Tengku Azlan ikut Ku Li, 'berundur' dari Umno Posted: 11 Dec 2012 07:16 AM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jerantut, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar berkata beliau berhasrat untuk 'berundur' dari Umno. Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Jerantut itu berkata, beliau berkemungkinan akan menyertai Amanah, sebuah NGO yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah.
Bagaimanapun katanya, tindakan itu tidak bermaksud beliau meninggalkan Umno secara total.
"Tak betul, saya hanya 'berundur', tapi bukan keluar Umno. Belum terlintas lagi. Belum lagi (masuk Amanah). 'Amanah' (saya) untuk selamatkan negara, untuk tolong rakyat miskin.
"InsyaAllah…(akan sertai Amanah) Tapi bukan tahun ini, lagi pun sudah hujung tahun. Saya sokong perjuangan Amanah. Amanah untuk membantu masyarakat lebih maju," jelas bekas Menteri Pengangkutan itu kepada lidah rasmi PKR, Keadilandaily.
Langkahnya itu dilihat sama dengan langkah Tengku Razaleigh yang kini aktif dengan Amanah, mengkritik dasar kerajaan walaupun masih ahli Umno dan Ahli Parlimen Gua Musang.
Tengku Azlan juga memberitahu, beliau juga akan berundur dari menjadi calon PRU13 dan menyerahkan mandat kepada orang muda.
"Bagi laluanlah kepada orang muda…Saya kena buat pembaharuan. Tapi orang muda jangan hanya pandai bercakap, mesti bertindak. Tunaikan melalui perbuatan untuk kebaikan orang muda juga," tegas veteran Umno Pahang itu lagi.
Yakin kemampuan Pakatan
Dalam pada itu beliau yang juga adik kepada Sultan Pahang turut meyakini kemampuan Pakatan Rakyat untuk mendapat sokongan daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Katanya, pendekatan berani Pakatan Rakyat bertemu rakyat bagi menerangkan dasar perjuangan mereka memperlihatkan kesungguhan untuk memenangi PRU13.
"Mereka (Pakatan) cuba terangkan apa yang boleh diberikan kepada rakyat dan negara jika menang dalam pilihan raya. Ini tak ada masalah," katanya.
Semalam sebuah akhbar Tamil, Makkal Osai melaporkan, Tengku Azlan akan keluar meninggalkan Umno.
Beliau dilaporkan tidak berpuashati dengan parti itu dan akan aktif dengan Amanah.
Makkal Osai melaporkan, Tengku Azlan akan menjadi Pengerusi Amanah negeri Pahang.
harakah/- |
Mohamed Morsi tangguh kenaikan cukai Posted: 11 Dec 2012 06:45 AM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] -
KAHERAH – Presiden Mesir, Mohamed Morsi memberi kuasa menangkap perusuh kepada pihak tentera dan mengarahkan ia bekerjasama dengan polis sehingga keputusan referendum tentang draf perlembagaan baharu diumumkan pada hujung minggu ini, menurut satu dekri yang diperoleh agensi berita AFP semalam.
Dekri itu telah dipaparkan di laman web rasmi pemerintah dan digazet di bawah peruntukan Undang-Undang 107, sehari sebelum perhimpunan bantahan besar-besaran oleh pihak pro-Morsi dan penentangnya dijadualkan berlangsung pada hari ini bagi membantah referendum tersebut.
"Pasukan tentera perlu membantu pihak polis dengan menjalin kerjasama bagi memelihara keselamatan dan melindungi institusi kenegaraan sehingga pengumuman referendum perlembagaan itu dibuat," kata dekri itu. Bantahan ganas terhadap Morsi yang bermula pada bulan lepas telah mengorbankan tujuh nyawa dan menyebabkan beratus-ratus orang cedera.
Referendum tentang draf perlembagaan tersebut ditentang oleh kumpulan anti-Moris termasuk blok pembangkang kerana ia menyekat kebebasan rakyat dan hak asasi wanita.
Kereta-kereta kebal dan tentera telah dikerah mengawal kediaman rasmi Morsi sejak Khamis lalu. Namun tiada pertempuran berlaku manakala ribuan penunjuk perasaan yang berkumpul di luar kediaman rasmi itu setiap malam.
Sementara itu, Morsi bertindak untuk menangguhkan kenaikan cukai ke atas beberapa produk termasuk arak dan rokok.
Morsi mengeluarkan keputusan itu pada malam kelmarin dan mengarahkan Perdana Menteri, Hisham Qandil untuk memulakan perbincangan untuk tidak menaikkan cukai supaya ia tidak membebankan rakyat.
Kenaikan cukai itu telah menjejaskan industri besi, simen dan beberapa produk lain.
Kenaikan cukai itu merupakan antara terkandung dalam bajet negara ini.
Ia turut menyatakan cadangan untuk meminjam sebanyak AS$4.8 bilion (RM14.6 bilion) daripada Dana Kewangan Antarabangsa bagi memulihkan ekonominya.
Industri pelancongan yang merudum dan kekurangan pelaburan asing telah melemahkan ekonomi Mesir. Perbalahan politik antara Morsi dan pemimpin pembangkang yang kebanyakan sekular memburukkan lagi ekonomi negara ini. – Agensi |
PAS usul tangguh sidang DUN bincang blok Bertam Posted: 11 Dec 2012 06:25 AM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] -
KUALA TERENGGNU: PAS melalui usul di Dewan Undangan Negeri Terengganu mengajak Adun Terengganu termasuk dari Umno untuk membincangkan siapa sebenarnya memiliki kawasan carigali minyak Blok PM 307 Bertam. Ini kerana, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengisytiharkannya terletak di bawah negeri Pahang sedangkan Lundin Oil yang membuat kerja-kerja carigali mengatakan ia terletak di kawasan perairan negeri Terengganu. Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi (gambar atas) dalam usulnya meminta persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu yang bersidang sekarang ditangguhkan untuk membincangkan usul ini.
Katanya, ia hendaklah ditangguh mengikut fasal 30 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan isu kawasan medan minyak yang baru di temui di Blok PM 307 Bertam yang terletak di luar pantai Semenanjung antara Terengganu dan Pahang yang kini sah menjadi milik rakyat Terengganu.
Hak tuntutan ini, katanya, diperkuatkan lagi dengan jawapan yang telah diberikan oleh Syarikat Lundin Oil yang merupakan syarikat carigali yang berpangkalan di Sweden yang melaksanakan kerja-kerja carigali di kawasan berkenaan dengan kerjasama Petronas Carigali.
Mereka memperakui bahawa Blok PM 307 Bertam ini adalah sah terletak di kawasan perairan negeri Terengganu.
Bagi beliau, isu ini adalah perkara-perkara tertentu kerana telah berlaku suatu pencabulan hak yang boleh menggugat amalan sistem Federalisma yang menjadi asas penubuhan Malaysia.
Dewan yang mulia ini bertanggungjawab membincangkan tindakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak yang mengistiharkan pada 30 Oktober lalu bahawa negeri Pahang dan bukannya Terengganu berhak menerima royalti minyak di medan minyak Bertam, yang terletak di Blok PM 307.
Medan minyak itu, kata Najib, terletak kira-kira 160 kilometer di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan Pahang, pada kedalaman air 76 meter.
Perdana Menteri juga menegaskan bahawa negeri Pahang dijangka menerima royalti sekitar RM100 juta setahun, bergantung kepada anggaran pengeluaran, apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga tahun 2014.
Perkara ini, kata Dr Syed Azman, adalah melibatkan kepentingan orang ramai apabila hak negeri Terengganu ini dinafikan dengan sewenang-wenangnya, ia akan menghilangkan keyakinan rakyat Terengganu terhadap pemerintah serta kredibiliti pemimpin negara.
Bagi beliau, tindakan ini jelas merampas hak-hak rakyat negeri Terengganu yang berpegang kepada semangat Federalisma dan keluhuran perlembagaan negara.
"Ini ditambah lagi dengan tindakan 'mengehsankan' royalti minyak Terengganu di bawah Dana Khas Persekutuan yang jelas menzalimi rakyat Terengganu yang majoritinya Melayu dan beragama Islam," tegasnya.
Bagi DR Syed Azman yang merupakan Penolong Setiausaha Agung PAS, sewajarnya Dewan yang mulia ini merakamkan penghargaan yang setingginya kepada Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah selaku pengasas Petronas.
Beliau telah menunjukkan sifat seorang negarawan tulen dan berani berdiri dipersada politik tanahair bagi membetulkan fakta yang diselewengkan khususnya dalam perkara pembayaran royalti pertoleum kepada negeri Terengganu, Kelantan dan negeri-negeri lain.
Menurut beliau juga, perkara ini perlu disegerakan kerana ia menyentuh hal pelanggaran hak rakyat dan kedaulatan negeri Terengganu.
Pengumuman 'anugerah wang ehsan' oleh Perdana Menteri kepada negeri Pahang ini telah membuka kembali terlalu banyak persoalan besar.
"Apakah perjanjian asal diantara kerajaan-kerajaan negeri dengan Petronas yang ditandatangani pada tahun 1975 itu sudah tidak diterima-pakai lagi?" soal beliau dalam usul itu.
Beliau juga bertanya, apakah setiap penemuan hasil minyak termasuk di Sabah dan Sarawak kini boleh di agih-agihkan kemana-mana sahaja negeri hanya dengan kuasa mutlak Perdana Menteri? Dan apakah kesudahan kepada tuntutan royalti minyak kepada negeri Terengganu?
Katanya, tuntutan royalti minyak di medan minyak Bertam, yang terletak di Blok PM 307 bukan lagi persoalan sentimen serta permainan politik sempit semata-mata, "tetapi berkaitan dengan persoalan maruah dan hak kita sebagai rakyat Terengganu Darul Iman, negeri yang berdaulat dan negeri yang berpayungkan Tuanku Al-Sultan kita, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud."
"Maka saya berpandangan bahawa usul ini melibatkan perkara tertentu, kepentingan ramai serta perlu disegerakan," tegas beliau dalam usulnya.
harakah/-
|
Lelaki 24 tahun peserta khatan Posted: 11 Dec 2012 12:30 AM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] -
Ismail dan Syarifuddin menyempurnakan majlis berkhatan beramai-ramai di Balai Raya Kampung Orang Asli Batu 55. MARAN - Enam remaja Orang Asli bukan Islam antara 10 peserta yang dikhatankan beramai-ramai termasuk seorang saudara baru berusia 24 tahun di Kampung Orang Asli Batu 55, di sini.
Seorang daripada remaja berkenaan, Yusmanizam Yusairi, 16, berkata, walaupun tidak menganut agama Islam, dia mahu berkhatan atas faktor kesihatan.
Menurutnya, banyak kebaikan berkhatan yang diketahui melalui pembacaan dan daripada mereka yang lebih dewasa.
"Saya tidak takut atau malu kerana berkhatan ini baik untuk kesihatan malah digalakkan untuk bukan Islam. "Keluarga saya sendiri tidak menghalang dan berkhatan beramai-ramai sebegini lebih meriah," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Majlis disempurnakan Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib.
Hadir sama, Pegawai Agama Islam Daerah Maran, Syarifuddin Mohamed Sa'ad.
Saudara baru, Azman Raju, 24, berkata, dia berkhatan bagi memenuhi tuntutan agama selepas memeluk Islam tahun lalu atas faktor perkahwinan.
Menurutnya, isterinya yang juga Orang Asli dari Kampung Bot Bot, dekat Chenor, sudah pun memeluk Islam sebelum mereka mendirikan rumah tangga.
"Mulanya memang segan mahu berkhatan kerana usia saya ini tetapi demi Islam, saya bersyukur selain dapat menjaga kesihatan," katanya.
sinar/- |
'Ini bukan nama kampung kami' Posted: 11 Dec 2012 12:25 AM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] -
Penduduk kampung menunjukkan papan tanda Kampung Belimbing yang menimbulkan kekeliruan. KUALA PILAH – Penduduk Kampung Temeris di sini melahirkan rasa hairan berikutan wujudnya papan tanda yang mengelirukan mereka.
Salah seorang daripada mereka, Muzir Barikis, 31, berkata, kampung mereka dikenali sebagai Kampung Temeris dan bukan Kampung Belimbing seperti yang tertulis di papan tanda simpang masuk tanah perkuburan kampung berkenaan. Menurutnya, papan tanda itu diletakkan di sini lebih sebulan dan lebih menghairankan kerana tiada kampung lain yang ada di situ selain Kampung Temeris.
"Kami sudah mengajukan kekeliruan ini kepada pihak berkenaan namun masih belum mendapat jawapan. "Justeru itu, saya mewakili penduduk kampung ini berharap papan tanda itu dapat dibuka semula bagi mengelakkan kekeliruan orang luar yang datang ke sini," katanya. Sementara itu, dalam perkembangan lain, penduduk kampung tersebut juga melahirkan rasa kecewa kerana masalah gangguan air yang masih berlarutan. Omar Mohd Saad, 57, berkata, kampung itu tidak mempunyai penduduk yang ramai, namun gangguan bekalan air tetap berlaku dalam tempoh dua hingga tiga hari. "Kadang kala gangguan bekalan air berlaku dari pagi hingga ke petang sehingga menyukarkan penduduk melakukan kerja harian. "Pihak berkaitan memang ada menghantar bekalan air, namun sampai bila kami harus hadapinya," katanya. Menurutnya, kampung lain sudah memiliki tangki dan paip baru bagi mengatasi masalah itu tetapi tidak di kampung tersebut. "Masalah ini sudah berlarutan sejak empat tahun lalu dan sewajarnya ia diatasi dengan sebaiknya," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
sinar/- |
Lynas: Adakah MB Pahang sanggup potong telinga? Posted: 11 Dec 2012 12:24 AM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] - Kerajaan Persekutuan BN dan Lynas Corporation perlu menyatakan dengan jelas di mana sisa Lynas akan dieksport dahulu sebelum kilang dibenarkan operasi untuk memproses nadir bumi.
Kenyataan empat Menteri BN, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sumber Asli Datuk Seri Douglas Unggah Embas Dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa syarikat Lynas Corporation Australia perlu mengeksport sisa yang terhasil daripada loji di Gebeng untuk memenuhi syarat lesen pengendalian sementaranya (TOL) adalah tidak mencukupi tanpa menuntut Lynas untuk menyatakan dengan jelas di mana sisa radioaktif kilang Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) itu akan dieksportkan.
Yang pasti, negara asal sumber nadir bumi itu, Australia tidak mahu menerimanya, sebagaimana mereka tidak mahu memberi kelulusan kepada syarikat Lynas sendiri untuk beroperasi di negara sendiri. 1. Kerajaan mesti menghalang operasi harian di kilang LAMP selagi syarikat tersebut gagal menjelaskan di mana sisa akan dibuang, walaupun mahkamah telah memberi kebenaran untuk Lynas beroperasi, namun syarat lesen tol mesti dipatuhi.
2. Kerajaan mesti menuntut surat atau dokumen perjanjian daripada Lynas untuk mengesahkan mereka sudah menjumpai negara yang sanggup menerima sisa-sisa radioaktif tersebut.
3. Kerajaan juga mesti menuntut Lynas memperjelaskan bagaimana syarikat tersebut mengatasi kekangan undang-undang antarabangsa yang menghalang penghantaran bahan berbahaya ke negara lain seperti yang dinyatakan pengarah urusan Lynas Malaysia Mashal Ahmad dalam laporan Guang Ming Daily.
Apakah Menteri Pahang sanggup berjanji sekali lagi untuk telinganya yang satu lagi dipotong dan terjun Sungai Pahang sekiranya Lynas gagal mengeluarkan apa-apa dokumen rasmi perjanjian, pelan dan negara mana yang sanggup menerima sisa toksik kilang LAMP?
Keadaan ini mesti ditangani segera, kerana bahan mentah nadir bumi telahpun sampai di kilang, dan syarikat Lynas akan memulakan operasinya. PAS Pahang ingin tegaskan bahawa kerajaan mesti bertegas dalam soal keselamatan rakyat dan risiko dari projek ini.
Rakyat Pahang khasnya bimbang sisa tersebut akan tetap berada di Pahang, kerana tiada negara sanggup menerimanya, sedangkan syarat lesen operasi ialah sisa toksik mesti dibawa keluar dari negara ini. Rakyat tidak akan teragak agak untuk berkumpul di hadapan kilang Lynas, sekiranya kilang ini memulakan operasinya tanpa menjelaskan ke mana sisa ini akan dihantar.
Rakyat Pahang ingin melihat surat rasmi dari Lynas dan kesediaan negara mana yang sanggup terima sisa bahaya ini. Ketiadaan negara sanggup menerima sisa membuktikan ianya bahaya bagi alam sekitar dan manusia, dan inilah yang rakyat perlu memahami kenapa Pakatan Rakyat bertegas menentang projek ini.
Tanpa surat rasmi akan timbul persoalan dan spekulasi - jika tiada negara yang sanggup menerimanya, dan demi meneruskan operasi harian untuk mematuhi syarat TOL, apakah ada kemungkinan sisa toksik Lynas dibuang ke perairan laut antarabangsa di Laut China Selatan sebagai langkah mudah?
harakah/- |
Terkejut restoran bernilai RM3.9 juta Posted: 11 Dec 2012 12:03 AM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] -
Poay Tiong (tengah) bersama Ketua Pemuda Pas Melaka, Yuhaizad Abdullah (kanan) di hadapan gerai dan air pancut yang didakwa membabitkan perbelanjaan besar bagi pembinaannya. AYER KEROH - Pakatan Rakyat (PR) Melaka terkejut apabila sebanyak RM3.9 juta dibelanjakan Kerajaan Negeri bagi melaksanakan pembinaan sebuah restoran dan menaik taraf landskap yang terletak di jalan susur keluar dari Tasik Air Keroh berhadapan Hotel World Youth di sini. Menurut Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong (DAP), kos berkenaan dianggap tidak munasabah dan sekali lagi mengesyaki wujudnya unsur rasuah di dalam pelaksanaan projek berkenaan. "Sungguhpun Perdana Menteri di bawah Barisan Nasional (BN) kata mereka mahu hapuskan rasuah, melakukan transformasi, utamakan rakyat tetapi masih lagi melakukan perkara sama. "Saya melihat masih banyak unsur penyelewengan, buktinya melalui projek ini," katanya di sini semalam. Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Sapiah Haron ketika diminta mengulas mengenai dakwaan itu menyangkal kenyataan yang dibuat Poay Tiong.
Menurut Sapiah, Adun berkenaan sekali lagi telah tersilap faham mengenai projek yang dijalankan. Katanya, projek berkenaan sebenarnya adalah di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM). "Selain projek pembinaan gerai dan air pancut seperti didakwa, kos berkenaan turut meliputi pembinaan laluan pejalan kaki dan menaik taraf beberapa kemudahan landskap dari hadapan hotel berkenaan sehingga ke Dataran Bersejarah Ayer Keroh. "Selain itu ia turut meliputi kos mengecat semula dan menukar lampu di Dataran Sejarah serta membaiki air pancut yang terdapat di kawasan berkenaan," katanya.
sinar/- |
Tok Guru Nik Aziz setuju nikahkan Apex Posted: 11 Dec 2012 12:02 AM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju menikahkan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apex) dengan pasangannya, Leuniey Natasha Nazri pada 28 Disember ini. Demikian dinyatakan dalam surat daripada Pejabat Menteri Besar Kelantan kepada Nazri. Menurut surat bertarikh 10 Disember yang ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Rushdee Abdullah itu, majlis akad nikah akan diadakan di rumah keluarga Leuniey jam 10.00 pagi.
harakah/- |
Solidariti Hijau serah memorandum krisis air Posted: 11 Dec 2012 12:00 AM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] -
Zulkefly (tengah) sempat mengadakan sidang media sebelum menyerahkan memorandum itu, semalam. KUANTAN – Ahli Solidariti Hijau semalam menyerahkan memorandum Krisis Air di Pahang kepada kerajaan negeri di Wisma Sri Pahang bagi mendesak supaya menangani krisis air dengan segera.
Kumpulan yang diwakili 40 ahli itu sebelum ini menyerahkan memorandum yang sama di Selangor dan berhasrat menyampaikannya kepada Menteri Besar di setiap negeri.
Pengerusinya, Zulkefly Mohamad Omar berkata, dalam memorandum itu, dilampirkan senarai lokasi yang sering mengalami gangguan bekalan air di Pahang untuk perhatian pihak bertanggungjawab.
"Antara lokasi itu ialah Felda Jengka 12, Jengka 7, Jengka 10, Bandar Tun razak, Tanjung Agas, Pekan, Felda Kampung Awah, Temerloh, Pulau Tawar, Jerantut, Kampung Aur Seberang, Rompin dan Felda Mayam, Triang.
"Selain itu, kawasan Kuantan juga turut mengalami gangguan iaitu di Felda Bukit Sagu 1 hingga 8, Kampung Sungai Pinang dan Felda Bukit Kuantan," katanya ketika ditemui semalam.
Turut hadir, Penggerak Institut Peduli Rakyat, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin dan Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Katanya, Solidariti Hijau yang disertai 80 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ingin menarik perhatian kerajaan negeri untuk mengambil tindakan segera menangani rungutan rakyat tentang krisis air.
Katanya, tindakan itu bukan bertujuan menjatuhkan kerajaan sebaliknya mahu perhatian segera dalam menangani masalah bekalan air yang berlaku di negeri ini.
Sebagai NGO yang prihatin dengan masalah itu, katanya, Solidariti Hijau sudah mengenal pasti beberapa faktor gangguan bekalan iaitu kapasiti air yang tidak mencukupi, tekanan air rendah, kerosakan teknikal dan air tercemar serta tidak bersih.
Zulkefly berkata, pihaknya turut mendapat aduan penduduk yang mempertikaikan bil air tinggi walaupun tiada bekalan air.
"Pihak bertanggungjawab perlu menyiasat segera masalah itu bagi mengenal pasti punca bil air tinggi walaupun tiada bekalan air. Selepas menjalani kehidupan tanpa air, mereka terpaksa pula membayar bil air yang tinggi.
Perkara itu sudah tentu membebankan penduduk," katanya.
sinar/-
|
Lajim lempar 'bom' melalui Akuan Bersumpah Posted: 10 Dec 2012 11:53 PM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Datuk Seri Panglima Lajim Ukin ( gambar) membuat Akuan Bersumpah (SD) hari ini dengan mendakwa pemimpin BN Sabah telah menggunakan balak untuk kekayaan ahli politik utama dan pemimpin kerajaan Sabah. Menurut Lajim dalam SD itu, buat sekian lama, pembalakan telah menjadi sumber untuk mengkayakan diri bagi segelintir ahli politik dan pemimpin kerajaan Sabah. "Dari pengalaman saya sendiri sebagai Timbalan Ketua Menteri, saya mengesyaki bahawa lesen pembalakan sering dianugerahkan kepada individu yang rapat dengan pemimpin kerajaan Sabah," katanya. Beliau juga berkata, wang haram dari kegiatan rasuah ini disyaki disimpan di luar negara menggunakan ejen yang mengendalikan penjualan balak pada harga yang rendah dan merugikan Kerajaan Negeri. Keuntungan dari penjualan balak pada harga rendah ini kemudiannya disalurkan sebagai rasuah dan dimasukkan ke pelbagai akaun di luar negara, yang akhirnya dipindahkan semula untuk manfaat ahli politik utama dan pemimpin kerajaan Sabah, katanya. "Saya bersedia untuk memberi kenyataan kepada mana-mana pihak berkuasa dari mana-mana negara yang menyiasat perkara ini untuk menghentikan jaringan rasuah yang melibatkan anugerah lesen pembalakan yang telah lama merugikan rakyat Sabah," tegas Lajim dalam SD itu. Berikut adalah akuan bersumpah Lajim Ukin. AKUAN BERSUMPAH Saya, Lajim Ukin (550615-12-5069) yang beralamat di Pejabat Perhubungan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), Lot 18 & 19, Tingkat 1 & 2, Blok C, Millenium Centre, Jalan Lintas Kepayan, Penampang 88200 Kota Kinabalu dengan sesungguhnya dan sebenarnya membuat perakuan berikut: 1. Saya adalah seorang ahli politik yang telah memegang pelbagai jawatan kanan di dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) iaitu parti yang telah memerintah Malaysia sejak merdeka dalam tahun 1957; 2. Saya telah memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah sehingga tahun 2004 dan telah menjadi wakil rakyat bagi beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen sejak 1994. Jawatan terakhir saya di dalam Kerajaan Malaysia adalah sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan; 3. Saya meninggalkan Kerajaan Malaysia dalam bulan Ogos 2012 berhubung perbezaan pendapat dan rasa tidak setuju mengenai pelbagai perkara terutamanya nasib rakyat Sabah yang telah lama diabaikan oleh Kerajaan Malaysia; 4. Sepanjang penglibatan saya dengan UMNO, saya telah dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO sejak tahun 2000. Majlis Tertinggi UMNO adalah badan pembuat keputusan yang tertinggi di dalam UMNO dan bertanggungjawab terhadap segala keputusan UMNO, termasuklah hal ehwal kewangannya; 5. Saya juga menganggotai Badan Perhubungan UMNO Sabah yang bertanggungjawab terhadap segala keputusan UMNO di peringkat negeri, termasuklah hal ehwal kewangannya; 6. Pada 9 Oktober 2012, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz mengejutkan Parlimen apabila beliau mengumumkan bahawa dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sabah, Dato' Seri Musa Aman (berhubung dakwaan wang rasuah berjumlah RM40 juta yang dikaitkan dengan beliau) telah digugurkan; 7. Menteri berkenaan telah juga mengumumkan bahawa pihak berkuasa turut menggugurkan dakwaan rasuah terhadap seorang niagawan balak dari Sabah bernama Michael Chia, yang sebelum ini dikaitkan dengan tuduhan rasuah berhubung lesen pembalakan melibatkan Dato' Seri Musa Aman; 8. Menurut kenyataan menteri tersebut di Parlimen, dakwaan rasuah terhadap Dato' Seri Musa Aman dan Michael Chia digugurkan atas alasan wang RM40 juta yang disiasat itu merupakan derma politik kepada UMNO Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri; 9. Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa sepanjang penglibatan dan pengalaman saya dalam pelbagai kedudukan kepimpinan dan pengurusan di dalam UMNO di peringkat pusat dan negeri, saya tidak pernah tahu atau diberitahu mengenai: i. Sebarang perbincangan yang berlaku di peringkat Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah mengenai usaha mendapatkan derma politik sebesar jumlah RM40 juta, seperti yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen; ii. Sebarang pengisytiharan yang dibuat di peringkat Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah bahawa derma politik sejumlah RM40 juta telah dibuat kepada UMNO Sabah, seperti yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen; iii. Sebarang bukti urusniaga, transaksi atau urusan yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah yang boleh membuktikan bahawa UMNO Sabah adalah penerima derma politik RM40 juta itu; dan iv. Sebarang laporan atau bukti yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah bahawa UMNO telah mendapat manfaat dari derma politik RM40 juta itu; 10. Oleh yang demikian, saya menyimpulkan bahawa kenyataan menteri berkenaan kepada Parlimen adalah tidak benar, menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah yang hanya menguntungkan beberapa orang sedang rakyat dan negeri Sabah tidak mendapat pulangan setimpal; 11. Buat sekian lama, pembalakan telah menjadi sumber untuk mengkayakan diri bagi segelintir ahli politik dan pemimpin kerajaan Sabah. Dari pengalaman saya sendiri sebagai Timbalan Ketua Menteri, saya mengesyaki bahawa lesen pembalakan sering dianugerahkan kepada individu yang rapat dengan pemimpin kerajaan Sabah; 12. Wang haram dari kegiatan rasuah ini disyaki disimpan di luar negara menggunakan ejen yang mengendalikan penjualan balak pada harga yang rendah dan merugikan Kerajaan Negeri. Keuntungan dari penjualan balak pada harga rendah ini kemudiannya disalurkan sebagai rasuah dan dimasukkan ke pelbagai akaun di luar negara, yang akhirnya dipindahkan semula untuk manfaat ahli politik utama dan pemimpin kerajaan Sabah;
13. Saya bersedia untuk memberi kenyataan kepada mana-mana pihak berkuasa dari mana-mana negara yang menyiasat perkara ini untuk menghentikan jaringan rasuah yang melibatkan anugerah lesen pembalakan yang telah lama merugikan rakyat Sabah;
14. Saya yakin pengalaman, pengetahuan dan maklumat dalaman yang saya ada mengenai perjalanan UMNO dan kerajaan di peringkat pusat dan negeri akan membantu siasatan.
Dan saya membuat Surat Akuan Sumpah ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar serta menurut Akta Akuan Berkanun 1960.
harakah/- |
Rumah dijilat api ketika leka menonton bola Posted: 10 Dec 2012 11:48 PM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] - LEDANG - Keseronokan seorang lelaki menyaksikan perlawanan bola sepak separuh akhir Piala Suzuki AFF antara Malaysia dan Thailand bertukar duka apabila rumahnya di Kampung Serom 3, Sungai Mati dekat sini musnah dalam kebakaran malam kelmarin. Kebakaran kira-kira pukul 9.30 malam itu disedari Mohamad Yusof Md. Said, 62, apabila dia terdengar bunyi seperti cawan pecah dari bahagian dapur rumahnya. Dia pada ketika itu sedang menonton televisyen di bahagian depan rumah. Menurutnya, dia yang berasa tidak sedap hati kemudian pergi ke bahagian dapur bagi melihat apa yang berlaku. "Apabila tiba di bahagian tengah rumah, tiba-tiba lampu terpadam dan saya nampak api sedang marak dari arah bilik belakang berdekatan dapur. Saya terkejut dan dengan pantas berlari ke bilik hadapan untuk mengejutkan isteri dan ibu yang sedang tidur. "Selepas ahli keluarga selamat keluar, saya memasuki semula rumah untuk menyelamatkan barangan berharga tetapi gagal kerana bumbung sudah mula runtuh pada ketika itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam. kosmo/- |
Tajuk Buku Rosmah: Aku Wanita Malaysia Pertama Ada Handbag Termahal Di Dunia Posted: 10 Dec 2012 11:45 PM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] -
Cadangan tajuk buku Rosmah meletup di Twitter KUALA LUMPUR: Pelancaran buku biografi, Datin Seri Rosmah Mansor semalam menjadi antara topik paling popular di kalangan pengguna media sosial Twitter sejak semalam. Dengan hashtags "#TajukBukuRosmah" atau "#RosmahBookTitle", masing-masing pengguna cuba memberi cadangan judul buku yang bakal diterbitkan pertengahan Januari depan itu. Beribu cadangan tajuk dikemukakan termasuk ada yang bersifat sinis terhadap isteri Perdana Menteri itu yang boleh dikatakan sering mengundang kontroversi dalam politik Malaysia. Antara cadangan sinikal yang dikemukan seperti dalam imej 'print screen' berikut: Harakahdaily bagaimanapun mengkaburkan nama pengguna bagi mengelak kaitan perundangan.
Buku biografi Rosmah itu dilancarkan semalam dengan Penasihat Penerbitannya adalah Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.
Buku itu didakwa "bakal menjawab secara telus" isu serta dakwaan fitnah yang dikaitkan dengan isteri perdana menteri itu.
Ianya akan diterbitkan oleh Yayasan Amanah Perdana Malaysia (YAPM). -HD
|
Deligasi PKR bawa bukti baru ke Hong Kong Posted: 10 Dec 2012 11:44 PM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Deligasi PKR akan bertemu Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) esok dengan membawa bukti-bukti baru mengenai skandal wang RM40 juta yang melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. Deligasi PKR itu akan disertai oleh William Leong, Ahli Parlimen Selayang, Hee Loy Sian, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan,Chang Li Kang, ADUN Teja, Darell Leiking, Timbalan Setiausaha Agong/Ketua Cabang Penampang dan Rafizi Ramli, Pengarah Strategi. Mereka akan membuat lawatan kedua ke Hong Kong pada 12 dan 13 Disember 2012 dalam usaha membuka semula siasatan pihak berkuasa Hong Kong mengenai tuduhan rasuah RM40 juta membabitkan Musa Aman melalui orang pertengahannya iaitu Michael Chia. Delegasi akan mengadakan pertemuan dengan James To, ahli Majlis Perundangan Hong Kong yang bertanggungjawab menyelia perjalanan Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC), selain mengadakan pertemuan khusus dengan pegawai penyiasat ICAC untuk menyerahkan bukti-bukti lanjut kes. Menurut Rafizi Ramli, PKR telah berjaya mengumpulkan bukti-bukti baru terutamanya bukti urusniaga dan butiran pemindahan wang di Hong Kong melalui akaun HSBC Milik Michael Chia di Singapura. Selain itu, bukti mereka adalah urusniaga melalui Akaun UBS di Hong Kong milik Zenique Investments Ltd dan Blisstop Corporation Ltd. Mereka juga akan membawa Akuan Bersumpah Datuk Seri Lajim Ukin untuk menyokong dakwaan rasuah yang dilakukan pemimpin politik di Sabah. "Ketiga-tiga bukti ini adalah mencukupi, seperti yang dibincangkan dengan ICAC, untuk membuka semula siasatan terhadap Datuk Seri Musa Aman. "Sekiranya pihak berkuasa Malaysia terus mendiamkan diri dan tidak mengambil tindakan, bukti-bukti ini akan terus tersebar dan melemahkan lagi keyakinan rakyat terhadap SPRM dan Peguam Negara," tegas Rafizi.
harakah/- |
Cameron Highlands Dalam Keadaan Berisiko Tinggi Posted: 10 Dec 2012 11:40 PM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] -
Penerokaan tanah secara berleluasa sehingga mengakibatkan hakisan dan pencemaran pada sungai. CAMERON HIGHLANDS: Setelah terkenal mempunyai suhu sejuk dan tumbuhan hijau, Cameron Highlands kini bertarung dengan aktiviti penerokaan tanah dan pencemaran air. Peberokaan tanah berleluasa untuk penanaman pertanian bukit yang dijalankan oleh petani turut menjadi teka teki sama ada mempunyai permit atau tidak. Jentera berat juga dilihat bekerja pada hujung minggu biarpun penggunaannya dilarang. Sebahagian daripada penerokaan tanah sedang dilakukan pada cerun melebihi kecerunan 30 darjah. Ini menimbulkan risiko tinggi kepada tanah runtuh dan hakisan tanah. Sebahagian daripada sistem perparitan tersumbat dan air sungai mula melimpah setiap kali hujan mengakibatkan banjir di jalan raya berdekatan. Hakisan tanah bukan satu-satunya penyebab pencemaran sungai, racun perosak yang digunakan di ladang juga menyumbang kepada pencemaran tersebut. The Star melawat beberapa lokasi, termasuk Sg Menson, Batu 49, Lembah Biru dan Kuala Terla, semua kawasan yang mengalami penerokaan tanah secara meluas. Tiada sebarang usaha daripada petani untuk mewujudkan satu sistem saliran yang sepatutnya bagi mengurangkan pencemaran sungai. Pemantauan sepanjang jalan dalaman di Sg Menson menunjukkan ladang yang bersempadan dengan sungai yang tercemar tiada zon penampan. Di kawasan lain di Sg Menson, hakisan parit berlaku pada beberapa hektar tanah yang sedang diteroka. Di Batu 49, Segelintir petani telah menyuarakan membangkang penerokaan tanah secara haram yang mengakibatkan sumber air mereka tercemar. Berhampiran, Lembah Biru, kuarters pekerja telah dibina berhampiran jalan utama, di mana paip kumbahan tandas sisa disalurkan ke dalam sungai. Keadaan yang sama berlaku di Ringlet, di mana petani melaporkan masalah kulit dan sukar bernafas kerana terpaksa minum dan memasak dengan air dari sungai yang tercemar itu. Penduduk telah menyatakan rasa tidak puas hati atas apa yang mereka anggap "penjelasan penerokaan haram", mendakwa bahawa perkara itu telah menjejaskan kesihatan serta masa depan Cameron Highlands sebagai kawasan pertanian dan destinasi pelancongan. Bulan lepas, hakisan tanah besar-besaran berlaku akibat dari aktiviti yang didakwa haram berhampiran loji rawatan air Kuala Terla. Tanah runtuh juga berlaku pada hari yang sama di jalan Tanah Rata-Ringlet, menyebabkan trafik jem hampir satu jam di kedua-dua hala. mstar/-
|
Habibie: Zainudin dangkal, berprasangka keji Posted: 10 Dec 2012 11:35 PM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Zainudin Maidin adalah sosok angkuh (arogan) dan rasis yang merupakan salah satu antara penyebab tercetusnya krisis bilateral membabitkan Malaysia-Indonesia. "Saya dimaklum dan terkesan dengan serangan jelek oleh Zainudin Maidin ke atas mantan Presiden Indonesia, BJ Habibie (gambar) seperti yang diterbit semalam oleh Utusan Malaysia, akhbar milik Umno," ujar Ketua Umum PKR, datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan. Tambahnya, tulisan Zainudin sememangnya diketahui dangkal ( mediocre) dan beliau mewakili sosok elit Umno yang berprasangka keji terhadap negara Indonesia. Menurutnya, ramai sedia maklum tentang latar belakang Zainudin; mantan editor akhbar Utusan Malaysia milik Umno, juga mantan menteri penerangan yang sering menuding jari dan melabel kelompok yang tidak sehaluan dengan Umno sebagai 'pengkhianat'. "Zainudin merupakan satu-satunya menteri kanan yang tewas dalam pilihan raya umum lalu kepada calon dari Parti Keadilan Rakyat, justeru kita bisa memahami keresahan, dendam dan motif beliau dalam melancar serangan sebegini," ujarnya yang juga Ketua Pembangkang. harakah/- |
Projek didakwa tak selamat Posted: 10 Dec 2012 11:27 PM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] -
SIMPANG RENGGAM - Pihak kontraktor yang terlibat secara langsung dalam projek melebarkan jalan di hadapan Penjara Simpang Renggam dan Pasukan Gerakan Am (PGA) digesa supaya menyegerakan kerja-kerja pembinaannya. Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat yang mewakili Pakatan Rakat (PR) bahagian Simpang Renggam membuat gesaan itu dan mendakwa kerja kontraktor itu tidak sempurna dan boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya. Katanya, penduduk kawasan ini berkali-kali mengutarakan rasa tidak senang dengan projek itu. "Pas menerima beberapa aduan termasuk dari kakitangan dalam PGA serta penjara supaya mengetengahkan masalah ini. "Projek yang dilaksanakan sejak lima bulan lalu masih belum siap dan didapati kerja-kerja pembinaan tertangguh. "Biarpun keadaan ini belum meragut sebarang nyawa namun kerap berlaku kemalangan kecil seperti motosikal terjatuh dan kenderaan tersasar ke tepi. "Kita boleh lihat pada ketinggian tepi jalan yang hampir dua kaki dari paras permukaan jalan, jika tersasar ke bawah agak bahaya," katanya ketika mengadakan bantahan yang diadakan, di hadapan jalan Simpang Renggam-Renggam, di sini, semalam. Suhaizan turut mempersoalkan kelewatan menyiapkan projek yang hanya membabitkan pelebaran bagi 1.5 kilometer laluan. Menurutnya sikap berlengah itu menunjukkan kontraktor gagal melaksanakan projek dan membazirkan wang rakyat. Sementara itu Timbalan Pengerusi DAP bahagian Simpang Renggam, Soo Poh Tian menyifatkan keadaan itu bukti kelemahan pihak pengurusan terbabit tiada perancangan yang baik. "Jika mengambil masa yang lebih panjang dan juga menggunakan wang yang lebih, itu merupakan satu pembaziran dan sepatutnya kita perlu cegah. "Saya bagi pihak PR menyeru pihak yang berkenaan mengambil berat isu ini dengan segera," katanya. selTn online/- |
Pemuda Umno didesak letak jawatan dalam SPR Posted: 10 Dec 2012 11:26 PM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Kinabatangan, Aksyah Nasrah meletakkan jawatan dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ketua pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu berkata, sebagai orang penting dalam Umno, Aksyah tidak sepatutnya memegang jawatan Timbalan Pengarah (Operasi) SPR Sabah.
"Pemuda minta Aksyah memilih salah satu daripadanya. Sama ada terus pegang jawatan dalam Pemuda Umno dan tinggalkan SPR atau sebaliknya.
"Tapi kalau boleh kita desak dia letak jawatan dalam SPR," kata beliau dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.
Semalam, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengeluarkan kenyataan bahawa tidak salah pegawai-pegawai SPR menyertai parti politik tetapi tidak boleh memihak kepada mana-mana parti semasa menjalankan tugas.
Mengulas perkara tersebut, Ahli jawatankuasa DPPM, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata, Perlembagaan Persekutuan melalui artikel 114(2) menyatakan harapan agar SPR dapat menjayakan keyakinan orang awam.
Tambah beliau, hal ini bermaksud SPR sepatutnya menjalankan pilihan raya dengan telus dan tidak berpihak kepada mana-mana parti dalam memastikan hak-hak pengundi sejagat, persaingan yang adil bagi kesemua parti politik dan calon-calonnya.
"Ini bukan isu dia pernah melakukan kesalahan sewaktu bertugas dalam SPR tapi isunya dia seorang ahli parti dan memegang jawatan penting.
"Bagaimana SPR boleh bagi jaminan dia boleh melakukan tugas secara profesional?
"Sebagai contoh, dalam perlawanan bola sepak, pengadil itu menyokong salah satu pasukan. Bagaimana penonton nak percayakan pengadil tersebut?" katanya yang merupakan seorang peguam.
Beliau juga berkata, tindakan lanjut akan diambil sekiranya Aksyah masih memegang kedua-dua jawatan dalam Umno dan SPR.
"Kalau SPR berdiam diri dan Aksyah meneruskan tugasnya seperti biasa, kita akan buat pendedahan seterusnya.
"Sekarang kita tunggu apa tindakan SPR dan Aksyah dulu," katanya.
harakah/- |
Belum jalan dah pandai berenang Posted: 10 Dec 2012 11:24 PM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] -
SEPERTI ITIK DALAM AIR...William (kiri) dan Ellenita, ketika berenang di kolam. WILLIAM meniru kakaknya, Ellenita. GLOUSTERSHIRE: Mereka terlalu muda untuk berjalan dan bercakap tetapi bayi kembar, William dan Ellenita Trykush boleh berenang sejauh 25 meter pada usia hanya sembilan bulan. Kembar berkenaan gemar berenang sambil menendang kaki mereka di dalam air. Dan gambar menarik ini memaparkan mereka tersenyum sambil berenang.
Pencapaian itu menjadi lebih menarik memandangkan kedua-duanya dilahirkan secara caesarean enam minggu lebih awal. Bakat luar biasa pasangan kembar itu mula dilihat ketika bercuti bersama keluarga di Cyprus Oktober lalu apabila mereka mula berenang tanpa bantuan. Sekembalinya ke Cirenster, Gloustershire, ibu mereka, Charlotte, 3,5 membawa pasangan berkenaan ke kolam bayi tempatan apabila mereka tiba-tiba berenang. "Ia amat mengejutkan. Mulanya mereka berenang lima meter dan kemudian tujuh meter sebelum berenang sepanjang 12 meter," kata Charlotte, wanita kelahiran Perancis yang juga bekas jurulatih renang.
"Memandangkan tidak ada orang di kolam dewasa, saya mencadangkan guru mereka mencuba di kolam renang besar itu.
"Mereka begitu riang. Mereka mula berenang sepanjang kolam itu dengan saya berenang di bawah mereka bagi memastikan kedua-duanya tidak menghadapi masalah dan memandu mereka jika tersalah arah. "Ellie adalah yang pertama. William kelihatan meniru kakaknya. Kami sungguh gembira. Penyambut tetamu dan jurulatih renang datang melihat dan turut kagum.
Seorang jurulatih yang sudah mengajar selama 20 tahun berkata, ini kali pertama dia melihat keadaan seperti itu. "Saya yakin ia semula jadi kerena mereka terlalu kecil untuk belajar berenang." kata Charlotte. - DM
|
Bertam: PM bohong atau salah maklumat? Posted: 10 Dec 2012 11:23 PM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] -
TEMERLOH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta tampil memberikan penjelasan mengenai pertelingkahan mengenai hak telaga minyak PM 307-Bertam yang dijumpai oleh Petronas Carigali Sdn Bhd dan Lundin Oil baru-baru ini antara negeri Pahang dan Terengganu. "PAS Pahang mendesak Perdana Menteri menjelaskan kedudukan sebenar kawasan telaga minyak PM307-Bertam, samada berada di dalam perairan Pahang atau Terengganu. Ini kerana ia turut dituntut oleh kerajaan Terengganu, sedangkan Perdana Menteri telah mengumumkan penemuan medan Bertam sebagai hak bagi negeri Pahang," tegas Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ( gambar atas) dalam satu kenyataan hari ini. Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim turut memetik pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 31 Oktober, 2012: "Medan minyak ini terletak kira-kira 160 km di luar persisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan dengan negeri Pahang, pada kedalaman air 76 meter. Penemuan ini telah membuktikan kewujudan minyak dan gas di kawasan selatan Malay Basin ke arah Penyu Basin. Oleh itu, medan minyak tersebut adalah terletak di kawasan pelantar benua di dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan. "Berasaskan pertimbangan yang adil dan saksama, dan mengambil kira negeri-negeri yang telah dibayar wang ehsan sebelum ini, serta komitmen kerajaan untuk terus memastikan pembangunan serta manfaat dapat dirasai oleh negeri-negeri, dalam hal ini, bergantung kepada anggaran pengeluaran, negeri Pahang dijangka akan menerima wang ehsan sekitar 100 juta setahun apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga tahun 2014." Di sidang DUN Terengganu, timbul maklumat baru yang menyatakan bahawa telaga minyak tersebut dijumpai di perairan Terengganu dan bukannya Pahang. Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata syarikat cari gali minyak di kawasan berkenaan iaitu Lundin Oil mengesahkan tentang penemuan itu dan menyatakan ia berada di kawasan negeri ini. Tuan Ibrahim berkata, Perdana Menteri tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat, kerana ia memalukan negara. "Perdana Menteri bukan sahaja mengumumkan penemuan kawasan telaga baru tersebut, bahkan turut menyatakan dengan penuh komitmen bahawa Pahang akan diberi wang ehsan sebanyak RM100 juta setahun," kata Tuan Ibrahim. Ketua Penerangan PAS Pusat itu berkata pengumuman Najib sebelum ini dilihat satu perkembangan baru yang menarik, untuk usaha penerokaan kawasan minyak di Pahang yang turut disahkan mempunyai kawasan minyak dan gas. "PAS Pahang berharap PM tidak bermain politik dalam hal ini. Penegasan dari beliau akan meredakan ketegangan antara dua negeri yang turut menuntut medan Bertam sebagai hak negeri mereka. "Kerajaan Pahang seharusnya turut menjalankan kajian bagi pengesahan kawasan penemuan minyak tersebut, dan sekiranya benar ia di perairan Pahang, kerajaan negeri harus menuntut pembayaran dari Petronas dan Kerajaan Pusat (Persekutuan) ikut sebagaimana Perjanjian Petroleum 1974 sebagai royalti," tegasnya lagi.
harakah/-
|
Umno hakis rizab Melayu peninggalan penjajah Posted: 10 Dec 2012 09:00 PM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Umno BN mesti ditumbangkan di dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang demi menyelamatkan tanah Melayu yang semakin terhakis setelah 55 tahun negara merdeka. "Apabila Umno BN kalah maka terdedah fail-fail yang menunjukkan tanah Melayu menjadi mangsa kerakusan pemimpin Umno," kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad kepada Harakahdaily. Beliau berkata, peliknya pemimpin Umno berlagak menjadi pembela Melayu, sedangkan tangan merekalah yang melepaskan tanah rizab Melayu kepada orang lain. Menurutnya, sejahat-jahat penjajah mereka telah mewartakan 3 juta hektar tanah rizab Melayu supaya hak milik Melayu kekal tetapi apabila Umno memerintah, mereka lebih zalim daripada penjajah. Idris berkata, tanah rizab Melayu terhakis daripada 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar pada 1995, bermakna 44% tanah rizab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. "Mungkin tanah rizab Melayu sekarang sudah hilang sebanyak 2 juta hektar setelah 55 tahun merdeka," ujarnya. "Pemimpin Umno masuk ke kampung-kampung menabur fitnah kononnya Pakatan Rakyat akan menjual tanah Melayu kepada orang bukan Melayu, meniupkan budaya takut, kononnya Umno kalah habis tanah Melayu akan tergadai kepada orang bukan Melayu sedangkan dari segi faktanya Umno yang mengkhianati Melayu," katanya lagi. Menurutnya lagi, Harakah pernah mendedahkan lot-lot tanah di Pantai Cherating, Pahang yang bernombor 5233, 7058 dan 7059 yang berstatus rizab Melayu telah bertukar tangan kepada bukan Melayu. Katanya, Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali pernah mendedahkan di sidang Dewan Undangan Negeri Selangor bahawa seluas 74 ekar Tanah Rizab Melayu di Sungai Sering telah dijual kepada Syarikat Triumph City Development Sdn Bhd tanpa sebarang gantian tanah di kawasan lain. Tambah beliau, Umno juga menggadaikan tanah rizab Melayu di bandar Kubang Kerian Kelantan sewaktu berkuasa di Kelantan. Begitu juga tanah Lot 305 Seksyen 1 Bandar Tumpat yang diduduki penduduk Melayu sebelum air bah merah (sekitar 1925) iaitu ketika Kelantan berada di pemerintahan Siam telah bertukar kepada Datuk Foo Chow Yong (MCA). "Bagaimana perkara ini berlaku, semuanya halal jika Umno yang berkuasa," ujarnya. Selain itu, ujarnya 105,000 hektar tanah tizab Melayu dijadikan cagaran apabila Felda Global Venture disenaraikan di bursa saham. Pada 1 Julai 2011, ujarnya Datuk Seri Najib telah menyerahkan 217 hektar Tanah Keretaapi Tanah Melayu di Tanjung Pagar kepada Singapura. "Tanah yang berharga selama ini terlepas dengan mudah. Sebelumnya Singapura memperoleh Pulau Batu Putih, sedangkan Malaysia dapat pulau tenggelam timbul," ujarnya. Beliau berkata, fakta di atas menggambarkan daifnya Umno untuk mempertahankan tanah, terutama hak Melayu. Mereka, kata beliau hanya berlakon dan berdusta atas nama Melayu untuk memperkayakan pemimpin Umno walaupun terpaksa menggadai masa depan orang Melayu. "Jika Umno BN diberi mandat lagi, maka banyak tanah Melayu akan musnah," katanya. harakah/- |
Terkepung 4 Punjuru - Najib Bakal Jatuh Dengan Sendirinya Posted: 10 Dec 2012 08:30 PM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] -
Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor didesak menjawab pendedahan ahli perniagaan Deepak Jaikishen mengenai penglibatan mereka dalam satu projek rasuah kementerian. Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah berkata, Perdana Menteri dan isteri tidak lagi boleh mengelak kerana kenyataan rakan karib Rosmah itu di mahkamah dan temubualnya bersama media menyatakan secara terang mengenai perkara tersebut.
"Kita desak agar Najib menafikan atau memberi penjelasan berhubung isu itu. Kenyataan Deepak membuktikan kaitan Najib dalam isu ini. Justeru beliau tidak boleh berdiam diri lagi," tegas Sivarasa ketika dihubungi.
Deepak sebelum ini mendedahkan keterlibatan Najib dalam satu projek rasuah kementerian semasa menjawat Menteri Pertahanan.
Menurut Deepak, beliau membayar keluarga Najib sejumlah wang yang tidak didedahkan untuk campurtangan Perdana Menteri bagi membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu perjanjian projek Kementerian Pertahanan.
Menurut Sivarasa, Deepak memeterai satu perjanjian dengan syarikat milik seorang Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Ropiaah Abdullah untuk menjadi pihak ketiga dalam projek tersebut.
Sebagai pertukaran bagi projek yang dianggar bernilai RM100 juta yang akan dibina oleh syarikat itu dengan pembiayaannya sendiri, syarikat tersebut akan dibayar RM20 juta oleh kerajaan dan akan memperolehi 223.3 ekar tanah kerajaan di Bukit Raja, Klang.
"Roopiah tidak boleh jual tanah itu tapi diberi kelulusan oleh Najib, dengan syarat beri rasuah, iaitu sejumlah wang besar kepada ahli keluarga Najib. Dan pihak kami percaya wang tersebut diberikan kepada Rosmah," jelas Sivarasa yang merupakan peguam Deepak dalam saman difailkan syarikat usahawan tersebut, Astana Canggih Sdn Bhd ke atas Awan Megah Sdn Bhd.
Seorang lagi peguam adalah, N Surendran.
Dalam pendengaran minggu lalu, Deepak memberi keterangan bahawa Najib memberi persetujuan ke atas pemindahan milik tanah seluas 223.3 ekar (89.332ha) di Bukit Raja, Selangor daripada Awan Megah kepada sebuah syarikat penama milik Deepak.
Bagaimanapun, Deepak tidak mendedahkan nama ahli keluarga Najib yang meraih komisen itu, tetapi spekulasi ada menyebut bahawa orang tersebut merupakan Rosmah, kerana beliau sering melibatkan diri dalam urusan perniagaan Najib. -SK
|
Bom jatuh dekat kereta Posted: 10 Dec 2012 07:20 PM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] -
BERBAHAYA...tempat kejadian berasap selepas bom tangan diletupkan. SIASAT...anggota polis memeriksa kereta suspek untuk mencari bukti.
TAIPING: Nyawa enam anggota polis nyaris melayang apabila seorang pengedar dadah warga tempatan yang cuba diberkas bertindak melontarkan sebutir bom tangan ke arah mereka dalam kejadian berhampiran persimpangan Bukit Merah Lake Town Resort, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, semua anggota polis terbabit terselamat apabila bom tangan yang jatuh berhampiran sebuah kereta peronda tidak meletup.
Sumber polis berkata, kejadian itu berlaku selepas sepasukan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, terserempak dengan suspek berhampiran Kampung Dew, di sini.
Menurutnya, anggota polis cuba menahan kereta Honda Accord dinaiki suspek, namun pemandunya bertindak agresif dengan melarikan diri ke arah Bukit Merah. "Sebaik sampai di persimpangan berhampiran Bukit Merah Lake Town Resort, suspek terpaksa memberhentikan kenderaannya berikutan dihalang sebuah kereta peronda polis.
metro/- |
‘Abah...tolong abah!’ Posted: 10 Dec 2012 07:17 PM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] -
RINDU...Mazlizan melihat buku dan beg sekolah anaknya, Fasha. Gambar kecil, Mazlizan menunjukkan tangannya yang cedera. ARAU: "Abah...tolong abah! Selamatkan Fasha. Akak takut!" antara jeritan yang masih terngiang-ngiang di telinga Mazlizan Md Isa, 28, ketika anak perempuannya, Nur Fasha Adriana, 10, dilarikan lelaki yang memecah masuk rumahnya di sini, awal pagi Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi di rumahnya yang terletak di Ulu Pauh, Mazlizan parah dan terpaksa menerima lebih 10 jahitan di tangan dan dagu selepas ditetak suspek menggunakan pisau. Ketika itu, katanya, dia cuba menyelamatkan anaknya dengan berpaut di tingkap kereta suspek sebelum dia jatuh selepas diseret lebih 100 meter.
Difahamkan, ketika kejadian, anaknya tidur nyenyak di rumah itu bersama nenek dan datuknya, manakala Mazlizan baru pulang daripada berniaga. "Ketika itu Fasha, ayah dan ibu saya tidur nyenyak.
metro/- |
Kisah Seorang Kanak-kanak Amerika Masuk Islam Posted: 10 Dec 2012 06:30 PM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] -
Rasulullah saw bersabda: "Setiap bayi yang dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani, atau Majusi." (HR.Bukhari) Kisah budak Amerika ini tidak lain adalah sebuah bukti yang membenarkan hadits tersebut di atas. Alexander Pertz dilahirkan dari kedua orang tuanya Nasrani pada tahun 1990 M. Sejak awal ibunya telah memutuskan untuk membiarkannya memilih agamanya jauh dari pengaruh keluarga atau masyarakat.
Begitu dia sejak boleh membaca dan menulis maka ibunya menghadirkan untuknya buku-buku agama dari seluruh agama, baik agama langit atau agama bumi.
Setelah membaca dengan mendalam, Alexander memutuskan untuk menjadi seorang muslim.
Padahal dia tidak pernah bertemu muslim seorang pun selama ini.
Dia sangat cinta dengan agama Islam ini sampai pada tahap dia mempelajari solat, dan mengerti banyak hukum-hukum syar'i, membaca sejarah Islam, mempelajari banyak kalimat bahasa Arab, menghafal surah, dan belajar azan.
Semua itu berlaku tanpa bertemu dengan seorang muslim pun.
Berdasarkan bacaan-bacaan tersebut dia memutuskan untuk mengganti namanya iaitu Muhammad 'Abdullah, dengan tujuan agar mendapatkan keberkahan Rasulullah saw yang dia cintai sejak masih kecil.
Detik Islam |
HKR lakar sejarah baru politik Pahang Posted: 10 Dec 2012 06:25 PM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] -
(500 pasukan bermotor tiba di Dataran Kerdau)
"Hari ini kalau (Tun) Daim Zainuddin ada di sini, beliau pun tak akan berani ramalkan Pahang (bersama Johor dan Melaka) akan kekal di bawah BN," kata seorang yang hadir semasa ceramah Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang (HKRP) di Kerdau malam tadi.
Ketika itu jam menunjukkan kira-kira pukul 10.30 malam, tetapi segenap sudut di tapak Kompleks PAS Pahang seluas 8 ekar itu sudah padat diisi lebih hampir 40,000 manusia.
Di pentas utama, Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim secara bersahaja mengatakan, perhimpunan yang diadakan secara susah payah ini merupakan yang terakhir sebelum pilihan raya umum (PRU).
"Lepas ini, insyaallah kita bertemu dalam suasana seperti ini di Stadium Darul makmur pula," katanya sambil diiringi laungan takbir dan pekikan semangat oleh pelbagai kaum yang hadir. Tuan Ibrahim memulakan ucapan dengan melahirkan rasa bimbangnya kalau-kalau program HKRP yang dirancang itu tidak mendapat sambutan kerana Perhimpunan Agung Umno (Pau) baru sahaja berlalu dan 'mood' belum dapat dibaca akibat propaganda media Umno. "Tambahan pula sekarang musim hujan dan secara kebetulan malam ini perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Thailand (Piala Suzuki AFF). Tetapi Pakatan Rakyat (PR) melakar sejarah hari ini. Rakyat tetap datang yang dikira paling ramai dalam sejarah. Ini membuktikan rakyat negeri ini mahukan perubahan," ujarnya. Memang hujan turun pada sebelah petang, tetapi berhenti sebelum maghrib.
(Pemimpin utama Pakatan yang hadir)
Program HKRP anjuran PR Pahang bermula seawal jam 12 tengahari lagi diisi dengan slot forum dan dialog anjuran Dewan Muslimat PAS Pahang. Sekitar pukul 3 petang konvoi 500 penunggang motosikal dan kereta yang bertolak dari R&R Temerloh, sampai di tapak perhimpunan.
Konvoi disambut dengan pertunjukan tarian naga dan seni silat abjad oleh anak-anak muda. Turut menyambut ribuan anak muda ialah Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Nasruddin Hassan dan pimpinan PR Pahang.
"Count down PRU 13 berada dalam tempoh 100 hari saja lagi. Kepada anak-anak muda, jadilah petugas rasmi perubahan iaitu menyampaikan maklumat tepat. Kerana kita tahu kemenangan BN selama ini ialah akibat maklumat berat sebelah yang terpaksa diterima rakyat," pesan Nasruddin.
Beliau turut membayangkan masa depan cerah untuk PR di Pahang. Kerana katanya, penganalisis melihat kemenangan dalam PRU akan datang ialah kecenderungan majoriti anak-anak muda ke arah mana. Kerana golongan muda mewakili 53 peratus pengundi.
Citarasa anak-anak muda yang hadir tidak dipinggirkan apabila mereka berpeluang menikmati hiburan dengan persembahan santai artis-artis Bob Lokman, ALI XPDC dan Dayangku Intan.
Ada satu pembaharuan dalam pengedalian ceramah kerana ia dipengerusikan oleh tiga orang dari tiga parti PR Pahang.
Pengerusi-pengerusi majlis dari bangsa Melayu (PAS), Cina (PKR) dan India (DAP) itu berucap dalam bahasa masing-masing. Ceramah pula dimulakan dengan semua yang hadir menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku.
Pengerusi majlis daripada PAS iaitu Suhaimi Saad berkata, beliau melihat program HKRP paling teratur bebanding negeri-negeri lain kerana semua penceramah menepati masa program dapat ditamatkan tepat jam 12. Dr Hamzah Jaafar selaku pengarah program diberi keistimewaan memulakan ucapan. Diikuti bekas Pengerusi syarikat media negara, Media Prima, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin yang baru menyertai PAS di Johor kelmarin. Bekas menteri Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir yang 30 tahun berada dalam kabinet BN dan 26 tahun menjadi ahli MKT Umno yang berucap selepas itu, banyak mendedahkan kepincangan dalam Umno. "Umno sekarang sudah dikuasai penjenayah, perompak dan pencuri. Wang rakyat sekarang tidak lagi dicuri ribu-ribu tetapi sudah juta-juta dan bilion. Itulah sebabnya saya 'blah' dari parti yang saya sayangi dulu," katanya. Tiga orang pemimpin tiga parti dari Pahang kemudian menyampaikan pidato masing-masing selama 10 minit seorang dimulai Leong Ngah Ngah, kemudian Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Tuan Ibrahim. Ketua Penerangan PAS Pusat itu memulakan ucapan dengan menunjukkan muka depan naskah akhbar Makkal Osai yang memuatkan gambar Ahli Parlimen Jerantut Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar meninggalkan Umno.
(Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Pahang)
Akhirnya seperti yang dinanti-nantikan oleh rakyat Pahang, Tuan Ibrahim, Fauzi dan Leong mengisytiharkan tawaran Kerajaan PR Pahang untuk rakyat negeri ini iaitu pertama, menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah dan rumah kediaman serta menstruktur semula Kampung-kampung Baru dan Kampung Tersusun. Kedua, menyelesaikan permohonan tanah yang sekian lama dipohon oleh rakyat Pahang sekiranya permohonan tersebut benar-benar layak, wajar dan memenuhi syarat. Ketiga, mewartakan tanah komuniti Orang Asal agar ianya tidak dicerobohi sewenang-wenang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Keempat, memudahkan urusan pertukaran status tanah pertanian kepada lot perumahan atau bangunan. Kelima, menurunkan cukai pintu dengan mengambil kira peningkatan hasil hutan dan maneral setelah perlaksanaan konsep 'bebas rasuah' dalam pentadbiran kerajaan. Akhirnya, sistem tender terbuka akan dilaksanakan bagi semua hasil utama negeri sebagaimana yang dilaksanakan di negeri-negeri PR. "Perisytiharan ini adalah sangat istimewa bagi kami rakyat Pahang kerana melibatkan keperluan dan tuntutan hidup yang tidak pernah diselesaikan oleh Kerajaan BN sejak 55 tahun lalu," kata Sharif Idris, 52, yang turut muncul di tengah-tengah ribuan yang hadir. Mohamed Sabu selaku Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat, berucap selepas itu. Diikuti dengan Pengerusi DAP Lim Kit Siang dan diakhiri oleh Ketua Pembangkang di parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sementara itu, cerita-cerita kononnya ada pihak yang akan melakukan provokasi dan mengganggu program HKRP, tidak menjadi kenyataan. (Orang ramai yang memenuhi Dataran Kerdau)
Yang ada ialah penyebaran risalah fitnah dan baner-baner berbentuk hasutan yang digantung di lokasi tertentu.
"Pada mulanya memang kami dapat maklumat akan berlaku provokasi, sebab itu kami betul-betul bersedia," kata ketua bahagian keselamatan Ramli Abdul Rahman.
Penduduk tempatan, Mohd Amin yang ditanyakan pendapatnya tentang program HKRP, berkata beliau dapat merasakan terjalin perpaduan kaum yang erat antara Melayu, Cina, India dan Orang Asli.
"Jadi saya tak faham bagaimana ada pihak yang kata jika PR menang akan berlaku huru-hara seperti tragedi 13 Mei. Barangkala ada pihak yang kalah akan mencetuskan ketegangan," ujarnya.
Apa-apapun, HKRP semalam tetap dianggap sebagai suntikan semangat baru bagi pendokong dan penyokong PR bagi menghadapi PRU. Terutama pandangan Daim yang mengatakan Pahang tetap sebagai 'deposit' BN. Juga cabaran Datuk Seri Adnan Yaakob yang sanggup dipotong telinganya jika PR menang di kawasannya, Bentong
harakah/-
|