PAS Kuala Kangsar hilang seorang ahli yang gigih. Posted: 06 Aug 2013 05:21 AM PDT 28 Ramadhan 1434 H. [MOD] -KUALA KANGSAR : PAS Kawasan Kuala Kangsar kehilangan seorang yang gigih dalam menyumbangkan bakti bagi menggerakkan jentera PAS di Kuala Kangsar khususnya di dalam DUN Manong. Sebelum berbuka puasa hari ini saya menerima berita duka dengan kembalinya kepangkuan Ilahi individu yang saya sering panggil dengan nama Abang Zali atau Haji Zali.(Gambar berbaju merah) Beliau adalah seorang pesara tentera yang tinggal di Kampung Kenas Manong.
Sebelum itu saya menerima SMS mengenai kedudukan kesihatannya yang agak tenat dan minta saya menziarahi kalau sempat. Kebetulan saya ada jadual Sembahyang Terawih dan Tazkirah di Kuala kangsar pada hari ini dan merencanakan selepas itu akan menziarahinya bersama isteri.
Namun hajat tidak kesampaian, malam ini saya dan isteri akan menziarahi jenazahnya.
Selama saya berkerja untuk memenangkan PAS dalam PRU ke 13 di Kuala Kangsar dalam hamipir tempoh 2 tahu, Almarhumlah antara seorang yang saya kagum dengan kegigihanya untuk ikut serta dalam apa saja program kepartian.
Gambar kenangan di atas adalah semasa saya bersama rombongan berkempen sambil berbasikal untuk DUN Bukit Chandan. Kami dijamu makan tengah hari di mesjid Bendang Kering. Walaupun dia tinggal dalam DUN Manong namun dengan semangat juangnya yang gigih dia sering ikut program kempen yang kami anjurkan.
Walaupun bertaraf seorang OKU yang cedera dalam satu serangan pengganas semasa berkerja sebagai tentera namun itu bukan halangan baginya.
Seingat saya apa saja program yang penting di peringkat kawasan dia sering kelihatan disamping sering menghadirkan diri dalam program pengajian yang diadakan di Surau Muhamaddiyah Bukit Chanda,
Terakhir saya bertemu beliau pada 3 ogos lepas dalam satu program berbuka bersama anak yatim \di Kampung ketior Luar dalam DUN Manong.
Malam itu dia mengaku dia tidak sihat dalam perbualan agak panjang bersamanya. Dia datang dengan kenderaan dipandu oleh isterinya. Katanya dia telah berjumpa dengan doktor dan mendapat rawatan yang sewajarnya.
Semuga isteri dan seluruh isi keluarganya banyak bersabar dalam menempuh ujian ini.
Marilah kita berdia moga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh .....Al Fatihah |
Didik Chetz, bukan hukum di media Posted: 06 Aug 2013 03:36 AM PDT 28 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Tuan Ibrahim Tuan Man Pelatih anjing Maznah "Chetz" Yusof perlu dididik bukannya dihukum. Islam tidak terhina kerana video Chetz, kerana ia tidak bertujuan begitu.
Chetz mungkin seorang yang tidak tinggi ilmu agamanya. Video memuatkan video tersebut juga bukan untuk menghina sesiapa, tapi kerana ketaksuban beliau dalam menyayangi anjing sehingga seolah-olah beliau inginkan anjingnya dimuliakan sama dengan kita memuliakan manusia.
Ini cuma satu kelakuan yang jahil, yang boleh diperbetulkan tanpa mengenakan sebarang hukuman.
Wajarkah Chetz dicemuh sebegitu rupa di media sehingga menimbulkan kemarahan melampau pada beliau seolah-olah beliau sebagai seorang manusia yang tidak pernah melakukan apa-apa kebaikan?
Sebagai pelatih anjing, diyakini sekurang-kurangnya Chetz pernah menyelamatkan sebilangan anjing-anjing yang sedang kebuluran dan pernah berkata-kata baik dan melakukan benda baik dalam hidupnya, dan ada orang yang pernah mendapat kebaikan daripada sifat baiknya itu. Atas nilai ini sahaja wajar dipuji kerana majoriti manusia di dunia ini tidak lagi boleh bersifat sedemikian.
Jika binatang yang dipilih Chetz ialah kucing, dan bukannya anjing, sudah tentu Chetz tidak dicemuh sebegitu rupa. Salahkah Chetz lebih menyayangi anjing?
Tak salah orang Islam memiliki anjing, tapi mesti kena pada caranya dan mengenali cara untuk menghindari diri daripada perkara yang haram dan belajar membersihkannya menurut kaedah syarak. Harus diingat memegang anjing bukan suatu dosa walaupun ia adalah najis mughalazah. Perkara ini boleh dididik apabila mendapati ada umat yang jahil mengenainya, tapi jangan sesekali disamakan kelakuan jahil itu dengan niat menghina Islam.
Tidak dinafikan ada umat Islam yang tersinggung dengan perbuatan Chetz, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini.
Sempena Hari Raya yang bakal menjelang, saya mengesyorkan agar umat Islam di Malaysia yang tersinggung dengan perbuatan Chetz untuk memaafkan beliau.
Mungkin ada pihak yang baik hati boleh memuatkan pula satu video untuk mengajar umat Islam mengenai anjing, dan cara membersihkan najisnya untuk tujuan mendidik daripada terus mencemuh Chetz.
Barangkali juga kalau ada yang sanggup mengambil risiko untuk memuatkan video seseorang Muslim menerima duit rasuah lalu diambilnya duit itu untuk memberikan sedekah kepada mereka yang susah dan alim, dan melihat apakah ia akan menimbulkan reaksi yang sama seperti video Chetz?
Jika ya, bagus, kerana ini menunjukkan perubahan pada umat Islam untuk melihat perkara yang haram pada nada yang sama. Jika tidak, tepuk dada tanya iman, apakah sikap dwi-standard umat Islam pada perkara yang haram ini telah menghina Islam itu sendiri kerana melanggar syariat Islam yang utama ialah berlaku adil dalam semua perkara?
Sudah tentu rakyat masih ingat bagaimana tiada reaksi pelbagai institusi agama yang kini mengecam Chetz terhadap segelintir pemimpin BN, seperti Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang pernah menghina Islam.
Apakah bilamana pemimpin negara yang melakukannya maka ianya dibolehkan tetapi apabila rakyat marhaen yang melakukannya seluruh media dan institusi agama mengecamnya? Mari kita didik rakyat agar lebih memahami tuntutan agama dari kita mencemuh mereka.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.
Ketua Penerangan PAS Pusat 6 Ogos 2013 |
Kes Tembak Hussain Najadi: Dua Wanita Ditahan, Polis Buru Seorang Lagi Suspek Posted: 06 Aug 2013 03:34 AM PDT 28 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Dua wanita pemegang amanah kuil Kuan Yin di Jalan Ceylon di sini ditahan dan sedang disoal siasat untuk menjelaskan motif pembunuhan pengasas Bank Arab-Malaysia Hussain Ahmad Najadi yang mati ditembak di di tempat letak kereta kuil tersebut pada 29 Julai lalu. Kedua-dua wanita itu ditahan kira-kira pukul 1.30 petang pada Isnin dekat kuil tersebut. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata polis turut memburu seorang lagi suspek, Kong Swee Kwan, 44. Beliau berkata demikian pada sidang media di sini Selasa. Katanya, suspek dikenal pasti berdasarkan soal siasat polis terhadap dua yang lain termasuk seorang pemandu teksi yang masih ditahan reman. Pada Isnin, polis turut menahan seorang lelaki berusia 42 tahun yang dipercayai bersama dengan pemandu teksi tersebut ketika kejadian. Polis menyerbu rumah suspek di Selangor pada pagi Isnin tetapi dia tiada di rumahnya. Lelaki tersebut menyerah diri di balai polis pada pukul 10 malam Isnin. Ku berkata, siasatan mendapati Hussain membantu melindungi kepentingan kuil itu dalam rundingan perjanjian tanah yang sedang diadakan. Kuil tersebut terletak dalam tanah yang terlibat dalam perjanjian itu. Hussain Najadi, 75, mati dan isterinya Cheong Mei Kuen, 49, cedera apabila mereka ditembak dari jarak dekat di tempat letak kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon pada 29 Julai lalu.
|
Exco, Adun P.Pinang Isytihar Aset Kepada Umum Posted: 06 Aug 2013 03:33 AM PDT 28 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Lim Guan Eng, Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat pada Selasa mengisytiharkan aset mereka kepada umum. Beberapa salinan deklarasi aset 11 anggota exco termasuk Lim dan 19 Adun diedarkan kepada pemberita pada sidang media di Komtar. Lim berkata butiran aset itu termasuk hartanah, pelaburan dan kenderaan sehingga 5 Mei tahun ini. Deklarasi itu akan dimuat naik ke dalam laman web rasmi kerajaan negeri itu pada Rabu. "Kami mengotakan janji dan melaksanakan manifesto kami. Kami telah berjanji bahawa deklarasi itu turut akan melibatkan Adun. "Sekarang hanya negeri ini saja yang melakukannya. Kami turut meminta negeri lain supaya mengamalkan pendekatan ini," katanya. Lim berkata Adun dari Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang amat dialu-alukan untuk mengisytiharkan aset mereka dan kerajaan negeri sedia membantu mereka. Firma audit, Grant Thornton telah dilantik oleh kerajaan negeri itu menguruskan perkara tersebut. |
Individu Dakwa Dirinya 'Agong' Dan 'Permaisuri' Antara Ditahan Cuba Masuk Istana Posted: 06 Aug 2013 03:31 AM PDT 28 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Mereka yang mendakwa dirinya sebagai "agong", "permaisuri agong" dan "anakanda agong" merupakan antara sekumpulan 10 individu yang ditahan kerana cuba memasuki Istana Negara di Jalan Duta. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan mendapati lelaki yang berusia 40 tahun itu mendakwa sebagai "Yang di-Pertuan Agong yang sah". "Kedua-dua wanita yang ditahan dengan kumpulan adalah isteri kepada 'pemimpin' yang berusia 52 tahun dan anak perempuan mereka berumur 11 tahun. "Kami telah menahan kesemua mereka untuk membantu siasatan lanjut," katanya pada sidang media di sini, Selasa. Ku berkata, pemeriksaan ke atas dokumen-dokumen yang dirampas daripada kenderaan mereka mendedahkan terdapat beberapa dokumen yang berasal dari Filipina. |
APMM rampas mercun, bunga api bernilai RM80,000 Posted: 06 Aug 2013 03:27 AM PDT 28 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
TUMPAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pengkalan Kubor mematahkan penyeludupan pelbagai jenis mercun dan bunga api dianggarkan bernilai RM80,000 di perairan Kuala Besar, Kota Baharu, awal hari ini.
Ketua Penguatkuasa Maritim Kelantan, Kapten Maritim Wan Burhanuddin Jusoh berkata bahan itu ditemui dalam sebuah bot pancung pada 3 pagi selepas ditinggalkan penyeludup yang melarikan diri dengan sebuah bot lain.
"Bot pengawal APMM terserempak dengan dua bot pancung dan mengejar mereka sebelum satu daripadanya yang sarat dengan mercun dan bunga api ditinggalkan di perairan cetek Kuala Besar.
"Pemandu bot itu bagaimanapun meloloskan diri bersama sebuah lagi bot," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata bot dan bahan yang dirampas itu akan diserahkan kepada pihak Kastam.
APMM, katanya, akan meningkatkan kawalan di sempadan perairan negara sepanjang musim perayaan bagi membantu pihak berkuasa mencegah aktiviti penyeludupan dna keselamatan negara. - BERNAMA |
Mesej rahsia Al-Qaeda sebabkan kedutaan AS ditutup Posted: 05 Aug 2013 10:34 PM PDT 28 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
WASHINGTON 6 Ogos - Amaran berjaga-jaga ke atas serangan pengganas di seluruh dunia sehingga menyebabkan 19 Kedutaan Amerika Syarikat (AS) ditutup di beberapa negara Islam adalah berpunca daripada mesej rahsia ketua al-Qaeda di Pakistan yang dihantar kepada rakan sejawatnya di Yemen.
Dalam mesej daripada Ayman al-Zawari, pemimpin yang menggantikan Osama bin Laden kepada Nasser al-Wuhayshi, Ketua al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) itu, Zawari mengarahkan serangan besar dilancarkan.
Seorang pegawai perisikan AS dan diplomat di Asia Barat berkata, mesej yang dihantar pada beberapa minggu lalu itu bagaimanapun berjaya dipintas oleh mereka, sekali gus mengundang amaran berjaga-jaga ke seluruh dunia.
Pegawai perisikan AS sebelum ini menyifatkan perbualan itu sebagai 'sangat penting' yang sama seperti mesej yang berjaya dipintas sehari sebelum serangan 11 September. - AGENSI
|
Doktor wanita terlibat Syiah ditahan di Taiping Posted: 05 Aug 2013 10:32 PM PDT 28 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) menahan dua individu, termasuk seorang doktor wanita, di Kamunting, Taiping hari ini kerana terlibat dengan fahaman serta ajaran Syiah.
Pengarah JAIPK Datuk Mohd Yusop Husin berkata mereka yang ditahan ialah Dr Nur Azah Abdul Halim, 41, dan Mohammad Ridzuan Yusof, 51.
Dr Nur Azah ditahan di Medan Kamunting, Taiping manakala Mohammad Ridzuan ditahan di sebuah premis di Kampung Klian Pauh Baru, Jalan Kamunting Lama, Taiping dalam serbuan yang bermula pukul 11.25 pagi.
"Dalam serbuan itu, JAIPK merampas buku, cakera padat (CD) dan poster," katanya melalui khidmat pesanan ringkas.
Beliau berkata mereka ditahan mengikut Seksyen 16, Enakmen Jenayah Perak 1992 iaitu mengingkari fatwa mufti kerana memiliki buku dan dokumen berkaitan Syiah.
- Bernama |
Ahli Parlimen Bukit Katil antara didakwa berhubung Blackout 505 Posted: 05 Aug 2013 10:30 PM PDT 28 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan dua lagi didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini berhubung perhimpunan 'Blackout 505' pada Jun lalu.
Shamsul Iskandar, 39, yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Timbalannya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, 36, dan Naib Ketua, Mohd Nazree Mohd Yunus, 29, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.
Mereka didakwa menyertai perhimpunan yang diadakan di tempat larangan iaitu dalam perkarangan Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya di sini antara 12 tengah hari dan 1.15 tengah hari pada 22 Jun.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan masing-masing dibebaskan dengan bon jaminan RM2,000 tanpa cagaran dan menetapkan 23 September untuk pengurusan kes.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Huda Aini manakala Shamsul Iskandar diwakili peguam Yusmadi Yusoff manakala Khairul Anuar dan Mohd Nazree diwakili peguam A Jeyaseelen.
- BERNAMA |
Ahli Parlimen Bukit Katil antara didakwa berhubung Blackout 505 Posted: 05 Aug 2013 10:29 PM PDT 28 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan dua lagi didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini berhubung perhimpunan 'Blackout 505' pada Jun lalu.
Shamsul Iskandar, 39, yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Timbalannya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, 36, dan Naib Ketua, Mohd Nazree Mohd Yunus, 29, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.
Mereka didakwa menyertai perhimpunan yang diadakan di tempat larangan iaitu dalam perkarangan Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya di sini antara 12 tengah hari dan 1.15 tengah hari pada 22 Jun.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan masing-masing dibebaskan dengan bon jaminan RM2,000 tanpa cagaran dan menetapkan 23 September untuk pengurusan kes.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Huda Aini manakala Shamsul Iskandar diwakili peguam Yusmadi Yusoff manakala Khairul Anuar dan Mohd Nazree diwakili peguam A Jeyaseelen.
- BERNAMA |
MAS mulakan perkhidmatan ke Dubai Posted: 05 Aug 2013 10:27 PM PDT 28 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
SEPANG: Malaysia Airlines (MAS) memulakan penerbangan hariannya ke Dubai, dengan penerbangan pertama berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada jam 11.30 malam tadi.
Pengarah Komersil MAS Dr Hugh Noel Dunleavy berkata, Dubai ialah hab pelancongan, perdagangan dan logistik, selain reputasinya sebagai gerbang antara Timur dan Barat.
Beliau berkata, kediaman bagi hanya lebih dua juta penduduk dan lebih 200 masyarakat pelbagai negara, Dubai merupakan antara bandar raya kosmopolitan di dunia.
"Menerusi pusat membeli-belah bertaraf dunia dan kemudahan santainya, Dubai merupakan destinasi popular untuk perniagaan dan santai," katanya kepada Bernama pada resepsi ringkas pada pelancaran perkhidmatan itu di KLIA malam tadi.
"Dalam pada kami meluaskan rangkaian, kami mahu menyiapkan diri dengan produk dan perkhidmatan yang lebih baik untuk pelanggan setiap kali mereka terbang dengan kami.
"Tumpuan kami ialah kepuasan pelanggan sepenuhnya," katanya.
Sementara itu, MASholidays, sayap perjalanan dan kembara MAS, juga menawarkan dua pakej perjalanan ke Dubai sempena pelancaran perkhidmatan syarikat penerbangan negara itu ke ibu negara Emiriah Arab Bersatu itu. Pelanggan boleh memilih dua pakej itu iaitu sama ada pelepasan secara kumpulan atau individu.
Pakej lima hari dan pakej tiga malam itu masing-masing ditawarkan pada harga RM3,499 dan RM2,840, bagi pelepasan pada tarikh penerbangan sulung.
Menerusi pakej itu, mereka akan dibawa melawat beberapa mercu tanda yang menjadi ikon di Dubai, termasuk Burj Khalifa yang sangat terkenal.
Pesawat Boeing 777-200 dengan dua konfigurasi digunakan untuk laluan Kuala Lumpur - Dubai - Kuala Lumpur itu menawarkan kapasiti tempat duduk sebanyak 282 bagi setiap penerbangan atau bersamaan 3,948 tempat duduk seminggu. - BERNAMA |
10 lelaki beragama Islam ditahan makan pada bulan Ramadan Posted: 05 Aug 2013 10:25 PM PDT 28 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
IPOH: Seramai 10 lelaki beragama Islam berusia antara 55 hingga 70 tahun ditahan kerana makan di sebuah kedai makanan Cina di Pasir Putih, di sini.
Kesemua mereka ditahan dalam serbuan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) ke kedai makan berkenaan yang menjadi tumpuan kaki ponteng puasa jam 11.10 pagi tadi.
Ketua Pegawai Penguatkuasa JAIPk, Ahmad Nizam Amiruddin, berkata kesemua lelaki berkenaan diambil keterangan dan disaman mengikut Seksyen 24 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Perak.
Katanya, tangkapan terbaru itu menjadikan bilangan umat Islam yang ditangkap atas kesalahan itu di Perak sepanjang Ramadan kepada 30 orang, meningkat berbanding hanya 18 ditahan tahun lalu. BH.- |
Perutusan Idul Fitri Presiden Pas : Ramadhan , Syawal membina jati diri Posted: 05 Aug 2013 07:30 PM PDT 28 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.
Saya ucapkan selamat Hari Raya ' Idulfitri bagi pihak PAS kepada seluruh ahli dan penyokong, juga kepada umat Islam dengan kita menyambut hari yang mulia kurniaan Allah SWT bersempena ibadat puasa sebulan yang telah ditunaikan.
Bukan sahaja dilihat dari sudut Hari rayanya, bahkan dilihat juga dari segi besarnya ibadat Puasa Ramadan. Oleh kerana itulah, ditutup dengan hari raya yang sangat mulia.
Ini menandakan kesyukuran kira kepada Allah SWT, yang mengurniakan nikmat Islam dan nikmat Ramadan yang mendidik kita membina jati diri orang-orang IOslam sehingga mencapai martabat kepada Allah SWT yang menjadi penentuan dan pengukuran martabat diri manusia di sisi Allah SWT.
Ini kerana Allah Taala mengukur manusia bukan berdasarkan kepada baka dan keturunan, kaya dan miskin, pangkat dan warna kulit. Ukurannya ialah sejauh mana ketakwaan kita kepada ALLah SWT ialah yang paling bertakwa kepada Allah SWT. Firman Allah Taala yang bermaksd .
" Sesunggunhnya semulia mulia manusia di sisi Allah SWT ialah yang palaing bertakwa kepada Allah" Ketakwaan ini bukan sahaja kita mengikut perintah Allah, dalam hubungan kita dengan Allah SWT. Bahkan , hukum Allah yang terkandung dakam ajaran Islam, dalam al-Quran yang diajart oleh Nabi Muhammad SAW.
Allah Taala amat mengetahui , Dia(Tuhan) yang mencipta alam ini. Maka semua arahan yang ada dalam Islam adalah baik. Ibadah puasa mengajar kita menerima semua arahan yang ada dalam ajaran Islam.
Dengan sebab itu , sekiranya kita melaksanakan semua perkara itu akan membina jatidiri kita, yang mengeratkan hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia serta hubungan dengan alam sekeliling kita. Bukan saja kita bertakbir pada hari raya dan dalam masa yang sama kita menghayati kebesaran Allah melalui Takbir.
Dan Akhirnya, saya mengaharapkan supaya kita menyambut hari raya dengan khusyuk, dengan senang, dengan aman dan dengan cara yang tidak melampaui batas . Allah Taala mengajar kita supaya bersedehana dan tidak melampaui batas. Bukan sahaja dalam makan minum kita , pakaian kita, termasuklah dalam perjalanan kita.
Saya mengingatkan yang berjalan menuju ke destinasi yang jauh supaya dapat menjaga keselamatan di Jalanraya. Tidak gopoh, bawa kenderaan dengan cermat, dengan teliti kerana itu semua adalah dari ajaran Islam, sementara Gopoh pula adalah dari ajaran dan amalan syaitan.
Dan akhirnya , saya doakan supaya Allah Taala memberkati kehidupan kita dan sentiasa memberi pertunjuk kepada kita sehingga kita bertemu dengan Allah dalam keadaan yang diredhaiNya serta hari pertemuan kita dengan Allah adalah hari yang paling bahagia.
Salam hormat, selamat hari raya 'Idulfitri 1434.
YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Presiden PAS |
Kelantan ketengah muka baru Penyelia Dun Posted: 05 Aug 2013 04:14 PM PDT 28 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
KOTA BHARU: Bagi memudahkan perkhidmatan kepada rakyat di kawasan dimenangi BN pada pilihan raya umum lalu, kerajaan negeri melantik penyelia Dun dan Parlimen di kawasan terbabit.
BN dan Umno juga melantik penyelaras di 33 Dun dan sembilan kawasan parlimen di Kelantan yang dimenangi Pakatan Rakyat. Mesyuarat Exco kerajaan negeri baru-baru ini meluluskan pelantikan tersebut bagi membolehkan mereka berkhidmat kepada rakyat, sebagai wakil kerajaan negeri.
Mereka terdiri daripada calon-calon yang tewas PRU lalu dan muka baru.
Bekas-bekas calon yang dikekalkan sebagai penyelia Dun iaitu Wan Hassan Wan Ibrahim di Dun Semerak, Ku Mohd Zaki Ku Hussin (Dabong), Abdullah Hussin (Galas).
Selain itu Nik Mahadi Nik Mahmood (Kok Lanas), Sufely Abdul Razak (Bukit Bunga) dan Ramlan Mat (Kuala Balah).
Manakala tokoh baru yang ditampilkan Nik Yusof Nik Abdullah (Selising), Razali Yusoff (Gual Ipoh), Mustapha Deris (Air Lanas), Syed Azhari Syed Alwi (Nenggiri) dan Noraini Hussin (Paloh).
Dun Pengkalan Kubur mengekalkan bekas penyelia penggal lepas iaitu Wan Rosdi Wan Ibrahim.
Penyelia peringkat parlimen pula iaitu Abdul Aziz Ab Kadir (Ketereh), Amran Abdul Ghani (Tanah Merah), Mohd Apandi Mohamad (Jeli) dan Ahmad (Gua Musang).
Bagaimanapun parlimen Machang belum lagi dinamakan penyelia baru.
Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yusoff berkata, pelantikan penyelia peringkat Dun dan parlimen dibuat bagi memudahkan urusan kerajaan dengan rakyat.
Katanya, pelantikan penyelia di kawasan terbabit dibuat memandangkan pada pilihan raya umum lalu dimenangi BN.
"Dengan adanya penyelia membolehkan urusan rakyat termasuk berkaitan tanah dan pelbagai lagi di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dapat dipermudahkan," ujarnya di sini.
Harakahdaily/- |
Letupan bom di Mindanao, 6 maut Posted: 05 Aug 2013 03:35 PM PDT 28 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
MANILA 6 Ogos - Satu letupan kuat menggegarkan bandar Cotabato di Pulau Mindanao, selatan Filipina semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya enam orang maut dan 26 lagi cedera.
Ketua Polis Cotabato, Supritendan Rolen Balquin berkata, bahan letupan dipercayai dipasang di dalam sebuah kenderaan, sama ada motosikal atau van, yang diletakkan berhampiran hospital dan sebuah sekolah di bandar itu. "Letupan berlaku di jalan yang sibuk dan setakat ini enam orang disahkan maut," katanya kepada stesen radio tempatan, DXMS.
Balquin berkata, letupan yang berlaku pada waktu petang itu turut menyebabkan sekurang-kurangnya empat kereta musnah dan mencetuskan kebakaran di rumah mayat serta bengkel yang terletak berhampiran. - AF
|
15 maut dalam kejadian tanah runtuh di selatan India Posted: 05 Aug 2013 03:35 PM PDT 28 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
NEW DELHI 6 Ogos - Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh berpunca akibat hujan lebat yang turut menyebabkan lebih 100 penerbangan dibatalkan apabila sebuah lapangan terbang utama di Kerala, negeri selatan India ditutup, semalam. Pegawai polis Kerala, Telma George berkata, beberapa kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan berbukit di daerah Idukki, menyebabkan banyak rumah, bas dan kereta tertimbus.
"Operasi menyelamat masih dijalankan di kawasan Adimali, lokasi sebuah bas dan beberapa kereta terbalik di lebuh raya.
"Lebih banyak mangsa dijangka ditemui dan angka korban mungkin meningkat," katanya. - DPA |
Imam berpengaruh maut ditembak Posted: 05 Aug 2013 03:32 PM PDT 28 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
BANGKOK 5 Ogos - Seorang pemimpin agama yang berpengaruh dalam mengakhiri konflik di selatan Thailand, ditembak mati oleh empat penyerang tidak dikenali di sebuah pasar di Pattani, hari ini.
Sumber polis melaporkan, mangsa dikenali sebagai Yacob Raimanee, 50, yang merupakan imam di Masjid Pattani Tengah, kawasan ibadat utama di wilayah selatan, ditembak mati ketika menaiki sebuah kereta pacuan empat roda bersama ahli keluarganya.
Pembunuhan terbaharu itu meningkatkan kebimbangan tentang masa depan rundingan damai antara Barisan Revolusi Nasional (BRN) dan kerajaan Thailand.
Penyelidik untuk Pemantau Hak Asasi Manusia di Thailand, Sunai Phasuk berkata, Yacob merupakan pemimpin yang berusaha keras menyokong menamatkan pemberontakan golongan belia Islam di wilayah Pattani.
"Mangsa merupakan antara pemimpin berprofil tinggi yang dituduh bekerjasama dengan kerajaan dan menjadi sasaran kumpulan pemberontak," jelasnya.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Kebangsaan dan ketua rundingan, Paradorn Pattanatabut berkata, Yacob merupakan seorang daripada pemimpin agama yang menyokong rundingan berkenaan. "Mangsa merupakan individu yang menyokong rundingan damai ini dan kini beliau telah dibunuh.
"Ada pihak cuba menakut-nakutkan penduduk di wilayah selatan negara ini, tetapi rundingan damai tersebut perlu diteruskan," tegasnya.
Paradorn dalam pada itu menegaskan, pasukan keselamatan akan meneruskan operasi, terutamanya di kawasan yang menjadi tumpuan kumpulan pemisah.
Pasukan keselamatan akan mengambil tindakan mengikut undang-undang jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
"Setiap tahun ketika minggu terakhir Ramadan, kumpulan pemisah akan melancarkan serangan, terutamanya ke atas pasukan keselamatan," katanya.
BRN sebelum ini mendakwa mereka tidak bertanggungjawab ke atas semua serangan keganasan yang berlaku di wilayah selatan Thailand, baru-baru ini.
Paradorn berkata, kerajaan akan menghubungi pihak pengurusan di Malaysia pada 18 Ogos ini bagi menetapkan tarikh rundingan damai yang seterusnya.
Dalam perkembangan lain, 10 dilaporkan cedera dalam dua kejadian berasingan di selatan Thailand hari ini. Lima anggota tentera cedera dengan dua daripadanya parah dalam insiden bom di Kg. Lamda di Yupo, daerah Muang Yala.
Di Pattani, lima lagi cedera apabila sebutir bom tangan M67 dilempar ke arah sebuah gerai makan Buddha, tengah hari ini. - AGENSI
|
Raja Maghribi tarik balik pengampunan Posted: 05 Aug 2013 03:31 PM PDT 28 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
RABAT 6 Ogos - Raja Mohamed VI kelmarin membatalkan pengampunan yang diberikan terhadap seorang perogol bersiri Sepanyol selepas keputusan sebelum ini membangkitkan kemarahan rakyat Maghribi. Dalam kenyataan yang disiarkan oleh pihak istana, Mohamed VI menarik semula pengampunan yang diberikan terhadap Daniel Galvan Vina yang dijatuhi hukuman 30 tahun penjara kerana merogol 11 kanak-kanak.
Keputusan terbaharu berkenaan dibuat selepas mendapati jenayah yang dilakukan Galvan terlalu berat dan menggugat hak asasi mangsa, lapor agensi berita MAP yang memetik kenyataan tersebut.
Selasa lepas, lelaki berusia 60 tahun itu diampunkan dan dibebaskan dari penjara selepas menjalani hukuman bermula September 2011. - AFP
|