Rabu, 23 Januari 2013

MOHD FIRDAUS JAAFAR

MOHD FIRDAUS JAAFAR


Umno melalui Mahathir gadai maruah negara

Posted: 23 Jan 2013 01:57 AM PST

KUALA LUMPUR: Pengakuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkaitan pemberian kad pengenalan kepada warga asing menunjukkan Umno menggadaikan maruah negara.

Pengakuan tersebut yang turut menyeret Perdana Menteri Pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman juga dilihat untuk mengalih isu kebobrokan yang dilakukan Tun Mahathir.

Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Firdaus Jaafar (gambar), berkata dengan menyeret Tuanku dalam perkara itu, Mahathir cuba berselindung di sebalik salah laku yang dilakukannya.

"Sedangkan apa yang dibuat Tuanku ketika itu sudah dipersetujui, tetapi bila pendedahan mengaitkan beliau (Mahathir), cepat sahaja menyeret pihak lain," kata beliau yang juga anggota Parlimen Jerai ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Tambah beliau, tindakan yang dilakukan Tun Mahathir itu wajar membuka mata rakyat untuk menilai bagaimana pemimpin negara mentadbir dengan menggadaikan negara.

"Orang muda, pengundi baru perlu menolak Umno dan BN bagi memastikan tiada berlaku penyelewengan seperti ini.  Kena lihat apa yang dilakukan BN untuk kepentingan politik mereka," tegas beliau.

Dalam pada itu, Firdaus yang juga ahli parlimen Jerai berkata Umno ketika ini cuba membangkitkan isu-isu lapuk dalam usaha menutup kelemahan parti itu.

Katanya, Umno sengaja menimbulkan isu Amanat Hadi, penggunaan Islam pada nama parti, kalimah Allah dalam Bible untuk tujuan tersebut.

Justeru, beliau berharap rakyat tidak mudah terpedaya dengan isu lapuk yang dimainkan semula Umno dan BN, sebaliknya memastikan BN mendapat pengajaran pada pilihan raya umum.

Tiada ulasan:

Nuffnang