Rabu, 14 Disember 2011

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Program Fund Raiser DUN Seri Andalas

Posted: 11 Dec 2011 07:50 AM PST

Klang, 11 Disember 2011 - Program Fund Raiser DUN Seri Andalas telah diadakan di Dewan Sukan MPK Taman Seri Andalas pada hari ini yang bermula jam 7.30 malam.

Program tersebut yang bertemakan Demi Rakyat - Pertahan Selangor Tawan Putrajaya telah dihadiri lebih 800 orang.

Antara tetamu-tetamu kehormat yang hadir adalah Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali, Naib Presiden PKR, YB Tian Chua, Pengarah Strategik PKR, Saudara Rafizi Ramli, ADUN Sri Muda, YB Shuhaimi Shafiei, Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Selangor, Cikgu Jaafar, ahli-ahli Majlis, Majlis Perbandaran Klang dan ketua-ketua komuniti setempat.

YB Dr Xavier Jayakumar, yang menjadi tuan rumah bagi program tersebut dalam ucapannya menyeru kepada para hadirin adalah penting untuk melakukan perubahan bagi masa depan rakyat yang lebih baik dan ini hanya tercapai dengan usaha untuk mempertahankan negeri Selangor dan menawan Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang.


Tetamu-tetamu kehormat iaitu YB Azmin Ali, YB Tian Chua, Saudara Rafizi Ramli, YB Shuhaimi Shafiei dan Cikgu Jaafar telah berucap ringkas memberi sedikit penerangan kepada para hadirin. Antara isu-isu yang disentuh adalah isu Fidlot-Lembu UMNO, Ketirisan dan penyalahgunaan kuasa yang terus berleluasa dibawah pimpinan UMNO Barisan Nasional dan persiapan untuk menghadapi pilihanraya.

Majlis turut digamatkan dengan telatah Pengerusi Majlis, Saudara Azmizam Zaman Huri yang juga Ketua AMK Kota Raja mengingatkan para hadirin supaya memilih perubahan dan mengangkat Dato'Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri pertama dari Pakatan Rakyat.

YB Dr Xavier Jayakumar mengucapkan terima kasih kepada para hadirin yang terus memberi sokongan dan mengucapkan terima kasih kepada para sukarelawan yang bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut. 

Majlis berakhir jam 11.30 malam. 












Majlis Sambutan Rumah Terbuka Krismas Negeri Selangor 2011

Posted: 10 Dec 2011 07:50 AM PST

Petaling Jaya, 10 Disember 2011 - Majlis Sambutan Hari Krismas 2011 yang dianjurkan Kerajaan Selangor di Kompleks Membeli-belah 1Utama, mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan penglibatan seluruh anggota masyarakat berbilang kaum.

Sambutan Hari Krismas 2011 ini adalah anjuran bersamna Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Tourism Selangor dan Pusat membeli-belah 1Utama.

Sekurang-kurangnya 10,000 rakyat menghadiri perkarangan pusat membeli-belah turut bersama-sama dalam meraikan majlis tersebut.

Selain meraikan perayaan terbesar masyarakat Kristian, Kerajaan Selangor turut menyelitkan unsur pendidikan kepada rakyat menerusi tema mesra alam.

Selaras dengan tema sambutan yang mengutamakan penjagaan alam sekitar, sistem lampu dan kesan bunyi persembahan mengunakan tenaga hijau biodiesel yang dihasilkan oleh minyak masak terpakai.

Tidak terlepas, lampu pokok Krismas dinyalakan melalui tenaga yang dijana oleh basikal.

Minyak masak yang digunakan untuk menyediakan juadah makanan kepada pengunjung dikumpulkan untuk dikitarsemula.

Exco Selangor, YB Dr Xavier Jayakumar berkata, kerajaan negeri komited mendidik masyarakatnya tentang nilai kehidupan berbilang kaum dan agama selain memberi mesej kesedaran cintai alam sekitar.

"Sokongan rakyat di Negeri Selangor (terhadap dasar Pakatan Rakyat) ini saya lihat semakin meningkat pada setiap kali penganjuran majlis yang kami lakukan.

"Inilah dasar kami, hasil negeri yang dijana dikembalikan kepada rakyat selain memajukan negeri," Dr Xavier berkata deikian pada majlis tersebut.

Sambutan ini juga dimeriahkan lagi dengan persembahan oleh penyanyi-penyanyi terkemuka seperti Reshmonu dan Francesca Peters dan Koir Filharmonik Selangor.


Warga Emas Membeli-belah Di Econsave Dalam Program Jom Shopping Ke-6 DUN Seri Andalas

Posted: 09 Dec 2011 07:50 AM PST

Klang - DUN Seri Andalas meneruskan Program Jom Shopping keenamnya di Econsave dengan membawa warga emas membeli-belah.

Program tersebut telah dijayakan dengan bantuan sukarelawan yang hadir memberi bantuan kepada warga emas untuk membeli belah dan membantu membawa barangan yang telah dibeli.

Dr Xavier Jayakumar mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada kesemua sukarelawan yang datang membantu.

Kesemua warga emas yang menyertai program Jom Shopping tersebut berasa gembira bukan sahaja dapat keluar membeli belah malah dapat beramah mesra bersama-sama wakil rakyat mereka.

Program 'Jom Shooping' yang diperkenalkan ini merupakan sebahagian daripada program untuk warga emas yang berusia 60 tahun ke atas yang telah berdaftar dengan Skim Mesra Usia Emas, SMUE melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor, MES.

Tiada ulasan:

Nuffnang