:: cina islam | 2011 :: |
- Kereta terperosok bawah lori
- Menyembuhkan Kepedihan
- RCI IC: Anwar nafi terlibat, sedia beri keterangan
- Bantah masa ke tandas 2 minit
- Balasan buat pencuri
- Rakyat Malaysia terbunuh
- Termakan nasi beriani yang penuh ulat
- Tanpa nama Islam pun Umno jatuh reputasinya
- Menggapai Kasih Sayang Allah
- Majlis rasmi angkat sumpah Presiden AS kurang sambutan
- Penempatan baru: Israel makin hilang sokongan isu
- Pesawat pejuang bedil kubu penentang
- Pukauan Pak Arab
- Gempa bumi kuat gegar wilayah Aceh
- Usaha gagalkan persepakatan PR tidak berhasil
- Alkisahnya..... situasi berlaku di dlm kelas
- Puluhan kubur, kebun bakal ghaib
- Masyaallah: Mamat ni pun pemilih berdaftar SPR [Tengok]
- Khidmat kesihatan percuma untuk rakyat Syria
- 'Ahli akademik hanya mahu Datuk, naik pangkat'
- Cekik tak puas hati urusan jual beli besi buruk
- Dibelasah pelanggan restoran
- Tu listen lain tu, dengar molek - Ustaz Azhar
- DVD RM30 juta dirampas
- Bakar Bible idea busuk Ibrahim Ali
Posted: 23 Jan 2013 12:40 AM PST 11 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - TANJUNG SEPAT – Penumpang sebuah bas persiaran berdepan saat cemas apabila kenderaan dinaiki mereka itu bertembung dengan sebuah kereta jenis Toyota Vios di Jalan Sungai Pelek-Tanjung Sepat, di sini, Ahad lalu. Pertembungan itu menyebabkan pemandu Toyota Vios maut di tempat kejadian, bagaimanapun pemandu dan penumpang bas persiaran tidak mengalami sebarang kecederaan. Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman berkata, bas dipandu lelaki berusia dalam lingkungan 40-an yang membawa lebih 10 penumpang terbabit dikatakan dalam perjalanan ke arah Tanjung Sepat, manakala kereta dipandu wanita berusia dalam lingkungan 50-an itu pula dalam perjalanan ke Sungai Pelek. Menurutnya, sejurus tiba di tempat kejadian kira-kira jam 4.45 petang, pemandu kereta dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum terperosok di bawah bas. "Kemalangan itu menyebabkan mangsa tersepit di dalam kereta dan disahkan maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan teruk di bahagian badan. "Bagaimanapun, pemandu dan semua penumpang bas persiaran terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. Sebuah jentera bomba turut sama membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya. Sehubungan itu, beliau turut menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati terutama apabila melalui kawasan kampung dan tempat sunyi bagi mengelakkan kejadian sama berulang. sinar/- | ||
Posted: 23 Jan 2013 12:39 AM PST 11 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Tidak semua kehidupan keluarga sempurna, utuh dan langgeng. Adakalanya kenyataan pahit kehilangan orang yang kita cintai karena perceraian atau kematian terjadi tanpa bisa menghindarinya. Kehilangan sesuatu yang berarti dalam hidup kita tentunya menimbulkan kepedihan, apa lagi kehilangan seseorang yang kita cintai dan kita harapkan, bahkan seluruh hidup kita bergantung pada kehadirannya maka rasa duka yang mengiringi kepergiannya terasa amat berat dan tak terhapuskan. Setiap kenangan dan benda mengingatkan kita kepada orang yang kita cintai membuat luka hati menganga kembali dan rasa sakit menyayat, terasa begitu sangat perih. Sejauh mana kenangan itu tersimpan tergantung hubungan kita dengan orang yang pergi itu. Cinta yang mesra menimbulkan kenangan manis sedangkan hubungan yang penuh pertengkaran atau penghianatan menimbulkan kebencian yang membara dan setiap benda, tempat, orang dan masalah yang berkaitan dengan orang itu menimbulkan kenangan pahit. Apa yang kita pernah alami entah itu baik ataupun buruk, manis ataupun pahit, tentu saja akan membuat kita menjadi teringat meski hal itu sudah berlangsung lama. Kenangan akan sesuatu adalah bagian memori kita yang cepat atau lambat akan berlalu karena perasaan apapun yang anda miliki boleh saja, bukan semata masalah itu benar atau salah. Yang jauh lebih penting adalah bagaimana menyembuhkan kedukaan dan menggunakan kenangan yang terlintas dalam pikiran anda terhadap orang yang telah meninggalkan anda untuk hal-hal yang positif dan tidak merusak diri anda sendiri. Proses kedukaan yang terjadi setelah kehilangan adalah sebagai berikut. Pertama, Penolakan. Kita cenderung menolak untuk mengakui perpisahan, perceraian atau kematian yang terjadi pada orang yang kita cintai. 'Tidak mungkin ini terjadi pada diriku, ini tidak mengganggu saya, kami hanya berpisah tempat. Kedua, Marah. Menyalahkan diri sendiri, orang lain bahkan menyalahkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala atas kejadian yang menimpa dirinya. Marah membutuhkan sasaran. Marah adalah peraaan merupakan wujud reaktif dari kekecewaan. Ketiga, Tawar menawar. Membuat keadaan sedemikian rupa sehingga tidak perlu menghadapi atau menerima kenyataan yang ada. Misalnya merasa diri sakit atau tidak berdaya sehingga orang lain memaklumi keadaan selanjutnya. Keempat, depresi. Kurang tenaga untuk memulihkan keadaan, rasa bersalah, marah yang dipendam. 'Aku harus..' Dia seharusnya..' Kenapa mesti terjadi pada diriku seperti ini..' Kelima, Menerima dengan ikhlas. Menerima dan mengakui kenyataan apa yang sebenarnya terjadi bahwa semua itu adalah ketetapan Allah yang harus dilalui dengan penuh syukur sekalipun hal itu pahit untuk dijalani dalam hidup. Sikap menerima dengan ikhlas inilah yang mampu menyembuhkan kedukaan. Hendaknya dibedakan menerima dengan ikhlas dengan menyerah pasrah, menerima dengan ikhlas adalah menerima keadaan dengan bersedia mengakui kenyataan yang ada wujud kasih sayang Allah kepada kita, hal itu membuat kita menjadi tidak marah kepada siapapun dan apapun, mengatasi keadaan, berusaha mencari jalan keluar dari kesulitan dan hambatan yang terjadi karena kehilangan tersebut. Sedangkan menyerah pasrah adalah menerima keadaan yang terjadi dengan perasaan terpaksa, putus asa, merasa tidak berdaya dan tidak berusaha mencari jalan keluar dari kesulitan yang ada. Bersikap pasif dan masa bodoh, menerima nasib tanpa berjuang untuk memperbaikinya. Setelah menerima dengan ikhlas yang terpenting mendekatkan diri kepada Allah dengan berdoa. Berdoa adalah curhat kepada Allah, dengan berdoa, anda mengurai perasaan luka dihati, ketidakberdayaan, kesedihan, kekecewaan, harapan dan menyerahkan diri secara total kepadaNya. demikian beban berat yang anda rasakan akan menjadi lebih ringan. Itulah sebabnya doa sangat menolong anda untuk menyembuhkan kepedihan karena Allah yang Maha Pengasih tidak akan pernah membiarkan anda berjalan dalam kesendirian dan kesepian. "Cukuplah Allah menjadi penolong bagi kami dan Dialah sebaik-baiknya pelindung. (QS. Ali Imran :173) | ||
RCI IC: Anwar nafi terlibat, sedia beri keterangan Posted: 23 Jan 2013 12:37 AM PST 11 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau terlibat dengan projek IC di Sabah, dan bersedia untuk memberikan keterangan kepada inkuiri Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) mengenai pendatang asing di Sabah jika beliau dipanggil. (Anwar membuat sidang media bersama Leftenan Jen. (B) Datuk Abd Ghafir Abd Hamid) Menurut Ketua Umum PKR itu, sepanjang beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau tidak terlibat secara langsung dalam hal tersebut. Beliau menamakan bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Aziz Shamsuddin, dan bekas timbalan menteri dalam negeri, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, sebagai peneraju utama projek tersebut. "Saya sedia memberi keterangan jika dipanggil, saya yakin bahawa tidak ada apa-apa dengan saya," kata Anwar dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini. "Saya yakin saya tidak mempunyai kaitan langsung," kata Anwar. Menurut ahli parlimen Permatang Pauh itu, projek IC tidak melalui Kabinet kerana ia adalah satu 'task force' dibawah Dr Mahathir selaku perdana menteri pada ketika itu. "Bahkan semasa saya memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan itu, saya tidak menerima sebarang laporan apa-apa mengenai projek IC ini," kata Anwar dalam sidang media itu. Sebelum itu, Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Johny Mositun pada 21 Januari lepas meminta bekas Timbalan Perdana Menteri itu tampil memberi keterangan di hadapan RCI mengenai pendatang tanpa izin (PTI) di Sabah. Menurut Johny lagi, Anwar yang pada waktu itu masih lagi memegang jawatan sebagai TPM dan pasti mengetahui aktiviti pemberian kad pengenalan serta turut menyatakan rakyat sedang menanti penjelasan dari Anwar. Anwar cuba dikaitkan Timbalan presiden PKR Azmin Ali sebelum ini mendakwa parti itu menerima maklumat bahawa terdapat cubaan pihak tertentu untuk mengaitkan siasatan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung isu pendatang tanpa izin Sabah dengan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, PKR sudah menjangka bahawa perkara itu akan ditimbulkan kerana ia didakwa satu jalan mudah bagi Umno dan BN untuk mengatasi isu berkenaan. "Kita sedang meneliti perkembangan ini, saya dapat maklumat-maklumat akhirnya akan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim... Semua masalah dalam negara akan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Azmin. Azmin mengulas kenyataan saksi di RCI tersebut yang mengaitkan dua bekas orang kanan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan dakwaan pemberian kewarganegaraan untuk menjadi pengundi di Sabah. Bekas ketua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tamparuli, Yakup Damsah memberi keterangan bahawa dia dan beberapa orang lain menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, yang merupakan setiausaha politik kepada Dr Mahathir pada masa itu untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing. harakah/- | ||
Posted: 23 Jan 2013 12:30 AM PST SHANGHAI - Sekitar 1,000 pekerja kilang di China yang berang berhubung masa ke tandas yang singkat bertindak menjadikan pengurus tempatan dan Jepun sebagai tebusan selama sehari sebelum polis menyuraikan protes tersebut. Kumpulan pekerja syarikat Shanghai Shinmei Electric Company di sini menahan 10 warga Jepun dan lapan pengurus Cina di dalam kilang itu di sini bermula pagi Jumaat lalu hingga pukul 11.50 pagi keesokan harinya. Satu kenyataan syarikat induk Shinmei Electric Co. kelmarin menyatakan, semua pengurus berkenaan tidak dicederakan dengan mereka dibebaskan selepas 300 anggota polis tiba di premis itu. "Pekerja-pekerja itu menuntut peraturan tidak munasabah yang menyatakan mereka cuma diberikan masa dua minit untuk ke tandas dimansuhkan," kata pengawal keselamatan kilang tersebut yang dikenali sebagai Feng. "Mereka turut menuntut agar pihak pengurusan membatalkan peraturan mendenda pekerja yang lewat ke tempat kerja untuk kali pertama sebanyak 50 yuan (RM24) dan memecat pekerja yang lewat sebanyak dua kali j," tambahnya. Menurut pengawal keselamatan berkenaan, semua pengurus itu kemudian bersetuju untuk menimbang semula dua peraturan yang menimbulkan kemarahan pekerja kilang itu. Kilang tersebut mengeluarkan gegelung elektromagnetik dan beberapa produk elektronik lain. - AP | ||
Posted: 23 Jan 2013 12:30 AM PST Kuala Terengganu: Geram gagal menahan dua lelaki yang disyaki mencuri pisang di kebun penduduk Kampung Kesom Che Nordin, Manir, di sini, beberapa penduduk bertindak menggantung motosikal suspek bersama pisang yang dicuri di sebatang tiang telefon di kampung berkenaan, semalam. Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, dua penduduk terserempak dengan suspek sedang mencuri pisang di kebun berkenaan, tetapi dua lelaki itu melepaskan diri meninggalkan pisang serta motosikal mereka. Penduduk kampung yang berang menggantung motosikal dipercayai milik seorang suspek bersama pisang dicuri pada tiang telefon yang terletak 500 meter dari kebun berkenaan. Seorang penduduk Mohd Saudi Deraman, 39, berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kebun jirannya diceroboh, dia bersama seorang rakan ke kawasan itu dan nampak dua lelaki berusia 30-an sedang memotong pisang. MAMAT (kiri) bersama penduduk Kampung Kesom Che Nordin melihat motosikal pencuri yang digantung di tiang telefon. "Dua lelaki itu terkejut dengan kehadiran kami melarikan diri. Bimbangkan keselamatan kerana mereka ada pisau, kami tidak mengejar mereka. metro/- | ||
Posted: 23 Jan 2013 12:26 AM PST PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan seorang rakyat Malaysia terbunuh dalam kejadian tebusan di In Amenas, Algeria. Mangsa yang terbunuh ialah Chong Chung Ngen, manakala nasib seorang lagi, Tan Ping Wee belum diketahuh. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan berkata, berita itu sudah dimaklumkan kepada keluarga mendiang dan kedutaan besar Malaysia sedang bekerjasama dengan syarikat JGC untuk membawa pulang mayat mendiang. "Kerajaan amat prihatin terhadap nasib seorang lagi mangsa, Tan Ping Wee yang belum diketahui. "Sehubungan itu, kementerian sudah menghantar seorang diplomat kanan untuk membantu kedutaan mempercepatkan usaha mencari seorang lagi yang masih hilang," katanya. metro/- | ||
Termakan nasi beriani yang penuh ulat Posted: 23 Jan 2013 12:25 AM PST (Ulat yang masih hidup keluar dari nasi beriani yang di makan Kumar) KUALA LUMPUR: Bayangkan ketika anda sedang enak memakan nasi beriani, tiba-tiba ada ulat yang hidup keluar dari nasi itu dalam pinggan anda. Mungkin ia hanya bayangan tetapi itulah yang dialami sendiri oleh Encik Vijaya Kumar a/l Kalimuthu ketika makan di sebuah kedai nasi beriani claypot bulan lalu. Itu sudah cukup untuk membuatkan beliau mahu muntah kerana telah makan sebahagian dari nasi itu tetapi yang menyedihkan beliau adalah layanan pihak berkuasa ke atas laporan yang beliau buat. Beliau telah membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan di atas peristiwa tersebut tetapi beliau pula dipersalahkan. Dalam emailnya kepada Harakahdaily, Vijaya Kumar menceritakan apa yang berlaku kepada beliau itu. Berikut adalah cerita beliau. Bulan lepas saya telah mengunjungi sebuah kedai makan di brickfields Kuala Lumpur bernama *****. Setelah saya memesan makanan, saya dapati di dalam makanan (nasi beriyani) tersebut terdapat beberapa ulat yang hidup. Saya juga termakan nasi tersebut. Saya merasa sungguh terkejut dan teraniya kerana setelah saya mengadu pada petugas di restoran terbabit, mereka seolah olah tidak mengendahkannnya. Mereka ingin terus mengambil pergi makanan tersebut dari situ tetapi saya sempat mengambil gambar video ulat-ulat tersebut dan terus menelepon Kementerian Kesihatan Wilayah Persekutuan. Malangnya hari tersebut hari Sabtu dan operator mengatakan cuti, pengurus terbabit juga tidak datang walaupun perkara sebegini berlaku. Apa yang saya nak katakan adalah mengapa tiada sebarang tindakan dari mana-mana pihak yang saya buat aduan? Walaupun saya ada bukti yang kukuh iaitu rakaman video pihak Kementerian Kesihatan menanyakan pada saya mengapa tidak menelepon 'on the spot'? Jadi saya menunjukan senarai nombor-nombor yang saya buat pada hari kejadian yang hanya membisu. Mereka menyatakan mereka hanya mengikut prosedur. Jadi selama ini mereka hanya menerima aduan tanpa sebarang tindakan itu ke kerja mereka? Sampai hari ini, saya tak dapat apa-apa feedback dan comment mengenai tindakan yang diambil ke atas restoran terbabit. Saya bercadang mahu menyaman restoran terbabit kerana sampai ke hari ini saya masih fobia dengan makanan dan kesihatan yang terjejas. Adakah setelah saya mengalami sebarang keracunan atau kematian baru mereka nak ambil tindakan? Saya cuma nak tindakan diambil agar tiada orang lain yang menjadi mangsa keadaan seperti ini. harakah/- | ||
Tanpa nama Islam pun Umno jatuh reputasinya Posted: 23 Jan 2013 12:14 AM PST 11 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Pelik benar bunyinya apabila seorang Islam mencadangkan diwujudkan satu peraturan atau undang-undang melarang penggunaan nama Islam oleh sesebuah parti politik. Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, tambah pula yang mencadangkan itu pula adalah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik dengan alasan parti yang menggunakan nama Islam boleh merosak dan memburukkan kedudukan, imej serta reputasi agama itu sendiri. "Alasan ini sungguh dangkal serta tidak masuk akal. Islam itu rosak kerana parti politik tertentu," katanya dalam satu kenyataan. Beliau menambah, cadangan itu menyerlahkan lagi sikap sebenar Rahim yang mahu memisahkan antara agama dengan kehidupan termasuk soal berpolitik. Menruutnya, ideologi itu dinamakan sekularisme dan telah ditolak mentah-mentah oleh Islam serta ulama seluruh dunia. Riduan menjelaskan, PAS adalah parti Islam dan dasar perjuangan PAS adalah Islam. Secara jelas, ujarnya PAS sejak dari penubuhannya sehinggalah sekarang adalah untuk Islam tanpa berselindung sebalik nama lain. Justeru jika tidak dibenar nama Islam, PAS hendak guna nama apa lagi? "Islam bagi PAS adalah yang tertinggi dan hidup mati semua pemimpin dan ahli PAS adalah untuk Islam. Tidak ada 'hidden agenda' di sebalik perjuangan PAS. "Tidak terdengar pula rakyat jijik dan benci kepada Islam hanya kerana PAS. Bahkan keahlian PAS semakin bertambah setiap hari," katanya. Malah, tambah beliau ramai juga golongan agamawan, profesional, ahli akademik, korporat, bekas kakitangan tinggi kerajaan, sehinggakan selebriti popular turut bersama PAS sehingga kini keahlian PAS mencecah sejuta orang. Dengan nama Islam juga, kata Riduan PAS semakin berkembang sehingga diterima baik oleh non Muslim dan berjaya menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang terdiri daripada bukan Islam. Katanya lagi, jika PAS telah merosakkan reputasi Islam, mustahil PAS semakin diterima oleh semua golongan ini. Sebaliknya, kata beliau Umno yang selama ini tidak pernah menggunakan nama Islam pula jatuh imej dan reputasinya. "Tanyalah anak muda sekarang, siapa yang teringin nak pakai baju berlambang Umno. "Siapakah yang masih berbangga dengan bendera dan logo Umno untuk dihurung ke sana sini?" tanya beliau. Tanpa upah, katanya masih ada lagikah mereka yang mahu bekerja untuk Umno. Riduan berkata, rosak sesebuah parti bukan kerana namanya, tetapi individu dan pemimpin yang ada dalamnya sehingga budaya rasuah, kronisme, membolot kekayaan negara, penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, skandal seks, fitnah hatta sampai ke tahap pembunuhan. Justeru, beliau bertanya pemimpin manakah yang pernah dikaitkan dengan semua skandal tersebut dan dari parti manakah pemimpin tersebut. "Tanpa menggunakan nama Islam pada parti sekalipun, akhlak dan reputasi pemimpin Islam yang rosak tetap akan merosakkan agama Islam itu sendiri," katanya lagi. harakah/- | ||
Posted: 22 Jan 2013 10:55 PM PST 11 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Betapa indah dan mulianya hidup kita bila memiliki hati yang tidak punya ruang untuk membenci dan menyakiti orang lain. Yang ada hanya ruang senyuman dan cinta kasih yang tidak pernah kering, senantiasa berlimpah mengalir untuk sesama. Senyuman dan cinta kasih menyegarkan jiwa siapapun yang mendapatkannya. Alangkah indahnya hidup ini bila kita menjadi sumber mata air yang melimpahkan senyuman dan cinta kasih. Setiap orang selalu ingin tampil cantik atau tampan. Sesederhana apapun kita selalu berusaha tampil indah mempesona, sedap dipandang mata. Namun kecantikan dan ketampanan tidaklah kekal dan abadi. Seiring waktu tubuh kita melemah dan tidak menawan lagi. Hanya kecantikan batinlah yang bisa menjadi abadi. Itulah kecantikan hati. Kecantikan Hati bisa menjadi milik siapapun. Tidak peduli semenarik apapun dirinya dan sesederhana apapun penampilannya. Bila ada orang yang memiliki hati yang indah akan memancarkan pada wajah, perilaku dan tutur katanya, banyak sekali teman-teman yang datang untuk menghampiri dirinya, sekedar untuk singgah dan mendapatkan kesejukan jiwa. Semua menjadi terasa indah dipandang karena kekuatan keindahannya ada di dalam diri yang memancar keluar. Pancaran keindahan hati yang banyak dicari karena bersumber dari Kasih Sayang Allah. "Apabila bibir kita tersenyum, mampukah hati kita juga tersenyum? Disaat tangan memberi, apakah hati kita dengan tulus untuk berbagi?" Jadikanlah hati kita memancarkan keindahan yang melimpahkan senyuman dan kasih sayang bagi sesama, sebab hanya dengan melimpahnya kasih sayang bagi sesama kita bisa menggapai kasih sayang Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Sahabatku, aminkan doa ini mohon pd Allah limpahan kasih sayangNya, kemudahan urusan dunia & akhirat untuk kita. "Allahumma ashlih li dinil-ladzi huwa 'ishmatu amri, wa ashlih li dunyayal-lati fiha ma'asyi, wa ashlih li akhiratiyal-lati fiha ma'adi, waj'alil-hayata ziyzdztzl-li fi kulli khair, waj'alil-mauta rahatal-li min kulli syarr. "Ya Allah, perbaikilah agamaku yang ia merupakan benteng pelindung bagi urusanku. Dan perbaikilah duniaku untukku, yang ia menjadi tempat hidupku. Serta perbaikilah akhiratku, yang ia menjadi tempat kembaliku. Jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan bagiku dalam setiap kebaikan, serta jadikanlah kematian sebagai kebebasan bagiku dari segala kejahatan." (H.R. Muslim) posted by :agussyafii | ||
Majlis rasmi angkat sumpah Presiden AS kurang sambutan Posted: 22 Jan 2013 10:53 PM PST WASHINGTON - Kira-kira 800,000 penduduk Amerika Syarikat (AS) menghadiri majlis ucapan pertama Barack Obama sebagai presiden ke-44 di pekarangan Taman Terbuka Tugu Peringatan, kelmarin. Menurut pegawai, jumlah tersebut jauh lebih rendah berbanding ucapan perasmian pertama Obama sewaktu pelantikannya pada tahun 2009 iaitu seramai 1.8 juta orang. Sejurus mengangkat sumpah di hadapan ratusan ribu rakyat, Obama dalam ucapannya menyatakan berazam mahu mengurangkan meningkatkan jaringan keselamatan sosial kepada rakyat termiskin. Obama mengakui memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak susulan beberapa cabaran yang bakal dilaluinya terutama sekali mengenai dasar dalam negeri. "Kita terpaksa membuat pilihan sukar bagi mengurangkan kos penjagaan kesihatan dan saiz defisit negara. Tetapi saya menolak kepercayaan bahawa AS hanya memilih untuk memelihara generasi yang membangunkan negara dan membuat pelaburan ke atas generasi yang bakal membangun di masa hadapan," kata Obama. Obama yang juga Presiden AS buat kali kedua, menyuarakan AS bakal menjadi pendahulu kepada penyelesaian masalah rumah hijau. - Al-Jazeera | ||
Penempatan baru: Israel makin hilang sokongan isu Posted: 22 Jan 2013 10:52 PM PST 11 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - LONDON: Britain berkata penempatan Israel yang berterusan dan semakin berkembang ke wilayah Palestin membuatkan penyelesaian dua negara semakin mustahil. (Penempatan Israel yang kian meningkat telah menghentikan rundingan damai sejak 2010) Britain berkata penempatan Israel yang berterusan dan semakin berkembang ke wilayah Palestin membuatkan penyelesaian dua negara semakin mustahil. Setiausaha Luar British William Hague, memberi amaran kepada Israel yang mengadakan pilihan raya Selasa lalu, bahawa tindakan mereka telah menyebabkan mereka kehilangan sokongan antarabangsa. "Saya berharap bahawa apa sahaja keputusan kerajaan Israel ... mereka perlu mengambil kira bahawa kita sedang menghampiri peluang terakhir untuk memperoleh apa-apa penyelesaian," Hague memberitahu Parlimen. "Saya mengutuk keputusan Israel baru-baru ini untuk memperluaskan penempatan. "Saya kerap berbincang dengan pemimpin-pemimpin Israel menekankan kebimbangan mendalam kami bahawa dasar penempatan Israel akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan daripada masyarakat antarabangsa dan membuatkan penyelesaian dua negara menjadi mustahil," katanya. Ditanya sama ada Kesatuan Eropah perlu menghentikan hubungan perdagangan dengan Israel untuk sebarang perkembangan dalam rundingan damai, Hague berkata blok tersebut masih berbincang bersama-sama dengan Amerika Syarikat, untuk mewujudkan "insentif dan denda" mengenai rundingan lanjut. harakah/- | ||
Pesawat pejuang bedil kubu penentang Posted: 22 Jan 2013 10:51 PM PST 11 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - BEIRUT - Pesawat pejuang dan kereta kebal tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad mengebom kubu kuat kumpulan penentang di wilayah Damsyik semalam, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia untuk Syria. Kata badan pemerhati itu, jet-jet pejuang melancarkan serangan ke atas bandar Douma, timur Damsyik dan beberapa bahagian rantau Ghuta Timur yang merupakan kubu kuat Tentera Pembebasan Syria. Ia merupakan sebahagian daripada kempen untuk menghapuskan terus kumpulan pejuang penentang yang berada di sekitar Damsyik. Kereta kebal turut digunakan bagi membedil bandar Daraya dan Moadamiyat al-Sham yang terletak di barat daya Damsyik. Turut dibedil tentera rejim ialah bandar Yalda dan Beit Sahem. Sementara itu, akhbar pro-Presiden Bashar, Al-Watan membuat pengakuan secara terbuka mengenai serangan udara di wilayah Damsyik dalam laporannya. Konflik di Syria meletus pada Mac 2011 selepas para penentang melancarkan tentangan ke atas rejim Bashar kerana tidak berpuas hati dengan pemerintahannya. Mereka menuduh Bashar gagal untuk melakukan pembaharuan dalam pentadbiran dan hak kebebasan bersuara. - Agensi | ||
Posted: 22 Jan 2013 10:50 PM PST Kuala Lumpur: Sekumpulan tiga pelancong Arab dikesan bergiat aktif menyamun butik atau kedai di ibu kota menggunakan pukau. Modus operandi kumpulan terbabit yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia 50-an ialah berpura-pura memasuki sesebuah premis terutama menjual cenderamata kepada pelancong sebelum berpura-pura membeli satu daripada barangan dijual itu. Dalam kejadian terbaru kelmarin di sebuah kompleks beli-belah di sini, seorang pemilik butik menjual cenderamata kerugian RM600 apabila wang hasil jualan itu dilarikan sekumpulan tiga pelancong Arab yang berpura-pura mahu membeli sesuatu sebelum memukau jurujual butik itu. Sumber berkata, kejadian terbabit berlaku jam 5 petang ketika jurujual berusia 25 tahun itu dan seorang rakannya menerima kunjungan tiga warga asing berkenaan yang berpura-pura berminat membeli cenderamata. "Ketiga-tiga mereka berjalan berasingan dalam butik berkenaan bagi mengalih pandangan rakan mangsa. Seorang daripada mereka mengambil satu cenderamata dan diberikan kepada mangsa untuk dibeli bersama wang. "Mangsa diekori dua lelaki terbabit untuk mengambil baki wang mereka. Kemudian mereka memberitahu mangsa untuk melihat wang kertas RM100 ketika mangsa mahu memulangkan semula baki wang mereka dengan alasan tidak pernah melihat wang itu," katanya. Bagaimanapun, mangsa seperti dipukau apabila membiarkan seorang daripada pelancong itu mengambil not berkenaan dari mesin juruwang sebelum beredar. Sumber berkata, mangsa tersedar sebaik mereka beredar dan apabila melakukan pemeriksaan mendapati semua wang lebih RM600 dalam mesin juruwang itu hilang. "Mangsa memaklumkan kejadian itu kepada majikannya. Hasil pemeriksaan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati semua pelancong terbabit mengambil wang dari mesin juruwang berkenaan. "Mangsa dan majikannya membuat laporan di bahagian kawalan keselamatan pusat beli-belah berkenaan dan balai polis berhampiran," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan. metro/- | ||
Gempa bumi kuat gegar wilayah Aceh Posted: 22 Jan 2013 10:25 PM PST 11 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - BANDA ACEH, Indonesia - Satu gempa bumi kuat menggegarkan rantau barat Indonesia semalam dengan menyebabkan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun terbunuh manakala penduduk yang panik bertempiaran melarikan diri. Beberapa orang cedera manakala sejumlah kediaman turut rosak dalam bencana tersebut. Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia menyatakan, gempa tersebut yang berukuran 6.0 pada skala Richter tidak mencetuskan ombak besar tsunami. Gempa itu berlaku sekitar pukul 5.22 pagi semalam dan mengejutkan penduduk di beberapa buah bandar dan perkampungan di sini, dalam wilayah Aceh di utara Pulau Sumatera. Bencana itu disusuli oleh gempa susulan bermagnitud 4.7 beberapa minit kemudian. Ketua Daerah Pidie, Sarjani Abdullah berkata, seorang budak perempuan berusia sembilan tahun ditemui mati di bawah timbunan rumahnya yang runtuh. Menurut pegawai berkenaan, sekurang-kurangnya tujuh orang termasuk seorang kanak-kanak berumur tiga tahun mengalami luka dan patah tulang. Sebuah agensi bencana alam tempatan memberitahu, sekurang-kurangnya 30 buah rumah dan sebuah masjid runtuh di daerah Pidie Jaya dengan ratusan penduduk kini dipindahkan ke beberapa tempat perlindungan sementara. "Kejadian ini menakutkan kami, kami masih trauma dengan gempa bumi itu," kata seorang penduduk setempat, Masriadi. "Isteri saya menjerit dan anak-anak saya pula menangis," tambahnya lagi. Satu gempa bumi kuat pada 26 Disember 2004 mencetuskan tsunami di Lautan Hindi yang meragut lebih 230,000 nyawa dengan separuh daripadanya merupakan penduduk wilayah Aceh. - AP | ||
Usaha gagalkan persepakatan PR tidak berhasil Posted: 22 Jan 2013 10:00 PM PST 11 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KEAKRABAN pimpinan Pakatan Rakyat Johor dalam Majlis Pelancaran Agenda Wanita Malaysia. YB Salahudin, Dato' Dr Mahfodz Muhamad, YB Er Teck Hwa, YB Dr Syeikh Ibrahim, Hj Aminulhuda, ADUN DAP Mengkibul dll. Meskipun berbagai usaha dibuat untuk memecahkan hubungan diantara PAS, PKR dan DAP; ia gagal sama sekali. Alhamdulillah, kami saling bekerjasama. Pakatan Rakyat harapan baru rakyat Johor! selatan online/- | ||
Alkisahnya..... situasi berlaku di dlm kelas Posted: 22 Jan 2013 08:25 PM PST 11 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - cikgu masuk kelas... Murid : Selamat pagi, Cikgu. Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat? Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu! Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan. Murid : Selamat sejahtera Cikgu! Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham? Murid : Faham, Cikgu! Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan. Murid : (senyap) Cikgu : Pandai! Murid : Bodoh! Cikgu : Tinggi! Murid : Rendah! Cikgu : Jauh! Murid : Dekat! Cikgu : Keadilan! Murid : UMNO! Cikgu : Salah! Murid : Betul! Cikgu : Bodoh! Murid : Pandai! Cikgu : Bukan! Murid : Ya! Cikgu : Oh Tuhan! Murid : Oh Hamba! Cikgu : Dengar ini! Murid : Dengar itu! Cikgu : Diam! Murid : Bising! Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh! Murid : Ini ialah jawapan, pandai! Cikgu : Mati aku! Murid : Hidup kami! Cikgu : Rotan baru tau! Murid : Akar lama tak tau! Cikgu : Malas aku ajar kamu! Murid : Rajin kami belajar Cikgu! Cikgu : Kamu gila! Murid : Kami siuman! Cikgu : Cukup! Cukup! Murid : Kurang! Kurang! Cikgu : Sudah! Sudah! Murid : Belum! Belum! Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat? Murid : Sebab saya seorang pandai! Cikgu : Oh! Melawan! Murid : Oh! Mengalah! Cikgu : Kurang ajar! Murid : Cukup ajar! Cikgu : Habis aku! Murid : Kekal kami! Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis! Murid : K.O. Pelajaran belum bermula! Cikgu : Sudah, bodoh! Murid : Belum, pandai! Cikgu : Berdiri! Murid : Duduk! Cikgu : Saya kata UMNO salah! Murid : Kami dengar KeADILan betul! Cikgu : Bangang kamu ni! Murid : Cerdik kami tu! Cikgu : Rosak! Murid : Baik! Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini! Murid : Kami dilepaskan tengah malam itu! Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.) Ahahah........ ada2 je diorg ni..... SELATAN ONLNE/- | ||
Puluhan kubur, kebun bakal ghaib Posted: 22 Jan 2013 07:30 PM PST 11 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - HULU TERENGGANU - Kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Imam Lapar dan kebun-kebun penduduk di sini, terus berisiko hilang ditelan bumi berikutan hakisan tebing sungai yang semakin serius akibat gelombang banjir baru-baru ini. Difahamkan, sekitar 1970-an dahulu, lebar Sungai Telemong di situ kira-kira lima meter sahaja, namun akibat hakisan tebing yang berlaku setiap kali hujan lebat, kini ia sudah menjangkau 20 meter. Lebih membimbangkan, petani bukan sekadar akan hilang tanah mereka, tetapi puluhan kubur juga bakal 'ghaib' akibat hakisan tebing sungai berkenaan. Penduduk, Abdullah Yaacob, 78, berkata, masalah hakisan mula dikesan berlaku hampir 10 tahun lalu, namun ia semakin serius dua tahun kebelakangan ini dan kian kritikal setelah banjir yang melanda baru-baru ini, kerana arus Sungai Telemong terlalu deras. "Pakcik tinggal di sini lebih 50 tahun lalu. Jika dibandingkan dulu sungai ini agak sempit tetapi akibat hakisan tebing ia berubah menjadi semakin luas. Malah, sekiranya hujan lebat pasti akan ada tebing di kawasan ini yang akan runtuh. "Sehingga kini, puluhan kubur-kubur lama juga 'hilang' akibat masalah ini. Sekiranya hujan lebat sekali lagi, kubur-kubur lain akan turut terhakis. Diharapkan pihak berkenaan dapat mengambil tindakan segera bagi atasi masalah tebing sungai runtuh ini. Tindakan ini juga mampu memastikan tiada lagi kubur-kubur yang akan lenyap. "Setiap kali selepas hujan lebat, pakcik pasti akan datang ke kawasan tanah perkuburan ini untuk meninjau keadaan. Sama ada sedikit atau banyak, hakisan tetap berlaku," katanya di tanah perkuburan di sini, kelmarin. Suku kebun hilang Bagi Mohd Abdullah, 55, melihat hakisan yang semakin serius itu tidak mustahil beberapa tahun akan datang dia sekadar memegang geran sahaja, sedangkan tanah kebunnya hilang ditelan bumi. "Tanah kebun yang saya usahakan ini merupakan kebun pusaka yang berkeluasan kira-kira 1.5 hektar. Namun, akibat hakisan tebing berlaku saban tahun sehingga kini, hampir suku daripadanya sudah hilang. "Dua tahun kebelakangan ini, hakisan ini semakin menjadi-jadi dan melibatkan tanah kebun saya selain beberapa petani yang lain. Memang sedih, tetapi saya tiada daya untuk menghalang. "Saya tidak tahu tindakan terbaik bagi atasi masalah hakisan ini, tetapi menaruh harapan agar pihak berkaitan dapat ambil perhatian sewajarnya daripada terus membiarkannya berlanjutan dan kian serius," ujarnya. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Imam Lapar, Abd Samad Abd Ghani berkata, pihaknya sedia maklum mengenai masalah berkenaan dan sudah dibawa ke peringkat atasan. "Perkara ini dalam pengetahuan pihak-pihak yang terlibat. Memandangkan keadaan semakin serius, JKKK mengharapkan agar akan ada tindakan segera dapat diambil bagi mengatasi masalah ini. "Sehingga kini, telah banyak kubur yang hilang selain kebun-kebun penduduk juga turut terlibat. Malah, sekiranya terus dibiarkan beberapa tahun akan datang, hakisan ini akan turut melibatkan jalan utama Kuala Telemong-Tajin berhampiran jambatan di sini. "Sebelum keadaan semakin menjadi lebih serius diharapkan, tindakan sewajarnya dilakukan selain dapat elakkan perkara-perkara tidak diingini berlaku," katanya. sinar/- | ||
Masyaallah: Mamat ni pun pemilih berdaftar SPR [Tengok] Posted: 22 Jan 2013 07:25 PM PST 11 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - MAMAT INI ADALAH PEMILIH BERDAFTAR DENGAN SPR!!!!!!! NAMA: IMPIAS BIN SIPULLAH NO K/P: H0488914/621010126275 TARIKH LAHIR: 10HB OKTOBER 1962 2) Mengapa di Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sabah ada satu unit dinamakan Unit Khas Sabah? 3) Menjadi pemilih berdaftar dengan SPR yang disahkan di DUN LIAWAN dan PARLIMEN KENINGAU... Macamana SPR boleh luluskan?Memang wajar sekali apa yang diperjuangkan oleh NGO Bersih dan parti-parti politik dalam gabungan Pakatan Rakyat agar SPR mesti ada keberanian dan maruah harga diri untuk membersihkan senarai pengundi sebelum rakyat keluar mengundi pada PRU ke 13 nanti... harakah/- | ||
Khidmat kesihatan percuma untuk rakyat Syria Posted: 22 Jan 2013 07:15 PM PST 11 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Timbalan Perdana Menteri Turki, Beşir Atalay Selasa lalu berkata semua rakyat Syria boleh menerima perkhidmatan kesihatan percuma di hospital-hospital kerajaan sama ada mereka sedang ditempatkan di kem-kem pelarian atau tinggal di bandar-bandar tanpa berdaftar. Bercakap kepada pemberita di Parlimen, Atalay berkongsi maklumat mengenai situasi terkini pelarian Syria yang berlindung di Turki. Lebih daripada 150,000 pelarian telah ditempatkan di Turki dan tinggal di kem-kem di berhampiran sempadan. Turki juga telah memberikan rawatan perubatan kepada beribu-ribu rakyat Syria yang cedera, termasuk kepada kumpulan penentang yang melawan rejim Presiden Syria Bashar al-Assad. Atalay menyatakan bahawa sebagai tambahan kepada perkhidmatan kesihatan percuma di hospital-hospital kerajaan bagi mereka yang berada di kem-kem pelarian, rakyat Syria yang datang ke Turki tanpa berdaftar dan memilih untuk tinggal di pangsapuri di bandar-bandar di selatan Turki juga boleh mendapat perkhidmatan kesihatan percuma di hospital-hospital kerajaan. Atalay menafikan laporan berita menyebarkan bahawa wabak sedang merebak di kem-kem pelarian Syria ketika menjawab soalan dari wartawan. "Isu ini tidak wujud. Perkhidmatan kesihatan berfungsi seperti biasa. Terdapat satu masalah, tetapi ia telah diselesaikan. Masalah tersebut berkaitan dengan penjagaan kesihatan rakyat Syria yang tinggal di beberapa wilayah Turki. Sekarang, mereka juga boleh pergi ke hospital kerajaan [untuk menerima rawatan perubatan],"ujar Atalay. Turki mengamalkan "dasar pintu terbuka" dan menerima beratus-ratus, sehingga beribu-ribu pendatang baru dari Syria setiap minggu. Selain pelarian Syria yang berdaftar, terdapat puluhan ribu rakyat Syria yang menetap di Turki tanpa berdaftar. (todayszaman.com) harakah/- | ||
'Ahli akademik hanya mahu Datuk, naik pangkat' Posted: 22 Jan 2013 07:00 PM PST 11 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Kakitangan fakulti di universiti tempatan didakwa 'terlalu takut untuk memperjuangkan kebebasan akademik kerana ia boleh menjejaskan peluang mereka untuk naik pangkat atau menerima anugerah seperti datuk'. Dakwaan tersebut dibuat di forum mengenai 'Kebebasan Akademik dan Hak' malam tadi oleh bekas profesor undang-undang Abdul Aziz Bari dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Maszlee Malik. "Mereka pergi ke Amsterdam atau Geneva untuk dianugerahkan pingat emas, menginap di hotel lima bintang ... selepas itu, mereka pergi ke Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapatkan lanjutan (kontrak mereka) untuk menjadi naib canselor atau timbalan naib canselor. Ini yang berlaku sekarang," dakwa Abdul Aziz. Pakar undang-undang perlembagaan itu berkata tidak ada gunanya menyalahkan kerajaan atau Umno bagi keadaan tersebut kerana ahli akademik sendiri yang didakwanya malas. Katanya, mereka tidak mempunyai idea baru, tidak menjalankan penyelidikan, tidak mengarang apa-apa - semua kerana takut. Beliau mendakwa mereka masuk ke universiti (atau menjadi profesor, timbalan dekan, dekan, naib canselor atau rektor) dengan 'menarik kabel' - dan menjadi takut. "... mereka tidak menggalakkan kebebasan akademik, tugas mereka adalah untuk memastikan universiti dikekalkan sebagai sebahagian daripada birokrasi kerajaan," tambahnya. Pada masa yang sama, dakwanya, ahli akademik yang bercakap untuk masyarakat luar kampus dianggap sebagai orang yang tidak diingini di universiti, sepertimana yang berlaku pada dirinya. "Kami tidak mendapat geran penyelidikan, kami tidak mempunyai ruang untuk bercakap, kami dianggap sebagai subversif, dan akhirnya ditekan untuk meninggalkan universiti," tambahnya., Aziz Bari berhenti daripada UIAM pada akhir tahun 2011 selepas membuat kritikan secara terbuka terhadap Sultan Selangor. Menyuarakan pandangan yang sama, Maszlee (kanan) berkata budaya naungan dan takut di universiti sekarang, begitu menjejaskan ahli akademik dan pelajar. Beliau mendakwa, ahli akademik bergantung kepada tuan politik mereka untuk dicalonkan bagi anugerah 'Datuk' atau 'Datuk Seri', atau kenaikan pangkat, dan mereka takut menerima surat amaran. "Mereka telah hilang keberanian mereka, identiti dan keupayaan untuk berfikir. Mengapa? (Ini kerana) hati mereka diselubungi ketakutan. "(Pelajar) takut (Pinjaman Pengajian Tinggi Nasioanal) akan ditarik balik. Mereka takut dapat markah rendah, takut dibuang universiti, takut segala-galanya," tambahnya. malaysiakini/- | ||
Cekik tak puas hati urusan jual beli besi buruk Posted: 22 Jan 2013 06:50 PM PST 11 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KUALA TERENGGANU - Hanya kerana tidak berpuas hati berkaitan urusan jual beli besi buruk, seorang pemandu lori tergamak bertindak mencekik dan mengacukan sebilah pisau terhadap seorang pemandu kren. Bagaimanapun, perbuatan Muhamad Fadzli Abd Ghani, 26, terbalas apabila dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam. Hukuman itu dikenakan selepas dia mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah dengan menunjukkan pisau sambil mengugut untuk menikam mangsa, Muhamad Azmi Ngah, 42, bagi menyebabkan mangsa berasa takut. Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan itu di Kilang Logam Utama Trading Sdn Bhd kawasan Perindustrian Chendering, di sini, pada 16 Januari lalu lebih kurang jam 4.45 petang. Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim manakala Muhamad Fadzli tidak diwakili peguam. Berdasarkan fakta kes, mangsa yang bekerja sebagai pemandu kren berada dikilang telah didatangi Muhamad Fadzli yang tiba-tiba mencekik lehernya. Ketika kejadian, Muhamad Fadzli turut mengeluarkan sebilah pisau dan mengugut mahu menikamnya. Muhamad Fadzli dikatakan bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan mangsa selepas berlaku perselisihan faham urusan jual beli besi buruk di kilang tempat mangsa bekerja. Bimbang keselamatannya terancam, mangsa membuat laporan di Balai Polis Chendering sebelum Muhamad Fadzli ditahan polis di kediamannya kira-kira jam 1.40 pagi, pada 20 Januari lalu. SINAR/- | ||
Posted: 22 Jan 2013 06:00 PM PST 11 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Ipoh: Seorang remaja lelaki langsung tidak menghiraukan puluhan pelanggan yang berada di sebuah restoran di Taman Desa Kenchana, Bercham, di sini, apabila cuba melarikan telefon pintar milik seorang pelanggan yang sedang menjamu selera. Tindakan nekad remaja itu memakan diri apabila dia dikepung sebelum dibelasah orang ramai termasuk lebih 20 pelanggan di restoran berkenaan ketika cuba melarikan diri dengan sebuah motosikal. Dalam kejadian jam 9 malam, remaja berusia lingkungan 20 an itu dikatakan memasuki premis dan berpura-pura membeli air minuman sebelum beredar. Bagaimanapun, sebelum beredar dari premis berkenaan, suspek sempat menyambar sebuah telefon bimbit milik seorang pelanggan yang diletakkan di atas meja makan dan cuba melarikan diri dengan motosikal yang diletakkan di hadapan premis itu. Mangsa yang menyedari telefonnya dicuri terus mengejar suspek dan sempat menghalang suspek yang cuba melarikan diri sebelum dibantu beberapa rakan dan pelanggan restoran. Seorang saksi yang juga Setiausaha Persatuan Keselamatan Sukarela Kawasan Bercham (PKSKB) Wong Poh Lam berkata, dia berada berhampiran lokasi kejadian sebelum terdengar bunyi bising dari arah restoran berkenaan. Menurutnya, dia bersama beberapa ahli persatuan lain bergegas ke restoran itu dan mendapati orang awam sudah memberkas suspek berkenaan sebelum menyerahkannya kepada polis untuk tindakan selanjutnya. metro/- | ||
Tu listen lain tu, dengar molek - Ustaz Azhar Posted: 22 Jan 2013 06:00 PM PST 11 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: "Tu listen lain tu, dengar molek, kalu menteri tadak amal, susah di dalam kubur, dah kalu kita rakyat jelata tadak amal, lebih lagi, faham dak lagi, tu contoh," kata pendakwah ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus. Demikian sedutan daripada kuliah beliau yang telah dimuat naik di laman Youtube. Di dalam blog shalehudin.blogspot.com dicatatkan: "Besar manapun pangkat kita di dunia ni, jangan sombong dengan Allah. Bila dah masuk kubur, menteri pun tak boleh cakap "LISTEN" kepada Munkar Nakir." ~ UAI harakah/- | ||
Posted: 22 Jan 2013 05:45 PM PST KUALA LUMPUR: Satu sindiket cakera padat digital (DVD) haram bukan saja menjadikan rumah dua tingkat tempat penyimpanan malah turut menggantung kain rentang yang tertulis 'rumah untuk disewa' bagi menutup kegiatan mereka itu. Lebih 1.15 juta DVD yang bernilai RM30 juta dirampas dalam serbuan Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, di Taman Bukit Indah, Seri Petaling itu, kira-kira 4 petang semalam. Pengarah Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Selangor, Noor Aziah Abdullah berkata, serbuan itu adalah kejayaan terbesar selepas pihaknya menjalankan risikan kira-kira seminggu lalu. Beliau berkata, sebelum ini sindiket berkenaan menjadikan gudang sebagai stor simpanan namun mereka menukar modus operandi bagi mengaburi pihak berkuasa. "Serbuan ini dilakukan selepas pihak kami mendapat maklumat orang awam mengenai aktiviti mencurigakan yang membabitkan tujuh lelaki dipercayai warga tempatan. "Siasatan awal juga tidak menolak sindiket ini sudah beroperasi selama tiga tahun dengan memasarkan DVD haram berkenaan di sekitar Lembah Klang dan seluruh negara," katanya. Katanya, semua DVD yang dirampas adalah cerita bersiri luar negara dan dipercayai bukan untuk dipasarkan di pasar malam sebaliknya di kedai video. "Kami lihat rumah ini bukan saja digunakan sebagai tempat penyimpanan tetapi ia juga menjadi lokasi pembungkusan peringkat seterusnya sebelum diedarkan kepada rangkaian sindiket kecil yang lain. "Sindiket ini mungkin adalah rangkaian sama dengan sindiket yang pernah KDN serbu sekitar di Cheras, Oktober lalu," katanya. Serbuan yang dianggotai 60 anggota dan pegawai itu memerlukan enam lori bagi mengangkut DVD berkenaan yang tamat sekitar jam 5 pagi tadi. Difahamkan, tiada sebarang tangkapan dibuat kerana suspek berjaya mengesan kehadiran pihak berkuasa dan melarikan diri melalui siling rumah berkenaan. metro/- | ||
Bakar Bible idea busuk Ibrahim Ali Posted: 22 Jan 2013 05:40 PM PST 11 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Pemimpin utama Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dilaporkan berkata pihak Perkasa akan bertindak membakar Bible versi Melayu yang mengandungi kalimah Allah dari terjemahan perkataan God. Yang terbaru beliau mengatakan tindakannya ingin membakar Bible itu bukanlah bertujuan menyakiti hati orang orang Kristian. Sebaliknya ujarnya tindakan membakar bible tersebut adalah jalan terbaik untuk mengajar mereka yang melanggar Perlembagaan Persekutuan. Kesian Pak Berahim. Meskipun berada dalam Perkasa hujahnya bukan sahaja tidak perkasa malahan terlalu rapuh. Hujahnya menyimpang dan tersasar jauh sama ada dari perspektif Islam apatah mahupun perspektif undang-undang atau Perlembagaan. Dari Segi Perlembagaan Kita lihat dulu sudut Perlembagaan. Di mana salahnya orang Kristian menggunakan nama Allah di dalam Bible mereka dalam apa versi sekalipun. Jika ia adalah salah, sudah tentu kes akhbar Herald dahulu tidak memihak pengganut Kristian. Bukankah keputusan Hakim Lau Bee Lan memihak Herald di mana Mahkamah memutuskan larangan Kementerian Dalam Negeri bagi akhbar Herald menggunakan nama Allah adalah bercanggah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan. Alasan Hakim adalah Artikel 11 (1) melindungi pengganut agama Kristian mengamalkan agama mereka dan termasuk dalam hak tersebut adalah kebebasan mereka menggunakan kalimah Allah di dalam Bible. Selagi mana Bible digunakan oleh pengganut Kristian di kalangan mereka, Perlembagaan menjamin hak pengganut Kristian tersebut meskipun nama Allah ada di dalam bible berbahasa Melayu. Bahasa Melayu adalah lingua franca bagi pengganut Kristian di Sabah dan Sarawak sepertimana, yang dibuktikan di dalam kes Herald. Ibrahim dan mereka yang sewaktu dengannya mungkin bertanya bagaimana jika Bible Melayu yang menggunakan nama Allah itu disebar kepada orang Melayu. Tidakkah ini bercanggah dengan Artikel 11 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan? Jawapan kepada pertanyaan itu adalah jika Bible disebar kepada orang Melayu yang beragama Islam meskipun tiada kalimah Allah di dalamnya, ia adalah dilarang di bawah Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan. Jadi isunya bukan isu nama Allah di dalam Bible tetapi isu penyebaran Bible. Maknanya penyebaran Bible, sama ada ada nama Allah atau tidak adalah satu kesalahan. Bagaimanapun jika Bible yang menggunakan kalimah Allah hanya digunakan sesama pengganut Kristian, Perlembagaan membenarkan perkara tersebut. Oleh itu hujah Ibrahim Ali nak membakar Bible kerana nak jaga Perlembagaan adalah mengarut. Bagaimana nak jaga Perlembagaan jika apa yang Perlembagaan benarkan Ibrahim Ali nak bakar!!! Dari Segi Islam Dari segi Islam tindakan Ibrahim dan Perkasa ingin membakar Bible adalah perbuatan yang paling mengarut. Islam dan umat Islam berlepas diri dari tindakan bodoh itu. Kita ingin beritahu bakar Bible bukan cara atau kaedah yang betul untuk membela Islam. Membakar Bible bukan ajaran Islam dan juga bukan ajaran Al-Quran. Itu ajaran Ibrahim Ali dari mazhab Perkasa acuan Umno. Al Quran mengajar cara terbaik untuk berurusan dengan golongan ahli Kitab, Kristian dan Yahudi. Di dalam surah Al 'ankabut 29 : 46 Allah memberi panduan bagaimana untuk kita mengurus perbezaan dengan golongan Kristian. Allah menyatakan "Dan janganlah kamu berdebat dengan ahli kitab melainkan dengan cara yang paling baik..kecuali dengan orang-orang yang zalim di antara mereka.." Wahai Ibrahim dan Perkasa, ini dia kaedah Islam - kaedah jidal ahsan (berdebat\ dialog dengan cara yang paling baik). Lihatlah tafsir Imam Tabari di dalam tafsirnya tentang kalimah "kecuali dengan cara terbaik". Imam Tabari berkata ia bermaksud "al jamil bil qaul" iaitu berdebat dengan kata-kata yang manis dan indah. Imam Al Zamakhsyari pula menafsirkan ayat tersebut antaranya iaitu menukar dari marah kepada menahan marah. Ini metode Quran iaitu kaedah debat dan hiwar atau dialog dengan cara paling baik. Bakar bible tidak masuk dalam mana mana kategori. Bakar Bible adalah idea busuk. * Penulis adalah seorang peguam. |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan