Sabtu, 24 November 2012

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Moko, Pemberdayaan Wanita & Diskriminasi Gender: Anekdot

Posted: 24 Nov 2012 03:25 PM PST

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


PAS FOR ALL

Posted: 24 Nov 2012 07:02 AM PST


PAS pilihan, PAS pilihanMU, PAS pilihan KITA

Posted: 24 Nov 2012 04:54 AM PST

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


【当今大马】揭露沙登选民无端端移至和丰 张念群抨选民册错误层出不穷

Posted: 24 Nov 2012 03:59 AM PST

Mr Hong stays in Serdang. He was a Serdang voter before. And all the while his IC address is in Serdang. However, for some unknown reason, he now becomes a voter in Perak, for Sungai Siput constituency.

选委会主席阿都阿兹早前指出,自2008年至今年第2季度,选委会为了“净化”选民册已经删除了48万229个名字。

可是,选民册中的错误还是层出不穷。

上个月27日,我才刚刚揭露一个家庭内的两个成员,身份证上的地址一模一样,可是却被派往不同的国会选区。

这次又有一位十多年来居住在沙登选民找上我,投诉他从未更换他的住址,可是却无端端变成霹雳州的选民。

投票站竟在和丰垦殖民区

选民熊志成,身份证上的地址一直都是沙登光明岭,之前也曾在沙登投票。可是不知何故,却被“搬走”成为和丰国会,Lintang州议会的选民。根据选委会网站的资料,他的投票站居然是在肯殖民区(Felda Lasah)。

熊先生强调他是土生土长的吉隆坡人,从未在和丰居住,所以完全不明白为什么会突然被调到霹雳州投票。

我已经处理过不少类似的投诉,选委会固然都会在我们进行投诉后把相关的选民移回他们应属的选区,可是这终究只是治标而非治本。选委会有必要解释为了这类事故层出不穷。

(More......)

【当今大马】雪州调查揭28%可疑新选民 反对党领袖选区最多逾9千人

Posted: 24 Nov 2012 03:49 AM PST

雪州政府今日向雪州议会提呈一份寻找州内可疑选民的报告,发现雪州2011年第4季新增近50万名新选民当中,有28%或13万人的身份存疑。

NONE这些可疑选民遍布雪州56个州议席,惟调查结果指出,雪州反对党领袖沙丁迪曼(左图)的斯里沙登选区的可疑选民人数最多,超过9000人。

雪州政府是在今年6月开始长达3个月调查,并由州经济策划部门整理成《雪州民主化计划报告》。

雪州大臣卡立在记者会上受询时拒绝透露这些选民身份存疑的原因,只是表示州政府将在会见选委会时揭露详情。

【点击阅读报告】

将致函选委会要求解释
他也表示,这个报告证明雪州政府对可疑选民人数暴增的担忧是非常有根据。

“因此,在进一步筹备第13届全国大选之前,我们先会将此调查报告带到选委会,以要求合理解释。”

他也表示,雪州政府将在雪州议会下周结束后,写信给选委会。

雪州总选民达192万人

(More......)

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Himpunan Hijau semakin meriah

Posted: 24 Nov 2012 02:00 AM PST

Kembara Himpunan Hijau yang memasuki hari ke-12 hari ini memecahkan rekodnya sendiri dengan kehadiran hampir 2,000 orang berjalan kaki dari Taman Rimba Templer ke plaza tol Gombak, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak.

Perjalanan sejauh hampir 10 kilometer itu yang pada asalnya dijadualkan bermula jam 9 pagi diawalkan setengah jam apabila ia menerima penyertaan lebih ramai peserta hari daripada 11 hari lepas, kata pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack.

Kembara Himpunan Hijau sejauh 300 kilometer dari Kuantan ke KualaLumpur ini bermula pada 13 November lalu sebagai kembara protes Wong Tack untuk mewujudkan kesedaran politik dan alam sekitar menentang loji memproses nadir bumi Lynas.

Keazaman beliau turut disambut empat lagi NGO alam sekitar lain - Jawatankuasa Membantah Sianida Raub, (Ban Cyanide Committee), gabungan NGO Pengerang, dan NGO anti-empangan Murum.

Kumpulan pejalan kaki ini sedang berehat di plaza tol Gombak sebelum berjalan sejauh lapan kilometer lagi ke Markas Tarbiyah PAS Taman Melewar.

Esok, mereka akan meneruskan perjalanan ke Dataran Merdeka dari Gombak sebelum menyerahkan memorandum kepada ahli parlimen yang digesa turun bertemu mereka di dataran.

"Hati kami sudah berada di Dataran Merdeka, kerana itulah langkah kaki kami akan menuruti suara hati kami sekarang ini," kata Wong Tack yang kelihatan penat tetapi masih bertenaga.

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


APABILA POLITIK MENGATASI AGAMA

Posted: 23 Nov 2012 08:26 PM PST



Assalamualaikum.

Saya tidak terkejut apabila ada pihak yang mendoakan dengan doa yang songsang terutama untuk memburukkan sesama Islam. Malah, lebih tidak terkejut bila ada yang menuduh kononnya UMNO parti murtad.

Mengapa saya katakan sedemikian. Jika anda ingin tahu, inilah bahananya apabila ada orang yang mendakwa dia parti Islam, dia hendak kepada Islam, dia berjuang Islam tetapi dia tidak mematuhi ajaran Islam. Mengapa?.

Kita semua telah dikelirukan. Sebabnya kerana, mereka mengamalkan politik yang songsang.

Apa yang saya faham mengenai politik Islam ialah, Islam mestilah menguasai politik atau dalam maksud yang lain Islam mestilah memandu politik yang dipegang oleh kita. Ada pun yang berlaku di sekeliling kita hari ini adalah politik Islam yang diterjemahkan seolah-olah politik menguasai segala-galanya termasuk agama.

Ertinya, agama pula yang dipandu oleh politik dan bukannya politik itu dipandu oleh agama sebagaimana yang saya sebutkan tadi. Keadaan inilah yang sengaja tidak difahami, lalu berlakulah apa yang sedang kita lihat.

Apabila itu berlaku, pihak yang berkenaan akan tergamak melakukan apa sahaja demi memenuhi cita-cita politik walaupun ia ditegah dan tidak menjadi sebahagian daripada ajaran Islam.

Agak malang sebenarnya bagi umat Islam di Malaysia kerana mereka terpaksa berhadapan dengan golongan sedemikian. Jika mereka tidak hati-hati, maka mudahlah mereka terjebak dengan golongan itu.

Oleh itu, rakyat perlu memahami keadaan tersebut dan tida semudahnya menelan atau menerima apa yang dilakukan atas nama politik tetapi dilarang oleh agama kita, Islam.

Kita mesti meletakkan Islam sebagai agama yang memandu kita semua dalam semua perkara termasuk politik.

Itulah harapan saya.

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on AirAsia did not meet regulatory standard? by MH LAE

Posted: 23 Nov 2012 10:02 PM PST

Bukannya senang? ? Dengan AK bukannya bolehlah…

Comment on AirAsia did not meet regulatory standard? by Now Everyone Can Owe Maintenance Charges

Posted: 23 Nov 2012 08:53 AM PST

Don’t worry the Pariah has said in July 2012 that AA and AAX will send their aircraft to Singapore for maintenance and service. Hopefully Singapore company will give special rate like what MAS did after the share swap and of course service on CREDIT like owing airport taxes for many years. The pariah can always talk his way out. Lets see! I agree that we all must watch the movements of that Botak in the Engineering Department.
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/airasia-ditches-pact-with-mas/

Direct Free Kick

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


134,675 pengundi tidak dikenali daftar di Selangor

Posted: 24 Nov 2012 02:13 AM PST

10 Muharram 1433H. [MOD]
Harakahdaily/-

KUALA LUMPUR: Seramai 134,675 pengundi tidak dikenali dikenal pasti didaftar di negeri Selangor, dedah Laporan Projek Pendemokrasian.

Selangorku melaporkan, jumlah itu mewakili kira-kira 28 peratus daripada jumlah 497,084 pemilih baru yang didaftarkan.

Sebagai rekod sehingga kini jumlah pengundi di negeri itu mencecah 1,924,281 orang.

Semakan daftar pemilih bagi jumlah itu berdasarkan daftar pemilih induk (DPI) suku ke empat 2011 yang diperolehi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) serta dilaksanakan mengikut 56 DUN yang dilakukan oleh Ketua Kampung, Ahli Majlis, kakitangan Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Mengikut laporan Projek Pendemokrasian Negeri Selangor yang dikeluarkan oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) itu mencatatkan DUN Sri Serdang mengalami bilangan pengundi tidak dikenali yang paling ramai iaitu lebih 9,000 orang.

Ia diikuti dengan DUN Subang Jaya 8,000 orang, Hulu Kelang 5,500 orang dan Sri Muda 5,000 orang.

Daripada jumlah keseluruhan pemilih baru itu, sebanyak 51 peratus daripadanya terdiri daripada mereka yang berusia 21 hingga 30 tahun.

Manakala bagi pemilih yang tidak dikenal pasti iaitu seramai 134,675 orang itu, sebanyak 44 peratus daripadanya terdiri daripada mereka yang berusia lingkungan 21 hingga 30 tahun.

Dari aspek jantina, sebanyak 51 peratus pemilih baru merupakan lelaki dan 49 peratus wanita.

Manakala, bagi kajian pemilih yang tidak dikenal pasti pasti turut mendapati 51 peratus adalah lelaki dan 49 peratus wanita.

Mengikut aspek bangsa pula, bangsa Melayu mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 49 peratus, diikuti Cina sebanyak 34 peratus dan India sebanyak 13 peratus daripada keseluruhan jumlah pemilih berdasarkan DPI suku ke empat tahun 2011.

Bagi pemilih baru, ia menunjukkan 55 peratus daripada bangsa Melayu merupakan pemilih baru manakala 45 peratus tidak dapat dikenal pasti berdasarkan semakan yang dilakukan.

Selain itu, kaum Cina sebanyak 28 peratus pemilih baru dan 35 peratus tidak dapat dikenal pasti.

Manakala bagi India, sebanyak 11 peratus pemilih baru dan 13 peratus tidak dapat dikenal pasti berdasarkan semakan yang dijalankan.

Sementara itu, lain-lain sebanyak 8,561 pemilih baru yang terdiri antaranya Orang Asli Semenanjung, Punjabi, Eurasian, Jawa, Pakistan, Sri Lanka dan Hakka.

Laporan terbabit juga memaklumkan penambahan pemilih baru pada setiap suku tahun iaitu bermula suku ke empat 2011 hingga suku tahun ke tiga 2012 mendapati mengalami peningkatan.

Hal itu dibuktikan seramai 497,084 orang dengan peratusan 32 peratus pada suku ke empat 2011 ; 563,471 orang dengan peratusan 36 peratus pada suku pertama 2012 ; 600,406 orang dengan peratusan 38 peratus pada suku kedua 2012 dan meningkat kepada 625,210 orang dengan peratusan 40 peratus bagi suku ke empat 2012.

Jumlah pemilih berdasar suku ke tiga 2012 (belum digazetkan) seramai 2,025,153 orang serta daripada jumlah itu seramai 513,074 pemilih baru yang mencatatkan 51 peratus lelaki dan 49 peratus wanita.

Laporan Projek Pendemokrasian diserahkan kepada Dewan Negeri Selangor (DNS) semalam dan diedarkan kepada Adun.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan dalam satu sidang media, laporan itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebaik sidang DNS berakhir minggu depan.
template joomla

Piow With You 文标与你

Piow With You 文标与你


华裔满足大马国阵现状,就如拿号码等当太监。

Posted: 23 Nov 2012 09:22 AM PST

图:黄文标(左2),林碧霞(中)以及行动党怡保东区妇女组理事呼吁各界支持1125和平请愿运动。


全国社青团副宣传秘书黄文标今日表示除了大部分有没有忘本华团,来支持本星期日1125全国反对2013-2025年教育发展大蓝图初步报告以外。更呼吁每位大马华裔必须当董总的最大后台,而非让董总和大部分华团孤军作战。

也是行动党德彬丁宜区州议员的他,与行动党万里望区州议员林碧霞,行动党怡保东区妇女组主席邓淑娟,副主席程丽丝和秘书郑玉玲进行会议后。表示国阵中央政府掌管的教育部从来没有放弃教育最终目标,也就是实现单一国文教育的政策。而华文,淡米尔文将会变成外语课程。如现在伊班文课就是东马国阵太强,伊班国阵政客只顾本身利益,所以连本身的语文在教育领域变成可有可无的状况。

他同时也支持16华团对教育大蓝图必须以客观、公正、实际的立场,加上尊重公民社会的态度,来检讨目前的教育政策。更敦促中央政府接受16华团对报告中提岀上述建议。教育部长慕尤丁不要在耍太极只听顺从自己的机构,副教长魏家祥更不必要讲什么消灭华文教育的废话。

他指出教育部一向来那国家未来主人翁来当教育实验品的例子比比皆是,连族魂林连玉为了华教被褫夺公民权,茅草行动也是因为华文教育而发生。由此可见我国华教发展除了出钱出力,还要面对严峻的考验。这与国小或国民中学比较简直是天跟地。

最后他要求民众尽力出席1125的和平请愿,或游览http://www.djz.edu.my/v2/ 进行网络签名,来展示人民的力量。接下来就是等待大选来彻底改变国运。



DUN BUKIT PAYONG

DUN BUKIT PAYONG


Doa dan BN

Posted: 23 Nov 2012 04:40 PM PST

Bismillahir rahmaanir rahiim

Surah Ibrahim :

42. Dan janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa Yang dilakukan oleh orang-orang Yang zalim; Sesungguhnya ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari Yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan Yang berlaku).

43. (dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka Dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).

44. Dan berilah amaran (Wahai Muhammad) kepada manusia Yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat Yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang Yang berlaku zalim akan merayu Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah Kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada Kami hingga ke suatu masa Yang dekat, supaya Kami menyahut seruanmu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya Kami menurut ugama Yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". dan (rayuan mereka akan ditolak Dengan dikatakan kepada mereka): "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan Bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu Dalam dunia) dahulu, Bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?

KENAPA UMNO TAKUT DENGAN DOA ?
Media pro Barisan Basional cuba mengeksploitasikan doa yang digumandangkan dalam Majlis Solat Hajat sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat di stadium Sultan Muhammad V, Kelantan. Maka ulama UMNO mengambil kesempatan untuk memasyhurkan diri dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan untuk mempersalahkan doa tersebut.
1-     Tidak boleh berdoa untuk kehancuran  sesama Islam dan doa yang tiada adab.

2-     Berdoa kehancuran untuk Narisan Nasional bermakna berdoa kehancuran untuk ahli-ahli dan pendokong-pendokong UMNO.

3-     Tiada dalam ajaran Rasulullah berdoa " ko BN , BN ko".

Suka saya mengemukakan beberapa soalan sebelum saya menjawab tentang keraguan yang ditimbulkan oleh media tentang doa tersebut untuk menarik pengundi melayu agar membenci PAS.
1-     Apakah pemimpin dan ulama UMNO berdoa untuk kekuatan PAS ?.

2-     Apakah pemimpin dan ulama UMNO bertindak untuk memberi kekuatan kepada PAS atau memang setiap masa, pemimpin Barisan Nasional  bercakap dan bertindak  dengan kuasa untuk menghancurkan PAS ?.

3-     Kenapa pemimpin dan ulama UMNO terasa amat takut dengan doa untuk kehancuran Barisan Nasional, sedangkan doa tersebut hanya dipohon kepada Allah yang Maha mengetahui dan Maha berkuasa untuk memustajabkan dan menentukannya ?.

4-     Kenapa UMNO terasa takut untuk kehancuran Barisan Nasional, sedangkan Barisan Nasional disertai oleh banyak parti yang membenci dan menghina Islam seperti MCA atau memang UMNO sentiasa berdoa untuk kekuatan MCA dan parti-parti yang menghina syariat Islam ?.

5-     Apakah ulama UMNO bersetuju dan menghalalkan supaya menunaikan solat hajat dan berdoa untuk kemenangan calon MCA dan MIC dalam pilihanraya, walaupun untuk kekalahan calon melayu Islam daripada PAS dan PKR ? Adakah doa dan solat hajat untuk tujuan ini tidak salah seperti pilihanraya kecil calon MCA di DUN Bandar, Terengganu dan calon MIC di Parlimen Hulu Selangor ?
 
BARISAN NASIONAL ZALIM
Barisan Nasional yang memegang tampuk pemerintahan Negara ini dengan kepimpinan dan sokongan pendokong-pendokong Barisan Nasional semenjak merdeka. Sepanjang kekuasaan Barisan Nasional, Barisan Nasional telah melakukan kezaliman terhadap syariat Islam dan sesama Islam dengan mengenepikan nilai-nilai Islam, kemanusiaan dan demokrasi. 20 tahun kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan rakyat Kelantan dizalimi dengan didiskirimasi oleh kerajaan Barisan Nasional, walaupun rakyat Kelantan terpaksa membayar berbagai cukai kepada kerajaan Persekutuan. Kerajaan Kelantan diketepikan dan dikhianati hak royalti petroleum, walaupun petroleum itu dijumpai di tanah dan lautan milik rakyat Kelantan tetapi kerajaan Barisan Nasional sanggup menyalurkan dan membangunkan petroleum di negara Thailand yang bukan Islam. Betapa media pro Barisan Nasional berpesta dan berseronok untuk memburukkan dan menipu dunia tentang kerajaan dan rakyat Kelantan. Kerajaan Barisan Nasional sanggup mengenepikan hak kerajaan Kelantan dan mengabaikan tanggungjawab pembangunan di Kelantan kerana tidak sanggup menerima pilihan rakyat Kelantan.
Pengarang kitab 'Al-Kabair' (Dosa-Dosa Besar) telah menyebut banyak nas-nas daripada Al-Quran dan Hadis Rasulullah yang mengingatkan tentang kebencian Allah dan azabnya terhadap dosa kezaliman. Bahkan Allah menggalakkan golongan yang dizalimi agar berdoa kepada Allah. Allah Taal berfirman dalam surah As-Syuaara
227. dan (ingatlah), orang-orang Yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.
Rasulullah bersabda kepada Muaz bin Jabal, ketika baginda mengutusnya ke Yaman :

((واتق دعوة المظلوم، فإنه ليس بينه وبين الله حجاب)).

Maksudnya : "Takutlah dengan doa orang dizalimi, tiada hijab antaranya dan Allah."

Rasulullah juga bersabda :

((ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ لَا شَكَّ فِيهِنَّ: دَعْوَةُ الْوَالِدِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ)).

Maksudnya : Tiga doa yang dimustajabkan tanpa keraguan padanya iaitu doa seorang ayah, doa musafir dan doa orang yang dizalimi.
 
TIDAK SALAH BERDOA UNTUK KEHANCURAN SI ZALIM
Nabi Musa yang berdoa untuk kehancuran Firman dan kerajaannya sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah dengan firmannya dalam surah Yunus ; 88 – 89 :
88. Dan Nabi Musa pula (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun dan ketua-ketua kaumnya barang-barang perhiasan dan harta benda Yang mewah Dalam kehidupan dunia ini. Wahai Tuhan kami! (kemewahan Yang Engkau berikan kepada mereka) akibatnya menyesatkan mereka dari jalanMu (dengan sebab kekufuran mereka). Wahai Tuhan kami! Binasakanlah harta benda mereka dan meteraikanlah hati mereka (sehingga menjadi keras membatu), maka Dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab Yang tidak terperi sakitnya.
89. Allah berfirman: "Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua; oleh itu hendaklah kamu tetap (menjalankan perintahKu seterusnya), dan janganlah kamu menurut jalan orang-orang Yang tidak mengetahui (peraturan janjiKu)".
Penulis-penulis sejarah Islam menyebut, tatkala Rasulullah menghantar surat menyeru Kisra (raja Parsi) kepada Islam, tiba-tiba Kisra telah mengoyak surat Baginda. Rasulullah berdoa kepada Allah :

((اللهم مزق ملكه))

Maksudnya : Ya Allah ! Hancurkanlah kerajaan Kisra.

Hadis sahih menetapkan bahawa Rasulullah berkata :

((اذهبوا إلى صاحبكم فأخبروه أن ربي قد قتل ربه الليلة))

Maksudnya : Pergilah bertemu dengan raja kamu dan beritahu kepadanya, sesungguhnya Tuhanku telah membunuh tuhanmu pada malam ini."
Soalan yang dikemukakan kepada (اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء ) yang diketuai olehSheikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz dan dianggotai oleh Sheikh Abdul Aziz Ali Sheikh, Sheikh Bakar Abu Zaid, Sheikh Soleh Fauzan dan Sheikh Abdullah Ghudyan.
" Adakah harus bagi seorang muslim berdoa kehancuran ke atas muslim yang melakukan kezaliman kepadanya ?. Adakah harus bagi seorang muslim melakukan perkara yang sama ke atas orang yang menzaliminya ?."
Jawapan : Seseorang yang dizalimi hendaklah menyebut nama Allah dan mengancam  orang  yang melakukan kezaliman dengan azab Allah, moga dia mengambil nasihat dan tidak melakukan kezaliman lagi. Jika dia terus melakukan kezaliman, maka buat aduan kepada pihak yang berkenaan untuk menyelesaikan kezaliman itu. Orang yang dizalimi dalam semua keadaan ini, dia boleh memohon dan mengharapkan pertolongan daripada Allah untuk menyelamatkan dia daripada kezaliman dan si zalim. Jika dia berdoa ke atas si zalim  agar Allah bertindak dengan sewajarnya, membalas segala kejahatannya dan menjadikan segala tipu daya terjerat pada leher si zalim, maka tidak salah kerana Firman Allah dalam surah an-Nisa'
148. Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk Yang dikatakan Dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang Yang dianiayakan. dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha mengetahui.
Sheikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut dalam kitab "Fiqh Al-Aqliyyat" dengan katanya : Ada doa setengah salafusoleh :

"اللهم اشغل الظالمين بالظالمين وأخرجنا من بينهم سالمين".

Sheikh berdalil dengan apa yang datang dalam kitab Kasyfu Al-Khafa' oleh Al-Ajluney :

إن الله ينتقم من الظالم بالظالم.

Maksudnya : "Sesungguhnya Allah akan membalas dengan menghancurkan si zalim dengan si zalim."

DOA SALAFUSOLEH KE ATAS SESAMA ISLAM YANG ZALIM
Kehidupan salafusoleh menjadi pengajaran sangat indah tentang doa untuk kehancuran golongan si zalim.

1-     Seorang perempuan yang bernama Arwa binti Uwais telah mengadu kepada Marwan bin Al-Hakam, Gabenor Madinah pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufian. Perempuan ini menuduh Said bin Zaid telah mengambil tanahnya. Said bin Zaid berdoa kepada Allah : Ya Allah ! Jika perempuan itu berbohong, maka jangan engkau matikan dia sehingga engkau butakan matanya dan engkau matikan dia lemas di dalam telaga." Selepas berlalu beberapa hari, perempuan telah dibutakan oleh Allah. Ketika dia berjalan menuju ke rumahnya, tiba-tiba dia terjatuh ke dalam telaga dan mati di dalamnya.

2-     Hajjaj bin Yusof Athaqafi merupakan seorang Gabenor kerajaan Umawiyyah yang menaruh jasa kepada Al-Quraan, tetapi dia bersifat zalim kepada golongan yang menentang kerajaan Umawiyyah sehingga dia sanggup membunuh dan menyeksa ulama yang tidak menyokong kerajaan Umawiyyah. Dia telah menyeksa dan membunuh seorang ulama tabein iaitu Said bin Jubair. Sebelum kematian Said bin Jubair, beliau berdoa ; Ya Allah jangan kurniakan kuasa kepada Hajjaj sehingga dia boleh membunuh orang lain selepas kematianku. Hajjaj mati selepas itu dengan doa kehancuran dan kemusnahan ke atas Hajjaj daripada  Said bin Jubair.

3-     Ibu Kathir telah menyebut dalam kitab "bidayah wa Nihayah" daripada Wahab bin  Munabbih tentang satu kisah : Seorang anak raja yang masih muda telah memimpin satu angkatan tentera. Dia telah terjatuh daripada kudanya dan mati hampir dengan satu negeri. Ayahnya sangat murka dan bersumpah untuk membunuh semua penduduk  negeri  itu dan menghancurkan mereka dengan gajah-gajah. Maka tiada seekor gajah melainkan akan diiringi dengan beberapa kuda dan setiap ekor kuda akan ditunggangi oleh seorang tentera. Raja pun menuju ke negeri  itu setelah diberi minum gajah-gajah dan kuda-kuda dengan arak. Penduduk negeri  mendengar berita kemaraan tentera Tuanku Raja, maka mereka keluar semuanya berdoa, mengadu dan memohon kepada Allah supaya menyelamatkan kejahatan raja yang zalim dan usahanya untuk menghancurkan penduduk negeri ini. Ketika Raja dan tenteranya mara dan penduduk negeri mengadu, berdoa dan merintih kepada Allah. Tiba-tiba seekor kuda turun dari langit dan menerkam di tengah-tengah angkatan tentera Raja, maka gajah-gajah berkeliaran dan memijak kuda-kuda sehingga kuda-kuda memijak tentera-tentera Raja. Raja terbunuh dan seluruh tentera mati dihancurkan oleh gajah-gajah dan kuda-kuda. Allah telah menyelamatkan penduduk negeri ini daripada kezaliman dan kejahatan raja dan tentera-tenteranya.

4-     Yahya bin Hubairah, seorang menteri yang soleh bercerita : "Sultan Masu'd bin Mohammad Al-Saljuqi dan pengikut-pengikutnya memerintah dalam tempoh yang sangat lama dan melakukan kerosakan sehingga Khalifah berazam untuk memeranginya. Yahya berkata : Kemudian saya terfikir dan berpendapat bahawa tidak tepat berhadapan dengan Sultan Mas'ud dan pengikut-pengikutnya secara terbuka kerana kekuatan pertahanannya. Aku mengadap Khalifah Al-Muktafa dan berkata : Aku berpendapat tiada jalan dalam urusan ini melainkan mengadu dan benar-benar bergantung harap kepada Allah. Khalifah menerima pendapatku dan bertitah : Tiada jalan melainkan doa. Kemudian aku menulis kepada Khalifah tentang doa Rasulullah ke atas kaum Ra'l dan Zakwan sebulan dan sepatutnya kita juga berdoa sebulan. Khalifah bersetuju. Kemudian aku terus berdoa setiap malam pada waktu sahur. Aku berdoa kepada Allah. Mas'ud  Al-Saljuqi mati genap sebulan doaku, tidak lewat dan lebih daripada sebulan. Sultan Mas'ud dan pengikut-pengikutnya hilang kekuasaan di Iraq dan kami telah mewarisi tanahair dan kerajaan Iraq."

5-     Di sebut dalam kitab sejarah, bahawa tatkala seluruh keluarga Khalid Al-Barmaqi hancur dan dia dan anaknya ditahan, anaknya berkata kepadanya : Wahai ayahku ! Selepas kemuliaan, hari ini kita berada dalam penjara dan diikat. Khalid al-Barmaqi berkata : Wahai anakku ! Doa orang yang dizalimi berlaku pada waktu malam dalam keadaan kita tidak menyedarinya tetapi Allah tidak pernah melupainya."
Bagusnya jika pemimpim-pemimpin dan seluruh pengikut Barisan Nasional merasa takut dengan doa pihak yang dizalimi, agar mereka kembali kepada Islam. Barisan Nasional telah melakukan kezaliman puluhan tahun dan terus tidak menyedari kezaliman mereka. Kehancuran Barisan Nasional akan tiba tetapi rakyat  OK  di bawah kerajaan yang adil dan berkebajikan. Ahli-ahli dan pengikut-pengikut Barisan Nasional jangan bimbang bahawa mereka akan selamat, jika mereka berenang meninggalkan BN dan bahtera yang hampir hancur  dan segera menuju ke bahtera Pakatan Rakyat yang akan membangun Negara Berkebajikan.Wallahua'lam
 
Mohd Nor Hamzah
9 Muharram 1434

Nuffnang