N45 Dr Halimah Ali |
- Kementerian Pelajaran Habis Duit??!
- TUN katakan BN SYAITAN?
- Dr Hjh Halimah bawa sedikit keceriaan kepada golongan yang dhaif dan peniaga
Kementerian Pelajaran Habis Duit??! Posted: 25 Aug 2012 09:54 PM PDT Duit tak cukup, PIBG kempen 1M1RK4
Di sini, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) terpaksa membuat kempen 1M1RKA4 atau 1 Murid 1 kertas A4. Ini kerana, menurut surat yang dihantar PIBG kepada ibubapa, peruntukan Kementerian Pelajaran untuk membeli kertas tidak mencukupi. Ia perlu untuk kegunaan ujian dan peperiksaan. Pihak sekolah juga, kata surat itu, kekurangan dana untuk menangani masalah ini. "Sehubungan itu, pihak PIBG memohon agar pihak ibubapa/penjaga murid SKS19 dapat menyumbangkan 1 Murid 1 Rim kertas A4 untuk setiap murid. "Sekiranya tuan/puan tidak dapat menyediakan kertas A4, tuan/puan bolehlah menyumbang RM10 untuk seorang anak," kata surat yang ditanda tangani Hashim Anang, YDP PIBG sekolah itu. | ||
Posted: 25 Aug 2012 09:45 PM PDT Sanggup mengaku syaitan asalkan terus berkuasa
Setelah tersepit dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat ke atas kerajaan BN maka akhirnya sanggup mengaku BN syaitan yang dikenali, yang mesti diipilih oleh rakyat, berbanding dengan malaikat yang tidak dikenali, merujuk kepada PR. Sepatutnya syaitan mesti dijauhi dan dimusuhi bukan bangga untuk menjadi syaitan. Orang Islam diajar supaya sentiasa membaca Auzubillahiminassyaitanirajim (Aku minta jauh daripada syaitan yang direjam). Kenyataan ini menggambarkan BN sudah rapat ke siling yang tidak mampu lagi untuk berhujah dengan fakta dan data. Serangan BN semakin tumpul untuk menjawab serangan dan pendedahan PR. Sejahat mana manusia dia tidak sanggup menggelar dirinya syaitan, tiba-tiba Tun yang pernah memimpin BN selama 22 tahun sanggup mengaku parti BN syaitan. Tun sekarang sudah menjadi ketua pasukan penyerang BN untuk memastikan talian hayat BN dapat dilanjutkan ke depan. Beliau sedang mengalami mimpi ngeri yang beliau lakukan selama 22 tahun. Segala kerosakan sistem politik, perundangan kehakiman, hak asasi manusia, pelajaran dan dasar ekonomi bermula di zaman beliau. Tun yang bersikap tidak mahu menyalahkan diri sendiri sebaliknya menyalahkan Tun Abdullah. Oleh kerana terdesak maka beliau sanggup melebelkan BN syaitan yang dikenali lebih baik daripada Malaikat yang tidak dikenali. Pada beliau rakyat mesti memilih BN kerana sudah dikenali. Keyakinan inilah yang Tun dan pemimpin Umno ajar kepada rakyat, wajib pertahan Melayu, walaupun dia pengkianat kepada rakyat. Pada mereka bangsa mengatasi segala-galanya, tidak guna seorang itu baik, kalau dia bukan Melayu sedangkan Islam mengajar manusia yang paling baik ialah orang yang bertaqwa. | ||
Dr Hjh Halimah bawa sedikit keceriaan kepada golongan yang dhaif dan peniaga Posted: 25 Aug 2012 01:50 AM PDT Menjelang Syawal, keluarga yang miskin gembira berbaur pilu kerana menyambut Hari Raya tetapi kedhaifan menghalang mereka memenuhi keperluan anak kecil serta tetamu daripada sanak saudara dan jiran tetangga. Sumbangan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor berupa barang-barang dapur sudah tentu disambut penuh keriangan. Lebih-lebih lagi apabila yang turut menghantarnya dalah wakil rakyat mereka sendiri. Pasukan Muslimat PAS Dun Selat Klang bergabung tenaga dengan staff pejabat ADUN Selat Klang untuk menjelajah sebanyak mungkin rumah golongan marhaen. Kegigihan mereka tidak boleh dipertikaikan. Mengalahkan kaum Adam. Kebanyakan meeka adalah suri rumah. Sanggup berkorban bermandi peluh tanpa meminta balasan. Keredhaan Tuhan dipulunkan... Yang sakit kronik juga tidak ketinggalan untuk disantuni. Pesakit buah pinggang berkembar kencing manis. Hj Jaafar, pesakit strok jelas terkejut ria menerima kunjungan tanpa notis ADUN Selat Klang dan rombongan. Sebelah petang pula bertemu dengan peniaga pasar malam Kpg Delek yang diuji oleh Allah swt dalam usaha mencari rezeki yang halal dengan perpindahan tempat pasar malam untuk mengelakkan gangguan pengguna jalan simpang tiga kritikal di Kpg Delek. Mula-mula masa perpindahan memang ada sedikit kegusaran. Mereka takut rugi!Namun atas keprihatinan dan akur kepada permohonan penduduk kampung, mereka pasrah, Difahamkan daripada pemantauan ahli majlis MPK dan JKKK perniagaan mereka terus rancak. Rezeki mereka tidak terhalang. Inilah berkat apabila maslahah awam diutamakan daripada maslahah golongan kecil. Allah Maha Adil.Allahu akbar!! Selat Klang semakin yakin derap kemajuan insyaallah! |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |