N45 Dr Halimah Ali |
SATU LAGI PROJEK KERA DI HUTAN DISUSUKAN OLEH UMNO Posted: 23 Jan 2013 06:27 PM PST United Statess Sports Academy (USSA) mengaku bahawa International Diploma in Physical Education and Scholastic Sports (IDPESS) adalah satu program baru yang direkabentuk khas atas permintaan Muhyidin. Seramai seribu guru pendidkan jasmani telah menjalani kursus di atas sebagai projek perintis dan menelan belanja RM22.9 juta. Jelaskan kenapa kos melatih guru sukan di USSA itu empat kali ganda berbanding Diploma in Pengajian Sukan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM). Sedangkan kos untuk melatih guru sukan di UITM hanya RM5,709 seorang untuk enam semester. Di mana maruah Naib Cancellor UiTM yang juga bekas individu penting di Kementerian Pengajian Tinggi serta staf Fakulti Sains Sukan UiTM? Projek bersama USSA bakal memaksa rakyat menampung kos RM1.15 bilion sekiranya diteruskan untuk melatih lima puluh ribu guru P.J. seluruh negara. Di kawasan Parlimen TPM sendiri iaitu Pagoh, pelajar sekolah agama terpaksa berpuas hati dengan ditempatkan di pelbagai premis termasuk di sebuah bangunan rumah kedai. Malaysia Deputy Prime Minister Receives International Honorary Doctorate from the Academy Published January 18, 2013 The United States Sports Academy honored His Excellency Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin with a 2012 International Honorary Doctorate Thursday, Jan. 17 at its campus in Daphne, Ala. "It is a great honor for me to be here today to receive an Honorary Doctorate from the Academy and will be a moment I shall cherish," said Muhyiddin, who is both Malaysia's Deputy Prime Minister and Minister of Education. "Sports always has been a passion of mine. I am convinced that sports is able to play an important role in not just developing oneself, but having a multiplier effect on molding and unifying a nation." This led to the Malaysia Ministry of Education (MOE), which Muhyiddin heads, approving the Academy's latest sports education program for Malaysia—the International Diploma in Physical Education and Scholastic Sports (IDPESS). . The Academy recently completed training the first 1,000 Malaysian educators from June to December and plans call for tens of thousands more to eventually go through IDPESS over the next several years. The Academy's 10-course diploma program is approved by the Malaysian Qualifications Authority (MQA), a national accrediting body. http://ussa.edu/publications/news/2013/01/18/malaysia-deputy-prime-minister-receives-international-honorary-doctorate-from-the-academy/ Muhyidin dapat 'doktor', USSA dapat projek http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/16171-muhyidin-dapat-doktor-ussa-dapat-projek |
BERSIH 2.0 DAN 3.0 MEMANG PATUT Posted: 23 Jan 2013 06:31 AM PST Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) negara ini duduk di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri. Manakala Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berfungsi sebagai agensi pendaftaran lahir, mati , kawin, cerai dan kewarganegaraan terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mana bosnya ialah Perdana Menteri Malaysia. Kesimpulannya, huru hara yang disebut oleh TS Rashid datang dari menteri perdana dan kuasa individu ini hanya dengan mengangkat telefon atau menulis memo. Siapa tak kenal bekas Pengerusi SPR, pernah berkhidmat 27 tahun di SPR. "Masalah kad pengenalan dan bukannya masalah SPR, dia tidak ada kuasa, masuk campur dalam itu.. ini huru hara, itu JPN."kata TS Rashid. "Saya hanya menurut perintah" mungkin bunyi bisikan hati kecil beliau. Kena ubah sistem pilihan raya – Tan Sri Rashid Aslani M, 23 Jan 2013 KOTA BHARU: "Kena ubah sistem pilihan raya yang ada sekarang, saya cadangkan kita daftar semula pemilih buat macam banci penduduk. "Sekarang timbul macam-macam orang yang mati pun didakwa mengundi," kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman. Menurutnya dengan langkah tersebut barulah daftar pemilih betul-betul bersih. "Daftar pemilih sekarang saya tak kata tak bersih. Ini kerana daftar pengundi tidak boleh bersih dengan undang-undang yang ada dan keadaan sekarang," ujarnya pada forum pemantauan PRU-13, "Kuasa Rakyat dan Menangani Isu-Isu Semasa" anjuran Gabungan NGO Kelantan di sini, kelmarin. Turut bertindak sebagai panelis Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan anggota jawatankuasa Bersih 2.0, Dr Wong Chin Huat. Manakala Pengerusi Mafrel Syed Ibrahim Syed Noh bertindak sebagai moderator. Forum tersebut dianjurkan Gabungan NGO Kelantan yang dipengerusikan Dr Abdul Halim Yusof, diadakan di Balai Islam. Abdul Rashid ketika memberitahu khalayak tidak berpihak pada mana-mana parti, turut mengakui daftar pemilih mempunyai masalah besar. "Masalah kad pengenalan dan bukannya masalah SPR, dia tidak ada kuasa, masuk campur dalam itu.. ini huru hara, itu JPN. "Ada IC boleh daftar, masalah di Sabah saya tahu, masa itu saya sebagai Setiausaha SPR, orang itu diberi warga negara dan ada hak hendak daftar sebagai pemilih," tambahnya. Menurutnya pada masa lampau ketua-ketua kaum datang membawa penduduk yang hendak mendaftar sebagai pengundi. Beliau yang berkhidmat 27 tahun di SPR berkata, badan pengendali pilihan raya itu memberi hak untuk mengundi tidak kira kepada sesiapa, asalkan ada dalam daftar pemilih. Sumber: harakahdaily, Sinar Harian, Wikipedia Berminat? Lihat SPR bersekongkol dengan JPN dulu, kini, |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |