:: cina islam | 2011 :: |
- Pemuda PAS Parit anjur HIMPIT 2011
- Takziah buat keluarga Pak Majid Salleh
- Video klip hina hudud: Pemuda PAS lapor polis
- Utusan diarah bayar RM200,000 kepada Guan Eng
- Protes AUKU: 15 siswa ditahan di KL Sentral
- Masjid Dibakar Puak Pelampau
- Fidlot: NGO lapor SPRM, desak 3 menteri disiasat
- Imap lapor polis klip video perlekeh hukum hudud
- CAP gesa kerajaan haramkan racun Paraquat
- Video hina hudud ada kaitan dengan Noh Omar?
- Penganut Kristian paling minoriti dalam DAP
- 54 kerusi parlimen BN di Felda tergugat
- PAS harap semakan kehakiman dibenarkan esok
- Mujahid: PAS ganti Umno dan Mohamad Sabu
- Fokus resipi kejayaan
- MB Kedah kini bergelar Datuk Seri Diraja
- Buruh ke tali gantung
- Gempa magnitud 7.1 gegarkan Papua New Guinea
- Panel khas SPRM bincang kes Taib Mahmud
- DAP persoal tindakan pindah KLIA2 ke tanah lembut
- Adun peka situasi rakyat tidak kira masa
- Tunjuk Perasaan Senjata Orang Miskin, Yang Ditipu dan Yang Ditindas
- Pesta dadah sambut hari jadi
- Ibu tunggal bersalah mencuri
- Gerakan murtad wujud
Pemuda PAS Parit anjur HIMPIT 2011 Posted: 14 Dec 2011 04:03 AM PST 18 Muharram 1433H. [MOD] - SU DPP Parit Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit akan mengadakan Himpunan Anak Muda Parit (HIMPIT 2011) pada 25 Disember 2011 (Ahad), bermula jam 2.00 petang dan sehingga 12 tengah Malam bertempat di Pondok Pengajian Darul Mubarak, Kampung Selboh, Parit . Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Parit, Ustaz Hakimi Mohd Nor, HIMPIT 2011 diadakan bagi mengumpul kekuatan anak muda yang bersama Pakatan Rakyat dalam Parlimen Parit sebagai persediaan memenangi pilihanraya umum ke-13 akan datang. HIMPIT 2011 ini juga adalah satu kesinambungan daripada Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP) pada 24 Oktober 2011 yang lalu. Menurut beliau lagi, himpunan ini sangat signifikan untuk mengulangi kejayaan besar di Parlimen Parit pada Pilihanraya Umum ke-10 di mana PAS dan PKR telah menewaskan BN di semua kerusi iaitu Parlimen Parit, Dun Belanja dan Dun Bota. Pelbagai acara menarik disediakan bermula jam 2.00 Petang sehingga 6.30 Petang diadakan seperti Ucapan Motivasi Pilihanraya, Penyerahan Watikah Jentera Pilihanraya, Ikrar Petugas, Pameran Motosikal Berkuasa Tinggi oleh Alternative Riding Club (ARC), Persembahan Kebudayaan Masyarakat Melayu dan India, Pertandingan Tarik Tali dan BBQ Ikan. Acara kemuncak himpunan tersebut adalah Ceramah Perdana HIMPIT 2011 yang akan diadakan pada jam 9.00 malam yang akan disampaikan oleh Dr Raja Iskandar Al-Hiss (Naib Ketua Pemuda PAS Pusat), Dr Meor Ismail (Ketua AMK Perak), Cik Faridah Samad (Pengerusi Ameerah Malaysia) dan.Cik Siti Aishah Ismail (Ketua Srikandi Keadilan Malaysia) Ustaz Hakimi yang mewakili semua jawatankuasa HIMPIT 2011 turut mengajak semua anak-anak muda lelaki dan perempuan dalam Parlimen Parit untuk hadir beramai-ramai ke himpunan ini bagi menunjukkan kebangkitan anak muda membantah penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin Barisan Nasional di Negeri Perak serta Malaysia . Menurutnya lagi, semua yang hadir akan menerima cenderahati khas HIMPIT 2011 yang telah disediakan oleh pihak penganjur. | ||||
Takziah buat keluarga Pak Majid Salleh Posted: 14 Dec 2011 03:55 AM PST 18 Muharram 1433H. [MOD] -
| ||||
Video klip hina hudud: Pemuda PAS lapor polis Posted: 14 Dec 2011 03:49 AM PST 18 Muharram 1433H. [MOD] - Harakahdaily/- (Pemuda Kelantan menunjukkan laporan polis yang dibuat) KOTA BHARU 14 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, hari ini membuat laporan polis berhubung klip video bertajuk 'lagi hudud PAS' yang disiarkan di halaman Youtube. Laporan itu dibuat memandangkan klip video berkenaan melanggar aturan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, Syekyen 120 Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu 1994, seksyen 298 dan 298A Kanun Keseksaan. Laporan berkenaan dibuat oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Mohamed Nuri Mat Yaacob di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Pengkalan Chepa, di sini tengahari tadi. Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman, ketika ditemui memberitahu kerana ingin menentang PAS, pihak tertentu sanggup mempersendakan hukum Allah. "Langsung mereka tidak sedar tindakan itu bukan sahaja memperlekehkan PAS untuk menegakkan hukum Allah, sebaliknya menghina hukum Allah sendiri,"ujarnya. Latif turut mempertikaikan kenapa Umno tidak mempertikaikan isu video itu sedangkan masaalah lain parti itu menjadi juara seperti isu air, 'samakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan nabi dan berbagai lagi. Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan Pusat mengambil tindakan segera berhubung penghinaan hukum Hudud itu kerana ianya boleh mengelirukan orang ramai. Sementara itu, seorang blogger melaporkan dalam analisanya, penerbit video berkenaan mempunyai kaitan dengan Datuk Seri Noh Omar, Timbalan Pengerusi Umno Selangor. Ini kerana, email penerbit berkenaan juga email kepada webmaster laman web Pena Noh Omar, Puteri Umno Selangor dan Umno Tanjung Karang. | ||||
Utusan diarah bayar RM200,000 kepada Guan Eng Posted: 14 Dec 2011 03:46 AM PST 18 Muharram 1433H. [MOD] - Harakahdaily
| ||||
Protes AUKU: 15 siswa ditahan di KL Sentral Posted: 14 Dec 2011 03:44 AM PST 18 Muharram 1433H. [MOD] - Seramai 15 orang mahasiswa ditahan polis ketika terbabit dalam perhimpunan flashmob di KL Sental dekat ibu negara bagi menuntut kebebasan akademik yang didakwa makin dikekang kerajaan. Namun, hanya beberapa minit selepas sempat berkumpul, kira-kira 25 mahu mereka bersurai tetapi ini tidak dihiraukan oleh mereka. Polis kemudian mula bertindak dan menangkap mereka. 15 daripada mereka dibawa ke balai polis berhampiran. Kumpulan mahasiswa itu menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) serta autonomi akademik dijamin pihak kerajaan. Mereka membawa sepanduk dan poster yang berbunyi 'Kami bersatu untuk kebebasan akademik' dan 'Berikan autonomi keada universiti' dan juga kertas bersaiz A4 yang tertera perkataan 'bebas'. Ketua polis daerah Brickfields Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid memberi mereka dua minit untuk menyampaikan mesej dan kemudiannya mengarahkan mahasiswa berkenaan supaya bersurai. Pelajar pada mulanya hanya mendiamkan diri dan mengikuti Mohd Safwan yang secara tiba-tiba bergerak ke arah orang ramai. Adalah dipercayai mahasiswa itu mungkin didakwa mengikut Seksyen 27 Akta Polis. Malaysiakini/- | ||||
Posted: 14 Dec 2011 01:00 AM PST 18 Muharram 1433H. [MOD] - BAITULMUQADDIS: Polis Israel mengesahkan bahawa sebuah masjid yang terletak di tengah bandar di sini sengaja dibakar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab pada Rabu. Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata terdapat grafiti yang ditulis dalam bahasa Hebrew ditinggalkan di bahagian masjid yang tidak digunakan. Ia mencadangkan perbuatan tersebut berkemungkinan dilakukan oleh puak pelampau Yahudi. Pihak tentera Israel juga mengesahkan bahawa terdapat kenderaan yang turut dibakar dan graviti yang berunsurkan kebencian juga dapat dilihat di bandar Nablus dan Qalqilya di Semenanjung Gaza. Kejadian terbaru itu hanya berlaku sehari selepas pelampau Yahudi memecah masuk pusat tentera Israel di Semenanjung Gaza yang menyebabkan berlaku kebakaran dan mencederakan pegawai kanan tentera. Kejadian ini juga mencetuskan dakwaan bahawa kerajaan Israel tidak mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap puak pelampau tersebut. - AP | ||||
Fidlot: NGO lapor SPRM, desak 3 menteri disiasat Posted: 14 Dec 2011 12:40 AM PST 18 Muharram 1433H. [MOD] - SHAH ALAM, 14 Dis: NGO Jingga 13 hari ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat tiga menteri yang didakwa mempunyai kaitan dalam skandal Pusat Fedlot Kebangsaan (NFC). Berkata kepada media di lobi Pejabat SPRM Shah Alam hari ini, Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa memberitahu ketiga-tiga menteri terbabit adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan juga Datuk Seri Noh Omar. Ini kerana Noh merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketika ini manakala Muhyiddin dan Mustapa adalah bekas menteri di kementerian tersebut sebelum ini yang didakwa ada kaitan dengan kelulusan pemberian dana RM250 juta kepada syarikat NFC yang dimiliki suami kepada Datuk Shahrizat Abdul Jalil. "Kami mendesak agar satu siasatan dan tindakan oleh pihak SPRM wajar diambil terhadap ketiga-tiga menteri yang memegang jawatan sebagai Menteri Pertanian sekiranya mereka terlibat dengan tindakan penyaluran wang tersebut iaitu sebanyak RM250 juta," jelas Fariz selepas menyerahkan memoranduk kepada suruhanjaya itu. Sebelum ini siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) merumuskan 'ada yang tidak kena' dengan projek berkaitan penternakan lembu yang bernilai RM250 juta itu. "SPRM perlu siasat kerana Muhyiddin memegang jawatan tersebut dari 2004 hingga 2008, Mustafa dari 2008 hingga 2009 dan Noh dari 2009 sehingga sekarang. "Kita merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid yang menyatakan bahawa pegawai-pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang hadir pada perjumpaan PAC memberitahu wang dikeluarkan kepada satu akaun khas sejak 2008 hingga 2009," kata seorang lagi koordinatornya Afzainizam Abd Rahman. Tambah Afzainizam lagi, tindakan yang dilakukan oleh kementerian terbabit adalah merupakan satu tindakan salah guna kuasa yang amat nyata apabila telah menyalurkan wang kepada akaun khas NFC sebelum perjanjian dibuat seperti mana prosedur dan peraturan kewangan. Dalam pada itu mereka juga mahu tahu siapa sebenarnya yang mengetuai mesyuarat Jawatankuasa Impak Tinggi yang didakwa dipengerusikan oleh Perdana Menteri sewaktu meluluskan pemberian dana RM250 juta itu pada tahun 2008. Ia kerana pada waktu itu sedang berlaku peralihan kuasa antara Tuan Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak. Sebelum itu skandal NFC telah menyebabkan Umno tidak senang duduk sehingga beberapa pemimpin mereka mendesak Shahrizat melepas jawatan sebagai Menteri Pembangunan Keluarga Wanita dan Masyarakat serta jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno. Harakah Daily | ||||
Imap lapor polis klip video perlekeh hukum hudud Posted: 14 Dec 2011 12:30 AM PST 18 Muharram 1433H. [MOD] - KANGAR - Terkilan dengan mesej disampaikan sebuah klip video tempatan yang cuba memperlekehkan perlaksanaan hukum hudud di negara ini, Ikatan Mahasiswa Islam Perlis (Imap) membuat laporan polis berhubung penyebarannya di laman sosial YouTube di Balai Polis Kangar, di sini lewat petang kelmarin. Setiausaha Imap, Mohd Izuwan Zaini berkata, polis dan pihak berkuasa terlibat perlu menjalankan siasatan segera ke atas pemilik akaun YouTube didaftarkan dengan nama Kawasaki2722, dikesan memuat turun satu video klip bertajuk 'Sembang Kopi-Lagi Hudud Pas' sejak 21 November lalu yang dilihat jelas mempersendakan agama Islam. Menurutnya, klip video selama lima minit yang membincangkan pelbagai isu politik semasa itu kini sudah disaksikan lebih 80,000 orang dan Imap bimbang dialog percakapan yang merendah-rendahkan hukum hudud sebagai hukum Islam akan memberi impak negatif kepada penontonnya terutama generasi muda. "Polis dan pihak berkuasa perlu segera menghentikan penyebaran video klip itu yang didapati menghina agama Islam secara terang-terangan walaupun saya percaya objektif sebenar penghasilan klip video itu berbaur politik. "Imap menyifatkan tidak wajar sekiranya hukum agama dilibatkan dalam percakaran politik dan mendesak seluruh umat Islam di negara ini memboikot klip video itu demi mengelakkan mana-mana individu yang tidak kuat pegangan Islam terpengaruh dengan dakyah disampaikan," katanya sewaktu ditemui media selepas membuat laporan polis diiringi lapan ahli Imap di sini lewat petang kelmarin. Sinar Harian | ||||
CAP gesa kerajaan haramkan racun Paraquat Posted: 14 Dec 2011 12:20 AM PST 18 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 14 Dis: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengharamkan racun rumpai jenis Paraquat yang didakwa mengandungi toksik berlebihan yang boleh membunuh. Menurut Presidennya, S.M Mohamed Idris, racun yang turut diseludup di negara ini itu mempunyai kepekatan racun lebih daripada 40 peratus dan membahayakan pengguna khsusnya apabila disedut, bersentuh dengan kulit dan jika ditelan. "Keracunan yang amat tinggi dan kekurangan antidot membawa kepada masalah kesihatan yang serius, dan kematian akibat daripada pendedahannya. "Paraquat dikatakan sebagai racun pilihan bagi membunuh diri di negara ini," katanya. Menurut beliau lagi, Paraquat juga diketahui sebagai penyebab masalah kesihatan yang akut dan dalam jangka panjang seperti dermatitis teruk, kegagalan buah pinggang, kegagalan pernafasan, denyutan jantung menjadi cepat, melecur darjah kedua, kanser kulit dan penyakit Parkinson. Lebih bahaya ujarnya, Paraquat juga kekal dalam tanah dan sisanya dibawa dalam larian air bersama mendapan, yang menjadikan bahan itu berpotensi untuk mencemarkan air bawah tanah. Sebelum ini Jawatankuasa Kesihatan Perak dalam satu seminar mengenai paraquat baru-baru ini menggesa satu panel ditubuhkan untuk menangani isu penggunaan pendekatan holistik. Kerajaan Malaysia pada Ogos 2002, penah mengumumkan untuk mengharamkan Paraquat melalui proses menghapuskannya dalam tempoh dua tahun. Pengharaman itu kemudiannya ditarik balik akibat tekanan pasaran. "Kenapa pekerja pertanian yang terdedah kepada racun rumpai bertoksik ini yang terpaksa menanggung penderitaan akibat kesan buruknya manakala syarikat kimia pertanian dan industri pertanian terus mendapat keuntungan?" soal beliau lagi. Menurutnya, Kesatuan Eropah sudah pun mengharamkan paraquat kerana bahayanya kepada kesihatan meskipun digunakan mengikut arahan. Penghapusannya diperingkat global mungkin berlaku jika ia disenaraikan di bawah Rotterdam Convention on Prior Informed Consent (PIC). Walau bagaimanapun, kami menjangkakan lobi yang lebih besar oleh industri bagi memastikan racun rumpai itu tidak termasuk di bawah perjanjian itu. Sehubungan itu ujarnya, Kerajaan Malaysia perlu menguatkuasakan pengharaman sepenuhnya Paraquat dan mengawal aktiviti penyeludupan racun rumpai bertoksik ke negara ini. "Kita perlu mempercepatkan ke arah amalan pertanian ekologi menggunakan kaedah pertanian asli dan kawalan serangga biologi. Menternak lembu di dalam ladang boleh membantu kawalan rumpai. "Utamakan rakyat dan bumi, bukannya keuntungan" seharusnya menjadi modus operandi bagi kerajaan penyayang," tegasnya. Harakah Daily | ||||
Video hina hudud ada kaitan dengan Noh Omar? Posted: 14 Dec 2011 12:19 AM PST 18 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 14 Dis: Penerbit video Sembang Rakyat yang menerbitkan klip video yang menghina hukum hudud adalah dimiliki oleh orang yang sama yang menguruskan blog Datuk Seri Noh Omar. Penerbit video ini juga adalah orang yang sama yang menguruskan laman web Puteri Umno Selangor dan Umno Tanjung Karang di samping blog Pena Noh Omar itu. "Besar kemungkinan dia adalah orang kuat Noh Omar," kata seorang blogger yang juga menerbitkan video klip bagi mendedahkan siapa sebenarnya di belakang video klip yang menghina hukum hudud ini. Video klip pendedahan itu diterbitkan oleh Malaysianews di laman Youtube. Pelbagai pihak kesal dengan tindakan pihak kerajaan tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap penghinaan yang dibuat oleh video klip sembang rakyat itu. Drs Khalil Idham Lim mempersoalkan mengapa Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim terus membisu terhadap video yang berjudul 'Musim Hudud Pas' dan 'Lagi Hudud PAS' itu secara jelas mengelirukan umat Islam di Malaysia yang telah disebar luas di laman Facebook dan Youtube baru-baru ini. "Kita tidak boleh nafikan bahawa sejak akhir-akhir ini media boleh direka dalam pelbagai bentuk dan corak kerana perkembangan teknologi yang pesat, tetapi seharusnya tidak boleh sehingga menghina agama lebih-lebih lagi Islam itu sendiri. "Kita amat khuatir terhadap perkembangan sebegini memandangkan para pelakonnya terdiri dari orang Islam dan ada di antaranya berlakon yang sebagai agamawan di samping penggunaan kamera beresolusi tinggi yang sudah pastinya mahal harganya," ujar Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak itu. Beliau yang juga Adun Titi Serong berkata, klip video itu juga mempunyai unsur yang boleh mencetuskan salah faham serta penghinaan terhadap hukum Islam. Menurut Malaysianews, kaitan antara video klip sembang rakyat itu amat jelas dengan Noh Omar dan Umno Selangor. Ia mempunyai persamaan antara satu sama lain melalui emailnya iaitu " ajaff8@gmail.com" yang ada sebagai email penerbit dan webmaster untuk kesemua laman-laman dan video klip itu. Harakah Daily | ||||
Penganut Kristian paling minoriti dalam DAP Posted: 14 Dec 2011 12:15 AM PST 18 Muharram 1433H. [MOD] - SHAH ALAM, 14 Dis: Penganut agama Kristian adalah paling minoriti dalam parti DAP, kata Teresa Kok, Pengerusi DAP Selangor. "Pengerusi DAP, Karpal Singh adalah beragama Sikh, saya ingat Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tiada apa-apa agama tertentu. "Penganut agama Hindu sebenarnya lebih ramai berbanding dengan Kristian dalam DAP," kata Teresa Kok dalam program Fokus Berita, TV Selangor. Teresa menjelaskan perkara ini ekoran dakwaan Umno dan beberapa pihak lagi, DAP cuba untuk mengkristiankan umat Islam di negara ini. Turut menjadi panel dalam diskusi itu adalah Dr Rani Othman (Pesuruhjaya PAS Selangor) dan Khalid Samad (anggota Parlimen Shah Alam) manakala Shariden Mahavira bertindak sebagai pengerusinya. Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selalu menyebut, bagaimana Umno boleh membuat tuduhan itu sedangkan beliau sendiripun bukan beragama Kristian. Teresa pula selalu dituduh cuba menyebarkan agama Kristian di kalangan penganut Islam di negara ini. Menjawab persoalan ini, Teresa berkata, ini adalah tuduhan melulu yang tidak berasas sama sekali. "Dalam keluarga saya, hanya saya dan ibu saya sahaja Kristian. Bapa dan adik-adik saya Budhist. "Kalau saya nak usaha tarik masuk Kristian, misalnya untuk menarik YB Dr Rani, baik saya ajak ayah dan adik saya masuk Kristian dulu," katanya. Ketika ditanya penyataan beberapa bekas pendakwah Kristian yang mengatakan ada orang Kristian yang cuba mendakwah orang Islam, Teresa berkata, beliau tidak menafikan perkara itu. "Memang ada tetapi terlalu kecil bilangannya. Orang Kristian, tidak ramai yang gigih untuk menyebarkan agama. Mereka lebih anggap, agama adalah hubungan antara dia dengan Tuhan sahaja," kata Teresa. Bagi Teresa, isu ini hanya menjadi isu selepas pilihan raya umum 2008 dan bersifat agenda politik untuk melawan Pakatan Rakyat. Harakah Daily | ||||
54 kerusi parlimen BN di Felda tergugat Posted: 14 Dec 2011 12:11 AM PST 18 Muharram 1433H. [MOD] KUALA LUMPUR, 14 Dis: Peneroka Felda di seluruh negara memberi amaran akan melakukan "transformasi politik" pada pilihan raya umum ke-13 yang akan memberi kesan buruk kepada Umno BN. Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti menarik balik cadangan menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke dalam Bursa Malaysia (BSKL) jika benar-benar mahu membela kepentingan warga Felda. Justeru Mazlan berkata, pihaknya sedang menunggu jawapan positif daripada pejabat Perdana Menteri mengenai surat permohonan untuk bertemu Najib pada 20 Disember ini. Pertemuan itu bagi menuntut Najib memecat Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang didakwa menyebabkan "huru-hura" dalam pengurusan Felda dan mengekalkan kedudukan Datuk Dzulkifli Abd Wahab sebagai Pengarah Besar Felda. Tuntutan agar Isa dipecat juga kerana beliau dilihat sangat bersungguh-sungguh mahu FGVH disenaraikan ke BSKL, diyakini untuk mengaut keuntungan bagi kroninya dalam pada aset peneroka akan tergadai. Sementara itu, arahan bercuti terhadap Dzulkifli, kata Mazlan merupakan cara untuk menyingkirkan beliau kerana dianggap sebagai penghalang usaha Isa untuk penyenaraian FGVH. "Kami bersedia berdepan dengan golongan pengkhianat ini. Mereka adalah penjajah moden yang mahu merampas hak rakyat. "Perdana Menteri mesti ada pendirian tegas dan meraikan warga Felda yang selama ini sabgai setia kepada kerajaan Umno BN. Jika tidak, pengundi Felda di 54 kerusi Parlimen dan 92 Dun bersedia membuat "transformasi politik" yang bakal menggegarkan keputusan pilihan raya ke-13 nanti," kata beliau selepas menyerahkan memorandum menyokong Dzulkifli di Ibu Pejabat Felda, Jalan Gurney, dekat sini, semalam. Mazlan menegaskan, apa yang dibimbangi peneroka ketika ini adalah mengenai masa depan Felda yang semakin malap apabila FGVH disenaraikan di BSKL kerana 360,067 hektar tanah milik mereka akan dicagarkan kepada FGVH selama 99 tahun. "Bukan itu sahaja, proses penyenaraian FGVH akan melibatkan Felda menjual kesemua sahamnya dalam FGVH. Sebab itulah Datuk Dzul menentang usaha penyenaraian ini dan peneroak tetap setia di belakang beliau," kata Mazlan. Tambah memburukkan keadaan, tanah-tanah kosong di Felda yang selama ini dimanfaatkan untuk tanaman kontan, industri kecil, perumahan generasi kedua Felda dan projek hiliran akan menjadi milik FGVH. Tanah yang dipohon pada masa hadapan juga menjadi hak FGVH bersimbolkan Felda manakala FGVH akan berkuasa penuh dengan istilah "diberi kenikmatan aman sentosa". "FGVH mendapat hak kawalan mutlak ke atas tanaman, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya yang sedia ada dan pada masa depan termasuk mengenai jenis kontrak jual beli hasil dan harga. "FGVH juga akan mengendalikan aktiviti menanam semula dan menerima segala insentif daripada kerajaan serta menyelenggara dan membina infrastruktur yang diperlukan. FGVH bakal menelan Felda," tegas Mazlan yang disertai 50 wakil peneroka daripada beberapa Felda yang hadir memberikan sokongan. Harakah Daily | ||||
PAS harap semakan kehakiman dibenarkan esok Posted: 14 Dec 2011 12:06 AM PST 18 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 14 Dis: PAS menaruh harapan yang tinggi agar Mahkamah Tinggi di sini memberikan kebenaran kepada pihaknya untuk melakukan semakan kehakiman terhadap Rang Undang-undang Perhimpunan Aman dalam keputusannya esok. Pihak mahkamah diharap dapat mengambil dan mempertimbangkan dengan sewajarnya segala hujah-hujah yang dikemukakan oleh parti itu berhubung permohonan yang difailkan pada 2 Disember lalu, bagi membolehkan keputusan yang adil dibuat berhubung perkara itu. Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, semakan kehakiman terhadap rang undang-undang tersebut amat perlu memandangkan ia ternyata bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, khususnya Perkara 10 (1) (b) dan 10 (2) (b). Menurutnya, rang undang-undang tersebut jika diluluskan pasti akan menyekat kebebasan dan hak rakyat negara ini untuk berhimpun meskipun secara aman dan tanpa senjata. Katanya, rakyat negara ini sememangnya tidak boleh menerima rang undang-undang seperti itu untuk dikuatkuasakan, sebaliknya masing-masing berhasrat agar dikembalikan semula kebebasan dan hak mereka untuk berhimpun secara aman. "Kami sentiasa menaruh harapan yang tinggi kepada mahkamah, sebab itulah kami memfailkan permohonan semakan itu. Jadi kami harap mahkamah akan membuat keputusan yang sewajarnya esok," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) pada pagi kelmarin, 12 Disember 2011 telah menangguhkan keputusan bagi permohonan PAS mencabar Akta Perhimpunan Aman 2011 kepada esok. Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Datuk Rohana Yusof atas permintaan Timbalan Pendakwa Raya Kanan Muzila Mohamed Arsad, setelah dimaklumkan oleh Muzila bahawa responden tidak bersedia kerana beberapa timbalan pendakwa raya persekutuan terpaksa menghadiri sebuah persidangan dari 7 hingga 10 Disember lalu. Pada 2 Disember lalu, PAS melalui Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu, Dr Mohd Hatta Ramli dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad telah memfailkan saman bagi memohon semakan kehakiman terhadap rang undang-undang tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas). Mereka diwakili oleh peguam Mohamad Hanipa Maidin yang dibantu oleh Aminuddin Zulkifli dan Ahmad Zambri As'ad Khuzami, dengan menamakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai responden pertama manakala Kerajaan Malaysia dinamakan responden kedua. Mohamad Hanipa sebelum ini memaklumkan, tujuan saman itu difailkan adalah untuk melakukan semakan kehakiman terhadap rang undang-undang tersebut dan bagi mendapatkan tiga perintah dari mahkamah. Pertama adalah perintah deklarasi bahawa responden-responden telah bertindak melebihi kuasa mereka dan telah menyalahgunakan kuasa mereka apabila memperkenalkan dan membentangkan rang undang itu di Parlimen bagi menjadikannya sebagai undang-undang atau akta, meskipun bercanggah dengan Perkara 10 (1) (b) dan 10 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan. Perintah kedua, bagi melarang responden-responden daripada terus bertindak melebihi kuasa mereka dan menyalahgunakan kuasa mereka dengan melarang responden-responden meneruskan segala proses bagi menjadikan rang undang-undang itu sebagai akta yang boleh dikuatkuasakan. Ketiga, secara alternatif, perintah mandamus bagi memaksa responden-responden mengambil langkah-langkah yang perlu dan wajar untuk sama ada menarik balik semula rang undang-undang itu atau membuat pindaan-pindaan yang perlu agar selaras dengan peruntukan-peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Menurut Mohd Hatta, permohonan semakan kehakiman terhadap rang undang-undang tersebut dibuat bukan sahaja kerana ia menyekat kebebasan rakyat, tetapi juga disediakan tidak dengan kaedah yang sewajarnya. "Sepatutnya sebelum rang undang-undang itu dibuat dan dibentangkan, Perdana Menteri mestilah menubuhkan jawatankuasa khas terlebih dahulu untuk membincangkannya dengan mereka yang berkepakaran, seperti yang dilakukan untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). "Ini tidak, tiba-tiba sahaja rang undang-undang itu dibentangkan tanpa dibincangkan terlebih dahulu dengan pihak-pihak terbabit. Sudahnya, dengan rupa bentuk seperti itu, siapa yang boleh terima rang-undang tersebut?" tegasnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai. Harakah Daily | ||||
Mujahid: PAS ganti Umno dan Mohamad Sabu Posted: 14 Dec 2011 12:00 AM PST 18 Muharram 1433H. [MOD] - Program PAS Ganti UMNO (PGU) telahpun dilancarkan awal tahun ini. Ia merupakan satu slogan bagi meyakini orang ramai bahawa ketiadaan UMNO sebagai parti dominon bukanlah bererti orang Melayu hilang arah kerana PAS akan tampil untuk mengambil alih kepimpinan dan politik orang Melayu. Ini bersandarkan kepada realiti bahawa PAS adalah merupakan parti komponen PR yang terbesar berpandukan kepada keahlian, jentera dan pengalaman. Saya boleh bersetuju PGU dalam konteks pengambilalihan kepimpinan politik Melayu tapi awas! Kalau ganti itu membawa makna PAS akan ganti "perangai" UMNO di tampuk pemerintahan, saya akan menolak slogan PGU. Itulah yang diluahkan oleh Timbalan Presiden PAS dalam ucapannya yang disiarkan dalam MerdekaReview pada 5 Disember 2011, ditulis oleh Lim Hong Siang. Jangan Ganti Perangai UMNO Perangai buruk UMNO sebagai parti yang memerintah kerajaan persekutuan hari ini boleh disimpulkan dalam satu permasalahan yang dinamakan sebagai isu integriti. Persoalan ini menghantui UMNO dan mendapat persepsi yang buruk di kalangan rakyat. Apakah PAS ganti UMNO untuk rakyat nanti menyaksikan pemimpin PAS hidup mewah di luar kemampuannya? Ataukah bakal-bakal Menteri dalam kabinet Pakatan nanti khususnya PAS akan mengulangi "perangai" minta komisyen atau salahguna kuasa yang ada? Itukah maksud PGU? Persoalan ini membimbangkan Timbalan Presiden PAS itu. Islam dan Muslimin Mohamad bin Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu melontarkan satu ide tentang bagaimana Barat lebih dilihat Islamik dari sudut tatacara kelola kewangan negara, ketelusan dan integriti sebuah kerajaan dan hak asasi manusia. Saya teringat akan kata-kata ulamak Islam Syeikh Muhamad Abduh (1849-1905) ketika dia melawat Eropah dia mengkagumi kemajuan dan ketamadunan Eropah (Barat) yang nilainya sama dengan Islam. Dia berkata, "I went to the West and saw Islam, I got back to the East and saw Muslims but not Islam". Saya yakin Mat Sabu tidak berkata tanpa satu pengamatan dari susur galur kebangkitan Eropah dan zaman malap tamadun Islam. Apa yang malang dari kenyataan Mat Sabu ialah keadaan tidak berubah sejak ia diucapkan oleh Syeikh Muhammad Abduh kurun yang lampau. Tunjuk contoh dulu Saya memahami bahawa apa yang disebut oleh Timbalan Presiden PAS itu didasari oleh kebimbangan melihat masa depan PAS dan Pakatan Rakyat secara umum jikalau diberi amanah untuk memerintah. Ini adalah kerana tidak ada gunanya kita melaungkan reformasi atau islah jika kita gagal membuat perubahan dan membongkah akar umbi kebusukan yang akan ditinggalkan oleh regim lama BN. Kalau kita mengulangi kebusukan BN maka reformasi kita hanya kosmetik dan hanya tukar baju tapi dalam penuh dengan panau dan kurap. Saya berpendapat bahawa kenyataan Mat Sabu mewakili ramai dari rakyat yang mahukan perubahan yang tulen dan bukan palsu. Jalan sukar Berkenaan dengan Arab Spring Revolution yang menumbangkan kebusukan regim diktator dunia Arab, saya berpendapat perubahan regim yang berlaku akan mengalami jalan yang sukar dan berliku. Ini adalah kerana buat sekian lama dunia Arab bukan sahaja berada di bawah pemerintahan kuku besi tetapi kedudukan sosial dan strata masyarakat serta keadaan ekonomi membentuk satu cabaran yang besar kepada order baru seperti Tunisia, Mesir, Libya dan Syria. Pengajaran Pengalaman kebangkitan Arab mengajar kita untuk membuat lonjakan dalam melakar perubahan regim. Saya mencadangkan bagi mengukuhkan pandangan Mat Sabu (gambar kiri), lonjakan kita mesti melibatkan program kesedaran, pemodelan negeri Pakatan sebagai contoh dan reformasi parti-parti politik yang perlu dilihat telus dalam menyusun sistem organisasi parti. Parti-parti politik kita khususnya komponen Pakatan masih tidak menunjukkan kesungguhan mereformasi partinya dulu sebelum mampu mengemukakan reformasi politik. Mat Sabu saja yang tahu Adapun kenyataan Mat Sabu yang mengatakan golongan kiri dan liberal Barat lebih dilihat bersungguh mengamalkan integriti, ia adalah satu cabaran besar kepada parti Islam yang seharusnya mengungguli prinsip integriti berdasarkan prinsip moral yang dilaungkan. Apakah benar kebimbangan Mat Sabu itu, adakah benar dakwaan beberapa EXCO Kelantan tidak mencerminkan kehidupan sederhana yang dilaungkan oleh PAS? Saya tidak mempunyai jawapan, hanya Mat Sabu yang tahu apakah maksud yang tersirat daripada kenyataannya. Namun mengenali Mat Sabu, beliau adalah orang yang setia kepada parti dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan apabila memberi pandangan. Saya juga berpendapat Mat Sabu berada sebagai orang nombor dua parti Islam untuk menjalankan tugas mengocak air yang tenang supaya parti jangan berada di zon selesa. Harakah Daily | ||||
Posted: 14 Dec 2011 12:00 AM PST 18 Muharram 1433H. [MOD] - JOHOR BAHRU - Minat terhadap sesuatu bidang yang diceburi menjadi pemangkin kejayaan buat Siti Nuraisah Ezyana Abdul Hamid meraih Anugerah Graduan Cemerlang sempena Majlis Konvokesyen Pusat Pembangunan Tenaga Industri Johor (Puspatri) 2011 di Persada Johor, di sini, kelmarin. Gadis berusia 26 tahun dari Rawang, Selangor, itu berjaya dengan cemerlang dalam bidang Safety and Health Officer Sesi 2/2010 bagi Sijil Lepasan Siswazah. Lebih membanggakan, beliau yang kini menjawat jawatan pegawai Quality, Safety, Health and Environment (QSHE) di syarikat di Petaling Jaya, Selangor turut memiliki Ijazah Sarjana Muda Aircraft Maintainance Engineering (Turbine) dari University of Glamorgan, Wales, UK. Menurutnya, faktor persaingan dalam pekerjaan yang kian mencabar di kalangan graduan menyebabkan dia menyambung pelajaran di peringkat kemahiran walaupun sudah mempunyai kelulusan ijazah sarjana muda. "Saya menyambung pelajaran di luar negara selama tiga tahun, namun masih merasakan tidak mencukupi walaupun sudah memiliki ijazah sarjana muda. "Sebaik sahaja pulang ke tanah air, saya mengambil keputusan untuk mengikuti bidang Safety and Health Officer di Puspatri. "Keputusan ini dibuat kerana melihat persaingan alam pekerjaan yang amat sengit di kalangan masyarakat khususnya graduan. Jadi saya mahu lebih (extra) dan Alhamdulillah ia tercapai dengan sijil kemahiran ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini. Anak kedua daripada empat adik beradik itu turut mengakui latihan yang diikuti sepanjang berada di Puspatri bukahlah mudah, namun semuanya dapat diatasi atas minat dan fokus terhadap bidang dipilih. Sementara itu, graduan Cemerlang Pembangunan Aplikasi Pengaturcaraan bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Muhammad Afiq Rohata, 23, mengakui penyertaannya dalam Puspatri selepas tamat sekolah menengah adalah satu tindakan berbaloi. "Selepas tamat sekolah menengah dan memilik kelulusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), saya sempat kerja kilang sekejap sebelum menyertai Puspatri. "Ibu saya merupakan ibu tunggal selepas ayah meninggal dunia pada tahun 90an. Melihat kepada peluang untuk meraih ilmu dan kemahiran di Puspatri, saya sertainya dengan harapan mahu membeli nasib keluarga dengan meraih pekerjaan yang baik menerusi sijil diterima," katanya. Menurutnya, dia juga berhasrat untuk meneruskan pengajian di peringkat institut pengajian tinggi (IPT) sekiranya mempunyai rezeki. Sinar Harian | ||||
MB Kedah kini bergelar Datuk Seri Diraja Posted: 13 Dec 2011 11:53 PM PST 18 Muharram 1433H. [MOD] - ALOR SETAR, 14 Dis: Menteri Besar Kedah kini bergelar Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak ekoran dianugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Yang Dihormati. Gelaran itu dianugerahkan kepada Azizan sempena pertabalan Tuanku Sultan Kedah sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Tunku Sultanah sebagai Seri Paduka Baginda Raja Pemaisuri Agong ke-14, 12 Disember lepas. Azizan adalah menteri besar dan juga Pesuruhjaya PAS Kedah. Sebelum ini beliau menerima anugerah yang membawa gelaran Datuk Seri. Tuanku Abdul Halim mencatat sejarah pribadi apabila dilantik menjadi Yang Dipertuan Agung untuk kali keduanya 13 Disember semalam. Sultan Muhmammad ke v, Sultan Kelantan pula telah dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertuan Agung. Azizan ketika mengulas perlantikan itu berkata, beliau yakin hubungan antara kerajaan pusat yang diperintah BN akan lebih rapat dengan kerajaan negeri Kedah yang ditadbir Pakatan Rakyat selepas perlantikan ini. Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa pula melahirkan rasa gembira beliau dan rakyat Kelantan dengan kepercayaan Majlis Raja-raja untuk memilih Sultan Kelantan sebagai Timbalan Yang Dipertua Agung walaupun baru sahaja dilantik sebagai Sultan Kelantan. Harakah Daily | ||||
Posted: 13 Dec 2011 11:50 PM PST 18 Muharram 1433H. [MOD] - KOTA BHARU – Angkara mengedar 60.89 gram dadah dua tahun lalu, seorang buruh menerima padah apabila dia dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam. Hukuman terhadap Rosdi Taib, 43 dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama kerana kesalahan mengedar dadah. Dia didapati bersalah pada pertuduhan mengedar dadah metamphetamine itu di hadapan sebuah kedai runcit di tepi Jalan Kampung Batu Karang, Pasir Mas pada jam 7 petang, 8 Disember 2009. Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Wan Azimah Yaacob manakala tertuduh diwakili peguam bela, Nor Hidayah Mohd Razali. Hakim Azman Abdullah dalam keputusannya berkata, tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di atas kes pendakwaan, berikutan itu tertuduh adalah bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan. "Hanya satu hukuman sahaja di bawah pertuduhan ini, iaitu di bawah Seksyen 39B(2) Akta Dadah Berbahaya dan tertuduh dijatuhi hukuman gantung sampai mati," katanya. Terdahulu, Azman membenarkan tertuduh merayu, bagaimanapun, Nor Hidayah tidak kemukakan sebarang rayuan sebelum hukuman diputuskan, semalam. Sinar Harian | ||||
Gempa magnitud 7.1 gegarkan Papua New Guinea Posted: 13 Dec 2011 11:50 PM PST 18 Muharram 1433H. [MOD] - PORT MORESBY: Gempa bumi kuat bermagnitud 7.1 menggegarkan Papua New Guinea, hari ini, sehingga menggegarkan bangunan di sekitarnya. Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan susulan kejadian itu. Jabatan Kaji selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS), berkata gempa yang melanda am 3.04 petang (waktu tempatan) dicatatkan pada ukuran magnitud 7.3, sedalam 121 kilometer barat laut pesisir bandar Lae dan 221 km dari ibu kota bandar Pelabuhan Moresby. Saksi yang berada di tempat kejadian, berkata orang ramai kelihatan bertempiaran keluar dari bangunan dan kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta bergoncang. - AFP | ||||
Panel khas SPRM bincang kes Taib Mahmud Posted: 13 Dec 2011 11:45 PM PST 18 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 14 Dis: Panel Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengadakan mesyuarat khas tidak lama lagi, bagi membincangkan desakan dari 13 NGO supaya Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan 13 ahli keluarganya ditangkap atas pelbagai dakwaan. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, mesyuarat tersebut dijangka akan diadakan dalam masa terdekat sebaik sahaja Pengerusi AJK Panel itu, Datuk Radzi Sheikh Ahmad dimaklumkan mengenainya. Menurutnya, permintaan agar diadakan mesyuarat tersebut akan dibuat oleh beliau sendiri kepada Radzi atas kapasitinya selaku salah seorang AJK Panel tersebut. Katanya, tujuan mesyuarat itu diadakan adalah untuk membincangkan tindakan sewajarnya yang patut diambil oleh panel tersebut berhubung laporan berkenaan. "Saya akan maklumkan perkara ini kepada Datuk Radzi nanti untuk meminta beliau memanggil mesyuarat khas AJK Panel Khas SPRM, bagi meminta SPRM menerangkan kepada kami mengenai laporan itu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini. Semalam, media melaporkan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari enam negara mendesak supaya Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan 13 ahli keluarganya ditangkap atas pelbagai dakwaan, termasuk salah guna jawatan awam, rasuah dan konspirasi untuk membentuk sebuah organisasi jenayah. Antara NGO yang membuat tuntutan berkenaan adalah Dana Bruno Manser (BMF), Greenpeace dan pertubuhan pemantau hutan dunia, Fern. Mereka telah mengemukakan surat bertarikh semalam kepada Kerajaan Malaysia supaya menangkap individu berkenaan kerana dituduh dengan pelbagai dakwaan berkaitan dengan pengagihan dana awam secara haram, salah guna jawatan awam, merampas tanah kerajaan, rasuah, eksploitasi konflik kepentingan dan sebagainya. Surat berkenaan dihantar ke Pejabat Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Polis Negara. "Kami memohon pendakwa utama Malaysia pada kadar segera menangkap dan mendakwa Ketua Menteri Sarawak, empat anaknya, lapan adik-beradiknya dan sepupu pertamanya, Abdul Hamed Sepawi," kata NGO itu dalam surat mereka. Selain Abdul Taib, 75, mereka yang dinamakan itu adalah anak-anaknya, Jamilah Hamidah Taib Murray, Mahmud Abu Bekir Taib, Sulaiman Abdul Rahman Taib, Hanifah Hajar Taib. Manakala adik beradiknya pula adalah Ibrahim Mahmud, Aisah Zainab Mahmud, Zaleha Mahmud, Onn Mahmud, Mohamad Ali Mahmud, Mohd Tufail Mahmud, Amar Hajar Fredahanum Mahmud dan Raziah Mahmud. Surat 10 muka surat itu ditandatangani oleh 13 NGO dari Malaysia, Australia, Jerman, Jepun, Switzerland dan United Kingdom serta beberapa tandatangan individu dari Malaysia. Menurut Salahuddin, kes tersebut merupakan sesuatu yang amat serius dan pihaknya amat perlu mendapatkan keterangan lanjut dari SPRM dengan segera sama ada benar telah menerima laporan tersebut atau sebaliknya. "Sekiranya SPRM memang telah menerima laporan itu, satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan oleh SPRM bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil ke atas pihak-pihak terbabit," tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. Harakah Daily | ||||
DAP persoal tindakan pindah KLIA2 ke tanah lembut Posted: 13 Dec 2011 11:40 PM PST 18 Muharram 1433H. [MOD] - DAP hari ini mempersoalkan mengapa pelan induk bagi pembesaran terminal lapangan terbang tambang murah baru atau KLIA2 yang dirangka pada tahun 2008 tidak dipatuhi, malah pihak berkuasa memilih membinanya di atas tanah yang lembut. Sambil merujuk pelan induk Lapangan Terbang Antarabangsa KL 1992, ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata tindakan itu juga dikenalpasti sebagai punca utama kelewatan bagi projek yang sepatutnya siap sekitar awal September 2011 tetapi kini terpaksa dilanjutkan hingga April 2013. Selain itu, kos pembinaan KLIA2 juga naik secara mendadak daripada anggaran RM1.7 bilion pada awalnya hingga menjadi RM3.6 bilion hari ini. "Menteri Pengangkutan dan Malaysia Airport Holdings Bhd perlu jawab mengapa mereka membuat keputusan memindahkan lapangan terbang itu tapak baru. Ini adalah punca kos meningkat sebanyak lebih RM2 bilion," katanya. Menurut pelan 1992, tapak pembinaan semasa KLIA "terutamanya terdiri daripada tanah liat marin tepu dengan tindihan bahan gambut yang berbeza dari segi ketebalan dari dua hingga tiga meter". "Ia mempunyai kualiti galas beban yang rendah dan tidak sesuai untuk pembinaan lapangan terbang tanpa menjalankan kerja-kerja kejuruteraan yang penting ... yang termasuk sistem perparitan yang lebih baik, penyingkiran lapisan tanah gambut dan memasukkan bahan yang mempunyai kualiti tinggi bagi menanggung beban (sekurang-kurangnya tiga meter), " kata Pua, yang memetik laporan itu. Menurut beliau, kerja-kerja tanah yang diperlukan untuk menjadikan tapak itu sesuai, memerlukan anggaran kos RM1.2 bilion. Jumlah itu boleh dijimatkan, jika kerajaan mematuhi pelan induk 1992 dan membina KLIA2 di atas kawasan asal tanah keras yang telah ditandakan. Pua berkata masalah tidak akan timbul jika pelan induk 1992, yang disediakan oleh Anglo Japanese Airport Corporation Berhad dipatuhi. Kawasan yang ditandakan dalam pelan asal berkenaan adalah tanah berbukit yang telah disediakan semasa pembinaan terminal utama (KLIA) ketika itu. malaywsiakini/- | ||||
Adun peka situasi rakyat tidak kira masa Posted: 13 Dec 2011 11:39 PM PST 18 Muharram 1433H. [MOD] - GUAL IPOH – Peka dengan masalah dan musibah menimpa membuatkan Adun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustafa meluangkan masa melawat keluarga mangsa kemalangan yang membabitkan Allahyarham Mohamad Aiezat Sharifudin, 21, dekat Kampung Jerangau. Wan Yusoff berkata masa yang ada dimanfaatkan sebaik mungkin untuk berkunjung dan menziarahi semua penduduk di Dun Gual Ipoh yang sedang dalam kesusahan dan ditimpa musibah. Menurutnya, ia tanggungjawab pihaknya untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan bertanya khabar keluarga mangsa. "Turun padang lebih berkesan di mana kita dapat berjumpa dan mendengar sendiri isi hati penduduk yang sedang bersedih atas kehilangan anak tersayang ini. "Kita hanya mampu beri sokongan dan nasihat agar tidak bersedih dengan kejadian menimpa dan anggaplah ia satu ujian yang perlu ditempuh setiap insan dengan sabar. "Keluarga mangsa sedang melalui detik-detik sukar jadi kita ambil kesempatan ini untuk menjenguk dan hulurkan sedikit bantuan," katanya. Turut hadir ketika kunjungan tersebut, Mukim Jerangau, Ahmad Jusoh. Wan Yusoff berkata, amalan berkunjung memberikan kesan positif kepada keluarga mangsa kerana mampu menghilangkan kesedihan mereka dan ia merupakan tanggungjawab masyarakat setempat yang perlu dilaksanakan. Sinar Harian | ||||
Tunjuk Perasaan Senjata Orang Miskin, Yang Ditipu dan Yang Ditindas Posted: 13 Dec 2011 11:30 PM PST 18 Muharram 1433H. [MOD] - SHAH ALAM 14 DIS : Sekiranya Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman dilulus dan diwartakan, Umno-Barisan Nasional akan menggunakan aparatus kerajaan untuk menahan rakyat yang berhimpun, selain dari mengambil wang mereka dengan mengenakan denda yang tinggi. Sekiranya perhimpunan dan ceramah dibenarkan sekalipun ia mungkin hanya dibenarkan dibuat di lokasi-lokasi terpencil terpisah dari masyarakat umum. Ahli Parlimen Batu Tian Chua berkata tidak semua rakyat dibenarkan untuk menghadiri perhimpunan, terutamanya kaum ibu kerana mereka berdepan dengan tindakan undang-undang sekiranya membawa anak-anak kecil. "Katalah ada sekumpulan pembeli rumah, yang telah ditipu oleh pemaju. Mereka tidak akan dibenarkan untuk berkumpul di taman perumahan berarak ke pejabat pemaju. Tidak munasabah sekiranya penduduk diminta untuk menyewa stadium untuk meluahkan perasaan mereka." Beliau berkata demikian dalam satu sesi bual-bicara Fokus Berita, terbitan TV Selangor, 10 Disember lalu. "Jangan kita fikir bantahan ini datang dari parti politik atau gerakan seperti Bersih, tetapi setiap hari kita berhadapan dengan tunjuk perasaan yang tidak bersifat politik, tetapi penting kepada masyarakat,"jelasnya. Turut menyatakan pandangan yang sama, Presiden Majlis Peguam Malaysia Lim Chee Wee berkata larangan untuk berhimpun dalam lingkungan 50 meter di 21 jenis tempat seperti stesen minyak, jambatan, sekolah dan rumah ibadat secara langsung menghalang perhimpunan diadakan di dalam bandar. "Minggu yang lepas pada hari Sabtu saya pergi ke Kompleks Hock Lee dimana penduduk Bukit Damansara berhimpun membantah sikap pemaju. Tetapi dibawah undang-undang baru ini, kumpulan orang-orang ini telah berhimpun secara haram kerana mereka berhimpun dalam jarak 50 meter sebuah tadika,"kata Lim. Kerajaan Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat membenarkan perhimpunan aman dibuat oleh mana-mana pihak termasuk parti pembangkang atau gerakan-gerakan yang bersekutu dengan parti pembangkang di mana-mana lokasi di Selangor. Ini selaras dengan jaminan Pakatan Rakyat menghormati hak rakyat Selangor yang diperuntukkan Perlembagaan Negara. "Sebenarnya Seksyen 27 Akta Polis ditulis dengan lebih teliti daripada rang undang-undang Perhimpunan Awam. Dalam Seksyen 27 itu, polis perlu membuktikan individu terlibat dalam perhimpunan itu mengancam keselamatan negara. "Sungguhpun Seksyen 27 sangat menekan, tetapi pra-syaratnya polis hanya boleh bertindak dalam situasi ekstrem yang benar-benar menggugat keselamatan negara. Sebaliknya dalam rang undang-undang baru ini, ia langsung tidak memberi ruang kepada perarakan," kata Tian. Menyambut kenyataan Tian Chua, Lim berkata syarat-syarat yang dikenakan dalam rang undang-undang baru ini memberi polis pelbagai sebab untuk menahan peserta perhimpunan, termasuk memakai warna yang salah. "Apa maksud perilaku penunjuk perasaan yang disebut dalam rang undang-undang baru ini? Adakah ia bermaksud peserta tidak boleh membunyikan wisel? Adakah ia bermaksud peserta tidak boleh memakai seluar berwarna kuning?," Lim berkata. tv news/- | ||||
Posted: 13 Dec 2011 11:28 PM PST 18 Muharram 1433H. [MOD] - MELAKA RAYA - Keasyikan 28 pengunjung termasuk enam remaja bawah umur berhibur di sebuah pusat hiburan terkenal di Taman Melaka Raya, di sini, berakhir apabila mereka ditahan polis, awal pagi semalam. Semua pengunjung berusia 13 hingga 29 tahun itu ditahan selepas didapati memiliki pelbagai jenis dadah ketika serbuan dilakukan di salah sebuah bilik karaoke pusat hiburan tersebut. Seorang kanak-kanak lelaki berumur 8 tahun turut ditahan bersama ibunya berusia 29 tahun, yang juga pelayan pusat hiburan berkenaan dalam serbuan oleh 13 pegawai dan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, kira-kira jam 2.45 pagi. Difahamkan, mereka mula memasuki premis berkenaan menjelang 12 tengah malam untuk meraikan majlis sambutan hari lahir salah seorang daripada mereka. Bagaimanapun, ia bukan sekadar sambutan hari lahir apabila pelbagai jenis dadah ditemui berselerakan di lantai bilik dan pada salah sebuah beg tangan pengunjung selepas pemeriksaan dilakukan. Ketua JSJN negeri, Superintendan Md Azmi Othman berkata, operasi yang diketuai Inspektor Risikan/Operasi/Tahanan JSJN negeri, Cif Inspektor Hisham A Rahman itu adalah hasil maklumat orang awam. Md Azmi berkata, serbuan dilakukan di dalam dua buah bilik berasingan dengan salah satu bilik daripadanya terdapat pengunjung yang sedang khayal melayan muzik techno yang dibawa sendiri pengunjung terbabit untuk dimainkan menggunakan alat pemutar muzik yang disediakan. "Seramai 32 orang diperiksa dalam dua bilik berasingan, namun hanya 28 ditahan selepas didapati memiliki perlbagai jenis dadah dipercayai syabu, ekstasi dan eramin 5, selain serbuk ketamin yang ditemui berselerakan di dalam sebuah dulang. "Hasil ujian saringan awal urin dilakukan, seramai 13 orang daripadanya iaitu 12 orang lelaki dan seorang wanita didapati positif pelbagai jenis dadah," katanya. Menurutnya, pelayan yang merupakan ibu tunggal beranak dua yang turut membawa anak lelakinya ke pusat hiburan tersebut pula didapati memiliki dan positif dadah dipercayai jenis syabu dan ekstasi. "Kesemua mereka ditahan untuk siasatan lanjut di Balai Polis Daerah Melaka Tengah dan disiasat di bawah Seksyen 12(2), Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1998)," katanya. Sinar Harian | ||||
Posted: 13 Dec 2011 11:26 PM PST 18 Muharram 1433H. [MOD] - KUANTAN - Seorang ibu tunggal dihukum penjara dua hari dan didenda RM2,000 selepas mengaku bersalah dalam Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas tuduhan mencuri rantai emas dan wang tunai RM400 milik seorang wanita di pos kawalan sebuah resort di Cherating dekat sini, 24 Oktober lalu. Hukuman penjara ke atas wanita berusia 51 tahun dari Taman Samudera Timur, Batu 3, Jalan Air Putih Kemaman itu bagaimanapun bermula dari tarikh dia ditangkap 9 Disember 2011. Tertuduh yang tidak diwakili peguam turut berdepan hukuman penjara tambahan selama dua bulan sekiranya gagal menjelaskan denda yang ditetapkan. Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah. Berdasarkan fakta kes, pengadu, seorang wanita berusia 48 tahun dari Gong Pauh, Kemaman menyedari seutas rantai leher dan wang tunai RM400 yang diletakkan dalam begnya lesap ketika diletakkan dalam pondok kawalan itu kira-kira jam 8.25 pagi, 24 Oktober lalu. Pengadu mensyaki tertuduh mencurinya kerana ada ternampak wanita itu membuka begnya lalu membuat laporan polis. Susulan laporan tersebut, tertuduh berjaya ditahan polis 9 Disember lalu dan hasil siasatan lanjut membawa penemuan lokasi barang kemas itu dilupuskan dan bahan buktinya termasuk resit dan emas yang dileburkan. Berikutan perbuatannya itu, tertuduh dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Dalam rayuannya, wanita terbabit merayu supaya hanya dikenakan hukuman denda memandangkan dia terpaksa menyara seorang anaknya yang masih bersekolah. Dia juga mendakwa tidak mempunyai pendapatan tetap dan melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara kehidupan. Mengambil kira faktor kesalahan dan rayuan tertuduh, Tuan Zuruanini menjatuhkan hukuman dua hari penjara dan denda RM2,000 terhadap wanita tersebut. Sinar Harian | ||||
Posted: 13 Dec 2011 11:25 PM PST 18 Muharram 1433H. [MOD] - NUSAJAYA - Gerakan memurtadkan masyarakat Islam tidak dinafikan wujud di negeri ini berikutan hasil aduan yang diterima oleh Jabatan Agama Islam negeri. Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, bagaimanapun gerakan tersebut sukar dikesan kerana membabitkan kumpulan kecil. "Surat layang yang diterima mengatakan gerakan berkenaan dijalankan di hotel-hotel tertentu, namun apabila disiasat hotel yang dikatakan tidak wujud sama sekali. "Justeru, sukar untuk kita mengambil tindakan kerana tidak mempunyai bukti kukuh, namun sekiranya terdapat bukti kukuh, kita akan siasat supaya memberi keadilan kepada semua," katanya. Beliau berkata demikian selepas menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Maharani-Pas, Dr Mohamad Taslim di Persidangan Dewan Negeri Johor di sini, semalam. Terdahulu, menjawab soalan dikemukakan Adun sama, Zainal Abidin berkata, sebanyak 41 aduan berkaitan permohonan murtad di seluruh negeri ini diterima sehingga kini sejak 1998 dan daripada jumlah itu, 10 kes dibawa ke Mahkamah Syariah, manakala 31 kes lagi diberikan bimbingan dan kaunseling. Menurutnya, empat daripada 10 kes yang dibawa ke Mahkamah Syariah ditolak dan enam lagi masih dalam perbicaraan. "Bagi 31 aduan diterima, 21 kes adalah di Johor Bahru; empat kes masing-masing di Muar dan Batu Pahat serta dua kes di Segamat. "Antara sebab mereka membuat permohonan untuk murtad termasuk kegagalan dalam percintaan atau perkahwinan iaitu ingin kembali kepada agama asal, selain alasan dipelihara keluarga bukan beragama Islam sejak kecil," katanya. Tambahnya, terdapat 41 aduan berkaitan permohonan murtad di negeri ini, daripada jumlah tersebut, hanya 10 kes dibawa ke Mahkamah Syariah manakala selebihnya diberikan bimbingan dan kaunseling oleh Jabatan Agama Islam Johor (Jaij). Sinar Harian |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan