Selasa, 3 Julai 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Polis khasnya SB perlu fokus banteras jenayah

Posted: 03 Jul 2012 12:28 AM PDT

3 Jul 2012 

PETALING JAYA: PKR hari ini mencadangkan agar kerajaan memberi kebebasan kepada pihak polis untuk memerangi jenayah bukannya memerangi rakyat yang berbeza fahaman politik.

Berkata kepada media di Ibu Pejabat PKR, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ali memberitahu mencegah jenayah adalah menjadi satu agenda nasional dan perlu diatasi segera.

Namun, katanya, dari menangani isu jenayah, kerajaan memilih untuk membebankan polis dengan kerja yang tidak masuk akal.

Dalam masa yang sama, kata beliau, kerajaan masih berkeras mengatakan kadar jenayah telah menurun walaupun hakikatnya adalah bertentangan.

"PKR percaya langkah pertama untuk menyelesaikan masalah ini adalah mengakui peningkatan jenayah adalah benar.

"Langkah kedua adalah memastikan pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) membaik pulih sistem dan prosedur umum dalam tugasan mereka," jelasnya.

Dr Wan Azizah juga mencadangkan agar menghentikan menggunakan polis sebagai instrumen 'Police State'.

"Kami meminta kerajaan untuk menghentikan kerja polis Cawangan Khas (SB) mengintip rakyat.

"Kerajaan sepatutnya mengarah SB untuk memfokus pada kerja mengintip jenayah," katanya.

Menurut beliau, pada tahun 2010 SB telah menghasilkan 382 ribu laporan mengenai kegiatan politik rakyat.

Malah menurutnya lagi, SB juga telah menjalankan 351 ribu pemeriksaan keselamatan ke atas rakyatnya, pada keseluruhan SB telah menghasilkan 733 ribu laporan dan berjaya mengintip kira-kiran 4.3 peratus daripada penduduk dewasa di Malaysia.

"Sebagai bandingan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) cuma membuka 212 ribu fail jenayah iaitu kurang daripada 30 peratus daripada jumlah aktiviti mengintip SB.

"Oleh itu, kami mencabar kerajaan untuk mengarahkan 90 peratus aktiviti SB ke arah membanteras jenayah," tambahnya lagi.

Jelas Dr Wan Azizah lagi, jika kerajaan tidak boleh melakukan ini, maka rakyat mesti bangkit demi negara Malaysia yang lebih selamat dan mengakhirkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

Sebelum itu, beliau turut mengulas tentang penjenayah yang kini lebih terdesak dan berani bertindak pada siang hari dengan menggunakan senapang dan senjata.

Kejadian jenayah yang semakin berleluasa ini menyebabkan rakyat Malaysia hidup dalam ketakutan.

CERAMAH PENERANGAN

Posted: 03 Jul 2012 12:27 AM PDT


Bendera Pas dikoyak, dibakar

Posted: 03 Jul 2012 12:26 AM PDT

3 Julai 2012

KUALA KLAWANG - Pas Kawasan Jelebu melahirkan kekesalan apabila mendapati sembilan bendera parti itu dan PKR dirosakkan malam kelmarin.

Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Jelebu, Noranif Selamat berkata, kejadian disedari pada malam 30 Jun lalu ketika dia dalam perjalanan ke tapak ceramah Pakatan Raya (PR) yang diadakan di Kampung Bukit, Ulu Jelebu.

Menurutnya, ketika melalui simpang ke Kampung Dulang kira-kira jam 8 malam, dia mendapati bendera parti yang dipasang sudah dirosakkan.

"Bendera itu dipasang bersempena ceramah umum PR yang diadakan pada malam tersebut.

"Pada sebelah siangnya jentera Pas Jelebu memasang sembilan bendera termasuk salah satunya bendera PKR di kesemua laluan masuk ke Kampung Bukit bermula dari Pekan Kuala Klawang," katanya.

Noranif berkata, dia dan Ketua Unit Amal Pas Jelebu, Hanafi Ahmad Zainuddin yang berada di lokasi kejadian mendapati kesemua bendera sudah dipotong sehingga separuh dan satu darinya dibakar.

"Mengesyaki ia perbuatan khianat, saya turut melaporkan perkara itu kepada polis pada petang 1 Julai 2012 di Balai Polis Kuala Klawang," katanya.

Katanya, ini adalah kali kedua pihaknya membuat laporan polis mengenai perkara itu.

"Sebelum ini ia pernah berlaku di Pasoh ketika berlakunya ceramah PR.

"Malah ada juga bendera Pas yang dijahit bersama bendera DAP di mana bendera DAP diletakkan di atas bendera Pas dalam keadaan dijahit. Ini merupakan tindakan menghina parti Islam dan kita sebagai ahli Pas amat sensitif akan perkara ini," katanya.

Dalam pada itu katanya, dia meminta agar pihak berkuasa menyiasat perkara itu agar ia tidak berulang pada masa akan datang.

"Walau bagaimanapun kejadian sebegini langsung tidak melemahkan semangat Pas dan PR untuk meneruskan siri ceramah sehingga Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) diadakan," katanya kepada Sinar Harian.

Kadar pengangguran graduan di Malaysia serius?

Posted: 02 Jul 2012 08:03 PM PDT

Adakah ini menunjukkan kadar pengangguran di kalangan para graduan yang memiliki ijazah termasuk para juruterbang amat serius di Malaysia pada ketika ini hinggakan Suruhanjaya Perkhimatan Awam (SPA) mengeluarkan dasar baru dimana SPA membenarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)?

Apalah gunanya membuat pinjaman PTPTN puluhan ribu ringgit atau mungkin ratusan ribu ringgit, akhirnya bekerja sebagai kerani atau jual burger hanya untuk membayar balik pinjaman pelajaran.

Pemegang ijazah boleh mohon jawatan SPM
Jul 3 2012  

Suruhanjaya Perkhimatan Awam (SPA) memperkenal dua dasar baru, yang berkuatkuasa semalam, bagi meningkatkan peluang permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam.
   
Dasar pertama SPA ialah membenarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membolehkan semua calon bersaing dalam memohon mana-mana jawatan yang bersesuaian tanpa sekatan tahap kelayakan akademik.

Menurut kenyataan SPA, sehingga kini, seramai 852 calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda mengemukakan permohonan ke jawatan yang berkelayakan SPM.

Dasar kedua pula membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan dalam Borang Permohonan Pekerjaan Online SPA8i berbanding lima jawatan sebelum ini.
   
Langkah itu bertujuan memberi lebih banyak peluang kepada calon untuk dilantik ke jawatan bersesuaian.
   
Sejak semalam, seramai 5991 calon mengemukakan permohonan untuk lebih daripada lima jawatan.
   
- Bernama


Juruterbang menganggur
2 Julai 2012

Terpaksa kerja sambilan untuk bayar semula pinjaman pengajian

KUALA LUMPUR: Mereka membayar lebih RM200,000 seorang untuk mendapatkan lesen juruterbang komersial (CPL) dan seterusnya menjadi juru terbang, tetapi ada yang menganggur, bekerja kilang dan berniaga burger. Ada juga yang bekerja sambilan di pasar raya dan restoran makanan segera untuk membayar semula pinjaman memasuki sekolah penerbangan serta menampung kos sara hidup selepas gagal menjadi juruterbang


CUEPACS tidak setuju dua dasar baru SPA

2 Julai 2012 - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tidak bersetuju dengan dua dasar baru yang diperkenalkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam usaha meningkatkan peluang permohonan jawatan ke sektor awam.

Presidennya, Datuk Omar Osman menyifatkan dasar-dasar berkenaan sebagai tidak relevan dan merupakan 'langkah ke belakang' berbanding amalan sebelum ini.

Katanya, dasar tersebut langsung tidak mencerminkan daya saing dalam kalangan pemohon yang berbeza kelayakan malah mendakwa ia adalah satu pembaziran.

"Dasar seumpamanya pernah diamalkan dahulu, calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda layak memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagaimanapun, ia lebih banyak mendatangkan masalah berbanding menyelesaikannya, apa akan berlaku kepada calon yang memiliki diploma atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)?.

"Sekiranya calon memiliki ijazah tersebut menerima tawaran yang setimpal dengan kelayakan, sudah tentu dia akan meninggalkan jawatan SPM yang dimiliki. Kemudian, SPA perlu buat lagi temuduga untuk cari pengganti, ia adalah pembaziran dan menyebabkan kekecohan.

"CUEPACS tidak bersetuju dan menolak dasar-dasar baru berkenaan. Ia bukanlah penyelesaian yang realistik kepada masalah 35,000 pemilik ijazah yang bekerja secara kontrak ketika ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan SPA memperkenalkan dua dasar baru bertujuan meningkatkan peluang permohonan jawatan ke sektor awam berkuatkuasa semalam.


PENTAS WANITA

Posted: 02 Jul 2012 05:25 AM PDT


Tiada ulasan:

Nuffnang