N45 Dr Halimah Ali |
- BERSEDIAKAH PR MENANGKIS PERANG SARAF BN
- YB DR HALIMAH ziarah rumah kaum Tionghua
- SAMBUTAN HARI TADIKA SELANGOR 2013
BERSEDIAKAH PR MENANGKIS PERANG SARAF BN Posted: 10 Feb 2013 06:24 PM PST Ada orang berhujah bahawa "maklumat itu kuasa". Kenapa mereka berpendapat sedemikian? Dalam dunia perniagaan dan politik, maklumat diperlukan untuk membuat keputusan yang tepat dan pantas. Kecepatan dan ketepatan membuat keputusan dan bertindak menentukan siapa "juara" dan "market leader". Sebagai contoh dalam dunia perniagaan ialah persaingan antara syarikat Apple dengan Samsung dan KFC dengan MacDonald. Pembuat polisi, pengatur strategi dan pemimpin membuat keputusan berdasarkan maklumat yang dimilikinya. Dalam dunia IT, maklumat bersumber daripada data kasar yang telah diolah dan diproses. Data diperolehi dari kajian, pengamatan dan risikan. Persoalannya bukan semua maklumat itu betul dan bertaraf fakta. Fakta dan kebenaran boleh diputarbelitkan dan diolah mengikut selera dan kehendak semasa. Persaingan sengit dalam dunia politik dan perniagaan menyebabkan syarikat korporat dan parti politik berlumba-lumba memiliki dan menguasai sistem rangkaian maklumat dan pangkalan data. Malah organisasi politik dan perniagaan bersaing untuk memiliki rangkaian kommunikasi dan media massa. Dalam konteks senario politik Malaysia masakini, Barisan Nasional mahu dan mampu menggerakkan jentera sistem pengumpulan maklumat, " spinner maklumat", penyebaran "maklumat", dan apa saja yang dibawah kuasanya sama ada secara sah atau tidak sah. BN mampu menggunakan khidmat risikan Polis, tentera, KEMAS, JASA, Kementerian Penerangan, dan sebagainya bagi mendapatkan maklumat. Media massa milik BN seperti di bawah. Dengan kemampuan yang terhad, bersediakah prasarana ICT Pakatan Rakyat berdepan dengan prasarana gergasi milik BN? PR tidak mampu bersaing dengan media massa konventional seperti TV dan radio. Sedikit kemampuan yang PR ada di alam siber, mampukah ia bertahan dengan serangan DENIAL OF SERVICE ke atas server milik portal seperti malaysiakini dan harakahdaily yang telah beberapa kali berlaku? Mampukah PR memberi impak jika sistem telekomunikasi perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) dan MMS sengaja dilumpuhkan oleh BN? Apakah alternatif lain untuk PR menyebarkan maklumat jika sistem internet di"blackout" oleh BN? Mari kita sama-sama fikirkan dan cari jalan penyelesaian secepat mungkin. |
YB DR HALIMAH ziarah rumah kaum Tionghua Posted: 10 Feb 2013 09:06 AM PST Sehari sebelum tahun baru Cina memang waktu yang sibuk bagi keluarga kaum Tionghua. ADUN SELAT Klang, YB DR HALIMAH ALI terus berjalan rumah ke rumah di Sg Bertih untuk berjumpa dengan rakyatnya dalam kesempatan sedikit. Membawa kad ucapan tahun baru Cina, limau dan kacang dalam beg berlogo PAS, dan PAS UNTUK SEMUA, beliau beserta jenteranya mula mengorak langkah daripada bilik gerakan JPrU di SG BERTIH bersama dengan DHPP Alhamdulillah beliau sempat berjumpa dengan penduduk yang kebanyakannya akan menyambut tahun baru di situ dan menunggu anak cucu pulang untuk makan besar malam itu. Sebenarnya pemandu YB balik kampung bercuti dengan keluarga , maka PAnya Kamarinalah yang memandu kereta. Kumpulan DHPP yang dipimpin oleh Jalil sudah meluncur laju ke depan.Sudah tak nampak bayang. YB melihat kelibat penduduk Tionghua tengah bekerja keras membersihkan rumah, membakar 'duit' dsb. YB meminta Kamarina berhentikan kereta dan terus keluar membawa kad tahun baru Cina, menyapa sesiapa yang ditemuinya dan menghadiahkan kad tersebut kepadanya sambil mengucap SELAMAT TAHUN BARU CINA kepadanya. Seorang lelaki muda dalam pagar bertanya, sambil matanya meninjau ninjau ke jalan,'You sorang kah' tanyanya prihatin kepada YB ADUN. Lazimnya berduyun mengekori ADUN bergerak. Alhamdulillah, respon begitu baik dan mereka sangat gembira mendapat layanan 'personal' sebegitu rupa. Akhirnya, sebelum meninggalkan team DHPP , YB DR HALIMAH menghadiahkan mereka cupcake yang istimewa. Semua gembira termasuk anak-anak yang ikut serta dalam pendidikan sosial" hands on" itu alhamdulillah. |
SAMBUTAN HARI TADIKA SELANGOR 2013 Posted: 10 Feb 2013 01:09 AM PST Kerajaan Selangor juga bakal menganjurkan sambutan Hari Tadika Selangor 2013 pada 24 Februari ini bertempat di Kompleks Belia dan Kebudayaan Seksyen 7, Shah Alam bermula jam 8 pagi sehingga 1 tengahari. Semua Tadika, Pra Sekolah Di Selangor Layak mohon Skim Tunas Afix Redzuan/ MEDIASELANGORKU SHAH ALAM, 9 FEB: Semua tadika Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta pra sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia di Negeri Selangor dialu-alukan memohon Skim bantuan Tadika Selangor (TUNAS). Exco Pendidikan Selangor, Dr Halimah Ali menjelaskan, skim ini terbuka buat semua sebagai usaha Kerajaan Negeri membantu ibu bapa dan pihak tadika dibawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Tegasnya, dengan peruntukkan berjumlah RM1,016,600 untuk tahun 2012 dan RM3 juta bagi tahun 2013, pihak tadika hanya perlu mendaftar di bawah Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS) bagi mendapatkan bantuan berkapita sebanyak RM50 sebulan. "Skim ini untuk anak berumur lima dan enam tahun yang ibu bapanya dari golongan berpendapatan rendah di bawah RM1,500 dan dihantar ke tadika yang berdaftar dengan MPTS. "Skim Tunas ini bertujuan membantu mengurangkan bebanan ibu bapa yang terpaksa membayar kos yuran. Anak-anak mereka dihantar ke tadika dan pra sekolah yang dibayar secara bulanan dan terus ke akaun tadika yang berdaftar dengan MPTS," katanya ringkas. Penjelasan ini sekaligus menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa Kerajaan Negeri tidak menunaikan janji untuk memberikan bantuan pembiayaan kepada anak-anak kecil yang memasuki alam pra persekolahan dan tadika. Sejak diperkenalkan pada 1 Julai 2012, sebanyak 217 permohonan tadika dan pra sekolah telah diterima sehingga akhir tahun 2012 manakala 339 permohonan untuk tahun 2013 sehingga 31 Januari 2013. Manakala seramai 1,903 ibu bapa juga mengemukakan permohonan untuk mendapatkan Skim Tunas bagi tahun 2012 sementara 1,800 permohonan dicatatkan sehingga 31 Januari untuk tahun 2013. Menurut Halimah, untuk tahun 2013 MPTS mensasarkan 5,000 permohonan ibu bapa untuk Skim Tunas sehingga penghujung Disember. Setakat ini, Daerah Klang mencatatkan permohonan paling tinggi dengan 528 permohonan untuk tahun 2012 dan 409 permohonan sehingga 31 Januari 2013. Daerah Hulu Selangor pula mencatatkan permohonan terendah pada tahun 2012 dengan 22 permohonan sementara Daerah Sepang dengan 8 permohonan setakat ini. Dari segi jumlah bayaran pula, sebanyak RM214,175 telah dibayar untuk tahun 2012 manakala RM90,000 untuk Januari 2013 sahaja. Secara keseluruhan, kaum Melayu mengemukakan permohonan paling tinggi dengan pecahan hampir 89 peratus, diikuti kaum Cina dengan sembilan peratus dan India dua peratus. Beliau menambah, Kerajaan Selangor juga bakal menganjurkan sambutan Hari Tadika Selangor 2013 pada 24 Februari ini bertempat di Kompleks Belia dan Kebudayaan Seksyen 7, Shah Alam bermula jam 8 pagi sehingga 1 tengahari. Sambutan ini bakal menghimpunkan ibu bapa serta guru dan pengusaha tadikan disamping seramai 2,013 pelajar tadika yang akan menjayakan program berkenaan. |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |