Siti Zailah | Home |
Posted: 19 Jun 2011 07:56 PM PDT Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyokong penuh inisiatif lebih 80 buah badan bukan kerajaan (NGO) yang telah bergabung di dalam Bersih 2.0 untuk menganjurkan satu program penting dalam sejarah tuntutan demokrasi negara ini yang juga dipanggil sebagai Walk For Democracy atau "Berjalan Untuk Demokrasi" pada 9 Julai ini. DMPP mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh Jawatankuasa Bersih 2.0 atas kejayaan Majlis Pelancaran Bersih 2.0 yang diadakan malam tadi. DMPP percaya hasrat dan tujuan mereka ini adalah sangat murni, sebagai tanggungjawab sosial mereka kepada seluruh warga dan tentulah juga merupakan manifestasi kehendak seluruh rakyat yang mahu melihat satu sistem dan perjalanan Pilihan Raya yang Bersih, Adil dan Kredibil (boleh dipercayai). Apatah lagi jika kita melihat NGO-NGO yang terbabit di dalam BERSIH 2.0 ini merupakan NGO-NGO yang aktif dalam hal-hal berkaitan hak asasi manusia, pemberdayaan wanita dan rakyat, pembela terhadap masyarakat tertindas hatta dipimpin pula oleh bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia (Bar Council) iaitu Datuk Ambiga Sreenavasan yang tentulah tahu dan faham ruang lingkup yang menjadi hak rakyat hatta batasan serta sempadan-sempadan yang ada, selari dengan undang-undang serta peraturan dalam negara. Hakikatnya, selepas tempoh 12 kali Pilihan Raya Umum negara dan yang terbaru ialah Pilihan Raya Negeri Sarawak serta 16 kali Pilihan Raya Kecil membabitkan hampir kesemua negeri dalam Malaysia kecuali Perlis dan Wilayah Persekutuan; jelas terbukti bahawa terdapat pelbagai kelemahan ketara di dalam sistem dan perjalanan Pilihan Raya dalam negara itu. Tambahnya, kelemahan-kelemahan itu dapat dilihat dan fahami melalui lapan tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH 2.0. 1.BERSIHKAN SENARAI DAFTAR PEMILIH 2.HAPUSKAN UNDI POS KECUALI BAGI DIPLOMAT YANG BERADA DILUAR NEGARA 3.PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL 4.AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL 5.TEMPOH KEMPEN SEKURANGNYA 21 HARI 6.KUKUHKAN INSTITUSI AWAM 7.HENTIKAN RASUAH DAN POLITIK WANG 8.HENTIKAN POLITIK KOTOR DAN FITNAH |
DASAR PAS SAMBUNG PERJUANGAN NABI ,UMNO SAMBUNG KERJA INGGERIS DGN DASAR SEKULAR Posted: 19 Jun 2011 07:42 PM PDT Sesungguhnya Umno menyambung kerja Inggeris, sebab itu mudah bagi dia untuk mempengaruhi rakyat yang sekian lama terdidik secara sekular. Kita, PAS pula menyambung kerja Nabi Muhammad SAW sehingga semua manusia yakin kerja politik dan agama tak boleh dipisahkan. Sebab itu Umno marah kepada PAS kerana melaksana kerja Nabi yang berlawanan dengan ajaran sekular. Pagar kita diceroboh oleh ayam kambing mereka. Kita kena tutup pagar kita daripada diceroboh, walaupun dimarah oleh Umno. Persoalannya, apakah Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad itu serupa dengan kehendak sekular (agama lain, politik lain). Kalau serupa dengan kehendak sekular, tidakkah tindakan Nabi Muhammad menyampaikan salam perjuangan, buat perjanjian, mengadakan hubungan diplomatik dengan ketua-ketua kerajaan di Eropah itu adalah semata-mata untuk menyampaikan dakwah Islam. Menunjukkan Islam yang dibawa oleh Nabi itu bukannya ajaran serupa sekular yang menjadi pegangan Umno. |
You are subscribed to email updates from Siti Zailah | Home To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan