DUN BUKIT PAYONG |
Kem PROTAPAS : Sambutan diluar jangkaan Posted: 22 Nov 2012 05:17 PM PST Titian Baru : Satu kem yang dinamakan Program Perkaderan dan Tarbiyyah Anak-Anak Ahli PAS ( PROTAPAS) sedang diadakan di Madrasah Darul Iman Titian Baru bermula semalam Khamis, 22 November dan dijadualkan tamat pada Sabtu 24 November ini. Program yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) itu mendapat kerjasama dari Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT), NISA Terengganu dan juga Jabatan Pembangunan Remaja (JPR). Menurut pengarah program, Ustaz Harun Isa (kiri), objektif program ini adalah bagi mendidik anak-anak ahli PAS agar mengenal Allah, Islam, jemaah, diri sendiri serta tujuan mereka dijadikan khalifah selain daripada memberi motivasi dalaman kepada mereka. Juga penekanan terhadap konsep dan penghayatan terhadap aqidah Islamiyyah, ibadat, syariat juga untuk menjadikan mereka sebagai pejuang-pejuang Islam yang sebenar-benarnya. Ustaz Harun berkata, penyertaan yang disasarkan sekitar 200 orang peserta sahaja untuk seluruh negeri Terengganu itu telah menerima permohonan melebihi jangkaan. "Kita menjangkakan sekitar 180 hingga 200 orang peserta sahaja. Tetapi alhmadulillah apabila datang angka sebenarnya, mencecah seramai 366 orang peserta dari seluruh negeri. Oleh kerana kita tidak mahu menghampakan harapan ibu bapa, maka kita menerima kesemuanya," kata beliau. Melihat kepada sambutan yang sangat menggalakkan ini, beliau menjangkakan siri kedua program akan diadakan tidak lama lagi dan akan diputuskan tempat dan masanya dengan kadar segera. Perasmian program yang julung-julung kali diadakan itu telah disempurnakan oleh ADUN Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan aspek pendidikan agama dalam diri peserta-peserta program supaya menjadi insan yang berilmu agar tidak mudah terpedaya dengan perkara-perkara yang menyesatkan dan melalaikan mereka. Kem yang mensasarkan penyertaan anak-anak remaja dari umur 13 tahun hingga 16 tahun itu dijangka akan ditutup oleh Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang pada Sabtu ini. |
You are subscribed to email updates from DUN BUKIT PAYONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan