Jumaat, 23 November 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Muslim Care rayu bantuan, Ust Ridhuan Md Noor ke Gaza

Posted: 23 Nov 2012 12:05 AM PST



22 Nov 2012 - Pasukan Bantuan Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) akan ke Gaza pada 27 November ini bagi menghantar bantuan asas kepada rakyat Palestin yang menjadi mangsa serangan terbaru Israel.

Bagi tujuan itu, Muslim Care merayu rakyat Malaysia agar memberikan bantuan kewangan ke Tabung Bantuan Untuk Gaza yang dilancarkannya bagi meringankan beban rakyat Palestin ketika ini.

Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia, Zulkefli Mohd Nani berkata, pihaknya mensasarkan kutipan sekurang-kurangnya RM100,000 untuk membeli keperluan makanan, khemah dan ubat-ubatan untuk rakyat Palestin.

"Pasukan bantuan akan menyerahkan bantuan kewangan kepada rakan NGO kita di Gaza dan keperluan asas akan dibeli di sana. Kalau bawa dari sini, lebih banyak kos diperlukan. Kita ingin salurkan bantuan segera buat masa ini," kata beliau pada sidang media di Masjid As-Syakirin KLCC hari ini.

Dua wakil Muslim Care dari Malaysia yang akan ke Gaza ialah bendaharinya, Zulkifli Wahijan dan exco, Ridhuan Md Noor manakala seorang lagi wakil Muslim Care di United Kingdom, Alias.

Mereka akan bergabung dengan beberapa NGO dari negara lain dan akan berada di Gaza selama tiga hari.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan ke Akaun Maybank Muslim Care (Viva Palestin) 5644 902 111 59 atau ke Akaun RHB (Muslim Care) 2621 2000 004747.

Zulkefli juga berkata, selain bantuan segera ini, Muslim Care turut mensasarkan kutipan RM1 juta bagi membantu rakyat Palestin menjelang awal tahun hadapan.

Tabung-tabung akan diedarkan ke seluruh masjid di Masjid bagi tujuan derma selain kutipan derma melalui siri jelajah yang sudah bermula Jumaat lalu.

"Kita akan cuba sedaya-upaya mencapai satu juta dan penyerahan mob cek akan diadakan di masjid ini pada malam sambutan tahun baru," katanya.

Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Presiden Muslim Care, Mat Ariffin Ismail, setiausaha agung, Zakaria Abd Latif dan Ketua Imam Masjid As-Syakirin, Mohd Saiful Azhar, bekas anggota kumpulan rock XPDC, Zua yang akan menyanyikan lagu 'Gaza Menangis' sepanjang siri jelajah.

Dalam pada itu, setakat ini sekurang-kurangnya 120 terbunuh dan hampir 900 orang tercedera melalui lebih 1643 serangan roket yang dilancarkan oleh tentera darat dan laut.

Manakala sekurang-kurangnya 822 rumah musnah akibat serangan ini.

CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT REMBAU

Posted: 22 Nov 2012 06:41 PM PST



AHAD 25 NOV 2012 - 9 MALAM
Di Bilik Gerakan UPU Pilin, Durian Daun (DUN Chembong)
Bersama :
YB Dr. Zulkifli Ahmad , Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor
Hj. Mustaffa Kamil Ayub, AJK PKR Pusat
YB Cha Kee Chin, ADUN DAP Bukit Kepayang, Seremban
Dr. Rosli Yaakop, Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

PROGRAM MASIH ADA YANG SAYANG

Posted: 22 Nov 2012 05:50 AM PST


SEMPENA MAAL HIJRAH 1434
Tarikh : 24 November 2012 ( Sabtu )
Masa : 2.00 – 4.00 petang
Tempat : Surau Haji Yunus, Pekan Air Mawang, Johol
Semua dijemput hadir menghidupkan sunnah meraikan anak-anak yatim

Tiada ulasan:

Nuffnang