Nuffnang

i n t a n h i j a u

Posted by Tanpa Nama | Posted on 4:07 PTG

i n t a n h i j a u


JANGAN ABAIKAN TARBIYYAH APABILA BERHADAPAN PILIHAN RAYA

Posted: 13 Dec 2011 06:02 PM PST


TELUK INTAN, 12 Disember - Ahli-ahli PAS khususnya para petugas pilihan raya dinasihatkan agar tidak mengabaikan program tarbiyyah di dalam keghairahan melakukan gerak kerja persiapan menghadapi PRU13. Demikian telah dinyatakan oleh Ketua Lujnah Tarbiyyah dan Latihan Perkaderan PAS Perak Ustaz Sidik Nor semasa membuat pembentangan di dalam majlis Liqa Fikri peringkat PAS Kawasan Teluk Intan. Majlis telah diadakan di Markaz PAS Kawasan, Kg. Padang Tembak dekat sini.

Menurut beliau, aspek tarbiyyah perlu dilalui oleh oleh setiap petugas parti dan ia tidak boleh diabaikan jika inginkan kemenangan yang berkualiti.

"Inilah kekuatan kita berbanding dengan UMNO iaitu kekuatan kerohanian, beribadat dan taqarrub kepada Allah SWT. Malah bagi petugas PAS, solat tahajud bukan lagi satu amalan sunat tetapi menjadi amalan wajib kepada kita agar kita mendapat makam orang yang dikasihi oleh Allah," tambah beliau lagi.

Ustaz Sidik juga telah menggariskan beberapa perkara yang menjadi prasyarat untuk mencapai kemenangan seperti mempunyai kejelasan terhadap fikrah perjuangan, mendalami hukum Islam, sentiasa bermuraqabah kepada Allah, menjadi contoh terbaik kepada masyarakat, bekerja secara berjemaah, meletakkan kepentingan jemaah melebihi kepentingan peribadi dan bersifat tawadhu'.

Di samping itu, beliau juga mencadangkan beberapa program yang boleh dilakukan oleh setiap petugas parti untuk membina kualiti diri seperti berusaha meninggalkan dosa besar, tidak mengekalkan dosa kecil, sentiasa berwudhu semasa bertugas, solat berjemaah, membaca al Qur'an, menjaga pergaulan, memelihara aurat, selalu memuhasabah diri, bersedia menerima teguran, meraikan kekurangan sahabat, mewujudkan suasana mahabbah semasa bertugas dan mengelakkan pertengkaran.


Para ahli PAS sedang melafazkan baiah.

Di penghujung program, Ustaz Sidik berserta para pimpinan PAS kawasan, cawangan dan ahli yang hadir melafazkan ikrar bai'ah memikul tanggungjawab kepada perjuangan parti untuk menegakkan perintah Allah.

intanhijau.blogspot.com

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP