Ahad, 6 November 2011

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


Tanah Melayu dijajah British semula??

Posted: 06 Nov 2011 10:32 PM PST

'Bekas ketua PR Tony Blair bantu Najib menang PRU'
7:04PM Okt 27, 2011
Malaysiakini

Bekas ketua komunikasi Perdana Menteri British, Tony Blair - Alastair Campbell dikatakan sedang bekerjasama dengan BN untuk membantu kerajaan memenangi pilihan raya umum akan datang.

Menurut portal Sarawak Report, Campbell baru-baru ini telah dilihat di Astana, ibu negeri Kazakhstan dan juga di Kuala Lumpur bagi menjalankan kerja-kerja perundingan.

"Berdasarkan sumber-sumber eksklusif, kami difahamkan Campbell sedang memberi nasihat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai cara memenangi pilihan raya akan datang.

"Menurut sumber kami, Campbell mengadakan pertemuan dengan Najib di KL baru-baru ini dan adalah orang di sebalik yang menasihatkan perdana menteri sejak beberapa bulan lalu untuk menampilkan imej lebih mesra, seperti janji untuk reformasi undang-undang tahanan dan konsep 'Najib Cool'," kata laporan itu.

NONECampbell pernah menerajui kempen 'Cool Britannia' untuk Blair (kanan) pada sekitar 1990an.

Beliau juga terkenal kerana menyakinkan rakyat Britain melalui usaha perhubungan awam untuk menyokong pencerobohan ke atas Iraq.

Menurut Sarawak Report, Najib mengupah Campbell bagi mendapatkan kepakaran strateginya bagi memenangi pilihan raya akan datang.

"Ia adalah mengenai cara untuk berhadapan dengan pembangkang, bagaimana untuk memaparkan imej Najib dan apa yang perlu dilakukan untuk menang, berdasarkan kejayaan Tony Blair.

"Kerjasama ini mencetuskan kebimbangan di kalangan pembangkang kerana Campbell menggunakan hubungan antarabangsa dan pengaruh beliau melalui Blair untuk meningkatkan imej Najib dan BN, di sebalik rekod parti itu yang terbukti mengamalkan rasuah, penindasan dan penafian hak-hak asasi manusia serta kegagalan mengadakan pilihan raya yang bersih di Malaysia," petik laporan itu.

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Bersolat Idul Adhha Dan Memenuhi Program Ibadat Qurban

Posted: 06 Nov 2011 02:51 PM PST

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


Chinese schools: Growing despite prejudice

Posted: 06 Nov 2011 08:51 PM PST

ZULKIFLI BIN NOORDIN

ZULKIFLI BIN NOORDIN


HARAKI ISLAMIYYAH

Posted: 06 Nov 2011 04:20 AM PST

Salam 2 all.

Teman tertarik dgn tulisan Dr. Mohd Yusri Mohamed yang disiarkan dilaman www.penayusri.com. bertajuk "Mencari Kebenaran Dalam Beragama". Memang diakhir zaman ini ummat Islam kususnya, dan tamadun kemanusiaan umumnya mencari-cari dimana Islam sebenarnuya. Islam yang sepatutnya membawa rahmat kepada kemanusiaan, tetapi hari ini menjadi celaru dan mengelirukan.

Bukan kerana Islam itu sendiri, tetapi kerana kecelaruan dan kekeliruan umatnya. Apatah lagi ada kecenderungan dikalangan segelintir mereka yang mengaku ulama dan pejuang Islam yang memperkuda dan memperalatkan Islam untuk tujuan dan kepentingan mereka sendiri, sehingga menyebabkan ramai umat Islam dan bukan Islam menjadi keliru. Mereka menjadi politikus kalkatu yang bukan sahaja sesat tetapi juga menyesatkan orang lain!

Semoga penulisan Dr Mohd. Yusri, seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa yang juga bekas Presiden ABIM, dan kini merangkap Pengerusi Yayasan Sofa akan dapat merungkai persoalan yang menjadi kekusutan didalam memahami serta menilai sebuah gerakan Islam sebenarnya.

Semoga perhimpunan kesatuan umat Islam di Arafah hari ini akan berjaya diterjemahkan keseluruh dunia Islam. Semoga umat yang punya Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat dan Satu Aqidah akan berjaya menjadi Satu Ummah!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
10 Zulhijjah 1432
06 November 2011

############

(Petikan daripada www.penayusri.com)

Mencari Kebenaran Dalam Beragama

Oleh : Dr. Yusri Mohamed – www.penayusri.com - mantan Presiden ABIM (sekarang bertindak sebagai Pengerusi Yayasan Sofa)DARI NERACA AGMA, hidup ini adalah satu ujian besar daripada Tuhan ke atas hamba-hambaNya. Ujiannya datang dari berbagai sudut. Salah satu sudutnya adalah tuntutan untuk kita menyesuaikan hidup kita mengikut kehendak agama. Lebih daripada itu, kita juga dituntut untuk memperjuangkan agama dalam hidup kita. Tetapi turut perlu diinsafi, terutama bagi kita yang hidup diakhir zaman ini, antara ujian terbesar kita dalam kehidupan beragama adalah untuk mencari dan memilih fahaman dan ikutan yang benar dan murni dalam beragama.

Antara Yang Zahir dan Yang BenarAda beberapa faktor yang tambah menyukarkan kita dalam membezakan yang benar dan yang tidak dalam beragama. Masyarakat awam misalnya mudah terpengaruh pada sesuatu yang menonjol, aggresif, lantang dan dilihat yakin. Oleh itu, sering berlaku pihak yang zahirnya lebih berani, lantang, fasih dan mendapat liputan meluas itulah yang lebih didengari dan dianggap betul. Selain daripada faktor itu, aliran yang batil atau keliru dalam agama pula sering turut bercampur dengan kebenaran. Jadi perlulah diingat bahawa kebatilan yang bercampur kebenaran itu lebih berbahaya berbanding dengan kebatilan tulen yang tidak bercampur kebenaran. Samalah seperti bahayanya hidangan menarik yang mengandungi racun berbisa. Disamping itu, dalam konteks masyarakat Malaysia khususnya, saya dapati, ramai juga yang mudah terkeliru dan tidak dapat membebaskan diri daripada kerangka persaingan politik kepartian dalam menilai isu-isu agama. Sedangkan sering juga isu agama yang timbul adalah pertembungan fahaman dan prinsip yang lebih mendasar dan melangkaui batas politik kepartian.Petua-petua Utama.Mencari yang benar dan salah dalam hal agama bukannya mudah dan merupakan ibu segala pencarian dalam hidup manusia. Tiada yang akan berjaya tanpa usaha yang disertai rahmat dan hidayah Allah SWT. Dalam mencari yang kebenaran dalam agama, sangat bertepatan kita merujuk petua masyhur yang diungkapkan dengan fasih oleh Imam Ibnu Sirin dari kalangan Tabiin dalam pesannya, "Ilmu ini (ilmu-ilmu agama) adalah agama kamu, maka hendaklah seseorang itu benar-benar kenal (memilih) daripada siapa dia mengambil agamanya". Inilah petua dan prinsip inspirasi Al-Quran dan al-Sunnah yang sangat asasi dan menyelamatkan. Menariknya, petua ini kurang ditekankan di kalangan mereka yang cenderung membawa fahaman yang Syaaz dikalangan umat ini. Mungkin kerana petua ini tidak menguntungkan mereka. Sebenarnya, jika petua yang satu ini benar-benar dihayati oleh anggota masyarakat, insyaAllah, mereka akan lebih mudah mengenal yang mana intan dan yang mana kaca.

Cabaran mengenal-pasti sumber ikutan dan ambilan ilmu agama yang benar disukarkan lagi dengan munculnya, dari awal sejarah Islam, individu dan aliran sesat yang berwajah agama, siap dengan kelayakan zahiriyah dan retorik yang memukau. Contoh yang sangat jelas adalah episod Saidina Ali RA yang ditakdirkan terpaksa menghadapi fitnah kemunculan kelompok Khawarij. Mereka ini yang gagal betul-betul 'mengenali' Saidina Ali RA telah keluar dari mentaatinya atas niat dan asas keagamaan. Mungkin mereka pun merasa perlu membawa perubahan dan tajdid terhadap arus perdana Umat ketika itu. Seperti yang masyhur dalam sejarah Islam, kelompok Khawarij ini zahirnya sangat kuat berpegang dengan agama. Sangat kuat ibadahnya dan tinggi semangat agamanya tetapi terpesong daripada fahaman agama yang benar. Pembunuh Saidina Ali RA, Ibnu Maljam yang muncul daripada kalangan mereka diriwayatkan sedia menghadapi apa sahaja hukuman kecuali dipotong lidahnya kerana mahu lidahnya sentiasa basah dengan zikr. Saidina Ali yang berpengalaman dengan sepak-terajang kelompok sebegini ada berpesan, "Akan ada zamannya, dimana yang batil itulah yang paling zahir dan yang Haq itulah yang paling tersembunyi."Menginsafi pengajaran sejarah dan pesan Saidina Ali ini, janganlah kita mudah terpukau dengan semboyan-semboyan perubahan dan tajdid (pembaharuan). Tidak semua yang melaungkan tajdid itu mujaddid sebenar. Tidak semua orang berimej agama yang ditangkap, dipenjarakan atau diperangi itu pejuang agama yang hakiki! Janganlah kita mudah terkeliru dengan gelar, sijil dan pangkat. Sangat bahaya jika kita terlalu taksub kepada seseorang kerana satu-dua pandangannya yang kita minati atau kebetulan menghentam pihak yang kita tidak sukai. Kenalilah dan kajilah betul-betul seseorang tokoh agama sebelum mengikutnya atau mendokongnya habis-habisan. Janganlah terlalu mudah mempertaruhkan agama kita yang menjadi penentu untung-nasib kita di dunia ini dan di akhirat yang kekal abadi.Tolak Yang Syaaz, Ikutilah Arus PerdanaSelain daripada mengenali latarbelakang dan kecenderungan seseorang yang ingin diikuti, satu lagi panduan yang sangat utama dalam memilih kebenaran dalam agama adalah dengan kesetiaan dengan aliran arus perdana dan mengelakkan aliran-aliran yang

Syaaz (ganjil, asing dan kontroversi).

Dalam menilai aliran atau tokoh agama sering kali berlaku kekeliruan antara perjuangan yang Syaaz dan memperjuangkan pembaharuan (Tajdid) dalam agama. Islam bukannya anti-perubahan dan Tajdid adalah unsur dinamika yang penting didalam tradisi Islam. Tapi sebagai risalah terakhir yang terpelihara dan dijamin Tuhan Rabbul Jalil, ruang untuk perubahan dan Tajdid dalam Islam adalah jelas dan lebih terbatas berbanding dengan agama dan ideologi lain. Dalam agama Islam, kita boleh isytiharkan dengan yakin bahawa kita tidak perlukan seorang Martin Luther dengan gerakan reformasi Protestantnya seperti yang berlaku dalam sejarah Kristian. Dalam neraca Islam tuntutan perubahan diluar batas-batasnya bukanlah Tajdid yang hakiki tetapi adalah pandangan dan gerakan yang Syaaz. Yang meruntuh dan bukannya membina. Yang melemahkan bukannya menguatkan. Yang memecah-belahkan dan bukannya menyatukan.Mengenali dan menolak yang

Syaaz adalah prinsip pokok dalam Islam seperti yang dinyatakan nas-nas termasuk ayat 115, Surah al-Nisa` dan hadith yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menghimpunkan Umat ini diatas suatu kesesatan, dan sesungguhnya Tangan Allah itu bersama al-Jamaah, maka ikutlah as-Sawaad al-A`zam (majoriti ulama) dan sesiapa yang mengasingkan diri maka dia mengasingkan dirinya ke Neraka" (Riwayat Abu Nu'aim, Hakim dan al-Tirmizi seperti disebut oleh al-`Ajluni dalam Kasyful al-Khafa'). Persoalan ini boleh didapati huraiannya dalam perbahasan berkaitan prinsip-prinsip Ijma`, Jumhur, Mu`tamad dan as-Sawaad al-A'zam dalam bab-bab ilmu yang berkaitan.

Untuk mengenali dan menilai seseorang adalah tidaklah memadai sekadar membaca kolumnya dan mendengar ucapan-ucapannya tanpa kemampuan menilainya secara kritikal daripada kerangka fahaman agama yang mendalam. Seperti yang kita sebutkan, dalam sejarah Islam, memang sering muncul orang-orang agama bijak berdalih dengan hujah dan dalil agama untuk mendokong fahamannya sehingga menyukarkan orang awam yang tidak kuat latar belakang agamanya serta tidak cukup maklumat untuk menilainya dengan saksama.

Tetapi berpandukan petua-petua utama yang baru kita himbau, kita sepatutnya sudah boleh membuat penilaian yang lebih tepat dalam isu beberapa aliran dan tokoh agama semasa yang timbul dalam masyarakat kita. Antara sikap dan pendirian yang Syaaz yang timbul dalam masyarakat kita ialah tidak boleh menerima perbezaan pandangan dalam isu-isu khilafiyyah. Ini merujuk kepada isu-isu yang mana terdapat perbezaan pandangan dikalangan mazhab dan ulama muktabar dalam dunia Islam. Sikap arus perdana dalam soal-soal sebegini adalah tidak menolak, memperlekehkan atau membid'ahkan amalan-amalan tersebut.

Malangnya, kita dapati ada tokoh-tokoh tertentu yang banyak mempertikaikan (baca menyesatkan) amalan-amalan yang sudah diterima umum dalam masyarakat kita yang ada asasnya didalam Islam seperti tahlil arwah, bacaan Yaasin diwaktu tertentu dan berubat dengan air yang dijampi. Malah ada yang dengan sinis meminta mereka yang percaya dengan air jampi ini untuk terus menjampi sahaja air di empangan agar semua orang boleh jadi baik!

Ada juga percubaan memakaikan imej yang buruk terhadap pendekatan tarekat dalam dunia tasawuf dan keruhanian Islam sedangkan pendekatan tarekat diterima oleh majoriti umat ulama termasuk Ibnu Taymiyyah. Menolak dan mempermasalahkan tasawuf dan tarekat adalah sikap yang bertentangan dengan arus perdana ulama dan umat Islam. Ia juga bererti menolak dan mempertikaikan tokoh-tokoh ulama tanahair yang disepakati jasa dan sumbangan mereka dalam menegakkan agama Islam seperti Tok Kenali, Tuan Tabal, Tokku Paloh, Tok Selehor, Sheikh Abdullah Fahim dan Sheikh Ahmad bin Hj. Mohd Said dan lain-lain yang kesemuanya mesra dengan dunia tasawuf dan tarekat. Sebenarnya kelompok sesat dan batil dalam tarekat adalah kelompok minoriti tetapi ada yang cuba memberi gambaran yang sebaliknya kepada masyarakat.

Akhir-akhir ini ada juga yang cenderung mempermasalahkan kedudukan mazhab Syafie sebagai mazhab utama dan rasmi di Negara kita. Sebenarnya pilihan ini adalah pilihan semulajadi berdasarkan sejarah sampainya dan tersebarnya Islam di Nusantara. Kita umumnya memahami sistem bermazhab yang menyebabkan kita tidak terlalu taasub mazhab Syafie. Cuma kita mungkin akan curiga jika ada amalan-amalan kita yang berdasarkan mazhab Syafie hendak dipertikaikan dan ditukar tanpa ada asas dan alasan yang kukuh serta dibuat diluar kerangka fatwa rasmi. Anehnya ada yang membayangkan kita terlalu taasub dengan Mazhab Syafie sehingga ke tahap menganggap Imam-imam lain seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Ahmad terkeluar daripada kalangan Ahli Sunnah wal Jama`ah. Adakah ada dikalangan kita yang ada menganggap begitu?

Apapun nama dan gelarannya, tidaklah terlalu sukar mengenali yang tokoh atau aliran yang Syaaz dalam Islam. Jika pandangan dan kecenderungan seumpama ini diberi kebebasan untuk disebarkan dalam masyarakat kita, pelbagai kesan negatif akan timbul. Selain kekeliruan fahaman agama sehingga ke tahap melanggar hak dan adab terhadap para ulama muktabar silam dan semasa, ia juga boleh menimbulkan ketegangan dan perpecahan dalam masyarakat awam.

Peliharalah Keutuhan UmatDari masa ke semasa, Umat Islam di Malaysia di uji dengan munculnya tokoh dan aliran yang menggugat kesepakatan dan keutuhan dalam fahaman beragama. Berkat gandingan Umara-Ulama, setakat ini kesepaduan dan keutuhan suara Umat telah berjaya dipertahankan. Ini membolehkan umat Islam di Malaysia bertahan menghadapi pelbagai gugatan luar dan dalam. Kestabilan dalaman ini membolehkan kita memberi tumpuan kepada agenda lain yang lebih produktif dan membawa kesejahteraan kepada Umat. Tidak dinafikan kita masih dan terus menghadapi perselisihan politik antara parti-parti utama umat Islam di Negara kita dan hal yang satu ini pun sudah merupakan cabaran besar kepada kekuatan Umat. Jika kita tidak berhati-hati, suatu medan atau 'front' pertembungan dalaman yang lebih besar, memeritkan dan merugikan boleh muncul.

Saya baru pulang daripada jemputan lawatan sepuluh hari ke Jepun untuk belajar daripada pengalaman kejayaan negara tersebut. Saya perhatikan bahawa salah satu faktor utama disebalik kejayaan mereka adalah kestabilan dalaman masyarakat Jepun yang bersifat

homogenous (tidak pelbagai) dari berbagai sudut. Malaysia ditakdirkan sebagai sebuah Negara pelbagai bangsa dan agama. Mengurus kepelbagaian ini tetap menjadi cabaran semulajadi yang besar dan berterusan serta menentukan jatuh-bangunnya Negara kita. Oleh itu amatlah tidak wajar kita hendak menambah lagi pertentangan dalaman dalam tubuh Umat yang akan lebih mengalihkan fokus kita daripada agenda yang lebih membina. WaLlahu a'lam, Semoga Allah Subahanahu Wataala menyelamatkan umat Islam di Malaysia dalam cabaran yang sedia kita hadapi dan menjauhkan kita daripada bebanan yang boleh dielakkan.

Yusri Bin Mohamad
Pensyarah UIAM,
(Bekas Presiden ABIM)

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


FITRAH MANUSIA SUKA HIBURAN - SHAM KAMIKAZE

Posted: 06 Nov 2011 02:56 AM PST


TELUK INTAN, 5 November - Fitrah manusia suka kepada hiburan namun biarlah hiburan yang mengikut syariat dan bertujuan semata-mata menyampaikan mesej dakwah. Demikian dinyatakan oleh seorang bekas artis, Sdr. Shamril Mohd. Salleh atau lebih dikenali sebagai Sham Kamikaze. Beliau menyatakan demikian dalam majlis ceramah di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini.

Oleh itu menurut beliau, adalah amat wajar pihak tertentu menyediakan hiburan alternatif kepada golongan remaja. Menggunakan hiburan untuk menyampaikan mesej Islam terutamanya kepada golongan muda.

"Sebenarnya ramai yang terlupa bahawa gitar sebenarnya adalah dicipta semasa zaman kegemilangan Islam di mana asas kepada gitar iaitu gambus telah dicipta oleh tokoh al Farabi. Gambus kemudiannya diubah kepada gitar oleh orang barat," tambah beliau.
YB Mohd. Anuar Sudin menyampaikan ceramah isu semasa.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir menyampaikan ceramah.

Ustaz Misbah melancarkan Kempen Jom Masuk.
Menurut Sham, setiap orang Islam adalah bertanggungjawab untuk berdakwah dan kita akan dipertanggungjawabkan akan usaha amar maaruf dan nahi mungkar tidak kira sama ada kita seorang ustaz atau bukan.

Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa taufik dan hidayah Allah tidak memilih bulu. Sesiapa sahaja boleh diberi hidayah oleh Allah pada bila-bila masa. Oleh itu, adalah penting menanamkan sikap kasih sayang kepada setiap manusia.
Persembahan nasyid dari Lujnah Kebudayaan & Kesenian kawasan.

Beliau juga menyentuh tentang kaedah dakwah terkini dengan menggunakan teknologi maklumat seperti facebook yang mana jika di gunakan dengan cara yang betul dapat memberikan pahala yang banyak kepada penggunanya.
Sham Kamikaze menceritakan pengalaman beliau sebelum dan selepas berhijrah.
Mengalunkan petikan gitar yang mendayu sambil mengingati kebesaran Allah.
Sebahagian anak muda yang mengerumuni Sham semasa memetik gitar.

"Gunakanlah facebook untuk kita menyampaikan dakwah. Jika sehari satu ayat atau hadith kita masukkan, cuba bayangkan berapa banyak pahala yang kita dapat apabila ia disebarkan dan dapat dibaca oleh setiap orang," tambah beliau lagi.

"Kesemua ini ibarat multi level marketing yang menjaminkan keuntungan di dunia dan di akhirat".

Sebelum itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Misbahul Munir Masduki telah melancarkan Kempen Jom Masuk PAS peringkat PAS Kawasan Teluk Intan serta menyampaikan ceramah isu semasa.
Bergambar kenangan bersama pimpinan PAS dan anak-anak muda.
Mengambil peluang bergambar bersama Sham.
Isteri Sham, Farazila turut hadir menemani suami tercinta.
ADUN Kawasan Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin turut menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut. Buat kali pertamanya juga, Lujnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Teluk Intan mengadakan persembahan nasyid sebelum ceramah bermula.

Pada akhir persembahan, Sham Kamikaze telah mempersembahkan petikan gitar termasuk satu lagu ciptaan beliau yang bertajuk "Tangisan Keinsafan". Kemahiran beliau memetik gitar telah menarik para hadirin di mana sebahagian besarnya adalah golongan muda.

intanhijau.blogspot.com

BERKORBAN UNTUK TEGAKKKAN ISLAM

Posted: 05 Nov 2011 07:34 PM PDT

 
KUALA LUMPUR, 6 Nov: Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. seharusnya diambil iktibar oleh para pejuang Islam khususnya pendukung PAS.
 
Justeru, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib tidak lupa mengucapkan tahniah kepada para tetamu Allah di bumi Makkah yang menyahut seruan Nabi Ibrahim a.s. untuk melakukan ibadat haji.

"Ibadat haji mengingatkan kita kepada pengorbanan Nabi Ibrahim dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah," ujarnya dalam perutusan sempena Idul Adha 1432H.

Katanya, arahan itu yang mungkin dianggap tidak logik untuk dilaksanakan agar baginda menyembelih anaknya Nabi Ismail dilakukan dengan penuh pasrah dan ketaatan.

Menurutnya, walaupun Nabi Ismail adalah anak tunggal yang sangat dikasihi melalui perkahwinannya dengan Siti Hajar, baginda mendahulukan Allah lebih daripada segala-galanya.

Tambahan lagi, persediaan Nabi Ismail untuk disembelih atas arahan Allah SWT untuk dilaksanakan oleh ayahnya terhadapnya.

Begitu juga, katanya persediaan Siti Hajar untuk tinggal di lembah Mekkah bersama anaknya Ismail di Mekkah yang tidak ada penduduk dan makanan.

"Ini juga adalah kerana mengikut perintah Allah SWT," ujarnya lagi. 

Berikut adalah perutusan Idul Adha beliau. 

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd.
Bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha 1432H, saya mewakili Dewan Ulamak PAS mengucapkan selamat menyambut hari raya kepada seluruh umat Islam khususnya para penyokong dan pendukung PAS sejak dahulu hingga sekarang. Tidak lupa juga ucapan tahniah saya kepada para tetamu Allah di bumi Makkah yang menyahut seruan Nabi Ibrahim a.s. untuk melakukan ibadat haji.
Ibadat haji mengingatkan kita kepada pengorbanan Nabi Ibrahim dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Arahan yang mungkin dianggap tidak logik untuk dilaksanakan agar baginda menyembelih anaknya Nabi Ismail dilakukan dengan penuh pasrah dan ketaatan. Walaupun Nabi Ismail adalah anak tunggal yang sangat dikasihi melalui perkahwinannya dengan Siti Hajar, baginda mendahulukan Allah lebih daripada segala-galanya.
Tambahan lagi, persediaan Nabi Ismail untuk disembelih atas arahan Allah SWT untuk dilaksanakan oleh ayahnya terhadapnya. Begitu juga, persediaan Siti Hajar untuk tinggal di lembah Mekkah bersama anaknya Ismail di Mekkah yang tidak ada penduduk dan makanan. Ini juga adalah kerana mengikut perintah Allah SWT.
Sebagai hamba Allah, arahan dan ketetapan yang diberikan hendaklah dipikul dengan sebaik-baiknya. Tidak ada pilihan bagi hambanya yang mengaku beriman untuk mengingkari segala perintah yang ditetapkan khususnya yang terdapat dalam Al-Quran dan apa yang disampaikan oleh utusanNya Nabi Muhammad s.a.w.
Seorang muslim tidak boleh untuk memilih melaksanakan sebahagian daripada perintah dan meninggalkan sebahagian yang lain. Perintah untuk melaksanakan hukuman hudud  sebagai contoh seharusnya ditaati sebagaimana perintah ibadat haji ke atas umat Islam. Perintah untuk melaksanakan hukuman qisas seharusnya dipikul sebagaimana perintah melakukan ibadat puasa ke atas orang yang beriman.
Walaupun hukuman ini pada pandangan sesetengah orang dilihat terlalu keras dan tidak sesuai dilaksanakan di zaman moden ini, sebagai seorang muslim yang mengambil pengajaran di sebalik peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim tidak akan meninggalkan arahan tersebut dengan sewenang-wenangnya. Usaha harus dilakukan untuk mencari jalan ke arah perlaksanaannya dan bukan alasan yang diberikan untuk mengelak daripadanya.
Pengorbanan Nabi Ibrahim ini juga seharusnya diambil iktibar oleh para pejuang Islam khususnya pendukung PAS. Harta, keluarga, masa dan kehidupan ini adalah pinjaman daripada Allah yang tidak seharusnya menjadi penghalang kepada usaha menegakkan agamaNya. Pengorbanan sangat dituntut sebagai bukti perhambaan kita kepada Allah. Pengorbanan bagaikan bahan api untuk menggerakkan kenderaan jamaah ini. Tanpanya, kenderaan ini hanya akan menjadi hiasan dan disimpan di dalam garaj.
Buat akhirnya, saya sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam dan selamat menunaikan ibadat haji kepada seluruh tetamu Allah di bumi Makkah. Moga Ibadat kalian diterima dan mendapat haji yang mabrur.
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd.(harakahdaily)

Direct Free Kick

Direct Free Kick


Majlis penutup kempen menangkap tikus Zon 17 MPAJ di Taman Angsana Hilir 4/11/2011.

Posted: 05 Nov 2011 08:13 PM PDT

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1432 by Half-pregnant Pakatan and her piquant paradoxes « Helen Ang

Posted: 06 Nov 2011 01:28 AM PST

[...] MP Wee Choo Keong ranks among the most on-the-ball performers in Parliament, judging from his dogged queries on the [...]

Comment on SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1432 by adam

Posted: 05 Nov 2011 10:39 PM PDT

thank you Yb for your comments and write up. love to read.

Comment on Hutang ALWAFEER AIR lebih dari RM60 juta! by nationalist

Posted: 05 Nov 2011 08:30 AM PDT

These people that reap from the Rakyat, will burn in Hell for 100,000 years I trust you. we will drag them to Hell, along with their wife, child and parents

Amen

.

.


PERUTUSAN HARI RAYA AIDIL ADHA Presiden PAS "Terus berkorban, tegakkan keadilan Islam"

Posted: 05 Nov 2011 04:30 PM PDT




Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru seluruh umat Islam di negara ini meneruskan pengorbanan demi menegakkan keadilan Islam.

Beliau melalui perutusan hari raya Aidil Adha yang dihantar kepada Harakahdaily berkata, di zaman ini sudah jadi terbalik apabila pemimpin umat Islam mengorbankan agama untuk kepentingan diri dan duniawi.

"Maka menjadi tanggungjawab kepada kita untuk meneruskan pengorbanan dizaman ini, bagi memastikan tertegakkan keadilan Islam yang akan memayungi kesejahteraan hidup manusia pelbagai bangsa dan agama.

"Malanglah dizaman ini, ramai manusia mengorbankan agama untuk kepentingan diri dan duniawi sehingga membiarkan dunia terus rosak dengan jenayah, ekonomi, politik dan sosial yang pincang akibat mengenepikan syariat Allah," katanya.

Aidil Adha ujarnya mengingatkan kita umat Islam tentang pengorbanan nabi-nabi terdahulu menegakkan agama Allah sehingga sanggup meninggalkan segala kemewahan dan keselesaan dunia.

Nabi Ibrahim ujarnya berkorban dengan meninggalkan anak dan isterinya di kawasan yang kering. Begitu juga dengan Nabi Musa yang meninggalkan istana Firaun yang mewah dan juga junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang meninggalkan tanah air tercinta untuk menegakkan syariat Allah," katanya.

Sementara itu, mewakili seluruh kepimpinan dan ahli PAS, beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam di Malaysia ini.

"InsyaAllah dengan kesedaran yang sama-sama kita bina sempena hari raya ini, akan membuahkan hasil yang baik kepada diri, masyarakat dan negara ini ke arah melahirkan negara yang sejahtera dan adil untuk semua dengan cara mematuhi perintah Allah dalam semua perkara.

"Selamat hari raya, maaf zahir dan batin daripada kami Parti Islam Se-Malaysia PAS," ujarnya yang juga ahli parlimen Marang.

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Terus berkorban, tegakkan keadilan Islam

Posted: 05 Nov 2011 09:47 PM PDT

10 Zulhijjah 1432H. [MOD] -


KUALA LUMPUR, 5 Nov: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru seluruh umat Islam di negara ini meneruskan pengorbanan demi menegakkan keadilan Islam.

Beliau melalui perutusan hari raya Aidil Adha yang dihantar kepada Harakahdaily berkata, di zaman ini sudah jadi terbalik apabila pemimpin umat Islam mengorbankan agama untuk kepentingan diri dan duniawi.

"Maka menjadi tanggungjawab kepada kita untuk meneruskan pengorbanan dizaman ini, bagi memastikan tertegakkan keadilan Islam yang akan memayungi kesejahteraan hidup manusia pelbagai bangsa dan agama.

"Malanglah dizaman ini, ramai manusia mengorbankan agama untuk kepentingan diri dan duniawi sehingga membiarkan dunia terus rosak dengan jenayah, ekonomi, politik dan sosial yang pincang akibat mengenepikan syariat Allah," katanya.

Aidil Adha ujarnya mengingatkan kita umat Islam tentang pengorbanan nabi-nabi terdahulu menegakkan agama Allah sehingga sanggup meninggalkan segala kemewahan dan keselesaan dunia.

Nabi Ibrahim ujarnya berkorban dengan meninggalkan anak dan isterinya di kawasan yang kering. Begitu juga dengan Nabi Musa yang meninggalkan istana Firaun yang mewah dan juga junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang meninggalkan tanah air tercinta untuk menegakkan syariat Allah," katanya.

Sementara itu, mewakili seluruh kepimpinan dan ahli PAS, beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam di Malaysia ini.

"InsyaAllah dengan kesedaran yang sama-sama kita bina sempena hari raya ini, akan membuahkan hasil yang baik kepada diri, masyarakat dan negara ini ke arah melahirkan negara yang sejahtera dan adil untuk semua dengan cara mematuhi perintah Allah dalam semua perkara.

"Selamat hari raya, maaf zahir dan batin daripada kami Parti Islam Se-Malaysia PAS," ujarnya yang juga ahli parlimen Marang.

Harakahdaily/-

SAMM dakwa PM bubar Parlimen bulan ini

Posted: 05 Nov 2011 09:44 PM PDT

10 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 5 Nov: Sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan Parlimen pada bulan ini (November 2011), bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 diadakan dalam masa terdekat.

Pengerusi Kebangsaan SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, berdasarkan maklumat terkini yang diterima oleh pihaknya, pembubaran Parlimen dijangka akan dilakukan oleh Perdana Menteri sekitar 11 November ini.

Menurut beliau, tindakan tersebut sememangnya di luar jangkaan orang ramai, tetapi maklumat terkini mengenai perkembangan itu diperolehi oleh pihaknya daripada sumber-sumber dalaman yang boleh dipercayai.

Katanya, pembubaran Parlimen dalam masa terdekat pasti akan menambahkan lagi kepincangan proses pilihanraya di tanah air kerana ia diadakan ketika tuntutan rakyat bagi proses pilihanraya yang bersih dan adil belum dilaksanakan oleh kerajaan.

"Jika pilihanraya dipanggil dalam masa terdekat (paling tidak) sebelum menunggu jawatankuasa khas membuat keputusan, maka sudah tentu satu pilihanraya paling kotor dalam sejarah sedang dijanjikan oleh Kerajaan BN.

"Sekiranya ini tetap dilakukan, maka tidak dapat dielakkan persepsi pilihanraya kali ini hanyalah proses 'palsu' bagi menghalalkan regim Umno BN terus berkuasa," katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, menurut beliau, SAMM bersama dengan teman-teman organisasi massa lain yang mewakili rakyat Malaysia keseluruhannya memberi amaran kepada Perdana Menteri bahawa pilihanraya umum hanya boleh dipanggil setelah proses penambahbaikan proses pilihanraya dilakukan.

Katanya, proses penambahbaikan yang dituntut itu juga seharusnya satu proses 'reformasi' serius yang memberi jawapan kepada kelemahan-kelemahan yang sering dipergunakan oleh pihak tertentu dan bukan hanya perubahan kosmetik semata-mata.

Beliau yang turut dikenali sebagai Cikgu Bard menambah, yakinlah, rakyat sudah mula hilang kesabaran kerana negara sedang berdepan dengan krisis kepercayaan proses demokrasi pilihanraya paling teruk sekarang.

"Jika pilihanraya umum masih berlaku sebelum proses penambahbaikan pilihanraya yang menyakinkan, kami berjanji akan menggerakkan mobilisasi rakyat terbesar," tegasnya.

Beliau tidak menolak kemungkinan kali ini rakyat akan turun bukan sahaja untuk melakukan protes, tetapi benar-benar untuk menukar regim yang sekian lama gagal menjamin hak rakyat untuk mendapatkan proses demokrasi pilihanraya yang bersih dan adil.

"Kita tidak boleh menolak kemungkinan rakyat akan bangkit untuk memastikan regim turun agar proses pilihanraya yang adil dan bersih boleh mengambil tempat dan negara ini boleh diselamatkan," ujarnya.

Di serata dunia kebelakangan ini, katanya, pelbagai pihak dapat melihat kebangkitan kuasa rakyat menundukkan pemerintahan diktator di beberapa buah negara.

Menurutnya, di Malaysia pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat telah memilih jalan raya untuk mendesak penambahbaikan proses pilihanraya negara yang terbukti dicemari pelbagai kecacatan yang sering dinafikan pihak pemerintah.

"Kepincangan proses pilihanraya telah diakui oleh Datuk Seri Najib dengan mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Proses Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen)," katanya.

Bercanggah dengan pengakuan betapa perlunya proses penambahbaikan proses pilihanraya, tegasnya, kenyataan umum terus dikeluarkan oleh pimpinan BN dan Perdana Menteri sendiri yang mencadangkan bahawa PRU Ke-13 diadakan tidak lama lagi dan tidak perlu menunggu proses reformasi proses pilihanraya selesai.

"Malah lebih menggusarkan dan lebih bercanggah dengan jaminan untuk menambahbaik proses pilihanraya, timbul pula pelbagai perkembangan negatif seperti pemberian taraf warganegara kepada rakyat asing secara 'istimewa' untuk tujuan mengundi (khususnya bagi pihak BN)" ujar beliau.

Turut hadir pada sidang media itu, Pengerusi Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM), Haris Ibrahim; Pengerusi League Unemployed Graduates, Devadas Silvaraju; Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Dr Rohana Ariffin dan Pengerusi India Justice Party (IJP), PS Jenapala.

Harakahdaily/-

Berkorban untuk tegak Islam

Posted: 05 Nov 2011 09:38 PM PDT

10 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat,
Datuk Harun Taib

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd.

Bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha 1432H, saya mewakili Dewan Ulamak PAS mengucapkan selamat menyambut hari raya kepada seluruh umat Islam khususnya para penyokong dan pendukung PAS sejak dahulu hingga sekarang. Tidak lupa juga ucapan tahniah saya kepada para tetamu Allah di bumi Makkah yang menyahut seruan Nabi Ibrahim a.s. untuk melakukan ibadat haji.

Ibadat haji mengingatkan kita kepada pengorbanan Nabi Ibrahim dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Arahan yang mungkin dianggap tidak logik untuk dilaksanakan agar baginda menyembelih anaknya Nabi Ismail dilakukan dengan penuh pasrah dan ketaatan. Walaupun Nabi Ismail adalah anak tunggal yang sangat dikasihi melalui perkahwinannya dengan Siti Hajar, baginda mendahulukan Allah lebih daripada segala-galanya.

Tambahan lagi, persediaan Nabi Ismail untuk disembelih atas arahan Allah SWT untuk dilaksanakan oleh ayahnya terhadapnya. Begitu juga, persediaan Siti Hajar untuk tinggal di lembah Mekkah bersama anaknya Ismail di Mekkah yang tidak ada penduduk dan makanan. Ini juga adalah kerana mengikut perintah Allah SWT.

Sebagai hamba Allah, arahan dan ketetapan yang diberikan hendaklah dipikul dengan sebaik-baiknya. Tidak ada pilihan bagi hambanya yang mengaku beriman untuk mengingkari segala perintah yang ditetapkan khususnya yang terdapat dalam Al-Quran dan apa yang disampaikan oleh utusanNya Nabi Muhammad s.a.w.

Seorang muslim tidak boleh untuk memilih melaksanakan sebahagian daripada perintah dan meninggalkan sebahagian yang lain. Perintah untuk melaksanakan hukuman hudud sebagai contoh seharusnya ditaati sebagaimana perintah ibadat haji ke atas umat Islam. Perintah untuk melaksanakan hukuman qisas seharusnya dipikul sebagaimana perintah melakukan ibadat puasa ke atas orang yang beriman.

Walaupun hukuman ini pada pandangan sesetengah orang dilihat terlalu keras dan tidak sesuai dilaksanakan di zaman moden ini, sebagai seorang muslim yang mengambil pengajaran di sebalik peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim tidak akan meninggalkan arahan tersebut dengan sewenang-wenangnya. Usaha harus dilakukan untuk mencari jalan ke arah perlaksanaannya dan bukan alasan yang diberikan untuk mengelak daripadanya.

Pengorbanan Nabi Ibrahim ini juga seharusnya diambil iktibar oleh para pejuang Islam khususnya pendukung PAS. Harta, keluarga, masa dan kehidupan ini adalah pinjaman daripada Allah yang tidak seharusnya menjadi penghalang kepada usaha menegakkan agamaNya. Pengorbanan sangat dituntut sebagai bukti perhambaan kita kepada Allah. Pengorbanan bagaikan bahan api untuk menggerakkan kenderaan jamaah ini. Tanpanya, kenderaan ini hanya akan menjadi hiasan dan disimpan di dalam garaj.

Buat akhirnya, saya sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam dan selamat menunaikan ibadat haji kepada seluruh tetamu Allah di bumi Makkah. Moga Ibadat kalian diterima dan mendapat haji yang mabrur.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd.

Idham Lim : Tingkatkan semangat pengorbanan yang ikhlas.

Posted: 05 Nov 2011 09:19 PM PDT



10 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

PADANG SERAI, 6 Nov.:-Umat Islam diseru untuk meningkatkan semangat pengorbanan untuk menegakkan kebenaran Islam dalam kehidupan diri, masyarakat dan bernegara dengan ikhlas tanpa tujuan sementara seperti mengharapkan sokongan selepas kuasa tergugat apa lagi secara bermusim. Demikianlah antara isi Khutbah Aidil Adha yang disampaikan oleh ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim di Masjid An Najah padanga serai pagi ini.

Khutbah Hari Raya itu disampaikan kepada sekitar 1000 orang jemaah di mesjid yang terletak di Parlimen Padang Serai dalam keadaan cuaca mendung namun sejak awal lagi para jemaah menuhi ruangan masjid tersebut.

Drs. Khalil yang ditemui selepas itu menjelaskan inilah kali pertama beliau menyampaikan khutbah di luar DUN Titi Serong sejak beliau menjadi ADUN sejak tahun 2008.

Pada kesempatan kehadiran beliau di Mesjid tersebut, 2 orang kakitangan NGO Idham Care turut serta untuk melakukan jualan wakaf Lot Tanah dan Bangunan Kompleks Pendidikan Darul Anwar.

Drs. Khalil Idham Lim yang juga merupakan Pengerusi Idham Care menekankan juga dalam khutbahnya betapa ibu bapa perlulah berkorban untuk mendidik anak-anak mereka supaya mengerjakan solat 5 waktu termasuk bertindak mendidik dengan merotan mereka.

3 juta umat Islam berwukuf di Arafah

Posted: 05 Nov 2011 09:16 PM PDT

10 Zulhijjah 1432H. [MOD] -


Sebahagian umat Islam mengambil kesempatan berdoa di Jabal Rahmah, sebelum berwukuf di padang Arafah, semalam. - AGENSI

MEKAH 5 Nov. - Suasana hening di bumi Arafah di sini langsung tidak mencerminkan perhimpunan kira-kira tiga juta umat Islam dari seluruh dunia untuk berwukuf, yang menjadi salah satu rukun dalam ibadat haji, tengah hari ini.

Seramai 28,000 jemaah haji dari Malaysia adalah antara kira-kira tiga juta umat Islam di sini yang sedang menunaikan ibadah itu, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Difahamkan Perdana Menteri dan isteri kini berwukuf di khemah protokol diraja di tengah Arafah, berdekatan dengan Masjid Namirah.

Dalam panas terik di sini, masing-masing menadah tangan memohon keampunan kepada Ilahi, dengan penuh khusyuk, selepas mendengar khutbah yang menjadi salah satu pengisian wukuf.

"Perhimpunan umat Islam di bumi Arafah ini tidak lain tidak bukan adalah sebagai menyahut seruan daripada Yang Maha Esa untuk mengukuhkan persaudaraan sesama Islam yang besar ertinya," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom semasa menyampaikan khutbah Arafah di Maktab 100 di sini.

Beliau berkata, wukuf sebenarnya merujuk kepada penyerahan sepenuhnya kepada ketentuan Allah oleh hamba-hambanya dari seluruh negara.

Menurutnya, jemaah yang datang dari seluruh pelosok dunia meninggalkan segala harta benda, sanak saudara urusan dunia dan segalanya beribu-ribu batu di belakang, semata-mata untuk mendapat keredaan Allah.

Selesai khutbah, rata-rata jemaah kemudiannya menyendiri dalam usaha menginsafi diri, dalam tempoh yang tinggal tidak seberapa lagi di bumi Arafah ini, kerana selepas Maghrib, jemaah haji akan berlepas meninggalkan Arafah untuk mengerjakan rukun haji berikutnya.

Difahamkan Perdana Menteri akan kembali ke kota Mekah lewat petang ini untuk mengerjakan tawaf dan saei haji, sebelum melontar di Jamrat. - BERNAMA

Perbaharui tekad dan harapan agar menjadi insan yang lebih berguna kepada agama Allah

Posted: 05 Nov 2011 09:02 PM PDT


10 Zulhijjah 1432H. [MOD] -Bersyukurlah kepada Allah yang anugerahkan Hari Raya kerana atas nama bangsa tiada Hari Raya yang semulia Hari Raya yang disyariatkan Allah SWT. Kalaupun ada, ianya sekadar keseronokan sementara yang tidak sampai natijahnya sampai ke akhirat.

Tambahan lagi orang Melayu mana ada Hari Raya melainkan Hari Raya Islam yang disambut dek kerana Allah berikan Hidayah kepada nenek moyang orang Melayu. Kerana itu tidak ada Hari Raya Melayu melainkan pada Hari Raya Islam,oleh itu pada kesempatan ini saya ucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri kepada seluruh Umat Islam di mana saja berada.

Marilah kita rayakan hari ini sebagai hari untuk kita memperbaharui tekad dan harapan agar menjadi insan yang lebih berguna kepada agama Allah dengan meningkatkan semangat pengorbanan dalam usaha kita menegakkan kalimat Allah di bumi tercinta ini.

Kerana itu berusahalah dengan sepenuh tenaga untuk berkorban di jalan Allah dengan harta benda dan jiwa raga bagi melawan musuh-musuh Allah yang bertebaran di muka bumi ini.

Idham Lim
Parit Buntar/ 10 Zulhijjah 1432H.


150 maut serangan kejam di Nigeria

Posted: 05 Nov 2011 08:57 PM PDT

10 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

DAMATURU (Nigeria): Sekurang-kurangnya 150 terkorban dalam serangan kejam senjata api dan bom di utara Nigeria hari ini dengan kumpulan radikal Islam, Boko Haram dilaporkan bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Presiden Nigeria, Goodluck Jonathan mengutuk serangan itu dengan pegawai kerajaan mengesahkan sekurang-kurangnya lima letupan bom berani mati berlaku.

"Agensi keselamatan diarahkan untuk menangkap pelaku serangan kejam itu," menurut kenyataan daripada jurucakap, Ruben Abati.

Pegawai penyelamat berkata, sehingga kini rumah mayat sudah menampung sehingga 150 mayat.

"Saya terbabit dalam pemindahan mereka yang terbunuh ke rumah mayat. Secara peribadi, saya mengira 150 jasad di situ," kata pegawai hospital itu. - AFP

Nuffnang