Kampung paling sejuk di dunia Posted: 20 Feb 2013 01:00 AM PST 9 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
OYMYAKON, Rusia - Sebuah kawasan perkampungan terpencil di Rusia yang merupakan kawasan penempatan manusia paling sejuk di dunia itu kini semakin sejuk dengan suhu mencecah -71 ° Celsius (C), lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
Keadaan cuaca sejuk ekstrem itu menyebabkan pesawat tidak dapat mendarat di kawasan tersebut pada musim sejuk.
Perkampungan Oymyakon yang terletak di timur laut Rusia itu juga dikenali sebagai Kutub Beku dengan suhu purata sepanjang Januari lalu berada pada takat - 50°C.
Sebelum ini, pada tahun 1924, perkampungan tersebut pernah mencatat rekod suhu mencecah -71.2°C. Tidak banyak hidupan terdapat di situ. Selain beberapa spesies ikan air sejuk, penduduknya banyak bergantung kepada makanan daripada daging rusa kutub dan daging kuda sebagai sumber makanan. Namun, mereka tidak pernah menderita kekurangan nutrien.
Penduduk tempatan juga terpaksa menghidupkan enjin kenderaan mereka sepanjang hari kerana bimbang enjin itu rosak kerana membeku dan tidak boleh dihidupkan lagi. - Agensi
|
Serangan roket bunuh 20 aktivis di Syria Posted: 20 Feb 2013 12:00 AM PST 9 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
AMMAN, Jordan - Serangan roket yang dilancarkan ke kubu kuat pemberontak di bandar Aleppo, Syria semalam membunuh sekurang-kurangnya 20 orang dan menyebabkan 25 yang lain hilang, jelas kumpulan aktivis.
Enam orang kanak-kanak dikatakan antara mangsa yang terbunuh dalam serangan terbaharu regim Presiden Syria, Bashar Al-Assad.
"Roket itu mengakibatkan tiga buah bangunan di daerah Jabal Badro runtuh. Mayat-mayat mangsa mula dikeluarkan secara satu persatu. Ada mangsa termasuklah kanak-kanak meninggal dunia di hospital," kata seorang aktivis, Mohammad Nour menerusi satu panggilan telefon. Menurut mereka yang terselamat, dianggarkan 25 orang lagi mangsa terperangkap di bawah runtuhan bangunan.
Roket itu kemudian dikenal pasti sebagai Scud yang digunakan secara meluas oleh tentera kerajaan ke atas kumpulan pemberontak di Aleppo dan wilayah Deir a-Zor. - Agensi
|
Pesawat tentera terhempas, 12 maut Posted: 19 Feb 2013 11:40 PM PST 9 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - SANAA - Sebuah pesawat tentera udara Yemen semalam terhempas di sini, mengakibatkan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 11 yang lain cedera.
Agensi berita negeri, Saba melaporkan tiga orang wanita dan dua orang kanak-kanak terkorban apabila pesawat yang sedang menjalani latihan itu terhempas di sebuah kawasan perumahan.
Foto yang diambil daripada media sosial menunjukkan satu mayat berada berhampiran serpihan pesawat tersebut. Beberapa buah kereta juga terbakar dan jalan dipenuhi runtuhan bangunan.
Seorang pegawai keselamatan memberitahu, juruterbang berjaya keluar daripada pesawat sebelum ia terhempas. Namun, keadaannya masih belum dapat dipastikan.
"Orang ramai sangat takut dan ambulan lambat datang," kata seorang penduduk, Abdulsattar Mohammed yang memberitahu, dia nampak pesawat dan rumah yang dirempuhnya terbakar.
Seorang pegawai tentera menyatakan ia merupakan pesawat pejuang SU-22 buatan Rusia. Tentera udara Yemen dilaporkan memiliki 30 unit pesawat SU-22 dan empat buah SU-22UM3. - Reuters
|
Husam bertemu Taib Mahmud di Kuching Posted: 19 Feb 2013 11:30 PM PST 9 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
KUCHING: Menjelang pilihan raya umum ke 13, Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa melakukan kunjungan hormat menemui Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada 18 Februari 2013 di Pejabat Ketua Menteri Sarawak, dekat sini.
(Taib membaca dokumen yang diberikan Husam dalam pertemuan mereka)
Walaupun pertemuan tersebut bertujuan untuk membincangkan pendirian kedua-dua negeri terhadap Akta Wilayah Laut 2012 yang dibentangkan ke Parlimen oleh Kuala Lumpur, ia satu kunjungan yang penting antara PAS dan pemimpin Sarawak itu.
Husam adalah Naib Presiden PAS yang juga Pengerusi Jawatankuasa Roadmap to Putrajaya yang dibentuk oleh PAS.
Beliau banyak terlibat dalam membentuk strategi PAS untuk membuka jalan yang luas bagi membolehkan Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya selepas pilihan raya umum ini.
Kunjungan beliau ini dibaca dengan penuh makna oleh pelbagai pihak.
harakah/- |
3 minit rompak berlian RM153j Posted: 19 Feb 2013 11:00 PM PST 9 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Brussels: Sekumpulan perompak bersenjata merompak berlian bernilai lebih £32 juta (RM153 juta) ketika ia dipunggah masuk ke dalam sebuah pesawat di lapangan terbang Brussels, semalam.
Lapan lelaki bersenjata menceroboh penghadang lapangan terbang itu menaiki kereta polis palsu sebelum memandu melintasi van keselamatan diparkir di landasan bersebelahan dengan pesawat penumpang Switzerland.
Kumpulan itu yang mengancam kakitangan bertugas merampas dua peti logam berkunci mengandungi barangan berharga ketika ia dipunggah ke dalam pesawat penerbangan Helvetic menuju ke Zurich pada jam lapan malam.
Lelaki terbabit kemudian memunggah emas dan batu permata ke dalam kereta polis itu dan van kedua sebelum melarikan diri. SEORANG pekerja menggunakan kren mengalihkan blok konkrit di pintu masuk ke landasan Lapangan terbang Antarabangsa Zaventem yang diceroboh perompak, semalam. Kegiatan rompakan terancang itu mengambil masa hanya tiga minit.
Seorang pendakwa raya Belgium berkata: "Kumpulan lelaki itu bersenjatakan pistol tiba dengan dua kereta.
"Mereka mengancam kakitangan penerbangan dan petugas keselamatan serta menuntut mereka menyerahkan berlian dan batu permata lain sebelum melarikan diri. Tiada sesiapa dilaporkan cedera.
"Suspek dipercayai membuat lubang di pagar keselamatan yang mengelilingi lapangan terbang itu."
Sebuah kereta Audi Saloon diubah suai seperti kereta polis digunakan dalam insiden itu bersama dengan sebuah van Mercedes.
Van Mercedes itu ditemui dibakar di pinggir Brussels sejam selepas rompakan itu. - Agensi
|
Tolong koyakkan iklan itu Posted: 19 Feb 2013 10:30 PM PST 9 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
KISAH NYATA YANG SADIS | TOLONG KOYAKKAN IKLAN ITU | Abe teringin nak berkongsikan Kisah Nyata ni dengan semua orang.
Di tepi jalan terpampang satu iklan bertulis: Saya kehilangan (keciciran) RM20 - sesiapa yang terjumpa, harap kembalikan (pulangkan) ke alamat berikut... AL FALLANI SYAQQAH no 76...
Seseorang pemuda yang membaca iklan mahu pergi ke alamat itu dan mengaku yang dia menjumpai wang tersebut padahal dia mengeluarkan dari poketnya sendiri... Pemuda itupun pergi ke alamat tertera... Di sana dia bertemu seorang wanita tua yang keuzuran...
Wanita tua itu menangis teresak-esak bilamana pemuda itu berkata: "Ibu..ini wang ibu RM20 yang keciciran itu.. Saya telah menjumpainya..".
Dalam esak tangisnya wanita tua itu berkata: " Wahai anak muda...kamu adalah orang ke 12 yang datang bertemu ibu kemudian mengatakan dia telah menemui duit aku yang dikatakan keciciran itu..
"Mendengar luahan hati si wanita tua, pemuda misteri itu tersenyum sahaja... Dia kelihatan mahu bersiap pulang.Sambil memanggil pemuda tersebut, wanita tua sempat berpesan kepadanya:
"Kalau anak tak keberatan, mohon tolong buang atau koyakkan iklan mengenai wang ibu yang keciciran itu. Sebenarnya ibu langsung tak tahu menulis dan ibu langsung tak tahu menahu siapa yang menulis dan menampal iklan itu...
ALLAHU AKBAR!! MASYALLAH!! LIHATLAH KESEMPURNAAN AF'AL ALLAH! AR RAZZAQ.. KORANG NAMPAK TAK BETAPA PEMURAHNYA ALLAH....??
harakahdaily/- |
Bahan kimia bocor Posted: 19 Feb 2013 08:21 PM PST 9 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Sandakan: Lebih 200 pelajar dan guru nyaris mengalami kesan radioaktif apabila bahan kimia yang disimpan di makmal mengalami kebocoran di sebuah sekolah menengah di daerah ini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, guru makmal terbabit dikatakan mengalihkan beberapa bahan kimia yang ada di dalam makmal ke tempat lain.
Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, guru terbabit mengalami kegatalan kulit secara tiba-tiba lalu menjalani pemeriksaan di klinik berhampiran.
Selepas pemeriksaan, doktor mengesahkan mangsa terdedah kepada bahan kimia di makmal berkenaan. KEADAAN sekolah berlaku pencemaran bahan kimia. Difahamkan, bahan itu digunakan untuk tujuan pembelajaran bagi mata pelajaran sains dan kimia di sekolah berkenaan.
metro/- |
Pakatan jamin salur bantuan penuh semua sekolah jenis kebangsaan Posted: 19 Feb 2013 08:20 PM PST 9 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
BANTING 20 FEB: Pakatan Rakyat jamin akan salurkan bantuan penuh untuk sekolah Tamil dan semua jenis sekolah kebangsaan bertujuan memartabatkan pendidikan dan bahasa kebangsaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Sudah 50 tahun negara tak ada duit untuk sekolah Tamil. Sekali-sekala dekat pilihan raya (BN) bagi RM30,000, bagi dana untuk sekolah, bagi BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), tetapi di Selangor, bukan sebelum pilihan raya, malah selepas pilihan raya kita beri peruntukan RM4 juta setahun untuk sekolah Tamil," katanya pada sambutan Pesta Ponggal di Dewan Sri Jugra, dekat sini, malam tadi.
Ketua Umum KEADILAN berkata, bantuan pendidikan adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dan hak itu tidak patut dinafi kepada negeri ditadbir Pakatan.
"Setiap tahun kita (negeri Pakatan) beri peruntukan, ini negeri yang bagi, padahal peruntukan sekolah adalah dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, mereka yang patut beri," kata Penasihat Ekonomi Negeri Selangor itu.
Anwar berkata, semua jenis sekolah kebangsaan layak menerima bantuan penuh dari kerajaan memerintah. Katanya, ini memudahkan ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke mana-mana jenis sekolah hasil dari keseragaman pendidikan.
"Polisi kita (Pakatan) lain, ada dua, semua pelajar tak kira Melayu, Tamil, Cina mesti pandai cakap bahasa kebangsaan. Kedua, ibu bapa hantar anak ke sekolah Melayu ok, sekolah Cina ok, Tamil pun ok, tapi semua sekolah itu mesti menerima bantuan penuh," katanya. "Oleh itu kita janji, semua sekolah akan menerima bantuan penuh tak ada lagi separuh-separuh mulai tahun ini apabila kita menang pilihan raya," jelasnya disambut tepukan gemuruh kira-kira 1,000 masyarakat India.
Turut sama berucap, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.
Sebagai rekod, pada 1957, terdapat 888 sekolah Tamil di seluruh negara, tetapi sehingga 2011, jumlah sekolah tersebut hanya berbaki 523. Dalam tempoh 54 tahun sejak merdeka, 365 sekolah Tamil hilang. Daripada jumlah 523 itu, 372 sekolah merupakan sekolah bantuan modal dan hanya 151 yang ditanggung penuh oleh kerajaan.
Dalam kata lain, hanya 28.8 peratus daripada jumlah sekolah Tamil mendapat bantuan penuh daripada kerajaan, manakala baki 71.2 peratus masih dianaktirikan.
keadilandaily/- |
Mayat Wanita Ditanam Di Dalam Dinding Posted: 19 Feb 2013 08:18 PM PST 9 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Terkejut: Ahli keluarga Voon menunggu di luar banglo, lokasi mangsa dibunuh dan ditanam di dalam dinding di Brunei. BANDAR SERI BEGAWAN: Seorang wanita warga Malaysia berusia 39 tahun ditemui mati dan mayatnya ditanam di dalam dinding sebuah rumah milik kawannya di sini. Voon Su Ching yang menjalankan perniagaan cuci kereta dan baik pulih di Brunei pergi ke rumah kawannya itu untuk menjaga banglo tersebut kerana pemiliknya balik ke kampung halaman sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina. Voon diberi segugus kunci banglo terbabit. Apabila pemiliknya pulang ke rumah pada malam Ahad, dia menyedari dinding simen setinggi 3 meter yang meragukan di taman rumahnya. Malah, bau busuk turut dihidu dari dinding tersebut. Dia membuat laporan polis pada keesokkan harinya dan membawa kepada penemuan mayat Voon, lima hari selepas dia dilaporkan hilang pada Rabu. Difahamkan pembunuh telah menutup mayat Voon dengan beberapa keping zink sebelum menanamnya dengan simen. Polis menahan seorang lelaki dalam usia lingkungan 40-an untuk membantu siasatan. Dia didapati menghantar dua trak simen ke banglo tersebut. Polis masih mengenal pasti motif pembunuhan. Menurut khabar angin, Voon menjalin hubungan dengan seorang profesor dan telah membawanya bertemu dengan beberapa rakan baru-baru ini. Rakan-rakannya menyifatkan Voon sebagai seorang periang dan peramah yang gemar berjenaka dengan mereka. mstar/-
|
Umno dipersalah hapus tulisan jawi Posted: 19 Feb 2013 08:12 PM PST 9 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang KUALA TERENGGANU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempersalahkan Umno sebagai bertanggungjawab merosakkan tulisan jawi yang sinonim dengan masyarakat Melayu di negara ini suatu ketika dahulu. Beliau yang turut kesal dengan sikap Umno seolah-olah juara rakyat kononnya dalam isu kalimah ALLAH berkata, kesalahan Umno itu menyebabkan masyarakat masa kini semakin jauh dengan Islam sehingga menimbulkan pelbagai masalah sosial. Jelasnya, dengan tulisan yang jawi yang diubah kepada sistem rumi telah menyebabkan beberapa perkataan berubah maksud sebenar dan boleh dipersoalkan seperti 'nikmat' dalam tulisan rumi yang difahami sebagai perkara yang baik dan menyeronokkan membawa maksud celaka. "Ketika baru-baru lepas merdeka, tulisan jawi ada lagi. Surat Perjanjian Pangkor digunakan tulisan jawi, orang putih buat perjanjian Singapura guna tulisan jawi, tiba-tiba Umno hapus tulisan jawi, masa Umno (memerintah). Kita orang Melayu kena sedar kesilapan Umno ini. "Siapa yang memudahkan agama kefahaman orang Islam. Kita tengoklah akibatnya di tiap-tiap kampung ada kes dadah dan tiap-tiap keluarga ada kes dadah macam banjir yang tidak boleh disekat," katanya ketika mengadakan ceramah di Pulau Bahagia, di sini, malam kelmarin. Turut hadir Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Dr Khairudin Aman Razali dan Adun Sura, Wan Hasan Mohd Ramli. Tulisan jawi dimansuhkan penggunaannya oleh mantan Menteri Pelajaran, Allahyarham Tan Sri Khir Johari sekitar tahun 1960an. Abdul Hadi berkata, keadaan itu juga menyebabkan orang Melayu semakin menjauhkan diri daripada syariat Islam. Berhubung isu kalimah ALLAH, Abdul Hadi sekali lagi menegaskan beliau tiada khilaf dengan Majlis Syura Ulama Pas dan Dewan Ulama Pas, sebaliknya Umno dikatakan sengaja mengheret isu tersebut untuk memancing undi pilihan raya. Jelasnya, penggunaan kalimah ALLAH sebagaimana yang dicadangkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk dibenarkan dalam Kitab Injil berbahasa Melayu itu perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan dan bukannya Pas. Abdul Hadi menjelaskan, isu kalimah ALLAH telah selesai pada 2010 apabila beliau diajak oleh Perdana Menteri waktu itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengadakan perbincangan dengan Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), mufti dan menteri berkaitan. "Itu adalah bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukan kita (Pas). KDN bawah dia (Kerajaan Barisan Nasional), Jakim pun bawah dia dan dia (Kerajaan BN) perlu ambil tanggungjawab ini tahun 2010 lagi," katanya.
sinar/-
|
Isu gondol bukit hanya sensasi menjelang PRU13 Posted: 19 Feb 2013 08:11 PM PST 9 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata pihak tertentu memainkan isu penggondolan bukit di Tanah Tinggi Lojing untuk disensasikan khususnya dalam media kerana kepentingan politik.
Menurutnya, menjelang PRU13 pelbagai fitnah 'menjerut' Kelantan mainan pihak lawan untuk kepentingan politik mereka, termasuk mencipta isu penggondolan bukit sama ada di Lojing atau di tempat penempatan Orang Asli.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas berhubung perkara itu sejak beberapa hari ini dalam media.
Beliau turut menjelaskan projek perhutanan di Lojing telah lama dibekukan.
"Malah lesen untuk membenarkan pengeluaran kayu di kawasan itu juga telah lama tidak dikeluarkan oleh kerajaan negeri.
"Yang digambarkan oleh media hanyalah lereng bukit untuk projek pertanian," ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas majlis pertemuan dengan masyarakat Orang Asli dari tiga daerah di JKR 10 yang diketuai Lui Siam, semalam. (Gambar atas)
Ahmad seterusnya berkata, walaupun ia isu lama yang telah selesai, namun pihak tidak bertanggungjawab menghidupkan semula isu itu menjelang PRU13.
Terdahulu ketika berucap pada pertemuan itu, beliau berkata kerajaan negeri menyediakan tanah seluas 24,000 ekar tanah milik kerajaan untuk dirizabkan kepada Orang Asli di beberapa tempat khususnya dalam kawasan Parlimen Gua Musang.
Jelasnya, 606 ekar daripadanya telah berjaya dilaksanakan sejak tahun lalu di Pos Jedip.
"Seterusnya ia akan diteruskan di pos lain seperti Kuala Betis dan kita anggarkan di sini seluas 4,626 ekar," ujarnya.
harakah/-
|
Tersepit bawah katil Posted: 19 Feb 2013 07:54 PM PST 9 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Teluk Intan: "Saya panik sebaik mendengar jeritan seorang anak saudara dan dua anak lelaki yang tersepit di bawah runtuhan kayu dan katil sejurus rumah kami roboh dirempuh sebuah lori yang dikejar kereta peronda polis," kata pemilik rumah, Mohd Kadri Ambu Amar, 43, yang menetap di Kampung Belakang Kilang Padi, Jalan Jawa, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, sebuah lori seberat satu tan merempuh tiang bahagian anjung hadapan rumah berkenaan menyebabkan sebuah bilik di atas rumah kayu itu runtuh.
Kejadian itu menyebabkan tiga mangsa yang sedang tidur, Khairul Amirin Mohd Kadri, 8, dan abangnya, Khairul Ihwan, 12, serta sepupu mereka, Mohd Maizie Syarezal Mohd Nor, 20, tersepit di bawah katil serta runtuhan dinding rumah yang roboh.
"Kejadian berlaku ketika saya dan isteri, Rahimah Awang, 43, sedang tidur di bilik berasingan sebelum terdengar dentuman kuat yang menggegarkan rumah kayu. KEADAAN rumah mangsa yang dirempuh lori. "Sebaik mendengar bunyi dentuman itu, saya dan isteri serta seorang anak perempuan berlari ke anjung rumah dan terkejut apabila mendapati sebuah bilik tidur runtuh, manakala tiang besar rumah tercabut akibat diseret lori berkenaan," katanya.
sinar/-
|
Suami ditetak mati depan isteri Posted: 19 Feb 2013 07:49 PM PST 9 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Johor Bahru: Seorang isteri hanya mampu menjerit melihat suaminya ditetak hingga mati oleh empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang menyebabkan badan, tangan dan muka mangsa hampir hancur di sebuah kedai makan di Kampung Baru Pandan di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.55 malam itu, mangsa, P Gunasegaran, 60, yang juga peniaga sebuah kedai makan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah dan pendarahan dialami. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Dr Hashim Haron berkata, ketika kejadian, hanya ada seorang pelanggan di kedai berkenaan.
"Sejurus pelanggan itu masuk ke tandas, empat suspek yang datang menaiki sebuah kereta terus menyerang mangsa dengan menetaknya lebih enam kali di muka, kedua-dua tangan dan badannya. "Tetakan itu mengakibatkan mangsa cedera parah dan mati di tempat kejadian. Kejadian berlaku di depan isteri mangsa menyebabkan wanita itu yang panik tidak sempat melakukan apa-apa kerana berlaku begitu pantas," katanya, semalam.
Menurutnya, keempat-empat suspek terus meninggalkan lokasi kejadian sejurus kemudian manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Pandan untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya.
KEDAI makan tempat Gunasegaran ditetak.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek masih berjalan. "Motif kejadian masih dalam siasatan," katanya.
metro/- |
Jemaah takut surau kena tembak Posted: 19 Feb 2013 07:40 PM PST 9 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
ZAINAL ARIFIN menunjukkan kesan tembakan yang mengenai tingkap di ruang solat jemaah wanita Surau Baitul Rahman Aman Perdana, Kapar kelmarin.
KLANG – Seramai 18 jemaah Surau Baitul Rahman Aman Perdana, Kapar di sini ketakutan apabila tingkap cermin di ruang solat wanita terkena dua tembakan dipercayai menggunakan senapang angin kelmarin.
Tembakan pertama berlaku pada pukul 8.10 malam sebelum tembakan kedua berlaku 10 minit kemudian. Bilal surau itu, Zainal Arifin Abdul Fakeh , 56, berkata, ketika kejadian semua jemaah baru selesai solat Maghrib dan ada beberapa jemaah mengaji al-Quran.
"Seorang jemaah wanita yang mendengar bunyi barang jatuh di belakangnya tergamam dan terkejut apabila rehal al-Quran yang dialihkan dari cermin surau tersebut terdapat sebutir peluru.
"Pemeriksaan kemudian menemui sebutir lagi peluru terjatuh betul-betul di belakang wanita itu," kata beliau dengan memberitahu wanita itu bernasib baik apabila tidak terkena tembakan.
Menurut Zainal Arifin, surau berkenaan tidak pernah menerima ugutan sebelum ini tetapi kejadian dibaling dengan peluru berbentuk guli pernah berlaku pada tiga minggu lalu.
"Kami tidak mengesyaki apa-apa ketika itu kerana menyangka kejadian tersebut hanya perbuatan kanak-kanak bermain pistol guli.
"Bagaimanapun, kejadian malam semalam (kelmarin) pelik dan dikhuatiri mengancam keselamatan jemaah apabila kami dimaklumkan terdapat lapan kelongsong peluru ditemui iaitu enam di atas rumput di luar kawasan surau manakala dua lagi ditemui di lantai surau ini," ujarnya.
Kosmo
|
[EDISI TERDESAK] Bendera PAS Dikoyak & Dibakar Oleh Samseng Parti "Syaitan Dikenali" Posted: 19 Feb 2013 07:36 PM PST 9 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Tindakan khianat yang dipercayai oleh penyokong parti tertentu mengoyak dan membakar bendera PAS di Kempas, Johor awal pagi tadi nyaris-nyaris mencetuskan pergaduhan. Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi tadi, beberapa samseng dikatakan menanggal, mengoyak dan membakar deretan bendera PAS yang dipasang di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai di sini di hadapan umum.
Tindakan itu kemudiannya cuba dihalang penduduk setempat dan beberpa orang petugas PAS sehingga hampir-hampir mencetuskan pergaduhan.
Bagaimanapun tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku apabila orang ramai membantu mententeramkan keadaan.
Ekoran tindakan yang bersifat provokasi itu juga, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kempas terhadap salah seorang samseng yang dikenali oleh penduduk itu.
Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat ketika mengesahkan kejadian itu berkata, tindakan tidak profesional pihak tertentu itu mencerminkan tahap tidak matang mereka dalam berpolitik.
"Politik yang berlaku pada hari ini adalah politik baru yang memfokuskan perlawanan idea bukan provokasi yang jumud.
Pemasangan bendera yang sedang berlangsung dengan meriah ini adalah sebagai menyambut saranan demokrasi yang dilaungkan oleh kerajaan Malaysia."
"Pihak polis harus mengambil tindakan yang setimpal kepada pihak yang melakukan perbuatan khianat ini dan Umno harus menasihati ahli mereka agar lebih terbuka," katanya.
|
Sambutan wira untuk Nurul Izzah di forum UM Posted: 19 Feb 2013 07:20 PM PST 9 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar diberi sambutan wira di forum Universiti Malaya semalam selepas beliau digugurkan daripada bercakap di majlis itu ekoran tekanan daripada kerajaan. Menghadiri forum itu petang semalam sebagai penonton, Nurul Izzah melangkah masuk ke dalam dewan kuliah dan disambut dengan tepukan gemuruh hadirin sewaktu mengambil tempat duduk di barisan hadapan. Dewan penuh sesak dengan orang ramai yang turut memenuhi laluan masuk di bahagian belakang dewan. Sesi petang forum itu pada asalnya dijadualkan menampilkan Nurul Izzah, bersama-sama dengan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa serta Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan Ahli Parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan. Selepas Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Pengajian Tinggi menyuarakan rasa tidak senang dengan penganjuran forum tersebut, penganjurnya - Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), telah menggantikan ahli panel tersebut dengan ahli akademik. Para penceramahnya terdiri daripada penyelidik Umcedel Shaharuddin Badaruddin dan Thock Ker Pong serta Profesor Datuk Mohammad Abu Bakar dari UM, dengan pengarah Umcedel, Mohammad Redzuan Othman bertindak sebagai pemudahcara. Sewaktu sesi soal-jawab, Nurul Izzah terpaksa naik ke pentas selepas seorang pelajar mahu beliau menjawab soalan mengenai keupayaan Pakatan Rakyat untuk memerintah, ekoran pelbagai ideologi parti-parti komponennya. "Jika saya tidak membenarkan beliau (di atas pentas), pelajar boleh mengamuk," kata Redzuan, yang juga dekan Fakulti Seni dan Sains Sosial UM secara berseloroh sebelum menjemput Nurul Izzah naik.
|
Jangan risau, hutang negara sebelum bubar parlimen RM547.79 bilion? Posted: 19 Feb 2013 06:30 PM PST 9 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Hutang Negara Malaysia 2013 Sebelum Bubar Parlimen (Lebih RM547.79 Bilion). Jangan Risau Semua! Sebab..
Hutang negara Malaysia 2013 : Cakap-cakap yang mengatakan hari Jumaat ini Datuk Seri Najib bakal bubar parlimen ( KLIK SINI) semakin kuat kedengaran bagi mengelak ketidaktentuan pasaran saham BSKL.
Dan baru-baru ini Tun Mahathir sekali lagi tampil di media mengingatkan rakyat Malaysia tidak perlulah risau dengan hutang negara Malaysia ketika ini. Kerajaan boleh membayarnya. Benarkah?
Hutang Negara Malaysia 2013 : Mahathir Kata Jangan Risau Sebab…
- Zaman beliau (Mahathir), Maybank untung sekitar RM300 juta sahaja. Sekarang? RM6 billion
- Malaysia juga mempunyai simpanan yang besar di institusi seperti Tabung Haji, Permodalan Nasional Bhd, Petronas dan juga melalui Skim Felda.
- Keseluruhan aset BNM, termasuk rizab antarabangsa (US$140.2 bilion), berjumlah US$158 bilion.
- Dengan ekonomi Eropah agak lembap ketika ini, pelaburan Malaysia sekarang dikatakan lebih banyak datang dari Timur.
- Eksport Malaysia terus meningkat, surplus (lebihan dagangan) masih meningkat
Kami tertarik dengan kenyataan Tun Mahathir yang mangatakan simpanan yang kita ada ketika ini ada sekitar US$140 bilion. Kira-kira bersamaan sekitar RM431 bilion.
Jikalau sudah dinamakan hutang pasti akan ada "faedahnya" di mana hutang negara Malaysia ketika ini berada pada paras RM547 bilion dengan faedah sekitar 4%. Malaysia sebenarnya terpaksa membayar sejumlah faedah sekitar RM21.88 bilion. Untuk 2 tahun terahir ini kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib telah meminjam sejumlah lebih RM100 bilion. Satu angka yang agak besar sebenarnya.
Hutang Malaysia Sebelum Najib Bubar Parlimen 2013?
- Tahun 2012 : Hutang RM502 bilion
- Terkini, Februari Tahun 2013 : Hutang RM547 + RM21.88 bilion (kadar fedahnya 4%) + pinjam lagi (RM50 bilion) = RM618.88 bilion
- Tahun 2014 : Hutang RM618.88 bilion (termasuk kadar faedah 4%) + pinjam lagi sekurang-kurangnya (RM50 bilion) = RM693.64 bilion
- Tahun 2015 : Hutang RM693.64 bilion (termasuk kadar faedah 4%) + pinjam lagi sekurang-kurangnya (RM50 bilion) = RM771.39 bilion
- Tahun 2016 : Hutang RM771.39 bilion (termasuk kadar faedah 4%) + pinjam lagi sekurang-kurangnya (RM50 bilion) = RM852.24 bilion
- Tahun 2017 : Hutang RM852.24 bilion (termasuk kadar faedah 4%) + pinjam lagi sekurang-kurangnya (RM50 bilion) = RM936.33 bilion
- Tahun 2018 : Hutang RM936.33 bilion (termasuk kadar faedah 4%) + pinjam lagi sekurang-kurangnya (RM50 bilion) = RM1.023 trilion
- Tahun 2019 : Hutang RM1.023 trilion (termasuk kadar faedah 4%) + pinjam lagi sekurang-kurangnya (RM50 bilion) = RM1.114 trilion
- Tahun 2020 : Hutang RM1.114 trilion (termasuk kadar faedah 4%) + pinjam lagi sekurang-kurangnya (RM50 bilion) = Kita boleh mencapai hutang sehingga RM1.21 trilion menjelang tahun 2020.
Jikalau beginilah hutang negara pada masa itu? Apa akan jadi kepada negara dan rakyat Malaysia pada masa itu?
Jikalau negara seperti Jepun, Singapura…negara apa lagi, banyak hutang kita tidak hairanlah. Hasil bumi tiada. Singapura dengan tanah yang sekangkang kera itu, apa yang boleh diusahakan? Malah mereka terpaksa keluar modal untuk import pula. Tetapi mereka tetap merupakan antara negara terkaya di dunia bersama-sama dengan Brunei ( KLIK SINI). Malaysia?
- Tanah cukup luas dan subur untuk pertanian
- Tuhan telah anugerahkan Malaysia dengan limpahan emas hitam (petroleum) & gas asli di perairan Malaysia
- Kepala sawit, getah, balak
Nilai hutang yang dibuat oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib sejak beliau memerintah sehinggalah ke hari ini Februari 2013. Sudah lebih RM200 bilion hutang dilakukan. Apa hasilnya?
Tercari-cari juga kami bagaimana hutang negara boleh melambung sebanyak ini dalam tempoh hanya beberapa tahun sahaja :
- Nak dikatakan Malaysia menyediakan pendidikan percuma pun tidak juga.
- Nak dikatakan Malaysia menyediakan pinjaman pendidikan tanpa sebarang faedah secara keseluruhannya, pun tidak juga. Hanya segelintir sahaja.
- Nak dikatakan duti eksais 80% dikurangkan menjadi 60%, pun tidak juga
- Nak dikatakan harga minyak diturunkan, pun…….tidak juga
Sedangkan hutang yang mula dilakukan oleh Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah hanya berada pada kadar RM286 bilion sahaja berdasarkan data hutang negara pada tahun 2008.
Sumber Bank Negara Malaysia (BNM) Hutang Negara Malaysia Di Bawah Datuk Najib Razak?- Hutang Negara Akhir Tahun 2009 : RM348.6 bilion
- Hutang Negara Akhir Tahun 2010 : RM390.356 bilion
- Hutang Negara Akhir Tahun 2011 : RM438.467 bilion
- Suku Kedua 2012 : RM476.68 bilion
- Suku Ketiga 2012 : RM484.621 bilion
- Awal Suku Keempat 2012 : RM505.7 bilion
- Suku Pertama 2013 : Sekitar RM547.79 bilion
Yang rakyat risaukan adalah apa yang akan berlaku selepas ini. Adakah cukai akan dinaikkan di masa hutang negara Malaysia terus melonjak tinggi? Syarikat yang terpaksa membayar cukai yang tinggi, akhirnya akan mengalihkan bayaran cukai yang dikenakan kepada rakyat Malaysia. Akhirnya, apa jadi selepas itu?
harakahdaily/-
|
Pondok tol ranap dirempuh Posted: 19 Feb 2013 06:00 PM PST 9 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Pondok tol musnah dirempuh Perodua MyVi. Kereta Perodua MyVi yang remuk di bahagian hadapan setelah melanggar pondok tol berkenaan. SEREMBAN – Sebuah pondok jurutol di Plaza Tol Senawang di sini ranap dirempuh sebuah kereta Perodua MyVi pagi semalam. Kejadian kira-kira jam 5.45 pagi itu dipercayai berlaku apabila kenderaan terbabit yang dinaiki oleh sepasang suami isteri bersama anak mereka berusia enam bulan dari arah lebuh raya tiba-tiba hilang kawalan sebelum merempuh sebuah pondok tol di lorong tunai. Rempuhan itu mengakibatkan pondok tol terbabit musnah 100 peratus, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan ketika kejadian tiada jurutol dalam pondok berkenaan. Malah mangsa yang dipercayai mahu pulang ke rumahnya di Taman Seremban Jaya juga tidak mengalami sebarang kecederaan. Seorang jurutol, Bainun Yaakob, 50, berkata, ketika kejadian dia baru setengah jam sampai ke tol terbabit untuk memulakan tugasnya pada jam 6 pagi. "Saya berada di dalam bangunan plaza tol bersama seorang rakan dan kami tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat seperti bunyi rempuhan. "Saya ingatkan kemalangan antara kenderaan dan saya pun turun ke bawah bagi melihat apa yang berlaku dan tidak sangka sebuah pondok tol tunai roboh dirempuh sebuah kereta," katanya. Menurutnya, sejak 26 tahun bekerja di situ, sudah empat kali kejadian rempuhan tol berlaku. Bainun berkata, kejadian seumpama itu mengundang rasa bimbang pekerja jurutol kerana ia boleh menjejaskan keselamatan mereka. sinar/- |
Ibu cemas kereta dirempuh tayar lori Posted: 19 Feb 2013 05:30 PM PST 9 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - KUCHING - Seorang ibu mengalami detik cemas apabila sebiji tayar seberat 100 kilogram yang tercabut dari sebuah lori enam tan tercabut lalu bergolek dan menghentam kereta yang dipandunya dalam kejadian di Bulatan Datuk Temenggong Abang Kipali Bin Abang Akip, Petra Jaya di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 3.40 petang itu, mangsa, Syafiah Shafie, 36, yang menaiki kereta jenis Perodua Kancil dari arah Jalan Astana menuju ke Matang untuk ke tempat kerja sebelum mengalami kejadian cemas tersebut.
Syafiah berkata, apabila tiba di bulatan tersebut, dia melihat sebiji tayar lori bergolek dan melantun-lantun dari arah kanan menuju ke kenderaannya.
"Tayar tersebut betul-betul menuju ke tempat duduk pemandu dalam keadaan yang laju. "Mujur saya sempat menekan pedal minyak kereta dan tayar tersebut menghentam bahagian pintu penumpang belakang sebelah kanan dan bumbung kereta saya," ujar ibu kepada seorang anak perempuan berusia 11 bulan itu. sinar/-
|
Nestle temui daging kuda dalam pasta Posted: 19 Feb 2013 12:30 PM PST 9 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Nestle terpaksa menarik balik produk berasaskan daging ke negara terlibat. BERN - Syarikat makanan terbesar dunia, Nestle membatalkan pengedaran produk pasta daging ke Itali dan Sepanyol selepas ujian mendapati ianya mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) kuda. Nestle yang berpangkalan di Switzerland sebelum ini mendedahkan produknya tidak terlibat dengan skandal itu tetapi mendedahkan lebih 1 peratus dalam dua produknya mengandungi DNA kuda. "Kami terpaksa melaporkan penemuan ini," kata jurucakap Nestle. Syarikat itu terpaksa menarik balik dua produk pasta iaitu Buitoni Beef Ravioli dan Beef Tortellini di Itali dan Sepanyol. Nestle turut menangguhkan penghantaran kesemua produk berasaskan daging di Jerman dan sejenis produk sejuk beku di Perancis. Penemuan ciri-ciri daging kuda dalam produk yang dilabelkan sebagai daging lembu itu merebak ke seluruh Eropah sejak bulan lalu, sekali gus memaksa pengedarannya ditarik balik. Malah, keadaan itu turut mengundang rasa marah pengguna serta kerajaan melancarkan siasatan terhadap sistem pemprosesan bekalan makanan sedia ada. - Al-Jazeera
|
‘Saya kesal apa dilakukan ke atas Dr Fadzilah’ Posted: 19 Feb 2013 12:25 PM PST 9 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan melahirkan kekesalan terhadap apa yang dilakukan ke atas pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah. "Biarpun kita tidak bersetuju dengan pandangan dan kritikan beliau, namun janganlah sampai menghina dan mengaibkannya sedemikian rupa, itu bukan akhlak kita berjuang," tulis beliau di Facebooknya. Justeru, penegasan beliau buat kesekian kalinya, khas dihulurkan kepada semua rakan-rakan pimpinan, penceramah, facebooker, blogger, websiter dari Pakatan Rakyat agar tidak membalas hujah dengan kejian dan makian atau menyerang lawan dengan memburukkan peribadi dan hal anak beranaknya. "Kekalkan rentak menentang penyelewengan, penipuan dan fitnah lawan atau mana-mana pihak dengan hujah yang berasaskan nas, fakta dan figure," ujarnya lagi.
harakah/-
|
BN ugut peneroka Posted: 19 Feb 2013 11:40 AM PST 9 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
(Muka depan Harakah Jumaat ini)
KUALA LUMPUR: Selain menyekat Pakatan masuk ke tanah rancangan Felda dan Felcra, dengan samseng dan tindakan keras, kini BN mengugut peneroka pula dengan kata-kata kesat.
Dr Mahathir Mohamad baru sedar, Pakatan kian kukuh dalam hati peneroka sehingga memaksa beliau beri amaran agar "peneroka tidak menggigit tangan (BN) yang membantu mereka selama ini."
Pelbagai pendedahan terhadap penyelewengan Felda membuka mata peneroka untuk melakukan perubahan.
Inilah laporan muka depan lidah rasmi PAS, Harakah kali ini. Dapatkan naskah anda untuk mengikuti laporan penuh dalam Harakah Jumaat ini.
harakah/-
|