Khamis, 13 Disember 2012

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Ramai Rakyat Sabah Tiada Pengenalan Diri

Posted: 13 Dec 2012 01:00 AM PST

PETALING JAYA: Warga yang tidak mempunyai kad pengenalan bukan sahaja berlaku di kalangan masyarakat keturunan India tetapi juga kepada rakyat Sabah terutama dari kawasan pendalaman.
Ia juga berlaku kepada masyarakat  orang Asli, kata beberapa aktivis masyarakat.

Aktivis masyarakat di Sabah, Androd Sadian berkata, masalah rakyat negeri itu yang tidak mempunyai pengenalan diri berada dalam keadaan serius.

Beliau mendakwa, tidak ada pihak kerajaan untuk memberikan kad pengenalan kepada mereka yang tinggal di kawasan pendalaman.

"Pada tahun-yahun 1960-an, kerajaan masuk kampung untuk memberikan kad pengenalan kepada mereka.

"Kini tidak ada usaha sedemikian rupa," tambah beliau yang juga seorang blogger.

Androd berkata, rakyat tempatan di kawasan pendalaman sukar pergi ke pejabat jabatan pendaftaran negara kerana masalah perhubungan dan pengangkutan.

Katanya, mereka terpaksa berjalan kaki dengan jarak berpuluh batu, malah ada yang sejauh 50 batu dengan naik dan turun bukit.

Beliau, hanya kenderaan pacuan empat roda yang boleh sampai ke perkampungan mereka.
`Surat sumpah'

"Manakala, pihak sekolah masih menerima anak-anak mereka belajar dengan menggunakan surat sumpah yang dibuat oleh ketua kampung.

"Tetapi jumlah yang tidak mempunyai pengenalan itu semakin ramai. Jika keluarga itu besar, makin ramailah yang tidak ada pengenalan diri," tambah beliau lagi.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah,  Jaffear Henry dilaporkan berkata, lebih 50,000 rakyat Sabah yang miskin tidak memiliki MyKad disebabkan mereka tinggal terpencil di pedalaman dan menghadapi masalah perhubungan.

Sementara itu, ketua biro orang Asli PKR, Suhaimi Said ketika dihubungi memberitahu, "ramai orang Asli di Pahang yang tidak ada kad pengenalan."

"Orang Asli yang tua, mereka kata tidak mahu kad pengenalan kerana mereka hanya duduk di kampung penempatan.

"Mereka tidak keluar ke bandar atau pun mengundi. Tetapi orang muda memerlukan kad pengenalan," tambah aktivis masyarakat itu.

Manakala Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah,  Jaffear Henry berkata, lebih 50,000 rakyat Sabah yang miskin tidak memiliki MyKad disebabkan mereka tinggal terpencil di pedalaman dan menghadapi masalah perhubungan.

Sumber: FreeMalaysiaToday

Samseng MIC Didakwa Serang Peserta Himpunan Duduk Bantah 12-12-12

Posted: 12 Dec 2012 01:00 AM PST

PUTRAJAYA, 12 DIS : Sekumpulan 30 samseng yang didakwa anggota MIC bertindak menyerang pemimpin Pakatan Rakyat(PR) di Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya pagi tadi.

Insiden ini berlaku selepas pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai Naib Presiden PKR, N Surendran dibenarkan masuk bertemu Pengarah JPN Malaysia, Datuk Jariah Mohd Said berhubung masalah perolehan rakyat negara ini yang masih menggunakan kad pengenalan merah.

Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng menjadi mangsa tindakan agresif anggota kumpulan berkenaan sehingga ditolak pada bahagian badan ekoran perasaan tidak senang terhadap gerak kerja yang dilakukan pemimpin PR.

Surendran yang ditemui pada sidang media nyata kesal dengan kejadian berkenaan dan menuntut penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

"Polis secara sengaja membenarkan samseng-samseng daripada MIC masuk menyerang kita apabila kita keluar sahaja bilik pengarah Datuk Jariah.

"April kita datang ke Jabatan Perdana Menteri (JPM), kami diserang dan hari ini sekali lagi.

"Apa yang mengejutkan polis bersekongkol dan membenarkan mereka menyerang kami," katanya

Berhubung kad pengenalan, beliau meminta JPN membuat pertimbangan segera agar masalah ini dapat diselesaikan selain bersedia untuk memberikan kerjasama.

"Kita kecewa apabila Datuk Jariah berkata akan memberikan borang permohonan untuk warganegara kepada mereka. Kita bantah.

"Setelah kita jelaskan akhirnya pihak JPN bersetuju mengeluarkan borang permohonan kad pengenalan sahaja kerana mereka sudahpun warganegara," katanya.

Hampir 300 pemohon hadir di Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya sempena dengan 'Himpunan Duduk Bantah 12-12-12′.

Mereka mula berkumpul di perkarangan tempat letak kereta sebelum berarak dan tiba di hadapan Gerbang Utama Jabatan Pendaftaran Negara pada jam 11.20 pagi.

Keadaan agak tegang ekoran penutupan pintu utama namun keadaan diredakan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad selepas sepuluh orang wakil pimpinan PR dibenarkan masuk berbincang.

Hasil perbincangan menyaksikan JPN bersedia menyediakan lebih daripada empat kaunter pemprosesan maklumat mereka yang belum memiliki kad pengenalan biru bagi tujuan semakan dan pendaftaran.

Antara pimpinan PR yang hadir termasuklah Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa, Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan beberapa Adun Selangor serta wakil parti komponen Pakatan Rakyat.

Sumber: Selangorku

Tiada ulasan:

Nuffnang