Sabtu, 24 November 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Jangan tinggalkan anak dalam kereta walaupun sekejap.

Posted: 23 Nov 2012 03:15 PM PST


Tahniah kepada pihak polis yang dapat menangkap penjenayah dalam tempoh yang singkat.

Suami isteri ditahan larikan kereta, 3 beradik
24 Nov 2012

SEREMBAN - Cubaan seorang bekas banduan melarikan kereta Proton Wira bersama seorang budak lelaki berusia tiga tahun tidak berhasil apabila lelaki itu ditangkap dalam sekatan polis di Jalan Labu di sini kelmarin.

Terdahulu, pada pukul 12.30 tengah hari, suspek yang baru dibebaskan daripada penjara kira-kira lima bulan lalu melarikan sebuah kereta yang ditinggalkan seorang wanita dalam keadaan enjin dihidupkan di depan sebuah pasar mini di Taman Desa Dahlia, Senawang di sini.

Di dalam kereta tersebut terdapat tiga beradik lelaki berusia 11 bulan, tiga tahun dan 12 tahun yang sedang menunggu ibu mereka membeli barangan di pasar mini itu.

Ibu kepada tiga beradik itu kemudian ternampak keretanya bersama anak-anaknya dilarikan seorang lelaki. Wanita itu yang panik terus menghubungi polis meminta bantuan.

Ketua Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, siasatan polis kemudian menemui dua beradik yang berusia 11 bulan dan 12 tahun ditinggalkan berhampiran pasar raya Giant tidak jauh dari tempat kejadian pada pukul 12.50 tengah hari.

Tiada ulasan:

Nuffnang