Isnin, 2 September 2013

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Tradisi Persuratan Di Terengganu

Posted: 02 Sep 2013 05:47 PM PDT

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


The Finance Ministry Must Come Clean On The Economic Benefits And Growth To Malaysians Derived From The RM48.4 Billion In Borrowings Of 1Malaysia Development Bhd(1MDB) That Has Helped To Increase The Federal Government Debt To 70% Of GDP.(en/bm/cn)

Posted: 02 Sep 2013 12:08 AM PDT

Press Statement By DAP Secretary-General Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 2.9.2013

The Finance Ministry must come clean on the economic benefits and growth to Malaysians derived from the RM48.4 billion in borrowings Of 1Malaysia Development Bhd(1MDB), that has helped to increase the federal government debt to 70% of Gross Domestic Product(GDP). Such huge unexplained loan guarantees by the Federal government has caused Fitch Ratings to revise Malaysia's credit outlook from "stable" to "negative".

Fitch has questioned the use of "off-balance-sheet funding" through guaranteed government debt of almost RM 150 billion, that has increased the official government debt of RM 502 billion to RM 650 billion at end 2012. Fitch negative credit outlook on Malaysia may impact negatively on Malaysia in the form of higher costs of borrowings and cause a higher inflationary effect.

The Malaysian government understates the federal government's total debt obligations by not officially counting the "off-balance-sheet funding" as Federal Government debt. If both official government debt and government guaranteed debt are added together, our federal government total debt to GDP ratio will be 70% and not its claimed debt of 54%, which is illegal as it is above the statutory limit of 55%.

Most of the guaranteed government debt is incurred by financial instruments such as the 1MDB borrowings of US 12 billion or RM39 billion through bond issues. To-date, Malaysians are left in the dark as to who is the management and the status of the RM 39 billion in borrowings guaranteed by them, especially whether 1MDB have made book profits which can be quickly realised into cash.

Rumours of 1MDB being connected with young cronies of the BN leadership requires a full accounting for such a huge public fund of RM 39.5 billion or equivalent to nearly RM 1,500 for every Malaysian man, woman and child. In the national interests and to uphold principles of public accountability and transparency, there should be a Ministerial statement by Datuk Seri Najib Tun Razak on the present status of 1MDB.

Lim Guan Eng

—-BM Version —

Kenyataan Media oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 2 September 2013.

Kementerian Kewangan mesti telus tentang faedah serta pertumbuhan ekonomi yang dinikmati rakyat Malaysia daripada pinjaman bernilai RM48.4 bilion oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang telah menyumbang kepada peningkatan kadar hutang kerajaan persekutuan kepada KDNK sehingga mencapai 70%.

Kementerian Kewangan mesti telus tentang faedah serta pertumbuhan ekonomi yang dinikmati rakyat Malaysia daripada pinjaman bernilai RM48.4 bilion oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang telah menyumbang kepada peningkatan kadar hutang kerajaan persekutuan kepada KDNK sehingga mencapai 70%. Jaminan pinjaman yang begitu besar dan tidak dijelaskan oleh kerajaan persekutuan telah mengakibatkan agensi Fitch Ratings untuk menyemak semula unjuran kredit Malaysia daripada 'stabil' menjadi 'negatif'.

Fitch mempersoalkan penggunaan hutang tidak yang tidak disenarai rasmi melalui jaminan kerajaan sehingga mencecah hamoir RM150 bilion, yang telah meningkatkan jumlah keterhutangan rasmi kerajaan daripada RM502 bilion menjadi RM650 bilion pada penghujung tahun 2012. Unjuran kredit negatif Fitch terhadap Malaysia boleh memberi kesan buruk kepada negara dalam bentuk peningkatan kos untuk pinjaman selain mengakibatkan peningkatan kadar inflasi.

Kerajaan Malaysia mengecilkan jumlah hutang kerajaan persekuuan dengan tidak mengambil kira hutang-hutang yang tidak disenarai secara rasmi sebagai sebahagian daripada hutang kerajaan. Jika kedua-dua hutang rasmi kerajaan dan hutang yang dijamin kerajaan dikira bersama, kadar hutang kerajaan persekutuan terhadap KDNK akan mencecah 70%, bukan 54% seperti yang didakwa malah adalah menyalahi undang-undang yang menetapkan takat statutori sebanyak 55% sahaja.

Kebanyak hutang yang dijamin kerajaan ini berpunca daripada instrumen kewangan seperti pinjaman 1MDB bernilai US$ 12 bilion atau RM39 bilion melalui terbitan bon. Sehingga hari ini, rakyat Malaysia masih tidak tahu siapakah pihak pengurusan serta status pinjaman RM39 bilion yang dijamin oleh mereka, terutama sekali samada 1MDB telah menghasilkan sebarang keuntungan yang boleh dijadikan wang tunai.

Khabar angin bahawa 1MDB dikaitkan dengan kroni-kroni muda kepada pimpinan BN memerlukan perkiraan penuh bagi dana awam yang begitu besar berjumlah RM39.5 bilion atau hampir RM1,500 untuk setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak di Malaysia. Demi kepentingan nasional dan demi menjulang prinsip akauntabiliti dan ketelusan, suatu kenyataan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mesti dikeluarkan berkenaan status semasa 1MDB.

LIM GUAN ENG

—-Mandarin Version —-

民主行动党秘书长林冠英于2013年9月2日在吉隆坡发表声明:

财政部必须要解释清楚,一个马来西亚发展机构的484亿令吉贷款对国民有什么经济益处及成长?这让联邦政府债务增加至国民生产总值的70%。

财政部必须解释清楚,一个马来西亚发展机构的484亿令吉贷款对国民有什么经济益处及成长?这让联邦政府债务增加至国民生产总值的70%。联邦政府担保如此的巨额贷款,导致国际评级机构惠誉国际(Fitch Ratings)把我国的信贷评级的展望从"稳定"下调至"负面"。

惠誉国际也质疑,通过政府担保近1500亿令吉的债务使用表外融资(Off-balance-sheet Financing),导致政府债务在2012年底,从5020亿令吉增加至6500亿令吉。惠誉的负面展望在马来西亚具有负面影响,如更高的贷款成本及更高的通膨率。

马来西亚政府低估了联邦政府的总债务,所以没有正式把上述表外融资计算为联邦政府债务。如果官方政府债务加上政府担保的债务加起来,我国联邦政府的债务总额将占国民生产总值的70%,而不是它所说的54%,这将是非法的,因为法定限制国债不得超过国民生产总值的55%。

大多数政府担保的债务都是由那些金融机制促成的,如:一个马来西亚发展有限公司的120亿美元或390亿令吉的债券。至今 ,马来西亚人还被蒙在鼓里,谁在管理这笔390亿令吉的贷款担保,特别是一个马来西亚发展机构是否有账面利润可以很快地兑现。

有谣言指一个马来西亚发展机构与国阵领袖的年轻朋党有联系,我们要求当局交代这笔395亿令吉的巨额贷款,相等于每个国民(不分男女老幼)贷款1500令吉。基于国民利益及公信透明原则,拿督斯里纳吉应该发表正式声明,清楚交代一个马来西亚发展有限公司的现状。

林冠英

SUARA PERAK

Khalid Samad

Khalid Samad


Bahagian Ketiga: Perancangan Golongan Yang Ingin ‘Menyelamatkan PAS dan Presiden’ (Kononnya)

Posted: 02 Sep 2013 08:37 AM PDT

Tulisan saya kali ini adalah lanjutan dari tulisan saya yang bertajuk Menjelang Muktamar PAS dan Pemilihan Tahun Ini dan Persoalan Apa Itu Khianat?

Maka dikatakan adanya usaha untuk menjatuhkan TG Presiden. Buktinya tiada tetapi hanya dilaungkan soal 'pertembungan ulama' dan professional'. Bahan propoganda UMNO/BN serta Hassan Ali untuk memecah-belahkan parti digunakan golongan ini untuk tujuan yang sama?

Saya yakin kepimpinan TG Presiden mantap dan tidak memerlukan usaha penaburan fitnah dan adu-domba seperti ini untuk menyelamatkan beliau. Saya hairan mengapa golongan ini merasakan kedudukan TG Presiden begitu rapuh. Atau adakah mereka sendiri yang tidak yakin dengan kemampuan TG Presiden serta sokongan ahli terhadap kepimpinan beliau?

Saya fikir itulah sebenarnya sikap mereka terhadap TG Presiden. Mereka, melihat TG Presiden lemah, dikuasai golongan 'Parasit, Anwarinas, Erdogan dll', dan oleh kerana TG Presiden lemah dan mudah dikuasai, maka TG Presiden perlu diselamatkan! Kalau tidak, bukan sekadar TG Presiden akan musnah, PAS juga akan turut musnah! Ungkapan yang kononnya menzahirkan kasih dan cinta kepada TG Presiden pada hakikatnya berpaksikan perasaan tidak yakin pada kemampuan TG Presiden sendiri! Adakah mereka ini ingin mengangkat atau menjatuhkan imej Presiden?

Oleh kerana TG Presiden dikuasai golongan Anwarinas (kata mereka), maka TG Presiden telah bersetuju menyerahkan kerusi PAS kepada PKR dengan pembentukkan PR! Sedangkan isu kerusi dirunding dari peringkat kawasan ke Negeri dan akhirnya oleh Pusat. Sebagai contoh, KD, kawasan Subang sendiri tidak pernah menuntutnya selepas bersetuju menggantikannya dengan Paya Jaras pada 2008. Maka bagaimana boleh digambarkan ianya keputusan yang dipaksa ke atas Presiden oleh golongan 'Anwarinas' khususnya Dr. Hatta? Sedangkan ianya telah selesai dari peringkat kawasan lagi dan tidak pernah timbul di peringkat Negeri apatah lagi peringkat Pusat.

Bagi mereka, kejayaan PAS melalui PR dengan memenangi begitu banyak kerusi adalah persoalan ketiga atau keempat. Yang terpenting adalah jumlah kerusi yang ditandingi dan melalui PR jumlah kerusi yang PAS tandingi adalah kurang berbanding era sebelum PR. Namun soal berkurangnya kerusi yang ditandingi hasil kerjasama adalah sesuatu yang boleh dijangka apabila diwujudkan kerjasama. Sudah pasti apabila berkerjasama, akan ada kerusi yang diserah untuk ditandingi oleh rakan dalam Pakatan. Menolak konsep ini bererti menolak konsep Tahalluf Siyasi dan Pakatan Rakyat yang telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulama', PAS Pusat dan Muktamar itu sendiri sejak tahun 1990! Keputusan pimpinan yang tepat dan menyeluruh ini dipertikaikan mereka tetapi anehnya, tiada siapa pula yang mengatakan mereka tidak wala' dan thiqah!

Pada 1990 PAS menyerah beberapa kerusi, termasuk yang di Kelantan, kepada Semangat 46. PAS menang kembali Kelantan. Tiada pula dikatakan PAS menggadai kerusinya kepada Semangat 46 dan Al-Marhum Presiden serta PAS pada ketika itu 'perlu diselamatkan'!

Begitu juga pada tahun seterusnya sehingga sekarang. Tiba-tiba datang golongan yang entah mana asal usul mereka dan apa sumbangan mereka kepada perjuangan PAS, memberikan gambaran bahawa PAS dalam bahaya dan perlu diselamatkan! Persoalannya selamatkan dari apa?

Setakat yang saya faham dari keluhan mereka, yang dimaksudkan ialah selamatkan dari terus bersama PR. PAS perlu bertanding di semua kerusi yang dianggap mereka sebagai milik PAS dan sekiranya berlaku tiga penjuru sekalipun, ianya tidak mengapa. Kerana bagi mereka jumlah kerusi yang ditandingi adalah ukuran kejayaan bukan jumlah kerusi yang dimenangi.

Maka tidak hairan semasa PRU 13, golongan ini telah berusaha menimbulkan ketegangan di antara PAS dan PKR khususnya, serta di dalam PAS itu sendiri. Matlamat mereka ialah supaya pada PRU ke 14, PAS akan bertanding secara bersendirian dan kalau berkerjasama sekalipun, hanya dengan DAP secara 'electoral pact' seperti zaman pasca 80an.

Saya tidak menolak kemungkinan mereka ini 'ikhlas'. Tetapi yang jelas mereka teramat 'naïf, mentah dan kebudak-budakan. Tidak hairan mereka termakan dengan propaganda UMNO/BN. Propaganda ini kerap menyebut; "PAS sebenarnya baik dan kalau bersendirian, tidak bersama PKR dan DAP, akan kami (orag UMNO) sokong…" Saya sendiri mendengar kata-kata yang sama pada PRU baru-baru ini. Tetapi hakikatnya mereka hanya mengumpan pimpinan dan ahli PAS yang 'naïf' supaya membawa PAS keluar dari satu-satunya pakatan yang berpotensi menjatuhkan UMNO/BN. Sekiranya bacaan saya bahawa kata-kata memuji PAS, oleh orang UMNO, adalah hanya propaganda silap, maka mengapa mereka yang 'memuji PAS' tidak menyokong PAS di Kuala Besut baru-baru ini?

Atas sifat naïf mereka juga mereka berkata "tidak mengapa kita kalah, yang penting kita bertanding di semua 'kerusi kita' atas tiket PAS. Kita pertahankan 'maruah dan jati diri' PAS. Kita kalah di dunia tetapi menang di akhirat.." Adakah benar Allah mengarahkan ummat Islam untuk dengan mudah menyerah kalah di dunia dan tidak berusaha bersungguh-sungguh mencapai kemenangan melalui strategi yang dihalalkan SyariatNya? Atau kamu terlalu malas dan naïf sehingga ingin Allah menangkan kamu tanpa kamu usahakan sesuatu pendekatan dan strategi yang memungkin kemenangan? Berusaha mencapai kemenangan adalah wajib dan jangan kita sempitkan Syariat mengikut kehendak kita!

Itulah sebabnya amat penting diimbas kembali sejarah dan latar-belakang pembentukan Barisan Alternatif pada asalnya dan Pakatan Rakyat pada kemudiannya. Untuk tujuan itu, kertas kerja saya berhubung Pemikiran Al-Marhum Ustaz Fadhil Mohd Noor yang bertajuk Tahaluf Siyasi: Ijtihad Semasa, Teori Dan Aplikasi boleh dirujuk.

Janganlah kita dilihat sebagai kanak-kanak yang ingin menambah bermacam-macam kuih muih hari raya dan makanan di atas pinggannya sedangkan lemang yang ada dipinggan pun tidak mampu dihabiskannya. Kalau budak-budak berperangai begitu, mungkin masyarakat boleh terima. Kalau orang dewasa berperangai begitu, masyarakat akan menyampah.

Apa yang perlu PAS lakukan ialah menumpukan kepada kerusi yang telah diamanahkan kepada PAS untuk memenanginya. Kekalkan Kelantan, menang kembali Terengganu dan Kedah serta menang Perlis! Di negeri ini memang PAS terbanyak kerusinya dan kemenangan boleh dicapai sekiranya ada kerjasama yang mantap.

Pada masa yang sama secara bersama pertahankan Selangor, menangkan kembali Perak dan sama-sama tambahkan kerusi PAS dan PR di negeri lain. Walaupun di negeri ini kerusi PAS tidak semestinya yang terbanyak, namun kemenangan di kerusi yang diamanahkan kepada PAS untuk bertanding perlu dimenangi PAS.

Ini tidak! Yang diamanahkan pun belum menang tetapi duk sibuk tambah kerusi di sana dan di sini. Tindakan yang sengaja mencari gaduh. Sepertimana dahulu pasca PRU13 ada phak seperti Hassan Ali yang sengaja ingin mencari gaduh dengan DAP, sekarang golongan anak didikannya sengaja mencari gaduh dengan PKR pula! Maka saya tidak menolak mereka ini terpengaruh dengan propaganda UMNO/BN bersama Hassan Ali and the gang!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Mengapa TPPA perlu dibantah (2)

Posted: 02 Sep 2013 05:44 AM PDT

26 Syawal 1434 H. [MOD] -
Anas Alam Faizli,02 Sep 2013
Masalah Cukai Ekport

Cukai ekport dikenakan kepada pengekport barangan utama. Cukai ini berfungsi melalui dua cara; menaikkan pendapatan kerajaan dan membangunkan industri perantara tempatan. Cukai ekport menaikkan harga bahan mentah dalam pasaran ekport menyebabkan produk akhir yang dihasilkan oleh pasaran tempatan lebih murah dan kompetitif berbanding produk yang dihasilkan oleh pasaran luar. TPPA mahu mengubah perkara ini.


Dengan mengurangkan atau menghapuskan cukai ekport, negara seperti Malaysia yang sebahagian besar eksportnya masih barangan mentah, akan menyaksikan negara-negara rakan TPPA menikmati sumber-sumber kita dengan harga yang jauh lebih murah, seterusnya membunuh pengeluar industri perantara tempatan seperti pembekal kelengkapan teknologi dan perabot, industri penapisan kelapa sawit dan pengeluar produk tani dan makanan. Tidak keterlaluan jika saya katakan potensi kesan ini hampir sama dengan tindakan penjajah mengambil segala sumber kekayaan asli kita satu ketika dahulu!

Mitos Perdagangan dan FDI


Kembali kepada isu perdagangan, jangkaan manfaat yang diperoleh daripada menandatangani FTA dengan Amerika akan terlihat melalui pendapatan yang tinggi dalam faedah perdagangan. Bagaimana sebuah negara yang secara relatifnya mempunyai kekuatan ekonomi yang lebih kuat seperti Singapura, menyaksikan peningkatan pula dalam defisit perdagangan bermula dengan USD 1.4 bilion pada 2003 apabila mereka menandatangani perjanjian, kepada USD 4.3 bilion pada 2004, USD 6.9 bilion pada 2006 kepada USD 10.5 bilion pada 2012.

Menurut laporan United Nations, tiada bukti atau korelasi yang menunjukkan peningkatan pelaburan asing (FDI) yang berkualiti daripada perjanjian-perjanjian perdagangan dua-hala selama ini. Benar, jika kita tidak menyertai TPPA, kemungkinan trade diversion atau perdagangan yang 'lari' daripada Malaysia kepada negara-negara TPPA tidak dapat dinafikan. Namun kerugian daripada trade diversion ini haruslah jelas dan dipastikan mempunyai manfaat yang lebih besar berbanding pelbagai musibah dan kerugian yang dibawa oleh TPPA kepada aspek-aspek lain ekonomi negara.

Protes Dunia kepada FTA Amerika


Bukan asing negara seluruh dunia memprotes perjanjian FTA dengan Amerika. Di Guatemala, dua orang mati berdemonstrasi, dan rakyat Guatemala mengheret kerajaan ke mahkamah kerana dakwaan FTA terbabit mencabuli hampir 130 akta dalam perlembagaan Guatemala. Di Ecuador pula, darurat diisytiharkan kerana demonstrasi besar-besaran. Ketua rundingan Thailand dan Colombia pernah meletakkan jawatan kerana protes hasil rundingan dengan Amerika. Di Korea Selatan, seorang membakar dirinya sendiri sehingga mati bagi memprotes FTA dengan Amerika, yang hanya diluluskan oleh Parlimen selepas kerajaan pemerintah mengurung pihak pembangkang.

Negara seperti Argentina, Bolivia, Brazil, Paraguay, Uruguay, Venezuela, Afrika Selatan, Botswana, Lesotho, Namibia dan Swaziland juga sebelum ini terlibat dalam rundingan dengan Amerika untuk FTA tetapi kesemua rundingan itu gagal tanpa ditandatangani.

Di Malaysia, Third World Network (TWN) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bergerak di hadapan menentang isu FTA Amerika-Malaysia sejak 2008, dan melanjutkan penentangan terhadap TPPA. Usaha lebih menonjol juga muncul kebelakangan ini untuk menyentuh isi rundingan TPPA melalui sebahagian bab yang tertiris kepada pengetahuan orang awam. Pada 6 Jun 2013, YB Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan akhbar mempersoalkan kerahsiaan rundingan TPPA dan bertanyakan soalan penting; adakah Malaysia merancang untuk menggadaikan kedaulatan negara hanya untuk tujuan perdagangan bebas? Mewakili Pakatan Rakyat, beliau secara konsisten dan gigih telah memberikan tekanan yang membawa kepada penubuhan parliamentary caucus dan peningkatan penglibatan daripada MITI.

Pada masa yang sama, momentum penentangan terus dibina oleh badan bukan kerajaan seperti BLINDSPOT, MTEM, MAC, MTUC, GBM, IKRAM yang terus-menerus mengadakan forum awam untuk meningkatkan kesedaran awam. Usaha ini menggalakan orang awam untuk menuntut hak bersama daripada kerajaan dalam rundingan. Profil ternama seperti Tun Mahathir dan Liow Tiong Lai juga secara terbuka memberikan penentangan kepada TPPA yang menuntut perhatian rakyat dalam isu ini.

Badan Bertindak Bantah TPPA (BANTAH TPPA)


Badan Bertindak Bantah TPPA, atau dikenali dengan nama ringkas BANTAH TPPA, ialah gabungan 52 badan bukan kerajaan dan tujuh Jawatankuasa Bersama yang dibentuk untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap TPPA bagi memastikan Malaysia memperoleh manfaat terbaik daripada TPPA. Kami berpendapat TPPA ini wujud di tengah-tengah harapan sebilangan kecil syarikat multinasional yang mencari keuntungan komersial hasil daripada bab-bab dalam rundingan, dan juga kebimbangan besar organisasi-organisasi masyarakat sivil yang mewakili rakyat 12 buah negara dalam TPPA. Hakikatnya, TPPA bukanlah suatu FTA yang mempromosikan perdagangan bebas semata-mata, kerana ia memelihara kepentingan syarikat gergasi dalam industri terpilih. TPPA bertujuan memastikan perlindungan dan kepentingan korporat yang mengatasi kebajikan awam, keselamatan dan kepentingan sosio-ekonomi negara-negara yang ekonominya jelas lemah berbanding gergasi ekonomi dalam rundingan ini, yakni Amerika.

Perlu diingatkan bahawa Amerika dibantu oleh jawatankuasa penasihat khas terdiri daripada 1,000 orang pakar. Kami menuntut yang sama untuk Malaysia. Satu kajian oleh UNDP tidak mencukupi untuk meyakinkan orang awam bahawa kehidupan kami dan anak cucu kami tidak terancam. Melihat kepada rekod, Malaysia bukanlah pakar yang mahir dalam rundingan, kehilangan Blok L dan M, perjanjian berat sebelah air dengan Singapura, dan Pulau Batu Putih, sekadar menjadi contoh. Pasukan perunding daripada MITI semata-mata tidak boleh dibiarkan menentukan nasih seluruh rakyat Malaysia.

Akhirnya, BANTAH TPPA menuntut supaya Kerajaan Malaysia menggantungkan rundingan atau keluar daripada TPPA sehinggalah sebuah kajian menyeluruh analisis kos dan faedah serta kajian perbandingan dilakukan, dihebahkan kepada umum dan dibincangkan oleh semua pihak di Malaysia, teks rundingan dibentangkan, dianalisis dan dinilai oleh parlimen untuk memastikan bahawa rundingan TPPA yang dijalankan memihak kepada kedudukan dan kepentingan Malaysia, dan kebimbangan mengenai pelbagai isu dimasukkan dalam  pendirian dan dibincangkan  dalam rundingan TPPA; serta akhirnya satu referendum popular dilakukan untuk menentukan sejauh mana rakyat Malaysia menyokong kerajaan mereka untuk menandatangani dan meratifikasikan TPPA.

Kami menuntut supaya kerajaan mengamalkan pendirian telus dalam hal ini dan semua kebimbangan pelbagai pihak berkepentingan dalam kalangan rakyat Malaysia dipertimbangkan dalam pusingan rundingan. Jika tidak, tarik diri daripada rundingan TPPA secara berhemah. Garis panduan tentang faedah-faedah perjanjian FTA yang hanya teori-teori buku teks tidak mencukupi; TPPA mungkin kelihatan seperti perjanjian FTA di atas kertas, tetapi hakikat pelaksanaannya menunjukkan impak lebih besar kepada kedaulatan negara.

Perhatian dan empati diperlukan daripada masyarakat sivil, ahli akademik, pakar dan pengamal industri malah orang awam yang prihatin terhadap masa depan Malaysia mesti mencari maklumat, cuba memahami, bersuara dan menulis bagi menyumbang kepada usaha kita untuk menuntut yang terbaik daripada rundingan. Jika tidak, lebih baik ucapkan selamat tinggal kepada Amerika dan cabut lari sebelum terlambat.

*Anas Alam Faizli ialah profesional dalam industri minyak dan gas. Beliau sedang menyambung pengajian peringkat kedoktoran, pengasas bersama BLINDSPOT dan BANTAH TPPA, tweet di @aafaizli

Mesir: Kenyataan rasmi Kesatuan Ulama Dunia

Posted: 02 Sep 2013 05:41 AM PDT

26 Syawal 1434 H. [MOD] -
http://greenboc.blogspot.com,02 Sep 2013

Kenyataan Rasmi Kesatuan Ulama Sedunia Mengenai Krisis Mesir


Kenyataan Rasmi Pada 29 Ogos 2013 :: 22 Syawal 1434 

Kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Kesatuan Ulama Islam Se-Dunia mengenai isu Mesir iaitu : 

1- Wajib memberikan bantu ke atas rakyat yang dizalimi dan haram bersetongkol bahkan cenderung kepada kezaliman yang berlaku.

2- Pihak media, wartawan dan segala saluran informasi dituntut melaporkan perkara yang benar dan tidak menyembunyikan hak dengan mengada-adakan pendustaan dan penipuan atas apa yang berlaku. 

3- Para mufti dan alim ulama digesa agar kembali bertakwa kepada Allah dalam mengeluarkan sebarang fatwa. Fatwa yang berbentuk memberikan keizinan dan keharusan dalam menumpahkan darah adalah fatwa yang dikeluarkan oleh orang yang menjual agama dan mengundang kemurkaan Allah. 

4- Umat Islam di seluruh dunia digesa untuk memberikan sebarang bantuan yang termampu dalam bentuk doa, qunut nazilah dan sebagainya terhadap umat Islam dan rakyat Mesir yang dizalimi lagi ditindas. 

sumber : qaradawi.net

Tiga Kumpulan Kongsi Gelap Berdaftar Dengan ROS

Posted: 02 Sep 2013 05:39 AM PDT

26 Syawal 1434 H. [MOD] -

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengesahkan tiga daripada 49 kumpulan kongsi gelap yang diumumkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) minggu lalu merupakan pertubuhan yang sah dan pernah berdaftar dengan ROS.

Bagaimanapun Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman enggan mengumumkan nama kumpulan berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya perlu menyemak status sebenar kumpulan dengan pihak polis terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pengumuman mengenai kumpulan berkenaan.
"Apa yang boleh saya katakan ada tiga yang berdaftar dengan kita (ROS). Dua kumpulan dari Sabah sementara satu lagi, dari Semenanjung Malaysia.
"Sekiranya benar kumpulan ini disahkan sebagai kumpulan kongsi gelap, mengikut undang-undang pendaftaran mereka akan terbatal secara automatik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil kepada 20 parti politik yang telah diluluskan oleh ROS di ibu pejabatnya di sini, Isnin.
Khamis lalu, KDN mengumumkan kira-kira 40,313 individu dikenalpasti sebagai ahli kumpulan 49 pertubuhan haram yang terdiri daripada kumpulan kongsi gelap.
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi dilaporkan berkata, antara aktviti utama kebanyakan pertubuhan itu (walaupun bukan semua) ialah pengedaran dadah, peras ugut dan membunuh menggunakan senjata api serta menimbulkan huru hara di tempat awam.

ROS Umum 20 Parti Politik Baru Yang Diluluskan

Posted: 02 Sep 2013 05:38 AM PDT

26 Syawal 1434 H. [MOD] -

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada Isnin mengumumkan nama 20 parti politik baru yang diluluskan pertubuhan itu berkuatkuasa 28 Ogos lalu.
Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata, daripada jumlah itu, 11 parti politik dari Sabah, Sarawak (5) dan Semenanjung Malaysia (4).
Beliau berkata, pihaknya meluluskannya setelah meneliti dan berpuas hati dengan permohonan selaras dengan kehendak Akta Pertubuhan 1966 dan telah menjalanitapisan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Ini merupakan 'hadiah' daripada pihak kerajaan untuk hak berpersatuan.
"Kita harap mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil pendaftaran kepada 20 parti politik baru yang diluluskan ROS di ibu pejabatnya di sini, Isnin.
Beliau menjelaskan, masa yang lama diambil untuk meluluskan permohonan mereka yang tertangguh sejak tahun 2008 kerana mahu memperhalusi dan meneliti keupayaan sesebuah pertubuhan parti.
Katanya, ada juga permohonan yang tidak diluluskan dan perlu ditolak kerana dasar perlembagaan yang tidak teratur dan permohonan tak lengkap.
"Masa depan sesebuah negara bergantung kepada pertubuhan parti ini. Oleh itu, kita kena betul-betul menilai sama ada mereka benar-benar bertanggungjawab," katanya.
Parti politik daripada Semenanjung:
1) Parti Keadilan India Malaysia (MIJP).
2) Parti Generasi Baru (NewGen Party).
3) Parti Nasional Malaysia (MNP).
4) Parti Nasional Penduduk Malaysia (People's National Party of Malaysia).
Parti politik Sabah:
5) Parti Kebangsaan Sabah (PKS).
6) Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Baru.
7) Parti Gagasan Bersama Rakyat Sabah (Parti BERSAMA).
8) Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN).
9) Parti Kebenaran Sabah (KEBENARAN).
10) Parti Bersatu Bugis Sabah.
11) Parti Ekonomi Rakyat Sabah (PERS).
12) Parti Pembangunan Warisan Sabah / Sabah Heritage Development Party.
13) Parti Cinta Sabah (PCS).
14) Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (SAPU).
15) Parti Damai Sabah (PARTI SPP).
Parti politik Sarawak:
16) Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).
17) Parti Bumi Kenyalang (PBK).
18) Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS BARU).
19) Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERSB).
20) Parti Rakyat Gabungan Jaksa Pendamai / People's Alliance For Justice of Peace (Peace Party-Sarawak).

Alhamdulillah, Hadiah untuk rakyat : Harga RON95, diesel naik 20 sen mulai tengah malam ini

Posted: 02 Sep 2013 05:32 AM PDT

26 Syawal 1434 H. [MOD] -

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan harga minyak RON95 dan diesel naik 20 sen berkuatkuasa tengah malam ini. 

Berdasarkan kenaikan itu, harga bagi RON95 ialah RM2.10 manakala harga diesel ialah RM2. 

Ini adalah salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Rumah Terbuka Idul Fitri PAS Miri Mendapat Sambutan Dari Berbagai Kaum dan Agama

Posted: 01 Sep 2013 09:54 PM PDT

26 Syawal 1434 H. [MOD] -

PAS Miri telah mengadakan ramah-tamah rumah terbuka Idul Fitri di sebuah restoran di Permyjaya pada 1hb september yang lalu. Kali ini PAS Miri meraikan sambutan Hari Raya Idul Fitri bersama anak-anak yatim dan juga penduduk di sekitar kawasan perumahan Permyjaya dalam DUN Senadin, Miri.

Terdapat berbagai jenis hidangan makanan tempatan dan minuman disediakan untuk para pengunjung pada majlis tersebut. Beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat seperti YB Ling (DAP), YB Fong (DAP) YB Dr Teo (PKR), YDP PAS Miri, Dewan Himpunan Penyokong PAS, ahli, penyokong dan juga penduduk tempatan dari berbilang bangsa dan agama turut hadir meraikan majlis tersebut. Selain itu Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi juga turut hadir bersama pimpinan Muslimat PAS negeri Sarawak.

Pada majlis tersebut juga diadakan pemberian 'duit raya' kepada kanak-kanak dari berbilang kaum dan agama. Dengan adanya majlis seperti ini PAS Miri berjaya merapatkan dan mengeratkan hubungan silaratulrahim antara semua kaum dan juga dengan penduduk tempatan yang sebelum ini belum mengenali PAS secara dekat. Bila mereka hadir pada majlis PAS bersama rakyat, ini akan dapat memberi gambaran yang jelas bahawa PAS adalah Parti yang sesuai diterima oleh semua golongan.

Sambutan yang sungguh mengalakan ini akan diteruskan, supaya masyarakat akan dapat menilai yang PAS boleh diterima oleh semua golongan tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

Mesir: Boikot kerja, tarik simpanan di bank

Posted: 01 Sep 2013 08:59 PM PDT

26 Syawal 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,02 Sep 2013

MESIR: Gerakan Pemuda Anti Kudeta merancang akan mengenakan tekanan berterusan kepada pemerintah sementara tentera selagi tntutan mereka agar Presiden Mesir Dr Muhammad Morsi yang dipilih secara sah dibebaskan dan legitimasi dikembalikan, tidak diendahkan.


Dalam satu kenyataan semalam, gerakan ini menyeru rakyat Mesir agar menjadikan September ini sebagai bulan meningkatkan bantahan.



Mereka mensasarkan 2 juta rakyat agar menolah untuk membayar bil air, eletrik dan gas, selama sebulan ini.



Selain tidak membayar bil-bil tersebut, mereka juga menyeru pro Morsi agar menarik balik simpanan mereka di bank-bank Mesir.



Walaubagaimanapun, kenyataan itu menyebut bahawa pihak mereka akan tetap mengadakan bantahan secara aman dan menolak keganasan.



Gerakan ini juga menetapkan tarikh 22 September ini untuk mengadakan mogok besar-besaran dengan mengajak 3 juta pegawai kerajaan pro Morsi untuk tidak pergi bekerja.



Mereka juga mensasarkan 10 ribu peniaga-peniaga besar yang menentang kudeta agar menutup kedai-kedai mereka sebagai tanda bantahan.



Dalam pada itu, kerajaan sementara kelmarin mengumumkan perintah berkurung di Mesir dipendekkan dua jam dan akan bermula dari pukul 11 malam sehingga 6 pagi pada setiap hari kecuali hari Jumaat.



Perintah berkurung pada hari Jumaat kekal dari pukul 7 malam sehingga 6 pagi.

Perlu kebebasan media dalam Dewan Negeri Perak

Posted: 01 Sep 2013 08:57 PM PDT

26 Syawal 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,02 Sep 2013

KUALA LUMPUR: "Saya ingin menegur Datuk SK Devamani untuk bertindak adil kepada semua pihak terutamanya pihak media untuk menjamin ketelusan dan menegakkan demokrasi di Negeri Perak," kata Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar.


Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada permohonan maaf Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, Datuk SK Devamani kerana tidak membenarkan wartawan untuk mengambil gambar sewaktu persidangan Dewan Negeri Perak berlangsung. 


Dalam satu kenyataan, beliau berkata, Devamani menyalahkan pihak pengawal yang ditugaskan di Dewan tersebut kerana kesilapan itu. 


Sehubungan itu, Sivakumar yang pernah menjadi Yang Dipertua Dewan sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Perak selepas Pilihan raya Umum 2008 lepas mengingatkan SK Devamani bahawa itu bukanlah perkara baru. 


Menurutnya, sejak pertukaran kerajaan Perak pada tahun 2009, banyak halangan diberikan oleh Barisan Nasional dan Setiausaha Kerajaan Negeri kepada pihak wartawan.

Timbalan Pengerusi DAP Perak itu menambah, wartawan seharusnya bebas merakam setiap adengan yang berlaku dalam persidangan. 

Oleh yang demikian, ujar beliau mereka seharusnya ditempatkan di dalam Dewan Undangan Negeri dan bukannya di galeri pemerhati. 


Sebelum 2009, katanya semua wartawan diberi tempat duduk di dalam Dewan Negeri untuk merakamkan persidangan. 

Sekarang, ujarnya mereka telah ditempatkan di galeri awam yang tidak sesuai untuk mengambil gambar dan perakaman semua percakapan dalam Dewan Negeri kerana gambar-gambar yang diambil dari galeri pemerhati tidak berkualiti kerana terdapat cermin yang agak gelap.


Selain daripada itu, katanya apabila sistem pembesar suara dipadamkan ketika berlaku perbahasan sengit atau kontroversi maka wartawan yang berada dalam galeri itu tidak dapat merakam apa-apa kerana bilik itu adalah kalis bunyi. 


"Perkara ini sering kali berlaku dalam Dewan Negeri  Perak menyebabkan wartawan tidak dapat mendengar perkara yang sebenar yang berlaku dalam dewan," katanya lagi. 


Ini, ujar beliau menyusahkan pihak wartawan dalam menjalankan tanggungjawab mereka.


"Oleh yang demikan, saya mencadangkan supaya pihak media seharusnya ditempatkan dalam Dewan Negeri dan bukannya di galeri pemerhati. 


"Ini adalah untuk menjamin kebebasan media. BN tidak sepatutnya takut kepada media yang melaporkan perkara yang sebenar kepada rakyat,"mkatanya. 


Tambahan pula, tambah Sivakumar media perdana dan media alternatif juga sepatutnya dibenarkan untuk membuat rakaman video.

Mengapa TPPA perlu dibantah (1)

Posted: 01 Sep 2013 08:54 PM PDT

26 Syawal 1434 H. [MOD] -
Anas Alam Faizli,01 Sep 2013

Pada tahun 2008, kerajaan Malaysia telah menghentikan perundingan perjanjian FTA Amerika-Malaysia yang sudah berlangsung selama dua tahun, dengan 58 "isu tidak selesai". Antara penentang utama FTA ketika itu ialah Menteri Pertanian, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dilaporkan berkata bahawa beliau tidak akan berkompromi dalam isu kesejahteraan hidup petani tempatan. Malah, beliau dilaporkan pernah mengatakan 'langkah mayat saya dahulu.' YB Khairy Jamaludin, yang ketika itu sehinggakan turun protes, berpendapat bahawa FTA akan mengancam kedaulatan Malaysia dengan perlindungan paten, lantas menghalang akses kepada industri perubatan generik. Jadi mengapakah kerajaan beria-ia kini untuk menyertai TPPA? Apakah yang telah berubah selepas lima tahun? Yang pasti, kandungan ala FTA yang bakal mengisi TPPA masih kekal sama.

Kenapa Trans-Pasifik?

Kita boleh membuat andaian bahawa TPPA dikenali sebagai Trans-Pasifik kerana faktor lokasi geografi kedudukan negara-negara yang terlibat dalam rundingan. TPPA ialah unik kerana ia adalah perjanjian terbuka. Semua negara yang berminat boleh menyertainya selagi mana mereka bersetuju dengan apa yang telah dirundingkan pada waktu kemasukan itu, dan negara-negara lain bersetuju dengan penyertaan negara tersebut.

Negara-negara yang menyertai TPPA, kebanyakkannya sudah mempunyai perjanjian FTA dengan Amerika kecuali Jepun, New Zealand, Malaysia dan Brunei. Jepun dan New Zealand merupakan negara maju yang mempunyai antara jaringan hubungan perdagangan yang terbesar di dunia, manakala Brunei ialah sebuah negara yang sangat kaya sumber, walaupun perdagangan yang kecil. Hal ini menjadikan Malaysia, sebagai sebuah negara yang paling terancam dengan status sebagai negara membangun dan pihak baru dalam perjanjian TPPA dengan Amerika ini.

Bagi negara yang sudahpun mempunyai perjanjian dua-hala sedia ada FTA dengan Amerika, TPPA mungkin hanya melibatkan perubahan kecil kepada status perjanjian sedia ada. Tetapi untuk sebuah negara yang skala ekonominya kecil, TPPA bakal meninggalkan kesan yang lebih besar.

Rundingan pertama TPPA diadakan pada March 2010 melibatkan lapan buah negara, Malaysia menyertainya pada Disember 2010, di ikuti oleh Mexico dan Kanada pada Disember 2012. Baru-baru ini, Jepun menyertai rundingan pusingan di Kota Kinabalu.

Perjanjian FTA antara Amerika dan Singapura, Korea Selatan dan Chile boleh disandarkan sebagai panduan untuk kita melihat apa yang boleh diharapkan daripada TPPA. FTA ini juga tidak banyak berbeza antara satu sama lain, dengan perbezaan kurang daripada 5 peratus secara puratanya. Hal ini membawa kepada kita merumuskan bahawa Amerika melihat TPPA ini sebagai hanya satu daripada perjanjiannya yang menggunakan kerangka 'standard'. Mereka kelihatan tidak akan melayan "kerenah" dan kehendak negara-negara yang lebih kecil ini (dikenali sebagai 'pengecualian') di meja rundingan.

Kandungan teks TPPA juga sulit dan rundingan dijalankan secara tertutup. Hanya lima bab yang ketirisan secara tidak sengaja kepada orang awam iaitu Pelaburan, Harta Intelek, Perdagangan dan Sekatan, dan Garis Panduan Kawal Selia. MITI melaporkan hampir 14 bab daripada 29 bab yang dibincangkan sudahpun dipersetujui dan disimpulkan.

Tentang Pelaburan dan Kedaulatan

Isu ini boleh dikatakan isu terpenting, kerana berkait dengan hampir semua bab yang dibincangkan. Bab ini akan menyekat ruang pembuatan dasar oleh kerajaan melalui klausa 'Investor-To-State Dispute Settlement (ISDS)' dan 'State-To-State Dispute Settlement' (SSDS). ISDS ialah peruntukan dibawah Bab Pelaburan, yang secara asasnya membenarkan mana-mana syarikat untuk mengheret kerajaan Malaysia ke mahkamah bagi tuntutan kerosakan dan ganti rugi. TPPA bakal memperkuat "keadilan korporat" merentasi semua negara atas alasan "kesaksamaan dan kesama rataan".

Apakah kesaksamaan dan sama rata yang dimaksudkan di sini? Pendek kata, syarikat multinasional boleh selesa dengan kefahaman bahawa tiada perubahan ke atas undang-undang domestik yang akan melibatkan mereka secara buruk, sebaik sahaja mereka memulakan operasi di negara rakan TPPA mereka. Hakikatnya, hal ini menjadi tiket kepada syarikat gergasi multinasional untuk melangkah sistem undang-undang sebuah negara, melalui sebuah tribunal pengadilan antarabangsa yang dianggotai oleh tiga orang hakim; dua orang hakim antarabangsa dan seorang hakim tempatan.

Misalnya, jika Malaysia tiba-tiba mendapati bahawa terdapat kandungan kecil di dalam tembakau yang merbahaya dan membuat keputusan untuk mengharamkan kandungan tersebut, seterusnya menjejaskan keuntungan syarikat multinasional tembakau, syarikat itu mempunyai hak untuk menyaman kerajaan Malaysia berdasarkan potensi kerugian yang mereka alami sepanjang tempoh permit mereka beroperasi di Malaysia, beserta faedah. Itulah yang terjadi dalam kes Philip Morris, apabila syarikat itu menyaman kerajaan Australia atas pembentukan undang-undang baru tentang pembungkusan rokok. Perkara yang sama boleh terjadi ke atas Malaysia sekiranya negara kita hendak mengenakan undang-undang yang lebih ketat, ke atas pengusaha Lynas, misalnya.

Malah, tidak melampau jika kita menjangkakan bahawa penggubal undang-undang dan Parlimen akan dibiarkan tidak berfungsi; mereka tidak boleh menggubal undang-undang yang memberi kesan kepada keuntungan syarikat multinasional dan kelangsungan perniagaan! Kita masih ingat bagaimana Mexico di saman Dollar AS16 juta kerana tidak membenarkan pembuangan sisa toksik merbahaya ke dalam alam sekitarnya oleh syarikat Amerika.

Satu lagi hal yang diketahui umum ialah negara maju seperti Amerika dan Jepun sedang berusaha untuk melaksanakan ISDS melalui TPPA dan juga apa-apa yang dilihat sebagai kekurangan di bawah perjanjian Organisasi Perdagangan Dunia (WTO). Walaupun kita hanya boleh mengandaikan klausa ini tidak diratifikasikan kerana potensi kesan negatif, kebimbangan yang wujud ini ada asasnya.

Tentang Perolehan Kerajaan dan Program Pembangunan Vendor Petronas

Dalam bahagian ini, semua perolehan kerajaan termasuklah berkaitan dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Petronas tidak boleh dalam apa jua cara memihak kepada kontraktor tempatan dalam kaedah yang boleh disifatkan sebagai tidak adil kepada perusahaan asing lain daripada negara-negara rakan TPPA. Ada paras lantai dalam peraturan ini; daripada perjanjian-perjanjian lepas FTA Amerika, kita boleh menganggarkan iaitu sekitar RM23 juta dan ke atas. Jelas hanya kontrak sampingan kepada kontraktor tempatan yang tinggal. Sementara itu, kita melihat saiz perolehan kerajaan Malaysia sebanyak RM130 bilion, atau 25 peratus daripada KDN Malaysia.

Bukti empirikal menunjukkan bahawa 94 peratus daripada perolehan kerajaan Amerika diperoleh oleh syarikat tempatan Amerika (Khor, 2008) dan hanya 6 peratus diberikan kepada 170 syarikat di seluruh dunia. Betapa terhadnya potensi yang diperoleh daripada sebuah usaha yang sepatutnya membuka peluang kita di Amerika! Apakah yang akan terjadi kepada kontraktor tempatan kita terutamanya kontraktor minyak dan gas? Mampukah walau syarikat besar milik tempatan seperti Sapura Kencana dan MMHE sekalipun, bertahan menghadapi persaingan yang tidak bersimpati daripada negara maju? Apatah lagi nasib pemain-pemain industri kecil sederhana (SME). Program Pembangunan Vendor Petronas yang telah banyak membantu membangunkan industri gas dan minyak tempatan juga nampaknya bakal tersingkir daripada persaingan ini.

Tentang SME dan Pertanian

TPPA bertujuan untuk membebaskan perdagangan dan mengurangkan tarif, yang mana boleh menyebabkan kehilangan pekerjaan yang drastik dalam banyak sektor. Kesan langsung ialah tekanan terus kepada gaji pekerja lantas meluaskan lagi jurang pendapatan yang sudah sedia besar sekarang. Mexico ialah contoh terbaik; hasil daripada  pemeteraian Perjanjian Perdagangan Besar Amerika Utara (NAFTA) dengan Kanada dan Amerika, tiga juta daripada sepuluh juta rakyat Mexico kehilangan pekerjaan.

Pengurangan tarif akan memberikan kesan langsung terutama kepada produk pertanian.Walau bagaimana mulia pun niat TPPA mempromosikan keberkesanan dan persaingan sihat, niat itu menjadi tidak adil apabila kita melihat hakikat bahawa lebih 90 peratus syarikat Malaysia yang terlibat dalam sektor pertanian ialah syarikat kecil dan sederhana (SME). Mereka akan menghadapi persaingan yang tidak seimbang daripada syarikat gergasi pertanian daripada negara seperti Amerika, Kanada dan Jepun, yang mana kerajaan tidak menurunkan pun subsidi yang besar kepada petani mereka. Kajian oleh UNCTAD menunjukkan bahawa subsidi telah merendahkan kos pengeluaran beras Amerika sebanyak 45 peratus, kacang soya 32 peratus dan kapas sebanyak 52 peratus. Pengiraan kasar menunjukkan bahawa hasil beras mereka mampu memenuhi pasaran Malaysia serendah RM 1.40/ kg- apakah yang akan terjadi kepada Bernas, dan nasib pengeluar tempatan yang lebih kecil?

Tentang Harta Intelek- Paten Perubatan dan Hak Cipta

Syarikat farmasi gergasi akan mendapat hak ke atas paten ubat-ubatan dan mengekalkan pegangan hak cipta lebih lama dengan cara yang lebih mudah. Hal ini akan melewatkan pengeluaran ubat generik dan penggunaan ubat-ubatan penyakit kronik dan melewatkan akses kepada ubat-ubatan untuk penyakit seperti kanser, HIV dan penyakit kronik lain. Sebagai contoh, Herceptin, yang digunakan untuk kanser pada masa kini memerlukan RM8,000 setiap rawatan dan memerlukan kepada 17 pusingan rawatan. Purata kos untuk rawatan pesakit kanser paru-paru boleh mencecah RM 44,725 (Dollar AS14,455) setiap tahun untuk seorang pesakit. Peluang untuk mendapatkan rawatan ubat-ubatan ini semakin berkurang, terutamanya bagi mereka yang tidak mampu kerana harga yang terlalu tinggi, apabila akses kepada ubat-ubatan generik akan dilewatkan melalui TPPA kerana negara maju akan menambah jangka hayat paten lebih daripada tempoh 20 tahun.

Bahagian Hak Cipta dalam TPPA akan mengakibatkan rawatan perubatan bertambah mahal untuk kebanyakan rakyat Malaysia, aktiviti penyelidikan dan pendidikan juga akan menerima musibah dan kosnya meningkat disebabkan oleh undang-undang hak cipta yang lebih ketat dicadangkan. Ini termasuklah 'digital commons' atau harta umum digital seperti sumber maklumat daripada internet. Undang-undang hak cipta kini akan dipanjangkan hayatnya daripada 50 kepada 120 tahun. Maksudnya, 70 tahun lagi akses kepada pelajar dan dunia akademik diterhadkan, kerana harga buku rujukan dan sumber maklumat yang begitu tinggi.

Tentang kawalan Tembakau dan Kesihatan Awam

Tembakau bukanlah produk biasa yang profil permintaannya seperti produk-produk biasa- sebagaimana mahal pun tetap akan ada pembelinya. Rokok membunuh sekurang-kurangnya 50 peratus daripada penggunanya. Malaysia dan juga negara-negara lain dalam TPP kecuali Amerika, ahli kepada 'WHO Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) yang mensyaratkan supaya negara-negara ahli meregulasikan industri tembakau, mengurangkan penggunaannya dan menyekat insentif kepada industri tembakau. FCTC merupakan perjanjian antarabangsa yang mengikat Malaysia sebagai ahli yang bermaksud untuk mewujudkan dasar kebangsaan yang bermatlamat mengurangkan penggunaan tembakau dan meregulasikan industri tembakau.

Banyak syarat dalam banyak bab-bab TPPA bertentangan dengan FCTC. Hal ini menimbulkan kebimbangan terutamanya mengenai potensi konflik di masa depan. Isu ini menjadi lebih penting apabila kita menimbangkan kesan negatif kepada kesihatan awam dalam masyarakat yang tinggi penggunaan tembakaunya.

Tentang Kemampuan Kawalan Modal (Capital Control)

Salah satu kesan utama TPPA ialah pengehadan kemampuan kita untuk melaksanakan kawalan modal. Menurut Reinhart & Roghoff (2009), situasi pergerakan kapital antarabangsa yang tinggi selalunya menimbulkan krisis perbankan antarabangsa, seperti yang berlaku kepada Malaysia dan rantau sebelah sini pada tahun 1997, yang juga telah banyak kali berlaku dalam sejarah perbankan. Apabila sistem kewangan diregulasikan dengan baik, kemungkinan untuk kitaran kegawatan kewangan dapat dikawal, atau sekurangnya melindungi situasi ekonomi daripada terdedah kepada kitaran kegawatan kewangan yang banyak kali kita saksikan kerana persekitaran ekonomi yang bebas tanpa kawalan.

Hal ini bukanlah bertujuan untuk menentang usaha meliberalisasikan ekonomi demi mweujudkan persekitaran ekonomi yang lebih berkesan, malah bukan juga untuk merosakkan peluang Malaysia untuk menarik pelaburan asing. Tetapi, ia bertujuan untuk bertindak sebagai "shock absorber" atau penyerap hentakan akibat daripada krisis-krisis ekonomi yang cenderung kepada ekonomi-ekonomi yang lebih liberal. Hal ini penting terutamanya untuk perniagaan-perniagaan dan perusahaan-perusahaan Malaysia yang masih lagi setahun jagung untuk menghadapi saingan asing. Bukanlah satu kebobrokan pun untuk kita menyiapkan diri dengan satu sistem kawalan modal sementara seperti yang kita laksanakan ketika Krisis Kewangan Asia. Malah IMF sendiri mengakui keberkesanan kawalan modal dalam mempercepatkan pemulihan ekonomi Malaysia berbanding Indonesia dan Thailand.

Tentang Telekomunikasi

Bahagian telekomunikasi dalam FTA yang juga dibincangkan dalam TPPA merupakan antara bahagian yang wajar diberikan perhatian. Rancangan telekomunikasi adalah untuk mempromosikan persaingan ke atas pembekal telekomunikasi dalam kalangan negara anggota TPPA. Perusahaan telekomunikasi daripada negara-negara rakan TPPA akan diberikan akses kepada jaringan kemudahan telekomunikasi awam sedia ada melalui jaringan kemudahan dan akses kemudahan fizikal. Dalam kes Malaysia, kita prihatin terhadap keupayaan TM Berhad yang selama ini telah membangunkan infrastruktur fizikal telekomunikasi di Malaysia dan menghubungkan negara dengan jaringan kabel fiber optik kelajuan tinggi melalui skim Perkongsian Awam-Swasta (PPP). Apabila pesaing asing dibekalkan akses untuk menggunakan infrastruktur sedia ada, tentu sekali tekanan hebat ke atas prospek keutungan TM menyusul, malah mungkin mengheret syarikat gergasi telekomunikasi ke dalam krisis dan tutup kedai.


*Anas Alam Faizli ialah profesional dalam industri minyak dan gas. Beliau sedang menyambung pengajian peringkat kedoktoran, pengasas bersama BLINDSPOT dan BANTAH TPPA, tweet di @aafaizli


Keluarga nafi Mursyidul Am Ikhwan meninggal

Posted: 01 Sep 2013 08:49 PM PDT


26 Syawal 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,02 Sep 2013
MESIR: Keluarga Dr. Muhammad Badi'e menafikan dakwaan dan berita yang tersebar kononnya Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Mesir itu telah meninggal dunia dalam tahanan tentera di dalam penjara Torah.

Laman web rasmi Ikhwanonline  melaporkan bahawa Mursyidul Am yang sedang ditahan oleh tentera Mesir itu berada dalam keadaan baik dan kesihatan juga dilaporkan baik.

Kenyataan itu dipetik dari menantunya, Ahmad yang membuat penjelasan ekoran berita palsu yang tersebar.


Ahmad juga menafikan berita yang tersebar bahawa Mursyidul Am itu diserang sakit jantung dan cedera di muka akibat dibelasah sewaktu siasatan.

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut selepas ziarah pertama keluarga mereka menemui Dr.Badi'e di penjara yang menempatkan beliau seorang diri dan Mursyidul Am itu tidak dibenarkan bertemu dengan rakan seperjuangan yang lain yang turut diahan di dalam penjara yang sama.

Ahmad juga memberitahu, hanya isteri dan anak-anak Dr.Bad'ie yang diizinkan untuk melawat dan Mursyidul Am itu.


Sejak semalam tersebarnya berita kononnya Muhammad Badi'e meninggal dunia ketika soal siasat tentera akibat serangan jantung.


Selain ikhwan, laman berita MENA turut menafikan laporan itu. 


Mereka yang memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri Mesir mengatakan bahwa Badi'e berada dalam kesihatan yang baik, dan menambahkan bahwa kesihatan Badi'e sangat bergantung kepada kerjasama Ikhwan dengan pemerintah sementara yang didukungi tentera.

Mandela dibenarkan pulang ke rumah

Posted: 01 Sep 2013 08:47 PM PDT


26 Syawal 1434 H. [MOD] -

JOHANNESBURG: Nelson Mandela dibawa dengan ambulans ke rumahnya selepas hampir tiga bulan dirawat di hospital pada ketika simpati masyarakat dunia diberikan tetapi pihak berkuasa menyifatkan tahap kesihatan bekas Presiden Afrika Selatan itu tetap kritikal dan kadangkala tidak stabil. 


Kepulangan pemimpin berusia 95 tahun itu ke rumahnya di sini membolehkan ahli keluarga berkongsi masa bersamanya dalam suasana lebih mesra. 


Sementara itu, pejabat Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma berkata, Mandela akan menerima rawatan intensif yang sama seperti di hospital dan dikendalikan oleh doktor yang sama. - AP 

Mesir umum ahli panel perlembagaan baru

Posted: 01 Sep 2013 08:46 PM PDT

26 Syawal 1434 H. [MOD] -

KAHERAH: Pemangku Presiden Mesir, Adly Mansour mengumumkan senarai 50 ahli panel untuk mengkaji semula perlembagaan tetapi tanpa wakil Ikhwanul Muslimin yang enggan mengambil bahagian. 


Draf perlembagaan ketika di bawah pemerintahan Morsi diluluskan pada Disember 2012 oleh perwakilan seramai 33 peratus.


Jurucakap Mansour, Ehab al-Badaoui berkata, nama 50 ahli panel itu diumumkan pada sidang akhbar di Kaherah. - AFP 

Polis Perak sahkan bekas anggota TUDM adalah ketua kongsi gelap 36

Posted: 01 Sep 2013 08:44 PM PDT


26 Syawal 1434 H. [MOD] -

IPOH: Polis Perak mengesahkan bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang maut ditembak di hadapan sebuah restoran di Taman Rishah, Silibin, di sini pagi semalam adalah ketua kumpulan kongsi gelap 36 di Batu Gajah. 


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa ditembak akibat pergaduhan membabitkan tiga kumpulan kongsi gelap di kawasan berkenaan iaitu 36, 04 dan 08 yang berebut kawasan.


"Pergaduhan juga dipercayai berebut kawasan pengedaran dadah," katanya. 



Dalam kejadian pada jam 7.15 pagi semalam, mangsa S Jambu Keshan, 39, maut ditembak tiga das tembakan pada jarak dekat. BH/-

Nuffnang