N45 Dr Halimah Ali |
BAKAL PENGUNDI HANTU....MASIH TAK PERCAYA HANTU PILIHANRAYA ? Posted: 22 Jan 2013 09:36 PM PST |
1-800-88-2824 ADUAN JALAN ROSAK Posted: 22 Jan 2013 09:02 AM PST Ops Tampal Jalan seluruh Selangor Harakahdaily KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor dengan kerjasama 12 pihak berkuasa tempatan menjalankan Ops Tampal Jalan di semua jalan di negeri itu termasuk jalan persekutuan. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, dalam tempoh 1 sehingga 15 Januari lalu, sepanjang 56,642 meter persegi jalan rosak telah dibaiki di seluruh negeri. "Banyak kerja-kerja ini masih berjalan dan akan diteruskan selagi aduan diterima daripada rakyat Selangor," katanya dalam satu kenyataan. Justeru, katanya rakyat Selangor digalakkan membuat aduan dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2824 atau menghubungi talian-talian yang disediakan PBT kawasan masing-masing. Menruutnya, setiap aduan akan diambil tindakan segera dan setiap aduan akan direkodkan untuk kita mengambil tindakan susulan. "Kita berharap rakyat mengambil peluang ini untuk bersama-sama membantu kerajaan negeri meningkatkan mutu kemudahan awam untuk keselesaan bersama," ujarnya. Beliau berkata, Kerajaan Selangor prihatin dengan keluhan dan aduan rakyat terhadap keadaan jalan yang menjejaskan keselesaan rakyat. Justeru, kata beliau kerajaan negeri menjalankan operasi itu termasuklah membaiki jalan persekutuan yang sepatutnya dibaiki oleh kerajaan Persekutuan. |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan