Nuffnang

Dr Shafie Abu Bakar

Posted by Unknown | Posted on 11:39 PTG

Dr Shafie Abu Bakar


Berziarah Kebajikan Dijemput Bertahniq Kesyukuran

Posted: 03 Jul 2012 06:13 PM PDT

N45 Dr Halimah Ali

Posted by Unknown | Posted on 11:14 PTG

N45 Dr Halimah Ali


2012: IJAZAH =SPM daripada kacamata kerajaan UMNO,BN??

Posted: 03 Jul 2012 07:43 AM PDT

Pemegang ijazah boleh mohon jawatan SPM
6:38AM Jul 3 2012  
Suruhanjaya Perkhimatan Awam (SPA) memperkenal dua dasar baru, yang berkuatkuasa semalam, bagi meningkatkan peluang permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam.
  
Dasar pertama SPA ialah membenarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membolehkan semua calon bersaing dalam memohon mana-mana jawatan yang bersesuaian tanpa sekatan tahap kelayakan akademik.

Menurut kenyataan SPA, sehingga kini, seramai 852 calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda mengemukakan permohonan ke jawatan yang berkelayakan SPM.

Dasar kedua pula membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan dalam Borang Permohonan Pekerjaan Online SPA8i berbanding lima jawatan sebelum ini.
  
Langkah itu bertujuan memberi lebih banyak peluang kepada calon untuk dilantik ke jawatan bersesuaian.
  
Sejak semalam, seramai 5991 calon mengemukakan permohonan untuk lebih daripada lima jawatan.
Bernama

MY VOICE FOR NATION

Posted by Unknown | Posted on 11:07 PTG

MY VOICE FOR NATION


Voters shifting from race politics, say analysts

Posted: 03 Jul 2012 07:33 PM PDT

The last mile — Liew Chin Tong

Posted: 03 Jul 2012 07:33 AM PDT

Awang Selamat gets an ‘F’ | Free Malaysia Today

Posted: 03 Jul 2012 07:28 AM PDT

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

Posted by Unknown | Posted on 9:01 PTG

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


Update on the spending of my constituency allocation (Bangi)

Posted: 02 Jul 2012 11:31 PM PDT

The total amount of allocation I received from Selangor State government this year is RM365,674.90. Out of which RM50,000 is for office expense while the rest is meant for constituency works and expenses.

Below is a report of the usage of my allocation for constituency work so far:-

 

BANGI
DATE-L DATE-A DATE-R PROGRAM NAME ASSOCIATION AMOUNT (RM)
10/30/2011 25-May 22-Jun Sambutan Deepavali 2011 Pusat Perkhidmatan Ahli Parlimen Serdang 2000
11/30/2011 23-Mar

9-Apr

Sumbangan Kewangan Utk Membeli Komputer
Persatuan Penganut Maha Siti Vinayagar
1000
12/18/2011  20-Apr 8-May
(More......)

www.telokkemang.blogspot.com/

Posted by Unknown | Posted on 7:25 PTG

www.telokkemang.blogspot.com/


ALBUM CERAMAH SIRUSA-PD 30 JUN 2012

Posted: 02 Jul 2012 10:53 PM PDT

Ceramah Sdra. Rafizi mendapat sambutan rakyat di Sirusa-Telok Kemang. Kehadiran Sdra.Wfauzdin juga berjaya menarik minat anggota tentera untuk mendapatkan maklumat sebenar perkembangan politik dan isu-isu semasa tanah air.

Rakyat sudah mula menilai secara ilmiah dan fakta isu-isu yang berlaku dalam negara. Harga barang di bawah UMNO/BN meningkat naik serta membebankan rakyat sedangkan tawaran Pakatan Rakyat ialah menurunkan harga minyak dan pendidikan percuma. UMNO/BN menjawab bahawa kononya negara akan bankrab jika laksanakan pendidikan percuma. Mereka tidak sedar bahawa RM 28 bilion telah ketirisan di bawah pentadbiran UMNO/BN.

Jom Sokong Pakatan Rakyat!






i n t a n h i j a u

Posted by Unknown | Posted on 3:18 PTG

i n t a n h i j a u


Arahan Presiden PAS: Anggap polis sebagai rakan

Posted: 03 Jul 2012 08:08 AM PDT

TEMERLOH: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, pasukan keselamatan adalah rakan PAS dan bukannya musuh.

Oleh itu, beliau meminta semua ahli PAS memahami perkara ini kerana mereka adalah kakitangan kerajaan yang melaksanakan arahan daripada kerajaan.

"Kita jangan bermusuh dengan polis, askar dan kakitangan kerajaan kita hanya lawan BN sahaja," katanya dihadapan 20,000 penyokong PAS pada Himpunan Hijau ke Putrajaya Pahang baru-baru ini.

Perhimpunan itu diadakan di Dataran Hikmah, Kerdau.

Ustaz Abdul Hadi turut memberi jaminan pemimpin Umno tidak perlu bimbang dengan PAS kerana PAS tidak akan membalas dendam sekiranya berkuasa.

Malah beliau turut memberi jaminan pemimpin Pakatan Rakyat lain juga akan melakukan perkara sama iaitu tidak akan membalas dendam sekiranya berkuasa.

Menurut beliau, yang baru pulaang dari negara-negara Arab, beliau dimaklumkan ramai rakyat Malaysia bekerja di sana tidak dapat mengundi dalam pilihan raya kerana Malaysia tidak mengizinkan rakyatnya di luar negara mengundi tidak seperti negara lain.

"Mereka itu tidak boleh mengundi pos," katanya.

Abdul Hadi turut mengingat ahli PAS  dan Pakatan Rakyat supaya bersiap sedia untuk mengambil alih Putrajaya jika diizinkan Allah.

Katanya perubahan akan berlaku dan semua petugas perlu bekerja dengan ikhlas.(harakahdaily)

Lim Guan Eng

Posted by Unknown | Posted on 3:10 PTG

Lim Guan Eng


The Prime Minister Must Prove That 1Malaysia Is No Empty Slogan And BN Will Not Fight The Next General Elections Based On Race By Directing That Sri Gading MP Mohamad Aziz Apologise To Ambiga Sreevenasan And Take Action Against Violent Behaviour By Perkasa.(en/bm/cn)

Posted: 03 Jul 2012 02:43 AM PDT

Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad had said that the next general elections will be fought on race in direct contrast to PR fighting the next general election based on the economy and improving the livelihood of the people. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak must prove Mahathir wrong and that BN will not fight the next general elections based on race by stopping the demonisation of non-Malays to stoke fear and hatred amongst Malaysians.

Najib's 1Malaysia slogan has been completely ripped apart and ignored by the extremist and racist supporters of UMNO who are conducting a sustained campaign of primitive hatred and imagined fears against Bersih Co-Chairperson Datuk Ambiga Sreenevasan, Singapore and myself. Ambiga has been threatened and harrassed at a home with beef burgers and butt dance by veteran soldiers, a disgraceful act against a Hindu, woman and Indian.

Worse UMNO Sri Gading MP Datuk Mohamad Aziz has asked that she be hanged for treason against the King for leading Bersih, when she was not the only organizer of the movement for clean elections. Why did Mohamad Aziz never make such calls for those who steal votes or the rakyat's money?

Even though Mohamad Aziz was forced to withdraw this extremist and racist statement after I sought a ruling from the Speaker in Parliament, Moahamad Aziz never apologised to Ambiga. Najib should prove his respects the Indians, Hindus and women by directing that Mohamad Aziz makes a full and unconditional apology to Ambiga..

At the same time UMNO supporters in Perkasa and Utusan Malaysia continues to demonise the non-Malays with lies that a Chinese dominated Singapore has a political agenda to interfere and control Malaysian politics. Utusan Malaysia weaves its web of lies citing proof the visits by Lee Kuan Yew to Penang and the historical roots of DAP. Utusan Malaysia ignores the fact that Lee Kuan Yew also visited BN states apart from Penang and that the only contact is government to government after PR won power in 2008. If these allegations are true, then Najib should lodge an official complaint with Singapore and adduce evidence. Otherwise he should direct Utusan Malaysia to stop such childish and dangerous games that makes Malaysia an international laughing stock.

UMNO must also withdraw its support from a racist and extremist organisation with a history of hatred and violence against non-Malays. As the PR Chief Minister of Penang, I have been their favourite target. Even though Penang PR state government believes in the right of peaceful demonstration, Perkasa has gone too far by not only throwing anti-Lim Guan Eng posters in my path but also threatened my personal safety.

Perkasa supporters had been involved in beating up reporters twice, once last year in July on the Penang Bridge and the second time during the anti-Lynas rally on February 28 in Penang. During the anti-Lynas rally, Perkasa members blocked and beat my official car and threatened my safety. No action was taken by police against Perkasa who just stood by watching the violent behaviour.

In my visit to the Teluk Bahang market last Saturday, Perkasa not only conducted an abusive demonstration meters away from me but also charged at me from behind brushing hard my left arm. There was no provocation from the state government group or me as we kept quiet and did not respond to the verbal abuses. Whilst there was police presence, again the police failed to provide adequate protection nor arrest the person who charged at me from behind and brushed hard against me. Instead of the police pushing away the person who charged me from behind, I had to depend on a local PR JKKK leader to push the Perkasa "charger" away from me.

Penang state deputy police chief Senior Asst Comm Datuk Abdul Rahim Jaafar was quoted as saying that if it was not for police intervention, the Chief Minister could have been injured. If that is the case then why was no action taken to arrest the culprit who charged me from behind and threatened my safety?

Najib should withdraw UMNO's support for Perkasa and direct that stern police action be taken against Perkasa for such violent behaviour. Failure to do so would only further encourage even more violent behaviour and Najib would have to bear full responsibility for any even more serious incidents in future.

Lim Guan Eng

——BM Version—-
Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 3.7.2012

Perdana Menteri Harus Buktikan 1Malaysia Bukan Sekadar Slogan Kosong Dan BN Tidak Akan Bertarung Berdasarkan Perkauman Dengan Mengarahkan Ahli Parlimen Sri Gading Mohamad Aziz Untuk Meminta Maaf Kepada Ambiga Sreenevasan Dan Mengambil Tindakan Terhadap Tingkah Laku Ganas Perkasa.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah berkata bahawa pertarungan pilihan raya umum yang akan datang akan berlaku dalam kancah perkauman. Ini berbeza dengan PR yang ingin bertarung berdasarkan ekonomi dan peningkatan taraf hidup rakyat. Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak harus membuktikan Mahathir salah dan tunjuk bahawa BN tidak akan bertarung berdasarkan perkauman dalam pilihan raya umum akan datang dengan menghentikan momokan bukan Melayu yang bertujuan untuk mengapi-apikan kebencian di kalangan rakyat Malaysia.

Slogan 1Malaysia Najib sudah pun terkecai dan tidak dipedulikan oleh penyokong rasis dan ekstremis UMNO yang sedang menjalankan kempen berdasarkan kebencian primitif dan ketakutan yang direka terhadap Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan, Singapura serta saya sendiri. Ambiga sudah pun diganggu-gugat di rumahnya dengan burger lembu dan tarian punggung oleh bekas tentera, iaitu satu tindakan yang amat biadap terhadap seorang Hindu, wanita dan India.

Lagi teruk, Ahli Parlimen UMNO Sri Gading Datuk Mohamad Aziz telah memanggil supaya beliau digantung kerana derhaka terhadap Agung atas sebab kepimpinannya dalam Bersih walaupun beliau bukan seorang sahaja penganjur gerakan untuk pilihan raya bersih. Kenapakah Mohamad Aziz tidak memanggil untuk tindakan yang sama terhadap mereka yang mencuri undi atau duit rakyat?

Walaupun Mohamad Aziz terpaksa menarik balik kenyataannya yang ekstremis dan rasis selepas saya memohon perintah daripada Speaker Parlimen, Mohamad Aziz tidak pernah meminta maaf kepada Ambiga. Najib harus buktikan beliau menghormati masyarakat India, Hindu dan wanita dengan mengarahkan supaya Mohamad Aziz meminta maaf secara penuh dan tanpa syarat terhadap Ambiga.

Pada masa yang sama, penyokong UMNO dalam Perkasa dan Utusan Malaysia terus memomokkan bukan Melayu dengan fitnah bahawa negara Singapura yang didominasi Cina mempunyai agenda politik untuk mencampur tangan dan mengawal politik Malaysia. Utusan Malaysia pula membuat sawang fitnah dengan menggunakan lawatan Lee Kuan Yew kepada Pulau Pinang serta sejarah lampau DAP sebagai "bukti". Padahal, hakikatnya Lee Kuan Yew telah melawat negeri-negeri BN juga selain daripada Pulau Pinang dan apa-apa hubungan di antara Pulau Pinang dengan Singapura hanya berlaku pada peringkat kerajaan-dengan-kerajaan selepas PR mengambil alih kuasa pada tahun 2008. Sekiranya tuduhan-tuduhan ini benar, maka Najib harus membuat laporan rasmi dengan Singapura dan mengemukakan bukti. Kalau tidak, beliau harus mengarahkan Utusan Malaysia untuk menghentikan mainan yang tidak matang dan bahaya ini yang akan menjadikan Malaysia sebagai bahan lawak antarabangsa.

UMNO juga harus menarik balik sokongannya kepada sebuah organisasi rasis dan ekstremis dengan sejarah kebencian dan keganasan terhadap bukan Melayu. Sebagai Ketua Menteri PR Pulau Pinang, saya sering menjadi sasaran. Walaupun kerajaan negeri PR Pulau Pinang berpegang kepada hak perhimpunan aman, Perkasa sudah keterlaluan bukan sahaja dengan melemparkan poster anti-Lim Guan Eng di depan laluan saya tetapi juga mengancam keselamatan peribadi saya.

Penyokong Perkasa sudah pun dua kali terbabit dalam keganasan terhadap wartawan, sekali pada bulan Julai tahun lepas di Jambatan Pulau Pinang dan kali kedua semasa perhimpunan anti-Lynas pada Februari 28 di Padang Kota Lama. Semasa perhimpunan anti-Lynas, ahli-ahli Perkasa telah menyekat dan memukul kereta rasmi saya dan mengancam keselamatan saya. Tiada tindakan yang diambil oleh pihak polis yang hanya menonton di pinggiran.

Semasa lawatan saya ke pasar Teluk Bahang Sabtu lepas, Perkasa bukan sahaja membuat demonstrasi yang kesat hanya beberapa meter daripada saya tetapi juga telah menyerang saya dari belakang dan menolak saya. Penyerang itu telah diheret keluar bukan oleh polis tetapi oleh seorang pemimpin JKKK PR tempatan.

Timbalan Ketua Polis Negeri Pulau Pinang SAC Datuk Abdul Rahim Jaafar telah dipetik sebagai berkata bahawa jika tidak kerana campur tangan polis, Ketua Menteri mungkin dicederakan. Jika begitu, kenapa mereka tidak mengambil tindakan untuk menahan orang yang telah menyerang saya dari belakang?

Najib harus menarik balik sokongan UMNO terhadap Perkasa dan mengarahkan supaya tindakan polis yang tegas diambil ke atas Perkasa kerana tingkah laku mereka yang ganas. Kegagalan untuk membuat demikian akan lagi menggalakkan tindakan ganas dan Najib harus bertanggungjawab penuh untuk apa-apa kejadian yang serius dalam masa depan.

LIM GUAN ENG

—— Mandarin Version—–

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2012年7月3日在吉隆坡发表声明:
首相必须指示泗加亭国会议员莫哈末阿兹向安美嘉道歉,并且对付土权的粗暴行为,以证明一个马来西亚不是空洞的口号, 而国阵不会在来届大选诉诸种族主义手段。
前首相敦马哈迪莫哈末说,下届大选国阵将大打种族牌,而民联将大打经济牌及如何改善人民素质。首相拿督斯里纳吉必须证明马哈迪是错的,而国阵也不会在来届大选打种族牌,停止妖魔化非马来人、制造国人之间的恐惧及仇恨。

纳吉的一个马来西亚口号已经完全被撕裂 ,也被极端分子及巫统的种族主义分子漠视,他们正在对净选盟联合主席拿督安美嘉、新加坡和我,进行一连串腐朽的仇恨及恐惧运动。安美嘉已经被威胁,遭人在其家门前摆卖牛肉汉堡包、退伍军人也在她在门前跳摇臀舞,这是对兴都徒、女性及印度人的不敬。

更糟的是,泗加亭国会议员拿督莫哈末阿兹甚至要求将她问吊,因为她发起净选盟大集会等同对君主不忠,而事实上她不只是要求干净选举的唯一主办人。为什么莫哈末阿兹从来没有要求将那些贪取人民钱财的人士问吊?

虽然莫哈末阿兹已经被国会议长下令收回他的极端及种族性言论,莫哈末阿兹还是没有向安美嘉道歉。纳吉应该证明他尊重印席人、兴都徒及女性,要求莫哈末阿兹向安美嘉道歉。

同时,土权及《马来西亚前锋报》的巫统支持者继续将非马来人妖魔化,他们撒谎说华人主导的新加坡拥有政治议程来干预及控制马来西亚政治。《马来西亚前锋报》也编织谎言,以李光耀拜访槟州以及行动党的历史渊源为"证据"。《前锋报》忽略李光耀也拜访其它国阵州属,那也是民联自2008年赢得政权后,唯一的官事访问。如果《前锋报》的报道属实,纳吉应该正式向新加坡投诉并举证。否则,他应该指示《前锋报》停止这种幼稚及危险的游戏,别再让马来西亚成为国际笑柄。

巫统应该收回其对种族及极端主义组织的支持,这些组织拥有对非马来人的仇恨及暴力的历史。身为槟州首长,我一直是他们的对象。虽然槟州民联政府相信和平集会是人民的权利,但是土著太过分了,他们不只将反林冠英的海报丢向我,也威胁我的人身安全。

土权支持者已经两次涉及粗暴对待记者,一次是去年7月在槟城大桥,另一次是今年2月28日在槟城。在反莱纳斯集会中,土权成员阻拦并拍打我的官车、 威胁我的安全。但是,当时在场的警方只是袖手旁观,没有采取任何行动。

上个星期六我巡视直落巴巷巴刹时,土权不只在距我咫尺的范围内,举办了一场示威,还从我身后冲撞我的左臂。州政府的组织和我都没有挑恤他们,我们一直沉默也不回应他们的言语伤害。虽然现场有警察,但是,他们都没有提供适当的保护,也没有逮捕从后冲撞我的人士。当时,即时将有关冲向我的人士拉开的人不是警方,而是当地一名民联村委员会领袖。

槟州副警长拿督阿都拉欣受询时说,要不是警方的介入,首长已经受伤。 如果是这样,为什么他们没有采取行动对付那名从后面冲撞过来、威胁我的人身安全的干案者?

纳吉应该收回巫统对土权的支持,指示警方采取严厉行动对付土权的粗暴行为。如果他们不这么做,只会让他们更嚣张,未来如果暴力行为升级,纳吉需负上全部责任。
林冠英

Suara Sri Andalas

Posted by Unknown | Posted on 3:09 PTG

Suara Sri Andalas


Tahap Pendidikan Rendah Penyumbang Kepada Kemiskinan

Posted: 03 Jul 2012 02:15 AM PDT

SUBANG JAYA, 3 JUL : Tahap pendidikan rendah di beberapa lapisan masyarakat merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kemiskinan di kawasan bandar dan luar bandar di Selangor.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, kemiskinan berlaku kerana kekangan wang seperti pendapatan keluarga kurang daripada RM1,500 sebulan dan saiz keluarga yang besar.

Beliau berkata, peluang pendidikan yang ditawarkan kerajaan pusat juga hanya tertumpu kepada golongan cerdik pandai dan yang berada, manakala golongan kurang berkemampuan seolah-olah diabaikan.

"Situasi yang dapat kita lihat sekarang ialah kalau seseorang pelajar itu mendapat keputusan cemerlang, secara automatiknya dia akan menerima pendidikan di peringkat yang lebih tinggi, secara percuma (kemasukan ke asrama penuh dan IPTA).

"Manakala anak-anak yang tidak mendapat keputusan cemerlang dipinggirkan.

"Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan memulakan usaha untuk membantu pelajar lemah ini supaya mereka juga dapat menerima pendidikan yang setaraf dengan pelajar-pelajar lain.

"Bagaimanapun ia hanya dapat dilaksanakan pada tahun depan," katanya.

Dr Xavier berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja "Kemiskinan Isi Rumah Bandar dan Luar Bandar Negeri Selangor" sempena Dialog Bajet Selangor 2013 di Hotel Grand Dorsett di sini pagi tadi.

Dialog yang berlangsung selama dua hari ini bertujuan mendapatkan pandangan awam bagi menetapkan hala tuju Bajet Selangor 2013.

Thema Bajet Selangor 2013 adalah ke arah melestarikan Selangor sebagai negeri maju yang terus menerajui ekonomi Malaysia.

Sementara itu, pensyarah Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nor Ghani Md Nor menambah, insiden kemiskinan turut dipengaruhi faktor seperti pekerjaan makan gaji berproduktiviti rendah, ketua isi rumah atau ibu tunggal yang tidak berupaya bekerja.

"Kebanyakan mereka bergantung kepada bantuan yang diberikan oleh pihak luar, namun hanya sebilangan kecil yang menerima bantuan.

"Ekoran daripada ini, mereka akan menghadapi tekanan kewangan dan menjejaskan hubungan kekeluargaan dalam jangka masa pendek," ujarnya.

MB: 4 Juta Rakyat Selangor Terima Manfaat Langsung Dari MES

Posted: 03 Jul 2012 02:00 AM PDT

SHAH ALAM, 3 JUL: Lebih empat juta penduduk di Negeri Selangor menerima pelbagai manfaat secara langsung dari Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang dilancarkan Kerajaan Negeri sebaik sahaja mengambilalih pentadbiran dari kerajaan Umno-BN sebelumnya.

Demikian ujar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika berucap di hadapan kira-kira hampir 500 peserta Dialog Bajet Selangor 2013 yang diadakan semalam.

"Dalam konteks agihan ekonomi kekayaan negeri menerusi program MES, lebih 200 ribu orang penerima individu mendapat manfaat setiap tahun dan itu tidak termasuk penerima bekalan air percuma 20 meter padu yang mencecah 1.277 rumah.

"Jika dihitung satu isi rumah sekitar empat orang, itu bererti lebih empat juta orang penerima manfaat daripada program tersebut," kata Abdul Khalid dalam majlis dialog bertajuk 'Selangor Peneraju Ekonomi Malaysia' yang diadakan di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya.

Beliau turut memberitahu, secara kasarnya, setakat April 2012, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sehingga mencecah RM525 juta bagi memastikan rakyat negeri ini mendapat manfaat dari pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Menurutnya kejayaan Kerajaan Negeri meningkatkan ekonomi negeri dan mengagihkan kekayaan kepada rakyat Selangor merupakan hasil usaha keras kakitangan awam negeri itu.


Sumber: Selangorku

Lagi 53 Terima Bayaran Manfaat Mesra Usia Emas, DUN Seri Andalas Catat Penerima Tertinggi Selangor

Posted: 02 Jul 2012 07:45 PM PDT

Pada 23 Jun 2012 yang lepas, satu Majlis Penyampaian Bayaran Manfaat Skim Mesra Usia Emas telah diadakan di Dewan MPK Taman Sentosa.

Seramai 53 orang penerima dari DUN Seri Andalas telah diberikan bayaran manfaat tersebut.

Majlis penyampaian bayaran manfaat bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi.

YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas telah hadir pada pagi itu untuk menyampaikan sendiri bayaran manfaat dalam majlis yang berlangsung selama lebih sejam tersebut.

Sehingga kini seramai 5010 warga emas telah didaftarkan di DUN Seri Andalas. Sebanyak 920 keluarga telah menerima bayaran RM2,500 yang menjadikan DUN Seri Andalas penerima tertinggi skim ini. 







Dialog Bajet Selangor Selami Suara Akar Umbi Rakyat

Posted: 02 Jul 2012 07:30 PM PDT

SHAH ALAM 3 JUL: Dialog Bajet Selangor 2013 yang dipelopori oleh Kerajaan Negeri Selangor diadakan bertujuan menyelami suara dan hasrat masyarakat akar umbi negeri itu.

Demikian menurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika merasmikan dialog yang bertajuk 'Selangor Peneraju Ekonomi Malaysia' di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya pagi semalami.

"Tujuan dialog ini diadakan supaya kita dapat pandangan, penelitian dan beberapa isu dari pemilik negeri iaitu rakyat daripada penjawat awam, ahli-ahli majlis, ketua-ketua kampung yang mana mereka sangat rapat dengan rakyat akar umbi.

"Mereka ini dapat membangkitkan isu-isu yang patut diberi penekanan dalam usaha mentadbir urus belanjawan Negeri Selangor," ujar Abdul Khalid di hadapan kira-kira 500 wakil masyarakat, agensi kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Abdul Khalid juga memberitahu dialog bajet ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang dan menjadi sebagai sebahagian tradisi pentadbiran Negeri Selangor.

Menurutnya bajet yang bakal dibentangkan nanti bukanlah bajet pilihan raya seperti mana yang sering dilakukan oleh Kerajaan Pusat.

"Tiada isu bahawa bajet hanya tertumpu kepada pilihan raya sahaja sebab sesuatu belanjawan ini akan memberi kesan kepada belanjawan tahun-tahun seterusnya, sebagai contoh, pendidikan, ia perlukan usaha lebih 15 tahun," katanya.

Tindakan Kerajaan Pusat yang kebelakangan ini mengumumkan beberapa bantuan untuk rakyat juga dianggap sebagai tindakan minit terakhir yang boleh dianggap terlewat.

"Sepatutnya bantuan yang diumumkan kerajaan pusat ini dibuat sejak 2008 lagi, tetapi bila baru sekarang diumumkan ia memberi indikasi kurang baik di mata rakyat," katanya lagi.

Tindakan Kerajaan Pusat itu berbeza berbanding pendekatan Kerajaan Selangor yang melaksanakan agenda dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor(MES) yang diatur sejak mula mengambilalih pentadbiran negeri ini.

Menteri Besar juga memberikan penekanan terhadap kepentingan perbincangan dua hala antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat dalam menentukan hala tuju masyarakat negara ini.

"Kalau di Australia kerajaan tempatan misalnya adakan perbincangan dengan Kerajaan Pusat, begitu juga di negara barat lain, tetapi ini sukar dilaksanakan di Malaysia," ujar Khalid.

Dalam program yang berlangsung dari selama dua hari, 2 hingga 3 Julai ini, beberapa kertas kerja akan dibentangkan oleh ahli profesional dalam kepakaran bidang masing-masing.

Selain Menteri Besar, turut hadir dalam dialog dan bertindak sebagai moderator dialog termasuk exco-exco Kerajaan Negeri, Rodziah Ismail, Dr Halimah Ali, Iskandar Samad, Dr Xavier Jayakumar, Ronnie Liu dan Dr Ahmad Yunus Hairi.

Selain itu turut hadir dalam majlis dialog sama adalah Ahli Exco, Teresa Kok, Dr Yaakob Sapari, Lee Kim Sin, Ng Sue Lim dan Pengarah Startegi PKR Mohd Rafizi Ramli.


Sumber: Selangorku

Felda listing: A ‘House of Lies’

Posted: 02 Jul 2012 03:00 AM PDT

With a bottomless pit of scandals and irregularities, Prime Minister Najib Tun Razak must be off his rockers when he says he will win 14-0 in the next election.

But I know, the only time he has to say something like that, is when he knows the chips are down.

We know when Najib says he will win 14-0, it means Umno and Barisan Nasional are finished. Otherwise, with a score of 14-0, Najib should have declared election yesterday.

Let's talk about the Felda Global Venture (FGV) which was listed on June 28.

Najib wants to rake in RM6 billion to pay his way through the next general election.

But did you know that know that only 20% of Felda top management supported the idea of FGV's initial public offering (IPO)? Some 65% of the FGV staff thought FGV simply isn't ready to list.

This is obviously a rush job and we must keep asking, why?

From the beginning we have been saying: if settlers' welfare and economics are the prime concern, then allow KPF (Koperasi Permodalan Felda) to buy out FGV. Then KPF will own 100% of Felda holdings and all the assets therein.

Then what is to stop KPF from forming or hiring a first-rate management company to run its business?

KPF as the settlers' keeper will then look after settlers' welfare directly. Felda doesn't even have to list FGV as it's out of orbit completely.

But that would be the honest road to walk.
 
Felda, a 'minefield for Najib'
Najib's current world, however, is pretty much constructed by consultants. They provide him with the idea and he goes out there to promote what he thinks are earth-shattering ideas.

And if readers are interested to read about the make-believe world consultants construct, they may want to read House of Lies.

Now, lets see the initial idea. The idea of a listing was mooted by CIMB.

Ethos Consulting was brought in as global project coordinator. They brought in the calvary – Hay Group, Boston Consulting, Aeon Hewitt and maybe more.

Their advice: Don't touch KPF, treat it like a leper.

The way I see it, the FGV listing has all the hallmarks of becoming a minefield for Najib.
What is the immediate effect of the FGV IPO?

The listing will allow 94.5 % of the subscribers who are not even Felda settlers ride on the broken backs of Felda folks.

Felda settlers get 91 million shares while 1.3 billion shares are taken up by state governments, government-linked companies (GLCs) and cornerstone investors – PNB, EPF and Tabung Haji (each have been asked to take up 20%).

Five state governments, including my home state of Pahang, are also being arm-twisted into taking up 30% shares.

Meanwhile, 420 million shares are set aside for rich individuals who must show they have a least RM3 million in assets and companies worth RM 10 million.
 
No future
An increasing number of Felda people are becoming more sceptical by the day.

The FGV prospectus is fast acquiring the stature of the bikini version of statistical information – what it reveals is suggestive but what it hides is vital.

For instance, we have not been told that only 3% of Felda landbank is RSPO certified (Roundtable on Sustainable Palm Oil).

This means in future, we may find it difficult to sell CPO (crude palm oil) to the world market because much of the landbank from where the CPO comes from is not RSPO-certified.

Also, because we haven't shown commitment to RSPO, FGV's plan expansion of plantations in places like Indonesia and Africa may not progress as fast as FGV wants.

Where are the fundamentals to support the business? The productive trees? The market? The price? The industry?

Over 50% of the trees in Felda plantations need to be replanted. That translates into higher costs.

The cost of cultivating a new field is about RM15,000. If 53% of 355,864 hectares need to be re-planted, it will cost RM2.8 billion on replanting alone, spread over five years.

And if you find additional planting areas, you can only reap what you sow in three to four years.
New areas to be planted means more cost and a waiting period.

Dropping demand
Demand from big buyers is slowing down. China and India, for example, are cutting back their purchase of CPO. Malaysia is not the only supplier of CPO.

Indonesia is becoming more competitive and can unload its CPO onto the market, dampening the price of Malaysian CPO.

The fundamentals are not favourable to Malaysia. That being the case, you can't sustain the price post-listing for long.

This rush job is likely to see Felda and FGV in the same position as ailing MAS (Malaysia Airlines System).

 

Source: FreeMalaysiaToday, Dato' Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz
The writer is a former Umno state assemblyman but joined DAP earlier this year. He is a FMT columnist.

Isu Air Selangor: MB Bidas NGO Tidak Pro Pengguna

Posted: 02 Jul 2012 01:45 AM PDT

SHAH ALAM, 2 JUL: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini melahirkan rasa kesal dan hairan apabila terdapat segelintir Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mengambil pendirian yang merugikan pengguna air di Lembah Klang.

Sebaliknya menurut Abdul Khalid, segelintir NGO terbabit mengambil sikap menyebelahi syarikat konsesi pengurusan air di negeri itu untuk terus mengaut keuntungan melampau dari hasil industri air Selangor.

"Ini politik. Ada NGO kononya berjuang untuk mempertahankan kepentingan pengguna, tetapi mempertahankan kemahuan syarikat konsesi pengurusan air menaikan tarif air," sukar untuk dipercayai.

"Saya beritahu kepada NGO, NGO berjuangan untuk pengguna jadi sewajarnya mereka berjuang untuk mendapatkan harga terbaik untuk pengguna.

"Tentulah ini ada yang tidak kena," kata Abdul Khalid dalam sidang medianya selepas merasmikan Dialog Bajet Selangor 2013 hari ini di Hotel Grand Dorsett, di Subang Jaya.

Beliau juga menggesa agar rakyat Selangor membuat pilihan yang tepat dalam menentukan pihak yang mana layak diberi hak untuk mengurus air Selangor.

"Ia mudah, kalau rakyat mahukan tarif air naik hingga 75 peratus, pilih mereka, tetapi kalau mahu tarif air rendah pilih kami, itu sahaja, mudah," katanya merujuk kepada pilihan yang bakal dibuat oleh pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Abdul Khalid juga memberi jaminan tarif air di Selangor tidak akan dinaikkan di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat kecuali tidak melebihi 12 peratus dalam masa lima tahun.


Sumber: Selangorku

Rakyat Selangor Sudah Boleh Mohon Skim Bantuan Tadika

Posted: 02 Jul 2012 01:30 AM PDT

SHAH ALAM, 2 JUL: Ibubapa di Selangor yang berpendapatan rendah kini boleh memohon untuk bantuan menghantar anak mereka ke tadika melalui Skim TUNAS di syarikat Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) di Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan, Jalan Indah, Seksyen 14, Shah Alam.

RMSB yang merupakan anak syarikat milik Kerajaan Negeri bertanggungjawab menguruskan semua skim-skim dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor boleh dihubungi di talian 03-5510 3468 dan 03-5510 3472.

Selain itu, borang permohonan skim TUNAS atau Bantuan Tadika Selangor boleh didapati dari pejabat-pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN dalam jangkamasa terdekat ini.

Demikian menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali, ketika pelancaran rasmi skim terbaru ini di sini semalam.

Skim TUNAS yang dilancarkan di Shah Alam Convention Centre diwujudkan sebagai subsidi pendidikan bagi meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan kurang RM1,500 sebulan.

"Bagaimanapun bantuan skim ini tidak melibatkan bayaran tunai kepada penerima sebaliknya ia akan dibayar terus kepada sekolah tadika terlibat," ujar Dr Halimah.

Dr Halimah menjelaskan, sekolah tadika itu pula hendaklah berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS), sebuah badan bertindak mengawal selia piawaian sekolah-sekolah tadika seluruh Selangor.

"Kerajaan negeri juga buka kepada Tadika Perpaduan dan Kemas, tetapi mereka enggan daftar untuk sertai program ini.

"Jadi, yang ada pihak kata kami tak telus dan sebagainya itu tak betul. Sebenarnya mereka sendiri yang enggan kerana berfikiran politik sempit.

"Akhirnya ibu bapa yang anaknya bersekolah di Kemas dan Perpaduan jadi mangsa, tidak dapat menikmati skim ini," katanya  lagi.

Menurut Dr Halimah, skim tersebut mendapat peruntukan sebanyak RM1.016 juta dari Geran Selangorku bagi tahun 2012.

"Bagi tahun hadapan, peruntukan untuk Skim Tunas diteruskan dan dimasukan di dalam belanjawan berimbang 2013 nanti," kata Dr Halimah ketika berucap di hadapan kira-kira 500 hadirin di majlis pelancaran skim tersebut.

Satu 'road show' juga akan diadakan dalam jangkamasa terdekat bagi menerangkan skim ini kepada rakyat Selangor bermula di kawasan DUN yang mengandungi paling banyak keluarga berada di bawah paras kemiskinan.

'Road show' itu juga akan memaparkan tadika-tadika yang telah menyertai skim ini.

Skim yang julung-julung kali diperkenalkan itu telah menerima reaksi positif dari para ibu bapa yang sempat ditemui TVSelangor.

"Semenjak kerajaan baru ini, bermacam skim untuk rakyat diperkenalkan, termasuklah terbaru hari ini. Skim Tunas untuk ringankan beban rakyat berpendapatan kurang RM1,500, kata seorang bapa Mohd Suhaimi Ibrahim

"Saya percaya bantuan ini dapat meringankan beban golongan sasaran."

Khatijah Hashim, 42, pula menganggap skim yang diperkenalkan ini sebagai mengesahkan lagi tanda kesungguhan Kerajaan Negeri meningkatkan mutu pencapaian pendidikan rakyat negeri ini.

"Sebelum ini ada Tuisyen Rakyat, sekarang pula Skim Tunas, saya nampak Kerajaan Negeri betul-betul serius nak tingkatkan pencapaian pendidikan rakyat Selangor," kata Khatijah.

Turut hadir pada majlis hari ini ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman, Pengerusi Majlis Permuafakatan Tadika Selangor, Dr Supian Hussein, dan penyelaras-penyelaras DUN.


Sumber: Selangorku

Dr Halimah: Tuisyen Rakyat 1Malaysia Tidak Tepati Sasaran

Posted: 01 Jul 2012 02:00 AM PDT

SHAH ALAM, 1 JUL: Program interaktif Tuisyen Rakyat 1Malaysia (iTR1M) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk penduduk Selangor gagal menepati sasaran.

Menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, program tersebut seakan meniru inisiatif Pakatan Rakyat Selangor yang memperkenalkan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) yang telah berjalan dari 2009.

Tindakan Kerajaan Pusat Umno-BN jelas menunjukkan program yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri mendapat sambutan positif oleh rakyat Selangor.

"Mengapa PM pilih Selangor? Sedangkan beliau mengetahui Kerajaan Negeri dah lama ada Program Tuisyen Rakyat Selangor untuk pelajar negeri ini.

"Sepatutnya PM boleh salurkan kepada negeri-negeri lain terutama negeri yang memiliki paras kemiskinan yang tinggi yang belum ada program seumpama ini," Dr Halimah berkata.

Beliau bercakap pada sidang media selepas melancarkan Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) di Shah Alam Convention Centre di sini hari ini.

Di bawah PTRS, pelajar daripada keluarga miskin yang prestasi akademiknya sederhana diberi peluang menghadiri kelas tambahan yang dianjurkan Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.

Setakat ini PTRS telah memberi manfaat kepada lebih 20,000 pelajar Selangor.

Dr Halimah berkata tindakan kerajaan pusat yang hanya menyalurkan program itu ke Selangor menggambarkan niat sebenar BN yang tidak ikhlas, iaitu untuk merampas Selangor kembali dalam pilihanraya umum.


Sumber: Selangorku

Pusat Budaya Di Klang Pelihara Warisan Komuniti

Posted: 01 Jul 2012 01:30 AM PDT

KLANG, 01 JULAI : Dalam usaha memperkasakan pembangunan di Klang, Kerajaan egeri Selangor akan menubuhkan tiga pusat kebudayaan di sepanjang Sungai Klang dengan mengambil kira pandangan rakyat.

Pusat kebudayaan yang merangkumi tiga kaum majoriti iaitu Melayu, Cina dan India itu bertujuan mengembalikan kegemilangan bandar diRaja Klang sebagai kawasan bersejarah.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, lokasi bagi ketiga-tiga pusat kebudayaan itu telah dikenalpasti, iaitu Bandar Klang (Taman Kebudayaan Cina), Kampung Pandan (Taman Kebudayaan India) dan Kampung Kuantan (Taman Kebudayaan Melayu).

"Pembinaan pusat kebudayaan di Klang ini adalah sejajar dengan misi dan visi kerajaan Selangor untuk menambahbaik pembangunan Klang yang agak ketinggalan berbanding daerah lain di negeri ini.

"Ia juga adalah salah satu inisiatif permulaan untuk menunjukkan bagaimana kemajuan di daerah ini dapat dilakukan," katanya.

Abdul Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Pameran Pusat Kebudayaan Negeri Selangor di AEON Bukit Raja, di sini semalam.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Teng Chang Khim dan barisan exco Selangor yang terdiri daripada Rodziah Ismail, Elizabeth Wong, Dr Xavier Jayakumar, Teresa Kok, Yaakop Sapari dan Ronnie Liu.

Pameran yang berlangsung selama lima hari bermula 27 Jun hingga 1 Julai itu mempamerkan warisan kebudayaan sebagai salah usaha untuk menghayati dan mendekati adat resam pelbagai kaum.

Pada majlis sama, kerajaan negeri turut mengedarkan borang soal selidik maklumbalas kepada pengunjung  untuk digunapakai dalam menjana penambahbaikan pembangunan di Sungai Klang.

Tambah Abdul Khalid, pusat kebudayaan itu dapat menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara selain memelihara warisan untuk generasi akan datang.

"Setiap pandangan daripada rakyat memberi makna besar kepada pembangunan di negeri ini. Pembangunan hanya dapat dilakukan jika kita saling bekerjasama," ujarnya.


Sumber: Selangorku

Pelajar Pinjaman Selangor Dapat Biasiswa Jika CGPA 3.75

Posted: 01 Jul 2012 01:00 AM PDT

SHAH ALAM, 30 JUN:  Pelajar yang mendapat pinjaman pelajaran Selangor berpeluang menukar status pinjaman kepada biasiswa sekiranya berjaya mendapat CGPA 3.75 dan ke atas selepas tamat pengajian.

Manakala mereka yang memperoleh CGPA antara 3.5 hingga 3.75 hanya perlu membayar 75 peratus dari nilai pinjaman.

Berita baik ini diumumkan oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali pada majlis Penyerahan Dokumen Perjanjian Pinjaman Pelajaran Kerajaan Selangor.

Menurut Halimah, ini bagi menggalakkan pelajar supaya belajar dengan lebih tekun dan memberikan sepenuh perhatian kepada pengajian.

Pinjaman yang diberikan ini merupakan pinjaman tanpa faedah yang dapat meringankan beban peminjam dalam membuat bayaran semula selepas tamat pengajian.

"Kita cuba galakkan pelajar mencapai CGPA 3.75 kerana kerajaan Selangor bukan sahaja tidak mahu adik-adik membayar (semula) bahkan menukar semula pinjaman itu tadi kepada biasiswa. CGPA 3.75 tidak perlu bayar langsung.

"Kalau 3.50 hingga 3.75 bayar 75 peratus sahaja. Cuba capai CGPA sehingga  adik-adik tidak perlu bayar pinjaman ini," katanya.

Sejak tahun 1987 sehingga kini, sebanyak RM140,080,168 juta telah diberikan kepada 15, 580 peminjam. Untuk tahun 2012, kuota penerima ditingkatkan kepada 2,000 orang.

Sesi pertama menyaksikan RM4,382,300 juta diagihkan kepada 737 orang peminjam manakala sesi kedua akan diadakan pada bulan Ogos.

Dalam pada itu, raut gembira terpancar pada wajah penerima pinjaman yang melahirkan rasa terima kasih ke atas keprihatinan Kerajaan Selangor.

Peljar Unversiti Selangor (Unisel), Muhammad Shazril Ahmad Shukri melihat perkara ini sebagai satu inisiatif yang baik memandang sebelum ini Unisel terlibat dengan kontroversi pemberian pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar.

Katanya, kadar faedah yang tinggi seperti yang dikenakan oleh PTPTN nyata membebankan pelajar.

"Ini merupakan kali kedua saya mendapat pinjaman yang sama. Sebelum ini saya mendapat pinjaman pada peringkat diploma," katanya.

agi penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM),  Afifah Aqilah Alias Khosnan, 20, pemberian pinjaman ini merupakan satu langkah yang baik dan beliau tidak perlu membuat pinjaman dari PTPTN yang mengenakan faedah yang tinggi.

Lo Sue Ann, 20, yang melanjutkan pelajaran dalam bidang pergigian di Kolej Universiti SEGI gembira apabila beliau terpilih untuk menerima pinjaman  daripada Kerajaan Negeri.

"Saya gembira mendapat pinjaman daripada Kerajaan Negeri dan ia akan meringankan beban ibu bapa saya kerana kos pengajian pergigian sangat tinggi," katanya.

 Sementara itu, ibu bapa turut menyokong dan melihat inisiatif ini sebagai satu langkah pembiayaan prihatin Kerajaan Negeri kepada rakyat Selangor.

Adnan Yahaya, 50 yang mewakili anaknya, Muhammad Hilman gembira apabila anaknya yang sedang menuntut di Universiti Tun Hussein Onn, Johor mendapat pinjaman berkenaan.

Katanya, pinjaman tersebut meringankan perbelanjaannya kerana pinjaman itu tanpa faedah.


Sumber: Selangorku

MB: Isu 500,000 Pengundi Baru Akan Dibawa Ke SPR Bulan Depan

Posted: 30 Jun 2012 02:00 AM PDT

SHAH ALAM, 30 JUN: Pertambahan 500,000 pengundi baru di Selangor akan dibawa ke perjumpaan bersama Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bulan depan bagi memastikan mereka adalah pemilih yang layak mengundi.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri sudah mengenalpasti jumlah pertambahan pengundi baru di Selangor dan akan dibentangkannya pada perjumpaan tersebut.

"Perjumpaan saya dengan SPR bulan depan adalah mengenai hasil kajian yang dilakukan dalam mengenalpasti pengundi-pengundi baru dalam senarai yang dikeluarkan SPR sejak 2008," katanya dalam media Hari Ilmu dan Pesta Buku Selangor 2012 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hari ini.

Semalam, dilaporkan bahawa SPR mengumumkan akan berjumpa semua parti politik di peringkat nasional dan negeri sebagai persiapan menghadapi pilihanraya umum ke-13.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar menyebut, langkah itu diambil selepas sesi taklimat dan latihan kepada semua pengurus pilihanraya.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata, hasil laporan penuh kajian pengundi akan diperolehi minggu hadapan dan senarai nama pengundi baru itu akan dianalisis.

"Pertambahan pengundi baru di 56 kawasan DUN di Selangor akan didekati dan dikenalpasti sama ada mereka berada di alamat yang dicatatkan dalam maklumat yang diberikan oleh SPR," katanya yang juga Adun Ijok.

Pada bulan April, Kerajaan Selangor melancarkan kempen "Selangorku Bersih" bagi mengenalpasti pertambahan mendadak pengundi baru di seluruh negeri yang meragukan.

Keraguan tersebut timbul kerana, seperti Abdul Khalid dedahkan hari ini, sesetangah kawasan seperti Sri Serdang merekodkan pertambahan pengundi baru seramai 21,000 orang.


Sumber: Selangorku

YB Ahmad Razif Blog's

Posted by Unknown | Posted on 1:36 PTG

YB Ahmad Razif Blog's


Bicara Tokoh Allahyarham Dato' Razali Ismail

Posted: 02 Jul 2012 09:32 PM PDT




Hari ini 3 Julai 2012 telah berlangsung Bicara Tokoh Allahyarham Dato' Razali Ismail di Dewan Besar Wisma Darul Iman anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama IPGM Dato' Razali Ismail.

Karnival Akhir Euro 2012 & Perasmian Wisma Belia Permata

Posted: 02 Jul 2012 09:26 PM PDT











Pada 1 Julai 2012 yang lalu, telah merasmikan program karnival akhir Euro 2012 dan bangunan Wisma Belia Permata. Pelbagai program dan acara telah diadakan pada malam itu. Tahniah kepada penyelaras Pemuda dan Belia yang telah menganjurkan program tersebut.

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP