Selasa, 9 Ogos 2011

Ahli Parlimen Kota Belud

Ahli Parlimen Kota Belud


Tiada Rampasan Tanah di Kota Belud, kata Ahli Parlimen Kota Belud

Posted: 09 Aug 2011 08:37 AM PDT



PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kota Belud, Abdul Rahman Dahlan, menyangkal dakwaan kononnya beliau terbabit dalam perebutan tanah adat di kawasannya.


Ada penduduk Kampung Rampayan Ulu menuduh Rahman "menggadai" 1,200 ekar tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) kepada syarikat swasta selepas berjanji membantu mereka menyelesaikan isu berkenaan.


Tanah berkenaan merangkumi kawasan pantai yang akan menjadi lokasi perancangan membina hotel bertaraf lima bintang syarikat terbabit sebagai sebahagian daripada projek pelancongan.


Menurut Rahman, awalnya syarikat itu mahu melaksanakan projek terbabit di Tuaran, berikutan jaraknya yang lebih hampir dengan Kota Kinabalu.


Bagaimanapun, kerajaan negeri Sabah mengarahkan pembangunan itu dilaksanakan di Kota Belud sebagai usaha melonjakkan ekonomi daerah tersebut.


Rahman berkata, beliau tidak mengetahui mengenai perancangan itu sehingga dimaklumkan oleh Ketua Menteri, YAB Datuk Musa Hj Aman.



"Kota Belud adalah daerah yang masih miskin, mundur dan dahagakan pembangunan, jadi sudah tentu saya gembira kerana projek berkenaan dipindahkan ke sini," katanya kepada FMT.


"Bukan mudah untuk projek pembangunan dibawa di Kota Belud dan yang ini tiba bagaikan bulan jatuh ke riba."


Syarikat berkenaan, bagaimanapun, mempunyai pandangan berbeza kerana perjalanan ke Kota Belud dari Kota Kinabalu mengambil masa kira-kira dua jam. Bagaimanapun, selepas menyelidik kawasan yang dikatakan itu, pemajunya berpendapat pantai di Rampayan akan menjadi lokasi utama kerana ia tidak diduduki dan berhampiran dengan jalan utama.


"Saya membincangkan lokasi pilihan itu dengan Wakil Rakyat kawasan Tempasuk kerana tanah adalah urusan negeri," katanya. "Semuanya bersetuju, maka langkah berikutnya ialah mengesahkan pemilikan tanah dengan Jawatankuasa Penggunaan Tanah (LUC)."


"Keluasan tanah yang terbabit ialah 853 ekar dan bukan 1,200 ekar seperti dilaporkan. Bagaimanapun, ia masih bersaiz besar dan pihak yang berkuasa meluluskan penggunaannya hanyalah Kabinet Negeri."


Rahman masih mengingati dua mesyuara LUC pada (2010). Dalam mesyuarat pertama, Jawatankuasa Penggunaan Tanah dimaklumkan beberapa individu ada memohon untuk mendapatkan hakmilik ke atas tanah terbabit.


Dalam mesyuarat kedua, Jabatan Tanah dan Ukur mengesahkan tiada permohonan yang telah diluluskan. Dalam erti kata lain, pantai Rampayan masih dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri.
"Di akhir mesyuarat itu, status tanah berkenaan adalah jelas dan isu NCR langsung tidak dibangkitkan oleh semua ahli mesyuarat (termasuk Jabatan Tanah Kota Belud). Tahu-tahu selepas itu, masyarakat setempat memprotes dan mendakwa tanah warisan mereka dirampas," katanya.


TANAH BELUM DILULUSKAN


Tiga bulan lalu, satu mesyuarat diadakan antara Rahman, Adun Tempasuk Musbah Jamli, Jawatankuasa Bertindak Tanah Warisan Kg Rampayan dan Pegawai Daerah.


Ia berakhir dengan pegawai daerah menasihatkan Jawatankuasa Bertindak supaya membuat aduan bertulis berserta bukti (dan hujah mereka) kepada Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah.


"Mereka belum mengemukakan dokumen yang membuktikan ia adalah tanah NCR dan Jabatan Tanah dan Ukur Negeri tidak boleh bertindak berdasarkan tuntutan lisan semata-mata," kata Rahman. "Justeru, kami menemui mereka membincangkan penyertaan penduduk dalam pembangunan jika (kerajaan negeri) mahu projek itu diteruskan."


"Jawatankuasa Bertindak memberi beberapa cadangan dan bersetuju untuk kembali dengan senarai lebih teratur tetapi sehingga sekarang kami belum mendengar khabar berita daripada mereka sejak itu."


Rahman turut menafikan dakwaan penduduk tertentu kononnya beliau menipu mereka dengan menulis surat sokongan bagi projek itu dan menyaksikan persetujuan pelan pembangunan pada Ogos 2010.


"Saya memberi surat itu sebelum mesyuarat LUC pertama lagi dan ia adalah surat yang biasa saya buat untuk banyak permohonan projek-projek lain. (Tambahan pulak, saya dimaklumkan sebelum surat itu diberi bahawa kerajaan negeri menyokong permohonan itu)" jelasnya. "Mungkin mereka baru mendapat tahu mengenai surat itu dan mengandaikan saya menikam mereka dari belakang."


"Apa yang lebih penting, tanah itu belum diluluskan oleh kabinet negeri untuk pembangunan berikutan pertikaian berhubung isu NCR."


Rahman menekankan beliau dan wakil-wakil rakyat yang lain memeriksa status tanah itu berkali-kali bagi memastikan ia bukan tanah NCR, malah menegaskan beliau sendiri akan menentang projek pembangunan itu jika ia adalah tanah NCR.


"Saya tidak mahu menipu penduduk," katanya. "Tiada apa perlu saya sembunyikan dan saya tidak rugi apa-apa jika projek pembangunan ini dibatalkan."


"Saya menghormati mana-mana tanah NCR dan begitu juga kerajaan negeri tetapi buat masa sekarang, pendaftar tanah menunjukkan kawasan itu adalah milik kerajaan negeri - baik dari segi undang-undang mahu pun status rasmi."


Rahman mengakui permintaan penduduk terbabit yang mahu tanah itu dibahagikan di kalangan mereka tetapi persoalannya ialah pulangan ekonomi terhadap daerah itu secara menyeluruh.
"Kita ada juga penduduk sekitar disitu yang mengalu-alukan peluang pekerjaan susulan pembangunan ini," katanya.


"Oleh itu, dilema saya (dan wakil-wakil rakyat yang lain) ialah antara mengutamakan kehendak yang membangkang berbanding keperluan kelompok yang lebih besar. Apa pun, kita perlu membina kekuatan ekonomi Kota Belud dan kekuatan itu ialah sektor pelancongan dan pertanian."


......


Nota dari saya:
Artikel di atas adalah Petikan temuramah saya oleh Free Malaysia Today.


Pada saat ini pendirian saya ialah pertikaian mengenai status tanah tersebut perlu diselesaikan sebelum projek itu berjalan. Pandangan penduduk kampung yang terlibat akan didengar dan diperhalusi.


Saya masih menunggu respon dari kerajaan mengenai isu ini.


Semoga ada penyelesaian menag-menang dimana orang kampung mendapat tanah dan pada masa yang sama projek pembangunan Kota Belud dapat diteruskan demi kepentingan keseluruhan rakyat di Kota Belud.


Insyaallah. 



N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


DYMM SULTAN SELANGOR rasmi Masjid UNISEL

Posted: 09 Aug 2011 09:48 AM PDT


8.7.11
Isnin
Bestari Jaya, Kuala Selangor

DYMM Sultan Selangor berkenan mencemar duli merasmikan masjid UNISEL dan menyampaikan sumbangan pelajar asnaf Unisel dari kampus Bestari Jaya dan Shah Alam.
Turut hadir,YAB Menteri Besar Selangor, EXCO Pendidikan Tinggi, YB Dr Hjh Halimah Ali.Dr Yakop, Menteri Pertanian,Pengarah JAIS,MAIS, Pemangku Naib Canselor Prof Dr Anuar Ahmad, semua TNC, Dekan-dekan dan ahli lembaga UNISEL serta pelajar antarabangsa UNISEL,Ketua-ketua jabatan dan pensyarah.

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


Great flaw of TBH RCI report – failure to affix responsibility for TBH’s death on MACC despite evidence galore

Posted: 09 Aug 2011 08:29 PM PDT

ZULKIFLI BIN NOORDIN

ZULKIFLI BIN NOORDIN


WHY NOT ME?

Posted: 09 Aug 2011 03:34 AM PDT

(Ayoyo Zah, hang pun nak jadi saksi kah? Jam Omega dah jumpa?)

Salam 2 all.

Teman tersenyum melihat gelagat manusia yang ditabal bininya sendiri sebagai anugerah tuhan akhir-akhir ini yang merapunya semakin menjadi-jadi. Mutakhir Mat CD memohon kepada Mahkamah untuk mengheret YAB Dato' Sri Najib dan YABhg Datin Sri Rosmah Mansor sebagai saksi beliau dalam kes pertuduhan beliau meliwat stafnya Saiful Bkhori Azlan.

Mungkin ramai yang akan terpinga-pinga kenapa Mat CD dan juaknya Karpal Singh nak memanggil PM sebagai saksi mereka kerana ramai yang tidak faham apa kaitan PM dengan liwatan Anwar terhadap Saiful. Bak kata seorang kawan, "dia yang sedap menyondol, PM nak kena pikul!".

Pertama kita perlu faham, bila seseorang Orang Kena Tuduh (OKT) saperti Anwar memanggil seseorang sebagai saksi beliau dalam pembelaan, itu bermakna ianya bertujuan untuk memberi keterangan menyokong pembelaan beliau. Adalah satu kebodohan dan kebangangan yang melampau jika seorang OKT memanggil seorang saksi yang bukan sahaja tidak akan menyokong pembelaan beliau, malah akan memberi keterangan menentang beliau. Melainkan dia mempunyai niat lain!

Apa pembelaan Anwar? Alibi - beliau mendakwa tidak ada ditempat kejadian. Pihak pendakwa mengemukakan bukti bahawa Anwar berada ditempat kejadian, malahan ujud kesan airmani dalam karung kunyit Saiful yang DNAnya disahkan milik Mat CD. Jadi Anwar berhadapan dengan satu masalah besar untuk menafikan dia tidak ada ditempat kejadian. Tambah pulak Mahkamah telahpun menyabitkan ujud kes prima facie Anwar meliwat stafnya Saiful. Bermakna jika Anwar tidak mendatangkan keterangan dan bukti dia memang tidak ada ditempat kejadian, hampir pasti Mahkamah akan menyabitkan kesalahan meliwat stafnya Saiful, dan disumbat kedalam Sg. Buloh!!!

Jadi apa relevannya Mat CD nak panggil PM sebagai saksi? Anwar tidak pernah kata pada masa kejadian dia sedang bermesyuarat, atau makan kuaci dengan PM. Atau pada masa kejadian Datin Sri Rosmah sedang masak nasi untuk dia dan Wan Azizah makan. Itu maksud pembelaan alibi. Maknanya dia tiada ditempat kejadian tetapi sebaliknya mendakwa sedang berada dengan PM dan Datin Sri Rosmah. Tapi itu bukan keterangan Anwar. Jadi PM dan Datin Sri Rosmah bukan saksi alibi Anwar. Oleh itu, apa tujuan dipanggil PM dan Datin Sri Rosmah? Tentu ada niat lain bukan!

Atau Anwar nak kata PM dan Datin Sri Rosmah yang sumbat airmani dia kedalam karung kunyit Saiful? Persoalan besarnya ialah, mana PM dan Datin Sri Rosmah dapat airmani Anwar? Dia poskan ke PM ke? Atau Wan Azizah bagi sampel kat Datin Sri Rosmah? Gila bukan? Jadi itu juga pun tidak menasabah? Jadi apa tujuan Anwar panggil PM dan Datin Sri Rosmah sebagai saksi pembelaan Anwar? Tentu ada niat lain bukan!

Teman kenal Anwar ni yop. Pada perbicaraan tahun 1998, kami merancang memanggil YAB Tun Mahathir, Tan Sri Megat Junid, dan ramai lagi Menteri, pimpinan kerajaan dan lain-lain sebagai saksi pembelaan Anwar. Apa tujuan nak panggil Tun M dan lain-lain tu? Untuk pembelaan alibi? Bukan, tapi ada sebab lain. Tunggulah nanti teman disapina ke Mahkamah, teman akan bongkarkan semua itu dalam keterangan. Ringkasnya bak saperti kata Anwar sendiri, "kita pulun mamak kutty ni dalam Mahkamah!".

Banyak lagilah yop perkara yang teman boleh sebut disini, yang rumusannya ialah tujuan memanggil YAB PM dan Datin Sri Rosmah bukan bertujuan untuk pembelaan alibi. Tetapi untuk tujuan lain. Tambah-tambah dengan si Karpal menjadi loyer. Karpal Pengerusi DAP yang UMNO menjadi musuh nombor wahid dia. Karpal yang pada 22.10.1997 boleh kata Anwar kaki liwat tetapi tetiba jadi loyer membela Anwar. Teman cukup yakin mereka mempunyai agenda "udang sebalik mee". Pada teman, Pendakwaraya patut mintak permohonan Anwar untuk panggil YAB PM dan Datin Sri Rosmah wajib dicampak ke Laut Mati, tempat kaum Lut kena benam!!

Yang peliknya, kenapa Anwar tidak berani panggil bini dia sendiri sebagai saksi? Panggillah Wan Azizah untuk bagi keterangan, mungkin Wan Azizah boleh datang dengan pakai jam Omega. Maklumlah dengar cerita ramai yang pernah mendapat hadiah jam mahal-mahal dari Mat CD ni. Teman cadangkan kepada Pendakwaraya supaya memanggil Wan Azizah beri keterangan jika Anwar tidak mahu memanggil "isteri tercinta" dia. Kita tengok macam mana Wan Azizah nak mengalibikan manusia yang dia tabal sebagai anugerah tuhan yop!!

Teman bertambah pelik kenapa saksi alibi saperti Haji Hasanuddin, Mohd. Sani dan lain-lain juga perlu diminta melalui Mahkamah. Mereka ini adalah kawan-kawan Anwar. Haji Hasanuddin adalah pemilik kondo tempat Saiful kena liwat. Sani pulak adalah pemandu Anwar sendiri. Persoalannya, mengapa Anwar perlu memohon Mahkamah supaya mereka ini, kawan-kawan dia sendiri, hadir dan datang beri keterangan untuk dia. Apakah mereka pun dah cabut dari Anwar? Memang pelik yop..pelik bin hairan bin ajaib bin majnun yang kawan-kawan dia sendiri kena dipanggil melalui Mahkamah!

Dan bertambah-tambah teman pelik kenapa teman sendiri dan rakan-rakan lain tidak dipanggil sebagai saksi? Contohnya:

1. Rahimi - beliau adalah pegawai khas di pejabat Anwar di Seksyen 16 Petaling Jaya semasa kejadian berlaku. Rahimi yang rekemen Saiful bekerja di pejabat Anwar. Rahimi telah membuat lapuran polis yang beliau disuruh membuat Surat Akuan Sumpah palsu untuk mengaitkan YAB PM dalam kes liwat tersebut. Mengapa Anwar tidak memanggil Rahimi sebagai saksi?

2. Rasid - juga seorang lagi pembantu Anwar. Rasid juga telah membuat lapuran polis beliau disuruh buat Surat Akuan Sumpah palsu berkaitan kes liwat terhadap Saiful ini. Kenapa Anwar tidak memanggil Rasid, rakan banduan penjara Sg. Buloh bersama dengan Anwar dahulu? Mengapa Anwar tidak mahu memanggil Rasid sebagai saksi?

3. YB Senator Ezam Mohd. Nor - bekas Ketua Pemuda PKR, mantan panglima kanan Anwar. Saiful berjumpa dengan Ezam menceritakan bagaimana dia diliwat oleh Anwar. Mengapa Anwar tidak mahu memanggil Ezam sebagai saksi?

4. Wan Azizah - isteri Anwar dan Presiden pepatung PKR. Beliau boleh memberi keterangan apa jadi dengan Anwar pada hari kejadian, dan hari Saiful buat repot polis. Wan Azizah juga boleh ceritakan apa bukti beliau ada untuk buat kenyataan Anwar perlu menyorok di Kedutaan Turki kerana konon ada sniper assasin nak tembak Anwar. Mungkin Wan Azizah boleh perkuatkan keterangan sambil memakai jam Omega sekali! Mengapa Anwar tidak mahu memanggil Wan Azizah sebagai saksi?

5. Anuar Saari - bekas pegawai khas Anwar. Beliau boleh berikan keterangan mengenai pengalaman "ngeri" yang beliau lalui bersama Anwar. Apa pengalaman "ngeri" itu teman tak boleh nak cerita yop, elok Anuar dedahkan bila dipanggil sebagai saksi dalam Mahkamah. Sure menggemparkan negara dan dunia kalau mendengar "pengalaman ngeri" Anuar Saari. Mengapa Anwar tidak mahu memanggil Anuar Saari sebagai saksi?

6. YB Wee Choo Keong - Ahli Parlimen Wangsa Maju, juga seorang loyer. Beliau boleh ceritakan bagaimana beliau dipanggil untuk menjadi saksi untuk surat akuan sumpah Rahimi, kebetulan pada masa itu YB Wee adalah Pesuruhjaya Sumpah. YB Wee boleh ceritakan mengenai surat Akuan Sumpah yang Rahimi dakwa palsu itu. Kebetulan YB Wee masih menyimpan salinan asal surat Akuan Sumpah itu yang disangka hilang oleh "sesetengah pihak". Tengok apa akan jadi kalau YB Wee datang ke Mahkamah beri keterangan dan mengemukakan surat Akuan Sumpah itu? Mengapa Anwar tidak mahu memanggil YB Wee sebagai saksi?

Teman juga mahu bertanya, mengapa Anwar tidak mahu panggil teman sebagai saksi? Teman bersedia bila-bila masa. Malahan teman cabar Anwar dan Karpal supaya memanggil teman sebagai saksi. Tak sabar teman nak ke Mahkamah memberi keterangan. Dan bila dipanggil nanti, teman akan beritahu Mahkamah perkara berikut:

1. bagaimana keadaan Anwar apabila mendapat maklumat Saiful telah membuat lapuran polis yang dia diliwat Anwar. Apa rupa dia masa tu? Ramai yang tahu tu yop. Teman akan ceritakan macam mana Anwar pada hari Saiful membuat lapuran polis itu. Teman tidak akan lupa tarikh 28.06.2008 itu, masih segar dalam ingatan teman;

2. Teman juga akan ceritakan apa berlaku dalam bilik hotel Quality Inn, Shah Alam malam 28.06.2008 itu selepas Saiful membuat lapuran polis itu. Bagaimana keadaan Anwar masa itu? Apa Wan Azizah buat malam tu?

3. Teman juga nak ceritakan kepada Mahkamah apa yang dibincangkan malam itu. Bagaimana Rahimi dibawa datang ke Quality Inn Hotel malam itu? Apa yang dia disuruh buat oleh beberapa orang tertentu pada malam itu, siapa orang tertentu tu dan apa peranan YB Wee Choo Keong pada malam itu?

4. Teman juga akan menceritakan kepada Mahkamah bagaimana timbul kisah Anwar nak lari ke Turki, kemudiannya ditukar ke Kedutaan Turki, kemudiannya ditukar ke rumah Duta Besar Turki. Kenapa Anwar nak lari?

5. Teman juga nak beri keterangan bagaimana timbul cerita Anwar hendak ditembak mati oleh penempak "sniper" upahan. Siapa yang mencadangkan kisah itu? Dan apa sebab cerita itu didedahkan?

6. Teman juga nak ceritakan kepada Mahkamah bagaimana Anwar menceritakan kemungkinan ada airmani dia didalam karung kunyit Saiful, dan kemungkinan ada airmani lain bersama. Ya yop, Anwar awal-awal dah ceritakan yang kononnya polis akan bawa keterangan akan ada airmani dia didalam karung kunyit Saiful. Macam mana Anwar tahu? Kenapa Anwar ceritakan begitu? Apa tujuan dia ceritakan?

Eh yop, banyak yang teman boleh ceritakan yop. Dan semua itu relevan dengan kes liwat terhadap Saiful. Tunggulah bila Anwar & Karpal sapina teman, dan saksi-saksi lain yang teman sebut diatas. Tak sabar teman nak Mahkamah yop. Dah lama teman nunggu nak bagi keterangan ni, tapi dema tak panggil pun!!! Teman cabar Anwar & Karpal supaya panggil teman dan rakan-rakan lain diatas sebagai saksi dalam perbicaraan dia meliwat Saiful!!!

Jadi pokok pangkal kisahnya yop, kenapa kami saksi-saksi yang relevan ni langsung tidak dipanggil oleh Anwar, sedangkan kami yang tahu sedikit sebanyak, malah ada yang terlibat secara langsung. Kenapa YAB Dato' Sri Najib dan YABhg Datin Sri Rosmah yang langsung tak ada kena mengena dengan kes liwat ini hendak dipanggil sebagai saksi?

Teman berpendapat Pendakwaraya patut membantah pemanggilan YAB PM dan Datin Sri Rosmah sebagai saksi. Gunakan alasan yang teman bagi ni, kenapa kami yang relevan ni dia tak mau panggil sebagai saksi, tau-tau nak panggil YAB PM dan YABhg Datin Sri Rosmah. Teman juga menasihatkan YAB PM dan YABhg Datin Sri Rosmah supaya jangan layan Mat CD yang tengah meroyan ni. Kalau sapina dikeluarkan, elok mohon dibatalkan sapina itu macam yang dibuat oleh Tun Mahathir pada tahun 1999. Teman cukup yakin Mat CD akan gunakan alasan ini untuk menangguhkan kes.

Oh ya, ramai yang tertanya-tanya kenapa Mat CD nak menangguhkan kes dia? Dia nak tunggu apa? Senang je jawapannya. Teman cukup yakin Anwar akan mencari jalan menangguhkan kes dia sehingga ke PRU 13. Sebab apa? Sebab dia berharap akan menang pilihanraya ke 13 dan jadi PM, dan lepas itu bolehlah semua kes dia ditutup; dan kalau boleh sumbat Saiful (dan juga Datuk Eskay) dan yang lain-lain dalam tahanan. Itulah yang dibuatnya terhadap Umi Hafilda & Azizan pada tahun 1997, sehingga menyalahgunakan pihak Cawangan Khas PDRM untuk menyumbat Umi & Azizan kedalam tahanan dan membuat surat Akuan Palsu untuk melepaskan Anwar. Itulah sebab YA Augustine Paul menyumbat Anwar ke penjara Sg. Buloh selama 6 tahun, kerana menyalahgunakan kuasa mengarahkan Cawangan Khas PDRM mendapatkan akuan Palsu daripada Umi & Azizan!

Oleh itu yop, teman nasihatkan supaya gunakanlah otak. Janganlah terima bulat-bulat apa yang Anwar kelentong. Jangan lupa dia pernah bohong dan tipu satu dunia pasal 16 Sept. Dia boleh buat macam-macam yop! Janganlah jadi macam kaum Anwarinas dan Koonyet:2, bila ditanya soalan kenapa tak tanya atau double-check, dia akan kata "ketuk kepala tanya lutut" (sebab otak dema letak kat lutut yop, itu pun kalau ada otak!). Tapi kita yang ada aqal ni senang saja, "tepok dada tanya iman masing-masing yop". Insyallah ALLAH akan berikan petunjuk dan hidayahnya, tambah-tambah bula puasa ni yop.

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
09 Ramadhan 1432
09 Ogos 2011

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


MB : Rakyat Selangor Disaran Rebut Peluang Perniagaan

Posted: 07 Aug 2011 02:00 AM PDT

SHAH ALAM 7 OGOS : Rakyat di negeri Selangor diingatkan supaya memanfaatkan peluang untuk mereka meningkatkan pendapatan ekonomi masing-masing melalui skim-skim pinjaman dan perniagaan yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Abdul Khalid, kerajaan negeri memperuntukan sejumlah RM 70 juta sebagai kemudahan pinjaman melalui Skim Mikro Kredit Selangor (SKIMSEL) dan Skim Mikrokredit Bandar (MiMBAR).

"Mereka yang mempunyai niat untuk berniaga atau menceburi bidang keusahawanan bermula daripada kecil-kecilan, boleh berbincang dengan kakitangan di pejabat-pejabat daerah atau pejabat dun masing-masing untuk mendapatkan maklumat," katanya pada majlis Ihya Ramadhan 1432H Meraikan Anak-anak Yatim, Ibu Tunggal dan Fakir Miskin di 'Bukit Megawati' Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor.

Beliau menambah, barisan kepimpinan kerajaan negeri akan berusaha dengan lebih tekun dalam usaha membawa kejayaan kepada Selangor dengan semangat 'Selangorku' agar segala hasil yang diperolehi dapat dikembalikan kepada seluruh rakyat untuk dikongsi bersama.

"Kita perlu bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dapat hidup di negeri yang serba ada ini dan bersama-sama sematkan di dalam hati, bahawa inilah 'Selangorku' iaitu sebuah negeri yang sentiasa menjalin keakraban antara rakyat dan pihak kerjaan negeri dalam usaha meneruskan dan mengekalkan pembangunan negeri yang dicintai ini bagi kesejahteraan dan kemakmuran bersama," katanya.

Selangorku merupakan program terbaru yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri dengan konsep rakyat Selangor turut serta dalam pembangunan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri.

Pada majlis terbabit, Abdul Khalid turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin.

Antara badan amal yang menerima sumbangan ialah Rumah Amal Kasih, Puchong, Rumal Amal al-Firdaus, Denai Alam, Pusat Jagaan asuhan Raudhatul Ikhwan, Seksyen 13, Rumah Aman Shah Alam, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Batang Kali, Ulu Selangor dan Dun Batu Tiga.

Majlis berbuka ini juga turut mendapat penyertaan lapan peniaga yang berdaftar dibawah skim MiMBAR untuk memperkenalkan produk yang mereka hasilkan termasuklah kiosk burger MiMBAR yang dilancarkan baru-baru ini.


Sumber: TVSNEWS

MPK Didik Peniaga Mesra Alam

Posted: 05 Aug 2011 03:30 AM PDT

KLANG, 5 Ogos: Bagi menyahut kempen `Ramadhan yang Mapan', MPK telah melancarkannya di Bazar Ramadhan Taman Seri Andalas, Klang.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri Selangor, Elizabeth Wong.

Turut hadir sama dalam majlis pelancaran tersebut adalah Dr Xavier Jayakumar selaku Adun Seri Andalas.

Dalam majlis pelancaran tersebut, diperkenalkan kepada para peniaga usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi alam sekitar seperti mengitar semula, menggurangkan penggunaan beg plastik, menjaga kebersihan dan juga mengumpul minyak masak.

Usaha pendidikan serta kesedaran kepada para peniaga dan pengunjung ini akan membantu mengurangkan kesan pencemaran dan aspek kebersihan kepada alam sekitar.

Kunjungan dari gerai ke gerai dilakukan oleh Elizabeth dan Dr. Xavier sambil beramah mesra serta menyampaikan cenderamata kepada para peniaga.

Mereka juga diberikan penerangan serba sedikit mengenai program Ramadhan yang mapan serta kerjasama yang boleh mereka berikan kepada MPK dalam menjayakan iltizam alam sekitar yang murni ini.

Turut sama dalam program ini adalah Pengarah Pelesenan & Penjaja MPK, Azhar Samsudin.



Sumber: Harakah Daily

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


PAS AKAN ANJUR MUNAJAT PERDANA PRU13

Posted: 09 Aug 2011 03:56 AM PDT


KUALA LUMPUR, 9 Ogos: PAS akan mengadakan Munajat Perdana serentak di seluruh negara pada 26 Ogos ini untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

Menurut pengarah programnya Idris Ahmad berkata program itu terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia manakala tempatnya akan ditentukan oleh Lajnah Tarbiah Dan Perkaderan PAS di negeri masing-masing.

Program akan bermula dengan solat terawih sehingga berakhir selepas subuh 27 Ogos.

Menariknya, mereka yang hadir ke program ini bakal mendengar amanah dari kepimpinan tertinggi parti yang dipancarkan secara langsung melalui internet.

Antaranya ucapan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib dan ucapan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang akan berucap dari Masjid Rusila, Terengganu.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pula akan berucap di Kota Bharu dan turut disiar secara langsung ke seluruh program munajat di seluruh negara.

"Semoga program ini akan memberi kekuatan baru kepada petugas-petugas untuk menghadapi cabaran yang begitu mencabar di dalam PRU 13. S

"Selain daripada kita mengatur strategi maka akhirnya kepada Allah untuk memohon pertolongan agar segala halangan akan dapat kita hadapi dengan tabah," katanya. (HARAKAHDAILY)

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


Kilang Lee Rubber Co. Pte Ltd di Paya Terubong Akan Ditutup Berkuatkuasa 1 April 2012(bm/cn)

Posted: 08 Aug 2011 11:21 PM PDT

Kerajaan Negeri telah menerima makluman penutupan kilang Lee Rubber Co. Pte Ltd melalui surat yang bertarikh 4hb Ogos 2011 Pengurus Besar Kumpulan Lee Rubber Co. Pte Ltd, Teo Kim Yam yang beribu pejabat di Singapura.

Premis Lee Rubber Co. Pte. Ltd., Jalan Paya Terubung, 11060 Paya Terubung, Pulau Pinang telah beroperasi semenjak tahun 1965. Kilang ini mula dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar di bawah Seksyen 18(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 sejak tahun 1979. Premis ini menjalankan operasi mengeluarkan getah SMR dengan kapasiti maksimum pemprosesan sebanyak 140 tan metrik sehari.

Operasi syarikat ini telahpun mendapat perhatian daripada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sejak mengambil alih pemerintahan pada tahun 2008 berikutan maklum balas dan aduan daripada penduduk tempatan. Kerajaan Negeri telah mengambil pendekatan proaktif bersama dengan ADUN Paya Terubong, YB Yeoh Soon Hin dan ADUN Tanjong Bungah, YB Teh Yee Cheu untuk memastikan operasi kilang ini lebih selaras dengan objektif Kerajaan Negeri PR menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri hijau.

Pengurus Lee Rubber Cawangan Pulau Pinang, Encik Chew Chee Bing telah memaklumkan bahawa :

1. Kilang akan berhenti operasi pada 1hb April 2012
2. Pembelian getah akan diteruskan sehingga akhir bulan Februari 2012 (29hb Februari 2012)
3. Operasi pengeluaran akan diteruskan sehingga 31hb Mac 2012

Berikutan pengumuman penutupan ini, YAB Ketua Menteri akan bertemu dengan Pengurus Besar Kumpulan Lee Rubber, Encik Teo Kim Yam di Singapura pada hari Jumaat ini.

LIM GUAN ENG

=====================================

槟州首席部长林冠英于2011年8月9日在乔治市光大发表的文告:

垄尾南益橡胶厂将在2012年4月1日关闭

州政府已经收到来自新加坡南益橡胶总公司集团总经理TEO KIM YAN 署名,志期2011年8月4日的信件通知关厂事宜。

垄尾南益橡胶厂从1965开始操作。该厂透过1974年周遭环境品质法令第18(1)条文下,获得环境局的执照,并每天生产140公吨的橡胶。

自从民联政府2008年上台之后,收到当地居民的反应及投诉,开始关注该公司的操作。州政府与当地州议员YB杨顺兴及丹绒武雅州议员YB郑雨周开始采取积极主动的方法以确保该厂的操作能符合民联州政府要把槟城打造成"绿州"的目标。

南益的槟城分区经理Chew Chee Bing先生也已经通知州政府 :

1. 工厂将在2012年4月1日停止操作。
2. 该厂橡胶采购将进行至2012年2月(2012年2月29日)
3. 出口操作将会持续至2012年3月31

对于这项关厂事宜,首长将于本周五在新加坡接见南益公司的集团总经理。

林冠英

Direct Free Kick

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Tan Sri Azman Mokhtar: Have you read the AirAsia’s financial statements? by Just a con job

Posted: 09 Aug 2011 03:10 AM PDT

Hello Tan Sri Azman Mokhtar, AA got 32 destinations approved by Ministry of Transport. Flew 16 and then abandoned 3. left with 13 destinations. Tan Sri, Tan Sri, please for heaven sake look at the basic arithmetic here, how the AA utilised its 200 aribus, which delivery will start early next year.

Are you that stupid, Tan Sri? If you can get this arithmetic right then please go back to school.

Comment on Tan Sri Azman Mokhtar: Have you read the AirAsia’s financial statements? by Dydhd

Posted: 09 Aug 2011 02:06 AM PDT

The crony – my point is warriors analysis is rubbish. Maybe once you get your head out of his ass, you can see the same. Till then, ta

Comment on Tan Sri Azman Mokhtar: Have you read the AirAsia’s financial statements? by Anonymous

Posted: 09 Aug 2011 01:31 AM PDT

Sub Prime Loans Package sold to European Banks comprised

80% Sub prime Loans
15% ok loans
5% prime loans to prime clients
Ratinf Agency give AAA rating for package and yther you have it. The Europens flocked to buy it and now folcking to get out no way.

In golf if you want win competitions sand – bag you handicap and get MGA to sanction it.

Comment on Tan Sri Azman Mokhtar: Have you read the AirAsia’s financial statements? by Anonymous

Posted: 09 Aug 2011 12:00 AM PDT

anonymous

What share swap? it is just name used to pull wool over the eyes of the rakyat. Tan Sri Azman sudahlah with the 4th floor nonsense. 4th floor is has been refurbished with the old fixtures and fitting being discarded into the long kang except the SIL.

We know that bodohwi is the advisor of MAS. But Tan Sri Azman should look after the best interest of MAS for the nation. I know that TF is a good friend of you but you must still look after the interest of our national carrier.

Comment on KHAZANAH Stop “ANAKTIRIKAN” MAS! How about LSG Sky Chef Brahim? by Taxpayers’ money used to enrich AirAsia? | Jebat Must Die

Posted: 08 Aug 2011 11:54 PM PDT

[...] 2) KHAZANAH Stop "ANAKTIRIKAN" MAS! How about LSG Sky Chef Brahim? [...]

Comment on Tan Sri Azman Mokhtar: Have you read the AirAsia’s financial statements? by Taxpayers’ money used to enrich AirAsia? | Jebat Must Die

Posted: 08 Aug 2011 11:53 PM PDT

[...] 1) Tan Sri Azman Mokhtar: Have you read the AirAsia's financial statements? [...]

Comment on KHAZANAH Stop “ANAKTIRIKAN” MAS! How about LSG Sky Chef Brahim? by anak gombak

Posted: 08 Aug 2011 11:49 PM PDT

A certain individual was planted into khazanah for the benefits of destroying GLC…so then certain individuals in their circles will eventually be brought into those ‘ailing GLC’….. lastly full control.

Peasents like us should stop those elites in politics and business world from plundering whatever assets that belong to the country and the rakyats.

Can we ( majority )really stop those elites criminal ( minority ) ??

note: sorry sdr had to delete the name for obvious reason. thank you.

Comment on Tan Sri Azman Mokhtar: Have you read the AirAsia’s financial statements? by Khinzirnah

Posted: 08 Aug 2011 11:28 PM PDT

After AirAsia/MAS deal, we can expect Proton/Naza merger SOON. Remember what happened to Sime Darby/Guthrie/Golden Hope? I hope CIMB is not the advisor for AirAsia/MAS deal.

Comment on Tan Sri Azman Mokhtar: Have you read the AirAsia’s financial statements? by Accountant Anonymous

Posted: 08 Aug 2011 10:05 PM PDT

Well said about AA. For a long time i have been amazed with AA’s rise that has not resulted in shareholders dividends or bonuses. The only thing is the rise in its share prices but that too perhaps by fund managers. Thanks.

Comment on Tan Sri Azman Mokhtar: Have you read the AirAsia’s financial statements? by The crony

Posted: 08 Aug 2011 09:58 PM PDT

dshsgsdssd

What asset and liabilities? Analyse it for us like what Warrior 123 analysed the AirAsia’s financial statements for us. Don’t just get upset with something that you cannot defend on the facts.you may not like it if you are with Tony Fernandes or the Tingkat 4 boys. But you can not go against facts.

Sorry please try harder to defend next time.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri


Cikgu Ya Turun Edar "TAKWIM RAMADHAN".

Posted: 08 Aug 2011 12:38 PM PDT


Edaran di pasar sehari Kg. Kuala Jeneri sebelum menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Dr Mohamad Khir Toyo

Dr Mohamad Khir Toyo


Antara Mendengar Penjelasan Dengan Taksub Membuta Tuli

Posted: 09 Aug 2011 07:05 AM PDT

.

.


Pemuda PAS Konsisten Pertahan Aqidah Ummah

Posted: 08 Aug 2011 11:56 PM PDT

1. Setuju benar saya dengan pendekatan yang diambil oleh PAS Pusat untuk bertemu dengan JAIS dan pihak Gereja sebelum membuat keputusan muktamad dalam menangani isu sensitif seperti ini. Sewajarnya PAS melangkah dengan penuh waspada sebelum mengambil apa jua pendirian setelah dilihat isu ini cuba dimanipulasi oleh pihak tertentu bagi menangguk "political millage" dalam kekeruhan situasi yang dialami.

2. Saya melihat PAS seperti "roundabout" yang sekelilingnya bercapah jalan menuju ke arahnya. Semua pihak sedang memerhati apa langkah PAS berikutnya selepas meletus isu JAIS dan Gereja ini. Lalu timbul pula pelbagai tafsiran, tanggapan dan telahan dibuat kepada PAS. Saya boleh mengenal pasti beberapa kategori untuk saya tegaskan kali ini ekoran tercetusnya isu ini.

Pertama : isu Aqidah Ummat Islam

Kedua : isu JAIS dan tindakannya

Ketiga : isu Gereja dan kedudukannya

Keempat : isu keadaan Ummat Islam secara umumnya.

3. Kami Pemuda PAS bertegas dalam apa jua keadaan, dengan komitmen tenaga, wang ringgit, masa malah darah dan nyawa akan dipersembahkan demi mempertahankan aqidah ummah. Inilah yang telah dilakukan oleh pemuda PAS terdahulu apabila ada dari kalangan mereka terpaksa meringkuk di dalam penjara kerana memperjuangkan aqidah ummah dan menentang sebarang usaha yang cuba untuk merosakkan aqidah, pemikiran dan keperibadian ummat Islam. Insyaallah, ketegasan itu akan diwarisi oleh saya dan seluruh warga pemuda PAS. Pemuda PAS senantiasa diletakkan dalam keadaan siap siaga untuk menjadi benteng aqidah ummah.

4. Namun kita tidak boleh terburu - buru tanpa usul dalam memutuskan tindakan. Kita perlukan satu bukti kukuh dan meyakinkan untuk mengambil sebarang ketetapan. Saya telah mendengar penjelasan dari Yb. Dato" Dr Hassan Ali selaku AJK PAS Pusat dan juga Exco Kerajaan Negeri Selangor yang mempengerusikan Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Saya memahami kedudukannya, menghormati pendiriannya, menerima keikhlasannya dan menyokong tindakannya dalam hal ini, demi melihat aqidah Islam dipertahan dan diperjuangkan.

5. Insyaallah, saya juga akan bertemu dengan pihak JAIS bagi meneliti perkara ini dengan lebih dekat. Biarpun JAIS pernah memburu saya dan cuba untuk menangkap saya seketika dulu atas kesalahan saya membaca kitab di sebuah surau di Damansara, biarpun saya tidak bersetuju dengan tindakan mereka itu, namun saya sekali - kali tidak pernah bermusuh dengan institusi itu. Sebagaimana saya pernah ditahan, dipukul dan diherdik oleh PDRM kerana kesalahan saya mennyampai ceramah atas pentas PAS di Parit Sempadan Johor dan menyertai himpunan - himpunan aman, biarpun saya tidak bersetuju dengan tindakan mereka tetapi saya juga tidak pernah memusuhi institusi itu. Saya sedar peranan institusi - institusi tersebut.

6. Justeru itu, saya perlu adil dalam menilai institusi atau jabatan - jabatan kerajaan. Ada masa tindakan mereka salah maka saya membantahnya dan ada masa tindakan mereka betul maka saya menyokongnya. Insyaallah, dalam menangani isu JAIS dan Gereja ini, saya menyokong penuh tindakan PAS Pusat untuk bertemu dengan JAIS dan pihak Gereja. PAS sebagai sebuah Gerakan Islam tidak memusuhi mana - mana pihak atau agama yang tidak memusuhi Islam malah menghormati hak - hak mereka. Justeru itu kita mengecam pencabulan hak walau berlaku ke atas siapa jua sebagaimana kita jua mengecam sekeras - kerasnya usaha untuk merosakkan aqidah, pemikiran dan akhlak ummat Islam.

7. Saya boleh kesan bagaimana isu ini cuba dieksploit oleh pihak tertentu yang mencari laba politik murahan dan mengalih isu sebenar yang menjadi punca kepada polemik ini. Ringkasnya saya tegaskan pendirian umum saya bersama pemuda - pemuda PAS bahawa :

a] kami konsisten berjuang untuk menegak dan memelihara aqidah Islamiyyah dan dalam masa yang sama, kami menghormati hak non muslim sebagaimana yang telah diajar oleh syariat islam itu sendiri.

b] kami menasihati dan memberi peringatan tegas kepada semua pihak agar aqidah ummat Islam, pemikiran dan akhlak mereka jangan diganggu dan dirosakkan dengan pelbagai dakyah, aktiviti dan gerakan samaada bersifat terbuka dalam aktiviti sosial atau sembunyi di sebalik badan - badan bukan kerajaan.

c ] kami memberi peringatan tegas kepada kerajaan yang memerintah samaada kerajaan pusat dan negeri yang diitadbir oleh UMNO dan BN, juga kepada kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat agar mengambil pendekatan yang berkesan untuk membantu rakyat. Jangan kerana miskin, akhirnya mereka menjadi murtad kerana menagih simpati dan bergantung harap kepada pihak yang mengambil kesempatan untuk merosakkan pegangan agamanya.

8. Polisi PAS dan pemudanya jelas dalam perkara seperti ini. Masyarakat usah gundah, resah dan ragu terhadap PAS. jangan buka ruang kepada media untuk menghakis kepercayaan rakyat terhadap kemampuan PAS memperjuangkan Islam dan isu - isu ummah. Insyaallah, Pemuda PAS akan terus bangkit dengan aktiviti dan gerakkerjanya untuk membentengi aqidah ummah sekaligus memerangi segala anasir yang cuba merosakkan agama Islam dan aqidah ummatnya.

9. Kerajaan yang memerintah mesti mengambil langkah yang lebih tegas untuk memastikan tiada aktiviti mungkar dan maksiat yang menghela ke arah rosaknya keperibadian ummat Islam dan lunturnya nilai keimanan mereka. Jaga kebajikan dan keperluan asas rakyat dengan meletakkan agensi - agensi tertentu seperti Pusat Pungutan Zakat dapat berorientasi dengan lebih berkesan. Bukan hanya memungut zakat tetapi cepat dan cekap mengagihkannya kepada asnaf yang berhak menerimanya. Begitulah Baitul Maal , Pusat Kebajikan Masyarakat dan lain - lain agensi yang berkaitan. Jangan ghairah membeli lampu kristal, carpet tebal dan khat hiasan dinding masjid yang mencecah ratusan ribu dan jutaan ringgit tetapi masih ada ummat Islam yang terpaksa menadah tangan di pintu gereja.

10. Tanggungjawab ini mesti dipikul oleh semua orang Islam dan pemimpinnya justeru ia melibatkan maslahah ummat Islam. Ummat Islam mesti bersatu di bawah payung aqidah ini dan memastikan tiada ruang retak dan bocor sebagai laluan dan peluang musuh Islam menyelinap masuk meruntuhkan struktur kekuatan ummat Islam dari dalam. Justeru harga aqidah ummat Islam tidak boleh dibayar dengan nilai sebuah atau lebih kerusi Parlimen mahu pun DUN, demikian juga tidak boleh ditebus dengan nilai jawatan bertaraf menteri atau wakil rakyat sebaliknya nilai aqidah, taruhannya ialah darah dan nyawa.

Nasrudin bin Hassan

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

JADUAL HARIAN MUKMIN DI BULAN RAMADHAN

Posted: 08 Aug 2011 09:25 AM PDT

Salam sahabat-sahabat,

Kita tidak mahu puasa yang kita tunaikan hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.
Kita mahu puasa itu menatijahkan keredhaan ALlah serta mendapat keampunanNYA. Dan itulah janji Nabi saw kalau kita menunaikan puasa dengan SEMPURNA.

حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ *
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang melakukan sembahyang malam pada bulan Ramadan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang telah lalu * (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berikut dicadangkan

JADUAL HARIAN MUKMIN DI BULAN RAMADHAN
.
4.00 PAGI
1. Bangun tidur dan baca doa.
2. Berniat untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan pada hari ini.
3. Mandi dan membersihkan diri.
4. Mengambil wudhu' dan memakai pakaian yang suci dan wangian.

4.30 PAGI

1. Solat sunat Taubat (التوبة) 2 rakaat.
-Angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa lalu.
2. Solat sunat Tahajjud 2/4… rakaat.
–Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

3.Solat sunat Hajat 2 rakaat.
-Ketika sujud terakhir sertakan di dalam hati segala hajat 'DUNIAWI & UKHRAWI.
4. Solat sunat Witir 3, 5, 7, 9 ATAU 11 rakaat.

5.Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita dan menerima amalan kita.
6.Baca dan tadabburlah al- Quran.
7.Berzikir.

5.15 PAGI
1.Makan sahur
2.Bersiwak atau mengosok gigi dan membersihkan mulut.

5.30 PAGI
1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat/berzikir.
2.Solat sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah dan berwirid atau membaca ma'thurat.
3. Baca dan tadabburlah al-Quran.

10.00 PAGI

1.Sembahyang sunat Dhuha 2/4/6/8 rakaat.
2. Bersedekah harta/tenaga.
3. Baca dan tadabburlah al-Quran walaupun beberapa ayat sahaja.

12.45 tengahari

1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat/berzikir
3.Solat Zohor berjemaah.
4.Laksanakan juga solat sunat Rawatib.
5. Baca dan tadabburlah al-Quran.

4.00 PETANG

1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Laksanakan solat sunat Qabliyah.
3.Solat Asar berjemaah.
4.Berwirid atau membaca ma'thurat.
5. Baca dan tadabburlah al-Quran.

5.30 PETANG

1. Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih serta tidak membazir dan boros.
2.Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!

6.30 PETANG

1.Siap sedia anak isteri untuk berbuka puasa.
2.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah saat dimustajabkan doa.
3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak. Solat maghrib berjemaah.

8.00 MALAM

1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Tarawih
2.Bacalah Al-Quran dengan penuh tadabburتدبر , seeloknya baca dengan bertadaarus (seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatam-kan Al-Quran.

11.00 MALAM

1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2."Berniatlah untuk puasa esok hari .
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur.
5.Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MENJALANI IBADAH PUASA TAHUN LEBIH BAIK DARI TAHUN-TAHUN YANG LALU.

Semoga kita mendapat apa yang dijanjikan oleh ALlah sekiranya berpuasa dengan sempurna iaitu KEAMPUNAN DOSA dan BEBAS DARI NERAKA.

Nuffnang