N45 Dr Halimah Ali |
APA BUKTI PUNCAK NIAGA (SYABAS) TELAH TERIMA SURAT TAWARAN Posted: 20 Feb 2013 09:59 AM PST
Pertama Bursa Malaysia telah mengumumkan tentang dua penerimaan faksimili dari kerajaan Selangor penawaraan untuk mengambil alih syarikat berkenaan. http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/1202901
Dari segi pergerakan harga saham puncak, sila lihat graf 3 di mana carta japanese candelstick menunjukkan ia sangat bullish, membentuk pola "double bottom" yang mana pola ini lazimnya melambangkan "uptrend" setelah menembusi "resistance" pada paras harga RM1.27
| |||||||
Posted: 20 Feb 2013 04:23 AM PST KENYATAAN AKHBAR 20 FEB 2013 SELANGOR TAWAR RM9.65 BILION UNTUK AMBILALIH SYARIKAT KONSESI AIR Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini telah mengambil keputusan untuk membenarkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) membuat tawaran bernilai RM9.65 billion bagi memulakan proses pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi air. Surat tawaran kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas),Puncak Niaga Sd Bhd, Konsortium Abass Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (Splash) akan dikeluarkan secara rasmi oleh KDEB petang ini. Pengambilalihan ini adalah di antara usaha untuk mengembalikan hak air kepada rakyat Selangor. Kerajaan yang dipilih oleh rakyat untuk memimpin negeri ini akan berhak menguruskan industri air. Hasil daripada pengambilalihan ini akan memberi kesan penting terhadap kehidupan rakyat dimana rakyat akan terus menerima kemudahan air percuma 20 meter padu dan tidak akan terperangkap dengan kadar tarif air yang tidak adil serta membebankan. Rakyat juga akan mendapat pengurusan air yang telus dan cekap dan yang paling penting sekali pengambilalihan ini juga akan menamatkan era monopoli air oleh mana-mana individu atau syarikat. Kerajaan Negeri percaya proses pengambilalihan ini akan berjalan lancar memandangkan tawaran ini adalah tawaran terbaik oleh rakyat Selangor demi mempertahankan hak air mereka. Kerajaan Negeri juga berpandangan tawaran tinggi yang kita berikan ini adalah untuk menyelesaikan masalah penswastaan air yang ternyata gagal memberi perkhidmatan cemerlang kepada rakyat dan berharap semua pengusaha air temasuk Tan Sri Rozali Ismail tidak memprejudiskan usaha ini. Kita juga yakin tawaran ini tidak akan merugikan syarikat-syarikat berkenaan kerana jumlah ini merupakan pulangan 12% setahun terhadap ekuiti – yang mereka miliki berbanding dengan pulangan lazim bagi industri air iaitu hanya 6%. Tambahan pula segala liabiliti akan juga diambil alih oleh KDEB menerusi Special Purpose Vehicle. Sementara itu, Kerajaan Negeri telah pada 14hb Februari yang lalu menerima surat jawapan daripada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui yang bertarikh 6 Februari 2013. Namun, jawapan menteri itu tidak banyak membantu menyelesaikan masalah pengambilalihan ini kerana nampaknya menteri terlalu keliru dengan situasi yang kita hadapi ini. Menteri gagal memahami peranan yang sepatutnya dilakukan oleh beliau selaku Menteri yang diamanahkan menjaga industri air hingga memberikan beberapa fakta dan pandangan yang bercanggah di antara satu sama lain. Dalam surat beliau, menteri berkata Kerajaan Persekutuan tiada halangan untuk Kerajaan Negeri memulakan proses pengambilalihan. Walaubagaimanapun, kelmarin apabila ditanya oleh pihak media beliau dengan tegas mengatakan pengambilalihan yang mahu dilakukan Kerajaan Negeri tidak boleh dijalankan kecuali dengan kebenaran Kerajaan Persekutuan. Sebenarnya kita sememangnya sedia maklum bahawa Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa penentu selaku pemegang saham emas seperti yang termaktub dalam Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (Akta 655). Justeru itu, sejak dari awal lagi kita telah menggesa Kerajaan Persekutuan menggunakan kuasa tersebut demi kepentingan awam dengan membantu kerajaan negeri melakukan penstrukturan semula setelah kerajaan negeri membuat tawaran kepada syarikat konsesi. Kerajaan Negeri Selangor konsisten dengan pendirian bahawa hak air harus diserahkan kepada rakyat Selangor dan pengambilalihan ini akan menyelesaikan masalah pengurusan industri air secara menyeluruh. Kerajaan Negeri percaya rakyat Selangor dan Lembah Klang akan menyokong tindakan berani yang kita lakukan ini kerana antara faktor utama kerajaan hari ini dipilih adalah untuk melakukan reformasi pentadbiran termasuklah dalam industri air. YAB TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID IBRAHIM DATO MENTERI BESAR SELANGOR ============================== PRESS STATEMENT 20 FEB 2013 THE PEOPLE OF SELANGOR OFFER TO TAKE OVER WATER CONCESSIONAIRE COMPANIES The Selangor State Executive Committee has decided today to allow Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) to make an offer of RM 9.65 billion to begin the takeover process of Selangor's water concessionaire companies. The offer letter to Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd, Konsortium Abass Sdn Bhd and Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (Splash) will be officially issued this afternoon. This takeover is part of the effort to return the right to water to the people of Selangor. A democratically elected government chosen by the people to lead the state should be the ones responsible for managing the water industry. This takeover will have an important impact on the lives of the people where residents of Selangor will continue to receive 20 cubic meters of free water and will not be trapped with increasing water tariffs that are unjust and burdensome. The people will also experience a management of the water industry that is transparent and efficient; most importantly, this takeover will end the era of monopolisation of the water industry by any individual or company. The state government believes that this takeover will go smoothly given that this offer is the best offer by the people of Selangor to defend their right to affordable water. The state government is also of the view that this high offer will solve the problem of water privatisation that has clearly failed to provide an acceptable level of service to the people and hopes that all involved, including Tan Sri Rozali Ismail, do not prejudice this effort. We are also confident that this offer will not cause a loss for any of the companies involved because this amount represents a return of 12% a year on equity as compared to the average returns for the water industry which stands at 6%. In addition, all liabilities will also be taken over. The state government has also received on the 14th of February a reply from Peter Chin dated 6th of February, 2013. Unfortunately, the minister's reply was not helpful in moving this takeover forward because it seems the minister is extremely confused with the situation we are facing. The minister has failed to understand the role he should play as the minister responsible for overseeing the water industry, to the point where he has provided a number of contradictory facts and views. In his letter, the minister stated that the federal government has no objections for the state government to begin the takeover process. However, when asked recently by the media, he still firmly stated that the takeover process cannot go ahead without approval from the federal government. In fact, we have always acknowledged that the federal government has deciding power in its role as golden shareholders, as provided for in the Water Services Act 2006 (Act 655). Therefore, we have stated consistently that the federal government should exercise this power for the public good and facilitate the state government's restructuring exercise after the state government has made an offer to the concessionaire companies. The Selangor state government is consistent in its stand that the rights to water should be given to the people of Selangor and that this will comprehensively solve the problems of the management of the water industry. The state government also believes that the people will support our initiative because the government of the day was elected precisely to bring about these types of badly needed reforms. TAN SRI DATO SERI ABDUL KHALID IBRAHIM DATO MENTERI BESAR SELANGOR ============================== 雪州政府批准RM9.65 billion 接管水供工业 终止私人界垄断水供时代 雪兰莪州行政议会一致同意允许雪州政府投资集团有限公司(Kum 该献议书将由雪州政府投资集团有限公司于今午正式发给4家特许经 这项接管手续是雪州政府其中一项要将水供权益归还雪州子民而做出 这个接管行动的结果将会为人民带来非同凡响的影响,这包括人民将 人民也将会享有具公信力与有效率的水供管理服务,更重要的是这项 雪州政府相信接管过程将会顺利进行,毕竟这项献议已是雪州人民作 雪州政府认为,我们所做出的高价献议是为了解决私营化水供失败所 我们也相信这项献议不会让任何一家公司遭受任何亏损,因为这项献 同时,雪州政府已于本月14日接获能源、水供及绿色科技部长拿督 然而,该部长的回函并没有对解决接管问题带来多大的帮助,反之显 看起来,该部长不但无法理解自己本来作为管理水供工业之部长应有 在陈华贵的回函中,陈部长已清楚表示联邦政府并不反对(tiad 但奇怪的是,当昨日陈华贵被媒体访问时却表示,除非联邦政府同意 其实,我们很早就表示,依据《水供工业法令》所列明般,联邦政府 因此,我们一早就促请联邦政府为了公众利益而行使该权力来协助州 雪州政府一直都维持立场表示,水供权益应该归还给雪州人民,而这 雪州政府相信雪州与巴生谷的居民将会全力支持我们这项勇敢的行动 雪兰莪州务大臣 丹斯里拿督斯里卡立伊布拉欣 |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan