Selasa, 9 Ogos 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Dato Seri Anwar Ibrahim Ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta Esok

Posted: 09 Aug 2011 03:41 AM PDT

Dato’ Seri Anwar akan ke Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta esok, 10hb Ogos 2011, jam 9.30pagi. Isu di mahkamah adalah berkaitan pendakwa membantah kehadiran Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam wawancara peguam pembela ke atas saksi.

Pejabat Dato Seri Anwar Ibrahim

Serbuan JAIS Ke Gereja – Semua Pihak Harus Saling Memahami

Posted: 09 Aug 2011 02:27 AM PDT

NOTA PANDANGAN BiPPA.
(BIRO PEMAHAMAN DAN PEMANTAPAN AGAMA – KEADILAN)
8 Ogos 2011.
Setiapkali ada isu yang melibatkan pelbagai agama dalam negara sejak mutakhir ini pasti akan dipolitikkan dengan hebat sekali. Isu serbuan pihak JAIS di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya, adalah mengulangi insiden kepelbagaian agama yang begitu sensitif dan harus berhati-hati menanganinya. Insiden sebelum ini seperti isu lesen arak, suara azan, pijak kepala lembu, roboh rumah ibadat dan pelbagai insiden-insiden yang pasti tidak akan kesudahan pula selepas ini.
Kepelbagaian agama (Pluraliti) dalam negara ini merupakan suatu realiti yang mesti difahami oleh semua pihak. Kita perlu menerima hakikat ini secara positif dengan ketentuan Tuhan yang membawa banyak rahmat. Masing-masing agama harus memahami batasan yang dibenarkan dan sempadan yang tidak boleh dicerobohi (eksklusif). Dato Dr Siddiq Fadhil dalam Ucapan Dasar Muktamar WADAH PENCERDASAN UMMAT baru-baru ini mengungkapkan dengan jelas persoalan ini, katanya;
Bagi umat Islam pluraliti (tanawwu`, ta`addud, ikhtilaf) adalah fenomena ciptaan Tuhan yang sarat dengan hikmah. Yang mutlak Tunggal hanya Allah sendiri, sedang makhluk diciptakan beragam (mukhtalifan) dan berpasangan (azwajan). Manusia diciptakan lelaki dan perempuan, berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, berbeza-beza bahasa dan berlain-lainan warna.

Kepelbagaian tersebut diciptakan bukan tanpa makna. Pluraliti adalah tanda (ayat) yang menyiratkan hikmah dan makna untuk diteroka oleh al- alimin, mereka yang memiliki daya renung keilmuan yang tajam. Demikianlah premis yang membentuk sikap positif-apresiatif terhadap pluraliti. Kerana itu pula tidak ada masalah bagi umat Islam menghadapi pluraliti masyarakat.
Bagi umat Islam, persoalan berkaitan dengan Aqidah adalah persoalan pokok, yang tidak boleh di tolak ansur, batasan eksklusif yang harus difahami dan dihormati oleh agama lain. Islam juga menghormati hak eksklusif agama lain,
Dan  janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampai batas tanpa pengetahuan.
Surah Al-An'aam: 108)
Oleh itu Islam melarang umatnya dari mencerca Tuhan-tuhan agama lain (rujuk surah Al- An'am ayat 108), penghinaan secara terbuka terhadap agama lain boleh membawa sifat prejudis mereka terhadap Islam. Bahkan kejahatan mereka yang melampau akan merugikan umat Islam apatah lagi dalam suasana sebegini. Allah S.W.T. memerintahkan kita berdakwah Kenyataan Media Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (BiPPA) Halaman 2/2 Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)bukannya mencela atau menghina. Apa yang kita cuba singkap daripada isu serbuan JAIS ke Gereja atas nama jamuan makan mempunyai dua maklumat yang berbeza.
Pertama; JAIS bertindak atas maklumat bahawa kitab Injil dalam bahasa Melayu diagihkan kepada orang Melayu di majlis itu, dikatakan isu ini berkaitan dengan proses penyebaran agama lain keatas umat Islam.
Kedua ; Majlis Aids Malaysia (MAC) menjelaskan bahawa majlis makan malam tersebut adalah untuk mengutip dana bagi membantu pengidap Aids. Ini adalah sebahagian dari aktiviti yang sering dilakukan oleh pihak Gereja bagi membantu pihak-pihak yang memerlukan tanpa mengira kaum dan agama.
Bagi pihak Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BiPPA) Parti Keadilan Rakyat,berpendapat adalah lebih harmoni semua pihak samada pihak Gereja, JAIS atas pihak-pihak yang terlibat untuk mendapat maklumat yang tepat, duduk semeja dan mencari jalan
penyelesaian. Sekiranya semua pihak memahami hak inklusif dan eksklusif masing-masing ,tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Kami menyokong penuh usaha untuk bertemu muka dengan pengurusan JAIS dan Gereja Methodist Damansara Utama
(DUMC) untuk mendapat maklumat yang lebih tepat bagi merungkaikan isu ini.
Semoga pendekatan ini memberi manfaat yang menguntungkan kepada rakyat Malaysia yang berbilang agama secara keseluruhannya.
YB HJ AHMAD BIN KASIM
Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BiPPA)
Parti Keadilan Rakyat

Terawikh Dan Tazkirah Dato Seri Anwar Ibrahim Di Masjid Makmuriah Kampung Sungai Kayu Ara

Posted: 08 Aug 2011 10:56 PM PDT

Malam ini Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan bersama jemaah Masjid Makmuriah Kampung Sungai Kayu Ara,Untuk menyampaikan Tazkirah dan Solat Isyak, kemudiannya terawih.

Pejabat Dato Seri Anwar Ibrahim

Pertemuan Bersama Menteri Jerman, Dr Werner Hoyer, Di Kediaman Duta Jerman, Kuala Lumpur

Posted: 08 Aug 2011 10:31 PM PDT

Pertemuan saya bersama Menteri Negara Jerman, Dr Werner Hoyer, di Kediaman Duta Jerman, Kuala Lumpur berlangsung baik semalam. Antara isu yang dibincangkan bersama adalah berkaitan memperkukuh negara hukum dan institusi keadilan. Kami juga membincangkan betapa pentingnya sistem pilihanraya yang bersih dan adil kepada sesebuah masyarakat demokratik kerana ianya zahir dari pilihan rakyat.
Sebarang manipulasi dan penipuan dalam sistem pilihanraya ternyata memudaratkan sesebuah negara serta menjadi barah yang nanti sukar untuk diubati. Kami turut menyentuh beberapa persoalan berkaitan hubungan dagang antara Malaysia-Jerman dan bersetuju hubungan ini sangat bernilai buat kedua-dua negara. Perbincangan antara saya dan Dr Werner Hoyer meliputi perkembangan dunia Islam termasuk kekerasan pimpinan Bashar al Assad terhadap rakyatnya sendiri. Saya berpandangan Jerman boleh memainkan peranan demi menghentikan kekejaman Bashar.
ANWAR IBRAHIM

‘Kg Baru’ Dalam Daftar Pemilih SPR

Posted: 08 Aug 2011 10:11 PM PDT

Keadilan Daily

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), mencipta sejarah baru apabila mendaftarkan sebuah kampung bernama 'Kg Baru' dalam daftar pemilih pilihan raya.

Bagaimanapun nama 'Kg Baru' yang didaftarkan dalam laman web berkenaan dibetulkan tidak sampai sejam selepas isu itu ditimbulkan media.

Ia sekaligus menunjukkan kepincangan dalam sistem daftar pemilih SPR yang terdedah dengan penipuan.

Pada mulanya perkara itu didedahkan Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kayat  yang juga Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas.

Kg Baru didedahkan mempunyai kad pengenalan bernombor 830527115422 dan dilahirkan pada 27 Mei 1983.

Menurut daftar pemilih SPR yang telah disahkan, Kg Baru layak mengundi di DUN Hulu Besut dan kerusi parlimen Besut.

Namun apabila semakan dibuat di laman web Jabatan Pendaftaran Negera (JPN) nombor kad pengenalan bagi pemilih yang bernama Kg Baru sebenarnya adalah milik Noraini Binti Abdullah.

Suhaizan dalam kenyataan media juga mendakwa Pemuda PAS menjumpai pemilih dari kalangan 'pengundi hantu' di mana nama mereka tidak terdapat dalam rekod JPN.

Beliau memberikan contoh seseorang yang kononnya bernama Farhana Binti Abdul Rashid, no kad pengenalan 840505715012 dan dikatakan pengundi di DUN Wakaf  Mempelam dan kerusi parlimen Kuala Terengganu di daftar pemilih SPR yang telah disahkan.

Namun semakan di laman web JPN menunjukkan nombor yang dimasukkan tidak sah ataupun tiada permohonan mengikut nombor yang diberikan itu.

"Persoalannya bagaimana SPR boleh mendaftarkan pengundi hantu sedangkan SPR mempunyai sistem pendaftaran pemilih sepanjang tahun (e-SPPST) yang telah dihubungkan dengan JPN melalui sistem ALIS (Agency, link-Up System)?"

"Berdasarkan kepada peristiwa pada 2 Ogos lalu di mana JPN mengubah status warganegara dalam tempoh satu jam setengah maka mungkin maklumat Farhana Binti Abdul Rashid akan berubah selepas media menyiarkan maklumat pengundi hantu ini," katanya.

Fitnah 2: Temubual Saksi Bekas Polis Tergendala

Posted: 08 Aug 2011 10:08 PM PDT

Malaysiakini

Temubual peguam pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof (bawah, kiri) yang dijadualkan hari ini telah tergendala.

NONEIa berikutan bantahan daripada pihak pendakwaan mengenai kehadiran ketua pembangkang itu pada temubual berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan kepada peguam Anwar oleh pegawai penyiasat kes berkenaan DSP Jude Blacious Pereira.

Karpal Singh dan Sankara Nair, yang juga sebahagian daripada pasukan pembelaan berkata perkara ini belum pernah terjadi.

“Kehadiran Anwar diperlukan kerana beliau adalah orang yang dituduh dan mempunyai hak untuk berada di sana," kata Karpal.

“Beliau perlu hadir kerana kami mungkin perlu mendapatkan arahan daripadanya. Ini, saya tekankan, belum pernah terjadi sejak saya menjadi peguam dan ini kali pertama," katanya.

Menurut Karpal, beliau terpaksa memperbetulkan persepsi bahawa bukan pihak pembelaan yang melenggah-lenggahkan perbicaran kerana bantahan dibuat oleh pihak pendakwaan.

“Kami mahu kes berjalan secepat mungkin," katanya.

Peguam Cara Negara II Datuk MohdNONEAbiden, yang mengetuai pihak pendakwaan dalam SMS berkata kehadiran anwar tidak diperlukan.

Karpal berkata Yusof mahu berjumpa dengan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, untuk arahan selanjutnya berhubung perkara itu.

“Kita akan tunggu pihak pendakwaan berjumpa hakim, kerana mereka tidak boleh berbincang dengannya secara sendirian. Kami juga perlu hadir bersama."

Karpal berkata Jude juga memberitahu bahawa enam lagi saksi telah dijadualkan untuk ditemubual esok tetapi tidak memberikan butirannya.

Semalam, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan tempoh seminggu oleh pihak pendakwaan untuk membolehkan pihak pembelaan menemu bual 15 saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Musa dan Rodwan.

Anwar pada 16 Mei lalu diperintahkan membela diri selepas mahkamah memutuskan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat itu, adalah saksi yang bercakap benar dan berwibawa.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008, terhadap pertuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.

Tiada ulasan:

Nuffnang