Rabu, 14 Disember 2011

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


Public spat between Karpal and Ramasamy resolved – DAP leadership to move forward as one united team to face the challenges of 13GE

Posted: 14 Dec 2011 06:32 PM PST

Court rules Utusan guilty of defaming Guan Eng

Posted: 14 Dec 2011 06:27 AM PST

Dr. Boo Cheng Hau's Trilingual Blog: SAY WHAT YOU LIKE

Dr. Boo Cheng Hau's Trilingual Blog: SAY WHAT YOU LIKE


Ucapan Perbahasan Bajet Negeri Johor 2012

Posted: 13 Dec 2011 11:47 PM PST


Ucapan Perbahasan Bajet Negeri Johor 2012, Dr. `Boo Cheng Hau ADUN Skudai merangkapKetua Pembangkang DUN Johor pada 12 Disember 2011

Selamat pagi dan salam sejahtera. Saya inginmengucapkan terima kasih kepada YB Dato' Speaker kerana diberikan peluang untukberbahas berkenaan Bajet Negeri Johor 2012.

PENDAHULUAN 

YB Dato' Speaker,

Prestasi Ekonomi Negeri Johor danIskandar Malaysia

Laporan Ekonomi Negeri Johor 2009/2010 yang disediakan oleh UPEN tidakdapat  dibentangkan kepada Dewan yangmulia ini pada persidangan bajet tahun 2010  tetapidibentangkan selewat persidangan Jun tahun ini.

Oleh itu, pada persidangan bajet tahun 2010 yang lalu, Dewan ini tidakdapat memperbahaskan fakta bahawa pada tahun 2009 ekonomi Negeri Johor menguncup dengan kadar yang amat membimbangkan. KDNK per kapita Negeri Johor menuncupsebanyak -12.5%, KDNK per kapita berasaskan pariti kuasa beli  menurun sebanyak -18.0%.

Walaupun KDNK per kapita dan KDNKper kapita berasaskan pariti kuasa beli melonjak sebanyak 12.0% dan 21.2% masing-masing padatahun 2010, kelonjakan  pertumbuhan ekonomi ini disebabkan penguncupanekonomi pada tahun 2009.

Kenaikan harga minyak sebanyak 8.5%pada Julai 2008  telah mengakibatkan indeks harga pengguna melambung sebanyak 5.4% pada tahun 2008 dan 2.7% pada tahun 2009 sedangkan pendapatanindividu  dan pertumbuhan ekonomi menguncup  dan inflasi yang melambung telah  membebankan rakyat jelata.

Walaupun pertumbuhan KDNKmencatat 9.3% pada tahun 2010 dan dijangka mencatat 5.9% pada tahun 2011, indeks harga pengguna meningkat 1.7% pada tahun 2010 tetapitelah mencecah 3.4% pada Oktober tahunini dan inflasi makanan 5.7%.

Indeks Harga Pengguna atau inflasi yang melambung telah membayangkankegagalan rakyat jelata menikmaiti pertumbuhan ekonomi yang dihebah-heburkandisebabkan inflasi mencecah.

Kayakinanbisines atau Business Confidence (www.tradingeconomics.com) menurun dari 114.0 pada musim kedua kepada 104.5pada musim ketiga tahun ini ekoran  laporan bahawa indeks persepsi rasuah atau Corruption Perception Index Malaysiamenurun  tiga tahun berturut-turut.
Malaysia mendapatkan 4.3 markah tahun ini  manakala 4.4 pada thaun 2010. Kerajaaangagal memperbaiki prestasi CPI Malaysia kepada tahap 4.9. 
Meneurut CPI , Malaysia mengambil tempat ke-60di antara 183 negara dan ke-3 di antara negara-negara ASEAN slepas Singapore (CPI=9.4) dan Brunei (CPI=6.3). Tetapi prestasi CPIMalaysia begitu jauh di belakang  Singapuradan Brunei.

StrategiMemajukan Sosio-ekonomi  Malaysia danJohor

YB Dato'Speaker,
Oleh itu, demi memajukan taraf sosio-ekonomiMalaysia dan Johor, persepsi rasuahsewajarnya diperbaiki khasnya untuk meyakinkan para pelabur dan rakyat jelatabahawa Kerajaan berazam membersihkan imej negatif disebabkan masalah rasuah.
Kedua, KerajaanJohor sewajarnya memperbaiki keadaan kewangan kerajaan dengan mengurangkandefisit dan hutang kerajaan, melabur wang kerajaan secara berhemah,  mempercepatkan projek-projek pemabangunanmenurut jadual supaya meyakinkan para pelabur dan rakyat jelatadengan keberkesanan dan keazaman kerajaan untuk berubah.
Ketiga,pengurusan  dan prestasi kewangansyarikat-syarikat kerajaan perlu diperbaiki serta mempertimbangkan kemungkinan menjual syarikat-syarikat dorman ataukurang berprestasi di pasaran terbuka kepada bukan sahaja para pelaburtemapatan bahkan pelabur asing memandangkan pembanguan Iskandar Malaysia sebagaipusat pelaburan antarabangsa terbaru.

Keadaan Kewangan Kerajaan Negeri

YB Dato' Spekaer,

Saya ingin menjemput rakan-rakan se-Dewan ini supaya kita dapat berbahas secara lebih bijak secara mengasaskanperbahasan atas fakta-fakta fiskal.

YB dato Speaker,

Wang tunai rizab Kerajaan Selangordi bawah pentadbiran baru Pakatan rakyat meningkat dari RM 400 juta pada waktu pengambil alihan kerajaan pada tahun 2008 kepada RM 918 juta pada tahun   2010,. Pelaburan Kerajaan Selangormencecah RM 668 juta pada tahun2010, iaitu kumpulan wang disatukan adalah RM1,586 juta  pada tahap yang lebihtinggi daripada hutang awam sejumlahRM1,004 juta.

Di sebaliknya, walaupun amaun wang pelaburan  Kerejaaan Negeri Johor RM 467 juta padatahun 2010, malahan wang tunai rizab kerajaan Johor menurun dari 100 juta pada tahun 2007 kepada RM 38 juta pada tahun 2010.
         
Walaupun Kumpulan wang disatukan kerajaan Johor adalah sejumlah RM 505 juta, masih jauh kurangdaripada  hutang awam yang telah menignkat ke tahap lebih tinggi, iaitu RM 1,379 juta.   

YB  Dato' Speaker,

72% wang pelaburan Kerajaan Negeri Johor  (RM 311 juta) dilabur dalam saham berisikotinggi di pasaran terbuka dengan pulangan yang tidak konsisten   sedangkan pelaburan ini telahbercanggah dengan keputusan  MajlisJemaah Kerajaan Negeri pada 4 Nov 1991bahawa sekurang-kurangnya 70% wangpelaburan kerajaan negeri sewajarnya dilabur dalam bentuk saham berisiko rendah atau saham amanah.

Oleh yang demikian, YB dato' Speaker, padatahun 2010, suatu nilai sham jangkamasa panjang yang dilabur oleh kerajaannegeri telah dirosotkan nilai sepenuhnya pada kos RM 134.56 juta!   

Kerajaan Negeri sepatutnya menjalankan tugas seperti pelabur yang berwaspada semasa melaburkan wangkerajaan atas amanah rakyat  bukannyaberlagal kaki judi yang suka mengambil risiko.  
Malahan terdpapat dua syarikat kerajaan iaitu SAJ Sdn Bhd dan SyairkatPermodalan Darul Ta'zim Sdn Bhd tidakpernah memberikan sebarang pulangan kepada kerajaan negeri.


YB Dato' Speaker,


Keadaan kewangan kerajaan negeri masih perlu diperbaiki memandangklan hutang awam kerajaan negeri meningkat 8.6% dari RM 1.27 billion tahun 2009kepada RM 1.38 billiion pada tahun 2010.

Walaupun pinjaman dari kerajaannegeri kepada syarikat-syarikat kerajaan yang boleh dituntut sejumlah RM 1.26 billion baru-baru dikira sebagaiasset kerajaan, pinjaman kerajaan kepada GLC termasuk  SAJHoldlngs Sdn Bhd RM 735 juta,  SpecialWater Sdn Bhd RM 430 juta  dan J Corp RM 92 juta  sewajarnya diteliti dari segi keberkesanan GLCsupaya tidak membebankan kerajaan negeri .  

Oleh itu, Kerajaan Negeribertanguunga jawab kepada Dewan ini sama ada  pulangan yang terbaik akandikembalikan kepada kerajaan negeri selepas PAAB mengambil alih asset SAJ dananak syarikatnya.

YB Dato' Speaker,

Pengambilalihan aset SAJ Holdings Bhd oleh PAAB akanmengubahkan tafsiran Perlembagaan Persekutuan atau Kontrak Sosial di mana kuasamengurus sumber dan bekalan air akan dialih dari kerajaan negeri kepada kerajaanpersekutuan  selepas 55 tahun kemerdekaan,

YB Dato' Speaker,

Jika  pengambil alihan SAJ Holdingsoleh PAAB   akan menyelesaikan hutang SAJHoldings dan anak syarikatnya, syarikat kerajaan kurang memuaskan sepatutnyaterbuka kepada  pengambil alihan bukansahaja syarikat swasta tempatan tetapi juga syarikat-syarikat  antarabangsa yang berminat  melibatkan diri dalam pembangunan Negeri  Johor dan Iskandar Malaysia. 

YB Dato' Speaker,

Prestasi syarikat kerajaan  perluditeliti dan syarikat kurang berprestasi perlu disusun semula termasuk dijualdalam pasaran terbuka dengan harga terbaik bukan sahaja untuk mengurangkanbeban kewangan kerajaan malahan memerangsangkan pelaburan asing dan domestik,akhirnya memajukan status sosioekonomi Negeri Johor.

YB Dato' Speaker,

Kerajaan Negeri telah menghapus kirahutang YPJ  RM2.52 juta dan hutang SAJ Holdings Bhd RM 27.93 juta. J Corp pula menerima pinjaman baru sebanyakRM 14.61 juta untuk 6 projek.   Tujuanmenubuhkan syarikat kerjaan adalah untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan,mudah mudahan membawa pulangan yang lumayan kepada kerajaan di sebaliknya.


Perbadanan Johor

YB Dato' Speaker,

Padatahun  2010, jumlah liabiliti Kumpulan Johor Corporation  adalah  RM 9.3 billion,  aset bersih RM 5.0 billion.  

Namunbegitu liabililti semasa KumpulanPerbadanan Johor sadalah sejumlah RM3,876 juta tetapi jumlah aset semasahanya RM 3,179. Maka jumlah asetbersih semasa Kumpulan perbadanan Johor adalah dengan defisit –RM 697 juta.  

Syarikatinduk Perbadanan Johor  mempunyai jumlahliabiliti RM 4.3 billion,  asset bersih  cuma  RM870 juta, aset bersih semasa RM 410juta pada tahun 2010.

JohorCorporation  menanggung pinjaman sejumlah RM 6.659 billion dandi antaranya RM 2.769 billion  bon Islam akan matang pada tahun depan.

Setakatini Kerajaan Negeri dan Johor Corp belum mengumumkan kaedah mengumpulkan sumberkewangan untuk menyelesaikan bon Islam tersebut.

YABMenteri Besar sepatutnya memaklum kepada Dewan yang mulia ini berkenaanrancangan Johor Corp untuk menyelesaikan bon-bon tersebut.

Penstrukturan Semula Hutang J Corp

YB DatoSpeaker,

PadaOgos tahun ini  Kulim Bhd telah mengambil alih 33,800 ekar tanah ladang dari anak syarikat  Johor Corp, Sindora Bhd dengan bayaran wang tunai   RM700  juta bagi menyeleisaikan sebahagianhutangnya. Harga jualan setiap  ladangadalah  RM 20 ribu seekar atau RM 51 ribu sehektar.

Hargaini dipercayai lebih rendah daripada harga pasaran. Oleh itu, Kerajaan Negeri  Besar diharap membentangkan laporan penilaiankepada  Dewan yang mulia ini  supaya meyakinkan para pelabur bahawasyairkat-syarikat kerjaan negeri akan diruskan secara tulus.

Yb dato'Speaker,

Johor Corp  sepatutnya lebih efisien dalam usaha menyusunsemula liablitinya, lebih behemah dalam pengurusan supaya  dapat menarik pelaburan asing ke IskandarMalaysia dan Negeri Johor secara besar-besaran.  

Langkah-langkahyang berani untuk meliberasikan ekonomi Johor dan Iskandar Malaysia  seumpamanya tender terbuka untuk syarikattempatan dan asing mengambil alih syarikat-syarikat kerajaan yang "sakit" perludipertimbangkan.

Dijangka30% anak syarikat Johor Corp  telah menjadi dorman atau tidak beroperasi. Anak-anak syarikat yang dorman dankurang berprestasi sepatutnya dijualsecara terbuka di pasaran kepada bukan sahaja syarikat tempatan tetapi jugasyarikat anatrabangsa jika Iskandar Malaysia ingin dijadikan sebagai tumpuanpelaburan asing dan domestik.

Menyusun Semula Syarikat Kerjaan dan Badan berkanunBetindih atas Fuingsi

YB Dato'Speaker,

Anak Syarikat Johor Corp (milik saham 75%), Johor SkillsDevelopment  Center Sdn Bhd atau Puspatari  berfungsi sebagai pusat latihan kemahiranindustri  atas kerjasama KementerianSumber Manusia  dan  penajaan geran Kementerian Kewangan. 

Keuntungan sebelum cukaiPuspatari menurun dari RM 2.99 jutapada tahun 2007 ke RM 1.69 juta pada tahun 2009. Lagipun pengambilan pelajarPuspatari tidak mencapai sasaran, iaitu 2.7%-100%bagi kursus-kursus jangkamasa panjang,83.6-88.5% bagi kursus-kursus jangkamasa pendek. 

Pengambilanpelajar yang jauh dari sasaran telah membazir sumber kewangan kerajaansedangkan membawa kerugian kepada syarikat kerajaan.

YB Dato'Speaker,

Disebaliknya  YPJ juga menjalankan program pendidkan dan kemahiran yang bertindihdengan Puspatari.  Jumalah pendaftaranpelajar ke institut dan kolej KumpulanPendidikan YPJ di antara tahun 2008dan 2010 tidak mencapai sasaran malahan semakin menurun, iaitu 37.5%, 52.3% dan 31% dari tahun 2008 hingga2010. 

YB Dato'Speaker,

MemandangkanKPYPJ mengalami kerugianberturut-turut di antara tahun 2007 dan 2009,  operasi institut KPYPJ dan Puspatari perlu disatukan untuk menjimatkankos operasi dua-dua syarkat kerajaan yang sebenarnya bertindih dari segi fungsimereka sebagai pusat pendidikan dan latihan kemahiran.

Salah satu pendekatan yang efektif untuk mengurangkankerugian syarikat kerjaan adaah menyatukan pengurusan   syarikat kerajaan dan badan berkanun yangbertindih fungsi mereka.

YB Dato'Spekaer,

Pengurusan YPJ 

YPJmemainkan peranan yang mustahak dalam usaha mempertingkatkan taraf pendidikandan tenaga manusia di Negeri Johor. Oleh itu, keadaan kewangan dan prestasi YPJ/KPYPJ mesti diteliti di Dewanini.

YB Dato'Speaker,

Pada tahun 2009 pelaburan YPJ dalam anak syarikat sejumlah RM 261 juta tetapi 24% atauRM 61 juta pelaburan YPJ tidap dapat disahkan sebab ketiadaandokumen dikemukakan diaudit.

Jumlah penghutang YPJ pada tahun 2009 adalah RM 8.54 juta. 88.8% hutang atau RM 7.59 juta tidak dapat disahkan kebenaran kerana dokumen tidak dikemukakanuntuk diaudit.

YB Dato'Speaker,

Sayamasih ingat lagi pada masa dahulu taukeh-taukehkedai runcit pun tahu apa maknanya akauntabiliti. Semua penghutang kedairuncit mesti diberikan buku nota kecil "555"dengan  catatan   butiran hutang selaras dengan catatan amaunhutang dalam buku hutang besar taukeh kedai terbabit.

Padahujang bulan bila nak bayar hutang, penghutang mesti membawa buku 555 dantaukeh kedai runcit akan memastikan jumlah hutang dalam selaras di anatara bukukecil 555 dan buku besarnya sebelum penghitang diminta menjelaskan hutang.

Jika Pengarah dan ahli Lembaga YPJ tidak mengertimaknanya akauntabliti dalam pengurusan, mereka sepatutnya dihadiahkan buku 555supaya mereka mempelajari ilmu pengurusan  dan tanggung jawab  dari taukeh kedai runcit.  

YB Dato'

Anaksyarikat YPJH iaitu YPJ Corporatoion SdnBhd telah melabur dalam saham  siar harga Ranhill Bhd. berjumlah  RM 70juta pada tahun 2009 tetapi harga saham berkenaan menurun kepada RM 25 juta. Oleh itu, YPJ Corporation Sdn Bhd mengalami kerugian RM 44 juta disebabkanpelaburan yang bersiko tinggi.

Sepertiyang dikatakan dahulu, pentadbir kerajaan dan pengurus syarikat kerajaan mestimenjadi pelabur yang bijak dan berwaspada. Janganlah berlagak kaki judi yangsuka mengambil risiko tinggi tanpa mempertimbangkan akibat buruk berpunca darisikap "mian-main judi" mereka.

YPJmerupakan badan berkanun yang ditugas dengan misi membangun pendidikan danlatihan kemahiran di Negeri Johor.  Olehitu, YPJ sepatutnya lebih berhemah dari segi perbelanjaan dan pelaburan sertamengkaji kemungkinan mengadakan program francais bersama dengan sektor swastauntuk mengurangkan kerugian.

YB Dato'Speaker,

Padatahun 2010 warga asing yang menetap di Johor telah mencecah 293 ribu orangiaitu 8.9% dari 3 juta penduduk Johor. Kadar warga asing sepatutnya diseimabngkan tidak melbihi kadar 5%. Jika kadarwarga asing terlalu tinggi speperti yang berlaku di Sabah, 27% penduduk Sabahterdiri daripada warga asing. Kadar warga asing terlalu tinggi akan menjejaskanpeluang pekerjaan  dan taraf gaji warganegara.

YB DatoSpeaker,

Usahlahkita bersikap emosi kepada isu menyusun semula bilangan penjawat awam sebab bilanganpenjawat awam terlalu ramai akan menjejaskan ekonomi dan membebankan tanggungankerajaan sedangkan sektoe swasta memerlukan tenaga manusia mahir yangberamai-ramai khasnya selaras dengan pembangunan Iskandar Malaysia.

Jepun mempunyai bilangan penjawat aawam yang sama denganMalaysia iaitu 1.2 juta. Tetapi bilangan poenduduk jepun adalah 5 kali gandabilangan penduduk Malaysia. Oleh itu, bilangan penjawat awam  perlu dikurangkan manakala pertukaran tenagamanusia di antara sektor awam dan swasta dapat mengintegrasikan  dua-dua sektor.

YB Dato'Speaker,

Budaya Orang Asli Seletar atauorang Laut merupakan pusaka Kesultanan Johorseperti tercatat dalam penulisan ProfessorZainal Abidin Borhan. Baru-baru ini terdapat hak milik tanah sebahagianbesar Kpg Sungai Temun, penempatan Orang Seletar telah diambil alih oleh Nodedua Sdn Bhd  anak syarikat Iskandar Investment tanpapengetahuan dan persetujuan orang Asli Seletar.

Sebagaipenduduk asal pertama di tanah air kita, hak-hak Orang Asli belum terjamin dibawah undang-undang dan perlembagaan khasnya terhadap hak milik tanah adatmereka.  Jika Negara-negara Barat dapatmenjamin hak-hak tanah Orang Asal atau pribumi melalui penempatan tanah  rizab , Negeri Johor sepatutnya menggubal satuEnakmen demi mempertahankan hak milik Orang Asli terhadap tanah  adatmereka.

Tambahnya,Kpg Orang Seletar Pasir Salam, Ulu Tiram belum dibekalkan dengan elektrik danair paip sedangakn kampung-kampung berdekatan lain telah lama disiapkaninfrastruktur. Saya telah membawa isu ini kepada perhatian JHEOA  dan YAB Menteri Besar, tetapi belum adasebarang tindakan dari pihak berkuasa.

Jangalahdikatakaan Kerjaan Johor bertamaddun, hak asasi milik tanah Orang Asalterabai. 


YB Dato' Speaker,

Banjir Lumpur kilat masihsering berlaku di Kampung Poh Chee Leng,Skudai, dan Kawasan Jalan makmur Taman Damai Jaya selama sepuluh tahunekoran pembinaan Kem Tentera Skudai yang telah terbengkalai selama 8 tahun.

Sehubungdengan Laporan Ketua Audit Negara 2009, PAC Parlimen  telah  mebuat lawatan ke tapak Kem Skudai pada bulanMei lalu serta mengenalpastikan   tanggungjawab Pemaju KCSB  terhadap penyenggaraan kolam kelodak di tapak terbabit.

YB Dato'Speaker,

Banjir kilattelah berlaku 3 kali iaitu 23 hb September 2010, 18 Mei dan 20 November tahunini yang melibtakan 100 keluarga di Kawasan Jalan Makmur,  kediaman Taman Damai Jaya. Pada purata banjirkilat setiap kali memakan masa 2-3 jam yang ditolak bantuan kewangan bencanasebab setiap kejadian kurang dari 6 jam.

Para pendudukterlibat menyuarakan ketidapusan sebab 3 kali banjir kilat telah mendatangkankerugian yang besar sedangkan setinggan-setinggan yang menduduki tanah rizabJPS diberikan batuan JKM.

Oleh itu, saya berharap pihak berkenaan akanmeluluskan permohonan bantuan ikhsan mangsa  banjir di kawasan Jalan Makmur Taman DamaiJaya.

Secararingkas dan cemas,  penduduk-penduduk PangsapuriHang Lekir Taman Skudai Baru, Flet Taman Impian Mas, Taman Skudai Baru, PangsapuriBandar Selesa Jaya dan Sri Awana Apartment  Bandar Selesa Jaya  merayu kepada PBT supaya perhentian basterteduh dibina dan khidmat bas dipulihkan dengan jadual tetap.

Sekianucapan perbahasan bajet 2011 saya, terima kasih.

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


JANGAN ABAIKAN TARBIYYAH APABILA BERHADAPAN PILIHAN RAYA

Posted: 13 Dec 2011 06:02 PM PST


TELUK INTAN, 12 Disember - Ahli-ahli PAS khususnya para petugas pilihan raya dinasihatkan agar tidak mengabaikan program tarbiyyah di dalam keghairahan melakukan gerak kerja persiapan menghadapi PRU13. Demikian telah dinyatakan oleh Ketua Lujnah Tarbiyyah dan Latihan Perkaderan PAS Perak Ustaz Sidik Nor semasa membuat pembentangan di dalam majlis Liqa Fikri peringkat PAS Kawasan Teluk Intan. Majlis telah diadakan di Markaz PAS Kawasan, Kg. Padang Tembak dekat sini.

Menurut beliau, aspek tarbiyyah perlu dilalui oleh oleh setiap petugas parti dan ia tidak boleh diabaikan jika inginkan kemenangan yang berkualiti.

"Inilah kekuatan kita berbanding dengan UMNO iaitu kekuatan kerohanian, beribadat dan taqarrub kepada Allah SWT. Malah bagi petugas PAS, solat tahajud bukan lagi satu amalan sunat tetapi menjadi amalan wajib kepada kita agar kita mendapat makam orang yang dikasihi oleh Allah," tambah beliau lagi.

Ustaz Sidik juga telah menggariskan beberapa perkara yang menjadi prasyarat untuk mencapai kemenangan seperti mempunyai kejelasan terhadap fikrah perjuangan, mendalami hukum Islam, sentiasa bermuraqabah kepada Allah, menjadi contoh terbaik kepada masyarakat, bekerja secara berjemaah, meletakkan kepentingan jemaah melebihi kepentingan peribadi dan bersifat tawadhu'.

Di samping itu, beliau juga mencadangkan beberapa program yang boleh dilakukan oleh setiap petugas parti untuk membina kualiti diri seperti berusaha meninggalkan dosa besar, tidak mengekalkan dosa kecil, sentiasa berwudhu semasa bertugas, solat berjemaah, membaca al Qur'an, menjaga pergaulan, memelihara aurat, selalu memuhasabah diri, bersedia menerima teguran, meraikan kekurangan sahabat, mewujudkan suasana mahabbah semasa bertugas dan mengelakkan pertengkaran.


Para ahli PAS sedang melafazkan baiah.

Di penghujung program, Ustaz Sidik berserta para pimpinan PAS kawasan, cawangan dan ahli yang hadir melafazkan ikrar bai'ah memikul tanggungjawab kepada perjuangan parti untuk menegakkan perintah Allah.

intanhijau.blogspot.com

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Program Fund Raiser DUN Seri Andalas

Posted: 11 Dec 2011 07:50 AM PST

Klang, 11 Disember 2011 - Program Fund Raiser DUN Seri Andalas telah diadakan di Dewan Sukan MPK Taman Seri Andalas pada hari ini yang bermula jam 7.30 malam.

Program tersebut yang bertemakan Demi Rakyat - Pertahan Selangor Tawan Putrajaya telah dihadiri lebih 800 orang.

Antara tetamu-tetamu kehormat yang hadir adalah Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali, Naib Presiden PKR, YB Tian Chua, Pengarah Strategik PKR, Saudara Rafizi Ramli, ADUN Sri Muda, YB Shuhaimi Shafiei, Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Selangor, Cikgu Jaafar, ahli-ahli Majlis, Majlis Perbandaran Klang dan ketua-ketua komuniti setempat.

YB Dr Xavier Jayakumar, yang menjadi tuan rumah bagi program tersebut dalam ucapannya menyeru kepada para hadirin adalah penting untuk melakukan perubahan bagi masa depan rakyat yang lebih baik dan ini hanya tercapai dengan usaha untuk mempertahankan negeri Selangor dan menawan Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang.


Tetamu-tetamu kehormat iaitu YB Azmin Ali, YB Tian Chua, Saudara Rafizi Ramli, YB Shuhaimi Shafiei dan Cikgu Jaafar telah berucap ringkas memberi sedikit penerangan kepada para hadirin. Antara isu-isu yang disentuh adalah isu Fidlot-Lembu UMNO, Ketirisan dan penyalahgunaan kuasa yang terus berleluasa dibawah pimpinan UMNO Barisan Nasional dan persiapan untuk menghadapi pilihanraya.

Majlis turut digamatkan dengan telatah Pengerusi Majlis, Saudara Azmizam Zaman Huri yang juga Ketua AMK Kota Raja mengingatkan para hadirin supaya memilih perubahan dan mengangkat Dato'Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri pertama dari Pakatan Rakyat.

YB Dr Xavier Jayakumar mengucapkan terima kasih kepada para hadirin yang terus memberi sokongan dan mengucapkan terima kasih kepada para sukarelawan yang bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut. 

Majlis berakhir jam 11.30 malam. 












Majlis Sambutan Rumah Terbuka Krismas Negeri Selangor 2011

Posted: 10 Dec 2011 07:50 AM PST

Petaling Jaya, 10 Disember 2011 - Majlis Sambutan Hari Krismas 2011 yang dianjurkan Kerajaan Selangor di Kompleks Membeli-belah 1Utama, mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan penglibatan seluruh anggota masyarakat berbilang kaum.

Sambutan Hari Krismas 2011 ini adalah anjuran bersamna Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Tourism Selangor dan Pusat membeli-belah 1Utama.

Sekurang-kurangnya 10,000 rakyat menghadiri perkarangan pusat membeli-belah turut bersama-sama dalam meraikan majlis tersebut.

Selain meraikan perayaan terbesar masyarakat Kristian, Kerajaan Selangor turut menyelitkan unsur pendidikan kepada rakyat menerusi tema mesra alam.

Selaras dengan tema sambutan yang mengutamakan penjagaan alam sekitar, sistem lampu dan kesan bunyi persembahan mengunakan tenaga hijau biodiesel yang dihasilkan oleh minyak masak terpakai.

Tidak terlepas, lampu pokok Krismas dinyalakan melalui tenaga yang dijana oleh basikal.

Minyak masak yang digunakan untuk menyediakan juadah makanan kepada pengunjung dikumpulkan untuk dikitarsemula.

Exco Selangor, YB Dr Xavier Jayakumar berkata, kerajaan negeri komited mendidik masyarakatnya tentang nilai kehidupan berbilang kaum dan agama selain memberi mesej kesedaran cintai alam sekitar.

"Sokongan rakyat di Negeri Selangor (terhadap dasar Pakatan Rakyat) ini saya lihat semakin meningkat pada setiap kali penganjuran majlis yang kami lakukan.

"Inilah dasar kami, hasil negeri yang dijana dikembalikan kepada rakyat selain memajukan negeri," Dr Xavier berkata deikian pada majlis tersebut.

Sambutan ini juga dimeriahkan lagi dengan persembahan oleh penyanyi-penyanyi terkemuka seperti Reshmonu dan Francesca Peters dan Koir Filharmonik Selangor.


Warga Emas Membeli-belah Di Econsave Dalam Program Jom Shopping Ke-6 DUN Seri Andalas

Posted: 09 Dec 2011 07:50 AM PST

Klang - DUN Seri Andalas meneruskan Program Jom Shopping keenamnya di Econsave dengan membawa warga emas membeli-belah.

Program tersebut telah dijayakan dengan bantuan sukarelawan yang hadir memberi bantuan kepada warga emas untuk membeli belah dan membantu membawa barangan yang telah dibeli.

Dr Xavier Jayakumar mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada kesemua sukarelawan yang datang membantu.

Kesemua warga emas yang menyertai program Jom Shopping tersebut berasa gembira bukan sahaja dapat keluar membeli belah malah dapat beramah mesra bersama-sama wakil rakyat mereka.

Program 'Jom Shooping' yang diperkenalkan ini merupakan sebahagian daripada program untuk warga emas yang berusia 60 tahun ke atas yang telah berdaftar dengan Skim Mesra Usia Emas, SMUE melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor, MES.

Nuffnang