Suara Sri Andalas |
- Tahap Pendidikan Rendah Penyumbang Kepada Kemiskinan
- MB: 4 Juta Rakyat Selangor Terima Manfaat Langsung Dari MES
- Lagi 53 Terima Bayaran Manfaat Mesra Usia Emas, DUN Seri Andalas Catat Penerima Tertinggi Selangor
- Dialog Bajet Selangor Selami Suara Akar Umbi Rakyat
- Felda listing: A ‘House of Lies’
- Isu Air Selangor: MB Bidas NGO Tidak Pro Pengguna
- Rakyat Selangor Sudah Boleh Mohon Skim Bantuan Tadika
- Dr Halimah: Tuisyen Rakyat 1Malaysia Tidak Tepati Sasaran
- Pusat Budaya Di Klang Pelihara Warisan Komuniti
- Pelajar Pinjaman Selangor Dapat Biasiswa Jika CGPA 3.75
- MB: Isu 500,000 Pengundi Baru Akan Dibawa Ke SPR Bulan Depan
Tahap Pendidikan Rendah Penyumbang Kepada Kemiskinan Posted: 03 Jul 2012 02:15 AM PDT SUBANG JAYA, 3 JUL : Tahap pendidikan rendah di beberapa lapisan masyarakat merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kemiskinan di kawasan bandar dan luar bandar di Selangor. Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, kemiskinan berlaku kerana kekangan wang seperti pendapatan keluarga kurang daripada RM1,500 sebulan dan saiz keluarga yang besar. Beliau berkata, peluang pendidikan yang ditawarkan kerajaan pusat juga hanya tertumpu kepada golongan cerdik pandai dan yang berada, manakala golongan kurang berkemampuan seolah-olah diabaikan. "Situasi yang dapat kita lihat sekarang ialah kalau seseorang pelajar itu mendapat keputusan cemerlang, secara automatiknya dia akan menerima pendidikan di peringkat yang lebih tinggi, secara percuma (kemasukan ke asrama penuh dan IPTA). "Manakala anak-anak yang tidak mendapat keputusan cemerlang dipinggirkan. "Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan memulakan usaha untuk membantu pelajar lemah ini supaya mereka juga dapat menerima pendidikan yang setaraf dengan pelajar-pelajar lain. "Bagaimanapun ia hanya dapat dilaksanakan pada tahun depan," katanya. Dr Xavier berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja "Kemiskinan Isi Rumah Bandar dan Luar Bandar Negeri Selangor" sempena Dialog Bajet Selangor 2013 di Hotel Grand Dorsett di sini pagi tadi. Dialog yang berlangsung selama dua hari ini bertujuan mendapatkan pandangan awam bagi menetapkan hala tuju Bajet Selangor 2013. Thema Bajet Selangor 2013 adalah ke arah melestarikan Selangor sebagai negeri maju yang terus menerajui ekonomi Malaysia. Sementara itu, pensyarah Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nor Ghani Md Nor menambah, insiden kemiskinan turut dipengaruhi faktor seperti pekerjaan makan gaji berproduktiviti rendah, ketua isi rumah atau ibu tunggal yang tidak berupaya bekerja. "Kebanyakan mereka bergantung kepada bantuan yang diberikan oleh pihak luar, namun hanya sebilangan kecil yang menerima bantuan. "Ekoran daripada ini, mereka akan menghadapi tekanan kewangan dan menjejaskan hubungan kekeluargaan dalam jangka masa pendek," ujarnya. |
MB: 4 Juta Rakyat Selangor Terima Manfaat Langsung Dari MES Posted: 03 Jul 2012 02:00 AM PDT SHAH ALAM, 3 JUL: Lebih empat juta penduduk di Negeri Selangor menerima pelbagai manfaat secara langsung dari Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang dilancarkan Kerajaan Negeri sebaik sahaja mengambilalih pentadbiran dari kerajaan Umno-BN sebelumnya. Demikian ujar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika berucap di hadapan kira-kira hampir 500 peserta Dialog Bajet Selangor 2013 yang diadakan semalam. "Dalam konteks agihan ekonomi kekayaan negeri menerusi program MES, lebih 200 ribu orang penerima individu mendapat manfaat setiap tahun dan itu tidak termasuk penerima bekalan air percuma 20 meter padu yang mencecah 1.277 rumah. "Jika dihitung satu isi rumah sekitar empat orang, itu bererti lebih empat juta orang penerima manfaat daripada program tersebut," kata Abdul Khalid dalam majlis dialog bertajuk 'Selangor Peneraju Ekonomi Malaysia' yang diadakan di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya. Beliau turut memberitahu, secara kasarnya, setakat April 2012, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sehingga mencecah RM525 juta bagi memastikan rakyat negeri ini mendapat manfaat dari pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Menurutnya kejayaan Kerajaan Negeri meningkatkan ekonomi negeri dan mengagihkan kekayaan kepada rakyat Selangor merupakan hasil usaha keras kakitangan awam negeri itu. Sumber: Selangorku |
Lagi 53 Terima Bayaran Manfaat Mesra Usia Emas, DUN Seri Andalas Catat Penerima Tertinggi Selangor Posted: 02 Jul 2012 07:45 PM PDT Pada 23 Jun 2012 yang lepas, satu Majlis Penyampaian Bayaran Manfaat Skim Mesra Usia Emas telah diadakan di Dewan MPK Taman Sentosa. Seramai 53 orang penerima dari DUN Seri Andalas telah diberikan bayaran manfaat tersebut. Majlis penyampaian bayaran manfaat bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi. YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas telah hadir pada pagi itu untuk menyampaikan sendiri bayaran manfaat dalam majlis yang berlangsung selama lebih sejam tersebut. Sehingga kini seramai 5010 warga emas telah didaftarkan di DUN Seri Andalas. Sebanyak 920 keluarga telah menerima bayaran RM2,500 yang menjadikan DUN Seri Andalas penerima tertinggi skim ini. |
Dialog Bajet Selangor Selami Suara Akar Umbi Rakyat Posted: 02 Jul 2012 07:30 PM PDT SHAH ALAM 3 JUL: Dialog Bajet Selangor 2013 yang dipelopori oleh Kerajaan Negeri Selangor diadakan bertujuan menyelami suara dan hasrat masyarakat akar umbi negeri itu. Demikian menurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika merasmikan dialog yang bertajuk 'Selangor Peneraju Ekonomi Malaysia' di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya pagi semalami. "Tujuan dialog ini diadakan supaya kita dapat pandangan, penelitian dan beberapa isu dari pemilik negeri iaitu rakyat daripada penjawat awam, ahli-ahli majlis, ketua-ketua kampung yang mana mereka sangat rapat dengan rakyat akar umbi. "Mereka ini dapat membangkitkan isu-isu yang patut diberi penekanan dalam usaha mentadbir urus belanjawan Negeri Selangor," ujar Abdul Khalid di hadapan kira-kira 500 wakil masyarakat, agensi kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Abdul Khalid juga memberitahu dialog bajet ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang dan menjadi sebagai sebahagian tradisi pentadbiran Negeri Selangor. Menurutnya bajet yang bakal dibentangkan nanti bukanlah bajet pilihan raya seperti mana yang sering dilakukan oleh Kerajaan Pusat. "Tiada isu bahawa bajet hanya tertumpu kepada pilihan raya sahaja sebab sesuatu belanjawan ini akan memberi kesan kepada belanjawan tahun-tahun seterusnya, sebagai contoh, pendidikan, ia perlukan usaha lebih 15 tahun," katanya. Tindakan Kerajaan Pusat yang kebelakangan ini mengumumkan beberapa bantuan untuk rakyat juga dianggap sebagai tindakan minit terakhir yang boleh dianggap terlewat. "Sepatutnya bantuan yang diumumkan kerajaan pusat ini dibuat sejak 2008 lagi, tetapi bila baru sekarang diumumkan ia memberi indikasi kurang baik di mata rakyat," katanya lagi. Tindakan Kerajaan Pusat itu berbeza berbanding pendekatan Kerajaan Selangor yang melaksanakan agenda dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor(MES) yang diatur sejak mula mengambilalih pentadbiran negeri ini. Menteri Besar juga memberikan penekanan terhadap kepentingan perbincangan dua hala antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat dalam menentukan hala tuju masyarakat negara ini. "Kalau di Australia kerajaan tempatan misalnya adakan perbincangan dengan Kerajaan Pusat, begitu juga di negara barat lain, tetapi ini sukar dilaksanakan di Malaysia," ujar Khalid. Dalam program yang berlangsung dari selama dua hari, 2 hingga 3 Julai ini, beberapa kertas kerja akan dibentangkan oleh ahli profesional dalam kepakaran bidang masing-masing. Selain Menteri Besar, turut hadir dalam dialog dan bertindak sebagai moderator dialog termasuk exco-exco Kerajaan Negeri, Rodziah Ismail, Dr Halimah Ali, Iskandar Samad, Dr Xavier Jayakumar, Ronnie Liu dan Dr Ahmad Yunus Hairi. Selain itu turut hadir dalam majlis dialog sama adalah Ahli Exco, Teresa Kok, Dr Yaakob Sapari, Lee Kim Sin, Ng Sue Lim dan Pengarah Startegi PKR Mohd Rafizi Ramli. Sumber: Selangorku |
Felda listing: A ‘House of Lies’ Posted: 02 Jul 2012 03:00 AM PDT With a bottomless pit of scandals and irregularities, Prime Minister Najib Tun Razak must be off his rockers when he says he will win 14-0 in the next election. But I know, the only time he has to say something like that, is when he knows the chips are down. We know when Najib says he will win 14-0, it means Umno and Barisan Nasional are finished. Otherwise, with a score of 14-0, Najib should have declared election yesterday. Let's talk about the Felda Global Venture (FGV) which was listed on June 28. Najib wants to rake in RM6 billion to pay his way through the next general election. But did you know that know that only 20% of Felda top management supported the idea of FGV's initial public offering (IPO)? Some 65% of the FGV staff thought FGV simply isn't ready to list. This is obviously a rush job and we must keep asking, why? From the beginning we have been saying: if settlers' welfare and economics are the prime concern, then allow KPF (Koperasi Permodalan Felda) to buy out FGV. Then KPF will own 100% of Felda holdings and all the assets therein. Then what is to stop KPF from forming or hiring a first-rate management company to run its business? KPF as the settlers' keeper will then look after settlers' welfare directly. Felda doesn't even have to list FGV as it's out of orbit completely. But that would be the honest road to walk. Felda, a 'minefield for Najib' Najib's current world, however, is pretty much constructed by consultants. They provide him with the idea and he goes out there to promote what he thinks are earth-shattering ideas. And if readers are interested to read about the make-believe world consultants construct, they may want to read House of Lies. Now, lets see the initial idea. The idea of a listing was mooted by CIMB. Ethos Consulting was brought in as global project coordinator. They brought in the calvary – Hay Group, Boston Consulting, Aeon Hewitt and maybe more. Their advice: Don't touch KPF, treat it like a leper. The way I see it, the FGV listing has all the hallmarks of becoming a minefield for Najib. What is the immediate effect of the FGV IPO? The listing will allow 94.5 % of the subscribers who are not even Felda settlers ride on the broken backs of Felda folks. Felda settlers get 91 million shares while 1.3 billion shares are taken up by state governments, government-linked companies (GLCs) and cornerstone investors – PNB, EPF and Tabung Haji (each have been asked to take up 20%). Five state governments, including my home state of Pahang, are also being arm-twisted into taking up 30% shares. Meanwhile, 420 million shares are set aside for rich individuals who must show they have a least RM3 million in assets and companies worth RM 10 million. No future An increasing number of Felda people are becoming more sceptical by the day. The FGV prospectus is fast acquiring the stature of the bikini version of statistical information – what it reveals is suggestive but what it hides is vital. For instance, we have not been told that only 3% of Felda landbank is RSPO certified (Roundtable on Sustainable Palm Oil). This means in future, we may find it difficult to sell CPO (crude palm oil) to the world market because much of the landbank from where the CPO comes from is not RSPO-certified. Also, because we haven't shown commitment to RSPO, FGV's plan expansion of plantations in places like Indonesia and Africa may not progress as fast as FGV wants. Where are the fundamentals to support the business? The productive trees? The market? The price? The industry? Over 50% of the trees in Felda plantations need to be replanted. That translates into higher costs. The cost of cultivating a new field is about RM15,000. If 53% of 355,864 hectares need to be re-planted, it will cost RM2.8 billion on replanting alone, spread over five years. And if you find additional planting areas, you can only reap what you sow in three to four years. New areas to be planted means more cost and a waiting period. Dropping demand Demand from big buyers is slowing down. China and India, for example, are cutting back their purchase of CPO. Malaysia is not the only supplier of CPO. Indonesia is becoming more competitive and can unload its CPO onto the market, dampening the price of Malaysian CPO. The fundamentals are not favourable to Malaysia. That being the case, you can't sustain the price post-listing for long. This rush job is likely to see Felda and FGV in the same position as ailing MAS (Malaysia Airlines System). Source: FreeMalaysiaToday, Dato' Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz The writer is a former Umno state assemblyman but joined DAP earlier this year. He is a FMT columnist. |
Isu Air Selangor: MB Bidas NGO Tidak Pro Pengguna Posted: 02 Jul 2012 01:45 AM PDT SHAH ALAM, 2 JUL: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini melahirkan rasa kesal dan hairan apabila terdapat segelintir Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mengambil pendirian yang merugikan pengguna air di Lembah Klang. Sebaliknya menurut Abdul Khalid, segelintir NGO terbabit mengambil sikap menyebelahi syarikat konsesi pengurusan air di negeri itu untuk terus mengaut keuntungan melampau dari hasil industri air Selangor. "Ini politik. Ada NGO kononya berjuang untuk mempertahankan kepentingan pengguna, tetapi mempertahankan kemahuan syarikat konsesi pengurusan air menaikan tarif air," sukar untuk dipercayai. "Saya beritahu kepada NGO, NGO berjuangan untuk pengguna jadi sewajarnya mereka berjuang untuk mendapatkan harga terbaik untuk pengguna. "Tentulah ini ada yang tidak kena," kata Abdul Khalid dalam sidang medianya selepas merasmikan Dialog Bajet Selangor 2013 hari ini di Hotel Grand Dorsett, di Subang Jaya. Beliau juga menggesa agar rakyat Selangor membuat pilihan yang tepat dalam menentukan pihak yang mana layak diberi hak untuk mengurus air Selangor. "Ia mudah, kalau rakyat mahukan tarif air naik hingga 75 peratus, pilih mereka, tetapi kalau mahu tarif air rendah pilih kami, itu sahaja, mudah," katanya merujuk kepada pilihan yang bakal dibuat oleh pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Abdul Khalid juga memberi jaminan tarif air di Selangor tidak akan dinaikkan di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat kecuali tidak melebihi 12 peratus dalam masa lima tahun. Sumber: Selangorku |
Rakyat Selangor Sudah Boleh Mohon Skim Bantuan Tadika Posted: 02 Jul 2012 01:30 AM PDT SHAH ALAM, 2 JUL: Ibubapa di Selangor yang berpendapatan rendah kini boleh memohon untuk bantuan menghantar anak mereka ke tadika melalui Skim TUNAS di syarikat Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) di Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan, Jalan Indah, Seksyen 14, Shah Alam. RMSB yang merupakan anak syarikat milik Kerajaan Negeri bertanggungjawab menguruskan semua skim-skim dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor boleh dihubungi di talian 03-5510 3468 dan 03-5510 3472. Selain itu, borang permohonan skim TUNAS atau Bantuan Tadika Selangor boleh didapati dari pejabat-pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN dalam jangkamasa terdekat ini. Demikian menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali, ketika pelancaran rasmi skim terbaru ini di sini semalam. Skim TUNAS yang dilancarkan di Shah Alam Convention Centre diwujudkan sebagai subsidi pendidikan bagi meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan kurang RM1,500 sebulan. "Bagaimanapun bantuan skim ini tidak melibatkan bayaran tunai kepada penerima sebaliknya ia akan dibayar terus kepada sekolah tadika terlibat," ujar Dr Halimah. Dr Halimah menjelaskan, sekolah tadika itu pula hendaklah berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS), sebuah badan bertindak mengawal selia piawaian sekolah-sekolah tadika seluruh Selangor. "Kerajaan negeri juga buka kepada Tadika Perpaduan dan Kemas, tetapi mereka enggan daftar untuk sertai program ini. "Jadi, yang ada pihak kata kami tak telus dan sebagainya itu tak betul. Sebenarnya mereka sendiri yang enggan kerana berfikiran politik sempit. "Akhirnya ibu bapa yang anaknya bersekolah di Kemas dan Perpaduan jadi mangsa, tidak dapat menikmati skim ini," katanya lagi. Menurut Dr Halimah, skim tersebut mendapat peruntukan sebanyak RM1.016 juta dari Geran Selangorku bagi tahun 2012. "Bagi tahun hadapan, peruntukan untuk Skim Tunas diteruskan dan dimasukan di dalam belanjawan berimbang 2013 nanti," kata Dr Halimah ketika berucap di hadapan kira-kira 500 hadirin di majlis pelancaran skim tersebut. Satu 'road show' juga akan diadakan dalam jangkamasa terdekat bagi menerangkan skim ini kepada rakyat Selangor bermula di kawasan DUN yang mengandungi paling banyak keluarga berada di bawah paras kemiskinan. 'Road show' itu juga akan memaparkan tadika-tadika yang telah menyertai skim ini. Skim yang julung-julung kali diperkenalkan itu telah menerima reaksi positif dari para ibu bapa yang sempat ditemui TVSelangor. "Semenjak kerajaan baru ini, bermacam skim untuk rakyat diperkenalkan, termasuklah terbaru hari ini. Skim Tunas untuk ringankan beban rakyat berpendapatan kurang RM1,500, kata seorang bapa Mohd Suhaimi Ibrahim "Saya percaya bantuan ini dapat meringankan beban golongan sasaran." Khatijah Hashim, 42, pula menganggap skim yang diperkenalkan ini sebagai mengesahkan lagi tanda kesungguhan Kerajaan Negeri meningkatkan mutu pencapaian pendidikan rakyat negeri ini. "Sebelum ini ada Tuisyen Rakyat, sekarang pula Skim Tunas, saya nampak Kerajaan Negeri betul-betul serius nak tingkatkan pencapaian pendidikan rakyat Selangor," kata Khatijah. Turut hadir pada majlis hari ini ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman, Pengerusi Majlis Permuafakatan Tadika Selangor, Dr Supian Hussein, dan penyelaras-penyelaras DUN. Sumber: Selangorku |
Dr Halimah: Tuisyen Rakyat 1Malaysia Tidak Tepati Sasaran Posted: 01 Jul 2012 02:00 AM PDT SHAH ALAM, 1 JUL: Program interaktif Tuisyen Rakyat 1Malaysia (iTR1M) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk penduduk Selangor gagal menepati sasaran. Menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, program tersebut seakan meniru inisiatif Pakatan Rakyat Selangor yang memperkenalkan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) yang telah berjalan dari 2009. Tindakan Kerajaan Pusat Umno-BN jelas menunjukkan program yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri mendapat sambutan positif oleh rakyat Selangor. "Mengapa PM pilih Selangor? Sedangkan beliau mengetahui Kerajaan Negeri dah lama ada Program Tuisyen Rakyat Selangor untuk pelajar negeri ini. "Sepatutnya PM boleh salurkan kepada negeri-negeri lain terutama negeri yang memiliki paras kemiskinan yang tinggi yang belum ada program seumpama ini," Dr Halimah berkata. Beliau bercakap pada sidang media selepas melancarkan Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) di Shah Alam Convention Centre di sini hari ini. Di bawah PTRS, pelajar daripada keluarga miskin yang prestasi akademiknya sederhana diberi peluang menghadiri kelas tambahan yang dianjurkan Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor. Setakat ini PTRS telah memberi manfaat kepada lebih 20,000 pelajar Selangor. Dr Halimah berkata tindakan kerajaan pusat yang hanya menyalurkan program itu ke Selangor menggambarkan niat sebenar BN yang tidak ikhlas, iaitu untuk merampas Selangor kembali dalam pilihanraya umum. Sumber: Selangorku |
Pusat Budaya Di Klang Pelihara Warisan Komuniti Posted: 01 Jul 2012 01:30 AM PDT KLANG, 01 JULAI : Dalam usaha memperkasakan pembangunan di Klang, Kerajaan egeri Selangor akan menubuhkan tiga pusat kebudayaan di sepanjang Sungai Klang dengan mengambil kira pandangan rakyat. Pusat kebudayaan yang merangkumi tiga kaum majoriti iaitu Melayu, Cina dan India itu bertujuan mengembalikan kegemilangan bandar diRaja Klang sebagai kawasan bersejarah. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, lokasi bagi ketiga-tiga pusat kebudayaan itu telah dikenalpasti, iaitu Bandar Klang (Taman Kebudayaan Cina), Kampung Pandan (Taman Kebudayaan India) dan Kampung Kuantan (Taman Kebudayaan Melayu). "Pembinaan pusat kebudayaan di Klang ini adalah sejajar dengan misi dan visi kerajaan Selangor untuk menambahbaik pembangunan Klang yang agak ketinggalan berbanding daerah lain di negeri ini. "Ia juga adalah salah satu inisiatif permulaan untuk menunjukkan bagaimana kemajuan di daerah ini dapat dilakukan," katanya. Abdul Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Pameran Pusat Kebudayaan Negeri Selangor di AEON Bukit Raja, di sini semalam. Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Teng Chang Khim dan barisan exco Selangor yang terdiri daripada Rodziah Ismail, Elizabeth Wong, Dr Xavier Jayakumar, Teresa Kok, Yaakop Sapari dan Ronnie Liu. Pameran yang berlangsung selama lima hari bermula 27 Jun hingga 1 Julai itu mempamerkan warisan kebudayaan sebagai salah usaha untuk menghayati dan mendekati adat resam pelbagai kaum. Pada majlis sama, kerajaan negeri turut mengedarkan borang soal selidik maklumbalas kepada pengunjung untuk digunapakai dalam menjana penambahbaikan pembangunan di Sungai Klang. Tambah Abdul Khalid, pusat kebudayaan itu dapat menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara selain memelihara warisan untuk generasi akan datang. "Setiap pandangan daripada rakyat memberi makna besar kepada pembangunan di negeri ini. Pembangunan hanya dapat dilakukan jika kita saling bekerjasama," ujarnya. Sumber: Selangorku |
Pelajar Pinjaman Selangor Dapat Biasiswa Jika CGPA 3.75 Posted: 01 Jul 2012 01:00 AM PDT SHAH ALAM, 30 JUN: Pelajar yang mendapat pinjaman pelajaran Selangor berpeluang menukar status pinjaman kepada biasiswa sekiranya berjaya mendapat CGPA 3.75 dan ke atas selepas tamat pengajian. Manakala mereka yang memperoleh CGPA antara 3.5 hingga 3.75 hanya perlu membayar 75 peratus dari nilai pinjaman. Berita baik ini diumumkan oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali pada majlis Penyerahan Dokumen Perjanjian Pinjaman Pelajaran Kerajaan Selangor. Menurut Halimah, ini bagi menggalakkan pelajar supaya belajar dengan lebih tekun dan memberikan sepenuh perhatian kepada pengajian. Pinjaman yang diberikan ini merupakan pinjaman tanpa faedah yang dapat meringankan beban peminjam dalam membuat bayaran semula selepas tamat pengajian. "Kita cuba galakkan pelajar mencapai CGPA 3.75 kerana kerajaan Selangor bukan sahaja tidak mahu adik-adik membayar (semula) bahkan menukar semula pinjaman itu tadi kepada biasiswa. CGPA 3.75 tidak perlu bayar langsung. "Kalau 3.50 hingga 3.75 bayar 75 peratus sahaja. Cuba capai CGPA sehingga adik-adik tidak perlu bayar pinjaman ini," katanya. Sejak tahun 1987 sehingga kini, sebanyak RM140,080,168 juta telah diberikan kepada 15, 580 peminjam. Untuk tahun 2012, kuota penerima ditingkatkan kepada 2,000 orang. Sesi pertama menyaksikan RM4,382,300 juta diagihkan kepada 737 orang peminjam manakala sesi kedua akan diadakan pada bulan Ogos. Dalam pada itu, raut gembira terpancar pada wajah penerima pinjaman yang melahirkan rasa terima kasih ke atas keprihatinan Kerajaan Selangor. Peljar Unversiti Selangor (Unisel), Muhammad Shazril Ahmad Shukri melihat perkara ini sebagai satu inisiatif yang baik memandang sebelum ini Unisel terlibat dengan kontroversi pemberian pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar. Katanya, kadar faedah yang tinggi seperti yang dikenakan oleh PTPTN nyata membebankan pelajar. "Ini merupakan kali kedua saya mendapat pinjaman yang sama. Sebelum ini saya mendapat pinjaman pada peringkat diploma," katanya. agi penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM), Afifah Aqilah Alias Khosnan, 20, pemberian pinjaman ini merupakan satu langkah yang baik dan beliau tidak perlu membuat pinjaman dari PTPTN yang mengenakan faedah yang tinggi. Lo Sue Ann, 20, yang melanjutkan pelajaran dalam bidang pergigian di Kolej Universiti SEGI gembira apabila beliau terpilih untuk menerima pinjaman daripada Kerajaan Negeri. "Saya gembira mendapat pinjaman daripada Kerajaan Negeri dan ia akan meringankan beban ibu bapa saya kerana kos pengajian pergigian sangat tinggi," katanya. Sementara itu, ibu bapa turut menyokong dan melihat inisiatif ini sebagai satu langkah pembiayaan prihatin Kerajaan Negeri kepada rakyat Selangor. Adnan Yahaya, 50 yang mewakili anaknya, Muhammad Hilman gembira apabila anaknya yang sedang menuntut di Universiti Tun Hussein Onn, Johor mendapat pinjaman berkenaan. Katanya, pinjaman tersebut meringankan perbelanjaannya kerana pinjaman itu tanpa faedah. Sumber: Selangorku |
MB: Isu 500,000 Pengundi Baru Akan Dibawa Ke SPR Bulan Depan Posted: 30 Jun 2012 02:00 AM PDT SHAH ALAM, 30 JUN: Pertambahan 500,000 pengundi baru di Selangor akan dibawa ke perjumpaan bersama Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bulan depan bagi memastikan mereka adalah pemilih yang layak mengundi. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri sudah mengenalpasti jumlah pertambahan pengundi baru di Selangor dan akan dibentangkannya pada perjumpaan tersebut. "Perjumpaan saya dengan SPR bulan depan adalah mengenai hasil kajian yang dilakukan dalam mengenalpasti pengundi-pengundi baru dalam senarai yang dikeluarkan SPR sejak 2008," katanya dalam media Hari Ilmu dan Pesta Buku Selangor 2012 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hari ini. Semalam, dilaporkan bahawa SPR mengumumkan akan berjumpa semua parti politik di peringkat nasional dan negeri sebagai persiapan menghadapi pilihanraya umum ke-13. Timbalan Pengerusinya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar menyebut, langkah itu diambil selepas sesi taklimat dan latihan kepada semua pengurus pilihanraya. Sementara itu, Abdul Khalid berkata, hasil laporan penuh kajian pengundi akan diperolehi minggu hadapan dan senarai nama pengundi baru itu akan dianalisis. "Pertambahan pengundi baru di 56 kawasan DUN di Selangor akan didekati dan dikenalpasti sama ada mereka berada di alamat yang dicatatkan dalam maklumat yang diberikan oleh SPR," katanya yang juga Adun Ijok. Pada bulan April, Kerajaan Selangor melancarkan kempen "Selangorku Bersih" bagi mengenalpasti pertambahan mendadak pengundi baru di seluruh negeri yang meragukan. Keraguan tersebut timbul kerana, seperti Abdul Khalid dedahkan hari ini, sesetangah kawasan seperti Sri Serdang merekodkan pertambahan pengundi baru seramai 21,000 orang. Sumber: Selangorku |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan