posted: 12 Dec 2012 11:13 PM PST

29 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 13 Dis: Memegang jawatan dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan ada jawatan dalam parti politik merupakan salah guna kuasa, kata Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sabah, Dr Roland Chia. 

Beliau merujuk Timbalan Pengarah SPR Sabah, Aksyah Nasrah yang juga Ketua Penerangan Umno Kinabatangan.

"Isu ini sama dengan Pengerusi dan Timbalan SPR yang sebelum ini mengakui ahli Umno. Kita mahu mereka letak semua jawatan.

"Bila berperanan dalam Umno, itu salah guna kuasa. Ini adalah alat untuk mereka (Umno) menang. Dengan cara ini, sudah pasti mereka boleh tolong parti yang disertainya untuk menang," kata Roland ketika dihubungi.

Beliau mempersoal pegawai SPR yang menganggotai mana-mana parti politik kerana akan mendedahkan ketidaktelusan badan itu terutama melibatkan proses pengundian dan daftar pemilih yang diragui semua pihak.

"Jelas ketelusan SPR sebagai badan bebas terjejas apabila orang politik ada peranan dalam SPR," ujar Roland yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN.

Bagaimanapun, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dilaporkan 'menyokong' kakitangan SPR menyertai parti politik.

"Boleh…tapi untuk jadi pacaba atau polling agent masa hari mengundi, bukannya jadi timbalan pengarah yang kita jelas beliau berkuasa memberi arahan. Ini tak boleh berlaku dan tak pernah ada dalam sejarah negara mahupun dunia," kata Roland.

"Kita mahukan SPR jalankan tugas dengan adil, tanpa berat sebelah dan tanpa melibatkan parti politik. Kita ingatkan Umno BN supaya jangan guna taktik kotor meskipun sangat terdesak untuk menang pilihan raya nanti," katanya.

keadilandaily.com/-

Bangkitlah parti Islam Indonesia, ummah perlukan mu

Posted: 12 Dec 2012 11:10 PM PST

29 Muharram 1433H. [MOD] -



Hasil kajian  terakhir Lingkaran Survey Indonesia (LSI) pada awal Oktober 2012 lalu mendapati sokongan terhadap parti-parti Islam di Indonesia begitu jatuh sekali, dikalahkan oleh parti-parti sekular dan nasionalis.

Paling atas yang diminati rakyat adalah Parti Golkar 21%, Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) 17,2 %, Parti Demokrat 14%, Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra)  5,2% dan Parti Nasional Demokrat (Nas Dem) 5%. Sebaliknya parti-parti Islam seperti Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Parti Persatuan Pembangunan (PPP) dan parti-aprti yang bernuansa Islam diperkirakan akan hilang kerana berada dibawah 5%.

Malah Parti Bulan Bintang (PBB) tidak masuk dalam senarai ini.

Hasil kajian ini boleh saja benar atau tidak tepat, dan juga akan berubah selalu kerana ikut situasi; sosiologi, psikologi politik, isu dan realiti politik semasa.

Namun setidaknya hasil kajian ini bagi para pendukung, aktivis apalagi pimpinan parti-parti Islam hendaknya bermuhasabah dan berfikir ulang, tentang kelemahan atau kekhilafan selama ini.

Memang reformasi Mei 1998 memberi ruang yang seluas-luasnya untuk mewujudkan parti-parti politik termasuklah parti-parti Islam, apalagi dibenarkan parti Islam, berdasarkan Islam sedangkan pada awal 1980-an zaman Suharto, parti Islam PPP harus mengganti dasarnya dari Islam kepada Pancasila.

Setelah reformasi di era presiden BJ Habibie, wujudlah dengan banyaknya nya parti-parti politik termasuklah parti-parti Islam yang  wujudnya bagaikan cendawan yang tumbuh subur dan merebak tumbuh di mana-mana.

Umat Islam yang majoriti di negara ini, yang selalu menjadi sengsara dan mangsa kezaliman, baik di zaman  Sukarno mahupun di zaman Suharto, umat dan rakyat berharap banyak dan begitu optimis, nasib mereka akan  berubah dan kebebasan serta kemerdekaanya akan
dirasakan dan dihargai.

Amien Rais malu-malu mahu asaskan parti Islam kerana baginya parti Islam ibaratkan memakai baju sempit.

Pernyataan Amien Rais ini dikecam dan dikiritik hebat oleh aktivis, ulama dan pimpinan  gerakan Islam seolah-olah Amien Rais tidak memahami kekuatan, kebesaran dan kesyumulan Islam itu.

Namun pada masa yang sama dia tidak malu-malu menyebut Parti Amanat Nasional (PAN) yang diwujudkannya bernuansa Islam, namun kini apa sudah jadi dengan PAN?

Gus Dur yang dianggap sangat liberal dan cenderung sekular itu memang partinya Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) tidak berdasarkan Islam, malah sikap Gus Dur itu jelas dikiritik banyak pihak, termasuk dari pertubuhannya sendiri Nahdlatul Ulama (NU).

PKB pun akhirnya tidak kemana dan tidak menjadi parti besar, sikap aneh Gus Dur dan kebiasaannya suka bermusuh dengan banyak orang, membuat Gus Dur menjadi pemimpin yang tidak diterima majoriti umat.

Bila dipilih menjadi presiden dikala dia tidak memenuhi syarat untuk menjadi pemimpin, akhirnya dia pun diberhentikan pada pertengahan tahun 2001, berkuasa hanya selama 19 bulan.

PKS yang menjadi harapan banyak orang dari berbagai kalangan, namun tidak kurang pula kewaspadaan dari para aktivis gerakan Islam, yang sudah lama berjuang merasakan suka-duka tribulasi perjuangan, makan asam-garam kepahitan serta sakitnya onak-duri dalam menegakkan risalah yang suci ini.

PKS pada awal berdirinya, mulanya bernama Parti Keadilan, namun kemudian berubah menjadi Parti Keadilan Sejahtera (PKS), pada pilihan raya umum 1999 menang hanya 7 kursi parlimen dan pada pilihanraya umum 2004 memenangi 45 kursi parlimen, malahan menang di Jakarta dan beberapa bandar utama di Indonesia.

Pada awalnya pimpinan dan aktivisnya berazam, akan mengamalkan dan menghayati gerakan dakwah 90% dan berpolitik hanya 10%, paling tinggi antara 70:30%.

Dalam pernyataannya beberapa pimpinannya coba memutuskan  tali sejarah, dengan mengaku bahwa kami adalah gerakan baru, tidak ada kena mengena dengan sejarah politik Indonesia masa lampau.

Inilah membuat beberapa pimpinan utama pertubuhan  dan gerakan Islam kecewa dan terkejut, ternyata harapan umat dan rakyat itu tidak berpanjangan, apabila PKS ikut mendukung pencalonan Dr SBY sebagai presiden dan kemudian  ikut kabinet Indonesia Bersatu Jilid Satu.

Alasan pemikir PKS adalah untuk strategi dakwah, terutama dalam melindungi gerakan Islam sebab kita berhadapan dengan presiden yang berasal dari tentera.

Umat bertanya sejauh mana amal soleh PKS dalam mengembangkan dakwah di tengah masyarakat, terutama berdakwah terhadap pemerintah dan para politisi yang menjadi rakan atau sahabatnya dalam kabinet ataupun di parlimen?

2009 PKS kembali ikut mendukung SBY sebagai presiden untuk penggal kedua, yang berpasangan dengan  Prof Dr Boediono yang dinilai banyak pengamat dia adalah seorang yang neo liberalis dan sangat berpihak kepada kapitalisme ekonomi yang menjadi acuan Barat.

Malah SBY selalu menyebut dengan bangga bahwa Amerika Syarikat 'is second my country'. Dan presiden PKS masa itu Tifatul Sembiring membela isteri SBY dan Boediono yang tidak bertudung. Memang itu masalah peribadi, tetapi pernyataan Tifatul yang membuat umat marah adalah "apalah ertinya sehelai kain tudung."

Dan 2010 semasa muktamarnya di Bali dengan  jelas menyatakan bahwa PKS bukan lagi parti Islam, tetapi menjadi parti terbuka.

Begitu pula dengan PPP yang dianggap parti rojak, kerana dipaksa oleh Suharto untuk ber satu dari empat parti iaitu Parti NU, Parti Muslimin Indonesia (Parmusi), Parti Syarikat Islam Indonesia (PSII), Parti Islam Persatuan Tarbiyah Islam (Perti) menjadi PPP.

Padahal keempat parti itu sudah dirosak oleh Suharto sebelumnya, kerana para pemimpinnya semua berpihak kepada Suharto. Tahun 1973 berdasarkan Islam dan Pancasila, namun tahun 1983 hanya boleh berdasarkan Pancasila, setelah reformasi dia kembali kepada Islam.

Walaupun dalam perjuangan politiknya, ada juga perjuangan yang bersifat kulit dan tidak mendasar diperjuangkan PPP, malah sebahagian umat Islam yang awam begitu bangga dengan beberapa keberanian PPP, malahan almarhum Pak Natsir menyebut seburuk-buruk PPP katanya masih ada suaranya untuk memperjuangkan Islam.
Malah tahun 1979 ahli parlimen PPP berani keluar sidang parlimen (walk out) membantah
tindakan pemerintah untuk memasukkan ajaran kebatinan dalam polisi pembangunan negara, kemudian melarang demokrasi dan aktiviti mahasiswa di kampus, ini dibantah oleh PPP.

Kini menghadapi pilihanraya umum awal April 2014, parti-parti Islam dan bernuansa Islam bersatu dan bangkitlah, paling tidak berfederasi atau berkoalisi dengan sesama dan parti-parti nasionalis lain, yang saling menghargai dan menghormati dasar kita. Disinilah parti-parti Islam perlu menampilkan figur yang merakyat, jangan berlagak angkuh dan sombong.

Dulu begitu mesra dengan panggilan akhi untuk semua, namun kini bila bersama berkuasa, panggilan akhi hanya untuk orang kita saja, bukan untuk rakyat banyak.

Harus disedari majoriti sekitar 88% rakyat Indonesia adalah beragama Islam, itu adalah kekuatan kita, memang majoriti masih terbelakang, jahil dan belum semuanya cerdas membaca dan berpolitik, tetapi dengan pendekatan psikologi kita yang bijak dan berhikmah, marilah kita memperbanyak kawan dan memperkecil lawan, kawan seribu lebih baik daripada menghadapi musuh yang jumlahnya hanya sepuluh orang.

Dan yang lebih penting lagi aktivis atau pimpinan parti Islam Indonesia, hendaklah menjadi pemimpin bukan hanya sebagai pengikut atau pelengkap, dan lebih parah lagi kita selalu diperangkap.

Sampai bila akan selalu berulang kita membiarkan pisang berbuah dua kali atau
orangtua kehilangan tongkat, nauzubillah.

harakah/-

Warga emas 100 tahun tetap mahu mengundi

Posted: 12 Dec 2012 11:09 PM PST

29 Muharram 1433H. [MOD] -

Photo: 12-12-12 merupakan hari ke 100 Tahun pakcik hidup di dunia..alhamdulillah..semoga pakcik dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..amin ya rabbal alamin :) BUKIT MERTAJAM - "Kalau masih dipanjangkan umur, Pak Long akan tetap keluar mengundi pada pilihan raya kali ini. Semoga Allah panjangkan usia Pak Long supaya dapat mengundi lagi," demikian kata Othman Daud dari Kampung Tanah Liat, Mukim 8 di sini yang menyambut hari lahirnya yang ke-100 hari ini.
  
Beliau berkata beliau mula mengundi sejak pilihan raya umum pertama pada tahun 1959 dan tidak pernah terlepas keluar mengundi pada setiap kali pilihan raya diadakan.
  
Hari lahirnya diraikan dengan meriah oleh sanak-saudara dalam satu majlis kesyukuran di rumahnya.
  
Namun beliau tidak pernah berkahwin kerana lebih selesa hidup bersendirian.
  
Ditanya pemberita mengenai rahsia beliau kekal sihat, Pak Long berkata beliau sering mengamalkan gaya hidup sihat dengan memakan ulam-ulaman termasuk pucuk 'maman'.

"Tak dak sebarang petua yang diamalkan untuk kekal sihat. Rutin harian Pak Long seperti biasa. Sejak muda lagi selepas solat Subuh, Pak Long akan bersarapan sebelum kayuh basikal kira-kira satu kilometer ke bendang.
  
"Pukul 11 pagi, Pak Long balik berehat dan pi balik ke bendang lepas Zohor. Sekurang-kurangnya empat jam Pak Long di bendang setiap hari," katanya.
  
Mengenai keluarganya, Othman yang merupakan anak sulung daripada 12 adik- beradik berkata hanya dua adik perempuan dan seorang adik lelakinya yang masih hidup.
  
"Lapan lagi adik beradik Pak Long dah meninggal. Pak Long tinggal dengan anak saudara Pak Long, Faridah Ariffin dan dua adik perempuan Pak Long yang berusia 71 dan 75 tahun.
  
"Faridah yang jaga makan pakai kami," tambahnya.

Penglihatannya masih jelas dan tidak memerlukan cermin mata untuk membaca atau melaksanakan aktiviti harian.
  
"Pak Long juga suka membaca dan Alhamdulillah mata masih OK dan tidak perlu cermin mata. Sehingga hari ini Pak Long rasa bersyukur kerana tidak menghidap sebarang penyakit," katanya dengan wajah yang ceria.
  
Faridah, 44, berkata beliau tidak sukar menjaga bapa saudaranya itu yang masih kuat untuk menguruskan keperluannya sendiri.
  
"Saya bekerja sebagai operator pengeluaran dan sekiranya tidak sibuk, saya masak untuk tengah hari dan jika tidak, Pak Long akan makan di luar.
  
"Pak Long mengerjakan sawah hanyalah untuk mengisi masa terluang, kerana dia sudah biasa tidak boleh duduk diam sejak muda," tambahnya.
  
Di samping itu Othman mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan. - Bernama

‘Wajah cantik macam bidadari’

Posted: 12 Dec 2012 10:44 PM PST

29 Muharram 1433H. [MOD] -


BAHAGIA...Muhammad Latif dan Salima menyambut kelahiran bayi perempuan mereka, Ulfat ke dunia.
BAHAGIA...Muhammad Latif dan Salima menyambut kelahiran bayi perempuan mereka, Ulfat ke dunia. 
 
REASI (Kashmir): Seorang bapa tanpa muka yang bimbang anaknya mewarisi keadaannya itu meraikan kelahiran bayinya dengan gembira selepas isterinya melahirkan anak perempuan yang sihat dan sempurna.
Mohammad Latif Khatana, 32, dan isteri, Salima, 25, meraikan setiap detik kelahiran bayi mereka dengan kesyukuran.

Ulfat yang bermaksud cinta dalam bahasa Urdu dilahirkan secara normal di daerah Reasi pada 10 November lalu dengan berat 2.14 kilogram.

Sebaik mendukung anaknya, Mohammad Latif segera memeriksa seluruh tubuh bayi itu, Namun, kedua-dua ibubapa itu gembira kerana mendapati anak mereka sihat dan tidak mengalami sebarang kecacatan. "Saya sangat bimbang dengan keadaan fizikal bayi saya. Apabila saya melihat dia cantik dan tiada sebarang kecacatan, saya rasa sangat lega. Dia mempunyai wajah yang cantik seperti bidadari," katanya.

Mohammad Latif berkata, anak perempuannya memberikan kegembiraan dalam kehidupannya selepas bertahun-tahun menderita kerana kecacatan dialaminya.

Muhammad Latif menderita sakit kulit, Neurofibromatosis, yang menyebabkan lapisan daging berlebihan menutupi mukanya menjadikan dia seolah-olah tidak memiliki muka. "Saya ingin melupakan kisah lalu dalam hidup. Menjadi bapa adalah bab baru dalam kehidupan seorang lelaki dan saya menikmati setiap detik yang dilalui.

 Saya kini sangat gembira dan lebih bimbang mengenai anak saya berbanding diri sendiri. Saya tidak kisah sangat dengan diri sendiri sekarang," katanya. Apabila Salima mendapat tahu dia hamil, pasangan itu sukar melelapkan mata setiap malam kerana bimbang memikirkan jika bayi yang bakal lahir itu akan mewarisi keadaan bapanya.

Salima yang dilahirkan hanya dengan sebelah kaki berkahwin dengan Muhammad Latif pada Ogos 2008. - TS

Berjiran dengan sampah

Posted: 12 Dec 2012 10:36 PM PST

29 Muharram 1433H. [MOD] -

Berjiran dengan sampah
Tempat pembuangan sampah berdekatan Medan Selera Wakaf Tapai yang dikatakan menjadi jiran kepada penduduk dan peniaga serta hampir dengan jalan raya.
 
MARANG – Setiap kali isu bau sampah diketengahkan, mungkin nampak kecil dan remeh bagi sesetengah orang namun bagi mereka yang menanggung akibatnya, masalah dihadapi setiap hari itu sangat besar dan memberikan kesan mendalam.

Situasi inilah yang terpaksa dihadapi peniaga dan penduduk berdekatan Medan Selera Wakaf Tapai di Pengkalan Berangan di sini, yang menjadi jiran dengan tempat pembuangan sampah berhampiran kawasan kedai serta rumah mereka.

Penduduk terlibat turut mendakwa, dua tong utama rosak, manakala beberapa tong kecil berwarna biru dan hijau itu juga diletakkan di luar kawasan takungan disediakan.

Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Wakaf Tapai Kiri, Abdul Jalil Abdul Razak, 47, berkata, jika tiada kawasan bersesuaian bagi menggantikan tempat pembuangan sampah sedia ada, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu segera menggantikan dua tong sampah utama yang telah rosak.
"Jangan abaikan aduan penduduk dan peniaga di sini. Kami tidak mahu PBT mengambil sikap berdiam diri sahaja.

"Penduduk dan JKKK Wakaf Tapai Kiri juga telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan tindakan yang perlu dilakukan tetapi ia tetap di bawah bidang kuasa PBT," katanya.

Menurutnya, pihak berkenaan juga perlu memastikan pekerja yang mengangkut sampah meletakkan semula tong sampah di tempat takungan disediakan, bukannya di tepi jalan.

"Kami harap masalah ini dapat segera diselesaikan kerana PBT bertanggungjawab membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk.

"Peniaga juga pasti tidak mahu keadaan persekitaran mereka kotor dan berbau busuk kerana menjejaskan sumber pendapatan mereka," katanya.

Sementara itu, seorang peniaga hanya mahu dikenali sebagai Awang, 40-an, berkata, lebih memburukkan keadaan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah seperti perabot dan kaca.

"Keadaan ini sudah pasti mengundang musibah jika objek berkenaan bertaburan di atas jalan raya.
"Saya bersetuju jika PBT segera memindahkan tempat pembuangan sampah ini ke lokasi lebih jauh dari jalan raya, rumah penduduk dan kedai tetapi tong sampah kecil yang mudah dipindahkan kekal disediakan di kawasan ini," katanya.

Dalam pada itu, aduan mengenai masalah berkenaan telah dipanjangkan ke unit aduan Majlis Daerah Marang (MDM).

sinar/-

Pembangkang Syria dapat sokongan antarabangsa

Posted: 12 Dec 2012 10:35 PM PST

29 Muharram 1433H. [MOD] -


Lebih daripada 100 negara telah mengiktiraf pakatan pembangkang Syria yang baru, membuka jalan untuk bantuan yang lebih besar kepada pasukan yang berjuang untuk menggulingkan Presiden Bashar al-Assad, termasuk bantuan tentera.

Sokongan terhadap Pakatan Kebangsaan Syria, yang diasaskan di Qatar November lalu, telah diberikan ketika persidangan antarabangsa "Friends For Syria" di Maghribi Rabu lalu.

Pembangkang mendapat tekanan antarabangsa untuk mewujudkan satu badan yang lebih teratur dan wakil untuk menerima apa-apa bantuan yang diberikan oleh negara-negara asing.

Walaupun pakatan pembangkang mengalu-alukan langkah itu, mereka berkata mereka sedang mencari sokongan politik dan kewangan yang lebih nyata dan mereka mahu ahli-ahli kerajaan Assad dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Pengiktirafan antarabangsa kepada pembangkang Libya memberi rangsangan yang besar dalam pertempuran menentang Muammar Gaddafi tahun lepas, yang kemudiannya disokong oleh serangan udara Barat.

Campur tangan ketenteraan berkemungkinan tidak wujud dalam kes Syria, di mana Syria mempunyai sokongan yang kuat dari Rusia, China dan Iran.

Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius berkata mesyuarat di Marrakesh menunjukkan "kemajuan yang luar biasa".

Beliau berkata bahawa Kesatuan Eropah kini memperbaharui embargo senjata ke atas Syria setiap tiga bulan, bukannya setiap tahun, untuk menjadi lebih fleksibel seiring dengan apa yang berlaku di medan pertempuran.

"Hakikat bahawa pakatan, yang meminta hak untuk mempertahankan dirinya, kini diiktiraf oleh seratus negara - dengan semalam Amerika Syarikat menyokong selepas Perancis memulakannya - Saya rasa ini adalah sesuatu yang amat penting." (aljazeera.com)

Subhanallah, Inilah Mukjizat Al-Quran tentang Klorofil

Posted: 12 Dec 2012 10:34 PM PST

29 Muharram 1433H. [MOD] -

Subhanallah, Inilah Mukjizat Alquran tentang Klorofil 

Klorofil atau pigmen hijau tak hanya berfungsi sebagai zat pewarna hijau pada daun. Klorofil juga memainkan peranan penting dalam proses fotosintesis.

Para ahli tumbuh-tumbuhan mendapati bahawa klorofil merupakan pengeluar tunggal di muka bumi yang menghasilkan makanan.

Fotosintesis merupakan suatu proses biokimia anabolisme, pembentukan zat makanan atau tenaga iaitu glukosa yang dilakukan tumbuhan, alga, dan beberapa jenis bakteria dengan menggunakan zat hara, karbon dioksida, dan air serta diperlukan bantuan tenaga cahaya matahari.

Hampir semua makhluk hidup bergantung dari tenaga yang dihasilkan dalam fotosintesis. Akibatnya, fotosintesis menjadi sangat penting bagi kehidupan di bumi. Fotosintesis juga berjasa menghasilkan sebahagian besar oksigen yang terdapat di atmosfera bumi.

Jauh sebelum para ahli tumbuh-tumbuhan menemukan zat bernama klorofil, 1.400 tahun yang lalu kitab suci Al-Quran telah menyebut pentingnya zat warna hijau. Simak surah Al-An'am [6]: ayat 99:

"Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan daripada mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai dan kebun-kebun anggur ... "

Ayat itu menegaskan bahawa pigmen hijau - yang merupakan sebahagian daripada struktur tumbuhan yang "Kami tumbuhkan dengannya segala macam tumbuh-tumbuhan" - merupakan zat hijau daun yang biasa dikenal dengan sebutan klorofil, yang terdapat pada salah satu sel tumbuhan kloroplas.


- sumber dari republika.co.id

Empat kamera AES di Perak dirosak

Posted: 12 Dec 2012 07:40 PM PST

29 Muharram 1433H. [MOD] -
IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan Perak mengesan empat kejadian vandalisme ke atas kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) daripada tujuh yang dipasang di beberapa lokasi, antara Oktober dan November lepas.

Pengarah JPJ Perak, Ramli Awg Seberang berkata, ia melibatkan kamera yang dipasang di kilometer 205.6 berhampiran Kamunting dan kilometer 373.2 di Slim River, kedua-duanya di Lebuh Raya Utara-Selatan yang disembur cat merah dan dipercayai ditumbangkan.

Beliau berkata, sebuah lagi kamera di Jalan Pasir Putih di sini juga dipercayai ditumbangkan dan sebuah lagi di Sungkai disembur cat hitam.

"Kita kategorikan semua kes ini sebagai kes vandalisme berat," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat mengenai AES kepada jabatan dan agensi kerajaan, pihak media dan badan bukan kerajaan di sini hari ini.

Ramli Awg berkata, pihak syarikat penyedia AES telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan menambah setakat ini tiada tangkapan dibuat terhadap pihak yang dipercayai sengaja melakukan perbuatan berkenaan.

Beliau berkata, syarikat penyedia perkhidmatan menanggung kos penyelenggaraan atau baik pulih AES yang mengalami kerosakan atau bermasalah.

Katanya pusat kawalan AES di Kuala Lumpur akan mengesan kes vandalisme yang berlaku.

"Bagi kes vandalisme, syarikat penyedia akan membuat laporan polis pada hari yang sama kejadian berlaku. Kes vandalisme ini susah hendak dielakkan, kadang-kadang pada waktu siang, kamera AES berada dalam keadaan baik, tapi esok pagi sudah tumbang atau disembur cat," katanya.

Ramli Awg berkata, JPJ Perak akan meneruskan program penerangan mengenai AES kepada orang ramai yang dimulakan pada 5 Disember lepas. – Bernama

Dua beradik dibawa arus

Posted: 12 Dec 2012 07:20 PM PST

29 Muharram 1433H. [MOD] -

GELAP...anggota bomba berusaha mencari dua beradik yang dikhuatiri lemas.

GELAP...anggota bomba berusaha mencari dua beradik yang dikhuatiri lemas. 
 
HULU LANGAT: Niat abang untuk menolong adiknya yang hampir lemas membawa padah apabila kedua-dua mereka hilang dihanyutkan arus dalam kejadian di Sungai Langat, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.16 petang itu, mangsa, Mohammad Tarmizi Azhari, 13, sedang mandi di sungai itu manakala abangnya, Mohammad Syawal Azhari, 17, sedang memancing bersama tujuh rakan lain.

Abang ipar mangsa, Mohd Arif Abu Tamar, 27, berkata, dua beradik itu memang gemar memancing di sungai berkenaan dan ia adalah aktiviti cuti sekolah mereka.

Menurutnya, ketika Tarmizi yang tidak tahu berenang itu sedang mandi, tiba-tiba dia menjerit meminta tolong akibat dihanyutkan arus.

"Syawal yang berada berhampiran dan pandai berenang terus terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan adiknya itu, namun dia turut dihanyutkan.

"Ketika kejadian, saya berada di rumah dan terkejut selepas rakan mereka menjerit di depan rumah dan menyatakan kedua-dua anak saudara saya itu lemas," katanya.

Menurutnya, sebaik mendapat maklumat itu, dia memaklumkan kejadian berkenaan kepada Balai Bomba dan Penyelamat Kajang.

Sementara itu, Pegawai Bomba Operasi, Mohd Hazuan Mohamad Mansor berkata, jentera pertama dari Balai Bomba Kajang tiba di lokasi kejadian pada jam 4.54 petang.

Katanya, 11 anggota dari Unit Skuba dari Balai Bomba Pelabuhan Klang dan Shah Alam memulakan operasi mencari kira-kira jam 6.30 petang sebelum tamat sementara pada jam 8.30 malam.

"Kedua-dua mangsa masih gagal ditemui dan operasi akan diteruskan jam 8 pagi esok (hari ini)," katanya.

metro/-

Subhanallah, tumbuhan juga menangis

Posted: 12 Dec 2012 06:40 PM PST

29 Muharram 1433H. [MOD] -




 
Dan bahwasanya Dialah yang menjadikan (makhluk) tertawa dan menangis, "(Surah An-Najm: 43).


Daun adalah salah satu tanaman yang Allah jadikan bahagian khusus untuk menangis. Melalui saluran khas daun ini mengeluarkan bahan-bahan seperti air mata. Para saintis mengagumi tindak balas tumbuhan ini. Bagaimana terjadinya proses ini dan apa alasannya di sebalik itu?


Ya...ini merupakan salah satu tanda kebesaran Allah dalam tumbuhan. Bukankah Allah Tuhan Yang Maha Kuasa telah berfirman: "dan bahwasanya Dialah yang menjadikan (makhluk) tertawa dan menangis," (Surah An-Najm: 43)


Nuffnang Ads

Juga di ayat yang lain Allah berfirman: "dan tidak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka," (Surah Al-Isra ': 44).


Fakta Ilmiah


Kini, dunia ilmiah mendapati bahawa tumbuhan juga mempunyai aktiviti pemikiran taraf tinggi. Satu penemuan yang paling terkenal dan berpengaruh adalah pada tahun 1960-an, seorang ahli elektronik CIA Amerika yang bekerja dalam bidang ujian pembohongan.


Dia menggunakan dua kutub instrumen elektrik yang disambungkan ke tubuh manusia melalui garis lengkung instrumen elektronik, ianya dapat  menganalisa sikap mental manusia. Pada awalnya, dia sama bukan lah bekerja berkaitan dalam bidang tumbuhan tetapi kajiannya terhadap jiwa tumbuhan cuma kebetulan.


Ketika pada tahun 1966, suatu hari dia menyiram tumbuhan di taman rumahnya dan pada ketika itu dia terfikir untuk menyambung alat pengesanan penipuan pada tumbuhan bagi melihat bagaimana reaksi tumbuhan itu. Dia menyambungkan alat pengesanan penipuan pada tumbuhan, kemudiannya dia menyiram air pada tumbuhan tersebut.


Apa hasilnya? hasil yang diperolehi membuatkannya terkejut kerana garis lengkung elektrik yang dipaparkan alat elektronik ini tidak seperti tekaannya. 


Didapati garis lengkung elektrik mengarah ke bawah, menggambarkan satu siri garis lengkung berbentuk gergaji yang rumit. Oleh kerana dia sendiri bekerja sebagai pengkaji jiwa manusia, dia tahu apabila orang sedang gembira akan ada reaksi seperti ini.


Maka, apabila dia mengetahui pada tumbuhan ini berlaku garis lengkung mengarah ke bawah, dia merasa sangat gembira. Dia merumuskan apabila sebatang tumbuhan boleh bertindak balas ketika disirami air, tentunya terdapat reaksi positif bagi tumbuhan. Dia sangat gembira dan terus ke jalan raya lalu melaung tumbuhan mempunyai perasaan, dan juga fikiran!


Maha Suci Allah yang telah menjadikan tanda kebesaran dan keesaan-Nya dalam segala sesuatu. 
 
Diterjemahkan dari sumber islampos / miracle of quran

Ragam berkahwin pada 12.12.12

Posted: 12 Dec 2012 06:30 PM PST

29 Muharram 1433H. [MOD] -

HONG KONG - Ribuan pasangan di Hong Kong, tanah besar China, India dan Asia Tenggara melangsungkan perkahwinan pada tarikh 12.12.12.

Pihak berkuasa di Hong Kong menyatakan seramai 696 pasangan melangsungkan perkahwinan semalam manakala di Singapura melibatkan 540 pasangan.

Sejumlah pasangan di tanah besar China turut berbaris untuk mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat pendaftaran perkahwinan.

Menurut laporan media, lebih 4,700 orang membuat permohonan untuk mendaftarkan perkahwinan di Pejabat Hal Ehwal Awam di Beijing. 

Di beberapa buah bandar Indonesia, terdapat ibu-ibu yang sanggup menjalani pembedahan bagi membolehkan anak mereka lahir pada tarikh 12.12.12.

Seramai 12 wanita, sebahagiannya berketurunan Cina menempah untuk dibedah awal di Hospital Bunda, Jakarta untuk melahirkan anak pada tarikh tersebut.

"Mereka (ibu-ibu) menyatakan mereka mahu melahirkan anak pada hari ini (semalam) kerana menganggap tarikh itu unik dan istimewa," kata jurucakap hospital tersebut, Samuel Robert.

Ratusan orang kelihatan berbaris di sebuah pejabat pendaftaran perkahwinan di Hong Kong dengan ramai pasangan sibuk bergambar dengan pakaian pengantin.

"Hari ini (semalam) merupakan amat istimewa dan kami boleh berkahwin sebelum 'hari kiamat' berlaku," gurau seorang pengantin lelaki, Raymond Ip.

Dia merujuk tentang hari kiamat yang diramalkan berlaku pada 21 Disember depan berdasarkan kalendar Maya.

Menurut Ip, tiada tarikh 13.13.13 menyebabkan dia menempah tarikh 12.12.12 untuk melangsungkan perkahwinan.

Menurut pengantin wanita, Terrance Fung, 29, tarikh 12.12.12 mempunyai keistimewaan kerana ia tarikh akhir untuk abad ke-21 yang mempunyai nombor yang sama.

Di Yogyakarta, Indonesia, seramai 12 pekerja berkahwin dengan pasangan masing-masing di sebuah kilang tebu.
Sementara itu, sistem komputer di pejabat daerah Bang Rak, Bangkok tidak dapat memproses permohonan perkahwinan yang terlalu banyak pada tarikh 12.12.12.

Menurut akhbar Bangkok Post, pengarah daerah itu, Ziachana Soodcharoen berkata, ramai pasangan yang menunggu sejak awal pagi di pejabat tersebut.

Pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan, pihak pejabat tersebut mengumumkan bahawa sistem komputer mengalami masalah kepada kumpulan bakal pengantin yang mahu mendaftarkan perkahiwnan.

Justeru, ramai pengantin terpaksa pergi ke daerah berdekatan untuk memperoleh sijil perkahwinan mereka.
Ramai pasangan yang mahu mendaftarkan perkahwinan di daerah Bang Rak itu kerana rak bermaksud cinta dalam bahasa Thailand.

Seorang pakar komputer di sebuah pejabat pentadbiran wilayah, Wichian Chidchanoknart berkata, komputer tersebut lambat memproses permohonan kerana jumlah pasangan yang mahu berkahwin pada tarikh tersebut terlalu ramai.

Di India, pasangan Brandon Pereira dan Emilia D'Silva dianggap paling bertuah kerana bertunang pada 10.10.10 dan mendaftarkan untuk perkahwinan secara sah pada 11.11.11 tetapi mengadakan majlis perkahwinan pada 12.12.12. 

Di selatan Filipina, Ronnel Piligrino dan Anna Marie Poblacion meraikan perkahwinan mereka dalam sebuah khemah perlindungan untuk mangsa-mangsa taufan Bopha di bandar Osmena.

Majlis perkahwinan itu diadakan walaupun penduduk masih belum pulih daripada kesan taufan tersebut yang melanda pada 4 Disember lalu.

Taufan itu membunuh 647 orang dan menyebabkan sektor pertanian mengalami kerugian sebanyak AS$210 juta (RM640.84 juta). - Agensi


Parlimen Indonesia Kecam Zainuddin Maidin Dan Utusan Malaysia

Posted: 12 Dec 2012 06:25 PM PST

29 Muharram 1433H. [MOD] -



DMetrotvnews.com, Jakarta: Rapat paripurna DPR, Selasa (11/12), diwarnai interupsi. Pernyataan mantan Menteri Penerangan Malaysia Zainuddin Maidin yang menjadi soal. 

Zainuddin menyebut mantan Presiden BJ Habibie dan Anwar Ibrahim sebagai anjing penjajah. DPR pun akan mengirim surat kecaman kepada Malaysia.

Teguh Juwarno, anggota DPR dari Fraksi Partai Amanat Nasional salah satu yang menginterupsi. "Koran (akhbar) Utusan Malaysia edisi 10 Desember 2012, seorang menteri penerangan Malaysia Zainuddin Maidin telah menulis dengan sangat vulgar di akhir kalimatnya mengatakan mantan Kepala Negara Indonesia Presiden Habbibie disamakan dengan Anwar Ibrahim sebagai anjing dari imperalisme, a dog of imperialism," ungkapnya.

Teguh menyatakan pernyataan Zainuddin tidak bisa dibiarkan. Sebab bagaimanapun Habibie pernah menjadi kepala negara yang patut dihormati dalam tata hubungan di ASEAN. "Ini tindakan yang harus diberi kecaman. Kita sebagai Parlemen perlu mengirim pernyataan keras dan tegas bahwa yang dilakukan seorang pejabat publik sekelas menteri di Malaysia betul-betul sudah menghina bangsa Indonesia," kata Teguh.

Pimpinan rapat paripurna Pramono Anung sepakat dengan pernyataan Teguh. "Kami usulkan DPR mengirim surat secara langsung pada PM Malaysia untuk memberi teguran dan kecaman sekaligus apakah disetujui?," tanya Pramono. Setuju jawab anggota DPR serentak.(Andhini)

Koran (Akhbar) Malaysia Sebut Habibie Pengkhianat dan Anjing Imperialisme

Jakarta, Indonesianway.com - Artikel Tajuk Rencana atau Editorial di sebuah akhbar milik Malaysia, 'Utusan Malaysia' yang terbit pada Isnin (10/12/2012) menyebut mantan presiden Indonesia, BJ Habibie sebagai 'pengkhianat bangsa' dan 'the dog of imperialism' atau terjemahannya, anjing imperialisme.

Artikel yang ditulis bekas Menteri Penerangan Malaysia Zainudin Maidin itu mengupas soal persamaan Habbibie dengan tokoh oposisi Anwar Ibrahim. Di salah satu bahagian tulisan itu dikatakan, Habibie merupakan sosok egois dan memualkan.

Akhbar ini merupakan salah satu media yang dikawal langsung oleh pemerintah Malaysia.

Zainuddin menuding Habibie sebagai "'Presiden Indonesia ketiga yang mencatatkan sejarah sebagai Presiden Indonesia paling tersingkat, tersingkir karena mengkhianati negaranya".

Selain itu, katanya, Habibie telah 'menggunting dalam lipatan' pemerintah Soeharto.

Apa yang dilakukan Habibie, menurut Zainudin, sama dengan yang dilakukan Anwar terhadap pemerintahan Mahathir Mohammad.

Ia mengatakan, Habibie menjadi pengkhianat bangsa dengan menuruti kehendak Barat untuk melepas Timor Timur. Sementara Anwar dituduh pengkhianat karena keinginannya menyerahkan persoalan ekonomi kepada IMF.

"Habibie sempat menjadi Presiden dan mengkhianati bangsa dan negaranya setelah menjadi Presiden, tetapi Anwar mahu menyerahkan negara ini kepada IMF dan New Imperialis sebelum sempat menjadi Perdana Menteri. Allah telah menyelamatkan rakyat Malaysia," tulisnya.

Ia pun menyebut, "Pada hakikatnya mereka berdua tidak lebih daripada "The Dog Of Imperialism."

Untuk diketahui, memang Habibie dan Anwar memiliki kedekatan. Anwar — yang hendak mengikuti Pilihanraya Umum Malaysia 2013 — mengundang Habibie berbicara ke Universitas Selangor pada Kamis, (6/12/2012) lalu. Sementara pada Rabu, (28/11/2012), Anwar datang ke Jakarta untuk menghadiri 'Celebrating The Habibie Center's 13th Anniversary and Democracy Take-Off? The BJ Habibie Period.
(RD)

kelab grennboc/-


KEADILAN desak Zainudin mohon maaf pada Habibie dan Anwar

Posted: 12 Dec 2012 06:20 PM PST

29 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 12 Dis: Bekas Menteri Penerangan, Zainudin Maidin digesa memohon maaf kepada mantan Presiden Indonesia, BJ Habibie dan Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran kenyataan dangkal dan fitnah beliau terhadap kedua-dua pemimpin ini seperti dilapor akhbar kawalan Umno, Utusan Malaysia.

"KEADILAN mendesak Zainuddin segera memohon maaf secara terbuka kepada kedua-dua tokoh ini. Kepimpinan Umno juga perlu tegas menzahirkan rasa kesal di atas keterlaluan dan sikap keji yang digambarkan melalui kenyataan tersebut," kata Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dalam kenyataan hari ini.

Mengecam keras, Azmin berkata, KEADILAN tidak terkejut dengan kenyataan Zainuddin kelmarin bertajuk 'Persamaan B.J. Habibie dengan Anwar Ibrahim' kerana ia ditulis oleh orang yang dibesarkan dalam Utusan, akhbar picisan milik Umno yang tidak langsung menjana pemikiran rakyat, tetapi sentiasa menjadi alat untuk menghambur fitnah.

"Adalah tidak salah untuk kita menyatakan Zainudin sedang menghidap 'Sklerosis Intelek' yang kronik sebagaimana sebahagian besar pimpinan Umno lain.

"Malah sikap yang dinyatakannya adalah budaya politik lazim Umno yang hanya akan menyerang keperibadian individu dan menabur fitnah tanpa batasan.

"Rencana tersebut amat memalukan lantaran beliau menggambarkan prasangka keji kepimpinan Umno terhadap Indonesia," kata Ahli Parlimen Gombak itu.

Zainuddin melahirkan rasa kesal dan mempertikaikan kenapa Habibie dipanggil untuk memberi syarahan di negara ini kerana beliau adalah pengkhianat kepada politik Indonesia termasuk kepada bekas presiden Suharto.

Kata Zainuddin, Habibie adalah orang yang menjadi gunting di dalam lipatan terhadap Suharto. Beliau juga mengatakan

kependekan tempoh Habibie menjadi presiden Indonesia selama setahun setengah disebabkan rakyat Indonesia menolak Habibie.

Azmin berkata, kenyataan Zainuddin itu akan mempersulit hubungan dua hala Malaysia-Indonesia kerana ia adalah manifestasi kepada sikap saling hormat-menghormati dan kesedaran bahawa negara ini punya akar budaya yang mengikat antara satu sama lain di samping faktor ekonomi.

Tambah beliau, hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia melangkaui sempadan geografi malah persaudaraan antara dua negara berteraskan ikatan serumpun yang akrab dari sudut budaya dan agama.

Beliau menyifatkan, Habibie seorang reformis dan intelektual bangsa yang berjaya mengubah hala tuju pentadbiran negara ke arah sebuah sistem demokratik dengan memerdekakan rakyat dari belenggu pemikiran dan hegemoni sempit.

Sebagai negarawan, kata Azmin, Habibie juga seorang yang peduli rakyat dan memiliki semangat setiakawan yang luhur.

"Saya sendiri menyaksikan secara dekat betapa bapak Habibie dan isteri, Almarhumah Ibu Ainun begitu prihatin semasa Datuk Seri Anwar menjalani rawatan di Munich, Jerman pada 2004," kata Azmin.

"Hal ini menjelaskan betapa akrab hubungan keluarga kedua-dua tokoh yang turut memperkukuh hubungan dua hala Malaysia Indonesia," sambungnya.

keadilan/-

Bapa kejam gila

Posted: 12 Dec 2012 06:00 PM PST

29 Muharram 1433H. [MOD] -
 

GANAS...gambar yang diambil daripada video di facebook menunjukkan bapa membelasah anaknya.

GANAS...gambar yang diambil daripada video di facebook menunjukkan bapa membelasah anaknya.
KLANG: "Kau memang degil, tak hormat orang tua! Kalau aku tumbuk kau muntah tak? Kenapa kau tak suka dengar cakap orang?" 

Itu antara dialog seorang lelaki sebelum memukul, menumbuk dan menendang serta menampar seorang kanak-kakak lelaki berusia lingkungan dua tahun dipercayai anaknya yang rakaman videonya tersebar luas menerusi facebook.

Kejadian di rumah mereka di Taman Mas, Kapar, di sini, dipercayai berlaku kira-kira dua bulan lalu sebelum dirakam dan dimuat naik ke facebook oleh isteri pertama lelaki itu minggu lalu.

Difahamkan, mangsa adalah anak hasil perkahwinan lelaki berusia 32 tahun itu yang bekerja sebagai mekanik dengan isteri keduanya. Video dengan durasi 8 minit 33 saat itu memaparkan mangsa dibelasah bapanya tanpa belas kasihan.

Mangsa turut diangkat sebelum dilempar ke atas lantai. Suspek juga tidak mengendahkan mangsa yang menangis kesakitan dan ketakutan, sebaliknya terus membelasahnya tanpa belas kasihan termasuk menggunakan senduk dan selipar.

metro/-

Pembangkang Syria dapat sokongan antarabangsa

Posted: 12 Dec 2012 05:50 PM PST

29 Muharram 1433H. [MOD] -


Lebih daripada 100 negara telah mengiktiraf pakatan pembangkang Syria yang baru, membuka jalan untuk bantuan yang lebih besar kepada pasukan yang berjuang untuk menggulingkan Presiden Bashar al-Assad, termasuk bantuan tentera.

Sokongan terhadap Pakatan Kebangsaan Syria, yang diasaskan di Qatar November lalu, telah diberikan ketika persidangan antarabangsa "Friends For Syria" di Maghribi Rabu lalu.

Pembangkang mendapat tekanan antarabangsa untuk mewujudkan satu badan yang lebih teratur dan wakil untuk menerima apa-apa bantuan yang diberikan oleh negara-negara asing.

Walaupun pakatan pembangkang mengalu-alukan langkah itu, mereka berkata mereka sedang mencari sokongan politik dan kewangan yang lebih nyata dan mereka mahu ahli-ahli kerajaan Assad dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Pengiktirafan antarabangsa kepada pembangkang Libya memberi rangsangan yang besar dalam pertempuran menentang Muammar Gaddafi tahun lepas, yang kemudiannya disokong oleh serangan udara Barat.

Campur tangan ketenteraan berkemungkinan tidak wujud dalam kes Syria, di mana Syria mempunyai sokongan yang kuat dari Rusia, China dan Iran.

Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius berkata mesyuarat di Marrakesh menunjukkan "kemajuan yang luar biasa".

Beliau berkata bahawa Kesatuan Eropah kini memperbaharui embargo senjata ke atas Syria setiap tiga bulan, bukannya setiap tahun, untuk menjadi lebih fleksibel seiring dengan apa yang berlaku di medan pertempuran.

"Hakikat bahawa pakatan, yang meminta hak untuk mempertahankan dirinya, kini diiktiraf oleh seratus negara - dengan semalam Amerika Syarikat menyokong selepas Perancis memulakannya - Saya rasa ini adalah sesuatu yang amat penting." (aljazeera.com)

harakahdaily/-

Syahid 16 Tahun Lalu, Jenazah Seperti Baru Dikebumikan

Posted: 12 Dec 2012 05:40 PM PST

29 Muharram 1433H. [MOD] -


Khalil al-Syarif - Khalil meninggal dunia pada 16 tahun yang lalu. Dia berasal dari Palestin. Dia syahid ketika sedang menentang tentera yahudi laknatullah.

Dulu kawasan kubur Khalil tanpa sengaja tergali. Sudah menjadi kebiasaan di Palestin menyatukan jenazah para syuhada di kubur yang sama.

Juga menjadi kebiasaan di Timur Tengah dan Arab mengebumikan jenazah di liang lahad yang telah lama digunakan.

Namun, semua orang terkejut apabila mereka mendapati jenazah Khalil yang tidak dimamah oleh tanah dan masih utuh.

Jenazahnya bahkan seperti baru sahaja dikebumikan satu jam lalu.

Satu jari telunjuknya tegak, seperti orang tengah melakukan tasyahud dalam solat.

Detik Islam

Tiada ulasan:

Nuffnang