Jumaat, 23 November 2012

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Kabel elektrik undang bahaya

Posted: 22 Nov 2012 08:02 PM PST

9 Muharram 1433H. [MOD] -

Kabel elektrik undang bahaya

Kabel yang rendah dan merentangi jalan boleh mengundang bahaya kepada kenderaan berat seperti lori.
SEBERANG PERAK - Keadaan kabel elektrik yang terlalu rendah di jalan Kampung Sungai Timah, di sini, benar-benar menggusarkan pengguna terutama penduduk di kawasan itu.

Penduduk, Azhar Ibrahim, 44, berkata, kedudukan kabel merentasi jalan itu mampu mengundang bahaya kepada pengguna laluan berkenaan.

Menurutnya, laluan itu adalah antara jalan utama penduduk untuk ke sawah atau ke kedai berhampiran.

"Sekiranya ia tidak dibaiki segera, kita khuatir nyawa penduduk mahu pun pengguna lalu ini melayang," katanya.

Azhar berkata, sebelum ini, lori yang melalui jalan itu terpaksa mengangkat dahulu kabel berkenaan menggunakan kayu supaya tidak tersangkut.

"Keadaan ini mungkin boleh membahayakan mereka. Kita khuatir berlaku sesuatu yang tidak diingini terutama apabila menjelang musim menuai padi, jalan ini akan digunakan oleh lori untuk mengangkut padi," katanya.

Dalam pada itu, dia menggesa pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil tindakan segera untuk memastikan kabel berkenaan ditinggikan mengikut kesesuaian yang ditetapkan.

"Mungkin bagi penduduk kampung ini sudah biasa dengan situasi berkenaan dan boleh berjaga-jaga tetapi pengguna lain yang tidak tahu keadaan ini boleh mendatangkan bahaya kepada mereka.

"Situasi akan bertambah buruk terutama waktu malam kerana jalan yang gelap dan jika kenderaan tinggi melaluinya boleh tersangkut," katanya.

Katanya, kabel itu harus segera dibaiki supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini.

"Kita tidak mahu berlaku sebarang kejadian buruk barulah ada pihak yang akan mengambil tindakan," katanya.

SINAR/-

E-mel tentera: Osama dikebumi ikut prosedur Islam

Posted: 22 Nov 2012 07:58 PM PST

9 Muharram 1433H. [MOD] -

Osama bin Laden
Osama bin Laden
 
Upacara pengebumian ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden di laut selepas beliau dibunuh oleh tentera laut tahun lepas mengikut peruntukan Islam, demikuan menurut e-mel pihak tentera.

Bagaimanapun, kurang daripada satu dozen  "pemimpin" atas kapal maklum tentang pengebumian tersebut.
"Mana-mana pelayar menonton pengebumian?" soal komander Tentera Laut kepada pegawai hal ehwal awam di USS, Carl Vinson menerusi e-mel yang dihantarnya pada di Mei 3 2011.

Carl Vinson membawa jenazah Osama menggunakan helikopter setelah beliau dibunuh pada 2 Mei 2011 dalam satu serbuan di Pakistan.

"Hanya satu kumpulan kecil kepimpinan telah dimaklumkan,  kurang sedozen," jawab pegawai hal ehwal awam.

Satu lagi e-mel menyatakan, "tiada kelasi kapal yang melihat pengebumian itu."

Sepuluh e-mel yang sudah disunting dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan sebagai respons bagi tuntutan mahkamah 'Freedom of Information' yang pada mulanya difailkan oleh kumpulan pemerhati, Judicial Watch.

Dalam komunikasi antara pegawai-pegawai berpangkat tinggi, e-mel menghuraikan prosedur-prosedur pengebumian Islam dijalankan dengan tiada bunyi nafiri, menunjukkan dengan sedikit daripada pegawai-pegawai dan kakitangan yang dipertanggungjawabkan sedar apa yang berlaku di dalam kapal mereka.

E-mel yang memperincikan upacara pengebumian telah dihantar pada 2 Mei 2011, dan dialamatkan kepada bekas Pengerusi Bersama, Mike Mullen.

SINAR/-

Izzah saman Utusan isu kebebasan beragama

Posted: 22 Nov 2012 07:57 PM PST

9 Muharram 1433H. [MOD] -

Nurul Izzah Anwar
NURUL IZZAH ANWAR
 
KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Kumpulan Utusan dan ketua pengarangnya berhubung laporan berkenaan dengan kenyataan menyentuh kebebasan beragama, yang menurut beliau telah diputarbelitkan oleh akhbar terbitan syarikat berkenaan.
Syarikat itu merupakan penerbit akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.

Nurul Izzah memfailkan tuntutan saman melalui firma guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau selaku plaintif, menamakan syarikat Utusan Melayu (M) Berhad dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak masing-masing defendan pertama dan kedua.

Saman itu berhubung lima artikel yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia antaranya bertajuk: "Melayu bebas pilih agama? Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu - Nurul Izzah" bertarikh 5 November lalu.

Menurut pernyataan tuntutan, Nurul Izzah menuntut defendan meminta maaf dan menarik balik tuduhan fitnah dalam masa 24 jam daripada tarikh perintah ke atas writ saman di muka hadapan Utusan Malaysia, ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau, tetapi nilai tuntutan tidak dinyatakan.

SINAR/-

Waspada sindiket anugerah darjah kebesaran negeri

Posted: 22 Nov 2012 07:55 PM PST

9 Muharram 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Istana Kelantan mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan sindiket menganugerahkan darjah kebesaran negeri dengan cara tidak sah bertujuan mendapatkan wang walau pun pihak tertentu mendakwa dapat mengurniakan darjah kebesaran itu.

Ini kerana tidak ada mana-mana  pihak diberi autoriti oleh Sultan Kelantan untuk mengurniakan darjah kebesaran itu termasuk membabitkan bayaran kewangan.

Ketua Istiadat Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad berkata tidak ada mana-mana pihak atau individu yang boleh mengurniakan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri di bawah Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan.

Bahkan, jelasnya mengikut Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan (Bahagian Yang Kedua), Sultan Kelantan sahaja yang boleh mengurniakan gelaran dan kebesaran serta mengadakan pangkat-pangkat kemuliaan, pingat-pingat kebesaran dan kehormatan.

"Darjah Kebesaran Kelantan dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan menurut kuasa-kuasa di bawah Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri mengikut Perlembagaan Negeri Kelantan dan hanya Baginda yang mempunyai kuasa mutlak, dan tidak pernah melantik mana-mana pihak sebagai wakil untuk menguruskan perkara ini.

Bercakap kepada pemberita di Istana Balai Besar di sini petang semalam, beliau mengulas perkembangan terbaru termasuk kejadian 'penipuan dilakukan pihak tertentu'  seperti didakwa berlaku di Sarawak dan di Kuala Lumpur, dengan menipu orang ramai bagi mendapatkan darjah kebesaran negeri dengan bayaran sehingga RM200 ribu.

Jelasnya, Darjah Kebesaran Negeri Kelantan dikurniakan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sempena sambutan Hari Ulang Tahun Tuanku yang diadakan setiap tahun pada 11 haribulan November.

HARAKAH/-

Mat Rempit ganggu nyalaan lilin anti-Lynas

Posted: 22 Nov 2012 07:54 PM PST

9 Muharram 1433H. [MOD] -




 
Himpunan nyalaan lilin membantah Lynas Corporation di pelabuhan Kuantan malam tadi menarik kira-kira 400 penyokong dan sekumpulan penunggang motosikal yang datang membuat bising di situ.

NONE
Penunggang motosikal tersebut, kebanyakannya belia, menjerit ke
arah peserta himpunan tersebut sejurus selepas mereka berhimpun pada kira-kira jam 9.30 malam.

Menurut wakil Himpunan Hijau, Clement Chin, terdapat kira-kira 30 anggota polis yang NONEberada di tengah-tengah, di antara kedua-dua kumpulan tersebut, tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan.

Walaupun tidak berlaku sebarang perbalahan, seorang wartawan Sin

Chew Daily
dilaporkan berkata bahawa dia dikasari oleh beberapa penunggang motosikal tersebut.

Kataya, dia cuba untuk mengambil gambar kumpulan itu tetapi beberapa penunggang motosikal tersebut menjerit dan mengancam untuk bertindak terhadapnya.

Kumpulan penunggang motosikal itu beredar selepas kira-kira 30 minit.

MALAYSIAKINI/-

Pas: Isu doa petanda Umno ketakutan

Posted: 22 Nov 2012 07:51 PM PST

9 Muharram 1433H. [MOD] -

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man
 
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan menghangatkan isu doa 'KO Umno-BN' menandakan Umno kini berada dalam keadaan ketakutan.
"Namun oleh kerana Umno semakin rapuh, menyebabkan doa pun ditakuti.

"Sepatutnya kalau Umno rasa tak betul (doa itu), mereka doalah pula (yang lain)," kata beliau sambil menambah, "semua kita faham doa tersebut bukanlah untuk menghancur atau melaknat manusia."
Katanya, "doa kepada sabuah parti yang menjadi lawan bagi Pas.'

Isu doa yang dibaca oleh oleh Nik Razi Nik Mat, adik kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada Himpunan Kebangktan Rakyat pada

Jumaat lalu, kata Tuan Ibrahim, tidak perlu dipertikai oleh mana-mana pihak.

Ini kerana katanya, doa untuk parti lawan kalah dan dimusnahkan adalah perkara normal dalam mana-mana perlawanan.

Bahkan, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, tiada pihak boleh menyekat seseorang untuk berdoa demikian.

"Apa yang penting, kalau Umno rasa tertekan dengan doa demikian, Umno boleh berdoa agar parti lawannya musnah atau kalah.

"Kita yakin Umno juga melakukan demikian. Adakah sesuatu yang pelik untuk berdoa agar parti lawan musnah dan hancur? Adalah aneh untuk menyatakan ianya salah atau bercanggah dengan Islam," kata beliau.

Dipetik Harakahdaily, Tuan Ibrahim juga mengingatkan bahawa Umno bukanlah parti Islam dan terdapat pelbagai tindakan parti teras Barisan Nasional itu terang-terang bertentangan dengan peraturan dan ajaran Islam.

"Perdana Menteri dari Umno juga secara terang-terang menolak hukum hudud, memberi lesen kepada perkara yang diharamkan ALLAH, membenarkan amalan riba dalam institusi perbankan serta menambah lesen perjudian yang jelas diharamkan oleh syarak dan pelbagai tindakan zalim lainnya.

"Zalim bukan sahaja membunuh dalam tragedi Memali yang sehingga kini belum diadili. Tetapi sebesar-besar zalim bilamana menolak hukum dan peraturan ALLAH," tegas beliau.

Jelas beliau, isu doa diperbesarkan oleh Umno kerana  Muktamar Pas berjaya memberi impak politik besar apabila ucapan dasar presiden diterima oleh orang ramai dan deklarasi harta oleh Ketua Pemuda Pas berjaya menaikkan imej parti di mata rakyat.

"Isu yang hangat dimainkan media adalah sesuatu yang bukan dasar parti. Ucapan perwakilan, doa oleh seorang imam, dan pertikaian jawatan PM kesemuanya bukanlah dasar parti," terang beliau.
Adalah pelik, kata Tuan Ibrahim, seandainya sesebuah parti meminta parti lawan menjadi kuat dan gagah, sedangkan Pas telah dizalimi sebegitu lama terutamanya di Kelantan.

"Orang yang bermain bola pun mendoakan pasukan lawannya lemah, dan kalah inikan pula parti politik yang sentiasa berlawan sejak lebih 50 tahun," sindirnya.

Tuan Ibrahim juga berkata, Pas menyeru seluruh ahli melakukan solat hajat, munajat dan mendoakan kemenangan parti dan Umno berjaya dikalahkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di samping doakan untuk saudara Islam di Palestin, Gaza, Myanmar.

HARAKAH/-

Ugut bunuh bayi

Posted: 22 Nov 2012 07:46 PM PST

9 Muharram 1433H. [MOD] -

LAKON SEMULA...begini keadaan keluarga Mohd Yusri dijadikan tawanan.
LAKON SEMULA...begini keadaan keluarga Mohd Yusri dijadikan tawanan. 
 
SUNGKAI: Seorang anggota polis dan keluarganya menempuh detik cemas apabila sekumpulan empat perompak bersenjatakan pedang yang memecah masuk rumah mentuanya, merampas dan mengugut mahu mencampakkan bayinya ke dalam sungai, awal pagi kelmarin. 

Kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi, ketika Lans Koperal Mohd Yusri Che Deraman, 27, dan tujuh penghuni lain nyenyak tidur di rumah mentuanya di Kampung Kelah Baru, di sini.

Mohd Yusri dari Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur berkata, dia dikejutkan daripada tidur oleh keempat-empat penjenayah yang menghalakan pedang ke mukanya.

"Mereka kemudian mengikat tangan dan kaki saya dengan tali, selain menyumbat mulut dengan kain," katanya.

Menurutnya, isterinya, Faizatul Qhairiah Yahya, 27, bersama anak perempuan, Nur Fatini Damia, 4, bapa serta ibu mentua, Yahya Abdullah, 60, dan Lon Abd Aziz, 55, serta dua adik iparnya, Muhd Zariat Yahya, 21, dan Lailatul Najwa, 10, turut diperlakukan sedemikian.

METRO/-

Cakap beberbelit, Dr. M cuba selamatkan diri

Posted: 22 Nov 2012 07:41 PM PST

9 Muharram 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Selepas memberi gambaran bahawa Umno ialah syaitan yang dikenali dan pembangkang pula ialah Malaikat yang tidak dikenali, tiba-tiba Dr. Mahathir menukar kenyataan kononnya Presiden PAS pula disokong syaitan.

Bagi AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, kenyataan terbaru bekas Perdana Menteri itu menyerlahkan sikap 'putar belitnya' untuk menyelamatkan diri selepas melabelkan Umno BN sebagai syaitan dikenali sebelum ini.

"Tun terpaksa cakap belit untuk menyelamatkan dirinya yang telah mendakwa Umno adalah syaitan yang dikenali.

"Lebih parah lagi beliau juga membuat kenyataan Malaikat juga membuat salah. Seribu kali malang 3.5 juta ahli Umno tidak menyanggah kenyataan Tun," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut Ustaz Idris lagi, PAS sentiasa memerangi syaitan apatah lagi syaitan yang dikenali kerana ia adalah ajaran Islam.

Apa yang pelik kata Ustaz Idris, biarpun Dr. Mahathir memberi jenama syaitan dikenali kepada BN, namun tiada ada seorang pun yang menentang atau marah terhadap beliau.

"Ertinya mereka semua diam dan redha atas jenama tersebut. Tidak ada pula kita kedengaran Ulamak Umno menegur kenyataan beliau, termasuk Datuk Seri Najib selaku Presiden Umno.

"Memang Tun seorang yang kebal, siapa yang berani sanggah alamat gelap masa depan di dalam politik.

"Contohnya Tun Abdullah Badwi yang berani membatal projek Jambatan Bengkok, sampai hari ini beliau dendam dan membelasah Tun Abdullah tidak kira masa dan tempat," jelas beliau sambil menegaskan hanya PAS dan Pakatan yang berani menyanggah Dr. Mahathir.

HARAKAH/-



Dewan Selangor izin orang luar buat sidang media

Posted: 22 Nov 2012 07:30 PM PST

9 Muharram 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Kerajaan negeri tidak bercadang menguatkuasakan larangan penggunaan sudut media di lobi Dewan Annex oleh orang luar sepertimana diputuskan oleh parlimen Malaysia kata Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Datuk Teng Chang Khim (gambar).

Sebaliknya menurut Teng, sesiapa sahaja berhak mengadakan sidang media selagi mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan.

"Bagaimanapun, kita menghalang sebarang bentuk demonstrasi atau bantahan yang akan menimbulkan kekecohan di sini," katanya dalam sidang media di SUK, hari ini.

Katanya, pelaksanaan larangan di Parlimen itu disifatkan sebagai menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara atau menyatakan pandangan mereka terhadap sesuatu perkara.

Awal November lalu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan larangan lisan penggunaan sudut sidang media di lobi parlimen oleh mereka yang bukan ahli Parlimen.

Dalam sidang media sama, Teng turut menerangkan garis panduan yang akan diguna pakai oleh Adun dalam mesyuarat Dewan Negeri yang dikuatkuasa serta-merta.

Antaranya, berkenaan Peraturan Tetap 24 di mana masa untuk Menteri Besar memberi jawapan lisan kepada setiap pertanyaan adalah terhad kepada tiga minit, masa untuk Adun mengeluarkan pertanyaan tambahan adalah terhad kepada 30 saat dan masa untuk Menteri Besar memberi jawapan balas terhad kepada tiga minit.

Sementara itu, di bawah Peraturan Tetap 26 menerangkan sesuatu usul yang dicadangkan itu akan digugurkan sekiranya tidak memperolehi sokongan daripada seorang Adun lain untuk dibahaskan.

"Berkenaan Peraturan 66(4), masa yang diperuntukkan bagi membincangkan setiap kepala perbelanjaan dalam anggaran-anggaran perbelanjaan atau maksud dalam jadual Rang Undang-undang hendaklah tidak kurang daripada setengah jam.

"Pada akhir perbincangan, mana-mana kepala anggaran-anggaran perbelanjaan atau maksud dalam jadual Rang Undang-undang, Menteri Besar boleh meminta izin untuk membuat penggulungan selama tiga minit.

"Walau apa pun yang diperintahkan di sini, Tuan Speaker atas pertimbangannya boleh melanjutkan had masa yang ditetapkan mengikut keadaan dan keperluan masa," katanya lagi.

HARAKAH/-

Penduduk Gaza gembira

Posted: 22 Nov 2012 07:28 PM PST

9 Muharram 1433H. [MOD] -




BANDAR GAZA, Palestin - Presiden Palestin, Mahmud Abbas menghubungi Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh semalam bagi mengucapkan tahniah di atas 'kemenangan' menentang Israel.

"Dalam satu perbualan telefon, Abbas mengucap tahniah kepada Haniyeh di atas kemenangan Hamas dan takziah buat mereka yang mati syahid," kata satu kenyataan pejabat Haniyeh.

Agensi berita rasmi Palestin, Wafa melaporkan, Abbas menerima panggilan telefon daripada Haniyeh bagi memaklumkan mengenai situasi di Gaza selepas persetujuan gencatan senjata dicapai pada Rabu lalu
"Presiden 'tabik' di atas kesabaran penduduk Palestin ketika menghadapi serangan dan menekankan kepentingan gencatan senjata," lapor Wafa. 

Pergerakan Hamas menguasai Gaza manakala Abbas daripada pergerakan Fatah menguasai pentadbiran Tebing Barat di Palestin.

Sementara itu, jalan-jalan raya di Gaza yang lengang ekoran serangan udara dan laut tentera Israel sebelum ini kembali dipenuhi dengan kereta dan orang ramai selepas gencatan senjata tersebut dipersetujui kedua-dua pihak.

Penduduk juga bersorak kegembiraan kerana sempadan Gaza yang ditutup Israel dibuka semula ekoran persetujuan gencatan tersebut.

Para pemimpin Hamas turut mengisytiharkan kemenangan ke atas Israel semalam.

Ribuan penyokong pergerakan itu mengibarkan bendera pada satu perhimpunan pada hari pertama gencatan senjata.

Serangan Israel berlaku selama lapan hari bagi membalas serangan roket para pejuang Palestin.
Haniyeh yang berucap menerusi televisyen meminta para pejuang menghormati gencatan senjata itu.
Gencatan senjata itu diusahakan oleh Presiden Mesir, Mohamed Morsi.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengucapkan terima kasih kepada Morsi kerana peranannya melakukan rundingan gencatan senjata itu.

"Presiden mengucapkan terima kasih kepada Morsi kerana usaha-usahanya untuk mencapai satu gencatan senjata dan disebabkan kepimpinannya dalam rundingan (gencatan senjata)," kata satu kenyataan White House.

 
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan beliau menerima cadangan AS supaya memberi peluang terhadap gencatan senjata tersebut dilaksanakan. 

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak menyatakan, Israel telah mencapai semua matlamat ketenteraan semasa serangan selama lapan hari itu.

Beliau juga mengarahkan pihak tentera memantau gencatan tersebut.

Gencatan senjata itu meminta Israel menghentikan semua aktiviti ketenteraan di daratan, laut dan udara termasuk melakukan serangan terhadap individu Palestin.

Serangan roket para pejuang Hamas juga akan dihentikan ekoran gencatan itu.

Israel juga akan membenarkan pergerakan penduduk Palestin dan barang melalui sempadan Gaza berdasarkan persetujuan yang dicapai kedua-dua pihak.

Semasa serangan itu, tentera Israel menyatakan lebih 1,500 sasaran di Gaza telah diserang.
Para pejuang Palestin melancarkan 1,354 serangan roket ke wilayah Israel.

Menurut Kementerian Kesihatan Hamas, seramai 163 penduduk Palestin mati dan 1,235 lagi cedera.
Seramai lima penduduk Israel terbunuh dan 280 lagi cedera. 

Sementara itu, Ketua Hamas, Khaled Meshaal menyatakan Israel gagal dalam serangan tersebut.
"Selepas lapan hari, Tuhan menjauhkan tangan mereka daripada penduduk Gaza.

"Semua matlamat Israel menemui kegagalan," katanya. - Agensi

Siapa Sebenarnya Menghina Rakyat Sarawak?

Posted: 22 Nov 2012 07:24 PM PST

9 Muharram 1433H. [MOD] -

Kita ingin mengulas sedikit tentang kenyataan Abdul Karim Rahman
Hamzah dalam Borneo Post bertajuk "Hadi as prime minister bad for
S'wakians" atau "Hadi sebagai Perdana Menteri Tidak Baik Untuk
Penduduk Sarawak".

Kenyataan ahli majlis tertinggi PBB Abdul Karim Rahman Hamzah dan
beberapa pemimpin BN (Barisan Nasional) Sarawak yang menolak Presiden
PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri dengan
alasan kerana Abdul Hadi Awang pernah mengucapkan kata-kata menghina
penduduk asal Sarawak. "Bukankah orang ini yang memperkecilkan
penduduk asli Sarawak masih mundur, masih pakai 'cawat' atau pakaian
pinggang dan tidak tahu bagaimana untuk mengundi? "

Adakah hanya dengan alasan ini menyebabkan Haji Abdul Hadi ditolak
oleh penduduk Sarawak? Ini adalah alasan budak-budak yang baru masuk
sekolah rendah, jangan hanya disebabkan kenyataan beliau yang diputar
belit oleh pihak media dan pemimpin BN menyebabkan penduduk Sarawak
takut dan menolak seorang yang dikenali sebagai seorang yang amanah
dan jujur dalam menjalankan tugasnya sebagai pemimpin.

Itu saja alasan mereka untuk menolak Haji Abdul Hadi Awang sebagai PM
bukan disebabkan ada kes rasuah atau penyelewengan kuasa. Perlu
diingat bahawa yang berhak menentu atau memilih PM adalah rakyat
Malaysia bukannya pemimpin BN. Kalau pemimpin BN Sarawak menolak dan
tidak suka Haji Abdul Hadi Awang sebagai PM bukan bermakna semua
rakyat Sarawak sependapat dengan pemimpin BN.

Sekarang penduduk asal Sarawak sudah sedar siapa sebenarnya yang
menghina dan menipu mereka selama ini. Selama ini penduduk asal
Sarawak masih lagi ketinggalan dalam arus pembangunan, Ada yang masih
hidup dalam hutan memburu dan mencari makanan untuk meneruskan
kehidupan. Mereka hidup dalam keadaan daif dan miskin disebabkan tiada
pembangunan dan infrastruktur dalam kawasan mereka.

Jalanraya atau jalan penghubungan di pedalaman Sarawak amat teruk dan
sukar dimasuki. Ini adalah kenyataan bukannya perkara rekaan
semata-mata. Kalau tidak percaya cuba masuk ke dalam pedalaman
Sarawak. Tiada jalanraya yang baik kecuali jalan lori balak dan
menggunakan sungai yang berliku-liku.

Dimana peruntukan berbilion-bilion ringgit untuk penduduk di pedalaman
Sarawak, yang sepatutnya dinikmati oleh mereka tapi masih lagi Sarawak
di katagori sebagai negeri termiskin dalam Malaysia?

Inilah penghinaan sebenar kepada penduduk Sarawak terutama sekali
penduduk yang tinggal di pedalaman. Mereka seolah-olah hidup di zaman
penjajah, kehidupan mereka terabai hanya waktu pilihanraya barulah
nampak pemimpin-pemimpin BN turun menjengok mereka dengan memberi
sedikit habuan dan hiburan yang melalaikan mereka. Mereka dihiburkan
dengan tarian dan minuman yang memabukkan dan akhirnya mereka tidak
sedar yang tempat tinggal mereka telah tergadai diambil oleh
syarikat-syarikat perladangan dan sebagainya. Isu-isu tanah penduduk
asal Sarawak sampai sekarang masih belum selesai dan dipandang sepi
oleh pemimpin BN, seolah-olah penduduk asal menumpang di tanahair
sendiri.

Mengapa pemimpin BN sangat takut dengan PAS dan Pakatan Rakyat? Hanya
orang yang bersalah takut dan menolak seorang yang amanah, jujur dan
adil sebagai ketua negara atau sebagai PM. Kalau kita tidak bersalah
mengapa mesti takut, tiada sebab untuk takut umpama orang yang takut
melihat pihak polis mengadakan sekatan jalanraya. Kalau ada lesen
memandu dan cukai jalan tiada sebab untuk takut tapi apabila memandu
tanpa lesen dan juga tiada cukai jalan sudah pasti orang itu akan
mengelak dan takut kena saman polis.

Jadi fikir-fikirlah dengan baik tanpa ada sikap prejudis dan perkauman
kerana Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sendiri pun mengatakan bahawa
yang penting Islam itu menang bukan dia ingin sangat hendak jadi PM.
Sesiapa pun boleh jadi PM dengan syarat dia mesti amanah, jujur,
ikhlas, adil dan diterima oleh semua rakyat Malaysia.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
 

[PANAS] Indonesia Buka Siasatan Kes 'Rogol' Rais Yatim!

Posted: 22 Nov 2012 07:18 PM PST

9 Muharram 1433H. [MOD] -

Kedutaan Besar Indonesia dan polis republik itu akan membuka siasatan kes pemerkosaan dan rasuah oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Seri Rais Yatim terhadap bekas pembantu rumahnya, Robengah dalam masa terdekat.

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, laporan tersebut diterima oleh kedutaan tersebut sebagai informasi baru untuk memulakan siasatan.

"Kementerian Kaunselor Kedutaan, Suryana Sastradiredja dan Polis Kerjasama Antarabangsa Kedutaan, Benny Iskandar telah mengesahkan untuk membuka siasatan terhadap Robengah dan juga majikannya iaitu Rais Yatim yang juga ahli parlimen Jelebu.

"Menurut mereka, kes ini akan dirujuk kepada pihak berkuasa anti rasuah di Indonesia," katanya selepas menyerahkan laporan permohonan penyiasatan dan tindakan undang-undang di Kedutaan Besar Indonesia, Jalan Ampang, hari ini.

Fariz berkata, Jingga 13 akan memantau perkembangan siasatan sehingga Rais dibawa ke muka pengadilan.

"Kita akan berhubung dari masa ke semasa dengan kedutaan tersebut, sama ada siasatan dibuat atau tidak.

"Kita juga tidak akan teragak-agak mengemukakan kes ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika tidak ada sebarang tindakan diambil," katanya.

Menurut Fariz, laporan tersebut juga dibuat berhubung kemungkinan wujudnya ugutan terhadap Robengah.

"Jingga 13 mengesyaki wujud ugutan terhadap Robengah sehingga terpaksa berdiam diri kerana bimbang keselamatan beliau dan keluarga, walaupun hakikatnya telah diperkosa dan maruahnya dinodai.

"Robengah sendiri menyatakan bahawa beliau telah diberi amaran oleh orang besar di Malaysia yang melarang beliau dari membicarakan perkara ini," tegas Fariz.

Pada awal 2011, Malaysia digemparkan dengan pendedahan mengenai penglibatan Rais dalam kes rogol melibatkan pembantu rumahnya, Robengah yang berasal dari Indonesia.

Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya di Malaysia, sepertimana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007.

Bagaimanapun, beliau menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan tidak menghadapi masalah sewaktu bekerja di Malaysia.

Dalam lawatan Jingga 13 ke Banjanegara Oktober lalu mendapati Robengah hidup mewah dengan rumah dianggar bernilai RM100,000, walaupun beliau dan suami tidak bekerja.

Pelbagai pihak termasuk KEADILAN sebelum ini membuat laporan polis berhubung kes itu namun sehingga kini, tiada siasatan dilakukan. -jalanpulang

Terkejut kemaluan bayi melecet

Posted: 22 Nov 2012 07:15 PM PST

Ghuzlan Saleh9 Muharram 1433H. [MOD] -

Ghuzlan Saleh
 
KULIM - Seorang ibu berusia 20-an terkejut apabila mendapati kemaluan bayi perempuannya berusia lima bulan melecet.

Ketua Polis Daerah Kulim, Ghuzlan Saleh berkata, waris mangsa menyedari kecederaan itu apabila hendak memandikan mangsa sebaik sahaja diambil dari rumah pengasuh.

Menurutnya, mangsa akan dihantar kepada pengasuh setiap hari memandangkan ibu bapanya bekerja.

Terkejut dengan kejadian berlaku terhadap diri mangsa yang masih kecil, ibu bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Kulim.

"Polis sudah mengarahkan waris membawa mangsa membuat pemeriksaan di Hospital Kulim untuk mengesahkan kecederaan yang dialami oleh mangsa. Sekiranya doktor mengesahkan terdapat unsur jenayah berlaku kepada dirinya, polis akan menjalankan siasatan dan menahan mereka yang terlibat. "

Sehingga kini tidak ada sebarang tangkapan dilakukan," katanya.

SINAR/-

Wanita Meninggal Dunia Selepas Buat Pasport Untuk Bayi

Posted: 22 Nov 2012 07:13 PM PST

9 Muharram 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHARU: Seorang wanita berusia 33 tahun meninggal dunia di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Setia Tropika di sini petang Rabu selepas membuat pasport untuk bayi lelakinya yang berusia 11 hari.

Pegawai Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor, Muhammad Acil berkata, seorangpegawai kaunter menyedari wanita itu tiba-tiba menggelungsur dari tempat duduknya lalu terbaring di atas lantai.

"Pasport bayi yang beralamat di Taman Johor Jaya itu siap dan diserahkan kira-kira 4.45 petang tetapi wanita itu dan seorang lagi wanita dipercayai rakan atau saudaranya memangku bayi itu terus duduk di kerusi tersebut.

"Sekitar jam 5.30 petang, seorang pegawai imigresen bertugas di kaunter menyedari ibu bayi itu menggelungsur jatuh ke lantai," katanya.

Pegawai yang bertugas segera menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk mendapatkan bantuan namun usaha petugas JPAM untuk menyedarkan wanita itu gagal.

Beliau berkata, pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA)mengesahkan kematian wanita itu sekitar pukul 6 petang.

Muhammad berkata, mayat wanita terbabit kemudiannya dibawa ke HSA dan bayiitu diserahkan kepada bapanya yang tiba selepas dimaklumkan mengenai kejadian.

Bapa bayi itu berada di Singapura atas urusan kerja ketika kejadiantersebut. BERNAMA

Waspada sindiket anugerah darjah kebesaran negeri

Posted: 22 Nov 2012 07:03 PM PST

9 Muharram 1433H. [MOD] -


KOTA BHARU: Istana Kelantan mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan sindiket menganugerahkan darjah kebesaran negeri dengan cara tidak sah bertujuan mendapatkan wang walau pun pihak tertentu mendakwa dapat mengurniakan darjah kebesaran itu.

Ini kerana tidak ada mana-mana  pihak diberi autoriti oleh Sultan Kelantan untuk mengurniakan darjah kebesaran itu termasuk membabitkan bayaran kewangan.

Ketua Istiadat Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad berkata tidak ada mana-mana pihak atau individu yang boleh mengurniakan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri di bawah Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan.

Bahkan, jelasnya mengikut Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan (Bahagian Yang Kedua), Sultan Kelantan sahaja yang boleh mengurniakan gelaran dan kebesaran serta mengadakan pangkat-pangkat kemuliaan, pingat-pingat kebesaran dan kehormatan.

"Darjah Kebesaran Kelantan dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan menurut kuasa-kuasa di bawah Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri mengikut Perlembagaan Negeri Kelantan dan hanya Baginda yang mempunyai kuasa mutlak, dan tidak pernah melantik mana-mana pihak sebagai wakil untuk menguruskan perkara ini.

Bercakap kepada pemberita di Istana Balai Besar di sini petang semalam, beliau mengulas perkembangan terbaru termasuk kejadian 'penipuan dilakukan pihak tertentu'  seperti didakwa berlaku di Sarawak dan di Kuala Lumpur, dengan menipu orang ramai bagi mendapatkan darjah kebesaran negeri dengan bayaran sehingga RM200 ribu.

Jelasnya, Darjah Kebesaran Negeri Kelantan dikurniakan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sempena sambutan Hari Ulang Tahun Tuanku yang diadakan setiap tahun pada 11 haribulan November.

harakah/-

Ancam emak demi nafsu

Posted: 22 Nov 2012 07:01 PM PST

Ancam emak demi nafsu9 Muharram 1433H. [MOD] -

JITRA: Seorang lelaki yang ditinggalkan isteri tergamak mengusir ibu kandungnya keluar dari rumah mereka di Kampung Malau, di sini, semata-mata untuk memadu kasih dengan pasangannya sejak seminggu lalu.

Tindakan lelaki berusia 30 tahun yang masih berstatus suami orang itu terbongkar apabila dia dan pasangannya dicekup kerana disyaki berkhalwat oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP), pada jam 11.45 malam kelmarin.

Menurut sumber penguat kuasa agama daerah, sebelum melakukan serbuan, pihaknya menerima maklumat lelaki terbabit mengusir ibunya daripada rumah itu semata-mata untuk membolehkan dia tinggal bersama teman wanitanya.

"Maklumat itu kami peroleh daripada pengadu yang juga pihak yang rapat dengan lelaki terbabit dan pengadu itu memberitahu tindakan keji lelaki terbabit menyebabkan ibunya terpaksa menumpang di rumah jiran.

"Malah, ibunya takut pulang ke rumah kerana anaknya mengugut mahu membunuhnya jika dia pulang," katanya.

metro/-

[DEDAH] Kerajaan Beli Kamera Perangkap Laju 10 Kali Lebih Mahal

Posted: 22 Nov 2012 06:37 PM PST

9 Muharram 1433H. [MOD] -

Audit perlu siasat KDN bayar 10 kali ganda beli kamera perangkap laju

KUALA LUMPUR 22 November: Audit terbuka perlu dilakukan terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung pembelian kamera perangkap laju yang meningkat sepuluh kali ganda dari harga asal, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau merujuk jawapan bertulis KDN kepada Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibekalkan kamera perangkap laju sejak 1995 dengan jumlah terkini 124 unit.

Ia meliputi model Laser Digicam berjumlah 85 dengan harga RM173,925 seunit, manakala bagi model Laser Trucam berjumlah 39 unit dengan harga RM223,500 seunit.

"Kontrak-kontrak kerajaan ini sangat diragui.

Siasatan perlu dibuat, lebih-lebih lagi sekiranya diberi secara runding terus (awarded tender). Kita tak mahu ada salahguna dari peruntukan KDN," tegasnya kepada Keadilan Daily.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Trafik Bukit Aman, ACP Mohd Fuad Abd Latiff dilapor menyatakan harga kamera had laju model LTI 20-20 TruCam hanya kira-kira USD 6,000 (RM17,000) seunit.

"Ada sesuatu yang tak kena. Kalau diaudit Jabatan Audit Negara, pasti ada (penemuan salahguna), sebab Jabatan Audit sebelum ini pernah menemui pembelian barang oleh agensi kerajaan yang harganya meningkat berpuluh kali ganda," jelas Mahfuz.

Beliau membandingkan sebut harga lebih murah dibeli pihak berkuasa Amerika Syarikat, iaitu di Montana USD 4,995 (RM15,292.59) dan Idaho USD5,057.44 (RM15,483.84) bagi seunit kamera Laser Trucam.

Manakala bagi kamera Laser Digicam yang dibeli pihak berkuasa Delaware berharga USD 6,378 (RM19,526.88).

"Kenapa perbezaan harga begitu ketara? Kita faham kalau jenama tak sama. Tapi tak masuk akal kalau begitu jauh," katanya. -KD

Mati terjatuh sebelum jumpa kekasih

Posted: 22 Nov 2012 06:36 PM PST

9 Muharram 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR – Hajat seorang gadis keluar dari rumah tanpa pengetahuan keluarga bagi bertemu kekasihnya mengundang padah apabila dia maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah apartmen kuarters kerajaan di Desa Pandan di sini semalam.

Sebelum kejadian pada pukul 8 pagi, mangsa, Siti Khadijah Muhammad, 16, mengurung diri di dalam bilik di rumahnya selepas dipercayai memberontak kerana dihalang keluarga untuk bertemu kekasihnya.

Bagaimanapun, selepas terdesak untuk berjumpa kekasihnya, mangsa cuba keluar dari tingkap di bilik rumahnya.

Khadijah dikatakan menyambung lima helai selendang yang setiap satu sepanjang kira-kira satu meter setengah dengan niat dapat sampai ke bawah dan berjumpa kekasihnya.

Semasa kejadian, ibu gadis itu dan empat adik mangsa berada di rumah sementara bapa mangsa berada di pejabat.

Bagaimanapun, hajat Khadijah bertemu buah hatinya tidak kesampaian apabila kain selendang yang disambungnya itu terputus sebaik mangsa bergantung pada kain tersebut.

Mangsa ditemui terbaring berlumuran darah dalam keadaan sudah tidak bernyawa oleh penduduk di apartmen sembilan tingkat itu.

Kosmo

Cukup Sedih & Memalukan: Kerajaan & Polis Malaysia Dipergunakan Untuk Kepentingan Lynas

Posted: 22 Nov 2012 06:27 PM PST

9 Muharram 1433H. [MOD] -

Keadilan menyelar iringan dan kawalan polis terhadap lebih 100 kontena disyaki mengandungi bijih nadir bumi untuk loji radioaktif Lynas di Gebeng, Kuantan.

"Apakah wang pembayar cukai Malaysia diguna untuk mengawal syarikat (Lynas) yang mendapat pengecualian cukai? "Ini tak patut berlaku. Kerajaan Malaysia dan polis yang sebenarnya dipergunakan," tegas Naib Presidennya, Fuziah Salleh ketika dihubungi.

Jelas Ahli Parlimen Kuantan itu, usahanya menghubungi Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Jasmani Yusoff sehingga kini masih gagal.

Fuziah berkata, kerajaan seolah-olah bersekongkol dengan Lynas, ketika tiga penduduk Kuantan menunggu tarikh sebutan rayuan berikutan Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) 8 November lalu.

"Dalam konteks undang-undang, TOL telah dilulus. Tetapi pada 10 November, penduduk membuat rayuan dan menunggu tarikh sebutan kes.

"Manakala rayuan SLC (Gabungan Bantah Lynas) di Mahkamah Persekutuan hanya akan didengar pada Januari tahun depan.

"Inikah yang dikatakan mendengar suara rakyat? Nampaknya kerajaan lebih utamakan keuntungan dan ketepikan kesihatan dan keselamatan rakyat," katanya.

Dilaporkan lebih 100 kontena disyaki mengandungi bijih nadir bumi tiba di Pelabuhan Kuantan tengah malam semalam di bawah kawalan ketat luar biasa pihak polis.

Pemindahan kontena ke loji tersebut, sejauh kira-kira tujuh kilometer (km) dari pelabuhan ke kawasan industri Gebeng bermula antara jam 1 pagi hingga 2 pagi diiringi polis dan proses itu masih berterusan pada 8 pagi tadi.

Kontena disyaki itu tiba ketika gabungan anti-Lynas Himpunan Hijau mengadakan perarakan sejauh 300 km dari Kuantan ke Kuala Lumpur.

Manakala satu lagi kumpulan, Save Malaysia, Stop Lynas (SMSL) berada di Sydney, Australia untuk menentang loji tersebut ketika Lynas Corporation mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).

Bijih nadir bumi tiba di Kuantan, dikawal ketat polis

Lebih 100 kontena yang mengandungi bijih nadir bumi telah tiba di Pelabuhan Kuantan hampir tengah malam semalam di bawah kawalan ketat luar biasa pihak polis.

Pengerusi Gabungan Stop Lynas, Andansura Rabu, yang berada di pelabuhan, memberitahu Malaysiakini bahawa sebilangan besar anggota polis dan kakitangan Lynas berada di dok malam tadi.

Menurutnya, kira-kira 102 kontainer tiba di Pelabuhan Kuantan pada kira-kira jam 11 malam, yang beliau syaki mengandungi bahan mentah untuk loji nadir bumi Lynas di Gebeng.

Sementara itu, Lynas telah mengeluarkan satu kenyataan ringkas hari ini mengesahkan berita tersebut.

"Lynas Corporation ingin mengumumkan bahawa kira-kira 100 kontena nadir bumi pekat kini telah tiba di Kuantan," umum Lynas dalam lamanweb rasminya hari ini.

Pada Isnin, Lynas mengumumkan pemprosesan bahan mentah akan bermula bulan depan selepas memenangi kes mahkamah terhadap aktivis yang menentang kehadiran loji, yang bimbang bahaya sisa radioaktif.

Menurut Andansura, pengangkutan kontainer tersebut ke loji tersebut, sejauh kira-kira 7km jauhnya bermula antara jam 1 pagi hingga 2 pagi.

Katanya, ia dipindahkan oleh trak kontena yang diiringi oleh pihak pollis dan proses itu masih berterusan pada 8 pagi.

Tiada gambar dibenarkan

Walaupun dokumen pelabuhan tidak menyatakan bahan yang disimpan di dalam kontena tersebut, Andansura berkata kehadiran ramai polis mendorongnya untuk mempercayai bahawa ia adalah bijih nadir bumi dari Australia.

Beliau juga mendakwa bahawa polis telah menutup jalan utama dari pelabuhan ke loji tersebut, dan menggunakan tiga kereta polis untuk mengiringi trak kontena itu. Terdapat dua lagi kenderaan polis yang diletakkan di pelabuhan.

Polis menghalang Andansura dan beberapa aktivis anti-Lynas yang lain daripada mengambil gambar dan mereka berulangkali dilarang dari menghampiri kawasan itu.

Dalam satu kenyataan rasmi lewat pagi ini, Lynas mengesahkan bahawa kira-kira 100 kontena nadir bumi pekat kini telah tiba di Kuantan, dan sebahagian besar kontena tersebut kini telah sampai di loji Lynas (Lamp).

Lynas menjangka bahawa suapan pertama ke dalam tanur dan permulaan operasi di Lamp akan berjalan dalam dalam hari-hari akan datang.

Kontena itu tiba ketika gabungan anti-Lynas Himpunan Hijau sedang mengadakan perarakan sejauh 300km dari Kuantan ke Kuala Lumpur, manakala satu lagi kumpulan SMSL (Save Malaysia, Stop Lynas) berada di Australia untuk melobi menentang loji tersebut.
-mk


SAMAN AES: PAS PERAK BERTEMU MANGSA UNTUK KHIDMAT GUAMAN PERCUMA

Posted: 22 Nov 2012 06:17 PM PST

9 Muharram 1433H. [MOD] -

Badan Perhubungan PAS Negeri Perak akan mengadakan pertemuan dengan semua mangsa saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) pada hari Ahad ini, 25 November 2012 di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Perak, No. 13, Medan Istana 3, Bandar Ipoh Raya, Ipoh jam 10.30 pagi. Pertemuan dan taklimat khas tersebut akan diberikan oleh Peguam-peguam PAS kepada mangsa saman AES yang tidak akan membayar kompaun saman dan ingin mendapat pembelaan di Mahkamah.

Untuk makluman juga sesi pertemuan tersebut akan turut dihadiri oleh Datuk Haji Mahfuz Haji Omar, Naib Presiden PAS yang juga mengetuai bantahan saman AES ini. Jesteru, kami mempelawa mana-mana mangsa saman AES yang ingin mendapatkan khidmat bantuan guaman percuma untuk hadir dengan membawa saman AES tersebut pada hari tersebut. Pihak kami mengalu-alukan mangsa-mangsa saman AES untuk diberikan bantuan bagi melindungi hak mereka di Mahkamah kelak.

SALMAN HAJI SALEH
Koordinator,
Jawatankuasa Isu dan Strategik,
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.

Sarawak berhak untuk royalti petroleum 20%

Posted: 22 Nov 2012 06:09 PM PST

9 Muharram 1433H. [MOD] -

Pemuda PAS Sarawak dan Pemuda Pakatan Rakyat Sarawak memandang serius
isu royalti petroleum Sarawak yang kini hanya pada kadar 5%.
Berdasarkan perangkaan yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit
Negara 2011, kadar 5% ini adalah berjumlah RM 2.05 bilion, meningkat
lebih 18% berbanding tahun sebelumnya.

Pemuda Pakatan Rakyat Sarawak tidak menafikan bahawa ini adalah satu
jumlah yang besar namun, persoalan yang harus difikirkan oleh setiap
rakyat Sarawak ialah adakah ini memadai? Dengan kadar kemiskinan
ketiga tertinggi di Malaysia iaitu pada kadar 5.3%, Indeks Pembangunan
Jalanraya (RDI) yang tercorot pada kadar 0.38 dan kira-kira 1/3
rakyat Sarawak masih belum mendapat bekalan elektrik dan air bersih,
adakah jumlah ini adil untuk kebajikan rakyat Sarawak?

Sekiranya kadar royalti ini dinaikkan kepada 20%, sebenarnya, jumlah
yang akan diperoleh oleh Sarawak akan menjadi jauh lebih besar iaitu
sekitar RM 8.2 bilion. Sebagai perbandingan, jumlah ini adalah 3 kali
ganda lebih besar daripada keseluruhan peruntukan Kerajaan Persekutuan
untuk BRIM 1.0 untuk seluruh Malaysia. Dan perlu diingatkan di sini
bahawa, rakyat Sarawak sebenarnya hanya menerima sekitar 4% daripada
keseluruhan bajet BRIM 1.0 walaupun negeri ini mempunyai bilangan
keluarga miskin ketiga teramai di Malaysia. Jelas, tawaran royalti 20%
ini jauh lebih bermanfaat untuk rakyat Sarawak berbanding BRIM!

Segala fakta di hadapan kita ini nyata menunjukkan bahawa kerajaan BN
bukanlah juara rakyat Sarawak. Hasil bumi negeri ini seharusnya
digunakan untuk menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat Sarawak
terlebih dahulu sebelum ia digunakan untuk kebaikan bersama di
peringkat persekutuan. Konsep keadilan ini sememangnya menjadi
intipati ajaran Islam yang mementingkan pengagihan hasil negeri dan
negara secara saksama dan 'equitable' demi kesejahteraan rakyat.

Konsep ini jugalah yang sebenarnya menunjangi tuntutan PAS dan Pakatan
Rakyat dalam tawaran Buku Jingga kami yang mahukan kadar royalti bagi
negeri-negeri pengeluar petroleum termasuklah Sarawak dinaikkan kepada
20%. Ini bukanlah tuntutan melampau malahan ia adalah satu tuntutan
yang sangat adil kerana realitinya ialah rakyat Sarawak adalah jauh
lebih memerlukan kepada dana tersebut berbanding Putrajaya.

Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat Sarawak di semua peringkat
berfikir sejenak tentang masa depan kita. Sampai bilakah kita harus
terus dibiarkan terpinggir tanpa pembelaan di bumi yang serba bertuah
ni? Kita tidak memerlukan ihsan sesiapa, yang kita mahukan ialah
keadilan dan kesetaraan. Kita tidak kepingin hak orang lain, yang kita
mahukan hanyalah hak royalti kita!

ROYALTI 20%, HAK KITA!

KENYATAAN MEDIA RASMI PEMUDA PAS SARAWAK

ISYTIHAR HARTA: CABAR PEMUDA UMNO PERAK UNTUK ISYTIHAR

Posted: 22 Nov 2012 06:00 PM PST

9 Muharram 1433H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak mencabar Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak untuk mengisytiharkan harta kepada umum jika mereka benar-benar tidak berkepentingan ketika Umno / Baraisan Nasional (BN) 'ditakdirkan' memerintah semula kini Kerajaan Negeri Perak. Apa yang boleh kami katakan, secara singkatnya terdapat dikalangan pimpinan Pemuda Umno Perak menjadi 'kaya' walaupun sebelum itu tidak dilihat mewah atau sememangnya mereka benar-benar kaya hasil peniagaan mereka selama ini.

Kami dimaklumkan, ada dikalangan mereka memegang jawatan sebagai Pengarah dan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat kepada hampir berpuluh syarikat atas nama mereka yang digunakan selain sebagai pemegang saham syarikat. Adakah benar dakwaan tersebut? Dimaklumkan juga ianya didaftarkan selepas 'rampasan kuasa'  pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak tahun 2009 dahulu. Siapakah pemimpin-pemimpin muda tersebut? Apakah hubungnya dengan Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir?

Kami, Pemuda PAS akan tampil mengisytiharkan termasuk pimpinan-pimpinan kami bagi membuktikan pimpinan PAS benar-benar 'bersih' daripada harta yang 'tiba-tiba timbul' setelah memerintah kelak. Kami yakin semua pimpinan PAS tidak akan disabitkan dengan salahguna kuasa bagi mencari 'kekayaan luar biasa' sepertimana pimpinan Pemuda Umno tersebut. Bagi kami, 'siapa yang makan cili, dia akan merasa pedas' dengan timbulnya persoalan daripada kami ini.

DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

MEMANFAATKAN CUTI PERSEKOLAHAN"

Posted: 22 Nov 2012 05:47 PM PST

9 Muharram 1433H. [MOD] -


اَلْحَمْدُ لِلهِ الْقَائِلِ،
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ قُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًۭا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَـٰٓئِكَةٌ غِلَاظٌۭ شِدَادٌۭ لَّا يَعْصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ ﴿٦﴾
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar, mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
 (SURAH AT-TAHRIM, ayat 6)
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ



Wahai Hamba-hamba Allah sekelian,
Marilah kita meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah melaksanakan segala suruhan dan titah perintahNya dan meninggalkan segala larangan-Nya tanpa sebarang dolak dalih. Mudah mudahan kita tergolong dalam golongan orang yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian,
Cuti akhir tahun persekolahan kini muncul sekali lagi. Antara tujuannya adalah untuk memberi sedikit kerehatan kepada para pelajar dan para guru yang sudah sekian lama berhempas pulas menuntut dan menyebarkan ilmu pengetahuan. Oleh kerana cuti ini merupakan satu tempoh yang agak panjang, jika tidak diuruskan dengan baik, akan membazirkan masa kita begitu sahaja. Maka ia perlu dirancang dan diurus dengan baik supaya dapat memberi manfaat kepada anak-anak, ibu bapa dan masyarakat.

Muslimin mukminin yang berbahagia,
Sebagai ibu bapa yang beriman dan bertaqwa, kita hendaklah bijak menguruskan cuti persekolahan anak- anak mereka. Orang yang beriman tidak akan membiarkan diri mereka dan keluarga mereka berada dalam keadaan lagho atau pun sia-sia. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Furqaan ayat 72:
وَٱلَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ ٱلزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا۟ بِٱللَّغْوِ مَرُّوا۟ كِرَامًۭا ﴿٧٢﴾
"Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka meninggalkan mereka dengan menjaga kehormatan dirinya".




Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Asy-Syahid Hasan Al-Banna mengungkapkan kata-kata hikmah yang mengingatkan kita mengenai tanggungjawab kita yang begitu banyak. Dalam keadaan beliau yang sentiasa menggunakan seluruh kehidupannya untuk berdakwah beliau masih mengatakan :
اَلْوَاجِباَتُ أَكْثَرُ مِنَ اْلأَوْقاَتِ
Kewajipan adalah lebih banyak dari masa yang ada
Maka apakah kita mempunyai masa yang terlalu banyak sehingga mampu kita bazirkan dengan bersantai dan berhibur semata-mata. Kita juga sebenarnya mempunyai berbagai tanggungjawab dan amanah yang melebihi masa yang kita ada. Terlalu banyak ilmu yang wajib kita kuasai masih belum mampu kita kuasai. Terlalu banyak kemahiran yang sepatutnya kita miliki kini hanya menjadi milik musuh-musuh kita. Terlalu banyak masa yang kita bazirkan dengan tidak berbuat apa-apa sedangkan sumbangan kita masih terlalu banyak diperlukan oleh agama, bangsa dan negara. Perintah Allah untuk kita tidak membazirkan masa amat jelas. Firman Allah dalam Surah Al-Insyirah ayat 7-8 :
فَإِذَا فَرَغْتَ فَٱنصَبْ ﴿٧﴾ وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرْغَبْ﴿٨﴾
Kemudian apabila engkau telah selesai (mengerjakan sesuatu tugas), maka bergegaslah mencari tugas yang lain. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau berharap dengan rasa rakus.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang begitu popular, Rasulullah SAW mengingatkan bahawa setiap saat daripada kehidupan kita akan dipersoalkan mengenai penggunaannya. Maka apakah yang akan kita jawab di hadapan Allah terhadap masa yang telah kita habiskan dengan bercanda dan bersukaria tanpa sebarang hubungan dengan peranan utama kita sebagai Khalifah Allah di buka bumi ini. Sabda baginda :
لاَ تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ عُمُرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَ فَعَلَ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَ أَبْلاَهُ
Tidak akan berganjak seseorang hamba pada hari kiamat sehingga ia ditanya tentang umurnya di mana ia habiskannya, tentang ilmunya pada apa yang ia lakukannya, tentang hartanya daripada mana ia perolehi dan di mana ia membelanjakannya dan tentang tubuhnya kepada apa ia gunakan. (Hadith Riwayat At-Tirmizi)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
        Marilah kita bersama melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim yang bertaqwa. Antaranya adalah :
1.     Menyedarkan anak-anak dan ahli keluarga kita bahawa kita mempunyai peranan yang besar dalam mengisi percutian mengikut kehendak Allah.
2.     Mengambil kesempatan bagi menambahkan dan menguasai berbagai ilmu pengetahuan samada ilmu berasaskan Al-Quran dan Hadis ataupun keduniaan yang amat kita perlukan bagi menjalani kehidupan yang semakin mencabar.
3.     Melatih anak-anak dengan apa sahaja kemahiran yang ada pada kita atau menghantar mereka mengikuti kursus atau latihan jangka pendek agar mereka tidak merasa rendah diri dalam persaingan dengan teman-teman.
4.     Membawa anak-anak menziarahi kaum kerabat dan sahabat handai agar mereka saling mengenali dan mengeratkan silaturrahim sesama keluarga.
5.     Membawa mereka bercuti dan melawati ke tempat yang belum pernah mereka lawati bagi meluaskan pandangan dan menajamkan pemikiran serta melihat tanda-tanda kekuasaan Allah. Firman Allah dalam surah al-'Ankabut ayat 20 :
قُلْ سِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ فَٱنظُرُوا۟ كَيْفَ بَدَأَ ٱلْخَلْقَ ۚ ثُمَّ ٱللَّهُ يُنشِئُ ٱلنَّشْأَةَ الآخِرَةَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍۢ قَدِيرٌۭ ﴿٢٠﴾
"Katakanlah: "Berjalanlah di muka bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan segala kejadian dari permulaannya. Kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu".

Sidang Jumaat yang berbahagia,
Anak-anak adalah amanah Allah. Maka menjadi kewajipan ibu bapa untuk memastikan anak-anak sentiasa taat kepada Allah. Apapun yang kita laksanakan dalam kehidupan kita, pastikanlah bahawa ianya mampu mendekatkan diri kita kepada Allah dan Rasulnya. Jadikanlah apa sahaja yang kita lakukan menjadi tasbih dan penghubung antara kita dengan Allah. Firman Allah SWT :
فَسُبْحَـٰنَ ٱللَّهِ حِينَ تُمْسُونَ وَحِينَ تُصْبِحُونَ ﴿١٧﴾ وَلَهُ ٱلْحَمْدُ فِى ٱلسَّمَـٰوَ‌ٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَعَشِيًّۭا وَحِينَ تُظْهِرُونَ ﴿١٨﴾

"Maka bertasbihlah kepada Allah pada waktu malam dan pada waktu Subuh. BagiNyalah segala pujian di langit dan di bumi, dan juga (bertasbihlah kepada-Nya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan pada waktu Zohor"(Ar-Rum:17-18) 
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْءآنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.  

خطبة كدوا

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :
وَالْعَصْرِ ﴿١﴾ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ ﴿٢﴾ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ ﴿٣﴾

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .
فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Apakah kita mahu terus berada dalam kerugian akibat pembaziran masa yang kita lakukan selama ini. Rakyat Palestin sekali lagi mengundang simpati dunia akibat diganyang semahunya oleh Pengganas Israel tanpa sebarang pembelaan yang mampu kita lakukan. Akibat masa yang banyak dihabiskan untuk berbalah dan menindas sesama sendiri, negara Islam gagal meningkatkan kekuatan persenjataan untuk menakutkan mereka. Akibat membiarkan masa anak muda menghabiskan masa dengan hiburan yang tak mendatangkan faedah apa-apa, semangat jihad di kalangan generasi muda sudah semakin pudar. Akibat kebebasan berfikir, kebebasan bersuara dan kebebasan berkarya, aqidah dan pemikiran Umat Islam hari ini sudah bercampur aduk sehingga sebahagian kita Islamnya hanya ada pada nama. Maka kita sudah begitu kesuntukan masa untuk mengembalikan maruah, jati diri dan kegemilangan Umat Islam jika kita berterusan seperti ini. Ketika Umat Islam disembelih oleh musuh Allah seperti di Palestin, Rohingya dan Syria, apakah wajar dan tergamak untuk kita terus bersukaria. Setakat manakah jihad dan kesungguhan kita selama ini dalam usaha memartabatkan agama, bangsa dan negara yang melayakkan kita bercuti sakan tanpa rasa bertanggungjawab terhadap masa yang kita bazirkan.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِناَ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِناَ، وَاجْعَلْ فِىقُلُوْبِناَ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْناَ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ،اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ وَالظَّالِمِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ. اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ،وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،  وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ،
وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .
 
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Perak

Tiada ulasan:

Nuffnang