ZULKIFLI BIN NOORDIN |
Posted: 23 Nov 2012 02:58 AM PST (Anwar - PAS hanya memperjuangkan "Ayat Kerusi") Salam 2 all. Pendedahan Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr yang Anwar Ibrahim menulis kepada Kerajaan Australia meminta bantuan memantau PRU 13 dan keputusan Kerajaan Australia menolak permohonan itu sudah tentu menggemparkan negara! Bagaimana mungkin seorang politikus Malaysia meminta bantuan negara asing untuk campurtangan dalam hal urusan negara ini! Pertama, tindakan Anwar tersebut jelas satu penghinaan kepada rakyat Malaysia, khususnya pengundi berdaftar. Seolah-olah rakyat negara ini begitu kuno dan tidak bertamadun sehingga perlu negara Barat diminta campurtangan dan memantau sistem pilihanraya negara ini yang telah berpuloh tahun diamalkan tanpa masalah! Kita sudah melalui 12 Pilihanraya Umum dan Pilihanraya Negeri, dan beratus Pilihanraya Kecil! Kedua, tindakan Anwar meminta Australia (dan mungkin juga ada lagi negara asing lain yang dimintanya) campurtangan dalam soal pemilihan Kerajaan Malaysia adalah satu perbuatan khianat yang tidak boleh dimaafkan oleh rakyat yang cintakan negara ini! Bagaimana mungkin seorang politikus Malaysia boleh terfikir untuk meminta bantuan asing untuk campurtangan soal pilihanraya umum negara ini! Ketiga, kalau benar Anwar bersungguh mahukan proses pemilihan yang transparen, bersih dan berwibawa; dia sepatutnya menjemput semua negara asing menghantar wakil pemantau dan pemerhati untuk memantau pilihanraya PKR sendiri! Seluruh dunia dapat lihat bagaimana pemilihan PKR yang lepas dicemari dengan pembohongan, penipuan, putarbelit, kegiatan samseng dan macam-macam lagi! Bukan kita yang tuduh! Ahli dia sendiri yang tuduh! Calon-calon yang bertanding sendiri yang mendakwa berlaku penipuan, putar-belit, pilih-kasih dan macam-macam lagi yang membuktikan pmilihan PKR adalah bukti "Demokrasi Kanggaroo" diamalkan dengan begitu baik oleh Anwar dan juak-juaknya! Saperti pepatah Melayu sebut; kata dulang paku serpih, kata orang hang yang lebih! Ini adalah politik putar-belit dan cakap tak serupa bikin yang jelas! Keempat, Anwar patut mencerminkan diri dia sendiri! Apakah Anwar benar-benar mengamalkan politik demokrasi saperti yang dia laung-laungkan? Lihat sendiri jawatan Ketua Umum (di Indonesia disingkatkan sebagai Ketum) yang disandang oleh Anwar. Macama mana dia boleh menjadi Ketum PKR? Cuba tengok sendiri Perlembagaan PKR, mana ada jawatan Ketum! Jawatan Ketum langsung tidak wujud? Siapa yang pilih dan lantik Anwar menjadi Ketum PKR? Apakah ahli akar umbi PKR dibenarkan mengemukakan calon lain dan megundi untuk memilih jawatan Ketum ini? Jawapannya jelas; TIDAK ADA! Jadi demokrasi apa yang Anwar dok melalak sampai ke bumi asing sehingga Australia tu? Sudah pasti Anwar akan jadi bahan ketawa pihak Barat jika mereka tahu bukan sahaja pemilihan parti yang tercemar daripada lunas demokrasi; malah jawatan Anwar sendiri tidak dipilih melalui sistem demokrasi! Dan sekarang dia minta Australia campurtangan untuk memantau sistem demokrasi Malaysia? Kelima, Anwar sekali lagi patut cerminkan diri dia sendiri. Selama 16 tahun; selama dia didalam UMNO, sudah berapa Pilihanraya Umum yang Anwar lalui sebagai pemimpin UMNO? Malahan, melalui sistem Pilihanraya Umum yang sama lah Anwar Ibrahim memanjat jawatan sehingga menjadi Timbalan Perdana Menteri! PRU yang diselia dan dilaksanakan oleh institusi SPR yang samalah yang membolehkan Anwar berjaya sehingga menjadi pemimpin nombor dua Malaysia (sebelum diterajang oleh UMNO kerana amalan liwat dan seks luar tabi'enya)! Jadi Anwar nak komplen apa sekarang? Hanya kerana dia tidak dapat memenuhi nafsu menjadi PM? Hanya kerana dia disepak dengan penuh penghinaan oleh UMNO kerana najis-najis luar tabi'e dan songsang yang dia amalkan? Setelah 16 tahun menikmati hidup sebagai pemimpin negara; setelah menjawat jawatan TPM melalui sistem yang sama; tiba-tiba sekarang Anwar nak main cerita lain! Anwar meludah balik sistem yang mengangkat dia! Anwar meliwat kembali amalan demokrasi yang meletakkan dia ditakhta kedua Putrajaya! Anwar mensodomi SPR yang menjadikan dia pemimpin Malaysia! Inilah dia namanya Politik Dualam - amalan demokrasi songsang dan politik luar-tabi'e semata-mata kerana tidak dapat memenuhi nafsu Anwar untuk menduduki takhta utama Putrajaya! Akhir kalam, rakyat Malaysia perlu ingat! Adakah ini jenis pemimpin yang kita mahu nobatkan sebagai Perdana Menteri? Yang apabila berdepan dengan masalah sentiasa meminta campurtangan asing! Jangan lupa semasa Malaysia menghadapi krisis ekonomi dan kewangan yang serius tahun 1998; apabila ekonomi negara merudum akibat serangan penyangak matawang Yahudi! Tiba-tiba Anwar mencadangkan Malaysia menerima penyelesaian asing yang ditawarkan oleh International Monetary Fund - IMF - sebuah badan antarabangsa yang dikuasai Yahudi! Tawaran yang jika diterima akan menyebabkan negara kita terjerut selama-lamanya sebagai hamba 'abdi Yahudi! Lihat kepada negara-negara yang menerima pakej IMF; sehingga hari ini masih tercungap-cungap didalam belitan IMF! Alhamdulillah kita bersyukor kerana negara diletakkan dibawah kepimpinan Tun Mahathir Mohamad; yang telah berjaya menggunakan formula penyelesaian sendiri yang berjaya membawa Malaysia keluar darpada kemelut serangan Yahudi itu! Jika tidak, na'uzubillah, mungkin negara kita Malaysia sudah pun terjajah dan dijajah ekonominya oleh kuasa asing! Sebab itu rakyat Malaysia wajib membuka mata! ALLAH telah memberikan kita satu demi satu isyarat dan bukti; betapa Anwar dan Pakatan Luar Tabi'e & Pakatan Songsang yang diketuainya wajib ditolak! Wajib dihapuskan melaui PRU 13 nanti! Daripada isu pluralisma, liberalisma, kalimah ALLAH, sumpah baiah talak tiga, amalan seks songsang dan luar tabi'e LGBT, mengidolakan komunis, sehingga mahu memberi kebebasan untuk bangsa Melayu beragama Islam murtad! Kini mahu negara asing campurtangan dalam hal urusan dalam negara kita yang berdaulat dan merdeka ini! Apa lagi yang kita tunggu? Berapa banyak lagi solat hajat dan doa yang nak ditadahkan? Berapa kali lagi bukti dan isyarat yang kita hendak ALLAH hantar? Janganlah sampai kita menjadi kaum yang disebut oleh ALLAH: PBB - Pekak, Bisu & Buta! Tepuk dada tanyalah iman masing-masing yop! Wallahhua'lam & Wassalam! Adios amigos, grasias senor! Zulkifli Bin Noordin Jumaat 09 Muharram 1434 23 Nov 2012 |
You are subscribed to email updates from ZULKIFLI BIN NOORDIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan