Isnin, 20 Jun 2011

MY VOICE FOR NATION

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


READING BREAK 10.45-11PG 26.6.11, JOM SEMUA BACA

Posted: 20 Jun 2011 08:16 AM PDT



Kalau ibubapa mahu anak suka membaca,anak-anak mestilah melihat ibu bapa,guru, ketua kampung, Imam, kakak, abang,peniaga membaca.

KEMPEN MEMBACA SERENTAK SELURUH SELANGOR!!Jnagan ketinggalan

EXCO PEMBANGUNAN MODAL INSAN SELANGOR RASMI JELAJAH GeMS

Posted: 20 Jun 2011 08:00 AM PDT




Roadshow GeMS(Jawatankuasa menangani gejala Sosial Selangor)siri ke 8 berjaya dilaksanakan di daerah Kuala Langat dengan penyertaan pelbagai kaum dan pelbagai acara untuk semua golongan daripada kanak-kanak hingga dewasa dan melibat pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti polis, jabatan kesihatan, AADK,Majlis daerah Kuala Langat,PPAS dan lain-lain.Program GeMS daerah Kuala Langat.Turut menyerikan majlis maskot perbadanan perpustakaan awam Selangor, Alif dan Anis yang berjaya mencuri hati kanak-kanak.

Anak seorang OKU lemas apabila jatuh ke dalam kolam renang

Posted: 20 Jun 2011 07:25 AM PDT

Malaikat Izrail taat bekerja keras melaksanakan arahan oleh Tuhannya tanpa mengira umur, bangsa darjat serta keturunan.
Adakah anak Adam sedar dan bersedia?

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Merasmikan Penutup Kursus Asas Haji Di Dua Masjid Di DUN Bangi

Posted: 20 Jun 2011 04:30 PM PDT

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


[June 18@Taman Impian Putra] Majlis Sambutan Hari Ibu Dan Bapa

Posted: 20 Jun 2011 08:07 AM PDT

Lokasi: Taman Impian Putra, Bangi

Sumber Gambar: Blog ADUN Bangi, Dr Shafie

Pada malam tadi 18 Jun 2011 – Hari Sabtu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bangi Dr Shafie  bersama Ahli Parlimen Serdang Saudari Teo Nie Ching telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Ibu Dan Bapa yang bertempat di Gelanggang Sepak Takraw, Taman Impian Putra. Turut meraikan majlis ini adalah Pengerusi Persatuan Penduduk, Encik Mohd Khair,  Encik Nizam dari Persatuan Belia, Puan Murni dari Ketua Hal Ehwal Wanita dan AJK-AJK majlis sambutan.

Menyampaikan sedikit sumbangan kepada Persatuan Penduduk Taman Impian Putra, Bangi..

(More......)

【念念有辞】Bersih 2.0

Posted: 20 Jun 2011 07:31 AM PDT

Article published on the Website of Chinese newspaper Chinapress.com.my

星期天中午,在电视上看了一会儿节目,谈论的正是即将在7月9日展开的干净与公平选举联盟2.0的大游行。

该节目访问了不少人,包括普通国人,小贩以及游客,每个受访者都异口同声表示,他们反对游行,让我印象最深刻的一位金发蓝眼的外国游客,他开口的第一句话是:“!我当然反对暴力(暴力)”

在这个刚过去的星期天晚上,净选盟在隆雪华堂举办一场推介礼,吸引逾800名社运分子,民众及非政府组织领袖赴会,在净选盟2.0的面子书上,表明自己将出席当天的游行的人数也超过3400人。以净选盟在2007年的所获得的回响看来,认同和支持净选盟2.0的国人怎样都不会少于10万人。

最让我怀疑的是,为什么那名受访的老外劈头就是一句:“我当然反对暴力!”呢?平心而论,除了企图合理化丈夫使用暴力的千依百顺妻子俱乐部的成员和她们的老公以外,我想这世上崇尚暴力的人类已经不多了,可是谁说游行就一定等同于暴力呢?在西方国家,反毒,反战,支持同性恋,支持最低薪金制的游行一年到头都有,我们却鲜少听到出现暴动的新闻,这句话出自一位白人之口,让我不得不怀疑制作单位是用什么问题引导他得出这样的结论。

诉求被消音

我不仅为净选盟2.0的支持者不平,我也为意图在7月9日展开游行的巫青团叫屈,怎么说巫统都是国阵政府中的老大哥,在国阵其他成员党一蹶不振的当儿却依然拥有不少支持的巫统青年臂膀,少说也有几万名追随者吧?怎么他们的诉求也被消音呢?

还有小丑依布拉欣所率领的土著权威组织,他们虽然和净选盟2.0打对台,可是他们从不反对游行,所以他们才成立了一个“和平行动”,计划在7月8日晚上就在贝拉米路(惹贝拉米)过夜,以在隔一天一早就到国家皇宫。土著权威组织的支持者有多少?星期天的推介礼上来了500人,依布拉欣说他将会从每个州属派遣20辆巴士的支持者。好吧!我们就勉为其难也预算他有大约2000名支持者吧!

国内最大民间团体,最大青年臂膀和最大的小丑集团都纷纷认同游行这项基本权利,就算他们的意见不是这个国家的主流派,可是,那怎么都是一把洪亮的声音,然而,这些人的声音,都没有在电视主流媒体的平台上亮声的机会。有关节目的立场和议程?公仔也就不需要我画出肠了!
(More......)

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Walk For Democracy

Posted: 20 Jun 2011 07:03 AM PDT


Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyokong penuh inisiatif lebih 80 buah NGO's yang telah bergabung di dalam BERSIH 2.0 untuk menganjurkan satu program penting dalam sejarah tuntutan demokrasi negara ini yang juga dipanggil sebagai "Walk For Democracy" atau "Berjalan Untuk Demokrasi" pada 9 Julai 2011 akan datang. 

DMPP turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh Jawatankuasa Bersih 2.0 atas kejayaan Majlis Pelancaran Bersih 2.0 yang diadakan malam tadi bersamaan Ahad, 19 Jun 2011.

DMPP percaya hasrat dan tujuan mereka ini adalah sangat murni, sebagai tanggungjawab sosial mereka kepada seluruh warga dan tentulah juga merupakan manifestasi kehendak seluruh rakyat yang mahu melihat satu sistem dan perjalanan Pilihan Raya yang Bersih, Adil dan Kredibil (boleh dipercayai). Apatah lagi jika kita melihat NGO-NGO yang terbabit di dalam BERSIH 2.0 ini merupakan NGO-NGO yang aktif dalam hal-hal berkaitan hak asasi manusia, pemberdayaan wanita dan rakyat, pembela terhadap masyarakat tertindas hatta dipimpin pula oleh bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia (Bar Council) iaitu Dato Ambiga Sreenavasan yang tentulah tahu dan faham ruang lingkup yang menjadi hak rakyat hatta batasan serta sempadan-sempadan yang ada, selari dengan undang-undang serta peraturan dalam negara.

Hakikatnya, selepas tempoh 12 kali Pilihan Raya Umum negara dan yang terbaru ialah Pilihan Raya Negeri Sarawak serta 16 kali Pilihan Raya Kecil membabitkan hampir kesemua negeri dalam Malaysia kecuali Perlis dan Wilayah Persekutuan; jelas terbukti bahawa terdapat pelbagai kelemahan ketara di dalam sistem dan perjalanan Pilihan Raya dalam negara ini. Kelemahan-kelemahan ini dapat kita lihat dan fahami melalui 8 Tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH 2.0.

Seandainya kelemahan tadi berterusan dan tiada usaha bersunguh untuk memperbaikinya daripada semua pihak khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sendiri, maka negara akan terdedah dengan satu situasi di mana keputusan-keputusan pilihan raya itu tidak atau kurang kredibil yang seterusnya akan mewujudkan ketidakpuasan hati dan hilang kepercayaan para warga terhadap sistem dan perjalanan pilihan raya itu sendiri. Fenomena ini nantinya boleh mengakibat satu ledakan cemas dan kebangkitan rakyat. Dan andai ianya tidak terpimpin secara bertanggungjawab maka ia akan memberi implikasi buruk kepada kita semua.

Justeru, DMPP percaya bahawa tindakan Jawatankuasa BERSIH 2.0 ini dilihat bertujuan mengimbangi kemarahan serta kebangkitan rakyat dan melorongkan "kemarahan dan ketidakpuasan hati ini" kepada satu tindakan yang lebih terarah, bertanggungjawab, terpimpin hatta mengikut lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan khususnya yang terkandung dalam Perkara 10 berkaitan Kebebasan Bercakap, Berhimpun Dan Menubuhkan Persatuan : secara aman dan tanpa senjata.

Oleh yang demikian, DMPP menyeru pihak berkuasa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) khususnya agar mengambil pendekatan lebih bertanggungjawab dan mesra rakyat. Tindakan berterusan mengeluarkan"ancaman tangkap" kepada rakyat adalah suatu yang sangat tidak wajar, tidak menghormati rakyat, membelakangi semangat keluhuran Perlembagaan dan mencabuli serta menyalahgunakan undang-undang itu sendiri. "Ancaman Tangkap" itu berbaur satu ugutan keras dan ia tidak manis untuk menjadi satu budaya kerja pasukan polis terhadap rakyat. Kalau sikap dan budaya ini berterusan, jangan salahkan rakyat jika polis menjadi satu Institusi Awam yang tidak akan lagi dihormati hatta dipandang rendah.

Sudah sampai masanya PDRM berhenti daripada menjadi "Budak Suruhan Pihak Atasan". Sudah sampai masanya PDRM mengambil pendekatan "memahami dan menyantuni" kehendak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

DMPP menyedari betapa BERSIH 2.0 sendiri telah menegaskan bahawa mereka dalam hasrat membimbing rakyat mempraktiskan hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan. BERSIH 2.0 juga bersedia dan sanggup bekerjasama di pihak Polis bagi memastikan program pada 9 Julai nanti akan berlangsung dalam keadaan yang aman, tertib dan terkawal. Justeru, DMPP mendesak Ketua Polis Negara agar segera membuka ruang perbincangan di antara kedua belah pihak demi kepentingan negara.

DMPP juga sangat memandang serius akan kenyataan berbau "ancaman dan ugutan" yang dikeluarkan oleh Ibrahim Ali bersama Perkasa yang menegaskan "mereka akan menganjurkan protes bagi menghalang rancangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) untuk mengadakan perhimpunan".

DMPP menyifatkan kenyataan ini adalah sangat bahaya dan mengancam keselamatan awam khususnya pada hari tersebut. Apatah lagi Ibrahim Ali secara emosional melulu menegaskan bahawa"apa sahaja boleh berlaku pada 9 Julai itu nanti". DMPP menyifatkan kenyataan ini sangat biadap, tidak ada kelas dan bersifat kebudak-budakan. Ia juga sangat bersifat "anti establishment". Amat malang ianya dituturkan oleh seorang Ahli Parlimen tidak berparti (yakni Bebas) atau dalam  konteks Malaysia kita fahami mereka ini sebagai Ahli Parlimen "Lompat" (Katak)!

Lebih malang bilamana kenyataan "ancaman dan ugutan" seperti ini tidak pula diambil sebarang tindakan oleh pihak berkuasa dan hanya menampakkan PDRM bertindak tidak professional serta double standard.

DMPP tidak berhasrat untuk menghalang sesiapapun untuk turut Turun pada 9 Julai nanti, atau berhimpun bila-bila masa dan di mana sahaja; tetapi yang penting perhimpunan itu mestilah diadakan secara aman, tanpa senjata, dengan objektif yang jelas dan bukan berniat untuk menimbulkan sebarang kekecohan atau sebarang tindakan vandalism atau anti sosial.

DMPP sangat berdukacita terhadap segala kenyataan tidak bertanggungjawab yang dilontarkan oleh beberapa Menteri terhadap BERSIH 2.0. Ini termasuklah tuduhan Rais Yatim yang mengaitkan "Serangan Siber" ke atas beberapa laman web kerajaan baru-baru ini sebagai berkait dengan BERSIH 2.0. Manakala  Muhyidin Yassin membuat tuduhan bahawa "Walk For Democracy" itu adalah bertujuan untuk menumbangkan BN. DMPP melihat kenyataan-kenyataan itu sebagai sangat tidak bertanggungjawab dan hanya menampakkan bahawa UMNO BN sekarang berada pada tahap "ketakutan yang melampau" sehingga "bayangan sendiri difikirkan hantu!".

DMPP mengajak seluruh rakyat dan semua pihak memahami bahawa apa yang akan berlaku pada 9 Julai 2011 itu nanti ialah satu program bersifat merakyat ; "Walk For Democracy" . Dan ianya secara khusus berkaitan dengan 8 Tuntutan BERSIH 2.0 untuk kita semua upaya menikmati satu sistem dan perjalanan Pilihan Raya yang bersih dan adil. Ianya bukan berkaitan persoalan politik kepartian yang sempit. Ianya bukan berkaitan persoalan individu orang tertentu. Ianya konsistant berkaitan Tuntutan Rakyat untuk SPR dan pihak berwajib bertindak segera Mereformasi Sistem Dan Perjalanan Pilihan Raya yang ada dalam negara ini agar lebih seimbang kepada semua pihak yang mengambil bahagian.

Akhirnya, DMPP menyeru seluruh rakyat jelata khususnya para wanita yang mahukan 8 Tuntutan BERSIH ini didengar dan tercapai agar hadir beramai-ramai dan bersama-sama kita BERJALAN UNTUK DEMOKRASI secara aman dan tertib. DMPP juga sedang dalam proses menggerakkan seluruh kekuatan organisasi dan jentera Dewan Muslimat PAS di seluruh negara untuk bersama menggerakkan rakyat HADHIR PADA TEMUJANJI KITA, 9 JULAI DI KUALA LUMPUR. DMPP yakin dan percaya, insyaAllah Kita akan lalui dan hadapi 9 Julai ini dengan penuh kewarasan, kejelasan tujuan dan penuh bertanggungjawab. Sungguhlah benar Jihad Yang paling Besar Adalah Berkata Benar Di Hadapan Pemimpin Yang Dzalim.

Kembalikan Kuasa Rakyat! Bersihkan Pilihan Raya! Allahu Akbar!


Hormat Daripada,
DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT


AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
Ketua Penerangan

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


UMNO’s tacit support for Perkasa’s inflammatory and dangerous threats shows that 1Malaysia is nothing but lip service and an empty slogan (En/Bm/Cn)

Posted: 20 Jun 2011 02:06 AM PDT

Press Statement By Penang Chief Minister And DAP Secretary-General Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 20 June 2011.

UMNO's tacit support for Perkasa's inflammatory and dangerous threats shows that 1Malaysia is nothing but lip service and an empty slogan.

Perkasa president Datuk Ibrahim Ali's recent vile actions and malicious remarks at the launch of the Bersih 2.0 counter-protest at Kampung Baru are nothing short of seditious. Not only were pictures of Bersih chairperson Datuk Ambiga Sreenevasan burned and stomped upon, flyers were distributed describing her as a 'dangerous Hindu woman'.

Ibrahim Ali also then raised the threat of another May 13, by proclaiming himself a 'war general' and warning of severe repercussion for the Chinese community if they proceed with the Bersih march. He also suggested that the Chinese community may have to stock up on food should anything happen.

Never before in Malaysian history has anyone issued such an irresponsible and racist statement by calling on a certain community to stock up on food. Such a remark is clearly unacceptable by every peace-loving Malaysian.

By allowing such fascistic and Nazi-like threats by Ibrahim Ali, UMNO is indeed showing its true colours as a party that survives on racial division. In its refusal to take action, UMNO is therefore guilty of supporting Perkasa and its stand. In fact, this has been obvious for quite some time, as demonstrated by UMNO's lack of will in taking action in numerous cases such as the Cow's head protest in 2009 and various remarks by their leaders equating Indians to beggars and Chinese women to prostitutes.

This clearly proves that 1 Malaysia is nothing more than an exercise in self-delusion and mass deception.

UMNO must stop fanning racial and religious sentiments, as it is extremely dangerous and will lead to unrest. The fact of the matter is that Malaysians all live peacefully and have no problem with each other.

In Penang, the Pakatan Rakyat's open tender policy was attacked by UMNO as an attempt to deny Malays their economic opportunities, but this fallacy has been proven wrong by the fact that 70% of all Penang State Government contracts are won by Malay contractors.

In other words, this shows that it is not Malay contractors who are unable to compete, but in fact UMNO contractors who cannot keep up in a fair competition. The open tender system has since been implemented without any unhappiness from Malay contractors because not only do they benefit, they have also succeeded on their own merit.

It is obvious that UMNO, which is now politically bankrupt, is unable to raise any other issue besides race and religion, which is conveniently used to not only scare the people, but also to cover up their shortcomings.

Instead of focusing on race and religion, perhaps UMNO and Barisan Nasional should explain why they are allowing the Lynas Rare Earth Plant in Kuantan to be built, despite all the dangers inherent in such a move. To justify their decision, they have brought a panel of radiological experts from the IAEA to review the case. However, not only does the panel contain no public health and environmental expert, the IAEA is also seen to be industry-driven, and is expected to rubber-stamp their approval.

Perhaps the BN Government is also trying to pull a wool over Malaysian eyes in the face of the RM1.8million Tourism Malaysia Facebook scandal. Malaysians are baffled and in disbelief over the fact that the Ministry has spent such an exorbitant amount of money on a social media website that is available for free.

If, as Tourism Minister Ng Yen Yen claims, that the money was also spent for publicity and advertising for their campaign, then Malaysians want to know why despite so much money spent the Facebook page only managed to garner slightly over 20,000 fans. In contrast, the Visit Penang Facebook page, which was set up for free and operated by only 1 staff, managed to attract more than 100,000 fans.

Instead of finding ways to waste public money, Ng Yen Yen and other MCA leaders should try standing up to their 'Big Brother' UMNO in the face of the latter's dangerous racial and religious posturing.

Lim Guan Eng

- Malay Translation –
Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 20 Jun 2011 Di Kuala Lumpur.

Sikap berdiam diri UMNO menyokong ancaman dan hasutan merbahaya Perkasa menunjukkan bahawa 1Malaysia tiada apa-apa pengertian tapi hanyalah manis di bibir dan slogan kosong.
________________________________________________________________

Tindakan memalukan dan kenyataan menghina oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali ketika pelancaran perhimpunan Anti-Bersih 2.0 di Kampung Baru adalah penuh dengan hasutan. Bukan sahaja gambar-gambar Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan dibakar dan dipijak, malah risalah-risalah yang diedarkan turut mengambarkan dirinya sebagai "Wanita Hindu Yang Merbahaya”.

Ibrahim Ali juga kemudiannya membangkitkan kembali ancaman 13 Mei, dengan mengisytiharkan dirinya sebagai 'general perang' dan memberi amaran keras kepada masyarakat Cina supaya tidak keluar menyertai perarakan Bersih ini. Beliau juga mencadangkan agar masyarakat Cina perlu menyimpan bekalan makanan sekiranya sesuatu perkara berlaku.

Tidak pernah seorangpun dalam sejarah Malaysia mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan bersifat perkauman dengan menyeru masyarakat tertentu untuk meyimpan bekalan makanan. Kenyataan seperti itu tidak boleh diterima oleh setiap rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian.

Dengan membenarkan perbuatan zalim dan ancaman Nazi oleh Ibrahim Ali, UMNO seolah-olah menunjukkan warna sebenar parti itu yang sebenarnya hanya berkepentingan untuk satu kaum sahaja. Dengan keenganan parti tersebut untuk mengambil tindakan, UMNO adalah bersalah atas sokongan terhadap Perkasa dan pendirian parti itu. Malah, ia amat jelas sejak sekian lama, sebagaimana didemonstrasikan oleh UMNO yang kurang mengambil tindakan terhadap kes-kes seperti demonstrasi seperti protes kepala lembu pada tahun 2009 dan pelbagai ucapan pemimpin-pemimpin mereka yang menyamakan kaum India dengan pengemis dan wanita Cina sebagai pelacur.

Ini jelas menunjukkan bahawa 1Malaysia tidak lebih daripada khayalan dan penipuan secara besar-besaran.

UMNO mesti berhenti daripada terus menyemarakkan sentimen perkauman dan agama kerana ia amat berbahaya dan mendorong kepada kekacauan. Hakikatnya, semua rakyat Malaysia hidup secara aman dan tidak mempunyai masalah antara satu sama lain.

Di Pulau Pinang, polisi tender terbuka Pakatan Rakyat telah diserang oleh UMNO sebagai menyangkal peluang ekonomi kepada kaum Melayu khususnya, bagaimanapun, falasi terserbut telah terbukti salah apabila fakta menunjukkan bahawa 70% kontrak Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah dimenangi oleh kontraktor Melayu.

Dalam perkataan lain, ini menunjukkan bahawa bukannya kontraktor Melayu yang tidak mampu bersaing, sebaliknya, kontraktor UMNO yang tidak dapat bersaing di dalam persaingan adil. Sistem tender terbuka diimplementasikan tanpa sebarang rasa tidak gembira dalam kalangan kontraktor Melayu kerana pihak tersebut bukan hanya memperoleh faedah daripadanya, malah, mereka juga berjaya ekoran merit berkenaan.

Ini jelas terbukti bahawa UMNO, yang kini secara politiknya telah bankrup adalah tidak mampu untuk mengungkitkan isu lain selain kaum dan agama yang mana ia digunakan bukan hanya untuk menakutkan rakyat malah juga untuk menutup kelemahan-kelemahan mereka.

Daripada menfokuskan kepada kaum dan agama, kemungkinan UMNO dan Barisan Nasional sepatutnya menjelaskan sebab kenapa mereka membenarkan pembinaan Loji Rare Earth Lynas di Kuantan, meskipun wujudnya bahaya ekoran tindakan terbabit. Bagi menjustifikasikan keputusan tersebut, mereka telah membawa panel pakar radiologi dari IAEA untuk mengkaji kes berkenaan. Bagaimanapun, bukan hanya panel tersebut tidak memiliki pakar kesihatan umum dan persekitaran, sebaliknya, IAEA dilihat sebagai dipandu oleh pihak industri dan dijangka membenarkan kelulusan mereka.

Mungkin Kerajaan BN juga cuba mengalihkan perhatian rakyat Malaysia terhadap skandal RM1.8 juta Facebook Kementerian Pelancongan. Rakyat Malaysia binggung dan tidak percaya dengan fakta bahawa Kementerian tersebut telah membelanjakan sejumlah wang yang terlalu mahal di dalam laman web media sosial yang padahal boleh diperoleh secara percuma.

Sekiranya Menteri Pelancongan, Ng Yen Yen mendakwa bahawa wang tersebut turut dibelanjakan untuk tujuan publisiti dan pengiklanan untuk kempen yang dijalankan oleh mereka, maka rakyat Malaysia ingin mengetahui mengapa begitu banyak wang telah dibelanjakan untuk laman sesawang Facebook yang hanya mampu mendapat lebih kurang 20,000 orang pengikut. Sebaliknya laman sesawang Facebook Melawat Pulau Pinang yang dibuat secara percuma dan dikendalikan oleh seorang kakitangan berjaya menarik lebih 100,000 pengikut.

Daripada terus mencari jalan untuk membazirkan wang rakyat, Ng Yen Yen dan pemimpin MCA lain harus berdiri untuk 'Big Brother' UMNO mereka dalam menghadapi ancaman yang berbahaya terhadap kaum dan agama.

LIM GUAN ENG

- Chinese Translation –
槟州首席部长兼民主行动党秘书长林冠英于2011年6月20日在吉隆坡发表的声明:

从巫统默许土著权威组织所发出的危险恐吓,证明一个马来西亚只是空口说白话的空头承诺。

土著权威组织主席拿督依不位欣阿里近期在对抗干净与公平选举联盟集会推介仪式上的言论和行为非常恶劣,他欲在甘榜峇鲁发动对抗净选联盟的集会,根本就是一项煽动性的举止。不只是净选联邦主席安美嘉的照片被焚烧及踩踏,他们更分发传单,描述她为一个"危险的印度女士"。

依不拉欣阿里也挑起了另一个513的威胁论, 声称他本身就是一个 "战争将领",并警告华族,若他们坚持展开净选集会,将会有非常严重的后果。他更说,若有什么事情发生的话,华社需要储存粮食了。

在马来西亚的历史上,没有人曾经发表过这般不负责任及种族性质的言论,要某一个种族尽早储备食粮。这番言论显然是不能被任何一个热爱和平的马来西亚人所接受的。

巫统容许依不拉欣阿里的这种法西斯主义式及纳粹形式的威胁论,果真展示了他们的真面目,就是巫统是靠种族主义生存的政党。因为巫统的拒绝采取行动,因此巫统也在支持土著权威组织及其立场而"有罪"。事实上,类似的情况已维持了一段时期,巫统在许多个案中皆鲜少采取任何行动,就如2009年的牛头示威,还有他们多名领袖常常将印度人标签为乞丐,以及把华人标签为妓女。

这些个案证明一个马来西亚只是空口说白话、自欺欺人及一场大规模的骗局。

巫统必需停止就宗教及种族课题煽动情绪,因为这是非常危险,并会造成动荡的。现在的马来西亚人都和平共处,彼此之间毫无问题。
在槟城,民联政府的公开招标政策被巫统猛烈地攻击,声称这是试图否决马来人的经济机会,但是这番谬论在槟城70%的政府工程皆由马来商家获标后,被证实是彻底错的。
换言之,这证明了不是马来承包商没有竞争能力,而是巫统的承包商没办法在公平的竞争下突围而出。实施了公开招标系统之后,马来承包商方面并没有不满的声音,因为他们不只是受惠者,他们更能够因为本身的条件,而以绩效制获标。

很明显的,现在的巫统已经政治破产了,除了挑起恐吓人民的种族和宗教课题,以掩饰他们的不足之外,他们无法挑起其他的课题了。

与其集中在种族和宗教课题,看来巫统应该解释,为什么他们明知存有这么多危险,还允许莱纳稀土厂在关丹设厂?为了交代这项决定,他们更请来了国际电子能机构的代表来审查此个案。无论如何,这个代表团并没有公共卫生及环境的专家,而国际电子能机构也被视为工业主导的团体,预料也将会似橡皮图章般给予得批准。

或许国阵政府现今试图转移国人针对180万设立旅游部面子书的丑闻。旅游部会花这么昂贵的价格,在一个免费的社交网上,对马来西亚人而言确是百思不得其解,更是难以置信的事。

如果,一切诚如旅游部长黄燕燕所说般,有关的款项也用于宣传及其他活动的广告费用,那马来西亚人也很想知道,为何花了这么多钱在面子书,却只成功吸引了略过2万名"粉丝"?相对的,槟城旅游局的面子书,在不花分文、只靠一名职员处理的情况下,就吸引到超过10万名"粉丝"。

与其想办法花公众的钱,黄燕燕及她的马华领袖们,应该试图站起来,对他们的巫统"老大哥"们的危险种族及宗教论说不。

林冠英

Surat YAB Lim Guan Eng kepada Menteri Kesihatan Malaysia Dato Seri Liow Tiong Lai untuk Membatalkan Kontrak Perkhidmatan Penyelenggaraan oleh Faber Medi-Serve Sdn Bhd untuk Semua Hospital di Pulau Pinang demi Menjamin Keselamatan Awam (Bm/Cn)

Posted: 20 Jun 2011 01:55 AM PDT

20 Jun 2011

YB Dato Sri Liow Tiong Lai
Menteri Kesihatan Malaysia
Ibu Pejabat KKM Blok E1, E6, E7 & E10
Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya

Yang Berhormat Dato' Sri,

MEMBATALKAN KONTRAK PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN OLEH FABER MEDI-SERVE SDN BHD UNTUK SEMUA HOSPITAL DI PULAU PINANG DEMI MENJAMIN KESELAMATAN AWAM

Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Dato' Sri kepada perkara di atas.

2. Kerajaan Negeri ingin meluahkan rasa kesal terhadap Faber Medi-Serve Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan untuk memberi perkhidmatan penyelenggaraan kepada 72 buah hospital kerajaan di seluruh Negara.

3. Kegagalan dan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh syarikat tersebut dalam tempoh masa setahun ini di Hospital Besar Pulau Pinang adalah seperti berikut :

i) bumbung runtuh di wad bersalin yang telah mencederakan orang awam
ii) pembiakan nyamuk aedes di persekitaran hospital
iii) alat pemadam api yang gagal berfungsi
iv) "manhole" yang tidak bertutup dalam lorong koridor awam yang telah mencederakan Ketua Polis Negeri Pulau Pinang selepas beliau terjatuh ke dalamnya

Kejadian sedih yang mencederakan orang awam memang memalukan dan mengancam keselamatan awam.

4. Berdasarkan kepada kecuaian dan kegagalan syarikat tersebut, Kerajaan Negeri menggesa Kerajaan Pusat untuk menamatkan kontrak perkhidmatan yang telah diberikan kepada syarikat tersebut di Pulau Pinang dan melantik menerusi sistem tender terbuka seorang kontraktor yang lebih berwibawa dalam tugasan tersebut demi menjamin kesejahteraan rakyatnya.

5. Kerajaan Negeri amat prihatin akan keselamatan warga Pulau Pinang yang mengunjungi Hospital Besar Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan. Sekiranya Ketua Polis Negeri Pulau Pinang pun boleh tercedera atas kecuaian pihak kontraktor yang tidak menutup "manhole" dalam lorong koridor orang awam, kualiti perkhidmatan syarikat tersebut memang buruk sekali sehingga mengancam keselamatan awam.

6. Janganlah pihak Kementerian bertindak hanya apabila berlaku kematian. Oleh yang demikian, diharap pihak Yang Berhormat Dato' Sri dapat mempertimbangkan permohonan Kerajaan Negeri agar kontrak yang diberikan kepada syarikat tersebut dapat dibatalkan segera.

7. Pertimbangan Yang Berhormat Dato' Sri amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

"CEKAP, AKAUNTABILITI DAN TELUS"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Yang ikhlas,

LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau Pinang

- Chinese Translation –

2011年6月20日

尊贵的马来西亚卫生部部长拿督斯里廖中莱

尊贵的拿督斯里

为了保障公众安全,要求取消FABER MEDI-SERVE 有限公司在槟城所有医院的保养服务合约

我在此吁请尊贵的拿督斯里关注以上事项。

2. 槟州政府对联邦政府委任、负责提供医院保养服务予全国72所医院的Faber Medi-Serve 有限公司之服务感到遗憾。

3. 这家公司在过去的一年内,在槟城医院所犯下的错误及无法有效执行的任务包括:

i) 生产房天花板坠落,致伤公众。
ii) 医院范围内被发现有孑孓的繁殖迹像。
iii) 无法操作的灭火器。
iv) 在医院公众走廊处出现没有上盖的大洞,导致槟州总警长不慎踩空而受伤。

上述导致民众受伤的意外事件,的确是让槟城医院感到非常尴尬,也危及了民众的安全。

4. 基于上述公司的疏忽及失责,槟州政府吁请联邦政府中止其在槟城所有医院的保养服务合约,并透过公开招标方式,遴选出更有声望的承包商执行这项任务,以保障人民的福利。

5. 槟州政府非常关注到槟城医院就诊的槟州人民的安全。如果连槟州总警长都因为承包商疏忽,没有在走廊盖上洞口而遭殃,那这家公司的服务素质真的是糟透了,甚至危及公众的安全。

6. 我们希望卫生部不要等到有人死了才来采取行动。因此,希望尊贵的拿督斯里能够考虑槟州政府的要求,即刻取消现有承包商的合约,换上另一家比较能委托的公司负责。

7. 在此先感激尊贵的拿督斯里慎重考虑。

谢谢!

槟州首席部长
林冠英 启

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Dana Baharu RM 5 Juta Untuk Pendidikan Anak-Anak Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor

Posted: 20 Jun 2011 02:00 AM PDT

SHAH ALAM 20 Jun – Kerajaan Negeri Selangor akan menubuhkan satu dana khas berjumlan RM 5 juta untuk pembangunan pendidikan dan modal insan anak-anak kakitangan kerajaan negeri.

Menteri Besar Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri membuat keputusan tersebut supaya anak-anak kakitangan kerajaan yang memerlukan bantuan kewangan untuk menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ada peluang untuk mendapatkan pembiayaan yang sepatutnya.

"Pendidikan dan modal insan adalah amat penting kepada kerajaan negeri dan kami mahu pastikan anak-anak kakitangan membesar dengan sempurna kerana ini akhirnya akan membantu membentuk negeri yang maju dan berdaya saing.

"Ini juga adalah tanda penghargaaan kami kepada warga kerga kerajaan negeri yang banyak berkorban membantu kerajaan menjalankan pentadbiran yang cekap, telus, berhemah dan berkesan," kata Menteri Besar.

Beliau berkata demikian ketika berucap kepada lebih kurang 2,000 kakitangan kerajaan negeri yang menghadiri perjumpaan bulanan yang di anjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Dewan Jubli Perak, SUK Shah Alam pagi tadi.

Menteri Besar juga berkata dana tersebut telah diperolehi dari hasil perlombongan pasir oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang ditubuhkan untuk menjayakan agenda "Merakyatkan Ekonomi Selangor" yang bermula pada 2008.

"Kumpulan Semesta sekarang telah mendapat keuntungan kasar yang meningkat kepada RM 24.47 juta pada 2010 dan hingga kini RM 7.1 juta pada 2011. Jadi, kita ambil sebahagian dari keuntungan ini untuk menolong kakitangan kerajaan," katanya lagi.

Perlaksanaan dana tersebut akan diperhalusi melalui perbincangan bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Khusrin Munawi.



Sumber: Selangorkini

Program GeMS Capai Matlamat

Posted: 20 Jun 2011 01:30 AM PDT

MORIB, 20 Jun : Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) yang sudah dilaksana di lapan daripada sembilan daerah di Selangor telah memperlihatkan hasil positif bagi menjayakan misi kerajaan negeri dalam menjayakan pembangunan insan.

Program ini mendapat sambutan baik daripada masyarakat setempat di mana penganjuran karnivalnya diadakan.

Menurut EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, masalah keruntuhan akhlak dan keruntuhan sosial yang melanda masyarakat terutama dalam kalangan remaja memerlukan pendekatan baru bagi ditangani.

Jadi perlaksanaan program GeMS diharap dapat memenuhi kehendak golonganremaja dalam mencorak kehidupan sosial anak anak.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Program GeMS daerah Kuala Langat di Morib Sabtu lalu.

Menurutnya, program GeMS adalah satu misi untuk membina satu generasi di Selangor bagi mendokong dan membantu mencapai matlamat kerajaan negeri Selangor untuk menjadi negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan.

"Yang terbaik di Malaysia semuanya terlongok di Selangor. Tidak cukup infrastuktur kita bangun, fizikal kita bangun tanpa insannya kita bangun bersama. Sebab itulah untuk misi kerajaan Selangor di antara teras pembangunan lestari Selangor ialah memacu pembangunan modal insane. " katanya.

Menyentuh program Jom Kerja yang turut menjadi antara kandungan dalam Karnival GEMS, Dr Halimah mahu kaum remaja di Selangotr jangan memilih pekerjaan dan mahu pihak berkuasa tempatan dan daerah mengalakkan kaum remaja bekerja.

"Kita di Selangor ini kaya dengan peluang pekerjaan. Kilang paling banyak di Malaysia adalah di Selangor. Kira ada 15 ribu peluang pekerjaan . Koman-koman 500 ringgit sebulan itu pokoknya. Kalau tambah insentif dan sebagai-bagainya akan bertambah sedikit," katanya.

Menurut beliau ramai kaum belia yang tidak mempunyai pekerjaan sanggup mengharapkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Zakat Negeri Selangor.

Katanya, ketiadaan pekerjaan juga adalah antara faktor menyumbang meningkatkan kegiatan jenayah dan perkara ini perlu dibendung.

"Jadi mentaliti ini perlu diperbetulkan , kalau gaji tak besarpun termasuk graduan, graduan menganggur sebab antara yang ramai graduan adalah di Selangor . Kalau mereka ini tidak dapat pegang dulu pekerjaan apa-apa pekerjaan asal ia halal maka makin hari makin lama merekakan jadi orang murung, mereka akan jatuh maruah diri kerana perlu bergantung kepada ibu dan ayah. Bergantung kepada zakat, bergantung kepada jabatan kebajian masyarakat, " katanya.

Pelbagai program diadakan sempena program GeRMS daerah Kuala Langat. Antaranya majlis dialog, pertandingan mewarna, pertandingan bercerita, persembahan kebudayaan dan konvoi berbasikal. Sementara pada sebelah malamnya diadakan konsert amal yang dijayakan antaranya Shahir Menurut beliau ramai kaum belia yang tidak mempunyai pekerjaan sanggup mengharapkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Zakat Negeri Selangor.

Katanya, ketiadaan pekerjaan juga adalah antara faktor menyumbang meningkatkan kegiatan jenayah dan perkara ini perlu dibendung.

"Jadi mentaliti ini perlu diperbetulkan , kalau gaji tak besarpun termasuk graduan, graduan menganggur sebab antara yang ramai graduan adalah di Selangor . Kalau mereka ini tidak dapat pegang dulu pekerjaan apa-apa pekerjaan asal ia halal maka makin hari makin lama merekakan jadi orang murung, mereka akan jatuh maruah diri kerana perlu bergantung kepada ibu dan ayah. Bergantung kepada zakat, bergantung kepada jabatan kebajian masyarakat, " katanya.

Pelbagai program diadakan sempena program GeRMS daerah Kuala Langat. Antaranya majlis dialog, pertandingan mewarna, pertandingan bercerita, persembahan kebudayaan dan konvoi berbasikal. Sementara pada sebelah malamnya diadakan konsert amal yang dijayakan antaranya Shahir Menurut beliau ramai kaum belia yang tidak mempunyai pekerjaan sanggup mengharapkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Zakat Negeri Selangor.

Katanya, ketiadaan pekerjaan juga adalah antara faktor menyumbang meningkatkan kegiatan jenayah dan perkara ini perlu dibendung.

"Jadi mentaliti ini perlu diperbetulkan , kalau gaji tak besarpun termasuk graduan, graduan menganggur sebab antara yang ramai graduan adalah di Selangor . Kalau mereka ini tidak dapat pegang dulu pekerjaan apa-apa pekerjaan asal ia halal maka makin hari makin lama merekakan jadi orang murung, mereka akan jatuh maruah diri kerana perlu bergantung kepada ibu dan ayah. Bergantung kepada zakat, bergantung kepada jabatan kebajian masyarakat, " katanya.

Pelbagai program diadakan sempena program GeRMS daerah Kuala Langat. Antaranya majlis dialog, pertandingan mewarna, pertandingan bercerita, persembahan kebudayaan dan konvoi berbasikal. Sementara pada sebelah malamnya diadakan konsert amal yang dijayakan antaranya Shahir AF dab Sham Kamikaze.



Sumber: Selangorkini

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, Kem Kesihatan dan Kempen Zon Bersih di Meru

Posted: 19 Jun 2011 06:00 AM PDT

Meru, 19 Jun 2011 - YB Dr Xavier Jayakumar pada hari ini telah menghadiri Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang yang telah diadakan di Dewan MPK, Pekan Meru.

Turut diadakan pada majlis tersebut adalah Kem Kesihatan dan Kempen Zon Bersih. Majlis dirasmikan oleh YB Dr Hj. Abd Rani Osman, ADUN Meru, penutupan rasmi oleh YB Dr Xavier Jayakumar dan dihadiri oleh pegawai dari pejabat daerah dan ahli majlis MPK.

Majlis yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari tersebut dipenuhi orang ramai yang menyaksikan seramai 152 orang pelajar PMR dan SPM 2010 yang mendapat keputusan 8A dan keatas menerima sijil kecemrlangan dan hadiah.

Seramai 20 keluarga miskin yang terdiri dari pelbagai bangsa turut menerima hamper barangan.

Orang ramai yang hadir pada majlis tersebut telah mendapat manfaat daripada Kem Kesihatan yang dijalankan.

Ketika menyampaikan ucapannya, YB Dr xavier Jayakumar menekankan betapa pentingnya orang ramai untuk menjaga kesihatan dan mengambil serius bahaya denggi.










Majlis Penyerahan Geran Tanah Kuil Selva Vinayagar, Serendah

Posted: 18 Jun 2011 06:00 PM PDT

Serendah, 18 Jun 2011 - Kerajaan Negeri Selangor dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat pada hari ini telah menyerahkan geran tanah kepada Kuil Selva Vinayagar di Serendah.

Hadir menyerahkan geran tanah tersebut adalah YB Dr Xavier Jayakumar, Pengerusi Tetap Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin.

Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Serbaguna Serendah, Kampung Dato' Harun dan dihadiri para pemimpin komuniti setempat.

Selain penyerahan geran tanah, Dr Xavier Jayakumar turut menyampaikan raket badminton dan bola sepak kepada kanak-kanak serta hamper barangan kepada warga emas.

Dr Xavier Jayakumar dalam ucapan beliau pada malam itu menekankan kepentingan pendidikan dalam mendidik anak-anak. Pendidikan begitu penting dan menjadi salah satu faktor yang dapat mengubah nasib sesebuah keluarga kepada yang lebih baik.

Pada majlis tersebut juga dimaklumkan enam buah ranting telah ditubuhkan dengan 1,300 orang ahli Parti Keadilan Rakyat.







Program Sumbangan Cermin Mata Kepada Pelajar Miskin Dan Warga Emas, Sijil Dan Wang Tunai Pelajar Cemerlang SPM

Posted: 18 Jun 2011 02:00 AM PDT

Kampung Jawa, 18 Jun 2011 - Sebuah majlis bagi menghargai pelajar-pelajar cemerlang SPM dari kawasan DUN Seri Andalas dan juga memberi sumbangan kepada pelajar miskin, warga emas serta sumbangan kepada sekolah dan persatuan penduduk telah diadakan.

Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Jawa, Klang dan dihadiri oleh YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas yang juga merangkap EXCO Kerajaan Negeri Selangor, YB Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja, Encik PS Rajoo, Ahli Majlis MPK, Ketua Kampung dan juga para pemimpin komuniti setempat.

Seramai 45 orang pelajar miskin telah menerima sumbangan cermin mata yang telah disampaikan oleh Encik PS Rajoo.

Seramai 65 orang warga emas pula telah diberi subsidi cermin mata yang disampaikan oleh YB Dr Xavier Jayakumar.



Pelajar-pelajar cemerlang SPM dengan keputusan 8A dan lebih telah diberi sijil dan wang tunai RM100. Sijil dan wang tunai disampaikan oleh YB Dr Xavier. Pelajar-pelajar cemerlang SPM ini adalah dari:

SMK Hishamudin (31 orang)
SMK Raja Mahadi (30 orang)
SMK Shahbandaraya (19 orang)
SMK Sri Andalas (16 orang)
SMK Kg Jawa (5 orang)
Pelajar dari DUN Sri Andalas dan bersekolah di tempat lain (3 orang)

Pada majlis tersebut, YB dr Xavier turut menerangkan program-program yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat dengan menggunakan persembahan slaid kepada orang ramai.

Sempena persaraan guru besar SK Kg Jawa 2, sumbangan RM1,000 telah diberikan untuk program persaraan beliau. Turut menerima sumbangan wang tunai adalah Persatuan Penduduk Taman Setia yang menerima RM1,500.










Penduduk Kg. Kok Doh Beri Laluan Pembangunan Projek Bukit Botak

Posted: 18 Jun 2011 01:35 AM PDT

SELAYANG 18 JUN : 84 keluarga setinggan di Kampung Kok Doh di Bandar Baru Selayang hari ini menerima saguhati pemindahan dan bantuan perumahan daripada kerajaan negeri Selangor bagi membolehkan projek perumahan Bukit Botak dimulakan.

Kampung Kok Doh merupakan sebuah perkampungan yang terletak bersebelahan Kampung Bukit Botak dan merupakan tanah milik anak syarikat kerajaan negeri Selangor.

Menteri Besar Selangor, Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini turun menyerahkan saguhati berjumlah RM 483,800 kepada keluarga yang terbabit dalam perpindahan itu.

Meskipun komited dalam memastikan pembangunan di kawasan setinggan Bukit Botak yang menjadi penantian hampir 20 tahun penghuninya, namun kerajaan negeri tidak sesekali mengabaikan mereka yang turut terkena tempias akibat projek terbabit.

Selain saguhati melibatkan bantuan pemindahan sebanyak RM 500 seorang,mereka juga menerima tawaran dan bantuan pembelian rumah Semi-D Bukit Botak atau rumah kos rendah - mengikut kelayakan masing-masing.

"Apa yang kita lakukan hari ini ialah secara telus bagaimana langkah-langkah yang kita gunakan untuk menyelesaikan masalah di Bukit Botak, antaranya kita telah bersetuju dengan semua pemilik tanah Bukit Botak untuk dibangunkan sebagai satu projek secara menyeluruh yang dibangunkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor PKNS (perumahan semi-d),"ujarnya.

Khalid berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan cek saguhati kepada penduduk Kampung Kok Doh di  Dewan Kompleks Pegawai Daerah Gombak di Selayang, tengahari tadi.       

Peneroka bandar yang menerima saguhati ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu, 63 keluarga layak membeli rumah Semi-D Bukit Botak dengan harga RM 99,000.

Mereka juga telah diberi peruntukan tambahan RM 3,600 seorang sementara menunggu rumah siap dalam masa 12 bulan, serta saguhati pemindahan RM500.

Manakala 20 keluarga lagi layak membeli rumah kos rendah Rumah Pangsa Kos Rendah (RPKR) di Selayang Mulia yang bernilai RM 42,000 diberi subsidi RM 7,000 untuk pembelian rumah.

Ini bermakna mereka hanya membayar RM35,000 untuk memiliki rumah RPKR. Selain itu, mereka menerima peruntukan tambahan RM1,500 serta saguhati pemindahan RM500 seorang. 

Menteri Besar turut mengucapkan terima kasih kepada penduduk Kampung Kok Doh yang memberi kerjasama kepada kerajaan negeri dalam pemindahan ini kerana ianya akan menjayakan projek perumahan Bukit Botak.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad, Pegawai Daerah Gombak Ahmad Zaharin Mohd Saad dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Othman Omar.


Sumber: TVSNEWS

Selangor Mantap Institusi Pendidikan, Capai Visi Negeri Idaman

Posted: 18 Jun 2011 01:00 AM PDT

SHAH ALAM 18 JUN : Kerajaan negeri Selangor sentiasa berusaha menjadikan negeri ini sebagai hab ilmuan atau pendidikan untuk mencapai visi menjadi sebuah negeri idaman, maju, sejahtera serta berkebajikan.

Justeru penganjuran Hari Ilmu Negeri Selangor 2011 pada 26 Jun nanti adalah inisiatif serta langkah kritikal kerajaan negeri bagi memastikan ilmu itu dimartabatkan di tahap tertinggi.

Dalam satu tembubual eksklusif krew TV Selangor dan Selangor Kini bersama Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, beliau menjelaskan Hari Ilmu Selangor yang dianjurkan sejak tahun lepas menerima sambutan menggalakkan malah berjaya mengumpulkan kira-kira 15,271 pembaca berdaftar menerusi program Gerakan Membaca Perdana.

"Tahun ini kita melangkah satu tahap ke hadapan di mana kita berjaya mencetuskan budaya membaca sedikit sebanyak di kalangan rakyat Selangor. Apa yang kita perlukan sekarang adalah kita memerlukan bahan bacaan untuk dibaca dan bahan-bahan itu bercirikan tempatan. Kita mahu rakyat di Selangor dan Malaysia menulis supaya hasil karya mereka ini boleh memberi manfaat kepada rakyat Selangor dan Malaysia amnya,"katanya.


Beliau berkata, antara program yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) itu adalah Perhimpunan dan Konvensyen Penulis, kempen 15 minit "Reading Break" atau "Reading Hour" dan Pesta Buku Selangor bermula 24 Jun sehingga 3 Julai.

Dr Halimah berkata, kempen 15 minit Reading Break itu memperuntukkan semua rakyat Selangor termasuk pimpinan tertinggi untuk berhenti membaca secara serentak.

Katanya, kempen yang akan dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun itu akan memberi impak khususnya kepada kanak-kanak dan remaja untuk memupuk minat membaca sama ada bahan ilmiah, buku cerita dan sebagainya.

"Kempen untuk membaca itu diadakan di peringkat negeri Selangor. Jadi kita mengharap ia dilakukan secara berterusan di seluruh daerah cuma mungkin di lain-lain waktu. Kita ada 94 buah perpustakaan seluruh Selangor.

"Kita mahu semua perpustakaan ini menjadi nadi sehingga boleh mencetuskan bacathon. Perpustakaan ini akan menjadi nadi kempen membaca sepanjang tahun,"ujar Halimah.

Menyentuh mengenai konvensyen penulis yang merupakan salah satu agenda dalam program Hari Ilmu nanti, Dr Halimah menjelaskan ia bakal mengumpul dan mempertemukan penulis-penulis dari pelbagai peringkat seperti penulis buku profesional mahupun amatur, kolumnis, penulis bebas, penulis buku teks dan bloggers.

Penulis dicadang mengemukakan esei "Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan berkebajikan bagi penghasilan Buku Mega Perdana yang merupaka kesinambungan Gerakan Menulis Perdana yang dilancarkan tahun lalu.

"Konsepnya adalah kita memberi satu ruang untuk bertemu dan berbincang sebagai penulis. Kita akan adakan dialog bersama pimpinan kerajaan negeri dan Menteri Besar sendiri di mana mereka boleh mengetahui cara mempertingkatkan mutu penulisan, mempergiatkan penulisan dan mencetuskan minat di kalangan orang muda,"ujar beliau lagi.

Di samping itu, Dr Halimah turut menegaskan kerajaan negeri Selangor di bawah Exco Pembangunan Modal Insan sentiasa memandang penulis sebagai aset penting yang berupaya mentransformasikan masyarakat berikutan idea penulisan yang dilontarkan mengandungi pengajaran serta nilai murni.

"Kita beri peluang pada penulis untuk luahkan apa masalah, mungkin tidak dihargai atau dipingirkan. Hasil daripada itu nanti kita akan cadangkan pada kerajaan negeri nanti untuk mendengar dan mempertimbangkan hasrat daripada penulis. Kita nak dengar luahan hati penulis kerana belum pernah lagi kerajaan memberi peluang kepada penulis untuk menyatakan masalah mereka,"katanya.

Hari Ilmu Negeri Selangor 2011 akan dirasmikan Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 26 Jun nanti dan dikendalikan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).


Sumber: TVSNEWS

Perlantikan Noraini Bukti Selangor Iktiraf Wanita

Posted: 17 Jun 2011 02:00 AM PDT

Kenyataan Media YB Puan Rodziah Ismail

Selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Selangor, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Noraini Roslan yang baru dilantik menjadi Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Selangor (MKDS) berkuatkuasa 1 Julai 2011. Saya berkeyakinan beliau mampu memikul tanggungjawab ini dengan cemerlang berasaskan pengalaman luasnya selama lebih 20 tahun sebagai pengarah perancang beberapa pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Perlantikan Puan Noraini sebagai YDP MDKS ini adalah selari dengan hasrat dan sasaran Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan 30% wanita terlibat dalam proses pembuatan keputusan di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri. Setelah sasaran ini kita realisasikan sejak 2008 dalam barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor yang mana 30% daripadanya terdiri daripada wanita, kita berharap hasrat ini akan dapat kita laksanakan pula dalam pelbagai peringkat pentadbiran kerajaan negeri. Pelantikan Puan Noraini ini mudah-mudahan menjadi permulaan dan pembuka jalan kepada lebih ramai lagi golongan profesional dalam kalangan wanita yang akan terlibat dalam struktur pentadbiran kerajaan negeri pada masa akan datang.

Selain itu, perlantikan ini juga adalah sebagai suatu pengiktirafan Kerajaan Negeri Selangor terhadap sumbangan dan pembabitan golongan wanita dalam pelbagai bidang pembangunan negara yang terus menyerlah dari tahun ke tahun. Dalam keadaan hari ini di mana sudah semakin ramai golongan wanita yang mampu menyaingi prestasi kaum lelaki, ditambah dengan senario separuh daripada populasi penduduk di Selangor adalah wanita, Kerajaan Negeri akan terus komited untuk melantik mana-mana wanita yang telah terbukti kemampuan dan kewibawaannya untuk menyandang jawatan pentadbiran di peringkat tertinggi. Saya percaya wanita-wanita yang telah dipilih dan dilantik inilah juga nanti yang akan menjadi barisan utama (the forefront) jurubicara dan wira (champion) dalam mengetengahkan dan mengangkat agenda kesejahteraan dan pemberdayaan wanita Selangor agar wanita mengecapi keadilan, diberi haknya secara proaktif, dan dilibatkan dalam proses pembuatan keputusan di semua peringkat pentadbiran Kerajaan negeri Selangor.

Akhirnya saya ingin mengajak semua wanita di Selangor khususnya dan di Malaysia umumnya untuk terus mempertingkatkan potensi dan jati diri masing-masing dalam memberikan sumbangan yang bermakna kepada negara. Para pemimpin wanita pula harus menjadi ejen perubahan kepada masyarakat bagi melahirkan individu wanita yang gigih, kreatif, berdisiplin, ingin maju dan mempunyai keperibadian serta nilai moral yang tinggi. Sifat-sifat ini adalah asas kepada masyarakat yang dinamis.


YB PUAN RODZIAH ISMAIL
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita,
Sains, Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan

Nuffnang