Sabtu, 29 Oktober 2011

Dr. Boo Cheng Hau's Trilingual Blog: SAY WHAT YOU LIKE

Dr. Boo Cheng Hau's Trilingual Blog: SAY WHAT YOU LIKE


Soalan-soalan DUN 12 P4 M3

Posted: 29 Oct 2011 01:10 AM PDT












Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Pemuda Pas Serdang Berkonvoi Ke Ijtima` Tarbawi Di Melewar: Adun Bangi Melepaskan Mereka

Posted: 29 Oct 2011 04:35 PM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Cakna Rakyat Parlimen Kota Raja

Posted: 28 Oct 2011 09:31 PM PDT


Program cakna rakyat bersama pemimpin telah di adakan dengan jayanya di sini semalam. YB Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja dan YB Shuhaimie Shafie, ADUN Sri Muda telah sudi turun padang bertemu rakyat kaum India dan komuniti Sabah di sekitar Taman Seri Muda.
Program yang sama juga telah di adakan di Taman Seri Andalas Klang pada hari Sabtu sebelumnya. Pada program tersebut YB Dr Siti Mariah Mahmud dan YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Sri Andalas bertemu  rakyat komuniti Sabah di sekitar Taman Seri Andalas.
Majlis tersebut di akhiri dengan penyampaian sumbangan kepada mereka yang memerlukan.
 
  
 
 
 
 
 

Di Program Semarak Hijau DUN Sabak Bernam

Posted: 28 Oct 2011 09:19 PM PDT

Pagi memberi motivasi kepada peserta Semarak Hijau yang diadakan di DUN Sabak - alhamdulillah ramai yg hadir.


i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


Tahaluf siyasi untuk kejayaan besar PRU 13

Posted: 29 Oct 2011 06:21 AM PDT

PELURU DIPOS KE RUMAH DR. AZIZ BARI

Posted: 29 Oct 2011 03:28 AM PDT

 

Ugutan bunuh: Sidang media Aziz Bari esok


KUALA LUMPUR, 29 Okt: Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Abdul Aziz Bari akan mengadakan sidang media petang ekoran menerima ugutan bunuh, pagi tadi.
Nota ugutan bunuh yang disertai peluru kosong dihantar ke rumahnya di Bandar Baru Selayang kira-kira jam 11.45 pagi tadi.
"Saya menerima sampil surat dengan sebutir peluru, dengan nota berkata 'jangan kurang ajar dengan Sultan, maut nanti'," kata Aziz kepada portal berita, The Malaysian Insider.
Aziz berkata beliau akan berhubung dengan peguamnya untuk tindakan susulan termasuk membuat laporan polis.
"Saya ada majlis di Ipoh, saya akan membuat laporan polis nanti... anda boleh menghubungi peguam saya untuk maklumat lanjut," kata beliau yang disiasat oleh pengurusan UIA, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kenyataannya tentangt titah Sultan Selangor awal bulan ini.


Peluru dipos ke rumah Aziz Bari
Sebutir peluru diposkan ke rumah pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari di rumahnya di Gombak hari ini, dipercayai ekoran reaksinya terhadap titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) sebelum ini.
Katanya, bersama peluru itu, diselitkan juga sepucuk surat bertulis: "Jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti".
"(Dihantar dengan) pos biasa saja.
"Saya waktu itu baru hendak keluar rumah, dalam perjalanan ke Utara, ke satu program forum dengan (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu di Bagan Serai," katanya yang kini dalam perjalanan bersama keluarganya.
Aziz berkata, peluru itu dihantar oleh posmen dalam sampul surat biasa warna coklat ke peti surat rumahnya pada jam 11.45 pagi tadi.
Oleh kerana dalam keadaan tergesa-gesa, laporan polis akan dibuat akan dibuat selepas ini, selewat-lewatnya esok, kata Aziz.
Beliau bagaimapun tidak tahu jenis peluru itu tetapi menggambarkannya sebagai "kecil sahaja".
Ditanya perasaannya sama ada takut, beliau berkata "tidak" kerana pernah mendapat ancaman bertulis sebelum ini ketika mengkritik kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelang muktamar pemilihan parti itu pada 2009.
"Saya OK. Saya bukan biadap dengan sultan. Saya bukan kata 'natang'. Itu jauh sekali.

"Saya cuma bercakap tentang exercise of power," kata pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.
Pada 23 Mac 2008, sekumpulan orang, dipercayai penyokong bekas Menteri Besar Terengganu dilaporkan mengadakan perhimpunan di hadapan kediaman rasmi menteri besar di Kuala Terengganu sambil membawa kain rentang bertulis "kami nak Idris, natang".
"Natang", dalam loghat Terengganu, bermaksud binatang.
Aziz sebelum ini berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan dalam isu DUMC tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.
Tindakan itu menyebabkannya disiasat pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan UIA yang turut menggantung jawatannya selama beberapa hari.
Dalam masa yang sama, pelbagai pihak, termasuk mahasiswa, kakitangan akademik universiti, NGO, pemimpin pembangkang, bahkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah tampil menyatakan simpati terhadapnya.

PENINJU ISRAEL 'BOLOS' : PAS TUNTUT PENJELASAN KERAJAAN

Posted: 28 Oct 2011 06:22 PM PDT


Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut penjelasan kerajaan berhubung pendedahan peninju Israel, Ilya Grad yang mendakwa telah memasuki Malaysia dengan bantuan menteri belia dan sukan untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai untuk stesen TV AXN.
Mahfuz berkata, perkembangan itu mengejutkan, apatah lagi apabila peninju kelas middleweight itu mendakwa bahawa pasportnya tidak dicop.
"Sebarang kemasukan rakyat ke negara Israel diharamkan, malah rakyat Malaysia masuk ke (Israel) juga diharamkan.

"Bagaimana (Grad) boleh masuk dengan (dakwaan) restu menteri, malah tanpa melalui proses imigresen sebenar? Ini menunjukkan betapa longgarnya pintu sempadan, boleh bolos begitu saja.

"Jadi kementerian luar negeri, kementerian dalam negeri harus beri kenyataan kenapa perkara ini boleh berlaku. Apakah benar dakwaan dia masuk dengan keizinan daripada menteri belia dan sukan?," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini semalam.
"Sekiranya benar perkara itu berlaku, ia menunjukkan bahawa menteri berkenaan telah "merosakkan dasar negara," kata Mahfuz lagi yang turut menuntut penjelasan  Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berhubung dakwaan tersebut.

Bekas juara muay thai Israel itu mendakwa telah memasuki Malaysia pada satu tarikh sebelum ini untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai yang dirakamkan di dalam kampus Universiti Putra Malaysia, Serdang untuk stesen TV AXN.

Difahamkan, rakaman program pada Jun itu baru saja dikeudarakan oleh stesen TV berkenaan baru-baru ini.

Dalam satu tulisan di blog tinju Muay Thai Authority pada 15 Oktober, Grad menceritakan bahawa dia tidak sabar untuk mengibarkan bendera Israel ketika berada di Malaysia.

Beliau yang memasuki Malaysia melalui Thailand ditahan selama 25 jam di satu pintu masuk negara sebelum berjaya mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, "dengan sokongan menteri sukan Malaysia."

Sesudah itu, barulah dia kemudiannya mendapatkan dokumen yang diperlukan untuk memasuki Malaysia, katanya di blog yang banyak memaparkan kegiatan dan pertandingan sukan itu.

"Dengan begitu sahaja saya melepasi sempadan itu dengan pas khas – pas yang sememangnya khas kerana pasport Israel saya tidak dicop," katanya lagi.(malaysiakini)

Direct Free Kick

Direct Free Kick


YB Iskandar A. Samad turun padang menghulurkan sumbangan kepada mangsa ribut di Kg Pandan 29/10/2011.

Posted: 29 Oct 2011 05:25 AM PDT

YB Iskandar A. Samad turun padang menghulurkan sumbangan kepada mangsa ribut di Kg Pandan 29/10/2011.

Posted: 29 Oct 2011 04:52 AM PDT

YB Iskandar A. Samad turun padang menghulurkan sumbangan kepada mangsa ribut di Kg Pandan 29/10/2011.

Posted: 29 Oct 2011 12:07 AM PDT

YB Iskandar A. Samad turun padang menghulurkan sumbangan kepada mangsa ribut di Kg Pandan 29/10/2011.

Posted: 28 Oct 2011 11:57 PM PDT

YB Iskandar A. Samad turun padang menghulurkan sumbangan kepada mangsa ribut di Kg Pandan 29/10/2011.

Posted: 28 Oct 2011 11:14 PM PDT

YB Iskandar A. Samad turun padang menghulurkan sumbangan kepada mangsa ribut di Kg Pandan 29/10/2011.

Posted: 28 Oct 2011 09:21 PM PDT

YB Iskandar A. Samad turun padang menghulurkan sumbangan kepada mangsa ribut di Kg Pandan 29/10/2011.

Posted: 28 Oct 2011 09:16 PM PDT

YB Iskandar A. Samad turun padang menghulurkan sumbangan kepada mangsa ribut di Kg Pandan 29/10/2011.

Posted: 28 Oct 2011 09:04 PM PDT

Nuffnang