Ustaz Mokhtar Hj. Shafie |
MPSP amal 'menang-menang' atasi masalah peniaga Posted: 08 Aug 2011 08:45 PM PDT Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mengamalkan sikap 'menang-menang' dalam usaha mengatasi masalah para peniaga di up town, Bandar Perda, kata yang dipertuanya, Maimunah Sharif (gambar). Usaha itu dibuat supaya para peniaga bazar Ramadhan, peniaga premis kekal serta orang ramai mengecapi keselesaan lalu lintas terutamanya menjelang petang dan malam sepanjang Ramadhan. Justeru itu tambahnya, kepada para peniaga bazar Ramadhan yang masih enggan mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh MPSP khasnya mereka yang mendirikan khemah (kanopi) kekal di kawasan yang bukan dibenarkan akan diroboh menjelang Isnin ini. "Pihak MPSP telah pun mengeluarkan notis amaran dan tarikhnya pun dah tamat tetapi kita tidak mahu bertindak melulu melainkan berhemah. Saya mahukan semua pihak sama-sama bertolak ansur supaya tidak ada sesiapa yang terinaya dalam masalah itu," ujarnya kepada media di Pejabat MPSP pagi tadi. Para peniaga tegas beliau, masih boleh menjalankan aktiviti perniagaan seperti biasa dengan mendirikan kanopi kecil yang oleh dibawa pulang, memastikan kenderaan mereka tidak menjadi stor atau mengikat alatan perniagaan mereka di pokok berhampiran. Perbuatan tersebut jelas Maimunah, mencacatkan pemandangan ekoran langkah MPSP yang mementingkan persekitaran yang bersih, aman dan harmoni. Setiausaha MPSP, Rozali Mohamud berkata, kawasan yang dibenarkan mendirikan kanopi kekal ialah di tapak letak kereta di hadapan Nasi Kandar Nasymir manakala di kawasan lain mesti memunggah barang perniagaan mereka setelah selesai berniaga pada tengah malam agar kawasan berkenaan boleh diguna oleh orang ramai untuk meletak kenderaan. Setakat hari ini, tinggal 16 peniaga lagi yang masih tidak merobohkan kanopi manakala 3 daripadanya telah berbuat demikian. Pembinaan kanopi kekal di luar kawasan up town menyebabkan lalu lintas senantiasa sesak, pelanggan premis sedia ada tidak dapat masuk ke lokasi dan menyebabkan tempat letak kereta tidak dapat digunakan pada siang hari. "Para peniaga dari susur Petronas sehingga ke jalan hujung Lorong Perda Utama 1 hendaklah memunggah kanopi selepas berniaga agar pemandangan di situ cantik dan indah," ujarnya pada majlis yang sama. |
You are subscribed to email updates from Ustaz Mokhtar Hj. Shafie To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan