Ahad, 10 Februari 2013

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Program Kesihatan: Doktor Pakar Bersama Komuniti DUN Seberang Takir

Posted: 10 Feb 2013 04:40 AM PST












Pada 9 Februari 2013, akhirnya berakhir sudah program yang dirancang selama berminggu-minggu untuk menjayakan Program Kesihatan: Doktor Pakar Bersama Komuniti DUN Seberang Takir. Bersempena dengan program ini, Penyelaras Pusat Khidmat DUN Seberang takir telah menjemput khas Y.Bhg. Dato' Haji Jailani bin Ngah selaku Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri Malaysia untuk merasmikan majlis yang penuh gemilang ini bertempat di Bangunan Penyelaras UMNO DUN Seberang Takir.

Pelbagai aturcara dijalankan bermula dari jam 8 pagi dan berakhir kira-kira jam 4 petang. Program bermula dengan Ceramah Kerjaya (Bidang Perubatan) yang disampaikan oleh Y.Bhg. Dr. Muhammad bin Omar, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu (Perubatan) kepada pelajar-pelajar sekolah dalam DUN Seberang Takir yang mengambil aliran sains.

Pada masa yang sama, pameran kesihatan, derma darah, dan pemeriksaan kesihatan percuma turut bermula. Pelbagai pemeriksaan disediakan. Antaranya ialah pemeriksaan mata, urutan refleksilogi oleh PERTIS, dan banyak lagi. 

Selesai majlis ucapan perasmian oleh Y.Bhg. Dato' Haji Jailani bin Ngah, telah berlangsungnya penyampaian bantuan banjir, bantuan kepada penerima JKM dan bantuan kewangan kepada Persatuan Belia dalam DUN Seberang Takir. Selepas itu, tiba masanya penyampaian 'Mock Cheque' untuk kegunaan Pusat Rehabilitasi Seberang Takir berjumlah RM 200,000.00, gimik perlancaran 1M4U DUN Seberang Takir, gimik penyerahan van Pusat Khidmat DUN Seberang Takir dan majlis perlepasan belia bermotor.

Jamuan rakyat turut disediakan untuk para hadirin yang telah hadir pada progam ini. Terima kasih diucapkan kepada Y.Bhg. Dato' Jailani bin Ngah kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan majlis pada kali ini. Kesudian beliau amatlah dihargai. Tidak dilupakan jutaan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat, pemimpin-pemimpin masyarakat, dan juga semua yang terlibat samaada secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan program pada kali ini dengan jayanya. Budi dan jasa kalian tidak dapat saya lupakan. Semoga Allah S.W.T dapat membalas jasa kalian.

Saya juga berharap agar program-program seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang kerana ia sangat bagus dan rakyat juga mendapat manfaat menghadiri program-program seperti ini. Besar harapan saya untuk melihat Seberang Takir menjadi satu ikon pada masa akan datang. InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Nuffnang